Download - TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
1/25
PEMARKAHAN
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
KRB 3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
NORZEHAN BINTI ISMAIL D20112055613
PUSAT PEMBELAJARAN : ILKM, JAWI
NAMA TUTOR E-LEARNING : EN ABDULLAH BIN YUSOF
TARIKH SERAH : 30 NOVEMBER 2014
BERDASARKAN KEMAHIRAN YANG TERDAPAT DALAM SUKATAN
PELAJARAN YANG DIPILIH,JELASKAN PERINGKAT PENGAJARAN
PENULISAN. BINCANGKAN DARI SEGI
A)
TEORI
B) MODEL
C) PENDEKATAN
D)
KAEDAHE) TEKNIK
LAPORKAN HASIL KAJIAN ANDA DALAM BENTUK ILMIAH.
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
2/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 2
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA
SURAT
1.0
2.0
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
3.0
PENGENALAN 3- 4
PENGAJARAN MENULIS DI SEKOLAH
Teori Pengajaran Menulis di Sekolah Rendah
Model Pengajaran Menulis di Sekolah
Pertanian
Pendekatan Pengajaran Menulis
4
4 - 8
8 - 13
13 - 14
Kaedah Pengajaran Menulis di Sekolah
Teknik yang Digunakan oleh Guru
PENUTUP
15 - 17
17- 22
23
RUJUKAN 24 - 25
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
3/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 3
1.0 PENGENALAN
Umumnya, pengajaran bahasa merupakan kemestian untuk melengkapi tuntutan
dalam dunia pendidikan kerana pengajaran bahasa memberi impak yang bermakna
serta mempunyai perkaitan dan hubungan yang erat dengan perkembangan sesebuah
negara. Pengajaran bahasa bukanlah proses yang terlalu mudah walaupun pengajaran
yang berkaitan Bahasa Melayu. Pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan terutama
penggubal dasar iaitu Kementerian Pendidikan serta pelaksana dasar iaitu golongan
pendidik sering menghadapi pelbagai masalah dalam usaha untuk menjadikan para
murid sebagai golongan yang mahir berbahasa. Kemahiran berbahasa yang
ditekankan di dalam pengajaran bahasa terdiri daripada kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan juga menulis (Azizi dan Zurihanmi, 2005).
Keempat-empat kemahiran ini mempunyai perkaitan yang kukuh dan saling
mempengaruhi. Kemahiran menulis adalah antara kemahiran yang agak kompleks dan
agak sukar dikuasai oleh sebahagian besar murid. Kesukaran penguasaan kemahiran
menulis melibatkan pemikiran yang paling rumit kerana sesuatu penyampaian idea
akan menjadi paparan ekspresi berkesan hanya apabila ia dikarang dengan baik dan
difikirkan dengan teliti. Namun demikian kemahiran ini boleh dikuasai berdasarkan
kemampuan murid serta cara yang digunakan oleh guru untuk membantu murid
menguasai kemahiran ini. Penguasaan kebolehan menulis amat membantu seseorang
murid mencapai kejayaan bukan hanya dalam bidang akademik tetapi juga untuk
kerjaya mereka pada masa akan datang (Othman, 2001).
Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun
atur menjadi perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam
konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana-wacana yang
bermakna dan juga bermaklumat. Oleh yang demikian, kemahiran menulis secara
mekanis iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak akan
selesai pada peringkat ini sahaja sebaliknya ia perlu diteruskan dengan aktiviti yang
seterusnya iaitu mengarang. Aktiviti mengarang memerlukan penggemblengan dari
aspek psikologi dan juga kognitif (Othman, 2001).
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting
berbanding kemahiran bahasa lain untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja
dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata muridan lain. Terdapat
beberapa fungsi penting menulis kepada murid yang perlu diambil perhatian oleh guru
seperti memotivasi atau merangsang idea dan perasaan untuk diterjemahkan dalam
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
4/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 4
bentuk tulisan, murid-murid berpeluang untuk menerokai pelbagai bidang bahasa,
melatih murid mengeluarkan pendapat dan idea dalam bentuk tulisan, Menggunakan
seluruh anggota mekanis iaitu mata, tangan, akal dan lain-lain untuk merangsang
pembelajaran dan sebagainya (Othman, 2001).
Disebabkan itu, pengajaran menulis perlu dititikberatkan oleh seseorang guru
dalam proses pembelajaran terhadap semua muridnya supaya mereka menguasainya.
Peranan guru dalam memastikan murid menguasai kemahiran menulis perlu diambil
perhatian. Para guru juga mestilah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam aspek
penguasaan baha yang diajar. Guru perlu menyediakan satu suasana pembelajaran
yang berkesan di samping mendedahkan murid dengan pelbagai pengalaman menulis
dalam pengajaran mereka. Kesesuaian teknik dan kaedah yang betul serta mampu
menarik minat murid terutamanya terhadap kanak-kanak di sekolah rendah akan
membantu murid berkenaan menguasai kemahiran menulis dengan baik.
2.0 PENGAJARAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH
Menyedari akan kepentingan pengajaran menulis dalam pembelajaran di sekolah,
maka terdapat begitu banyak kajian yang pelbagai terhadap kemampuan murid
menguasai kemahiran menulis. Beberapa aspek yang berkaitan pengajaran menulis
akan dikemukakan antaranya seperti teori berkaitan menulis, model-model yang
dikemukakan, pendekatan yang sewajarnya boleh diambil dan kaedah yang boleh
diaplikasikan dalam bilik darjah.
2.1 Teori Pengajaran Menulis di Sekolah Rendah
Proses pengajaran menulis di sekolah terutama dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu, kemahiran menulis memerlukan
sokongan kemahiran mendengar, berinteraksi lisan, kemahiran membaca dan
berfikir demi kelancaran pengungkapan idea dan penulisan. Justeru, terdapat
banyak kajian terdahulu yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan
teori kemahiran bahasa dan aspek menulis.
a) Teori psikologi Vygotsky (1978)
Teori Psikologi Leo S.Vygotsky dalam Proses Penulisan Pelbagai Perspektif
mempengaruhi pengajaran kemahiran literasi amnya, dan penulisan khususnya
seperti perspektif pemprosesan maklumat, perspektif naturalis, dan perspektif
Vygotskian. Teori psikologi Vygotsky yang mengaitkan interaksi lisan dengan
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
5/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 5
pemikiran, sejarah sosial dan budaya melahirkan perspektif baru tentang
proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran bermula daripada
konteks sosial ke konteks individual, dengan interaksi lisan sebagai medium
dan alat yang menghubungkan kedua-dua konteks berkenaan. Interaksi lisan
memungkinkan pembinaan pengetahuan, kefahaman dan makna berdasarkan
idea dan pemikiran yang murid miliki, dan perolehi daripada orang lain
(Yahya et al., 2009).
Untuk kajian ini, perspektif Vygotskian yang menghubungkaitkan
proses kognitif dengan sejarah dan budaya komuniti menjadi sebahagian
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Proses pembelajaran
bermula daripada konteks sosial ke konteks individual, dengan interaksi lisan
sebagai medium dan alat yang menghubungkan kedua-dua konteks berkenaan.
Sehubungan dengan itu, pembelajaran akan berfokuskan perbincangan dalam
kumpulan iaitu murid berinteraksi antara satu sama lain secara lisan untuk
mendapatkan idea dan bertukar-tukar pendapat dalam proses pembelajaran
penulisan (Yahya et al., 2009).
Harste dalam Mahzan Arshad (2003), berpendapat bahawa manusia
tidak mengetahui sesuatu perkara dengan sendirinya. Segala pengetahuan
adalah hasil daripada penggabungan pengetahuan dengan orang lain yang kita
kenali serta dapat membezakan apa yang kita tahu dengan apa yang orang lain
tahu. Apabila guru memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti
interaksi dalam kelas, lebih banyak pembelajaran berlaku.
Dalam hal ini, murid-murid akan belajar apabila mereka terlibat
dengan aktiviti budaya dan sosial di sekeliling mereka. Interaksi dengan orang
lain di persekitaran mereka terutamanya ibu bapa dan rakan sebaya akan
membantu mereka dalam proses perkembangan (Vygotsky, 1978 dalam
Roselan Baki, 2003). Hasil daripada interaksi dengan orang lain, murid-murid
belajar untuk memahami sesuatu atau mula mendapat pengetahuan.
Pengetahuan itu akan menjadi pengalaman yang membantu proses
pembelajaran.
Dalam kajian Marohaini Yusoff (1999) mendapati bahawa sepanjang
proses menulis, murid seringkali berinteraksi dengan kawan-kawan walaupun
guru tidak membenarkan mereka bercakap dan berkongsi pendapat ketika menulis
dalam bilik darjah. Sauders dalam Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
6/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 6
perlunya bekerjasama dengan rakan sebaya dalam pembelajaran menulis
terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan bersama
dan menerbitkan bersama.
b) Perspektif Psikologi Sosiolinguitik
Berdasarkan perspektif psikologi sosiolinguitik pula yang melihat kemahiran
dan proses menulis merupakan satu proses yang melibatkan aktiviti kognitif,
sosial dan bahasa dalam meningkatkan pengetahuan literasi (berbahasa) murid.
Hal ini disebabkan murid-murid menguasai pengetahuan literasi ketika mereka
berhubung dengan orang lain dan mereka dapat meningkatkan penguasaan
literasi mereka jika mereka dapat berinteraksi dalam masyarakat secara
bermakna (Evans dan Brueckner, 1990).
Terdapat tiga kaedah menulis iaitu menulis bebas, menulis
berkolaboratif dan menulis berkoperatif. Menulis bebas hanya memerlukan
bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk
menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya
yang diingini. Menulis berkolabratif dilakukan secara berpasangan secara
bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan
perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang kurang bermotivasidalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran menulis
yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid akan
sama-sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan
sama-sam mencari isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang
sesuai bagi huraian (Johnson & Grant,1989).
c) Teori Behavioris
Skinner, Pazlov dan Thondike telah mempelopori teori ini. Teori ini
menyatakan bahawa sesuatu kemahiran termasuk bahasa diperoleh dari
persekitaran. Murid-murid terangsang dan tertarik untuk bertutur. Setiap
pertuturan yang betul diberi ganjaran dan diulang-ulang hingga menjadi
kebiasaan. Pembelajaran bahasa adalah satu proses mekanis. Pengkaji teori ini
berpendapat otak manusia umpama kotak hitam (Tay, 2003).
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan
merupakan aspek yang paling penting dan diikuti oleh kemahiran menulis.
Guru haruslah mengajar kemahiran lisan terlebih dahulu dan kemudiannya
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
7/25
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
8/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 8
pembelajaran tidak kira sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua,
penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya
mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk
interaksi. Oleh itu, atas prinsip ini, guru perlu menyampaikan sesuatu makna
kepada murid dengan jelas dan mudah difahami semasa di dalam bilik darjah
terutamanya (Mahani et al., 2006).
Prinsip yang kedua pula menyatakan bahawa pembelajaran bahasa
merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran,
bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berkait rapat.
Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur
bahasa. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam memainkan peranan
mereka untuk menyampaikan hubungan antara apa yang diperkatan guru
dengan isi pengajaran supaya murid tidak akan keliru (Mahani et al., 2006).
Prinsip yang ketiga ialah pengajaran dan pembelajaran bahasa
memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang
bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk
aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk
menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih dan akan dibawa ke dalam
bentuk penulisan mereka (Mahani et al., 2006).
2.2 Model Pengajaran Menulis di Sekolah
Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang agak kompleks kerana aktiviti
penulisan melibatkan pemikiran sebelum, semasa dan selepas sesuatu penulisan itu
dihasilkan, kaedah dan teknik yang berkesan perlu diaplikasikan oleh guru untuk
meningkatkan kemahiran menulis terutamanya menyatakan isi-isi penting dan
huraiannya dalam kalangan murid mereka. oleh yang demikian, terdapat beberapa
model yang boleh dijalankan oleh guru untuk murid-murid mereka semasa di dalam
bilik darjah.
a) Pembelajaran Koperatif Model Think-Pair-Share
Pembelajaran koperatif didefinisikan oleh Robert (1989) sebagai suatu kaedah
perkongsian idea yang menuntut murid bekerjasama dan bertanggungjawab
terhadap rakan kumpulan dalam pembelajaran untuk mencapai kejayaan dan
matlamat kumpulan. Pembelajaran koperatif ialah kaedah pembelajaran
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
9/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 9
kerjasama yang memerlukan murid untuk bekerjasama untuk mencapai
matlamat yang diingini.
Pembelajaran koperatif ini memerlukan murid untuk duduk di dalam
satu kumpulan kecil yang terdiri daripada empat atau lima ahli. Kumpulan
tersebut selalunya terdiri daripada kumpulan heterogen yang terdiri daripada
mereka yang pencapaiannya berbeza-beza. Ahli yang berprestasi tinggi akan
berinteraksi dengan ahli yang berprestasi rendah bagi memudahkan
pengendalian sesuatu tugasan. Terdapat lima elemen pembelajaran koperatif
iaitu saling bergantung secara positif antara ahli kumpulan murid dalam
memberikan sumbangan demi kejayaan, setiap ahli berinteraksi secara
bersemuka antara satu sama lain, akauntabiliti individu dan setiap ahli
kumpulan dalam melaksanakan setiap tugasan dan tanggugjawab, hubungan
interpersonal dan membuat rumusan tentang pencapaian dan hasil kumpulan
ke arah penambahbaikan (Robert, 1989).
Pembelajaran koperatif model Think-Pair-Sharediterapkan oleh guru untuk
meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid. Hal ini juga dapat
membantu murid untuk mencari isi-isi karangan melalui kerjasama yang
wujud antara murid melalui kaedah pembelajaran ini. Konsep asas model ini
mengandungi tiga tahap dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu berfikir
(Think), berpasangan (Pair) dan berkongsi (Share).
Murid perlu mempunyai dan memperolehi maklumat yang lengkap dan
terkini tentang perkara yang hendak ditulis sebelum aktiviti menulis
dijalankan. Melalui tahap-tahap yang diperlihatkan dari model Think-Pair-
Share(TPS) guru-guru dapatlah melaksanakan aktiviti mencari isi-isi
karangan menggunakan pembelajaran koperatif iaitu menggalakkan
pembelajaran berpusatkan murid dengan bantuan minima daripada guru
mereka. Pelaksanaan model ini dimulakan seperti yang berikut (Angela dan
Rylee, 2013) :
i. Pada tahap 1 : Think(Berfikir)
Guru mengajukan pertanyaan atau sesuatu isu yang berkaitan tentang topik
karangan. Murid pada tahap ini akan memikirkan jawapan secara individu
untuk beberapa waktu. Pada tahap ini guru akan memberikan masa selama
tiga minit kepada muridnya untuk berfikir. Sambil memikirkan jawapan
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
10/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 10
terhadap isu yang dikemukakan, murid akan menulis hasil pemikiran
mereka dalam catatan-catatan kecil.
ii. Pada tahap 2 : Pair(Berpasangan)
Murid diagihkan secara berpasangan untuk berbincang tentang isi-isi yang
diperolehi pada tahap pertama. Pada tahap ini juga guru mengarahkan
setiap pasangan untuk berkongsi lagi dengan pasangan yang lain (menjadi
empat ahli dalam satu kumpulan) untuk memperolehi isi-isi karangan yang
mencukupi dan relevan dengan tajuk. Ketika tahap inilah murid diberikan
peluang berinteraksi antara satu sama lain. Murid akan diberikan masa
lebih kurang empat hingga lima minit untuk berinteraksi dan
mempersetujui setiap isi-isi yang difikirkan bersama. Pada tahap ini juga
murid akan diberikan peranan masing-masing iaitu sebagai ketua
kumpulan, pencatat dan pembentang atau pelapor.
iii. Pada tahap 3 : Sharing(Berkongsi)
Pada tahap terakhir ini, guru mengarahkan setiap ahli dalam kumpulan
akan berkongsi maklumat dengan membentangakan atau melaporkan hasil
isi-isi dan maklumat yang diperolehi dan dikumpulkan kepada seluruh
kelas tentang apa yang telah mereka bincangkan sebelumnya. Pada tahap
ini guru mengorganisasi, menganalisis dan menilai hasil daripada apa yang
telah mereka bincangkan.
Terdapat beberapa implikasi positif yang akan diperoleh oleh murid-murid.
Melalui pembelajaran koperatif yang dilakukan dalam kalangan guru ini terhadap
murid-murid mereka dalam usaha meningkatkan kemahiran menulis, ia bukan saja
memberikan peluang kepada murid untuk meningkatkan proses sosialisasi melalui
interaksi antara rakan sebaya malah dapat meneguhkan domain kognitif dan domain
afektif mereka (Robert, 1989).
Peneguhan domain kognitif murid melalui pembelajaran koperatif ini dapat
dilihat melalui kerjasama dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada kumpulan
heterogen yang terdiri daripada pelbagai kebolehan dan latar belakang yang berbeza.
Sementara peneguhan domain afektif yang melibatkan perasaan, nilai dan persepsi
individu dapat dilihat melalui pelajar bekerjasama dalam kumpulan mereka dan saling
menerima dan bertukar-tukar idea antara satu sama lain, harga diri mereka meningkat
dan seterusnya lebih berminat untuk belajar (Robert, 1989).
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
11/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 11
b) Model Pembelajaran Menulis dengan Teknik Think-Talk-Write(TTW)
Model pembelajaran menulis TTW diasaskan melalui daya berfikir, bertutur
dan menulis. Ia dilakukan dengan melibatkan murid-murid untuk berfikir atau
berdialog dengan dirinya sendiri setelah selesai proses pembacaan. Murid
kemudiannya akan bertutur dan juga berkongsi idea atau pendapat bersama
rakan-rakannya terhadap pembacaan yang dibuat sebelum ini. Seperti juga
dalam model Think-Pair-Share, ia juga akan lebih efektif sekiranya dilakukan
dalam bentuk kumpulan yang terdiri antara tiga hingga lima orang murid.
Setiap kumpulan akan diminta oleh guru secara individu membaca sesuatu
teks penulisan yang diberikan oleh guru, kemudian murid akan membuat
catatan di dalam buku sebelum menjelaskan segala isi-isi yang dibaca kepada
ahli kumpulan yang lain. ahli yang lain akan bertindak sebagai pendengar dan
setelah itu mereka juga boleh memberikan pendapat mereka terhadap isi yang
disampaikan ahli. Apabila semua ahli telah memberikan isi-isi mereka, guru
akan menyuruh murid untuk menulis di dalam buku masing-masing. Menurut
Angela dan Rylee (2013), pelaksanaan model ini mengandungi tiga peringkat
yang utama iaitu yang dimulai dengan Think (berfikir), Talk (bertutur) dandiakhiri dengan Write (menulis)
i. Think (Berfikir)
Aktiviti berfikir yang dilakukan oleh murid dapat dikesan dan diperhatikan
oleh guru melalui proses pembacaan murid terhadap sesuatu penulisan dan
catatan ringkas terhadap segala isi penting daripada pembacaan mereka.
Catatan yang dibuat oleh pelajar merupakan catatan berdasarkan
pemahaman dan ingatan mereka sendiri melalui pembacaan yang dibuat
berserta idea-idea tambahan.
Catatan yang dibuat oleh pelajar merupakan analisis yang telah dibuat
mengikut pemahaman dan kemampuan mereka daripada pembacaan
sesebuah penulisan dan memeriksa bahan-bahan yang telah ditulis. Selain
itu juga, aktiviti mencatat setelah berlakunya proses pembacaan dapat
merangsang pemikiran murid sebelum, semasa dan selepas membaca.
Melakukan aktiviti mencatat tidak hanya dapat mempertingkatkan
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
12/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 12
pengetahuan murid tetapi pada masa yang sama meningkatkan
keterampilan menulis dalam kalangan murid-murid.
ii. Talk (Bertutur)
Pada peringkat yang seterusnya, guru akan membahagikan murid-
muridnya kepada beberapa kumpulan kecil yang heterogen lazimnya
terdiri daripada tiga hingga lima ahli kumpulan berbeza tahap kebolehan
atau aras prestasi. Hasil daripada catatan terhadap pembacaan, guru akan
meminta setiap ahli kumpulan untuk menyampai atau membentangkan
segala hasil catatan mereka dengan bahasa yang mudah difahami oleh ahli
kumpulan yang lain.
Murid-murid seterusnya akan menyampaikan idea dari catatan yang
dibuat pada tahap Think kepada semua ahli kumpulan yang lain.
Pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui interaksi yang dibangunkan
bersama-sama dengan ahli kumpulan lain. Apa yang diharapkan adalah
murid dapat menghasilkan satu jalan penyelesaian masalah terhadap
perkara yang dibincangkan oleh mereka. Perbincangan yang dilakukan
pada tahap Talk ini merupakan satu mekanisme terbaik yang boleh
digunakan oleh guru untuk melihat tahap pertuturan dan juga pemikiran
dalam kalangan murid-murid.
iii. Write (Menulis)
Tahap yang terakhir dalam model ini adalah tahap Write atau juga menulis.
Murid-murid akan menulis kembali semua hasil yang diperoleh hasil
perbincangan yang dibuat dalam kumpulan sebelum ini. Guru boleh
menyuruh pelajar mereka menulisnya di dalam buku latihan yang telah
sedia ada berkaitan segala aktiviti yang telah dijalankan pada sesi
pembelajaran.
Aktiviti menulis ini merupakan aktiviti terakhir yang mana murid akan
menggabungkan segala idea yang diperoleh setelah hasil perbincangan
sesama ahli kumpulan dilakukan. Akhir sekali, guru perlu memastikan
semua murid-muridnya melengkapkan idea yang dicatat dan diperoleh ke
dalam bentuk penulisan.
Peranan dan tugas guru dalam semasa di dalam bilik darjah amatlah penting
dalam mengaktifkan suasana pembelajaran dalam kalangan murid-murid. Antara
beberapa tugas guru ialah mengajukan pertanyaan yang boleh merangsang pemikiran
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
13/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 13
murid, mendengar segala idea yang dicurahkan oleh murid, memberi arahan kepada
murid terhadap setiap proses perjalanan pembelajaran yang dijalankan, menyuruh
pelajar mengemukakan idea secara lisan dan tulisan dan juga memantau dan menilai
penglibatan setiap murid.
2.3 Pendekatan Pengajaran Menulis
Pendekatan dalam pengajaran menulis di sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa
pendekatan iaitu pendekatan proses, komunikatif, pengalaman bahasa (LEA),
terkawal dan juga bebas.
a) Pendekatan Proses
Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan,
bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan
dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan juga membincangkannya.
Penulisan juga akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan
yang bertepatan serta penggunaan tatabahasa yang tepat sebagai satu bentuk
penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan
penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai
pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik (Ahmad Khair,
2005).
b) Pendekatan Komunikatif
Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa merupakan alat komunikasi
yang penting. Justeru penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk
berkomunikasi. Dalam hai ini, tajuk-tajuk atau persoalan yang ada kaitannya
dengan situasi komunikasi boleh dieksploitasi untuk memotivasikan murid.
Pendekatan ini mencadangkan agar pengajaran kemahiran menulis dalam
konteks situasi sebenar. Bahan-bahan yang berbentuk autentik seperti dialog,
perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran (Abdul Shukor, 2001).
Bahan-bahan autentik ini akan membolehkan murid menulis dalam
keadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentuk
formal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan ialah
proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. Oleh itu, pendekatan ini
mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan
murid, khususnya berkaitan dengan aspek bahasa. Ini menunjukkan bahawa
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
14/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 14
berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa tersebut dalam diri murid
(Abdul Shukor, 2001).
c) Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasakan prinsip bahawa
kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang
berasingan seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan
struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan.
Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna
dalam kalangan murid untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses
penulisan karangan (Ahmad Khair, 2005).
d) Pendekatan Terkawal
Menurut Ahmad Khair (2005), pendekatan ini mencadangkan pembelajaran
kemahiran menulis mengikut peringkat-peringkat yang bermula daripada
peringkat pra penulisan hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan
pemikiran. Secara umumnya, terdapat lima peringkat penulisan iaitu:
i. Peringkat meniru dan menyalin
ii. Peringkat mengingat kembali
iii.
Peringkat menggabungkan
iv. Peringkat penulisan berpandu
v. Peringkat penulisan bebas
e) Pendekatan Bebas
Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu memberikan banyak latihan penulisan
kepada murid. Latihan-latihan ini perlu dipelbagaikan dari segi jenis dan juga
format penulisan tersebut. Pendekatan ini beranggapan bahawa, semakin
banyak murid membuat latihan maka semua perkara yang peru ada dalam
sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa,
pemerengganan dan gaya tulisan akan dapat dikuasai murid tersebut secara
automatik. Berdasarkan pendekatan ini terdapat tiga langkah dalam proses
menulis iaitu (Ahmad Khair, 2005):
i. Langkah 1: Pra menulis
ii.
Langkah 2: Membuat rangka dan draf
iii.
Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
15/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 15
2.4 Kaedah Pengajaran Menulis di Sekolah
Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, kaedah atau teknik merupakan
strategi yang digunakan oleh guru dalam mencapai matlamat dan tujuan yang
dirancang dalam objektif pengajaran. Semasa merancang objektif yang hendak dibuat
ini, guru perlu menyedari apakah pendekatan yang paling sesuai dan berkesan untuk
murid mereka yang berbeza dari segala aspek seperti pemikiran, tingkah laku dan
sebagainya agar ia sesuai dengan objektif pengajaran dan murid sasaran. Justeru itu,
terdapat beberapa kaedah yang sesuai boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran
kemahiran menulis seperti melalui kaedah peta minda, kaedah penyoalan, kaedah
proses, kaedah ujian membina ayat, kaedah ujian menulis secara terkawal dan juga
kaedah ujian menulis secara terpimpin.
a) Kaedah Peta Minda
Kaedah peta minda digunakan untuk memandu murid ke arah penghasilan isi
yang bernas dan juga tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan
menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan
dengan murid dalam bentuk peta minda di papan tulis. Penggunaan peta minda
ini akan memudahkan murid melihat kesinambungan isi-isi dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk (Abdullah Hassan, 1996).
b)
Kaedah Penyoalan
Kaedah penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan
karangan. Dalam kaedah ini, guru akan menyediakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis. Penyoalan yang
melibatkan apa, bila, mengapa dan bagaimana boleh digunakan untuk
menggalakkan murid berfikir ke arah isi-isi penulisan (Abdullah Hassan,
1996).
c)
Kaedah Proses
Menurut Abdullah Hassan (1996) pendekatan proses berasakan andaian
bahawa sesuatu penulisan yang baik bermula daripada proses bagaimana
tulisan itu dihasilkan. Oleh itu, pendekatan ini menekankan ketetapan bahasa
dan format tulisan dengan cara menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu.
Draf kemudiannya akan disemak, dikritik dan juga diulas sebelum ditulis
semula untuk meningkatkan kemahiran menulis murid.
Semakan terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara berterusan
sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa, format atau maklumat dalam
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
16/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 16
draf tersebut. Pendekatan ini sebenarnya memakan masa yang agak panjang
untuk seseorang murid itu menyiapkan sesuatu penulisan dan ini memberikan
peluang yang banyak kepada murid terbabit untuk mempelajari setiap aspek di
dalam penulisan tersebut Abdullah Hassan, 1996).
Secara umumnya, penulisan dalam pendekatan proses ini dilaksanakan
berdasarkan kepada beberapa prinsip yang berikut antaranya:
i. Penulisan merupakan proses pemikiran terpilih yang membolehkan
murid mengolah dan menyusun idea
ii. Proses penulisan disusun secara hierarki, iaitu bermula dengan pra
penulisan dan berakhir dengan penulisan semula.
iii. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.
d) Kaedah Ujian Membina Ayat
Kaedah bagi ujian membina ayat ini lebih kepada bercorak formatif dan dapat
menguji kebolehan murid bagi membina ayat yang lebih sempurna dan
lengkap serta betul dari segi struktur dan tatabahasanya. Ayat-ayat yang ditulis
oleh murid boleh menjadi selapis, berlapis atau berkait. Kemahiran menulis
pada peringkat ayat merupakan kemahiran asas bagi penulisan peringkat
wacana penulisan yang lebih panjang seperti karangan. Bagi menguji
kemahiran menulis ayat dari murid, guru boleh menyediakan gambar foto atau
gambar lukisan bersiri yang digunakan sebagai stimulus untuk murid
mengarang ayat (Arbak, 1989).
e) Kaedah Ujian Menulis Secara Terkawal
Ujian menulis secara terkawal ini lebih kepada bercorak formatif. Tujuan
kaedah ini dijalankan kepada murid adalah untuk menilai sama ada murid
boleh menulis dan juga mengarang dalam keadaan yang sebahagian besar
daripada isi atau bentuk karangan telah disediakan oleh guru. Kebebasan
dalam memilih, menyusun dan mengeluarkan idea dengan menggunakan ayat
sendiri adalah terhad kerana banyak perkara diberikan atau dikawal oleh guru.
Satu teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menguji kemahiran menulis
murid secara terkawal ialah dengan memberikan murid mereka satu rangka isi
berkaitan sesuatu perkara mahupun tajuk yang perlu ditulis oleh murid (Arbak,
1989).
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
17/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 17
f) Kaedah Ujian Menulis Secara Terpimpin
Seterusnya, kaedah ujian menulis secara terpimpin merupakan lanjutan
daripada ujian jenis terkawal. Isi atau bentuk karangan yang perlu dihasilkan
oleh murid kurang dikawal. Sebagai contoh, murid hanya akan diberikan
sedikit panduan dalam tugas mengarang. Panduan atau pimpinan itu boleh
merupakan ayat pertama, ayat terakhir, rangka karangan, gambar bersiri atau
gambar komposisi sebagai stimulus serta panduan kepada murid dalam
menulis dan mengarang (Ismail, 2004).
Melalui kaedah ini, murid dikehendaki mengarang dengan
berpandukan jalan cerita dalam gambar yang disediakan guru menurut sirinya.
Gambar tersebut yang digunakan murid bertindak sebagai bahan rangsangan
dan tema karangan tersebut. Selain daripada menggunakan gambar, satu lagi
pilihan yang boleh dibuat oleh guru adalah menyediakan satu rangka karangan
kemudian diberikan kepada murid. Berdasarkan rangka tersebut, murid
dikehendaki mengarang berpandukan rangka berkenaan (Ismail, 2004).
2.5 TEKNIK YANG DIGUNAKAN OLEH GURU
Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkaitan dengan
pengajaran menulis di sekolah, teknik yang telah digunakan oleh guru adalah teknik
yang berasaskan peta minda dengan bantuan gambar. Guru memilih teknik ini kerana
melalui teknik ini, guru dapat membantu murid-murid untuk mendapatkan isi-isi
berkaitan gambar yang digunakan di samping membantu murid untuk
menghubungkan antara isi dengan huraian. Peta minda dapat memandu murid ke arah
penghasilan isi yang bernas dan juga tersusun dalam penulisan mereka kelak. Ia juga
akan memudahkan murid menjana idea bagi menulis kesinambungan isi-isi dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk atau gambar yang diberikan oleh guru.
Selain itu juga, penggunaan peta minda menarik untuk digunakan dalam bilik
darjah kerana ia mampu menarik minat murid melalui bentuk yang dipersembahkan
pada peta minda. Penggunaan pen berwarna membantu lagi murid untuk membezakan
setiap isi penting dengan huraian dalam sesebuah penulisan. Keadaan ini dapat
merangsang minda murid-murid bagi menghasilkan penulisan yang baik dan
berpandu. Tambahan pula, penggunaan peta minda dalam pembelajaran akan
membawa mereka kepada suasana pembelajaran dan pendedahan baru berkaitan
teknik penulisan yang berasakan peta minda.
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
18/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 18
Semasa menjalankan aktiviti P&P, guru akan memberi kebebasan kepada
semua murid untuk memberikan idea mereka berkaitan tajuk yang diberikan dan
mereka akan dibantu dengan bantuan gambar yang diberikan oleh guru. Masa akan
diberikan oleh guru untuk murid berfikir dan mencari isi. Guru kemudiannya akan
memanggil nama mereka supaya dapat menyampaikan idea yang diperoleh melalui
peta minda yang telah dilukis oleh guru pada papan putih. Lazimnya, murid yang
telah hilang fokus akan diberikan peluang yang pertama untuk mereka menulis pada
peta minda. Ini bertujuan bagi memastikan perhatian murid tersebut kembali fokus
kepada pembelajaran dan tidak akan melibatkan rakan yang lain jika mereka terus
dibiarkan.
Perhatian dan pemantauan guru semasa murid menulis idea mereka sangat
perlu dititikberatkan oleh guru. Ini kerana, sekiranya idea yang diberikan oleh murid
kurang tepat atau bersesuaian, guru serta-merta perlu membetulkan kesilapan tersebut
dengan nada suara dan ayat yang bersesuaian. Pemantauan ini sangat perlu kerana jika
tidak dipantau dan hanya menerima idea yang ditulis oleh murid secara bulat-bulat, ia
akan menjejaskan gaya penulisan murid berkaitan tajuk tersebut. Apabila semua idea
yang ditulis murid telah selesai di dalam peta minda, langkah seterusnya iaitu
menyuruh pelajar membuat penulisan dan ia merupakan proses terakhir perlu
dilakukan mereka. Pada ketika ini, guru akan dapat melihat sejauh mana kemampuan
murid untuk menggarap gaya menulis mereka dengan menggunakan teknik ini sama
ada berjaya atau perlu penambahbaikan di masa akan datang. Berikut merupakan
rancangan pengajaran harian berkaitan pengajaran menulis yang telah dibuat dengan
menggunakan teknik penggunaan peta minda untuk pelajar tahun lima.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
1. Matapelajaran : Bahasa Melayu (Penulisan)
2. Tingkatan : 5 Aman
3. Tarikh / Masa : 2 Oktober 2014 / 9.0010.00 pagi (1 jam)
4. Bil Murid : 36 orang
5. Tajuk : Berkelah di Tepi Pantai
6. Pengetahuan sedia ada : Murid Tahu dan Mempunyai Pengalaman
bercuti
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
19/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 19
7. Bahan bantu mengajar : Gambar perkelahan di tepi pantai, peta minda,
pen marker berwarna, papan putih
8. Miskonsepsi murid dan cara tangani :
Miskonsepsi Cara menangani
Murid sukar untuk membezakan antara
isi penting penulisan dengan ayat
huraian
Guru menunjukkan beberapa keping
gambar berkaitan dengan aktiviti
berkelah.
Murid sukar untuk mengembangkan isi-
isi penting menjadi huraian
Guru menggunakan bantuan peta minda
bagi memudahkan murid membuat
huraian terhadap setiap isi penulisan.
9. Bagaimana memotivasikan murid
a) Membetulkan kesilapan murid sekiranya murid salah menjawab soalan
dengan nada yang bersesuaian.
b) Memberi ganjaran seperti pujian atau galakan kepada murid yang berjaya
menjawab soalan atau murid yang berkelakuan baik.
HasilPembelajaran :
Domain Kognitif
Sebelum tamat pengajaran, murid 5 Aman, dalam masa 4 minit dapat :
1. menganalisis gambar yang diberikan dengan teliti.
2. memberikan idea dan pendapat masing-masing berdasarkan bantuan gambar
yang diberikan.
3. menghuraikan dan membina sebuah penulisan berdasarkan isi-isi yang telah
dibincangkan berserta huraian yang jelas.
Domain nilai murni
Sebelum tamat pengajaran, murid dapat mempamerkan nilai murni kesyukuran
terhadap keindahan pantai
Domain kemahiran sosial
Sebelum tamat pengajaran, murid dapat mempamerkan kemahiran sosial berkongsi
idea sesama rakan sekelas semasa perbincangan isi.
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
20/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 20
Domain kemahiran berfikir kritis dan kreatif
Sebelum tamat pengajaran, murid dapat mempamerkan kemahiran berfikir kritis dan
kreatif menjana idea berdasarkan pengalaman murid dan rangsangan dari bahan
bantu mengajar.
Fasa-fasa
pembelajaran
Model Hunter
Huraian aktiviti Catatan
1 Set induksi 1. Guru bertanyakan khabar murid.
2.
Guru mendapatkan respons murid tentang
pembelajaran baru sama ada murid tahu atau
tidak.
3.
Guru akan bercerita secara santai dan spontan
secara ringkas mengenai tempat berkelah yang
ada di Malaysia.
4.
Guru juga bertanyakan kepada semua murid
sama ada murid pernah merasai atau melalui
pengalaman berkelah di tempat pantai baik
ketika bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Penyoalan dan
penceritaan
antara murid
dan guru
2 Maklumkan
objektif
pembelajaran
4. Guru memaklumkan hasil pembelajaran serta
kepentingan menguasai hasil pembelajaran
berkenaan iaitu:
a) Murid-murid dapat menganalisis gambar
yang diberikan dengan teliti.
b)
Murid-murid dapat memberikan idea dan
pendapat masing-masing berdasarkan
bantuan gambar yang diberikan.
c) Murid-murid dapat menghuraikan dan
membina sebuah penulisan berdasarkan isi-
isi yang telah dibincangkan berserta huraian
yang jelas.
Penerangan
guru
3 Input
pengajaran
5. Guru menerangkan kerangka isi pelajaran dan
menulis advance organizer isi pelajaran yang
Penerangan
guru
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
21/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 21
akan disampaikan yang meliputi isi-isi penulisan
berdasarkan gambar.
4 Permodelan 6. Guru mengedarkan gambar perkelahan di tepi
pantai kepada setiap murid.
7.Guru menerangkan kepada murid bahawa mereka
perlu meneliti gambar tersebut dan menyatakan
isi-isi penting berkaitan aktiviti perkelahan di
tepi pantai.
8. Sementara murid mencari isi penulisan, guru
melukis gambar peta minda pada papan putih
dengan menggunakan pen marker berwarna.
9. Guru menjana idea murid mengenai aktiviti
perkelahan di tepi pantai dengan menggunakan
bantuan peta minda yang telah dilukis di papan
putih.
10. Guru akan memanggil nama murid terutama
bagi murid yang hilang fokus untuk memberikan
idea dan juga pendapat mereka.
11. Guru akan meminta murid yang terpilih untuk
tampil ke hadapan dan menulis jawapan mereka
pada kotak peta minda yang disediakan di papan
putih.
12. Isi-isi penting karangan kemudiannya
dikembangkan dengan huraian isi penting yang
juga ditulis oleh murid dalam peta minda di
papan putih.
13. Selesai mengisi kotak peta minda, guru perlu
memastikan setiap isi dan huraian yang
diberikan oleh murid mereka adalah betul dan
bertepatan berdasarkan gambar yang diberikan.
14. Guru akan membetulkan sekiranya ada idea atau
penggunaan tatabahasa dan sebagainya yang
diberikan murid kelihatan kurang tepat.
Penggunaan
peta minda di
papan putih,
gambar
berkelah di
tepi pantai,
penglibatan
murid
memberikan
idea dan
penghasilan
penulisan
daripada
murid.
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
22/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 22
15. Guru akan meminta semua murid menyalin peta
minda sambil memahami segala isi yang ditulis
di dalam buku latihan.
16. Guru kemudiannya mengarahkan semua murid-
murid membina sebuah penulisan penuh untuk
tajuk Berkelah di Tepi Pantai.
17. Guru akan memungut semua hasil kerja murid
setelah tamat waktu masa P&P Bahasa Melayu.
5 Semak
kefahaman
murid
10.Guru bersoal jawab dengan murid untuk
mengetahui tahap kefahaman murid.
11.Guru memilih beberapa murid untuk
melengkapkan peta minda berkaitan gambar
yang diberikan.
Soal jawab
antara guru
dan pelajar.
6 Pantau dan
ubah suai
12.Guru memantau hasil penulisan murid dan
meminta murid menerang semula apa yang
diperoleh.
13. Guru menerang semula input-input yang tidak
jelas oleh murid dan menghubungkait dengan
pengalaman lalu.
Pemantauan
hasil kerja
pelajar,
penerangan
dari guru.
7 Praktis
terbimbing
14.Guru memilih beberapa orang murid untuk
menjawab soalan yang ditanya oleh guru.
15. Guru merumuskan apa yang dipelajari dari hasil
pencapaian pembelajaran yang diperoleh
menerusi aktiviti yang dijalankan.
Soal jawab
antara guru
dan pelajar,
rumusan dari
guru.
8 Praktis
bertempoh
16. Guru menyuruh murid menghasilkan sebuah
penulisan berdasarkan tajuk yang diajar.
Murid
menghasilkan
penulisan.
9 Penutup 18.Guru merumus berdasarkan hasil pencapaian
murid.
20.Guru menerapkan nilai murni bersyukur dan
menghubungkaitkan nilai tersebut dengan tajuk
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
Penerangan
dari guru.
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
23/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 23
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pengajaran menulis di sekolah bukan sesuatu perkara yang boleh
dipandang mudah oleh guru terutamanya dalam kalangan guru yang mengajar subjek
Bahasa Melayu. Kemahiran ini perlu dijalankan dengan berkesan supaya setiap
pelajar dapat menguasai kemahiran menulis dengan sebaik-baiknya kerana ia
merupakan kemahiran asas yang amat penting perlu dikuasai oleh semua murid di
sekolah. Buktinya, pelbagai kajian terdahulu beserta dengan pelbagai pendekatan,
teknik dan kaedah telah diperkenal dan disarankan kepada semua guru untuk
dipraktikkan dalam bilik darjah. Peranan guru sangat penting sebagai pembimbing
murid-murid dalam kemahiran menulis. Guru juga mestilah sentiasa menambahkan
ilmu dan kemahiran dalam bidang ini agar pelajar akan mendapat semaksimum
mungkin segala kemahiran sebagai bekalan menghadapi cabaran kehidupan.
-
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
24/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
KRB3023 M/S 24
RUJUKAN
Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan karangan: beberapa proses yang harus
dibina.
(2): 24-27.
Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia
di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Ahmad Khair Mohd. Nor (2005).Menulis membina ketrampilan berfikir. (7): 12-14.
Ahmad Zaini Yaacob (2000). Keberkesanan pembelajaran koperatif dalam
meningkatkan penulisan bahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan 4 luar
bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang Tidak Diterbitkan Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Angela H. dan Rylee A.D (2013). Implementing cooperative learning in Australian
primary schools: generalist teachers perspectives. Diperoleh pada 14 Oktober
2014 daripadahttp://www.iier.org.au/iier23/hennessey.pdf
Arbak Othman. (1989). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Azizi Yahya dan Zurihanmi Zakaria (2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan.
Pahang : PTS profesional Publishing Sdn. Bhd.
Evans, J. M. & Brueckner, M. M. (1990). Elementary social studies teaching for
today and tomorrow. Massachussets: Allyn and Bacon.
Fadzilah Abd. Rahman (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis di sekolah rendah. (1): 67-87.
Ismail Ahmad, (2004). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Johnson, D.J., & Grant, J.O (1989). Written Narratives of Normal& Learning
disebled of Dysledvia, 39: 140-156.
Mahani Razali et al., (2006). Psikologi pendidikan. Diperoleh pada 15 Oktober 2014
daripadahttp://www.pts.com.my
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: satu pendekatan
bersepadu. Kuala Lumpur : Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.
Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Melaya.
http://www.iier.org.au/iier23/hennessey.pdfhttp://www.iier.org.au/iier23/hennessey.pdfhttp://www.iier.org.au/iier23/hennessey.pdfhttp://www.pts.com.my/http://www.pts.com.my/http://www.pts.com.my/http://www.pts.com.my/http://www.iier.org.au/iier23/hennessey.pdf -
8/10/2019 TUGASAN KRB3023-ESEI ILMIAH.pdf
25/25
KRB3023:PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
Othman Puteh (2001).Penulisan kreatif, teori, pengalaman, cabaran. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Robert E. (1989). Research on cooperative learning:consensus and controversy.
Diperoleh pada 16 Oktober 2014 daripada
http://www.ascd.org/ascd/pdf/journals
Roselan Baki (2003).Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah
Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.
Tay Meng Huat. (2003). Satu tinjauan terhadap sikap dan masalah guru Bahasa
Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan. Diperoleh pada 14 Oktober 2014
daripadahttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnal
Yahya Othman et al., (2009).Pemerkasaan pendidikan bahasa Melayu: dari teori ke
praktik. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
http://www.ascd.org/ascd/pdf/journalshttp://www.ascd.org/ascd/pdf/journalshttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalhttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalhttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalhttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalhttp://www.ascd.org/ascd/pdf/journals