Download - Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
1/22
SEKOLAH DAN MASYARAKAT
KPS 4043
TUGASAN INDIVIDU
NAMA:
YUMAIZA BINTI MOHD DIN
NO MATRIK:
L20111006445
KUMPULAN KULIAH A
Disediakan untuk:
Prof Madya Amir Hasan Dawi
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
2/22
Aktiviti 3.2
Sigmund Freud terkenal sebagai ahli psikologi yang memperkenalkan konsep id, ego
dan superego dalam analisis personaliti.
a. Huraikan makna konsep-konsep id, ego dan superego.
Jawapan
Id
Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam
pandangan analisis personaliti, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa seseorang itu
dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang
diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala
dibawah sedar. Id merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional
dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan sumber Libido
terdapat dua naluri yang utama iaitu Eros, naluri untuk hidup yang akan memotivasikan
manusia untuk menfokuskan kepadakecenderungan-kecenderungan keseronokan (contoh,
desakan seksual) dan Thanatos, naluri untuk mati yang akan memotivasikan manusia
untuk menggunakan desakan agresif bagi tujuan pemusnahan. Jika keperluan-keperluan
ini tidak dipenuhi dengan segera, maka akan menghasilkan anxiety atau
tegangan/tekanan. Misalnya, desakan lapar atau dahaga meningkat, adalah perlu untuk
segera makan atau minum. Id ini sangat penting pada peringkat awal perkembangan
manusia kerana ia akan menjamin dalam memenuhi keperluan bayi. Jika bayi itu lapar
atau tidak selesa, dia akan menangis sehinggalah kehendak Idnya dipenuhi
Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan sendiri secara mendadak (immediate
gratification). Itulah sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud tidakteratur dan tidak bermoral. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif id merupakan
penggerak psikologikal yang tidak payah dipelajari.
Ego
Ego berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud I. Ego berada dalam pengalaman
sedar dan adalah jauh lebih rasional serta logikal daripada Id. Ego beroperasi di bawah
prinsip realiti/reality principle, di mana merujuk kepada keperluan untuk memenuhi
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
3/22
kehendak-kehendak Id dan juga mengurangkan libido hanya dengan cara yang tidak akan
membawa kepada akibat-akibat negatif. Justeru itu, ego adalah pengantara di antara
dunia luar dan Id. Bahagian asal kepada ego adalah sebahagian daripada Id tetapi melalui
pengaruh daripada dunia luar, maka telah membentuk ke dalam elemen yang secara
fizikalnya berasingan. Prinsip tugas ego adalah untuk perlindungan atau pertahanan
kendiri dan juga meliputi banyak daripada tindakan-tindakan terkawal kita. Ego
merupakan bahagian yang bertanggungjawab kepada ingatan kita dan juga mekanisme
mempertahankan diri manusia. Ego boleh mengadaptasikan situasi baru melalui
penyesuaian. Ego juga bertanggungjawab untuk menggurangkan jumlah ketidakselesaan
atau tekanan serta bertanggungjawab dalam merehatkan badan melalui proses tidur.
Berbeza dengan Id, ego sedar tentang realiti dan dapat mengenal pasti kebenaran serta
memahami bahawa setiap tingkah laku mempunyai kesan-kesannya. Ini termasuk juga
kesan-kesan daripada peraturan sosial yang diperlukan bagi hidup dan bersosial dengan
orang lain. Ego menggunakan proses kedua/secondary (persepsi, pengistirafan, penilaian
dan memori) yang dikembangkan semasa zaman kanak-kanak/bukan diwarisi, di mana
ego akan mencari sesuatu objek dalam dunia sebenar yang bersepadanan dengan imej
mental yang dicipta oleh proses primari Id. Dilema bagi ego adalah untuk mengimbangi
kehendak-kehendak Id dan superego dengan kekangan/halangan daripada realiti. Ego
mengawal proses mental yang lebih tinggi seperti penaakulan dan penyelesaian masalah,
di mana untuk menyelesaikan dilema ego di antara Id dan superego iaitu secara kreatif
mencari penyelesaian dengan memenuhi desakan asas Id di dalam kekangan superego.
Fungsi-fungsi ego berada dalam ketiga-tiga tahap minda Freud iaitu pengalaman sedar,
prasedar dan bawah sedar. Dalam kebanyakkan kes, impuls-impuls Id boleh dipenuhi
melalui proses kepuasan tundaan/delayed gratification, ego pada kesudahannya akan
membenarkan tingkah laku tersebut tetapi hanya di dalam masa dan tempat yang sesuai.
Contoh kes: bayi dua tahun, apabila bayi itu mencapai sesuatu objek tetapi dihalang oleh
ibubapanya, dia biasanya akan menarik kembali tangannya tanpa memegang objek
tersebut kerana egonya telah terbentuk maka dia mengetahui bahawa larangan ibubapanya
akan diikuti oleh hukuman atau akibat yang tidak disenangi. Bayi dua tahun adalah lebih
rasional dan logikal dalam membuat keputusan dan dia akan menunggu sehingga
ibubapanya tidak memandangnya dan kemudian barulah mencapai objek tersebut dan lari.
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
4/22
Superego
Superego berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud over the self. Superego
adalah pusat moral personaliti yang dikembangkan oleh kanak-kanak bermula daripada
pra-sekolah atau sekitar lima tahun, kanak-kanak belajar tentang peraturan, budaya, dan
jangkaan sosial. Terdapat dua bahagian superego iaitu keunggulan ego/ego ideal, iaitu
sejenis alat ukuran yang dipelajari daripada ibubapa dan juga masyarakat yang diperolehi
melalui pelaksanaan ganjaran manakala suara hati/conscience,iaitu bahagian personaliti
yang membanggakan seseorang itu apabila dapat melakukan sesuatu dengan baik dan rasa
bersalah atau anxieti moral apabila membuat sesuatu kesalahan yang diperolehi melalui
pelaksanaan hukuman. Superego merupakan pengimbang kepada Id dan menghalang
kehendak keseronokan Id terutamanya dalam aspek seks dan keagresifan. Superego
menyediakan garis panduan dalam membuat penilaian. Tindakan-tindakan superego
adalah untuk membentuk tingkah laku yang sempurna dan bertamadun. Ia akan menyekat
kesemua desakan Id yang tidak dapat diterima dan berjuang untuk membentuk ego
supaya bertindak berdasarkan piawai idealistik lebih daripada prinsip-prinsip realistik.
Superego juga berada dalam ketiga-tiga tahap minda Freud iaitu tahap pengalaman sedar.
b.Bandingkan pandangan ahli psikologi Freud dengan pandangan sosiologi tentangpembentukan tingkah laku.
Pandangan Psikologi
Freud
Perbandingan Pandangan Sosiologi
Konsep superego Freud
menerapkan nilai moraliti
dalam masyarakat berlaku
dan diserapkan kedalam
individu tersebut supaya
individu itu berkelakuan
baik dan buruk yang
ditetapkan oleh ibu bapa
dalam masyarakat
Penglibatan orang Melibatkan orang lain
dalam membuat
generalisasi. Membuat
generalisasi ke atas orang
lain akan membentuk satu
set sikap dan jangkaan
kumpulan di mana individu
itu berada.
Personaliti dan minda
manusia. Melihat individu
Kaedah kajian Tingkah laku sosial
manusia. Melihat hubungan
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
5/22
itu sendiri dalam skop yang
kecil
individu itu dengan
masyarakat dalam skop
yang lebih luas
Faktor seksual merupakan
pendorong kepada tingkah
laku manusia
Faktor pendorong Faktor persekitaran dan
social mendorong tingkah
laku manusia
Konflik antara Id, Ego dan
Superego membentuk
situasi tegang dan
memotivasikan seseorang
individu bertingkah laku.
Konflik Konflik yang berlaku antara
kelas yang berbeza yang
menimbulkan situasi
menang kalah yang
menyebabkan setiap
individu itu berjuang untuk
mendapatkan hak masing-
masing
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
6/22
Aktiviti 4.3
Mengapakah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) menimbulkan konflik ? Bagaimana penyelesaiannya?
Jawapan
Bahasa merupakan alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat dan ilmu
pengetahuan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, bahasa
merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains dan matematik kepada
pelajar. Kefahaman konsep sains dan matematik akan berlaku dengan mudah jika konsep
tersebut disampaikan oleh guru dengan baik. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sudah pasti memberi kesan kepada
pengajaran dan pembelajaran serta cara pemikiran guru dan pelajar.
Kebanyakan guru menghadapi masalah dalam mempelajari Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris dengan itu ianya mempengaruhi dan memberi impak terhadap pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik. Secara umumnya, kesukaran ini berpunca daripada
perbezaan amalan atau budaya harian guru yang menunjukkan Bahasa Inggeris merupakansatu perkara yang agak asing dalam kehidupan mereka.
Mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar dalam Bahasa Inggeris di tahun satu,
tingkatan satu dan enam rendah pada semua sekolah kebangsaan mulai tahun 2003 sebelum
dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Banyak pihak yang
telah menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai pelaksanaan PPSMI hingga menimbulkan
konflik di peringkat nasional. Program ini padaawalnya menetapkan matlamat ingin melahirkan
pelajar yang bertaraf dunia. Walaubagaimanapun penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar
subjek Sains dan Matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat.
Ramai berpendapat penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakkan kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di
luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak
berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk..
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
7/22
Sejak bermulanya pelaksanaan PPSMI sudah ada banyak pihak yang menentang
pelaksanaan program ini termasuklah ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar
sendiri. Antara isu-isu yang diperkatakan ialah kesukaran murid untuk menerima
dan memahami pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana
bahasa pertuturan yang selalu di gunakan oleh kebanyakan pelajar di rumah adalah
Bahasa Melayu jadi ianya merupakan halangan kepada para pelajar untuk
memahami kedua subjek ini semasa pelaksanaan PPSMI. Ibu bapa juga turut risau
dengan prestasi anak mereka yang semakin merosot berbanding sebelum
pelaksanaan PPSMI. Jika dipersoalkan kenapa tiada peningkatan di dalam
pembelajaran kedua subjek tersebut pasti jawapan yang diterima adalah kerana
pelajar tidak memahami apa yang di ajar malahan untuk menafsir maklumat di
dalam buku teks juga masih tidak mampu.
Apabila mereka tidak mampu untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran kedua
subjek ini dalam Bahasa Inggeris secara langsung ia akan menghilangkan minat
mereka terhadap subjek tersebut dan ini akan mengakibatkan impian negara yang
mahu menghasilkan cendiakawan dalam ilmu Sains dan Matematik tidak akan
tercapai.
Pada pendapat saya isu ini telah diselesaikan apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dilakukan secara berperingkat mengikut
kaedah soft landing mulai 2012. Pemansuhan akan bermula secara berperingkat bagi pelajar
Tahun 1 dan Tahun 4 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 4 bagi sekolah
menengah, manakala Tingkatan 6 serta matrikulasi tidak terbabit. Mekanisme soft landing
yang telah diberitahu oleh Timbalan Perdana Menteri bermaksud pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia,
Bahasa Cina, atau Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah menengah mulai 2020. Pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa bagi Tahun 4 akan dilaksana pada 2012,
2013 dan 2014. Tahun 5 pada 2013, 2014 dan 2015 dan Tahun 6 (2014, 2015 dan 2016).
Oleh itu, peperiksaan Sains dan Matematik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan
terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016. Manakala bagi pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 4 pada 2012, 2013 dan 2014 dan
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
8/22
Tingkatan 5 pada 2013, 2014 dan 2015 dilaksanakan dalam dwibahasa. Bagi peperiksaan
Sains dan Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terus dilaksanakan dalam
dwibahasa sehingga 2015.
Kaedah soft landing atau pelaksanaan dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dan
memperkukuhkan Bahasa Inggeris bagi menggantikan PPSMI. Isu PPSMI ini telah berjaya
diselesaikan dan ramai pihak yang bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh
Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Bagaimanapun pelajar di negara ini pernah mempunyai pengalaman belajar dalam
Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik. Ini juga merupakan antara yang boleh
dijadikan sebagai panduan kepada sesiapa yang terlibat di dalam pendidikan kerana sistem
pendidikan yang bertukar juga akan memberikan impak yang besar kepada pelajar sama ada
kesan yang positif ataupun negatif
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
9/22
Aktiviti 5.7
a. Jelaskan bagaimana anda sebagai pendidik berinteraksi dalam situasi bilik darjah.
Jawapan
Bilik darjah adalah medan perjuangan utama bagi kerjaya seorang pendidik. Di bilik darjah
pendidik boleh mempamerkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria, dan menarik
menjadi idaman pendidik kerana ia membolehkan pendidik menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan. Bilik darjah yang selesa dan ceria juga membawa kepada
corak interaksi yang harmoni di antara pendidik dan pelajarnya.
Antara cabaran yang di hadapi oleh pendidik semasa berinteraksi dengan pelajarnya ketika
berada dalam bilik darjah iaitu menangani kerenah pelajar yang ramai bilangannya,
memastikan matlamat pengajarannya tercapai dan juga masa yang terhad bagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pendidik perlu menyesuaikan bentuk interaksi yang
sesuai dengan pengajaran, minat dan kebolehan pelajarnya. Di dalam bilik darjah tahap
keupayaan pelajar adalah berbeza-beza. Pendidik tidak boleh berinteraksi dengan pelajar
yang lemah dan menumpukan perhatian kepada pelajar yang lemah dan sederhana sehinggamenyebabkan pelajar yang cerdas menjadi bosan. Demikian juga sebaliknya tidak seharusnya
menumpukan perhatian kepada pelajar yang cerdas dan menyebabkan pelajar yang lain
terabai.
Pendidik perlu bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang di luar dugaan seperti alat
bantuan mengajar rosak, cuaca yang tidak menentu jugak boleh mengganggu proses interaksi
antara pendidik dan pelajar di dalam bilik darjah.
Ada beberapa kaedah yang berkesan bagi proses interaksi pendidik bersama pelajar di dalam
bilik darjah antaranya ialah:-
1. Memberi bantuan klinikalKebolehan pendidik mengdioknistik keupayaan pelajarnya dalam menguasai ilmu
pengetahuan yang akan disampaikan boleh membantu untuk mendapatkan interaksi
yang bagus antara pendidik dan pelajarnya seterusnya sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pendidik perlubertindak sebagai doktor yang merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Di
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
10/22
dalam bilik darjah jika pendidik bertindak secara merawat pelajarnya memahami
kesakitan yang dialami pelajarnya dan bersedia dengan ubat yang mampu
menyembuhkan pelajarnya. Interaksi cara ini mampu menjadikan pelajar rapat dengan
pendidik seterusnya pelajar akan yakin dengan pengajaran yang akan pendidik
sampaikan.
2. Merancang pengajaranPendidik perlu memilih objektif pengajaran supaya interaksi yang akan dilakukan
bersama pelajar akan berjalan dengan lancar. Pengalaman pembelajaran yang sesuai
juga membantu pendidik berinteraksi dengan pelajar dengan lebih berkesan. Pendidik
boleh berkongsi pengalaman yang ada dalam diri pendidik dengan pelajarnya.
Pendidik perlu membuat penilaian terhadap pelajar dan juga dirinya supaya gaya
pengajaran dan interaksinya bersama pelajar ditambahbaik dari masa ke semasa.
Perancangan yang teliti terhadap perkara-perkara yang pendidik kehendaki supaya
kejayaan yang dinginkan akan tercapai
3. Melaksanakan PengajaranKedah pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan member kesan kepada
pelajar. Pendidik perlu menggunakan teknik yang sesuai dalam melaksanakan
pengajaran. Semasa berinteraksi dengan pelajar, pendidik perlu menyesuaikan nada
suara yang sesuai dengan sesuatu situasi tersebut. Jika pendidik ingin Nampak tegas,
nada suara pendidik semasa berinteraksi mestilak sedikit kuat supaya pelajar dapat
memahami dan cuba memahami apa yang di ajarkan kerana pelajar tahu pendidik
tegas dalam apa yang disampaikan.
4. Memantau kemajuanMenilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan
maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kepada pendidik,
ibubapa dan pelajar itu sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian
pelajar dari masa ke semasa. Penilaian awal secara bertulis ini juga dapat digunakan
oleh pendidik untuk mendapatkan maklumat awal mengenai pelajar. Interaksi pelajar
dengan pendidik akan lebih mudah jika pendidik sudah ada maklumat awal pengenai
pelajar. Pendidik juga akan lebih peka dengan tindakan pelajarnya kerana sudah
mengetahui latar belakang peribadi pelajarnya.
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
11/22
5. Menyayangi pelajarPerbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yang mengambarkan perasaan menyayangi
pelajar membantu untuk mewujudkan persekitaran pelajar yang menyeronokkan di
dalam bilik darjah. Jika pendidik mengamalkan sikap seperti saling menghormati,
membimbing dan menyokong pelajar, pendidik lebih mendapat perhatian pelajar.
Pelajar akan rasa diambil berat dan lebih rasa selamat jika pendidik berinteraksi
dengan pelajar dengan cara ini. Interaksi dalam keadaan menyayangi dan
membimbing pelajar akan membantu pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan
dengan lebih selesa lagi.
Jika pendidik mengamalkan 5 cara seperti yang telah diberitahu di atas. Interaksi diantara
pendidik dan pelajar dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah akan dapat dijalankan dengan berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran akan
dapat dicapai.
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
12/22
Aktiviti 6.2
Bincangkan faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman
penjajahan.
Jawapan
Sebelum memulakan perbincangan tentang faktor-faktor orang Melayu yang tidak ramai ke
sekolah pada zaman penjajahan, marilah kita mengimbas sedikit tentang sejarah
perkembangan pendidikan di Malaysia.
Era penjajahan Inggeris (1824 1957) merupakan peringkat kedua dalam sejarah
perkembangan sistem pendidikan di negara kita. Pendidikan negara kita pada masa itu adalah
dibawah kawalan kuasa penjajah tanpa satu falsafah atau kandungan kurikulum yang
seragam. Pentadbiran pendidikan pada masa itu adalah mengikut dasar penjajah yang
merangkumi dasar pecah dan perintah, dasar terbuka dan pendidikan vernakular dengan
bermatlamatkan penyediaan tenaga pekerja dan ekonomi semata-mata. Namun, pendidikan
terhadap orang Melayu hanyalah sekadar warisan daripada ibu dan bapanya sahaja. Ini
bermaksud mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka sahaja seperti mana yang
terkandung dalam perjanjian Inggeris dengan pembesar-pembesar tempatan. Ini jelas
menunjukkan bahawa pihak Inggeris tidak mementingkan kemajuan struktur sosial rakyat
tetapi bertujuan untuk mengekalkan struktur sosial yang sedia ada sahaja. Akibatnya,pendidikan plural telah wujud di Tanah Melayu bersesuaian dengan masyarakat Tanah
Melayu yang bermasyarakat majmuk.
Faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan.
Secara umumnya, terdapat dua faktor yang utama tentang faktor-faktor orang Melayu yang
tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan iaitu faktor orang melayu itu sendiri dan faktor
dasar penjajajah.
Faktor orang Melayu itu sendiri
Faktor pertama ialah kebencian orang Melayu terhadap penjajah. Orang Melayu telah banyak
mengadakan protes terhadap pentadbiran Inggeris serta berasa curiga terhadap tujuan Inggeris
untuk menubuhkan sekolah. Ini mencetuskan kebencian orang Melayu terhadap Inggeris.
Mereka bimbangkan tujuan Inggeris adalah untuk mengkristianan orang Melayu maka
masyarakat Melayu pada masa itu lebih rela menghantar anak-anak mereka ke sekolah agamaataupun tidak pergi ke sekolah langsung.
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
13/22
Faktor kedua ialah kemasukkan yang terhad. Pada era penjajahan, sekolah Inggeris
atauperingkat persekolahan yang lebih tinggi hanya ditawarkan kepada golongan bangsawan
dan anak-anak raja sahaja bagi membolehkan mereka menjawat jawatan dalam kerajaan.
Namun begitu, tawaran jawatan yang disediakan adalah untuk menjadi pegawai-pegawai
rendah sahaja di Tanah Melayu. Peluang bagi memasuki sekolah Inggeris adalah terhad di
kalangan orang Melayu. Justeru itu, orang Melayu yang bukan terdiri daripada golongan
bangsawan tidak akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris sebaliknya akan
menghantar anak mereka ke sekolah agama sahaja
Faktor ketiga tentang mengapa orang Melayu kurang pergi ke sekolah pada era penjajahan
bagi faktor orang Melayu itu sendiri ialah tiada/kurang kesedaran di kalangan mereka. Faktor
ini kita perlu mengimbas kembali bagi pendidikan era masyarakat Melayu tradisional lagi.
Sebelum kedatangan Inggeris, masyarakat Melayu adalah mengamalkan pendidikan tidak
formal iaitu mendapatkan didikan tentang agama, adat dan budaya di rumah ataupun pondok-
pondok kecil. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sememangnya tidak pernah
mendapatkan pendidikan formal sebelum ini. Mereka lebih menekankan aspek keagamaan
yang didapati daripada tok guru dan alim ulama. Apabila Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris
serta telah memperkenalkan sistem persekolahan, masyarakat melayu ketika itu masih tidak
nampak tentang kepentingan sekolah terhadap anak-anak. Mereka lebih menumpukan kepada
aktiviti-aktivit mencari pendapatan keluarga. Selain itu, didikan agama merupakan perkara
penting maka sekolah vernikular Melayu dan sekolah Inggeris yang tidak menawarkan
pengajaran al-Quran adalah tidak mendapat sambutan masyarakat Melayu. Ketika itu juga
belum memerlukan kelulusan tinggi dalam pekerjaan maka persekolahan menjadi tidak
penting kepadamasyarakat Melayu.
Faktor Dasar Penjajah
Dasar penjajah iaitu dasar yang menekankan kepada prinsip pecah dan perintah telah
mengakibatkan orang Melayu tidak ramai ke sekolah. Melalui dasar ini, pendidikan Melayu
hanya diadakan pada peringkat yang rendah sahaja. Bagi mereka yang ingin melanjutkan
pelajaran ke peringkat sekolah menengah, mereka terpaksa pergi ke bandar untuk memasuki
sekolah Inggeris. Sekolah-sekolah Melayu yang diadakan hanya bertujuan untuk
mengekalkan orang Melayu di kampung dan mewarisi kerja-kerja ibubapa mereka serta
berkekalan dalam kemiskinan keluarga. Selain itu, skop dan kurikulum sekolah Melayu
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
14/22
adalah terhad. Pendidikan Melayu tidak menyumbang kepada kemajuan dan mobiliti sosial
di kalangan orang Melayu. Melalui dasar ini, penduduk adalah dipisahkan mengikutkaum dan
ekonomi masing-masing. Orang Melayu mengamalkan prinsip pengasingan dengan
penekanan daripada pihak penjajah, orang Cina pula mengamalkan prinsip tidak peduli
manakala orang India juga mengamalkan prinsip pengasingan di mana mereka mempunyai
sekolah vernakular Tamil
Oleh yang demikian, pendidikan vernakular telah diamalkan pada era penjajahan. Sekolah
vernakular Melayu didirikan oleh kerajaan British dengan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Pendidkan hanya diberikan pada peringkat sekolah rendah sahaja
serta dibina di luar bandar. Kemudahan persekolahan pula serba kekurangan serta pelajar
sekolah ini sukar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Maka, sekolah
ini kurang mendapat sambutan di kalangan orang Melayu itu sendiri kerana tiada pengajaran
al-Quran serta tiada peluang menjawat jawatan tinggi. Sekolah vernakular Cina pula
ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti-parti politik. Di sekolah ini, bahasa Cina
khususnya Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar. Guru dan buku teks pula diimport
daripada negara China bagi mengekalkan indentiti kecinaan di Tanah Melayu. Sekolah ini
telah mendapat sokongan yang mengalakkan daripada masyarakat Cina kerana terdapatnya
sekolah rendah dan menengah serta pelajarnya boleh menyambungkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi iaitu ke pusat pengajian tinggi di China. Sekolah vernikular Tamil pula,
ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawab sosial untuk menjaga kebajikan
masyarakat India. Bahasa Tamil dijadikan sebagai bahasa pengantar. Guru dan sukatan
pelajaran adalah berorientasikan sistem pendidikan negara India serta hanya menawarkan
pendidikan di peringkat sekolah rendah sahaja. Sekolah ini juga kurang mendapat sokongan
kerana ibubapa lebih suka anak mereka membantu bekerja di ladang dan tidak ada peluang
untuk menjawat jawatan yang tinggi.
Selain dasar pecah dan perintah di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India, dasar ini
turut mengasingkan kalangan orang Melayu itu sendiri. Contohnya pertubuhan Maktab
Melayu Kuala Kangsar, 1905, adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Di sini jelaslah
bahawa dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Inggeris
telah mewujudkan sistem pendidikan yang terdiri daripada dua hierarki sosial di kalangan
masyarakat orang Melayu iaitu golongan bangsawan dan bawahan. Ini merupakan cara danpemikiran Inggeris dalam memberikan tekanan kepada orang Melayu. Ini bermaksud, orang
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
15/22
Melayu tidak akan menentang pihak penjajah Inggeris kerana jika mereka membuat
demikian, mereka akan dianggap menentang raja-raja Melayu itu sendiri iaitu menderhaka
kepada sultan! Hasil daripada dasar pentadbiran ini, orang-orang Melayu akan kekal di
kampung untuk menjaga kepentingan ekonomi pihak Inggeris serta telah memisahkan orang
Melayu daripada kemajuan perbandaran dan pendidik.
Secara kesimpulannya, terdapat dua faktor utama mengapa orang Melayu kurang pergi ke
sekolah pada zaman penjajahan iaitu faktor orang Melayu itu sendiri.dan faktor dasar
pentadbiran pihak penjajah. Pihak Inggeris telah mengamalkan prinsip pentadbiran pecah
dan perintah yang boleh dibahagikankepada dua jenis iaitu di kalangan masyarakat majmuk
dan di kalangan masyarakat Melayu. Bagi masyarakat majmuk, pendidikan vernikular telah
membahagikan sekolah kepada sekolah Inggeris, agama, Melayu, Cina dan India manakala
bagi masyarakat Melayu pula membahagikan masyarakat Melayu kepada golongan
bangsawan dan bawahan. Faktor kedua iaitu orang Melayu itu sendiri. Pada ketika itu, orang
Melayu adalah sangat benci kepada penjajah maka mereka tidak akan hantar anak mereka ke
sekolah Inggeris ataupun sekolah Melayu yang didirikan oleh pihak Inggeris. Selain itu,
kemasukkan yang terhad bagi golonagan bawahan serta tahap kesedaran yang rendah di
kalangan masyarakat Melayu tentang kepentingan persekolahan telah menyebabkan faktor
mengapa orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan.
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
16/22
Ativiti 7.1
Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.
Definasi Etika
Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula dari bahasa
Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu
golongan. Setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion sebagi panduan tingkah
laku setiap ahli. Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari membina kod etikanya sendiri.
Kementerian Pendidikan Malaysia membina kod etika ini menggunakan istilah Tatasusila
Profesion Perguruan Malaysia. Etika Profesion Perguruan Malaysia dan Etika Kerja yang
mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan Malaysia
mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab, dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini guru dapat menjalankan tugas yang
diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian
Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Etika ditakrifkan sebagai satu
cabang ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan
kewajiban dan tanggungjawaj moral.
1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR.
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain
Realiti yang berlaku guru banyak mengajar displin mata pelajaran ke arah mencapai
kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Guru perlu mengimbangi antara
kecemerlangan akademi dengan kebajikan dan keselamatan pelajar yang berlaku di
sekolah tidak seperti yang diharapkan.
Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor
jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
Sepatutnya semua guru bersikap adil dan saksama ke atas semua pelanggang (pelajar)
dengan mengenepikan semua unsur-unsur lain. Tetapi apa yang realiti berlaku di
sekolah di mana kelas yang pandai biasanya diberi penekanan yang lebih supaya
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
17/22
pelajar dapat prestasi yang cemerlang manakala kelas yang terbelakang penekanan
kurang dibuat.
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
Menjaga kerahsiaan dan mengambil langkah-langkah menyimpan kerahsiaan adalah
penting demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala maklumat tidak boleh disebarkan
kepada pihak ke tiga kerana mungkin akan didedahkan kepada pihak yang lain pula
dan dengan ini kerahsiaan tidak akan terjamin.
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
Guru perlu ikhlas memberikan ilmu kepada pelajarnya tanpa sebarang bayaran. Ianya
Menjadikan seorang guru tersebut sepenuh hati untuk mendidik pelajarnya.
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas
Guru boleh memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisanya melalui pengkajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Menunjukkan suatu cara pakaian pertuturan dan tingkahlaku yang dapat
memberi contoh yang baik kepada pelajar.
Guru mesti mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perwatakan yang
baik. Guru hendaklah sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan
berusaha menyesuaikan dengan keadaan sekeliling kerana setiap perkembangan guru
akan dinilai oleh pelajar dan masyarakat. Guru perlu menunjukkan penampilan diri,
peraturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. Berusaha agar amalan dapat
menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi
kepada pelajar. Menampilkan diri sebagai orang yang dinamik, maju berdaya saing dan
dapat mendorong seseorang berkelakuan baik.
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
18/22
2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA.
Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.
Sememangnya tanggungjawab utama mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab
ibubapa. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini terdapat ibubapa yang meletakkan
tanggungjawab utama ini kepada guru-guru.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumahtangga.
Guru berusaha mewujudkan keadaan ini melalui Persatuan ibubapa dan guru-guru dan
aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah seperti mengadakan aktiviti gotong
royong Sambutan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Hari Keluarga, Hari
Terbuka dan lain-lain lagi untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang
erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan
bijaksana.
Dalam hubungan ini segala maklumat seperti keputusan peperiksaan dalaman, aktiviti
ko-kurikulum perlulah dihantar kepada ibubapa supaya mereka juga dapat mengetahui
kedudukan anak-anak mereka di sekolah dan kadangkalanya perbincangan perlu
dilakukan dengan ibubapa/penjaga bagi mereka mengetahui kedudukan anak-anak
mereka di sekolah tetapi perkara ini jarang dilakukan di sekolah.
Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi pelajar.
Setiap pelajar adalah sama dan tidak perlu diberi keutamaan kepada mana-mana
pelajar. Pencapaian kanak-kanak di sekolah juga dipengaruhi oleh latar belakang
keluarga. Faktor latar belakang keluarga merangkumi unsur seperti harapan ibu bapa,
kemodenan, kelebihan kemudahan ibu bapa, status sosioekonomi, jarakdari sekolah
dan daerah tempat tinggal tetapi layanan terhadap semua pelajar mesti sama
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
19/22
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga
mereka.
Guru mestilah bersifat neutral dan tidak boleh menghasut pelajar supaya membenci
ibu bapanya.
3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA.
Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh merosokkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan
dengan Rukunnegara.
Guru perlu mendidik, mencorok, membimbing disamping memberi ilmu supaya
pelajar dapat berfungsi dalam masyarakat dengan penuh tanggungjawab dan harmonis.
Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna menghormati orang tuan dan menghormati
adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Perkara ini biasanya dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum di sekolah, di mana
pelajar diasuh menghormati ketua. Kegiatan ko-kurikulum boleh membantu pelajar
dalam menanam sikap suka tolong menolong, melakukan amal kebajikan,menjauhi
perkara keji,dan merupakan etika yang mulia yang dapat dilahirkan melalui kegiatan
ko-kurikulum.
4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESIOAN
PERGURUAN.
Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
Sebagai seorang yang profesional maka sudah tentulah seseorang guru akan menjaga
profesion perguruan dan maruah seseorang guru. Mohd Najib (1996), Untuk
mencapai hasrat kita ke arah mewujudkan word class education dan seterusnyaworld class nation, memerlukan gabungan tenaga, pemikiran dan daya kreatif dari
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
20/22
setiap warga Kementerian.Warga Kementerian perlu visi dan nilai yang dikungsi
bersama.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
Guru sepatutnya berusaha meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing. Guru
dilarang daripada terlibat dalam aktiviti lain seperti berniaga, ejen insuran, ejen jualan
langsung kegiatan politik, dan kegiatan luar yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai seorang guru.
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.
Berusaha dengan sepenuhnya adalah sangat dituntut supaya peningkatan
kecemerlangan dalam semua segi dapat dicapai. Dalam hubungan ini guru perlu
menyediakan perancangan pelajaran yang kemas dan teratur, objektif pelajaran
jelas, memastikan minat serta pengetahuan sedia ada pelajar diambil kira dalam
merancang pelajaran, set induksi yang baik dan dapat menarik minat pelajar, langkah
di peringkat perkembangan pelajaran disusun mengikut prinsip dari mudah kepada
kompleks dan seterusnya menyediakan penutup yang sesuai sama ada penutut sosial
atau kognatif pelajar.
Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang
baru dalam profesion perguruan.
Kita perlu bantu membantu antara satu sama lain supaya sistem pengajaran dan
pembelajaran kita bukan sekadar berkesan tetapi mampu memenuhi keperluan sebenar
untuk membentuk masyarakat yang berdaya cipta dan mampu menyumbang kepada
peradaban dunia.
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
Sebagai seorang yang profesional maka guru hendaklah tidak melakukan sesuatu yang
boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan.
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
21/22
Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Guru mempunyai beberapa pertubuhan yang besar untuk menjaga kebajikan mereka
serta meninggikan mutu profesion perguruan. Antara kesatuan guru ialah National
Union Of Teaching Profession (NUTP), Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat
(KGMMB). Sekarang ini banyak koperasi guru ditubuhkan untuk membantu guru
seperti Yayasan Guru Malaysia Berhad.
Matalamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat
kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah merupakan tanggungjawab semua warga
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekiranya kita mengikuti sepenuhnya Kod Etika
Profesion Perguruan Malaysia maka kita akan mempunyai sifat-sifat luhur,
bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab masing-masing.
Dapat dilihat bahawa etika mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pengurusan. Etika
yang baik akan menghasilkan budaya kerja yang cemerlang dan pengurusan yang berkualiti
yang akan berakhir dengan hasil perkhidmatan dan barangan yang bermutu tinggi. Kod Etika
Profesion Perguruan Malaysia perlulah diikuti dan diamalkan sepenuhnya oleh semua warga
pendidik kerana ianya merupakan asas kepada perkhidmatan yang menuju kepada pendidikan
bertaraf dunia yang diidamkan.
-
8/3/2019 Tugasan Individu Sekolah Dan Masyarakat
22/22
Rujukan
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong Malim:
Quantum Books.
Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books.
Suppiah Nachiappan, et al (2008). Psikologi Pendidikan. Oxford Fajar
Mustafa Haji Daud (1996). Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publiction &
Distributions Sdn.Bhd.
Zainal Abidin Mohamed (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.
Samat Buang. Sistem Komunikasi Manusia Dan Haiwan: Satu Perbandingan. Jurnal
Dewan Bahasa April 1997.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai-
pendidikan/5603-pendidik-perlu-sokong-pemansuhan-ppsmi-tpm.html dicapai pada 30
September 2011
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai-pendidikan/5603-pendidik-perlu-sokong-pemansuhan-ppsmi-tpm.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai-pendidikan/5603-pendidik-perlu-sokong-pemansuhan-ppsmi-tpm.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai-pendidikan/5603-pendidik-perlu-sokong-pemansuhan-ppsmi-tpm.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai-pendidikan/5603-pendidik-perlu-sokong-pemansuhan-ppsmi-tpm.html