UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIAFAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
TUGASAN INDIVIDU
PHOTO TALK
Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat
Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum Dalam PTV
Kod Kursus : MBE 12503
Nama Pelajar : Afinde Bin Othman
No. Matrik : GB 130166
Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) – Persisir
Semester 1, Sesi 2013/2014
Tajuk : Photo Sebagi Satu Perbandingan, Situasi Sebagai Satu Perkaitan
WITH WISDOM, WE EXPLORE
MAKLUMAT GAMBAR 1 :
Situasi Orang ramai bersibuk-sibuk memilih barang untuk dibeli
Tarikh 24 November 2013Masa 2.30 Ptg.Lokasi Pusat Membeli Belah SOGO, Jalan Tunku
Abdul Rahman, Kuala LumpurSaiz 102 KBResolution 3264x2448Aperture 2.6ISO 160Model GT-N7100 (SAMSUNG NOTE 2)
1.0 PHOTO SEBAGAI SATU PERBANDINGAN
WITH WISDOM, WE EXPLORE
1.1 Penceritaan Peristiwa Bergambar 1:
Di satu petang di pusat membeli belah terkemuka SOGO yang terletak di Jalan Tunku
Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada ketika itu saya terfikir seorang diri….kenapa hari ini
begitu ramai sangat orang ye? Kalau dah ramai sangat orang, sudah tentu semasa hendak
membayar nanti akan ada masalah. Terpaksa beratur panjang. Oh..Masa tu jugak dalam hati
mula tertanya-tanya.Agak-agak kenapa ya manusia membeli? Kenapa orang suka membeli?
Lepas seorang demi seorang lalu depan saya, masing-masing menjijit beg kertas yang sarat
dengan muatan barang-barang. Betul-betul banyak barang yang dibeli. Betul ke sebanyak ini
barang yang diperlukan.
Melangkah masuk sahaja ke dalam komplek membeli belah tersebut, di aras bawah
penuh dengan kelibat manusia yang berpusu-pusu dalam kesibukan memilih barang
berhimpit-himpit sesama sendiri. Melihat suasana sedemikian, saya sendiri terasa teruja.
Maklumlah, sudah sekian lama juga tidak datang ke pusat membeli belah ini yang menjadi
salah satu tempat untuk membeli barang bagi penduduk ibu kota. Masakan tidak, setiap kali
tiba musim perayaan tak kira apa saja jenis perayaan mesti ada lambakan barangan di aras
bawah pusat membeli belah tersebut yang sentiasa menawarkan harga murah. Tidak
ketinggalan juga, tibanya kalender hujung tahun yang dikatakan ingin menghabiskan stok
barang lama bagi mengantikan stok baru yang lebih menarik dan terkini.
Itu baru sahaja suasana di tingkat bawah belum lagi kesibukan gelagat manusia di
tingkat atas pusat membeli belah tersebut. Oleh kerana keadaan di tingkat bawah riuh rendah
dengan gelagat pembeli-pembeli yang berebut-rebut memilih keperluan dan kehendak
masing-masing, maka saya mengambil keputusan untuk ke tingkat atas dahulu. Sambil
menyusuri tangga bergerak ke tingkat atas, pada masa inilah saya berkesempatan
merakamkan suasana yang berlaku sebentar tadi di tingkat paling bawah. Dengan
menggunakan perakam gambar yang terdapat pada telefon bimbit Samsung saya itu, mujur
rakaman tersebut agak jelas dan membolehkan saya menceritakan gambaran suasana yang
berlaku.
Bila tiba saja musim perayaan semua orang sibuk bercakap pasal balik kampung,
kesesakan lalulintas, kemalangan dan macam-macam lagi. Tapi kali ini saya nak kongsi
tentang amalan dan kebiasaan kita yang seronok sakan berbelanja katanya nak beraya…mesti
la ‘shopping’. ‘Shopping’ memang seronok apatah lagi kalau kita ada ‘fulus’ yang banyak
sehinggakan ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti wajib yang
mesti dilakukan sebaik sahaja dapat gaji setiap bulan.Memang seronok kalau gaji besar.
WITH WISDOM, WE EXPLORE
Boleh dikatakan pusat membeli belah berlumba-lumba memberikan tawaran harga sehingga
70%. Siapa yang tak tergoda rambang mata dibuatnya. Dari sejam boleh jadi 2- 3 jam
membelek pelbagai barangan yang ditawarkan. Yang peliknya kaki tidak mengalami
kekejangan semasa asyik berjalan di komplek membeli belah berjam-jam. Berjalan memang
bagus untuk kesihatan tetapi yang kurang bagusnya dan tanpa disedari kita tidak dapat kawal
perbelanjaan yang memungkinkan kita terbeban dengan hutang yang tidak disangka-sangka.
Bukan apa, ini sebagai ingatan untuk diri saya juga. Disiplinkan diri dengan membeli apa
yang disenaraikan saja. Lain-lain tolak tepi dulu, utamakan apa yang perlu.
Apakah yang berlaku di dalam gambar itu adalah satu sikap dan kelakuan yang sedar
atau separa sedar ? Apa yang kita belajar, kita mempelajarinya secara sedar.Tetapi ia hanya
apabila kita melakukanya secara separuh sedar dengan baik. Dengan kata mudah, kita pelajari
dan ketahui bahawa berbelanja yang berlebihan satu pembaziran tetapi kita lakukan juga
perkara tersebut. Sebaik sahaja kita melakukan sesuatu secara sedar, kita boleh bergerak ke
dalam separa sedar dan melakukannya dengan baik. Ini termasuklah sikap kita. Kita boleh
mengerakkan reaksi sikap kita ke dalam separa sedar. Kita boleh melakukan ini dengan
lengkap dan secara naluri bertindak balas secara positif dari situasi negatif begitu juga positif.
Ini suatu janji. Ia memerlukan dedikasi, kerja dan latihan tetapi ia boleh dilakukan. Tindak
balas positif kepada apa-apa ransangan boleh menjadi sesuatu seperti tindakan reflek atau
tindakan bersyarat. Ini juga ada kaitan dengan teori pembelajaran Behavioris di mana suatu
proses tingkah laku itu ada kaitan dengan rangsangan daripada persekitaran yang menjadikan
kelakuan yang sedar itu boleh bertukar kepada kelakuan separa sedar jika menjadi satu
pelaziman. Dalam teori ini, Ivan Pavlov menyatakan setiap ransangan akan menimbulkan
gerak balas. Contohnya apabila kita terbaca iklan atau promosi jualan murah malahan kita
ternampak orang berebut-rebut mendapatkan sesuatu, secara tidak langsung kita akan
teransang untuk mengambil tahu dan berlaku gerak balas kepada kita untuk ikut bersama
situasi tersebut.
WITH WISDOM, WE EXPLORE
MAKLUMAT GAMBAR 2 :
Situasi Pelajar sekolah saya melihat barang jualan untuk dibeli
Tarikh 4 Julai 2013Masa 10.30 PagiLokasi Padang SMK Dato Sri Amar Diraja, MuarSaiz 92.2 KB Resolution 3264 x 2448Aperture 2.8ISO 160Model GT-N7100 (SAMSUNG NOTE 2)
1.2 Penceritaan Peristiwa Bergambar 2
WITH WISDOM, WE EXPLORE
Hari Koperasi dan Keusahawanan Sekolah SMK Dato Sri Amar Diraja, Muar 2013.
Begitu meriah bagi tahun ini kerana dijalankan serentak dengan Hari Sukan Sekolah. Apa
yang saya hendak ceritakan di sini bukan tentang kemeriahannya. Tetapi ingin membuat satu
perbandingan dan kaitan dengan penceritaan bagi gambar 1 di atas. Jika kita lihat, budaya
berbelanja dengan bijak sememangnya telah lama diterapkan kepada pelajar semasa mereka
di sekolah. Dengan adanya program-program yang boleh menyemai sikap berbelanja yang
baik malahan memupuk sikap berjimat-cermat. Contohnya, melalui Hari Koperasi dan
Keusahawanan yang telah diadakan setiap tahun di sekolah saya. Pelajar dikehendaki
membeli kupon pembelian untuk dibelanja di gerai-gerai yang telah disediakan. Semasa
berbelanja, pelajar akan membeli barang-barang atau makanan berdasarkan kepada nilai
kupon yang mereka miliki sahaja. Pelajar-pelajar akan memikirkan barangan yang diperlukan
sahaja kerana mereka merasakan akan rugi jika membeli sebarang barangan yang tidak
diperlukan. Selain itu, pelajar tidak dibenarkan membeli dengan menggunakan duit sebenar
dan dikehendaki menukar duit sebenar dengan kupon. Dengan cara ini, secara tidak langsung
dapat mendidik pelajar berjimat cermat dan berbelanja mengikut keperluan. Maka, cara dan
budaya seperti ini yang terus dijalankan setiap tahun melalui program yang berkaitan dengan
budaya berbelanja atau berjimat cermat akan diharapkan dapat dipraktikkan oleh pelajar
suatu hari kelak apabila mereka telah mempunyai duit sendiri. Pelajar akan belajar apa yang
mereka alami berdasarkan cara dan budaya melalui interaksi dan sosial melalui program yang
dijalankan di sekolah. Ini diperkuat lagi dengan Teori Konstruktivisme (Vygotsky, ahli
psikologi) yang menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman
mereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan
yang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan
sosial serta juga banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu
pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosial, adat budaya dan aktiviti yang
membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.
2.0 SITUASI SEBAGAI SATU PERKAITAN
WITH WISDOM, WE EXPLORE
Dalam konteks menceritakan gambaran lebih lanjut, saya akan mengaitkan situasi
yang berlaku dengan kaitan pembelajaran, psikologi, keinginan dan kemahuan manusia dan
budaya suka berbelanja.
2.1 Pembelajaran
Pembelajaran pula menerangkan perubahan kelakuan individu hasil dari pengalaman.
Pembelajaran wujud hasil dari gabungan desakan ,rangsangan , petunjuk, respons dan
pengukuhan. Desakan menjadi motivasi apabila ia ditujukan kepada rangsangan objek yang
tertentu. Petunjuk pula adalah rangsangan kecil yang menentukan bila, dimana dan
bagaimana sesorang itu memberi tindak balas. Contohnya anda berminat untuk membeli roti
keju di kedai serbaneka, tambahan pula mereka membuat promosi istimewa dan mendapat
sokongan dari adik anda,maka anda membuat keputusan untuk membeli roti tersebut.
Maka, perkaitan situasi dalam gambar di atas boleh dijelaskan dengan hasil pembelajaran
di sekolah melalui kandungan kurikulum yang berkaitan dengan sesuatu situasi itu bukan
sahaja didapati secara teori malahan boleh dijadikan sebagai pengalaman kepada pelajar
untuk situasi masa hadapan. Tindakan yang bakal dibuat nanti wujud daripada ransangan atau
petunjuk yang telah dilalui yang dikategorikan sebagai pengalaman. Jadi, apabila seseorang
itu hendak berbelanja maka pada peringkat awalnya melalui situasi desakan untuk memenuhi
keperluan atau kehendak mereka. Kemudian desakan itu akan berubah menjadi motivasi
apabila seseorang itu berada di suatu tempat yang boleh meransang bagi memenuhi tuntutan
keperluan atau kehendak itu tadi. Contohnya seperti yang berlaku seperti gambaran di atas,
dimana apabila seseorang itu berada di komplek membeli belah dan melihat barang-barang
yang ditawarkan harga murah ditambah lagi dengan keadaan berpusu-pusu orang ramai
memilih barang maka itu akan memberi motivasi. Dengan itu, seseorang itu akan menunaikan
hajatnya untuk mencapai niat untuk membeli belah tadi dengan sokongan motivasi tadi. Di
sini kita lihat tindakan untuk teruskan aktiviti membeli belah itu dikatakan sebagai keputusan.
Ini disokong lagi seperti apa yang dikatakan dalam teori pembelajaran Konstruktivisme
dimana seseorang itu tadi akan membuat keputusan berdasarkan kepada pengalaman yang
telah dilalui.
2.2 Psikologi
WITH WISDOM, WE EXPLORE
Ini berkaitan dengan motivasi. Seseorang mempunyai banyak keperluan pada satu-satu
masa. Sesetengah adalah keperluan biological iaitu seperti kelaparan, ketidakselesaan dan
psikologi iaitu seperti keperluan untuk penghargaan sosial. Keperluan-keperluan ini tidak
cukup kuat untuk mendorongkan seseorang itu bertindak pada sesuatu masa. Motif adalah
keperluan yang bertekanan kuat untuk mengarah seseorang itu mencari kepuasan. Pakar
psikologi telah membentuk teori motivasi manusia iaitu :
a. Teori Sigmund Freud
- Freud mengandaikan bahwa manusia tidak sedar tentang kuasa-kuasa psikologi
sebenar yang membentuk kelakuan mereka.
b. Abraham Maslow
- Keperluan manusia disusun dalam satu hierarki dari yang sanagt menekan
kepada yang kurang menekan.
Jadi, melalui situasi gambar di atas dapat dikaitkan seseorang itu tadi berbelanja bukan untuk
suka-suka atau mahu menghabiskan wang tetapi untuk memenuhi keperluan mereka.
Mungkin meraka akan mencapai kepuasan jika niat membeli belah tadi dapat dilaksanakan
dengan tindakan yang sedar didorong dengan motivasi dalam situasi seperti gambar di atas.
2.3 Manusia Dengan Pelbagai Keinginan
Namun, hakikatnya, manusia memiliki pelbagai keinginan. Memang lumrah setiap
manusia itu memerlukan keperluan samada keperluan asas atau keperluan sampingan. Tidak
ketinggalan juga antara mereka yang berkemampuan di mana ingin memenuhi kehendak
yang telah diidamkan. Dengan kenaikan gaji, ada yang merancang untuk melakukan sesuatu
yang positif seperti menyambung pelajaran sebagai pelaburan di masa depan demi
membentuk modal insan yang berkualiti. Contohnya macam saya sendiri, berkorban masa
dan wang ringgit serta tambah lagi komitmen pada diri sendiri berulang-alik ke UTHM untuk
menyambung pelajaran dalam Sarjana. Itu dikira dalam kategori memenuhi keperluan
sampingan untuk masa depan kerjaya. Malah ada juga yang berangan-angan untuk
mendapatkan sesuatu yang telah lama diidam-idamkan.
Lantas bila kesempatan sebegini muncul, seseorang itu sering tidak mampu mengawal
nafsu sehingga memudaratkan diri sendiri, dengan berbelanja di luar kemampuan sebenar,
apatah lagi apabila mempunyai kemudahan kad kredit. Perkara sebegini adakah
berkemungkinan seseorang itu melakukan dengan minda sedar atau tidak sedar. Atau
kemungkinan telah disogok dengan iklan-iklan jualan murah, lambakan barangan berjenama
yang menawarkan harga runtuh atau memenang tujuan untuk berbelanja bagi memenuhi
WITH WISDOM, WE EXPLORE
keperluan sewaktu perayaan malah kehendak yang memang tidak dapat dibendung lagi.
Berbelanja sekadarnya mungkin patut kerana ia naluri dan keperluan hidup. Tetapi jika naluri
berlebihan belanja dan belian mendadak mengikut gerak hati tidak dibendung, sudah pasti
pola perbelanjaan seseorang akan terjejas. Kesannya, selain memudaratkan diri sendiri,
keluarga juga boleh menjadi porak poranda kerana keghairahan berbelanja menggunakan kad
kredit itu boleh menjerumuskan seseorang ke dalam perangkap hutang. Keadaan boleh
menjadi lebih parah jika seseorang itu diseret ke mahkamah dan diisytiharkan muflis akibat
kegagalan melunaskan hutang tadi.
Pertama sekali, ingat kembali apa tujuan kita membeli barangan baru adakah ianya
adalah keperluan ataupun kehendak semata untuk lebih dari orang lain. "Ukur baju pada
badan sendiri" ungkapan yang paling sesuai bagi mereka yang gemar membeli belah tanpa
memikirkan akibat daripada sikap boros mereka. Belilah barang yang anda perlukan sahaja
dan ketepikan kehendak ataupun nafsu sendiri agar kelak kehidupan anda akan dapat dijalani
dengan lebih teratur dan aman. Lebih 70 peratus rakyat di Malaysia yang masih berusia muda
telah diisytiharkan muflis, malah ada juga yang menanggung hutang melebihi gaji yang
sebenar.
2.4 Budaya Suka Berbelanja
Jika musim perayaan dan cuti sekolah bermula, maka automatiklah jualan murah
dimana-mana sahaja. Tak percaya? Pergilah Jusco AEON, Pacific dan sebagainya. Kalau
tiap-tiap kali pergi, mesti sentiasa ada jualan murah. Tidak ada waktu yang tidak ada jualan
murah. Salah satu budaya pengguna pada masa ini ialah suka berbelanja tidak kiralah samada
jualan murah, jualan mega, jualan segala murah, dan sebagainya, berduyun-duyun manusia
akan ke pusat membeli belah tersebut. Tapi tidak lama selepas itu, mereka inilah yang akan
berhadapan dengan masalah perbelanjaan yang berlebihan bagi sesuatu bulan. Antara budaya
yang dialami oleh pengguna ialah :
(a) Jualan mega
Sepanjang bulan jualan “mega” Malaysia, sebahagian besar pengguna akan
berbelanja habis-habisan. Dengan pemberian diskaun 60 % - 70 % , mereka akan
berbelanja tanpa terkawal walaupun barang tersebut tidak diperlukan.
(b) Kad kredit
WITH WISDOM, WE EXPLORE
Kini terlalu mudah kita perolehi kad kredit dan keinginan berbelanja
menggunakan kad kredit sentiasa membuak-buak. Berbelanja menggunakan kad
kredit selalu membuat seseorang itu berasa mempunyai lebih banyak wang
daripada yang sebenarnya dan ini mendorong mereka untuk berbelanja secara
berlebih-lebihan. Amalan ini tidak wajar dipraktikkan sedangkan agama sendiri
tidak menggalakkan pembaziran dan menggalakkan kita untuk bersederhana
dalam semua aspek.
(c) Musim Perayaan
Antara keseronokan kita berada dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
ialah perayaan sepanjang tahun. Sejak beberapa minggu sebelum perayaan, orang
Malaysia sentiasa memikirkan yang baru seperti baju, langsir, sofa, set meja
makan, dan sebagainya. Mereka membeli barangan baru walaupun yang ada
masih elok lagi.
(d) Pengikut Setia Iklan
Seringkali budaya membeli disebabkan oleh pengaruh iklan. Ketika menyelak
helaian halaman sesebuah majalah dan terbaca iklan mengenai telefon bimbit atau
fesyen terbaru , ketika itu perasaan inginkan produk tersebut tidak dapat dikawal
lagi dan akhirnya menjadi iklan bergerak bagi barangan tersebut. Apabila budaya
membeli itu telah meresap jauh ke dalam sanubari individu, perkataan
“merancang perbelanjaan” hilang dalam perbendaharaan kata mereka. Mereka
tidak merancang atau mungkin juga mempunyai perancangan tetapi tidak
menghiraukannya. Berbelanja atas barang-barang yang disukai tanpa mengambil
kira sama ada mampu membelinya menyebabkan mereka ini mengalami masalah
kewangan. Kebanyakan orang mengalami masalah kewangan bukan kerana
mereka merancang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang.
(e) Meneruskan Gaya Hidup Mewah
Bagi seseorang yang telah biasa hidup mewah atau sentiasa mengikut gaya hidup
seperti ini, mereka akan cenderung untuk ingin terus mengekalkannya walaupun
ketika menghadapi masalah kewangan.
(f) Mendapat Bonus
WITH WISDOM, WE EXPLORE
Seringkali juga seseorang itu akan cenderung berbelanja lebih apabila mendengar
khabar tentang bonus yang diperolehi tidak lama lagi. Mereka ini akan berbelanja
sakan. Akhirnya mereka akan mengalami masalah kewangan kerana bonus yang
dijangka ini tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan atau lebih buruk
lagi tidak ada bonus langsung.
Disini, saya nyatakan sedikit situasi sebagai selingan photo talk. Situasi ini bukan sahaja
terjadi kepada orang lain malah juga pernah berlaku kepada saya. Berikut adalah keadaan dan
situasi yang sering terjadi ketika musim perayaan atau jualan murah sewaktu hujung tahun:
Bila bulan tidak puasa, makan minum sekeluarga RM40 sehari.Tetapi semasa bulan
Ramadhan, makan minum sekeluarga sehari sampai RM60. Maklumlah, berselera
melihat makanan di pasar Ramadhan.
Bila dekat hari raya dan cuti sekolah, berbagai-bagai jualan murah akan dijalankan di
pusat membeli belah. Masa ini juga emosi membeli semakin meningkat, sehingga
membeli barangan, perhiasan, dan pakaian yang murah.Tetapi mungkin hanya untuk
kegunaan sekali sahaja. Jaga-jaga emosi belian kita ketika jualan murah sana sini.
Tidak mempunyai budget ketika puasa dan hari raya. Bila tidak ada budget, maka lagi
mudah wang mengalir keluar dari dompet kita. Penat sahaja kita mencari duit kalau
tiada budget diperuntukkan untuk musim perayaan.
KESIMPULAN
Walau apapun yang berlaku dalam kedua-dua situasi dalam gambar, namun daripada
segi akademiknya kita lihat bagaimana situasi yang berlaku ada perkaitan samada melalui
pembelajaran yang lepas atau pengalaman yang baru dilalui. Kedua-dua situasi
memperlihatkan saya bagaimana dengan berbelanja dapat member kebaikan kepada
seseorang jika dengan cara yang betul dan berhemat. Jika dilakukan dengan disedari
seseorang itu sebenarnya berbelanja untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
Walau berapa banyak sekalipun wang dibelanjakan namun semestinya keperluan dan
kehendak yang dibeli itu digunakan. Lebih-lebih lagi, jika perbelanjaan yang digunakan itu
setimpal dengan keperluan atau barang yang dimiliki. Selain itu, secara tidak langsung jika
perbelajaan berlaku hanya di dalam negara kita. Tanpa kita sedari ia mampu mempengaruhi
perkembangan ekonomi negara kita umumnya dan perbelanjaan individu khususnya.
Sumber Rujukan
WITH WISDOM, WE EXPLORE
1. Maslow, A.H., 1970. Motivation and Personality. New York: Harper and Row (edisi
kedua).
2. Herzberg, F., 1996. Work and The Nature of Man. Cleveland, Ohio: World.
3. Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
4. Nasbiah Abdul Wahid dan Ishak Ismail (2000), Perlakuan Pengguna Edisi 2000, Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd. :Petaling Jaya, him. 207-210.
WITH WISDOM, WE EXPLORE