TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL
DARIPADA PROGRAM POLIBRIGED YANG DIIKUTI DI KALANGAN
PELAJAR SEMESTER DUA DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH.
ABDUL RAZAK BIN MOHD DAIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iv
TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL
DARIPADA PROGRAM POLIBRIGED YANG DIIKUTI DI KALANGAN
PELAJAR SEMESTER DUA DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH.
ABDUL RAZAK BIN MOHD DAIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Mekanikal )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
vi
DEDIKASI
“Sesungguhnya kebesaran Allah s.w.t, tiada tolok bandingnya. Syukur kerana Engkau
izinkan kejayaan ini menjadi milik keluargaku”.
Untuk ibubapaku yang disanjungi Hj. Daim B. Hj. Layer dan Hjh. Shamsiah Bt. Hj.
Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan
terima kasih atas doa dan restu kalian. Jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang
hingga ke akhir zaman.
Buat isteri yang amat ku kasihi,
Kamisah Bt. Ariffin
Pengorbanan, ketabahan, sokongan dan kesetiaan mu,
tiada ternilai bagi ku, terima kasih yang tidak terhingga, kau bagaikan mentari pagi yang
pasti hadir menyinari perjalanan disepanjang perjuanganku
kejayaan ini, adalah lambang kasih dan keunggulan mu.
Untuk puteraku yang amat ku sayangi,
Ahmad Rusyaidi
Terima kasih kerana memahami erti perjuangan, perjuangan yang belum berakhir ini
biarlah menjadi perintis perjalanan mu seterusnya.
Untuk abang, kakak ipar, adik, adik ipar yang diingati,
kejayaan ini, biarlah menjadi pembakar semangat buat kita semua untuk terus menuju ke
hadapan. Buat keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai, segala jasa, doa
dan sokongan kalian akan ku abadikan dalam kenangan.
vii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, penulis talah dapat mencapai cita-cita untuk menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada
penyelia projek, En. Azlan Bin Abdul Latib di atas segala tunjuk ajar, bimbingan,
nasihat serta kesabaran dan penumpuan beliau dengan penuh kerelaan tanpa rasa jemu di
sepanjang tempoh laporan projek ini disiapkan.
Ucapan penghargaan juga diberikan kepada pihak Politeknik Kota Kinabalu,
Sabah dan Politeknik Johor Bahru, Johor D. Takzim. Pengarah, Ketua Jabatan,
Pensyarah dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Terima kasih di atas segala
kerjasama yang diberikan dalam usaha penulis menjalankan kajian bagi Projek Sarjana
Mudanya.
Tidak ketinggalan penghargaan diberikan kepada sesiapa sahaja yang turut
membantu dalam menjayakan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga
ALLAH jua memberkati hidup kalian.
Wassalam.
viii
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau tahap penguasaan
kemahiran generik hasil daripada program polibriged yang diikuti di kalangan pelajar
semester 2 di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Kemahiran generik yang difokuskan
dalam kajian ini adalah kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam pasukan,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran
kepimpinan. Responden bagi kajian ini adalah seramai 251 orang pelajar. Data kajian
dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 bagi mendapatkan frekuensi, peratus
dan min. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen kajian. Darjah kebolehpercayaan (alpha Croncbach) bagi soal selidik yang
digunakan adalah 0.9226. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan
kemahiran generik adalah tinggi terutamanya kemahiran kepimpinan. Walaupun
demikian, ada beberapa item menunjukkan tahap yang sederhana seperti dalam
kemahiran komunikasi dan kemahiran membuat keputusan. Pengkaji mencadangkan
pelajar harus merebut peluang yang disediakan dalam program politeknik yang lain
untuk mengatasinya seperti latihan industri dan sebagainya.
ix
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine what extent the student
acquisition finding from polibriged program semester two student of Polytechnic Kota
Kinabalu, Sabah. Generic skills addressed in this research are communication, work-in
group, problem solving, decision making and leadership skill. Respondents for this
study were 251 students from semester two. Data was gathered through questionnaires
and have been analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version
11.5 to calculate frequency, percentage and mean. This research was analyzed using
descriptive analysis. Reliable value is α = 0.9226. The findings revealed that student’s
generic skills acquisition is high especially leadership skills. However, several item
shown moderate level of the case study such as communication and decision making
skills, therefore the researcher suggest that the student’s must grab the opportunity that
provided by polytechnic programmed such as industrial training and others in order to
generate their skills and knowledge.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS ii
PENGAKUAN PENYELIA iii
TAJUK KAJIAN iv
HALAMAN PENGAKUAN v
HALAMAN DEDIKASI vi
HALAMAN PENGHARGAAN vii
ABSTRAK viii
ABSTRACT ix
KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAHAGIAN SATU
I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Penguasaan
1
3
10
10
11
12
12
13
13
xi
1.8.2 Kemahiran Generik
1.8.3 Program Polibriged Yang Diikuti
1.8.4 Pelajar Semester Dua
13
14
14
BAHAGIAN DUA
II
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Definisi Program Polibriged
2.3 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam
Pekerjaan
2.4 Kemahiran Komunikasi
2.5 Kemahiran Bekerja Dalam Pasukan
2.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan
Membuat Keputusan
2.7 Kemahiran Kepimpinan
2.8 Sorotan Kajian Lepas
15
15
17
22
25
27
31
34
BAHAGIAN TIGA
III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Kerangka Operasi
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian
3.5 Responden Kajian
3.6 Sumber Data
3.7 Instrumentasi Kajian
3.7.1 Keesahan Soal Selidik
3.7.2 Kajian Rintis
3.7.2.1 Nilai Kebolehpercayaan
42
43
44
46
46
48
48
51
51
52
xii
3.8 Kaedah Analisis Data 53
3.9 Andaian
BAHAGIAN EMPAT
55
IV
ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Latar Belakang Responden
4.2.1 Jantina
4.2.2 Tahap Pengajian
4.2.3 Bangsa
4.2.4 Agama
4.2.5 Gred Yang Diperolehi Dalam
Polibriged
4.3 Analisis Persoalan Kajian
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5
4.4 Kesimpulan
56
56
57
57
58
59
59
60
61
65
69
72
74
77
BAHAGIAN LIMA
V
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Kemahiran Komunikasi
5.3.2 Kemahiran Bekerja Dalam Pasukan
5.3.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah
78
78
81
82
85
88
xiii
5.3.4 Kemahiran Membuat Keputusan 91
5.3.5 Kemahiran Kepimpinan
5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar
5.4.2 Cadangan Kepada Pentadbiran
Politeknik
5.4.3 Cadangan Kepada Kajian Akan Datang
5.5 Penutup
93
96
96
97
97
98
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI
101
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
Lampiran A : Soal Selidik
Lampiran B : Surat Kebenaran EPRD
Lampiran C : Keputusan Kajian Rintis (Alpha)
Lampiran D : Keputusan Statistik Deskriptif Frekuensi,
Peratusan dan Min.
Lampiran E : “Determing Sample Size for Research”
Oleh Krejeie,R.V dan Morgan,D.W
(1970).
xiv
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Bilangan Pekerja Mendaftar, Penempatan dan
Kekosongan
4
1.2 Maklumat Pasaran Buruh Bulan Februari 2004 4
2.1 Kepentingan kemahiran Generik Kepada
Organisasi dan Individu
20
3.1 Taburan Responden Kajian 47
3.2 Pemarkahan Item-Item Skala Likert 49
3.3 Pembahagian Borang Soal Selidik Bahagian B 50
3.4 Skor Skala Likert Lima Pemeringkatan Kepada
Tiga Pemeringkatan
51
3.5 Tahap Analisis Min 52
3.6 Nilai Kebolehpercayaan Bagi Kajian Rintis 54
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 57
4.2 Taburan Responden Mengikut Tahap Pengajian 57
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58
4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 59
xv
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Yang
Diperolehi
59
4.6 Taburan Penerapan Kemahiran Komunikasi (Min)
Mengikut Susunan Menurun ( n = 251 pelajar )
61
4.7 Taburan Penerapan Kemahiran Bekerja Dalam
Pasukan (min) Mengikut Susunan Menurun.
(n = 251 pelajar)
65
4.8 Taburan Penerapan Kemahiran Menyelesaikan
Masalah (min) Mengikut Susunan Menurun.
(n = 251 pelajar)
69
4.9 Taburan Penerapan Kemahiran Membuat
Keputusan (min) Mengikut Susunan Menurun.
(n = 251 pelajar)
72
4.10 Taburan Penerapan Kemahiran Kepimpinan (min)
Mengikut Susunan Menurun. (n = 251 pelajar)
74
4.11 Taburan Purata Keseluruhan Bagi Lima Persoalan
Kajian Mengikut (min) Secara Menurun
77
xvi
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Proses Membuat Keputusan 30
3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 45
xvii
SENARAI SINGKATAN
JTK - Jabatan Tenaga Kerja
P & P - Pengajaran dan Pembelajaran
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
TESDA - Technical Education and Skills Development Authority
IJM - Institut Jurutera Malaysia
KUiTTHO - Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn
MFI - Malaysian France Institute
IPT - Institut Pengajian Tinggi
ABET - Accreditation Board for Engineering and Technology
NCVER - National Centre for Vocational Education Research
S - Setuju
SPSS - Statistic Package for Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Surat Kebenaran EPRD
C Keputusan Kajian Rintis (Alpha)
D Keputusan Statistik Deskriptif Frekuensi,
Peratusan dan Min.
E “Determing Sample Size for Research” Oleh
Krejeie,R.V dan Morgan,D.W (1970).
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YB. Tan Sri Dato’ Musa Bin Mohamad
(2000), dalam ucapan amanat tahun baru 2000 telah menyatakan bahawa permintaan
kepada tenaga kerja yang berkelulusan dari politeknik adalah sangat tinggi dalam
industri. Ini adalah kerana politeknik berupaya menyediakan tenaga mahir daripada
jurusan kemahiran dan teknikal untuk memenuhi keperluan industri pada masa akan
datang.
Banyak pihak dari industri telah menyatakan bahawa dunia hari ini telah
mengalami perubahan yang pesat hasil daripada kemajuan teknologi maklumat dan
politik. Kemajuan teknologi maklumat dan perubahan corak politik dunia di akhir abad
ke 20 telah menghasilkan fenomena “dunia tanpa sempadan” atau juga dipanggil
globalisasi. Kehidupan secara amnya dan sektor ekonomi secara khususnya sangat
dipengaruhi oleh perubahan-perubahan ini.
2
Bagi memenuhi permintaan keperluan tenaga mahir di industri dalam ke-21,
institusi –institusi pengajian tinggi seperti politeknik perlu menyediakan program
pengajian yang bukan sahaja menekankan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam
jurusan yang diceburi tetapi juga perlu merangkumi kemahiran generik. Gabungan ilmu
dan kemahiran dalam jurusan yang diikuti serta keupayaan generik yang dimiliki
menjadikan seorang pelajar itu lebih produktif dan berdaya saing. Ini adalah penting
dalam era “dunia tanpa sempadan” yang memerlukan sumber manusia yang dapat
menyesuaikan diri dengan berkesan dalam menghadapi perubahan dan perkembangan
yang berlaku dalam sektor ekonomi.
Menurut Mayer dalam Raggat (1995), di antara kemahiran generik yang
diperlukan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam pasukan dan
kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran generik ini adalah amat penting untuk
membolehkan seseorang pekerja itu terlibat dengan berkesan dalam memainkan peranan
dan tugasnya di dalam sesebuah organisasi. Menurut Dunne (1999), kini majikan lebih
mengutamakan para graduan yang benar-benar lengkap untuk memenuhi permintaan
dunia pekerjaan. Kenyataan ini turut disokong dalam kertas kerja kerajaan British ke
atas pendidikan tinggi telah menekankan bahawa para graduan perlu memenuhi
permintaan dunia pekerjaan yang semakin cepat berubah (Department of Education and
Science, 1987).
Pembangunan sumber manusia masa kini perlu memfokuskan kepada penyatuan
pengaplikasian ilmu pengetahuan yang ada dengan kemahiran generik. Sebenarnya, para
pekerja dapat menggunakan kemahiran generik yang dimiliki untuk semua bentuk tugas
dalam sebarang bentuk industri yang diceburi. Kemahiran ini juga boleh diaplikasikan
untuk membantu seseorang itu menjalani kehidupan seharian dan bukan hanya terhad
dalam bidang kerjaya sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab institusi-institusi
pendidikan dan latihan seperti politeknik untuk memastikan lulusannya dilengkapi
dengan ilmu, kemahiran teknikal serta keupayaan generik yang sesuai. Ini adalah
3
penting untuk memastikan sumber manusia yang dihasilkan dapat bekerja dengan
berkesan di samping dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang sentiasa berlaku
dalam pekerjaan masa ini.
1.2 Latar belakang masalah
Di Malaysia khususnya, setiap tahun banyak pusat pengajian tinggi dan latihan
tempatan melahirkan graduan dan pelajar terlatih termasuk politeknik. Menurut Safarin
dan Kamaruddin (2004), bilangan dan peratusan keluaran daripada institusi tersebut
masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun keluaran sesuatu
kumpulan pekerjaan itu, melebihi daripada kekosongan. Dalam era globalisasi dan
perkembangan dunia sekarang, kebanyakan majikan memerlukan pekerja yang bukan
hanya memiliki kemahiran teknikal atau hard skills sahaja tetapi juga mempunyai
kemahiran generik atau soft skill. Pekerja yang mempunyai kemahiran tersebut akan
dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan bersifat serba boleh (multi
skills) bersesuaian dengan keperluan dunia pekerja masa kini.
Statistik tahun 2003 yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK),
menunjukkan sejumlah 56,234 orang pencari kerja yang telah mendaftar dengan JTK
adalah terdiri daripada mereka yang memiliki pelbagai jenis kemahiran dan bidang
pengkhususan. Sebahagian daripada mereka iaitu 18,618 orang mempunyai latihan
seperti latihan ikhtisas, latihan perkeranian, penjualan dan latihan perindustrian.
Walaupun demikian hanya 6,228 orang sahaja yang dapat ditempatkan dalam sektor
pekerjaan berkaitan. Keadaan ini menunjukkan terdapat 6,374 kekosongan dalam
pelbagai bidang pekerjaan yang belum diisi sepertimana Jadual 1.1 berikut.
4
Jadual 1.1 : Bilangan Pekerja Mendaftar, Penempatan dan Kekosongan Tahun
2003
Status
2003 (orang)
Daftar (yang mempunyai latihan)
18,618
Penempatan
6,228
Kekosongan
6,374
Statistik bulan Februari 2004 yang dikeluarkan oleh JTK telah memperlihatkan
penempatan pekerja tidak dapat dilakukan meskipun jumlah pendaftaran yang aktif
melebihi daripada kekosongan sesuatu kumpulan pekerjaan sepertimana dalam Jadual
1.2.
Jadual 1.2: Maklumat Pasaran Buruh Bulan Februari 2004
Kumpulan Pekerjaan
Jumlah Pendaftar
Aktif
Jumlah Kerja Kosong
Keseluruhan
Jumlah Penempatan Keseluruhan
Kekosongan Yang Belum
Diisi Pengubal Undang-undang,
Pegawai Kanan Dan Pengurus
1664
32
0
32
Profesional 9539 456 8 448
Juruteknik 5956 443 5 438
5
Pekerja Perkeranian
9936 1333 23 1310
Pekerja Mahir Pertanian dan
Perikanan
95 157 0 157
Pekerja Pertukangan
400 3 0 3
Operator Loji Dan Mesin
525 137 1 136
Pekerjaan Asas 1070 212 7 205
Jumlah 29185 2773 44 2729
Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia (2004)
Daripada Jadual 1.2, sejumlah 29185 orang pendaftar aktif daripada pelbagai
bidang kemahiran mereka, yang telah mendapat pekerjaan hanya 44 orang sahaja.
Walaupun jumlah kerja kosong keseluruhan masih lagi ramai iaitu 2,773 orang, tetapi
penempatan pekerjaan tetap tidak dapat dilakukan. Jika dilihat dari kumpulan pekerjaan
ianya merangkumi seperti pengubal undang-undang, pegawai kanan dan pengurus,
profesional, juruteknik, pekerja perkeranian, pekerja pertukangan, operator loji dan
mesin serta pekerjaan asas.
Daripada kedua-dua Jadual 1.1 dan Jadual 1.2, jelas menunjukkan bahawa
terdapat satu keadaan di mana lepasan institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat latihan
masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan pada masa kini. Meskipun bilangan
yang mendaftar melebihi daripada bilangan kekosongan tetapi penempatan masih tidak
dapat dilakukan. Situasi ini mewujudkan persaingan kepada graduan untuk mendapatkan
pekerjaan. Oleh yang demikian, graduan seharusnya perlu lebih versetile atau serba
boleh serta berkebolehan dalam pelbagai kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan.
6
Kini dunia pekerjaan lebih menuntut kepada keperluan kemahiran generik seperti
keupayaan untuk bekerjasama dan berkomunikasi. Menurut Dunne (1999), Persekutuan
Industri British turut berpandangan bahawa tenaga kerja yang diperlukan dan dianggap
berkelayakan tinggi adalah terdiri daripada pekerja yang mempunyai kebolehan daripada
segi berfikir, mempelajari dan menyesuaikan diri. Selain itu, personal transferable skills
yang diperlukan pula terdiri daripada kebolehan menyelesaikan masalah, berkomunikasi
dan bekerja dalam kumpulan (Dunne,1999).
Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa majikan lebih
menekankan kepada keperluan menyediakan para graduan yang mempunyai kemahiran
generik. Namun, apa yang menjadi kerisauan ialah masih wujud rasa ketidakpuasan hati
oleh pihak majikan ke atas para graduan lepasan institusi pengajian tinggi yang
kekurangan dalam kemahiran-kemahiran tertentu seperti daripada segi keupayaan untuk
membuat persembahan secara lisan, menulis laporan atau surat-surat perniagaan dan
menyatakan pendirian mereka. Quality in Higher Education (1994), seterusnya membuat
kesimpulan bahawa pendidikan tinggi sepatutnya mempunyai tanggungjawab untuk
memastikan para pelajar yang memperolehi ijazah mempunyai kemahiran generik yang
membolehkan mereka untuk bekerja secara efektif dalam organisasi moden kini.
Sementara itu, U.S Department of Labour and the America Society for Training
and Development dalam Carnevale dan Gainer (1989) melaporkan bahawa kemahiran-
kemahiran yang diperlukan oleh majikan adalah :
i) Tiga M (membaca, menulis dan mengira) ;
ii) Mempelajari untuk belajar ;
iii) Komunikasi mendengar dan komunikasi secara lisan ;
iv) Interpersonal/ bertolak ansur/ bekerja dalam pasukan ;
v) Self esteem / bermotivasi / pembangunan personal dan kerjaya ; dan
vi) Keberkesanan organisasi / kepimpinan
7
Ini menunjukkan bahawa organisasi telah menyedari kepentingan penguasaan
kemahiran generik di kalangan pekerja bagi melaksanakan sesuatu dengan lebih
berkesan. Di samping itu pihak majikan juga menyedari untuk terus maju mereka perlu
menghadapi persaingan yang lebih sengit terutama dalam era globalisasi.
Terdapat kesedaran di peringkat antarabangsa bahawa, sesebuah organisasi yang
paling berjaya ialah apabila para pekerjanya mempunyai pelbagai kemahiran, kreatif dan
boleh menyesuaikan diri. Penumpuan perlu diberikan terhadap konsep kerja
dan pendidikan sepanjang hayat. Kemahiran dan pengetahuan perlu sentiasa
dikemaskinikan kerana ia semakin menjadi penting dalam mengekalkan dan
meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Oleh itu, institusi-institusi pendidikan dan
latihan perlu memberi perhatian kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran
vokasional yang disertakan dengan kemahiran-kemahiran generik (Finn.
1991). Kenyataan ini turut disokong oleh Y.B Datuk Fong Chan Onn (2000), Menteri di
Kementerian Sumber Manusia Malaysia dalam ucapan utamanya di Persidangan
Kementerian Sumber Manusia, bahawa industri pada masa kini memerlukan pekerja
yang dilengkapkan dengan kelayakan dan kemahiran untuk menjamin seseorang pekerja
itu mendapat pekerjaan. Oleh itu, adalah perlu para lulusan memiliki kelayakan dan
kemahiran dalam bidang akademik tertentu berserta kemahiran generik yang ditekankan
oleh pihak majikan dalam industri.
Namun apa yang berlaku, menurut Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat
Som (1999), pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia hanya mempunyai program
pengajian yang menekankan kepada penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan
kemahiran asas dalam bidang pengkhususan masing-masing sahaja dan kurang diberi
penekanan kepada penguasaan kemahiran generik yang amat diperlukan apabila
memasuki pekerjaan di industri kelak. Menurut Musa (1998) pula, para pelajar yang
telah diberikan pelbagai input teori dan praktikal sebagai persediaan menghadapi alam
pekerjaan masih tidak dapat menyesuaikan diri dalam suasana bekerja dan tidak
8
berkeyakinan dalam melaksanakan tugas. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi semasa menyampaikan perutusannya Sempena Hari Asean ke-38 (2005)
menyatakan dalam hal ini, badan korporat bersama dengan pemerintah, juga digalakkan
menjalankan tanggungjawab sosial menangani isu seperti kemiskinan, keutuhan unit
keluarga, keruntuhan moral dan pengangguran. (Berita Harian,8 Ogos 2005)
Politeknik dilihat sebagai institusi pengajian yang berupaya menyediakan tenaga
kerja separa mahir terutama dalam bidang teknikal untuk memenuhi keperluan tenaga
kerja di masa akan datang. Bidang teknikal terutamanya kejuruteraan pula dilihat akan
menjadi satu profesion yang mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas. Sesuatu
yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak adalah keperluan penguasaan
kemahiran generik di kalangan pelajar sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
Dalam Buletin P & P (2004), menurut Profesor Dr. Ir Mohd Zulkifli, Naib Canselor
Universiti Teknologi Malaysia kadar pengangguran ketika ini adalah tinggi kerana
graduan tidak mempunyai kemahiran generik yang diperlukan oleh majikan ataupun
pihak industri. Oleh itu menjadi tanggungjawab institusi menerapkan kemahiran generik
dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga pada aktiviti pembangunan pelajar dalam
menjalani kehidupan di dalam institusi tersebut. Oleh itu, institusi pengajian termasuk
politeknik tidak terkecuali perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan pelajar bagi
memenuhi kehendak pekerjaan dan majikan. Ini adalah selaras dengan matlamat
politeknik iaitu untuk menghasilkan tenaga kerja separuh mahir bagi memenuhi
permintaan pasaran kerja.
Selaras dengan matlamat itu, program polibriged telah dilaksanakan di
politeknik seluruh Malaysia bermula pada tahun 2000. Program ini menekankan kepada
kemahiran asas yang meliputi aktiviti berkawad, pertolongan cemas, pencegahan
kebakaran, asas protokol dan etika serta pengurusan diri dan jati diri. Ia dikhaskan
9
kepada pelajar-pelajar semester satu sahaja dan wajib diambil oleh pelajar baru yang
melanjutkan pelajaran di politeknik.
Di antara objektif program polibriged yang digariskan di dalam modul program
polibriged Politeknik (2001), adalah untuk :
i. membentuk pelajar supaya hidup dalam konteks yang memberi
pendekatan ke arah individu yang bermoral, berdedikasi dan
bertanggungjawab.
ii. membina insan yang berketrampilan, bersahsiah tinggi, berdaya tahan
mental dan fizikal, berkeyakinan, berfikir secara kreatif, inovatif dan
kritis dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah dan
iii. boleh membimbing dan memimpin masyarakat serta cekap dan
berkeupayaan menjalankan tugas.
Selaras dengan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Negara ke arah
mencapai hasrat ini, aktiviti program polibriged dilihat sebagai satu wadah yang dapat
menanamkan pelbagai kemahiran generik yang diperlukan. Ia adalah selaras dengan
hasrat FPN dan Jawatankuasa Kabinet (1979: 91) yang menyatakan;
“Kegiatan aktiviti luar yang dijalankan di luar bilik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun spirit de corps di antara pelajar-pelajar berbagai keturunan yang mempunyai latarbelakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga, bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.”
Menurut Idris (2005), kegiatan kokurikulum sebenarnya merupakan aktiviti-
aktiviti luar bilik darjah yang menjadi elemen sokongan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta pelengkap bagi kurikulum. Oleh itu, di dalam konteks sistem
pendidikan tinggi terutamanya di politeknik, perseimbangan ini boleh dicapai melalui
10
aktiviti program polibriged. Walau bagaimanapun, timbul persoalan adakah aktiviti yang
dilaksanakan di dalam program polibriged ini benar-benar dapat menerapkan kemahiran
generik. Jesteru itu, ianya menjadi suatu yang menarik bagi penyelidik untuk melihat
sejauhmana kemahiran generik dapat diterapkan dalam program polibriged di
politeknik.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dilakukan untuk meninjau tahap penguasaan kemahiran generik di
kalangan pelajar-pelajar semester 2 dalam program polibriged di Politeknik Kota
Kinabalu, Sabah.
1.4 Objektif Kajian
Di akhir penyelidikan, pengkaji akan dapat:
1. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi hasil daripada program
polibriged yang telah diterapkan dengan berkesan di kalangan pelajar.
2. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran bekerja dengan pasukan hasil
daripada program polibriged yang telah diterapkan dengan berkesan di kalangan
pelajar.
3. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah hasil
daripada program polibriged yang telah diterapkan dengan berkesan di kalangan
pelajar.
11
4. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membuat keputusan hasil daripada
program polibriged yang telah diterapkan dengan berkesan di kalangan pelajar.
5. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran kepimpinan hasil daripada program
polibriged yang telah diterapkan dengan berkesan di kalangan pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
1. Adakah program polibriged membantu pelajar berkomunikasi dengan berkesan?
2. Adakah program polibriged membantu pelajar bekerja dalam pasukan dengan
berkesan?
3. Adakah program polibriged membantu pelajar menyelesaikan masalah dengan
berkesan?
4. Adakah program polibriged membantu pelajar membuat keputusan dengan
berkesan?
5. Adakah program polibriged membantu menerapkan pelajar dengan kemahiran
kepimpinan yang berkesan?