Download - Teori Personaliti Behaviorisme
-
8/7/2019 Teori Personaliti Behaviorisme
1/4
Teori Personaliti Behaviorisme
Ahli behaviorisme mengandaikan bahawa tingkah laku lazim adalah tingkah laku yang
dilakukan secara konsisten.Ia terhasil daripada kematangan individu itu sendiri serta apa yang
telah dipelajari sebelum itu.Pengikut teori kaunseling sepertiPavlov,Thorndike danSkinner
berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku.
Komponen Teori Personaliti Behaviorisme
Terdapat tiga komponen dalam sejarah pendekatan tingkahlaku ataupun dikenali sebagai
behavioural approach.
Pelaziman klasikal
Komponen yang pertama ialah pelaziman klasikalyang juga dikenali sebagai model
rangsangan.Kadangkala pelaziman klasik disebut sebagai psikologi rangsangan gerak
balas.Pelaziman klasikal merujuk kepada satu proses benda hidup mempelajari sesuatu
perkara baru dengan dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.
Istilah pelaziman bermaksud rangsangan-rangsangan sebelumnya,bukanlah faktor utama
yang menyebabkan sesuatu tingkahlaku berlaku.Tingkahlaku yang dibuat adalah akibat
daripada rangsangan yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
Satu kajian klasikal telah dijalankan oleh Ivan Pavlov (1960).Beliau ialah seorang pakar
fisiologi dari Rusia dan merupakan pengasas teori pelaziman yang termasyhur.Pavlov tertarik
untuk membuat kajian pelaziman ini setelah mengkaji fisiologi penghadaman seekor anjing.
Bagi menjayakan kajian ini,Pavlov telah meletakkan loceng berhampiran dengan
anjingnya.Beliau akan memastikan loceng itu dibunyikan apabila makanan diletakkan di
hadapan anjing itu ketika ia dalam keadaan lapar.Kebiasaannya, anjing itu hanya akan
mengeluarkan air liur apabila sahaja terlihat makanan.Oleh itu,Pavlov telah menggandingkan
bunyi loceng dan makanan dihidang.Proses ini telah diulang beberapa kali dan anjing itu
mula bergerakbalas dengan mengeluarkan air liurnya.Situasi ini berlarutan sehingga pada
suatu ketika, beliau hanya membunyikan loceng itu sahaja tanpa makanan dihidang, namun
anjing itu tetap bergerakbalas dengan mengeluarkan air liurnya.
Akibat rangsangan terlazim(bunyi loceng),anjing itu bergerakbalas dengan mengeluarkan air
liur walaupun tanpa makanan diberi.Inilah tingkah laku baru yang dipelajari oleh anjing itu
daripada proses pelaziman klasikal.Teori ini boleh diaplikasikan dalam perubahan
tingkahlaku pembelajaran murid-murid di sekolah.Misalnya, di dalam kelas ada beberapa
orang murid selalu tidak menyiapkan latihan di dalam bilik darjah dengan pelbagai alasan
seperti tidak bawa buku.
-
8/7/2019 Teori Personaliti Behaviorisme
2/4
Bagi memotivasikan murid-murid seperti ini agar mengubah sikap mereka terhadap aktiviti di
dalam bilik darjah, guru bolehlah menggunakan murid-murid yang rajin membuat latihan
sebagai rangsangan luaran.Guru boleh berikan ganjaran kepada murid yang menyiapkan
latihan dan menghantarnya pada masa yang ditetapkan.Guru boleh berikan cop seperti
TAHNIAH, KERJA YANG MEMUASKAN, BAIKatau CEMERLANGpada setiap latihan
yang sudah disemak oleh guru berkenaan.Kebiasaannya murid yang mendapat cop ini akanberasa gembira dan bangga kerana hasil kerja mereka dihargai oleh guru.
Jika setiap hari murid-murid yang tidak membuat latihan itu melihat situasi gembira rakan-
rakan lain mendapat coppenghargaan di dalam buku, lama-kelamaan akan timbul rasa teruja
dalam diri mereka untuk turut sama berkongsi kegembiraan yang sama.Akibatnya,secara
perlahan-lahan murid-murid yang sebelum ini gagal menyiapkan latihan akan mula
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Kesan jangka panjangnya pula,mereka akan
mendapat markah yang baik dalam ujian dan peperiksaan.Akhirnya mereka sedar bahawa
membuat latihan di dalam bilik darjah adalah penting untuk meneguhkan pengetahuan dan
mendapat pencapaian yang baik dan seterusnya mendapat penghargaan daripada guru serta
ibu bapa.Tingkahlaku positif ini akan diteruskan setelah murid-murid sedar kelebihan dankeuntungan yang bakal diperolehi.
Pelaziman operan
Komponen kedua pula adalah pelaziman operan.Aktiviti peneguhan digunakan dalam kajian
yang dijalankan oleh B.F. Skinner (1953) ini.Gerakbalas atau tingkah laku akan dilakukan
berulang-ulang kali selepas diberipeneguhan kerana berkemungkinan besar disebabkan
oleh unsur-unsur keselesaan.
Kajian ini sebenarnya telah dipeloporkan olehE.L Thorndike,tetapi telah dipopularkan oleh
Skinner.Beliau membuat kajian terhadap seekor tikus yang diletakkan di dalam sebuah
kotak.Di dalam kotak itu diletakkan satu tuas yang dihubungkan kepada bekas menyimpan
makanan.Secara tidak sengaja tikus itu telah tersentuh tuas dan tiba-tiba makanan jatuh di
hadapannya.Aktiviti ini diulang oleh tikus itu kerana ia tahu, jika tuas disentuh maka akan
ada makanan untuknya.
Beliau mendapati bahawa tikus itu tetap menekan tuas walaupun tiada makanan
diberikan.Menurut pakar-pakar behaviorisme, tingkah laku baru yang dikehendaki akan
terbentuk apabila persekitaran individu itu dimanipulasi dengan memberikan ganjaran.Ada
segelintir pakar yang tidak bersetuju dengan pendapat di atas kerana mengatakan ganjaran itusama seperti rasuah.
Walaubagaimanapun,Kazdin (1980 ) menegaskan konsep rasuah dan ganjaran adalah
berbeza sekali.Rasuahpada amnya bermaksud, pemberian sesuatu kepada individu
tertentu dengan matlamat untuk mendapatkan kerjasama atau pertolongan daripada
individu tersebut.Ianya sesuatu yangtidak bermoral.Ganjaran pula adalah sesuatu yang
diberi sebagaipeneguhan agar sesuatu tingkah laku baik yang hendak diterapkan
dilakukan berulang-ulang.
-
8/7/2019 Teori Personaliti Behaviorisme
3/4
-
8/7/2019 Teori Personaliti Behaviorisme
4/4
Melihat situasi ini di dalam perspektif murid-murid di sekolah,perubahan tingkahlaku
daripada negatif kepada positif juga boleh dicapai melalui cara mengaplikasi faktor akal
fikiran dan naluri murid-murid itu sendiri.Murid-murid akan menggunakan pengalaman masa
lalunya untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya sekarang.Contohnya,murid-murid
pernah mendengar cerita atau menonton rakaman tentang seseorang yang telah berjaya di
dalam pelajaran mahupun pekerjaan.Murid-murid ini telah dapat merekodkan dalam mindamereka bahawa, seseorang yang berjaya dan cemerlang akan mendapat keselesaan di dalam
kehidupan dan pengiktirafan daripada masyarakat.Oleh itu, pada suatu ketika apabila murid-
murid ini mengalami masalah dalam pelajaran seperti gagal beberapa subjek
peperiksaan,maka pengalaman daripada cerita insan yang telah berjaya dijadikan panduan
atau sumber inspirasi untuk memajukan diri.
Oleh itu,murid-murid ini mula menggunakan akal fikirannya dengan menegaskan prinsip
bahawa jika mereka ingin menjadi orang yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, negara
dan agama; mereka perlu berprestasi cemerlang dalam semua aspek.Ianya perlu bermula
dengan cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri.Oleh yang demikian,mereka akan mula
menentukan matlamat yang betul dan mengatur strategi untuk menjadi individu yangberjaya.Naluri untuk hidup mewah dan selesa akan mendorong mereka berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai apa yang dihajati.Semua ini akan timbul secara semulajadi dalam
diri murid-murid tanpa perlu dipaksa atau didesak.Murid-murid ini akan mula membuat
pengubahsuaian kendiri untuk mendapatkan perubahan diri yang positif.