Download - teori malthus
[ ] 2010
1.0 PENGENALAN
Buku yang berjudul “ An Essay of Population” telah membincangkan secara
mendalam tentang teori Malthus yang telah dikemukakan oleh Thomas Robert Malthus.
Beliau merupakan salah seorang ahli sarjana yang berpengaruh dalam ekonomi politik dan
demografi. Dalam esei ini, beliau telah membincangkan secara meluas tentang teorinya
yang berkaitan dengan kependudukan di muka bumi ini.
Dalam esei ini, Malthus telah memberi idea tentang makanan dan kependudukan
yang mula diterbitkan pada tahun 1798. Kewujudan teori ini adalah berasaskan kepada
kejadian bencana dan kemelaratan yang menimpa negara England pada masa tersebut. jika
kita mendalami dengan lebih terperinci mengenai teori Malthus, sememangnya bumi kita
semakin mengalami kekurangan sumber sama ada sumber air, makanan, tanah dan
sebagainya sedangkan pertumbuhan atau pembiakan manusia semakin bertambah dengan
cepat. Terdapat banyak perkara yang telah dibincangkan oleh Thomas Robert Malthus
dalam teorinya iaitu mengenai empat perkara penting yang diusulkan dalam teori Malthus.
Antaranya ialah makanan penting dalam kewujudan manusia, kuasa manusia lebih besar
daripada kuasa bumi untuk mendapatkan sumber, emosi yang kuat antara jantina dan
penduduk akan bertambah secara geometri manakala makanan bertambah mengikut nisbah
aritmetik. Selain itu, teori Malthus dalam bukunya “ An Essay of Population “ juga telah
memberi usul tentang beberapa cara untuk menghalang pertumbuhan penduduk.
1 | P a g e
[ ] 2010
2.0 IDEA-IDEA PENTING DALAM TEORI MALTHUS
2.1 Penduduk bertambah secara geometri manakala makanan bertambah mengikut nisbah
aritmetik
Dalam esei ini, Malthus telah menyatakan bahawa “ penduduk, jika tidak dikawal akan
bertambah mengikut geometri manakala saradiri akan bertambah mengikut nisbah
aritmetik “.Dalam konteks yang lebih mudah, pertambahan penduduk adalah bertambah
dengan dengan cepat iaitu secara geometri ( 1,2,4,8,16,32…), manakala makanan pula
bertambah secara perlahan-lahan iaitu secara aritmetik (1,2,3,4,5,6…). Berdasarkan
kepada penyataan daripada Malthus, penduduk perlu dikawal bagi mengelakkan
pertumbuhan yang pesat supaya bekalan makanan yang ada mampu menampung
kehidupan manusia yang ada pada masa akan datang. Malthus berpendapat sedemikian
ekoran daripada tekanan penduduk yang pernah terjadi dimana penduduk Eropah ramai
yang miskin pada masa itu.
Menurut Charles L. Harper (2008) yang menyatakan bahawa pertambahan
penduduk dunia dan pertumbuhan dalam industri akan meningkatkan permintaan
terhadap makanan dengan lebih cepat yang akan menurukan tingkat upah dan
peningkatan terhadap makanan import. Pemikiran klasikal ekonomi berpendapat bahawa
terdapat batasan-batasan terhadap perluasan pertanian yang akan menyebabkan
permintaan terhadap tenaga kerja dan sumber input terbatas. Kenyataan ini jelas
menunjukkan bahawa pertumbuhan penduduk tidak mampu diikuti oleh pertumbuhan
dalam makanan. Dengan kata lain, pertumbuhan penduduk dan pertumbuhan makanan
tidak mampu bergerak secara seiringan.
2 | P a g e
[ ] 2010
Pada masa tertentu, pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat perlu
dihentikan dengan secepat yang mungkin. Keadaan ini perlu sama ada bagi memastikan
sekatan terhadap pengembangan pertumbuhan dalam peralihan demografi atau
memastikan keseimbangan antara penduduk dengan sumber daya dapat dibentuk dengan
lebih dramatik (Arthur, Judith dan Jerome, 1985). Seperti yang kita tahu, pertambahan
penduduk akan berlaku secara cepat dan impak kepada pertambahan penduduk ini akan
berlaku pada masa akan datang dimana pada suatu ketika nanti semua bekalan makanan
menjadi semakin berkurangan akibat pertambahan penduduk yang tidak dikawal. Malthus
juga berpendapat bahawa ekonomi tidak dapat meningkatkan bekalan makanan kerana
terdapat keterbatasan terhadap bekalan tanah. Oleh itu, Malthus juga berpendapat jumlah
penduduk dapat dikawal dengan mengekang pertumbuhan penduduk melalui dua cara
iaitu menekankan kelahiran (preventive checks) dan melalui proses kematian (positif
checks). Melalui kelahiran, ppengekangan terhadap nafsu seks perlu dilakukan.
Manakala, melalui proses kematian pula, terdapat dua cara iaitu dengan cara kekejaman
seperti pembunuhan dan kesengsaraan seperti adanya penyakit, kebuluran, bencana alam
dan sebagainya. Pertumbuhan penduduk yang berlaku ndi buka bumi ini dapat
ditunjukkan dalam rajah di bawah yang menerangkan bagaimana penduduk dunia dan
benua-benua utama bertambah pada masa dahulu dan pada masa akan datang. Dengan
itru, rajah 1 merupakan rajah pertumbuhan penduduk dunia yang telah dibentuk melalui
model-model pertumbuhan penduduk ringkas dalam Model Pertumbuhan Malthusian dan
model logistik.
3 | P a g e
[ ] 2010
Rajah 1: Pertumbuhan penduduk zaman dahulu dan unjuran penduduk pada
zaman akan datang mengikut benua.
(sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertumbuhan_penduduk)
4 | P a g e
[ ] 2010
2.2 Makanan penting bagi kewujudan manusia
Selain daripada itu, perkara penting yang lain yang boleh dirumuskan dalam teori
Malthus adalah makanan penting bagi kewujudan manusia. Kita semua tahu bahawa
makanan sememangnya penting dalam pertumbuhan manusia bagi menampung
kehidupan seharian mereka. Oleh itu, penduduk amat bergantung kepada sumber
makanan bagi meneruskan kehidupan di samping membantu dalam pertumbuhan
penduduk. Secara umumnya, makanan yang ada di muka bumi ini adalah terlalu terhad
jika dibandingkan dengan penduduk dunia yang semakin hari semakin bertambah. Setiap
penduduk yang ada di muka bumi ini pasti akan melakukan permintaan terhadap
makanan bagi manampung kehidupan dimana makanan merupakan asas penting untuk
terus hidup.
Sekiranya pertumbuhan makanan adalah lebih cepat melebihi keperluan
penduduk, maka penduduk mampu bertambah dengan cepat. selain itu, Malthus juga
berfikiran bahwa jika makanan dapat dtingkatkan, maka pertumbuhan penduduk akan
meningkat dengan cepat. Menurut Katimah Rostam, Malthus berpendapat bahawa
masalah kekurangan makanan boleh menjadi penghalang utama proses pertumbuhan
penduduk yang pesat di dunia, khususnya di negara-negara yang sedang membangun.
Walau bagaimanapun, andaian bahawa penduduk yang kekurangan makanan boleh
menahan keberahian jantina, melambatkan perkahwinan atau mengurangkan jumlah
anak. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pertumbuhan makanan amat penting dalam
meningkatkan pertumbuhan penduduk di dunia kerana setiap mahluk di buka bumi amat
bergantung sepenuhnya dengan sumber makanan.
5 | P a g e
[ ] 2010
2.3 Kuasa yang ada pada manusia lebih besar daripada kuasa bumi untuk mengeluarkan
saradiri manusia
Dalam konteks ini, manusia mempunyai kuasa yang lebih besar dalam pertumbuhan
manusia. Hal ini adalah disebabkan oleh hubungan antara jantina yang amat kuat yang
tidak mampu dicegah dan seterusnya menyebabkan kadar kelahiran penduduk dunia
menjadi tinggi. Sedangkan makanan pula tidak mampu mengikuti pertumbuhan
penduduk yang hanya mampu bertambah secara berderet. Pendek kata, bumi tidak
mampu menghasilkan makanan yang banyak yang boleh disediakan untuk bekalan
manusia yang bertambah dengan cepat. Oleh itu, manusia dikatakan mempunyai kuasa
yang tinggi jika dibandingkan dengan kuasa yang ada pada bumi.
Secara realitinya, manusia memerlukan makanan sebagai sumber makanan untuk
terus hidup. Pertumbuhan penduduk yang pesat yang berlaku di atas bumi ini telah
menyebabkan berlakunya permintaan yang tinggi terhadap bekalan makanan, sedangkan
menurut Malthus, makanan adalah terhad pengeluarannya. Kuasa yang tinggi yang
terletak pada manusia adalah apabila manusia tidak mampu mengawal emosi antara
jantina yang merupakan salah satu kuasa manusia dalam mempercepatkan pertumbuhan
penduduk. Manakala kuasa yang ada pada bumi tidak sekuat kuasa manusia kerana bumi
tidak mampu menghasilkan bekalan makanan yang cukup seiringan dengan pertumbuhan
penduduk di dunia.
6 | P a g e
[ ] 2010
2.4 Emosi yang kuat antara jantina sangat penting
Dalam teori Malthus, emosi yang kuat antara jantina juga merupakan salah satu perkara
yang penting yang turut diulaskan oleh beliau dalam teorinya. Dalam bahasa yang lebih
mudah, Malthus berpendapat bahawa pertumbuhan penduduk yang cepat ini adalah
disebabkan oleh hubungan kelamin antara jantina iaitu lelaki dan perempuan tidak dapat
dihentikan. Ekoran daripada hubungan yang kuat antara jantina, maka kadar kelahiran
adalah tinggi dan ini akan menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk juga menjadi
tinggi. Secara umumnya, pertumbuhan penduduk yang pesat mempunyai hubungkait
yang kuat dengan hubungan seksual antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, Malthus cuba
mencadang mengenai penyekatan terhadap pertumbuhan penduduk di dunia melalui
penyekatan kelahiran (preventive checks). Namun begitu, kadar kelahiran dalam
kalangan masyarakat amat sukar dihentikan ekoran daripada hubungan yang kuat
tersebut.
Lebihan penduduk akan berlaku di sesuatu tempat sekiranya penduduk tidak dapat
mengawal perkahwinan dan peningkatan dalam jumlah keluarga (Charles L. Harper,
2008). Sekiranya pertumbuhan penduduk tidak mampu dikawal, maka hal ini akan
menyebabkan berlakunya masalah dalam bekalan makanan iaitu kekurangan makanan
sedangkan pertumbuhan penduduk adalah semakin meningkat. Pendek kata, pertumbuhan
penduduk yang pesat ini tidak dapat diikuti oleh pertumbuhan dalam bekalan makanan.
7 | P a g e
[ ] 2010
3.0 FAKTOR YANG MENEKAN PERKEMBANGAN PENDUDUK
Dalam teori ini, Malthus telah menekankan dua cara yang penting dalam mempengaruhi
pertumbuhan penduduk supaya penduduk dapat keluar dari masalah kekurangan
makanan. Beliau memberi cadangan bahawa pertumbuhan penduduk dapat dikawal
melalui dua cara iaitu melalui pencegahan kelahiran (preventive checks) dan melalui
proses kematian (positif checks) yang dibahagi kepada dua cara iaitu dengan kekejaman
dan kesengsaraan (Charles L. harper, 2008).
Melalui pencegahan kelahiran ini, perempuan dengan lelaki harus mempunyai
pengekangan diri. Hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan harus dicegah bagi
memastikan supaya pencegahan terhadap kadar kelahiran dapat dilakukan. Bagi Malthus,
pencegahan kelahiran yang dapat diterima hanya apabila seseorang individu mampu
mengekalkan keperawanan dan menangguhkan perkahwinan. Dalam hal ini, Malthus
tidak bersetuju sekiranya berlaku kaedah penguguran bagi mencegah kelahiran. Manakala
melalui proses kematian yang dianggap kejam berlaku apabila adanya pembunuhan
mahupun peperangan. Kematian yang dianggap sengsara pula adalah seperti wabak
penyakit, kebuluran dan sebagainya. proses ini adalah bertujuan untuk mengimbangkan
pertumbuhan penduduk dengan pertumbuhan makanan yang dikatakan bahawa
pertumbuhan penduduk adalah lebih cepat daripada pertumbuhan makanan.
8 | P a g e
[ ] 2010
4.0 SOKONGAN DAN KRITIKAN
Sejak teori Malthus ini diperkenalkan, ia amat berpengaruh kepada semua penduduk,
banyak yang dapat menerima pendapat Malthus. Namun pada suatu masa pula, ada juga
yang menolak pendapat Malthus atas beberapa sebab yang boleh dianggap munasabah.
Kelompok yang dapat menerima dan menyokong pendapat Malthus, mereka dikenali
sebagai kelompok Neo-Malthusian. Manakala, bagi yang mengkritik dan tidak
sependapat dengan teori Malthus pula dianggap sebagai aliran Marxist yang dipelopori
oleh Karl Marx dan Friedrich Engels.
Berdasarkan teori ini, salah sseorang tokoh yang telah menyokong teori Malthus
ialah E.A Wrigley yang telah menfokuskan penelitiannya terhadap teori Malthus pada
ekonomi Inggeris dan sejarah penduduk. Bagi yang menentang pendapat Malthus pula
yang dikenali sebagai aliran Marxist dengan mengkritik pendapat Malthus bahawa
Malthus tidak memperhitungkan kemajuan-kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi,
terutamanya dalam bidang pertanian. Dengan adanya kemajuan teknologi ini, maka
produktiviti manusia utuk menghasilkan bahan makanan akan meningkat dan manusia
mampu menghasilkan makanan dalam kuantiti yang lebih banyak. Selain daripada itu,
Malthus juga tidak memperhitungkan usaha pencegahan kelahiran yang ada pada masa
kini. Menurut Marl (Wee,1992) yang menyatakan bahawa teori Malthus ini bersifat
abstrak, beliau telah mengabaikan faktor seperti perkembangan kekuatan produktif dalam
penghasilan bahan makanan yang dikatakan adanya perbaikan dalam teknologi pertanian
dan mengabaikan uasah yang ada dalam pencegahan kelahiran (Denny D. Tjahjadi,2009).
9 | P a g e
[ ] 2010
5.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, teori Malthus merupakan salah satu teori yang amat dikenali
ramai sejak ia mula diterbitkan pada tahun 1798. Berdasarkan kepada teori tersebut, dapat
disimpulkan bahawa Malthus telah menekankan bahawa pertumbuhan penduduk adalah
lebih lebih cepat jika dibandingkan dengan pertumbuhan dalam sumber makanan.
keadaan ini telah menyebabkan penduduk perlu bersasing bagi mendapatkan bekalan
makanan yang menurut Malthus pengeluarannya adalah terhad. Hal ini ekoran daripada
hubungan kelamin diantara lelaki dan perempuan sangat kuat sehingga menyebabkan
pertumbuhan penduduk sukar untuk dikawal. Dengan kata lain, kuasa yang ada pada
manusia adalah lebih kuat daripada kuasa yang ada pada bumi untuk menghasilkan
makanan.
Oleh itu, Malthus mencadangkan dua cara untuk mengurangkan pertumbuhan
penduduk supaya dapat diikuti oleh pertumbuhan bekalan makanan. namun begitu,
terdapat banyak perkara yang tidak diambilkira oleh Malthus mengenai teorinya, oleh itu
terdapat sesetenggah pihak yang kurang bersetuju dengan pandangan Malthus. Banyak
perkara telah diambilkira bagi mengkritik pendapat Malthus ini seperti perkembangan
teknologi, perkembangan idea yang berkaitan dengan pencegahan kelahiran dan
sebagainya.
10 | P a g e