Download - Teori Etika Dan Moral
The Meaning of Ethics (Makna Etika)
Berasal daripada perkataan greek ‘ethos‘ yang
bermaksud perwatakan atau keperibadian.
Kamus Dewan (1995) - bermaksud satu sistem dasar
akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.
Pengertian dari sudut Islam pula, etika adalah akhlak.
Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang
dituntut syarak.
Nordin Tahir
Sarjana Barat J.L. Mackie, - etika sebagai disiplin
yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk
sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis
perbezaan antara kebaikan dan keburukan
seseorang.
Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula, - etika
sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan
tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat
dan kecenderungan seseorang atau masyarakat
dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk
kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai
dan kelakuan manusia.
The Meaning of Ethics (Makna Etika)
Nordin Tahir
Etika umumnya boleh ditakrifkan sebagai prinsip-prinsip
tingkah laku moral yang diterima oleh masyarakat.
Etika juga bermakna kepercayaan peribadi individu
tentang tingkah laku yang betul dan salah.
Terdapat tiga implikasi mewajarkan pertimbangan tentang
etika:
a. Etika hanya ada pada individu - Orang mempunyai
etika, tetapi tidak pada organisasi;
b. Pembentukan tingkah laku beretika boleh berbeza-beza
dari seorang ke seorang yang lain; dan
c. Etika adalah relatif dan tidak mutlak. Ini bermakna
bahawa apa yang dikatakan sesuatu kelakuan itu dapat
dilihat sebagai beretika, ia biasanya sesuai dengan
norma-norma sosial secara umumnya dan boleh
diterima.
The Meaning of Ethics (Makna Etika)
Nordin Tahir
Etika merujuk kepada konsep betul dan salah
(Lawrence & Weber, 2011).
Etika perniagaan pula merujuk kepada aplikasi nilai-
nilai etika dan idea mengenai isu-isu yang timbul
dalam konteks perniagaan.
Ia tidak berbeza daripada etika secara umum.
Sebagai contoh, jika kita menganggap berbohong itu
sebagai tidak beretika, maka sesiapa sahaja yang
terlibat dalam perniagaan berbohong tentang produk
yang dihasilkan atau berbohong tentang prestasi
kewangan syarikat kepada pihak-pihak
berkepentingan maka sebenarnya mereka bertindak
secara tidak beretika juga.
The Meaning of Business Ethics
(Makna Etika Perniagaan)
Nordin Tahir
Merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang
profesional.
Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan
dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan
kepada ilmu dan latihan serta kepakaran.
Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan
tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai.
Etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua
aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban,
peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibuat untuk mengawal
prestasi mereka dalam menjalankan tugas megikut nilai dan
amalan profesional serta bertindak mengikut etika yang
ditentukan.
The Meaning of Professional Ethics
(Makna Etika Profesional)
Nordin Tahir
Etika memainkan peranan penting dalam perniagaan.
Sebab utama kenapa sesuatu perniagaan perlu beretika:
a) Mempunyai pengaruh besar ke atas persekitaran dan pihak
berkepentingan/pemegang saham. Sesuatu tindakan yang diambil
oleh syarikat boleh menjejaskan persekitaran dan pelbagai pihak
berkepentingan dalam organisasi perniagaan seperti pelanggan,
pekerja dan masyarakat. Urusan perniagaan memang mempunyai
pengaruh yang besar terhadap pihak-pihak berkepentingan
justeru, organisasi perlu bertanggungjawab dan beretika dalam
segala tindakan.
b) Meningkatkan Prestasi Perniagaan. Etika perniagaan
meningkatkan prestasi sesuatu organisasi perniagaan. Memang
diakui bahawa sebarang tindakan beretika yang diambil secara
langsung boleh memberi kesan kepada organisasi sehingga ke
peringkat paling bawah (Lawrence & Weber, 2011). Begitu juga
sebaliknya, sebarang tindakan yang tidak beretika boleh memberi
kesan yang buruk kepada organisasi.
Kemestian Beretika dalam Perniagaan
Nordin Tahir
Pembentukan etika yang baik adalah bermula
daripada diri seseorang individu itu sendiri.
Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan
peraturan yang berhubung kait dengan tingkah laku
bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang
dilakukan.
Berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap
keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya
meningkatkan fungsi sosial seseorang individu.
The Formation of Individuals Ethics
(Pembentukan Etika Individu)
Nordin Tahir
1) Pengaruh keluarga (Family Influence) – Etika ibu bapa
yg baik akan diikuti oleh anak dan sebaliknya.
2) Pengaruh rakan (Peer Influence) – Utk lihat peribadi
seorang, lihatlah siapa rakan mereka (pepatah).
3) Pengalaman hidup (Life Experience) – Sekiranya
pencuri dihukum kerana mencuri, maka ia akan
mengetahui mencuri merupakan satu kesalahan.
4) Nilai peribadi dan prinsip moral (Personal Values and
Morals) –Seseorang yg mementingkan pangkat dan
kedudukan sering bertindak berdasarkan untung tanpa
mengira kesannya terhadap orang lain.
5) Faktor keadaan/Persekitaran (Situational factors) –
Faktor situasi boleh menyebabkan seseorang melanggar
etika. Seorang peniaga boleh mengubah penyata
keuntungan perniagaan untuk menipu cukai.
Faktor-faktor Mempengaruhi
Pembentukan Etika Individu
Nordin Tahir
Faktor-faktorMempengaruhiPembentukanEtika Individu
PengaruhKeluarga
PengaruhRakan
Pengalaman Hidup
NilaiPeribadi &
PrinsipMoral
FaktorKeadaan/Persekitan
Nordin Tahir
Fikir Rasionalisasi
Falsafah ini telah menjadi ikutan sejak zaman Plato
(427 - 347 SM).
Mereka cuba memikirkan secara logik untuk
menentukan sesuatu tindakan sama ada ‘betul’ atau
‘salah’, ‘baik’ atau ‘jahat, ‘adil’ atau ‘tidak adil’.
Taakulan (Intuition) yang mempunyai prinsip moral
memerlukan suatu kefahaman terhadap falsafah.
Falsafah adalah kajian tentang pemikiran dan
kelakuan.
Falsafah normatif adalah kajian tentang pemikiran
yang betul dan menjelaskan bagaimana seseorang
harus berkelakuan mengikut norma.
Normative Philosophy and Ethical Relativism
(Falsafah Normatif dan Etika Relativisme)
Nordin Tahir
Ethical Principles (Prinsip Etika)
Segala tindakan kita dalam komuniti disempadani dengan
konsep betul dan salah.
Memerlukan analisis dan pertimbangan dalam membuat
keputusan atau tindakan.
Secara universal, semua masyarakat di dunia perlu suatu
cara analitikal yang konsistan untuk mengklasifikasikan
sesuatu perbuatan yang di lakukan salah atau tidak.
Ada perkara yang menjadi satu kesalahan pada sesuatu
masyarakat, tidak menjadi kesalahan pada masyarakat
yang lain. Contohnya agama Islam melarang umatnya
untuk minum minuman keras, namun ada agama yang
tidak menghalang pengikutnya.
Ini bermakna, tidak ada satu pun cara yang sempurna
untuk di jadikan piawaian peraturan etika.
B’manapun terdapat lima sistem yang sering digunakan:
Nordin Tahir
Ethical Principles
(Prinsip Etika)
Eternal Law (Undang-undangAbadi/Kekal)
(Teori Etika Teologikal Klasik: Utilitarianisme)
Teori Etika DeontologicalKlasik: Universalisme (Sejagat)
Distributive Justice Theory (Teori Pengagihan Keadilan)
Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi)
Nordin Tahir
a) Eternal Law (Undang-undang Abadi/Kekal)
Undang-undang Agama tidak berubah dan sah
selama-lamanya.
Tiada syarat atau ketetapan yang tepat
memperlihatkan kebenaran.
Setiap agama mempunyai standard moral yang
berbeza untuk penganutnya.
Standard berbeza antara kumpulan yang berlainan
walaupun menganut agama sama.
Tidak dapat dilaksanakan secara universal.
Nordin Tahir
Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang
bermaksud hasil keputusan atau kesan.
Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang
berbanding niat seseorang individu.
Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism.
Menurut Jeremy Bentham dan J. S. Mill, teori ini bergantung
kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang.
Merupakan suatu keputusan atau tindakan untuk kepentingan
masyarakat majoriti.
Sukar menentukan manfaat untuk masyarakat kebanyakan.
Tidak ada satu kaedah yang dapat menentukan sama ada
tindakan/keputusan yang dilakukan adalah “betul”, “baik” atau
“wajar”.
Sukar untuk mengimbangi manfaat yang diperolehi oleh
masyarakat majoriti dengan pengorbanan masyarakat minoriti.
b) Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism
(Teori Etika Teologikal Klasik: Utilitarianisme)
Nordin Tahir
c) Classical Deontological Ethical Theory: Universalism
(Teori Etika Deontological Klasik: Sejagat)
Pendekatan Deontologi di dalam bahasa Greek adalah
membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang
individu.
Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu dan bukannya
bergantung kepada hasil dari tindakan.
Jika niat seseorang itu baik, maka kesan hasil dari tindakannya
itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya.
Menyatakan niat/maksud yang tersirat di dalam membuat
sebarang keputusan/tindakan adalah penting.
Keputusan tersebut dikira betul, tepat dan baik sekiranya semua
orang yang mengalami masalah serupa melakukan tindakan
yang serupa seperti yang kita lakukan.
Terlalu bergantung kepada perkiraan niat seseorang.
Sukar mengukur kepentingan terhadap kewajiban atau
tanggungjawab seseorang individu.
Adalah sukar untuk melayan kehendak orang lain kerana
sebahagian dari kita akan memikirkan kehendak diri sendiri.Nordin Tahir
d) Distributive Justice Theory
(Teori Pengagihan Keadilan)
Menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua
manusia dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni
sesebuah masyarakat, mementingkan kerjasama antara satu
institusi atau masyarakat.
Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan kepada
kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan
seseorang.
Teori ini masih kurang berkesan kerana menafikan kelebihan
seseorang individu. Contohnya, walaupun seseorang itu tidak
banyak menyumbang untuk sesuatu perkara, tetapi dia
mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi, berbanding
pada seseorang yang banyak menyumbang tetapi tidak
mempunyai kemahiran dan kebolehan.
Keupayaan/usaha individu diabaikan/ tidak diendahkan.
Jadi pengagihan yang adil tidak dapat di lakukan.
Nordin Tahir
e) Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi)
Menurut teori oleh Robert Norzick ini, ia adalah berdasarkan
kepada kebebasan atau hak seseorang individu.
Menurut Norzick undang-undang atau nilai sesebuah
masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut di tolak.
Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak untuk
memegang kekayaan atau pun apa sahaja yang di miliki tanpa
berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai hak
untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang di sukainya.
Seseorang individu di benarkan untuk memilih salah satu
alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya.
Teori ini juga mempunyai kelemahan iatu ia mempunyai definisi
yang sempit tentang kebebasan yang mana akan memberikan
impak yang negatif kepada orang lain.
Nordin Tahir
Perbandingan Utilitarianisme & Universalisme
Utilitarianisme Universalisme
Menekankan kepada
kesan/keputusan/akibat dari
sesuatu tindakan dan
bukannya niat individu tersebut
Menekankan kepada
niat individu yang
melakukan tindakan
atau membuat
keputusan.
Sesuatu tindakan/keputusan
dikira betul sekiranya
membawa manfaat kepada
orang. Dianggap salah
sekiranya membahayakan atau
mencederakan orang lain
Niat yang baik sering
kali membawa
kepada kebaikan.
Sekiranya tindakan/keputusan
tersebut akan memberikan
manfaat kepada majority
masyarakt maka dikira baik
Mendahului
kepentingan orang
lain dari kepentingan
sendiri.
Nordin Tahir
Conclusion On Normative Philosophy As
The Basis For Moral Choice
(Rumusan Atas Falsafah Normatif Sebagai
Asas Bagi Pilihan Moral)
1) Golden Rule (Aturan Emas) – Menurut agama kristian ;
Lakukan pada org lain sepertimana kita mahu orang
lakukan pada kita. (“do to others as you would have
them do to you”).
Nordin Tahir
2) Kantian/Rights (Kantian/Hak) – Immanuel Kant percaya moral
merupakan sesuatu yang universal dan setiap orang ada hak yang
tertentu. Antaranya:
a) The right of free consent (Hak penyetujuan bebas). Setiap
orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka setuju dan
bersedia untuk dilayan.
b) The right of privacy (Hak untuk bersendirian). Setiap orang
berhak untuk melakukan, mendedah atau merahsiakan
kehidupan peribadi.
c) The right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan
menyuarakan rasa hati). Setiap orang berhak untuk tidak
melakukan sesuatu sekiranya melanggar prinsip moral mereka
selagi tidak bertentangan dengan pandangan masyarakat.
d) The right of freedom criticising (Hak untuk kebebasan
mengkritik). Setiap orang berhak mengkritik suatu etika
organisasi secara berhemat, selagi kritikannya tidak mencabuli
hak individu di dalam organisasi tersebut.
e) The right of Fairness. (Hak proses Keadilan)
Setiap orang berhak dibicarakan dengan adil sekiranya hak
mereka dicabuli.Nordin Tahir
FalsafahNormatif
Asas PilihanMoral
Golden Rule (Aturan Emas)
Kantian/Rights (Kantian/Hak)
The right of free consent (HakPersetujuan
Bebas)
The right of privacy (Hak Bersendirian)
The right of freedom of
conscience (Hakkebebasan
menyuarakan isihati)
The right of freedom (Hak
KebebasanMengkritik)
The right of due process (Hak
Proses Keadilan)
Nordin Tahir