Download - Teknologi Pendidikan Model Assure
PENGENALAN
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia
sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajaran mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran
yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapatmenambah minat pelajar mempelajari
sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jikakomputer dapat digunakan secara sistematik dan
berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini
selaras dengan pandanganHeinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat
memperkayakan teknikpengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin
memproses maklumat yangperlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan
menerusi peralataninput seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad
grafik dan unitpemprosesan pusat (CPU).
Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan
pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan
pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik.
Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24jam tanpa berhenti
dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan computer ini ada hubung kaitnya
dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan
negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat
yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu
contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan
bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan
komunikasi.Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan
teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan
dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi
dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan
masyarakat (Nik Azis,1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif
untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan
menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada
kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan,
kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi
ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah
negara maju dan makmur (MDC, 2000).
Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah
memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan
pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat
malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan
paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara
khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar
melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia. Pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran,
memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah
dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan
masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar.
Definisi Teknologi
Mengikut Galbraith (1967) ‘technology is the systematic application of scientific or other
organised knowledge to practical tasks’. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan
harus ada kerangka reka bentuk untukmenghasilkan satu ‘total system’ pengajaran-pembelajaran.
Application of scientific knowledgebermaksud teknik harus menggunakan idea (teori) yangtelah
diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian.Kerangka atau templat yang
dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya gurudapat mengggunakan pola instruksional
berulang kali.Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molendadan
Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:
• Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-laincabang ilmu untuk
menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian
kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan
dan teruji.
• Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-
proses teknologi itu sendiri. Contohnya,projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil
teknologi.
Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler
(1968, 1990) iaitu teknologi bukan berertipenggunaan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik
penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk
kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks
menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif
pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru
mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya
objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu
guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin
disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai
objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru
perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model
reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.
Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka
bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik.
Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan
panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunakan media. Model ini berfokus
kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Model ASSURE bermaksud memastikan
pembelajaran berlaku. Dalam model
MODEL ASSURE
Model ASSURE adalah berfokuskan kepada inisiatif instruktor menggunakan media dan
teknologi di dalam kelas. Model ini menyediakan rangkai kerja yang sentiasa berubah dalam
persekitaran pengajaran dan pembelajaran . Model ini juga boleh digunakan dalam menyediakan
rancangan pengajaran serta untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. Model
ASSURE dibangunkan oleh Heinrich dan Molenda (2000). Model rekabentuk instruksi yang
berteraskan kelas. Model ini boleh digandingkan dengan Sembilan Peringkat Pembelajaran Gagne.
Model ini sesuai bagi persekitaran konstruktivis di mana pelajar diperlukan untuk berinteraksi aktif
dengan persekitaran.
Terdapat enam fasa di dalam model ini iaitu;
Analyse Learners
State Objectives
Select instructional methods, media and materials
Utilize media and materials
Require learner participation
Evaluate and revise
Analyse Learners
Kenalpasti dan analisa pelajar yang akan terlibat di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa perkara yang perlu diketahui antaranya ialah;
a. Cirri-ciri am: Gred, umur, bangsa, jantina, masalah mental, fizikal, emosional atau sosial
yang hadir, tahap sosioekonomi dan lain-lain.
b. Kebolehan spesipik : Pengetahuan sedia ada, kemahiran dan sikap.
c. Gaya pembelajaran: Mengapa pelajar mengikuti kelas tersebut.
State Objectives
Objektif adalah hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Objektif mestilah jelas dan
spesifik serta boleh diukur. Kejelasan penting untuk mewujudkan learner expectations disamping
menentukan criteria media dan teknologi yang akan digunakan. Objektif boleh dibina oleh
instructor ataupun diadaptasi daripada sunber sokongan,
Panduan bagi menyediakan objektif pembelajaran:
a. Audience (pelajar)
b. Behaviour to demonstrate ( perlakuan yang sepatutnya ditunjukkan selepas pembelajaran
dilalui )
c. Conditions ( keadaan yang diperlukan untuk menunjukkan perlakuan tersebut )
d. Degree of proticiency or accuracy ( sejauh mana pelajar menguasai kemahiran )
Contoh: Pelajar Tahun 4 (Audience ) dapat menamakan 5 (Degree) haiwan karnivor (Behaviours)
daripada senarai binatang yang diberikan (conditions)
Select Media, Materials And Methods
Selepas membuat penilaian daripada segi kemahiran, kesediaan dan gaya pembelajaran
pelajar dan setelah objektif dirangka, barulah pemilihan media yang sesuai dengan pembelajaran
tersebut dilakukan.
Langkah pertama ialah kenalpasti lokasi pengajaran dan pembelajaran
Langkah kedua ialah kenalpasti lokasi instructor
Pemilihan media yang sesuai akan menolong mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar.
Beberapa soalan yang boleh diambil kira ketika membuat pemilihan media, bahan dan cara
penyampaian.
a. Berpandukan objektif, apakah metodologi yang sesuai bagi penyampaian maklumat?
b. Bolehkah ianya dijalankan secara kendiri atau perlukan arahan tambahan?
c. Perlukah ianya diselesaikan di dalam kelas?
d. Apakah jenis media yang diperlukan?
e. Adakah pelajar mempunyai akses terhadap media tersebut?
f. Bolehkah instruktor menggunakan media sedia ada?
g. Perlukah instruktor membuat modifikasi terhadap media sedia ada tersebut?
h. Perlukah instruktor membentuk media sendiri?
Utilize Media And Materials
Selepas pemilihan dibuat, media dan bahan tersebut mestilah digunakan. Sebelum
menggunakan media tersebut, hendaklah dibuat previu dahulu untuk memastikan bahawa semuanya
akan berjalan dengan lancar. Jalankan kajian rintis bagi memastikan kesesuaian media dan bahan
tersebut . Di samping itu, membuat perubahan dan pembaikan jika perlu.
Heinich (2002) , mencadangkan prinsip 5P di dalam fasa itu:
1. Preview ( sebelum menggunakan bahan tersebut )
2. Prepare the materials ( mengikut urutan tertentu )
3. Prepose the environment
4. Prepare the learners
5. Previde the learning experience
Pastikan instruktor mempunyai pelan sokongan sekiranya terdapat masalah dari segi penggunaan
media serta bahan.
Require Learner Participation
Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif akan meningkatkan pencapaian
pelajar di samping membuka lebih ruang untuk kejayaan serta kepuasan pelajar. Asas bagi
pembelajaran konstruktivis adalah pelajar menimba ilmu pengetahuan melalui interaksi aktif
dengan persekitaran pembelajaran mereka/. Penglibatan termasuklah perbincangan, pembelajaran
kumpulan-kumpulan kecil, dyads, ujian serta penilaian. Instruktor seharusnya menyediakan peluang
yang cukup kepada pelajar untuk memanipulasikan serta berinteraksi dengan seoptimumnya di
dalam persekitaran pembelajaran tersebut. Instruktor juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti
lanjutan selepas pembelajaran dijalankan.
Evaluate And Revise
Di dalam fasa terakhir ini , adalah penting bagi instruktor untuk membuat penilaian ke atas
keberkesanan instruksi. Penilaian yang dibuat berkemungkinan akan menunjukkan pelajar tidak
mencapai matlamat pembelajaran yang sepatutnya. Penilaian boleh dilakukan di dalam beberapa
bentuk iaitu tidak formal atau formal seperti melalui perbincangan, temubual, servei. Data yang
didapati daripada penilaian tersebut dapat membantu di dalam langkah penambahbaikan atau
modifikasi yang akan dilakukan.
Beberapa soalan yang boleh diambil kira di dalam membuat penilaian:
a. Adakah kemahiran/konsep dapat dipersembahkan?
b. Adakah pelajar mencapai objektif yang ditentukan?
c. Apakah sikap pelajar terhadap persekitaran tersebut?
d. Adakah bahan dan sumber berkesan?
e. Adakah bahan dan sumber tersebut membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran?
f. Adakah pelajar telah menunjukkan perubahan?
g. Adakah penilaian mengukur apa yang diajar?
h. Adakah penilaian yang dijalankan adil?
i. Adakah perlu lebih banyak latihan dan maklumbalas?
Jika matlamat pembelajaran tidak dapat dicapai, cuba untuk mengenalpasti
puncanya. Apabila pencapaian tidak memuaskan, fikirkan kebarangkalian bahawa masalah
dan kelemahan datangnya dari kursus atau kandungan yang tidak dirancang dengan baik
dan bukannya dari kelemahan pelajar. Seseorang instruktor itu bukanlah instruktor yang
tidak berkesan jika pengajaran dan pembelajaran tidak berjaya tetapi seorang instruktor
tersebut adalah tidak berkesan jika beliau tidak membuar refleksi serta penambahbaikan ke
atas pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.
AAnalyze learners
- Ciri-ciri umum
- Kebolehan awal
- Gaya pembelajaran
S State Objectives
- Matlamat pembelajaran
- Syarat pencapaian
- Tahap pencapaian minimum
S Select media, methods, and materials
- Pemilihan sumber sedia ada
- Modifikasi sumber sedia ada
- Membina sumber baru
U Utilise
- Membuat previu
- Menyediakan persekitaran
- Menyediakan peluang pembelajaran
R Requre Learner Participation
- Aktiviti di dalam kelas dan selepas
pengajaran dan pembelajaran
dijalankan supaya pelajar dapat
memproses pengetahuan tersebut.
E Evaluate And Revise
- Sebelum, semasa dan selepas instruksi
- Penilaianke atas pelajar dan medium
RANCANGAN MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Tahun : 4 Bestari
Bilangan murid : 20 orang
Tarikh : 12 April 2011
Hari : Selasa
Masa : 9.15 – 10.15 am
Bidang : Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Unit : 1.2 Kreativiti dan Reka Bentuk
Tajuk Pembelajaran : b. Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produksi.
i. Kajian bentuk luaran produk
ii. Memasang model berpandukan manual
iii. Membuka dan memasang produk untuk menguji komponan
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
a. Mengenalpasi komponan-komponan (nama bahagian).
b. Mengenalpasti fungsi komponan.
c. Membuka dan memasang produk.
Langkah /
masaIsi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran catatan
Set induksi
( 5 minit )Lampu Suluh
1. Guru menggunakan lampu suluh dan
bertanya soalan;
i. Pernahkah kamu menggunakan lampu
suluh?
ii. Bilakah lampu suluh digunakan?
iii. Guru memberi teka-teki kepada murid-
murid untuk meneka benda di dalam
perisian;
Teka-teki
Ciri-ciri yang menjadi tumpuan;
a) bentuknya panjang
b) mempunyai cermin
c) digunakan dalam keadaan yang gelap
2. Guru menjunjung lampu suluh yang
sebenar
3. Guru bertanya soalan dan meminta murid
memberi pandangan.
4. Guru mengaitkan lampu suluh itu dengan
skop pelajaran
Langkah 1
(8 minit)
Perisian ‘membuka’
- Mengenal pasti
komponen yang
terdapat pada lampu
suluh
Seperti berikut:-
a. Penutup
b. Spring
c. Suis
d. Pemegang mentol
1. guru meminta murid membuka
perisian ‘lampu suluh’
2. murid meneliti perisian tersebut
3. guru meminta murid mnamakan
komponen-komponen yang terdapat
pada slide gambar lampu suluh
4. guru memberi jawapan dan
penerangan yang selanjutnya dan
menggunakan perisian ‘lampu suluh’
5. guru meminta murid mengikut
e. Pembalik cahaya
f. Cermin
g. Badan
h. Bateri
i. mentol
arahannya untuk melihat bahagian
komponen lampu suluh & meminta
semua murid membacakan setiap
komponen di dalam perisian.
Langkah 2
(5 minit)
Mengenal pasti fungsi
bahagian lampu suluh
Komponen dan fungsi:
- penutup = untuk
menutup bateri
- spring = menetapkan
kedudukan bateri
- suis = menyambung
dan meneruskan litar
- pembalik cahaya =
mencerahkan cahaya
pembalikan
- cermin = melindungi
mentol dan bahagian
permukaan cahaya
- badan – rangka
utama lampu suluh
- bateri = sumber
tenaga elektrik
- mentol =
mengeluarkan
cahaya
1. Guru menerangkan fungsi lampu
suluh sambil menunjukkan
komponen tersebut melalui
komputer
2. Murid diminta melihatnya dari
dalam perisian/komputer masing-
masing
Langkah 3
(25 minit)
Membuka dan memasang
bahagian lampu suluh.
Cara-cara:
1. Tanggalkan
Sebelum memulakan aktiviti:
- Guru menerangkan keselamatan yang
perlu diberi perhatian semasa melakukan
aktiviti
penutup dan
keluarkan spring
dan badan
2. Longgarkan
kepala dan
keluarkan
pembalik cahaya
3. Ceraikan cermin
daripada kepala
dan mentol
daripada
pemegang mentol.
4. Memasang
semula mengikut
urutan
- Murid dibahagikan kepada 7 kumpulan
dan setiap kumpulan terdiri daripada 2
orang ahli
- Setiap kumpulan diberi sebatang lampu
suluh berdasarkan kepada langkah-
langkah yang dipaparkan melalui
computer
- Murid membaca dan meneliti slide yang
dipaparkan di komputer.
Semasa memulakan aktiviti
- Murid melakukan aktiviti membuka
lampu suluh berdasarkan slide pada
computer
- Ahli-ahli dalam kumpulan digalakkan
bekerjasama dalam melakukan aktiviti
ini.
- Guru mengawasi kerja-kerja murid serta
bergerak dari tempat ke tempat untuk
memberi bimbingan kepada murid yang
memerlukan bantuan
- Murid diminta memasang semula lampu
suluh
Keselamatan/perhatian
- Berhati-hati semasa menanggalkan dan
membuka mentol, cermin dan pembalik
cahaya bagi mengelakkan komponen
daripada pecah
Langkah 4
(10 minit)
Aktiviti = Latihan
Pengukuhan
Bahagian-bahagian objek
1. Guru memberi latihan (lembaran
kerja) menggunakan laman web
secara online
2. Murid diminta membuka laman web
1. Mentol
2. Bateri
3. Suis
4. Spring
5. Pembalik cahaya
lembaran kerja kemahiran hidup
seperti;
http://www.silangkata.htm/
lembarankerja2
http://www.padankan.thm/
lembarankerja1
Penutup
(7 minit)Aktiviti = Soal jawab
1. Guru meminta beberapa orang murid
membuat rumusan tentang apa yang
dipelajari pada hari ini.
KESIMPULAN:
Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti
dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
BIBLIOGRAFI
Anglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future. Englewood:
Colorado: Libraries Unlimited.
Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication Review,
8(1), 9-10.
Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional
technologies (7th ed.). New York: Harper Collins.
Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong,
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
KL: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper Saddle
River, N. J.: Merril Prentice Hall.
Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. KL: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado:
Libraries Unlimited
Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field,
Washington DC; AECT.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Pengenalan 1-2
Definisi Teknologi 2-3
Penggunaan Modal Pengajaran 3-4
Modal ASSURE 4-8
Rancangan Mengajar Kemahiran Hidup 9-13
Kesimpulan 13
Bibliografi 14-15