Download - Taktik Pemimpin yang Efektif
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mendengar sahaja perkataan pemimpin pasti tergambar difikiran wajah-wajah tokoh
pemimpin negara Malaysia iaitu perdana menteri pertama hingga kini seperti Y.T.M.Tunku
abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein, Tun Hussein bin Dato’
Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Mohd Najib
Abdul Razak. Tokoh-tokoh pemimpin ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada
negara. Negara Malaysia dulu hingga kini terkenal dengan sebuah negara yang aman. Hal
ini kerana pemimpin-pemimpin ini mengamalkan cara pemimpin yang efektif. Menurut
Hersey dan Blanchard (1974) mengatakan bahawa stail atau cara kepimpinan adalah salah
satu cara yang boleh digunakan oleh pemimpin untuk mempengaruhi orang lain.
1.2 Konsep Kepimpinan
Sejarah kepemimpinan organisasi awam di Malaysia dalam era terkini, iaitu sejak tahun
1980-an hingga sekarang kebanyakannya dipelopori oleh dasar-dasar yang disarankan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Ini dapat dibuktikan melalui
usaha untuk meningkatkan daya pengeluaran negara, pihak kerajaan telah melancarkan
dasar pandang ke timur, mewajibkan rakaman waktu kerja, mengadakan kempen daya
pengeluaran, dan menganjurkan kempen kepimpinan melalui teladan (Mahathir, 1983).
Kepimpinan timbul dari perkataan ‘pimpin’ yang bermaksud membimbing, memandu,
menunjuk, mengepalai dan mengetuai (Mohd Shuhaimi, 1992). Mengikut pengertian yang
mudah, kepimpinan adalah keupayaan mempengaruhi individu atau sesuatu kumpulan
untuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi (Noraini dan Ahmad, 2011). Menurut
Yukl (2002) kepimpinan selalunya dikaitkan dengan proses struktur, kuasa, mendorong,
merangsang, sumber ilham, menentu matlamat, mencipta wawasan dan tanggungjawab
memberikan motivasi kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya. Sejajar dengan
itu Morphet, Johns dan Reller seperti yang dilaporkan oleh Newell (1978 : 221)
mengatakan : “ Leadership means the role of change agent; to others it means the influence
which one person exerts on another”. Menurut Azahari (1998), konsep kepemimpinan
melibatkan lapan dimensi nilai seperti agama, budaya, ekonomi, politik, estetika, teknologi,
sosial, dan psikologi dalam diri seseorang pemimpin dan orang yang dipimpin.
Kepemimpinan menurut Nik Rashid (1993) akan melibatkan penggunaan pengaruh,
komunikasi, dan matlamat. Kepemimpinan ialah satu percubaan untuk pengaruh-
mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju
1
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
pencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat. Kepimpinan juga ditakrifkan sebagai
aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif
sesuatu kumpulan (Jaafar, 1996). Takrif ini menyamai pendapat Abdullah (1998) bahawa
kepemimpinan sebagai sejenis tingkahlaku yang bertujuan untuk mempengaruhi orang lain
supaya mereka sanggup dan secara senang hati melakukan apa yang dikehendaki oleh
orang yang memimpin. Sebagai suatu aktiviti dan tingkahlaku untuk mempengaruhi,
kepemimpinan sering dikaitkan dengan kebolehan berkomunikasi yang berkesan. Ini sesuai
dengan pendapat para sarjana yang menyatakan kepimpinan sebagai pengaruh antara
perseorangan yang dilaksanakan dalam situasi menerusi proses komunikasi ke arah
pencapaian matlamat khusus (Tannembaum dan Yulk, 1992).
1.3 Kepimpinan di Sekolah
Kepimpinan juga dapat dilihat dalam bidang pendidikan. Menurut Abdul Shukor Abdullah
(1991) menegaskan bahawa pihak pengurusan atau kepimpinan merupakan faktor utama
yang menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi pendidikan atau sebaliknya.
Keadaan yang sama dipersetujui oleh Hussain Hj. Ahmad (1993) yang secara nyata
menjelaskan bahawa pemimpin sesebuah organisasi pendidikan merupakan aset yang
paling penting dan dapat menentukan ke arah mana organisasi pendidikan itu mahu
dibawanya. Kepimpinan di sekolah merujuk kepada stail kepimpinan pemimpin atasan iaitu
pengetua. Taktik yang digunakan oleh pengetua akan memberi kesan kepada keberkesanan
kepimpinanannya. Hari ini dapat dilihat, setiap sekolah mempunyai strategi dalam
pentadbiran dan pengurusannya kerana setiap pengetua menggunakan taktik kepimpinan
yang berbeza. Selain daripada itu, Sergiovanni (1984) juga menyatakan bahawa
keberkesanan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pola kepimpinan oleh
seseorang pengetua atau guru besarnya.
Dalam kajian mengenai kepimpinan (Stogdill, 1974, Edmond, 1979, Nor Azian, 1994),
pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesabuah
organisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan
sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan
kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah
pimpinannya. Peranan pengetua dalam menangani pelbagai masalah yang melibatkan
sama ada kakitangan dibawah pimpinannya, komuniti di dalam atah di sekitar sekolah, atau
pun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi sekolah ( Azizi Yahya et al). Sweeney
(1982) pula membuat kesimpulan bahawa kepimpinan pengetua sekolah merupakan satu
faktor yang signifikan ke atas keberkesanan sekolah kerana pengetualah yang menentukan
suasana sekolah.
2
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
1.4 Kepimpinan yang Berkesan
Menurut Stoghill (1974) pula menyatakan kepimpinan yang cekap dan berkesan akan dapat
meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini disebabkan tingkah laku dan
gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu akan mempengaruhi suasana
dan semangat kerja pekerja-pekerja di bawahnya. Selain itu, menurut Bennis (1985)
pemimpin yang berkesan dikatakan dapat mengubah organisasi mereka daripada keadaan
yang sedia ada kepada satu keadaan yang dinamik serta mempunyai matlamat pencapaian.
Manakala kepimpinan yang cekap, berwibawa dan berkualiti adalah mustahak untuk
menggerakkan sesuatu organisasi atau kumpulan untuk melaksanakan tugas bagi mencapai
objektif dan matlamat (Wan Zahiddalam Che Nor, 1995).
2.0 Taktik Pimpinan yang Efektif
Untuk menghasilkan kepimpinan yang efektif atau berkesan pelbagai taktik kepimpinan yang
telah dilakukan antaranya ialah komunikasi berkesan, cara pembuatan keputusan,
pengawalan terhadap tekanan, melalui pujukan rasional, taktik perundingan, bermotivasi,
bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah kejayaan sesuatu organisasi
bergantung kepada pemimpinnya, sekiranya pemimpin tidak mengamalkan taktik
kepimpinan yang efektif maka matlamat dan objektif organisasi itu tidak akan berjaya untuk
dicapai.
2.1 Komunikasi Berkesan
Salah satu taktik kepimpinan yang efektif ialah komuniksai berkesan.Komunikasi merupakan
elemen penting dalam sesebuah hubungan antara pekerja dan pemimpin. Komunikasi ini
mahupun secara verbal ataupun non-verbal adalah amat penting kerana ia dapat
memperlihatkan kewibawaan seseorang pemimpin. Hal ini kerana komunikasi yang wujud
perlulah berkesan dan memberikan impak yang besar kepada orang bawahan pemimpin
tersebut.Maka dengan itu seseorang pemimpin itu haruslah memiliki kemahiran
berkomunikasi dengan baik untuk mengawal semua orang bawahan untuk menjalankan
tugas dengan baik dan berkesan.
Menurut Kamus Dewan 1989, m.s 648, komunikasi merujuk kepada perhubungan
secara langsung atau dengan perantaraan. Dapat dijelaskan maksud komunikasi disini ialah
komunikasi merupakan satu kaedah yang dapat membolehkan seorang individu berhubung
3
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
secara terus atau dengan menggunakan perantaraan dengan individu yang lain.
Perantaraan yang dimaksudkan itu contohnya seperti menggunakan asap untuk meminta
pertolongan pada zaman dahulu. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang
membolehkan masyarakat pada zaman dahulu berkomunikasi antara satu sama yang lain.
Jika dilihat pada zaman sekarang, pelbagai medium perantaraan komunikasi yang dapat
dilihat di sekeliling masyarakat. Dengan kecanggihan teknologi pada masa sekarang,
pelbagai alat komunikasi dapat dilihat seperti telefon, surat, faks, emel dan sebagainya.
Pada masa kini, komunikasi tanpa batasan merentasi dunia dapat memberikan banyak
kelebihan kepada manusia dari segi perhubungan.
Komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau
maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlulah bersetuju dengan definisi istilah-
istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu simbolik seperti isyarat, huruf nombor, dan
perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan
maksud (James A.F Stoner & Charles Wankel 1989). Hal ini bermakna komunikasi ialah
suatu cara untuk manusia berhubung berdasarkan syarat bahawa menggunakan kaedah
pertuturan ataupun isyarat yang difahami ramai dan dapat diterima umum. Kaedah
pertuturan dan isyarat tersebut juga haruslah mengandungi atau dapat menyampaikan idea-
idea yang ingin disampaikan kepada orang lain.
Menurut Sulaiman Masri (1997), komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat)
daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada
penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod
dan mentafsir) mesej tersebut. Komunikasi hanya akan dikatakan sebagai komunikasi
apabila seseorang pengirim menghantar satu mesej kepada penerima menerusi satu alat
atau kaedah tertentu atau suatu alat tertentu dan kemudiannya penerima memberikan
maklum balas mesej tersebut dengan mentafsir mesej tersebut.
Terdapat dua jenis komunikasi yang dapat dikesan iaitu komunikasi sehala dan
komunikasi dua hala. Komunikasi sehala yang dimaksudkan ialah pengirim berkomunikasi
tanpa memerlukan maklum balas penerima. Selain itu, ia juga memerlukan tindakan yang
dilakukan terus oleh penerima. Komunikasi dua hala pula dapat dilihat sebagai penerima
memberikan maklum balas kepada pengirim. Selain itu, ia membolehkan pengirim
memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima kurang tepat. Tambahan lagi, ia
membolehkan penerima lebih yakin untuk mengambil tindakan yang betul.
4
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
2.1.1 Elemen Komunikasi
Terdapat beberapa elemen yang penting dalam komunikasi. Antaranya ialah pengirim,
penerima, mesej, maklum balas, saluran, dan konteks. Pengirim atau penyampai
merupakan elemen yang pertama. Penyampai merupakan individu yang menunjukkan
perlakuan komunikasi sama ada lisan mahupun bukan lisan. Seterusnya, elemen yang
kedua ialah penerima mesej iaitu individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh
penyampai maklumat. Elemen yang ketiga ialah mesej. Mesej merupakan maklumat atau
fakta yang difahami oleh penerima maklumat.
Seterusnya elemen yang keempat ialah maklum balas.Maklum balas ialah perlakuan
yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindak balas kepada mesej yang
disampaikan oleh penyampai mesej. Elemen yang kelima ialah elemen saluran iaitu media
penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej. Antara saluran yang
paling asas yang kerap digunakan ialah melalui pendengaran dan penglihatan.Selain itu,
wujud juga saluran-saluran tambahan seperti media elektronik, bahan cetakan dan
sebagainya. Elemen yang terakhir ialah konteks. Konteks merujuk kepada situasi
penyampai mesej daripada pemberi, mesej kepada penerima mesej contohnya seperti
masa, persekitaran fizikal dan sebagainya.
2.1.2 Komunikasi Berkesan Seorang Pemimpin
Menurut Nik Rashid (1993), kepimpinan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi, dan
matlamat. Kepimpinan ialah satu percubaan untuk pengaruh-mempengaruhi antara peribadi,
yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau
beberapa matlamat. Hal ini bermakna kepimpinan seorang pemimpin turut mengambil kira
pengaruh, komunikasi dan matlamat untuk mempengaruhi orang bawahan agar dapat
bekerjasama dengan pemimpin untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai contoh
pengetua di sebuah sekolah. Pengetua disekolah perlu mempunyai pengaruh terhadap
kakitangan dan guru-guru sekolah berkenaan agar dapat bersatu-padu untuk mencapai visi
dan misi sekolah.Penglibatan semua pihak amatlah penting dalam usaha ini. Oleh yang
demikian, kepimpinan seorang pengetua melalui proses komunikasi yang berkesan dapat
menjadi titik tolak kepada usaha penyatupaduan dan proses pencapaian matlamat serta visi
dan misi sekolah.
Pendapat ini juga disokong melalui kenyataan yang dipetik daripada (Jaafar, 1996)
yang menyatakan kepimpinan sebagai aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha
secara sukarela untuk mencapai objektif sesuatu kumpulan. Kenyataan ini juga turut
disokong dalam pendapat (Abdullah, 1998) yang menyatakan bahawa kepimpinan sebagai
satu tingkah laku yang bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup
5
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
dan secara senang hati melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin.
Sebagai contoh, seorang pemimpin didalam satu organisasi pendidikan seperti pegawai
pendidikan di pejabat pelajaran.Kepimpinan seorang pegawai pendidikan di pejabat
pelajaran mempengaruhi penjawat-penjawat lain untuk melakukan bahagian tugasan
masing-masing secara suka rela dan senang hati untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Kepimpinan pegawai tersebut akan memberikan impak kepada proses
pembangunan sistem pendidikan di kawasan tersebut. Maka dengan ini jelaslah bahawa
kepemimpinan seorang pemimpin amat penting dalam satu-satu organisasi yang dapat
memberikan impak positif kepada organisasi tersebut.
Melalui komunikasi yang baik seorang pemimpin, ia dapat memberikan motivasi
kepada orang bawahan sekaligus dapat mempengaruhi orang bawahan untuk menjalankan
tugas dengan baik dan secara suka rela. Dapat dikenal pasti disini bahawa aspek
komunikasi sangat dititikberatkan dalam kepimpinan seorang pemimpin.Menurut (Zelco dan
Dance, 1965) pengurus-pengurus dalam organisasi-organisasi besar di Amerika Syarikat
menggunakan 85-90 peratus daripada masa kerja mereka untuk kerja-kerja yang berkaitan
dengan komunikasi. Kenyataan ini telah membuktikan bahawa komunikasi merupakan
elemen yang penting yang dititikberatkan bagi seorang pemimpin.
Tambahan lagi, menurut Barnard (1938) juga menyatakan bahawa tugas pertama
yang patut dilakukan oleh seorang eksekutif dalam organisasi ialah membentuk dan
mengekalkan satu sistem komunikasi formal yang baik.Ia juga patut berusaha mewujudkan
iklim komunikasi yang baik dalam organisasinya disamping menggalakkan pertumbuhan
satu sistem komunikasi tidak formal yang baik.Merujuk kepada kenyataan ini, komuikasi
amatlah penting dalam satu-satu organisasi.Malahan komunikasi tidak formal juga amatlah
dititikberatkan dalam sesebuah organisasi kerana ikilim komunikasi yang baik dapat
mewujudkan hubungan yang baik antara pemimpin dengan orang bawahan.
Menurut Jennings (1960) mendapati bahawa orang-orang yang dilantik menjadi
presiden dalam organisasi adalah orang-orang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi
bersemuka yang baik.Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah amat penting kepada
seorang pemimpin bagi berhadapan dengan ahli-ahli dalam organisasi dan juga masyarakat.
Dalam pada itu, Jennings (1960) dalam kajiannya yang lain mendapati jika seorang presiden
sebuah organisasi dipecat atas sebab utama tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi
bersemuka yang baik. Kajian ini juga membuktikan kepentingan kemahiran berkomunikasi
seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi.
Komunikasi yang berkesan bukan sahaja menunjukkan kepentingannya yang
tersendiri malahan juga menunjukkan impak yang positif dalam suasana ditempat
6
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
kerja.seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran berkomunikasi adalah pemimpin yang
mudah didampingi dan dapat menceriakan perhubungan antara staf dan juga pemimpin. Hal
ini bukan sahaja memberikan kelebihan kepada pemimpin itu sendiri malahan seluruh
organisasi juga dapat merasai kelebihan memiliki pemimpin yang dapat berkomunikasi
dengan baik.
Perhubungan yang baik antara staf dan pemimpin dapat memastikan matlamat yang
ingin dicapai akan dapat dicapai bersama-sama dan cepat. Hal ini kerana staf akan
memandang tinggi dan hormat kepada pemimpin yang mesra kepada mereka. Dalam
memastikan hubungan mesra ini dapat berkekalan, pemimpin harus belajar untuk
memastikan hubungan antara setiap staf sama ada masa bekerja ataupun diluar masa
bekerja adalah baik untuk mewujudkan keharmonian dalam hubungan antara staf dan
pemimpin.
2.2 Taktik Pembuatan Keputusan
Kejayaan dan keberkesanan sebuah organisasi mahupun sekolah adalah dipengaruhi oleh
keputusan yang dibuat oleh pemimpinnya. Keputusan yang dibuat oleh seorang pemimpin
akan memberi kesan baik atau buruk kepada sebuah organisasi atau sekolah. Robiah Sidin
(1988) menyatakan pembuatan keputusan merupakan proses berfikir dan membuat
pertimbangan berasaskan penganalisian terperinci tentang sesuatu situasi. Pada masa yang
sama, ia adalah proses memikirkan sesuatu perkara secara mendalam berkaitan urutan
aktiviti atau cara yang dapat digunakan sebagai tindakan atau penyelesaian sesuatu
masalah.
Ainon Mohd (2003) menyatakan akal adalah fitrah manusia untuk berfikir dan
menjadi lumrah jika keputusan yang dibuat salah kerana tidak menggunakan logik akal.
Oleh itu, pemimpin yang efektif akan membuat keputusan melibatkan semua pihak diri.
Ahmad Atory Hussain (1991) menyatakan bahawa keputusan yang diambil bergantung
kepada situasi yang mengelilingi individu atau kumpulan dalam membuat keputusan dan
keberkesanan sesuatu keputusan dilihat dari segi kejayaan pelaksanaan keputusan
tersebut.
Ahmad Atory Hussain (1991) menyatakan bahawa sesuatu keputusan yang dibuat
melibatkan risiko yang melibatkan masa depan yang sukar untuk diramal. Keadaan risiko
yang wujud apabila sesuatu keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada
kemungkinan hasil yang akan diperolehi. Penyataan ini disokong oleh Ab. Aziz Yusof (2004)
menyatakan kejayaan pemimpin tidak akan terperangkap dalam sistem dan prosedur kerana
keberanian mereka untuk mengambil risiko dan keluar daripada kepompong keselesaan.
7
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
Selain itu, pemimpin yang berani mengambil risiko adalah seorang pemimpin yang bersedia
untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap pencapaian keseluruhan organisasi
dengan bertindak secara proaktif terhadap perubahan.
Ab. Aziz Yusof (2004) menyatakan proses membuat keputusan yang baik
memerlukan penelitian pelbagai alternatif. Setiap alternatif atau jalan tindakan mempunyai
berbagai kemungkinan yang timbul. Keputusan yang diambil berdasarkan pelbagai alternatif
supaya sesuatu keputusan dapat menepati situasi sebenar atau situasi yang dikehendaki.
Oleh itu, membuat keputusan adalah satu proses pemilihan daripada beberapa alternatif
yang perlu dilakukan oleh seorang pemimpin. Manakala, Jaafar (2000) menyatakan
alternatif yang dirangka dan dirumuskan perlu dikongsi kepada semua untuk tujuan
perbincangan dan maklumbalas. Apabila persetujuan dicapai ia akan dimenterai dan
diedarkan untuk pengumuman dan seterusnya dilaksanakan. Seorang pemimpin yang
fleksibel akan memilih alternatif paling efektif.
Secara realiti, amalan pembuatan keputusan adalah sebahagian dari kehidupan
setiap pemimpin. Walaubagaimanapun, setiap pemimpin mempunyai pendekatan atau cara
yang berbeza dalam membuat keputusan untuk menghasilkan alternatif dan tanggungan
risiko. Perbezaan pendekatan dalam membuat keputusan menyebabkan sesuatu keputusan
yang dibuat berkesan atau tidak. Oleh itu, taktik pemimpin yang efektif melibatkan taktik
membuat keputusan yang paling efektif terhadap organisasi. Dengan itu, pendekatan yang
digunakan oleh seorang pemimpin perlu menimbangkan kesan kepada semua pihak (Abd.
Aziz Yusof, 2004).
2.2.1 Jenis Cara Membuat Keputusan
Empat jenis cara membuat keputusan dalam sesebuah organisasi iaitu gaya arahan,
gaya analitikal, gaya konseptual dan gaya gelagat (Ab. Aziz Yusof, 2004);
1) Gaya arahan
Gaya ini lazimnya digunakan apabila seorang ketua menggunakan sedikit maklumat
sahaja dalam membuat keputusan. Cara ini paling mudah dan jelas kerana tidak
perlu mencari banyak alternatif. Pemimpin hanya menggunakan kedudukan mereka
untuk mengarahkan sumber manusia atau pekerja menyiapkan sesuatu tugasan
dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Contohnya, Guru besar atau pengetua
mengarahkan guru dan stafnya untuk menjalankan audit disiplin berkaitan disiplin
pelajar.
8
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
2) Gaya Analitikal
Gaya ini memerlukan pertimbangan semua alternatif dicadangkan untuk mendapat
satu jalan penyelesaian yang terbaik. Gaya ini biasanya diaplikasikan semasa
menyelesaikan masalah kompleks. Pemimpin akan mengatasi masalah atau konflik
dengan cara menganalisis punca masalah secara berhati – hati bagi mencari jalan
penyelesaian yang terbaik. Contohnya, pemimpin mengadakan mesyuarat dalam
membincangkan masalah disiplin pelajar. Pengetua atau guru besar boleh meminta
guru – guru memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah disiplin di sekolah.
Hasil dari cadangan tersebut, pengetua akan menghasilkan satu idea baru hasil dari
kombinasi cadangan- cadanagan yang diberikan.
3) Gaya konseptual
Gaya konseptual berorentasikan sosial dan cenderung utnuk mencari penyelesaian
secara kreatif. Sebagai contoh dalam pembangunan staf, strategi pembangunan staf,
pemilihan staf dan sebagainya dengan mengambil pandangan pelbagai
penyelesaian terbaik. Pengetua atau guru besar boleh membuat keputusan
berdasarkan gaya konseptul dalam mengurus dan mentadbir sumber manusia di
dalam sekolah.
4) Gaya Gelagat
Gaya ini lebih mengutamakan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat. Setiap
ahli diberi peluang untuk mengutarakan cadangan atau idea mereka. Selepas itu,
alternatif akan dibuat berdasarkan keputusan majoriti. Misalnya, seorang pengetua
atau guru besar mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan sesuatu
masalah dan keputusan yang dibuat berdasarkan keputusan majority.
Pemimpin yang tidak efektif ialah pemimpin yang membuat keputusan dalam
keadaan tertekan dan melibatkan emosi. Kesanya, keputusan yang dibuat hanya memberi
keuntunan kepada sesetengah pihak sahaja. Chek Mat (2003) menyatakan dalam membuat
keputusan, emosi akan dilibatkan secara langsung. Emosi memainkan peranan bagi memilih
pertimbangan terhadap kepentingan keputusan yang dibuat dalam organisasi. Kadangkala
emosi sering menggangu apabila seseorang mengambil tindakan untuk membuat
keputusan. Menurut Jaafar Muhamad (2000) manusia memang emosional dalam melakukan
sesuatu perkara. Selaras dengan itu, pemimpin juga terlibat secara langsung menghadapi
gangguan emosi. Justeru apabila seorang pemimpin membuat keputusan dengan emosi,
maka ini turut memberi kesan kepada individu dalam kumpulan organisasi.
Abdul Aziz Yusof (2004) mengatakan guru besar membuat keputusan berasaskan
andaian atau persepsi keputusan tanpa mengambil kira kepintaran emosi yang dimiliki.
Kebanyakkan guru besar tidak akan mempertahankan keputusan apabila menerima kritikan
9
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
dari beberapa pihak. Situasi ini kerap berlaku dalam sebuah sekolah kerana guru besar
tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam mempertahankan keputusan yang telah dibuat.
Kritikan ini menjadi beban dan tekanan kepada guru besar. Kenyataan ini diperkukuhkan
oleh Fiedler (1967) dalam Lynne millward (2005) menyatakan bahawa kebanyakan
keputusan kritikal dalam kepimpinan dibuat di bawah situasi tekanan dan terdesak. Keadaan
ini disebabkan oleh faktor masa yang menyebabkan keputusan yang dibuat dilakukan
secara ad hoc.
Justeru, pemimpin yang berkesan perlu menimbangkan risiko keputusan yang dibuat. Selain
itu, punca masalah perlu dianalisis terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Selepas
itu, alternatif dan cara yang sesuai perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan keputusan
yang muktamad. Kepintaran emosi perlu dalam membuat keputusan kerana emosi akan
mempengaruhi keputusan. Pada masa yang sama, tekanan perlu dielakkan dalam membuat
keputusan kerana keputusan yang dibuat dalam situasi tekanan adalah keputusan yang
tidak efisyen.
2.3 Taktik Pengawalan Tekanan
Pengawalan tekanan merupakan taktik kepimpinan efektif. Hal ini kerana kegagalan
mengawal tekanan akan memberi kesan yang buruk kepada diri, staf dan organisasi.
Pemimpin yang tertekan akan memberikan tekanan kepada pekerja dalam organisasinya.
Tekanan yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan hubungan antara pemimpin
dan pekerja terjejas. Akibatnya, hubungan antara pemimpin dan pekerja rengang dan
matlamat organisasi kurang tercapai. Namun begitu, setiap manusia termasuk pemimpin
mahupun pekerja tidak akan terlepas dari tekanan. McGrath (1976) dalam Wanihim Othman
(2002) menegaskan, tekanan yang berpatutan adalah perlu untuk meningkatkan prestasi
organisasi tetapi, tekanan yang tidak mampu dikawal akan menyebabkan seseorang
mengalami gejala yang boleh mempengaruhi kesihatan dan sebagainya. Oleh itu, pemimpin
yang efektif mampu mengawal tekanan.
Hans Selye merupakan bapa pelopor kepada kajian tekanan. Beliau mengibaratkan
tekanan adalah serupa dengan mati. Kesan akibat terlalu banyak tekanan boleh
menghasilkan pelbagai simptom negatif yang boleh mengganggu prestasi dan kepuasan
kerja. Hans Selye (1979) dalam Wanihim Othman (2002) menyatakan tekanan adalah
tindakbalas yang spesifik oleh tubuh terhadap sebarang ransangan atau permintaan yang
melebihi tahap keupayaan. Tekanan juga melibatkan penggunaan semua sistem yang ada
dalam badan yang melebihi keupayaannya. Individu berkenaan mendapati sukar
menyesuaikan dengan keadaan dan memerlukan usaha lebih untuk mencapai
10
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
keseimbangan dalam dirinya dengan alam sekelilingnya. Menurut Sabitha Marican (1999)
menyatakan tekanan adalah satu tindakbalas pada satu punca tekanan, rangsangan atau
satu suasana yang menjejaskan keadaan fisiologi seseorang individu. Tekanan merupakan
lumrah kehidupan dan kenyataan hidup. Setiap insan akan menghadapi tekanan dan
masalah dalam kehidupan.
Punca tekanan di kalangan pemimpin disebabkan oleh tekanan kerja pengurusan.
Tekanan kerja pengurusan merupakan satu keadaan di mana tuntutan dari persekitaran
kerja yang menjadi tinggi dan terlalu mendesak sehingga mengatasi paras kemampuan
seseorang. Fenomena tekanan sering dilihat sebagai suatu reaksi individu terhadap ciri- ciri
persekitaran kerja yang dianggap akan menggugat dirinya. Perkara ini berlaku kerana terjadi
satu padanan antara keupayaan seseorang dengan beban kerja yang ditanggung tidak
seimbang. Kurang upaya ini mungkin disebabkan oleh persekitaran kerja seperti beban kerja
berlebihan atau individu itu sendiri tidak mempunyai kebolehan atau kelengkapan dalam
memikul tugas dan tanggungjawab tersebut (Maturi R, 1992 dalam Sabitha marican, 1999).
Selain itu, faktor yang menyebabkan tekanan dikalangan guru dan pengetua adalah
lebihan tugas, masalah kewangan, kekurangan peralatan sekolah dan kekurangan
kemudahan sekolah. Hal ini dijelaskan dalam kajian punca tekanan di kalangan pengetua
sekolah bestari. Hasil kajian tersebut mendapati punca tekanan bermula dari pengurusan
sekolah. Tekanan pengurusan sekolah di kalangan pengetua sekolah bestari ialah lebihan
tugas, masalah kewangan, kekurangan infrastruktur sekolah mempengaruhi tekanan di
kalangan pengetua. Namun, faktor demografi seperti jantina dan pengalaman bertugas tidak
mempunyai kaitan dengan tahap tekanan di kalangan pengetua sekolah bestari (Wanihim
Othman, 2002).
(Anthony Yeo dalam Abd. Malek Abd. Rahman, 2000). Rohaty (1988) dalam Raja
Azrul Hisham (2000) memberi pengertian tekanan satu ketidakseimbangan dalam individu
yang disebabkan oleh kekecewaan, konflik dan tekanan daripada persekitaran sosial dan
psikologi. Jika kekecewaan, konflik dan tekanan daripada persekitaran sosial dan psikologi
tidak dikawal dengan baik akan memberi beberapa gejala seperti gejala fizikal, emosi,
intelektual, dan gejala antara peribadi. Tanda-tanda fizikal bagi seseorang yang mengalami
tekanan ialah sakit kepada, gangguan tidur, sakit belakang, dan pinggang, mengetap
rahang atau mengisar gigi, sembelit, cirit-birit atau colitis, ruam kulit, sakit otot terutama
leher dan tidak bermaya . Hal ini disebabkan oleh gerakbalas fisiologi yang diwujudkan oleh
agen-agen persekitaran. Pada masa yang sama, Gejala emosi seperti resah atau risau,
kemurungan atau mudah menangis, pertukaran perasaan, mudah marah dan rasa rendah
diri turut dirasai. Hal ini disebabkan oleh kegagalan keupayaan mental dan emosi mengatasi
11
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
ancaman situasi menyebabkan ketegangan yang berpanjangan seterusnya mempengaruhi
psikologi (Wanihim Othman, 2002).
Tekanan boleh menyebabkan gejala Intelektual dari segi masalah penumpuan
terhadap kerja, sukar buat keputusan, cepat lupa, keliru, ingatan lemah, angan-angan
berlebihan, leka dengan sesuatu idea, hilang naluri humor, produktiviti berkurangan, kualiti
kerja menurun, peningkatan melakukan kesilapan dan pertimbangan yang lemah. Keadaan
ini boleh mengganggu prestasi kerja. Tambahan lagi gejala antara peribadi seperti
menunjukkan tanda-tanda tidak percaya kepada orang lain, menyalahkan orang lain, tidak
menghadiri temujanji atau mesyuarat atau membatalkan temujanji atau mesyuarat dalam
tempoh yang singkat, mencari kesalahan atau serangan secara lisan, sikap terlalu
mempertahankan diri dan memberi layanan senyap kepada orang lain akan mengganggu
hubungan antara pekerja dan majikan. (Wanihim Othman, 2002).
Tekanan tidak boleh dielakkan tetapi boleh diurus untuk mengurangkan risiko
negatif. Pemantapan Kestabilan emosi dan meningkatkan keyakinan diri kearah
kesejahteraan, kecemerlangan dan ketenangan hidup adalah merupakan cara yang perlu
dibuat untuk mengurangkan tekanan (Abd, Malek Hj. Abd. Rahman, 2000). Antara cara yang
boleh dipertimbangkan untuk mengawal tekanan oleh seorang pemimpin ialah mengurus
sumber manusia. Komunikasi berkesan amat penting dan perlu diamalkan oleh seorang
pemimpin. Sebagai Pemimpin, persekitaran kerja yang adil, bebas, selamat dan selesa
kepada pekerja perlu disediakan. Persekitaran yang selesa akan mengurangkan tekanan
kepada pemimpin dan pekerja dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang
harmoni di tempat kerja. Apabila keselesaan wujud di tempat kerja, kakitangan akan
memberikan sokongan padu kepada pihak pentadbiran. Sebagai contoh pengetua boleh
menyediakan satu suasana sekolah yang kondusif bagi mewujudkan hubungan antara guru-
guru, staf dan pelajar. Keadaan ini boleh mengeratkan lagi hubungan antara pengetua
dengan guru dan staf serta pelajar. (Wanihim Othman, 2002).
Selain itu, bagi mengatasi masalah bebanan kerja berlebihan, seorang pemimpin
perlu bijak mengagihkan tanggungjawab kepada pekerja. Keadaan boleh mengurangkan
tekanan bebanan kerja dialami oleh seorang pemimpin. Sebagai contoh pengetua yang
dibebani oleh pengurusan kewangan boleh mengagihkan kerja pengurusan kewangan.
Pengetua boleh mengagihkan kerja kepada penolong kanan, ketua-ketua jabatan, guru
kanan mata pelajaran dan kerani. Selain itu, pengetua perlu menyediakan senarai tugas dan
menerangkan secara jelas kepada pihak berkenan dan memastikan semua pihka berkenaan
melaksanakan tugas mengikut strategi dan peraturan yang telah ditetapkan. Pada masa
12
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
yang sama, pengetua perlu memberikan bantuan dan bimbingan kepada pekerjanya
(Wanihim Othman, 2002).
Kesimpulanya, taktik mengawal tekanan perlu dalam sebuah organisasi. Pemimpin
yang berkesan perlu bijak dalam mengawal tekanan agar tekanan yang dihadapinya tidak
memberikan tekanan kepada pekerja dalam organisasi. Selain itu, pemimpin perlu
mengawal tekanan dengan cara mencari punca kepada tekanan yang dihadapi. Selepas itu,
perancangan seperti pengagihan tugas kepada pekerja boleh mengurangkan beban
tugasan seorang pemimpin. Tambahan lagi, suasana harmoni perlu diwujudkan di dalam
organisai supaya hubungan antara pekerja dan pemimpin menjadi erat dan sekaligus
mengurangkan tekanan di tempat kerja.
2.4 Taktik Pujukan Rasional
Selain itu, taktik pujukan rasional juga merupakan salah satu taktik kepimpinan yang efektif.
Menurut Asep Suryana (2010), taktik Pujukan Rasional adalah suatu taktik mempengaruhi
orang bawahan dengan menggunakan alasan-alasan yang logik atau data-data faktual
untuk memujuk orang, yang mana permintaan atau keinginan yang dikehendaki akan dapat
dilaksanakan dan menghasilkan keputusan yang diinginkan.
Selain itu, taktik pujukan rasional dapat dikaitkan dengan aspek komunikasi. Hal ini
disokong oleh Miller, G.R. (1980) yang menyatakan maksud kepada taktik pujukan rasional
dari segi komunikasi adalah mana-mana mesej yang ingin disampaikan bertujuan untuk
mengukuhkan, membentuk, atau mengubah respon orang lain. Kadang-kadang mesej
tersebut diubah melalui transaksi simbolik, yang dikaitkan dengan keadaan secara tidak
langsung dan memaksa kepada sebab dan emosi kepada matlamat. Secara umum, pujukan
merujuk kepada aktiviti komunikasi yang mempunyai perantaraan. Pemujukan dari segi
komunikasi boleh disasarkan kepada:
a) Kognisi – pujukan boleh digunakan untuk mengubah kepercayaan tentang sesuatu
perkara atau isu, yang mana termasuk sifat, interpretasi, definisi, hasil dan lain-lain.
b) Sikap – pujukan boleh digunakan untuk mengubah sikap individu terhadap perkara
atau isu, merujuk kepada mengkategorikan perkara atau isu bersama dengan
menilai dimensi daripada negatif kepada positif
c) Tingkah laku – pujukan boleh digunakan untuk mengubah tingkah laku individu yang
mana tindakan terang-terangan mengambil perhatian menangani isu atau perkara.
Oleh sebab itu, bagi mewujudkan suatu situasi pujukan rasional ada individu yang
mempunyai peranan sebagai pemujuk kepada individu lain. Menurut Maria Merry Marianti
13
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
(2011) bahawa Hughes et al, (2009) menjelaskan situasi kepada pujukan rasional akan
berlaku sekiranya ada individu yang memainkan peranan untuk mempengaruhi individu lain
dengan menggunakan alasan yang logik dan bukti-bukti yang nyata agar individu tersebut
terpengaruh dan tertarik.
Hal ini menunjukkan bahawa taktik Pujukan Rasional digunakan bertujuan untuk
mempengaruhi orang lain. Namun begitu, ia perlu memiliki ciri-ciri tertentu iaitu dari segi
hujah yang logik, fakta maklumat yang meyakinkan orang lain, dan memberi keyakinan
tindakan tertentu akan membawa hasil tertentu. Hujah-hujah yang logik adalah lebih
cenderung bagi individu yang mempunyai tingkah laku yang mudah dipengaruhi oleh
pemikiran berbanding emosi (Grodnitzky, G. 2004).
Cable D.M., Judge T.A. (2003) dan Wiggins (1996) menyatakan bahawa dari segi
emosi merupakan suatu kenyataan bahawa emosi seseorang individu perlu tenang,
terjamin, dan tidak gementar bagi mengukur tahap emosi yang stabil berdasarkan pujukan
rasional. Kebiasaannya individu yang tenang, terjamin, dan stabil, akan lebih memilih
kepada logik, seterusnya mampu melaksanakan pujukan rasional apabila ingin
mempengaruhi individu lain. Hal ini kerana dari segi emosi, individu perlu dalam keadaan
stabil yang tinggi meliputi sikap tenang, yakin, dan tidak gementar. Sebaliknya, individu yang
menghadapi kestabilan emosi yang rendah lebih kepada keadaan yang risau, malu, dan
tertekan.
Kajian yang dilakukan oleh Cable D.M, Judge T.A (2003) dalam “Manager’s Upward
Influence Tactic Strategies” mengambil pendapat daripada Morelli dan Andrews (1980)
bahawa rasa bimbang yang terlalu akan menyebabkan individu kurang minat untuk
memegang pandangan rasional dalam bentuk nombor respek. Dalam erti kata lain, tingkat
kerisauan dan bimbang serta negatif emosi yang dimiliki oleh seseorang individu akan dapat
dikenal pasti. Oleh itu, individu lain perlu membantu mereka supaya dapat digalakkan dan
diberikan inspirasi dan ilham bagi menghadapi rasa kebimbangan tersebut.
Di samping itu, taktik pujukan rasional dapat dikaitkan sebagai sebuah interaksi sosial
antara individu. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan kenyataan Bruce Chapman (2000)
bahawa pujukan rasional adalah suatu interaksi sosial dan pilihan sosial yang mana kedua-
dua adalah munasabah dan sensitif terhadap isu-isu yang memisahkan antara dua pihak
sama ada antara pihak atasan selaku ketua dan pihak bawahan. Pujukan tersebut dikatakan
sebagai suatu petunjuk kepada kerasionalan secara kolektif. Dalam isu mengenai sosial
berbanding pilihan individu, idea mengenai munasabah dan sensitif berdasarkan pilihan
adalah lebih baik digunakan. Sebagai seorang pemujuk rasional, pemilihan kepada cara
munasabah dan sensitif adalah lebih baik dalam proses pujukan rasional. Dalam proses
14
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
memberikan hujah secara pujukan rasional, ia menunjukkan masalah pilihan sosial yang
sebenar di mana ia berlaku antara individu yang berbeza, dalam suatu keadaan sosial
berbeza, kemudian mewujudkan suatu situasi konflik.
Oleh sebab itu, dengan perkongsian sebab ia membolehkan wujudnya mekanisma
penyelesaian terhadap keutamaan dalam perbezaan sosial. Pujukan rasional akan dapat
diwujudkan apabila kedua pihak mengambil langkah untuk “berfikir bersama”. Kedua pihak
akan memilih jalan terbaik, skema konseptual secara bersama, bagi menimbulkan suatu
keputusan yang boleh secara rasional dikongsikan bersama dalam keutamaan yang telah
dimulakan (Bruce Chapman, 2000).
Oleh itu, bagi mendapatkan hasil baik daripada proses pujukan ia melihat juga kepada
kaedah atau cara seorang pemimpin untuk menggunakan taktik pujukan rasional secara
berkesan. Grodnitzky, G. (2004) ada menyenaraikan tentang tatacara bagaimana seseorang
pemimpin menggunakan pujukan rasional:
a) Pertama adalah dengan menerangkan mengapa objektif perlu dicapai. Hal ini
bertujuan bagi mendapatkan komitmen daripada individu yang dipujuk terhadap
objektif. Individu perlu tahu mengapa ia perlu dicapai dan mengapa ia adalah
penting.
b) Kedua ialah menerangkan bagaimana pengikut akan mendapat manfaat daripada
objektif yang dicapai. Ini dilakukan dengan mencuba untuk memikirkan pihak-pihak
lain yang kerap bertanya soalan “apa yang ada untuk saya?”
c) Ketiga, menyediakan bukti bahawa matlamat tersebut akan dapat dicapai.
Seterusnya, mengingatkan bahawa dengan melihat akan boleh mewujudkan
kepercayaan. Hal ini boleh dilaksanakan dengan memberikan butir-butir, sediakan
pelan langkah, mengenai bagaimana yang lain telah mencapai objektif.
d) Keempat adalah menerangkan bagaimana masalah-masalah yang berpotensi, dan
kekhuatiran akan dapat ditangani. Berfikir menerusi masalah yang berpotensi dan
kekhuatiran yang mungkin timbul bersama mereka dalam pujukan rasional. Jangan
hiraukan kekhuatiran lain atau gunakan pernyataan seperti; “perkara ini tidak akan
berlaku” atau “kita tidak perlu risau mengenainya”.
e) Terakhir adalah sekiranya ada yang bersaing untuk menemui objektif, terangkan
mengapa cadangan anda lebih baik daripada yang lain. Buat sedikit pengkajian.
Oleh itu, anda perlu mahir mengenai persaingan.
15
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
2.5 Taktik Perundingan.
Tambahan lagi, taktik perundingan juga merupakan taktik kepimpinan yang efektif. Dalam
kajian Keberkesanan Amalan Pengurusan Perundingan dalam Organisasi Pendidikan yang
dilaksanakan oleh Jamaliah Ngah Dimin (1999) mengambil definisi perundingan daripada
Lewicki R. J (1992) bahawa ia dianggap sebagai suatu proses yang formal dan berlaku
apabila pihak yang terlibat cuba untuk mencari jalan penyelesaian antara mereka.
Penyelesaian yang perolehi perlu diterima kedua belah pihak dan mampu untuk mencari
jalan kebaikan kepada masalah yang timbul sebagai contoh masalah konflik yang wujud
antara pengurus dengan orang bawahannya. Individu-individu yang bekerja dalam bidang
kewangan dan perakaunan adalah lebih cenderung untuk menggunakan taktik yang
menekankan perundingan (Cable D.M, Judge T.A, 2003).
Jamaliah Ngah Dimin (1999) menyatakan bahawa Schoonmaker (1989)
mendefinisikan perundingan sebagai suatu kaedah yang digunakan untuk membolehkan
persetujuan dapat dicapai dengan menggunakan elemen koperatif dan persaingan. Elemen
koperatif menurut Schoonmaker membawa maksud bahawa kedua belah pihak
berkehendak yang sama iaitu ingin mencapai persetujuan. Bagi elemen persaingan pula,
kedua belah pihak bersaing antara mereka bagi mencapai keputusan atau hasil yang baik
untuk diri mereka. Oleh itu, seharusnya dengan perundingan kedua-dua pihak yang terlibat
perlu membuat keseimbangan bagi kedua-dua elemen supaya keputusan baik akan dapat
diperolehi.
Sesuatu perundingan tidak wujud begitu sahaja. Akan tetapi ada beberapa keadaan
yang membolehkan proses perundingan itu berlaku. Jamaliah Ngah Dimin (1999)
menyatakan bahawa daripada Robin dan Brown (1975) dan Lewicki (1992) ada memberikan
beberapa keadaan yang perlu wujud sebelum proses perundingan berlaku, iaitu:
a) Ia perlu melibatkan dua atau lebih pihak, sama ada individu, kumpulan atau
organisasi yang wujudnya konflik kepentingan antara mereka sebagai contoh
pemimpin dengan yang dipimpin.
b) Pihak terlibat berunding untuk mencari “deal” yang lebih baik.
c) Perundingan berlaku bila tiada peraturan atau prosedur yang tetap atau sistem
sebagai contoh dalam mengatasi konflik yang berlaku antara dua pihak.
d) Apabila berunding mesti ada jangkaan satu pihak memberi dan pihak lain menerima.
Dalam proses memulakan perundingan, adalah lebih baik individu yang terlibat
dalam proses tersebut memiliki aspek kemahiran yang amat penting bagi mencapai hasil
baik. Menurut Covey (1996) dalam kajian Jamaliah Ngah Dimin (1999), Kemahiran yang
16
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
diambil kira ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini termasuklah kemahiran
mendengar dan bertutur. Dalam perhubungan interpersonal, kegagalan muncul apabila tidak
mempunyai masa yang mencukupi bagi mendiagnosis terhadap masalah yang dihadapi
untuk meningkatkan kefahaman kepada permasalahan tersebut. Prinsip ini adalah merujuk
kepada komunikasi interpersonal yang berkesan. Robinson (1995) menyatakan pula
bahawa kemahiran berinteraksi di antara pihak yang terlibat adalah penting untuk perunding
mencapai maksud kandungan yang akan dirundingkan (Jamaliah Ngah Dimin, 1999).
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Sheridan,S.M and Colton,D.L (1994)
menunjukkan bahawa taktik perundingan digunakan dalam persekitaran sekolah. Taktik
Perundingan yang dilakukan di sekolah lebih kepada bagaimana mewujudkan komunikasi
antara ibu bapa, pelajar, dan pihak sekolah dalam membuat keputusan yang berkaitan
dengan pendidikan. Sebagai contoh, sebuah model dilaksanakan yang mana ia mempunyai
perkaitan dengan perundingan.
Model tersebut adalah Perundingan bergabung Tingkahlaku (Conjoint Behavioral
Consultation (CBC)) yang ditakrifkan sebagai satu bentuk yang sistematik, penyampaian
perkhidmatan secara tidak langsung, yang mana ibu bapa dan guru bersama-sama
menjalinkan kerjasama dalam menangani keperluan akademik, sosial, atau tingkah laku
seseorang individu yang mana kedua-dua pihak memikul beberapa tanggungjawab
(Sheridan & Colton, 1994). Ia direka bentuk bagi membolehkan kerjasama antara ibu bapa
dan pihak guru dalam menyelesaikan permasalahan serta kerjasama dalam memproses
dengan bantuan seorang perunding. Melalui CBC, wujudnya pertalian/ perhubungan antara
sekolah dan rumah (pihak ibu bapa) adalah amat penting. Model perundingan ini akan
menyediakan perkhidmatan lebih awal dalam proses kerjasama dalam perundingan antara
ibu bapa dan guru secara serentak.
Di samping itu, terdapat elemen-elemen tertentu yang perlu ada dalam sesebuah
perundingan. Elemen-elemen tersebut penting untuk diketahui supaya proses perundingan
yang akan berlangsung akan dapat dikenal pasti dan mampu untuk mencapai persefahaman
kedua belah pihak seterusnya mencapai matlamat yang diingini. Hal ini dinyatakan
Thompson Leigh (1998) dalam kajian Jamaliah Ngah Dimin (1999) bahawa elemen-elemen
berikut perlu dikenal pasti sebelum proses perundingan diadakan. Elemen tersebut ialah:
a) Pihak yang terlibat
b) Isu-isu yang akan dibincangkan
c) Alternatif/ pilihan bagi setiap isu yang bakal diselesaikan
d) Kepentingan iaitu keperluan asas yang dimiliki oleh perunding dan kedudukan iaitu
kehendak yang dinyatakan oleh perunding dalam sesuatu isu.
17
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
e) Proses perundingan
f) Hasil perundingan
2.6 Bermotivasi
Taktik kepimimpinan yang efektif juga berkait rapat dengan motivasi. Kepimpinan dan
motivasi merupakan inti kepada keberkesanan sesebuah organisasi (Che Nor, 1995).
Motivasi merujuk kepada memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat atau
melakukan sesuatu yang diperlukan atau dikehendaki (Sonia dan Catherine, 2009). Seorang
pemimpin perlu mengetahui dan memahami pekerja bawahan sebelum memberi sebarang
tugasan. Tindakan ini dapat membantu pemimpin untuk mengetahui cara untuk
membuatkan pekerja bawahannya dapat melakukan tugasan dengan bermakna. Dalam erti
kata lain, pekerja bawahan dimotivasikan oleh pemimpin supaya mereka dapat
melaksanakan tugasan yang diberikan dengan lebih baik dan mencapai tahap yang telah
ditetapkan oleh pemimpin itu sendiri. Pemimpin juga terpaksa menghadapi cabaran dalam
mengenalpasti faktor-faktor motivasi pekerja bawahan berbanding menjalankan tugas dalam
pengurusan sesebuah organisasi.
Dalam model Sosial manusia dimotivasikan berdasarkan keperluan sosial,
persahabatan dan penerimaan orang lain terhadap diri individu tersebut (Mayo, 1933). Pada
asasnya, motivasi dapat diberikan melalui hubungan yang terjalin antara manusia. Kedua,
manusia bersikap responsif terhadap penekanan yang diberikan kepada kumpulan atau
individu yang boleh dijadikan teladan. Ketiga, pekerja akan bersikap responsif terhadap
pihak pengurusan apabila pihak pengurusan iaitu pemimpin menghargai pekerja dengan
menerima pandangan dan pendapat mereka sebelum membuat sesuatu keputusan.
Sementara itu, model ekonomi rasional menurut Taylor (1947) menyatakan bahawa
manusia akan bermotivasi dalam sesuatu kerja apabila mereka bertindak untuk
memaksimumkan kedudukan kewangan atau dijanjikan sesuatu ganjaran. Manusia juga
akan menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan yang dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan.
Di samping itu, Maslow (1943) mengaitkan motivasi dengan Hierarki Keperluan
Maslow. Misalnya pekerja akan berusaha keras dalam mencapai kedudukan dan pangkat
yang tinggi dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, mereka akan bekerja dan berusaha
membangunkan kemahiran. Pekerja yang bermotivasi dan mempunyai kawalan diri dapat
mencapai matlamat dan berjaya dalam kerjaya.
18
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
Selain itu, kajian ke atas pembangunan manusia terutamanya rohani manusia
merupakan suatu bentuk yang boleh mewujudkan motivasi seterusnya menghasilkan
perasaan yang membuatkan seorang manusia menzahirkannya dalam bentuk kelakuan dan
tindakan dalam mencapai sesuatu matlamat (Csikszentmihalyi, M ,1990). Bagi McGregor’s
(1960) teori X dan teori Y yang dikemukakan oleh beliau berkaitan dengan kepercayaan
pemimpin terhadap motivasi yang ada pada pekerja bawahannya. Hal ini kerana motivasi
wujud pada pekerja yang dilabelkan sebagai pekerja Y manakala pekerja yang kurang atau
tidak bermotivasi dilabelkan sebagai pekerja X. Motivasi dalaman juga wujud daripada
pegangan atau kepercayaan pemimpin (Fry, 2003). Model yang dicipta oleh Fry
mengandungi konsep yang membezakan antara harapan dengan kepercayaan serta visi
dengan misi.
Tambahan pula McClelland (1961) menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang terdapat
pada individu yang mempunyai motivasi yang mendorong kepada pencapaian yang tinggi.
Antara ciri-ciri individu yang bermotivasi ialah sikap suka membuat kerja yang berkaitan
dengan pencapaian, pengambil risiko yang sederhana, bersikap lebih suka membuat
sesuatu kerja dan bertanggungjawab terhadap pencapaian kejayaan kerja tersebut, suka
mendapat maklum balas tentang sesuatu pencapaian, lebih mementingkan masa depan
daripada masa sekaang dan masa yang telah berlalu serta tabah daalm menempuh
kegagalan dalam kehidupan.
Gaya kepimpinan pemimpin juga sering dikaitkan dengan motivasi pekerja pemimpin
itu sendiri (Nickson 1982). Adair (1989) pula mengatakan bahawa gaya kepimpinan seorang
pemimpin dapat menimbulkan motivasi orang bawahannya. Dalam bidang pendidikan,
kajian yang telah dilakukan oleh Silver (1982) mendapati bahawa pengetua memainkan
peranannya dalam memotivasikan guru-guru di sekolah. Kepimpinan yang baik dapat
melahirkan pekerja-pekerja yang bermotivasi seterusnya pemimpin dapat berusaha
bersama-sama dalam mencapai tujuan atau kejayaan sesuatu tugasan. Pekerja yang
bermotivasi dapat memberi impak yang positif kepada rakan sekerja seterusnya membawa
kejayaan kepada organisasi itu sendiri. Sebaliknya, pemimpin yang kurang bermotivasi akan
memberi kesan langsung kepada organisasi terutama pekerja bawahannya. Pemimpin
merupakan cerminan kepada pekerja bawahannya. Segala tingkah laku dan sikap pemimpin
tersebut akan menjadi contoh dan teladan kepada pekerja bawahannya. Oleh itu, pemimpin
harus sentiasa bermotivasi bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga sebagai pendorong
kepada motivasi pekerjanya.
Motivasi pekerja sering dikaitan dengan gaya kepimpinan pemimpin yang
bermotivasi dalam sesebuah organisasi. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dalam jurnal
19
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
‘Hubungan di Antara Kepimpinan dengan Motivasi Guru-guru Sekolah Berasrama Penuh di
Wilayah Persekutuan’ bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perkaitan di antara
gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru-guru di sekolah. Kajian yang
dijalankan membuktikan bahawa pemimpin sekolah iaitu pengetua yang bermotivasi yang
mengamalkan pendayautamaa struktur yang tinggi dan bermotivsi dapat mewujudkan
motivasi dalam kalangan guru-guru.
Seterusnya, McGregor (1960) turut mengemukakan teori motivasi dan teori beliau
sangat popular dalam kalangan pengurus dan pentadbir dalam sesebuah organisasi. Dalam
teori motivasi beliau, Teori X dan Teori Y diperkenalkan daalm melihat motivasi dan
kelakuan manusia dalam sesebuah organisasi. Pendekatan teori ini memberi penjelasan
mengenai pandangan pihak pengurusan terhadap pekerja secara authoritarian atai
demokrasi. Dalam memotivasikan pekerja yang berpegang kepada Teori X, pemimpin perlu
menggunakan gaya kepimpinan authoritarian. Hal ini kerana golongan pekerja tersebut
memerlukan pemimpin yang bersikap autokratik dengan cara paksaan dan pemberian
hukuman. Manakala pemimpin yang membawa pendekatan Teori Y perlu menggunakan
pendekatan berbentuk psikologi kerana pendekatan ini dapat meningkatkan motivasi
pekerja. Ini kerana pemimpin itu sendiri berpegang kepada Teori Y iaitu motivasi sesorang
individu tersebut wujud daripada diri individu tersebut. Oleh itu, pemimpin dapat
menggunakan pendekatan psikologi sebagai satu platform untuk mewujudkan motivasi
pekerja bawahannya.
2.7 Bertanggungjawab
Taktik lain yang diamalkan oleh seorang pemimpin untuk menghasilkan kepimpinan yang
efektif ialah taktik bertanggungjawab. Seorang pemimpin bertanggungjawab ke atas pekerja
bawahannya. Dalam situasi sebenar, pemimpin bertanggungjawab menjalankan tugasannya
dengan memberi tunjuk ajar kepada pekerja bawahan dan pada masa yang sama menjalani
proses pembelajaran dari persekitaran serta bertanggungjawab menguruskan kesemua
sumber seperti sumber manusia di sekolah. Pada masa yang sama, pemimpin
bertanggungjawab untuk menglibatkan diri dalam kumpulan kerja yang ditubuhkan oleh
ketua atasan dalam membincangkan tugasan atasan seperti penetapan polisi kerajaan ke
atas institusi pendidikan (Sonia dan Catherine, 2009).
Dalam bidang pendidikan, pengetua bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang
dijalankan di sekolah (Rosenblum, 1980). Tanggungjawab seseorang pengetua juga bukan
sahaja kepada kepimpinan kepada organisasi sekolah malahan merangkumi kepada
20
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
perubahan budaya dan iklim sekolah, tahap profesionalisme dan moral guru-guru, prestasi
dan pencapaian pelajar-pelajar sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta
kajayaan sesebuah sekolah tersebut di peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah
dan negeri.
Tambahan pula terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan
kemajuan sekolah (Atan Long et al, 1991). Antara faktor yang disarankan oleh Atan Long et
al (1991) ialah mengamalkan tanggungjawab bersama. pengetua dan kakitangan sekolah
bertanggungjawab menjalankan tugas masing-masing berdasarkan bidang kuasa yang telah
ditetapkan. Pengetua juga perlu bersikap pragmatis dan pada masa yang sama semua
kakitangan sekolah tanpa mengira pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlu
bertanggungjawan, berdedikasi, bermotivasi dan berketrampilan dalam melaksanakan tugas
yang diberikan.Mekanisme penyeliaan berkesan juga perlu diwujudkan supaya pemantauan
terhadap pencapaian sekolah dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Faktor terakhir ialah
agihan kuasa yang baik iaitu setiap subordinat dalam organisasi sekolah memahami dan
menjalankan tugas berdasarkan bidang kuasa masing-masing.
Dalam Islam pula pemimpin yang bertanggungjawab ada disebut dalam hadis Nabi
Muhammad S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
‘Setiap kamua adalah pemimpin dan mestilah bertanggungjawab di
atas kepimpinan kamu. Seseorang pemimpin (ketua) yang memimpin
orang ramai adaalh bertanggungjawab di atas kepimpinannya. Suami
adalah pemimpin bagi setiap ahli keluarganya dan bertanggungjawab
di atas apa yang dipimpinnya. Isteri adalah pemimpin dan
bertanggunjawab daalm urusan rumahtangga suaminya. Hamba
bertanggungjawab ke atas harta tuannya. Ketahuilah sesungguhnya
setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas
pimpinan kamu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan Riwayat Bukhari dan Muslim, setiap manusia yang ada di muka bumi ini
merupakan pemimpin yang mempunyai tanggungjawab dan setiap pemimpin perlu
bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Riwayat ini juga merujuk kepada manusia yang
menjadi pemimpin mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk dipikul. Salah satu
tanggungjawab yang dimaksudkan ialah tanggungjawab pemimpin ke atas orang bawahan
atau pekerja bawahannya. Pemimpin bukan sahaja perlu memimpin pekerja bawahannya
malahan pada masa yang sama pemimpin perlu menjaga kebajikan pekerja bawahannya.
21
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
Oleh itu, pemimpin bukan sahaja perlu tanggung tetapi pemimpin juga perlu dapat jawab
segala persoalan sama ada berkaitan dengan organisasi atau pekerja yang dipimpinnya.
Jurnal ‘Preparing Teacher Leaders: Perceptions of the Impact of a Cohort-based, Job
Embedded, Blended Teacher Leadership Program’ pula memperihalkan kajian ke atas
impak persepsi guru dan pengetua terhadap program kepimpinan yang dijalankan oleh
golongan ini. Respondenden terdiri daripada 20 orang guru siswazah dan 6 orang pengetua.
Hasil kajian mendapati pengetua bertanggungjawab sebagai pemimpin yang memimpin dan
mengurus organisasi sekolah manakala guru bertanggungjawab memberikan pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang berkesan kepada pelajar. Kajian yang dijalankan oleh
penyelidik memperlihatkan bahawa pemimpin iaitu pengetua mempunyai tanggungajawab
yang besar dalam memimpin dan menguruskan organisasi sekolah. Oleh itu, pengetua
yang sedar akan tanggungjawabnya dapat menentukan hala tuju sekolah yang berada di
bawah pimpinannya.
3.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pemimpin merupakan seseorang yang amat penting dalam dalam
sesuatu kumpulan. Kepimpinan timbul dari perkataan ‘pimpin’ yang bermaksud
membimbing, memandu, menunjuk, mengepalai dan mengetuai (Mohd Shuhaimi, 1992).
Mengikut pengertian yang mudah, kepimpinan adalah keupayaan mempengaruhi individu
atau sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi (Noraini dan
Ahmad, 2011). Menurut Yukl (2002) kepimpinan selalunya dikaitkan dengan proses struktur,
kuasa, mendorong, merangsang, sumber ilham, menentu matlamat, mencipta wawasan dan
tanggungjawab memberikan motivasi kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya.
Dalam sekolah pemimpin utama ialah pengetua. Pengetua adalah orang yang
bertanggungjawab dalam mengetuai pengurusan dan pentadbiran sekolah agar mencapai
matlamat dan objektif yang telah ditetapkan di sekolah. Gaya kepimpinan pengetua akan
mempengaruhi sistem yang dilaksanakan dalam sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah juga
dipengaruhi oleh stail kepimpinan pengetua. Sekiranya gaya autokratik dilaksanakan maka
kemungkinan besar para pelaksana yang menjalankan tugas iaitu para guru tidak akan
berasa senang hati dan ini memyebabkan matlamat sekolah tidak akan dapat dicapai. Oleh
itu, kepimpinan yang berkesan perlu diamalkan oleh pengetua selaku pemimpin utama
dalam sesebuah organisasi sekolah.
22
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
Oleh itu, untuk menghasilkan kepimpinan yang efektif atau berkesan pelbagai taktik
kepimpinan yang telah dilakukan antaranya ialah komunikasi berkesan, cara pembuatan
keputusan, pengawalan terhadap tekanan, melalui pujukan rasional, taktik perundingan,
bermotivasi, bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah kejayaan sesuatu
organisasi bergantung kepada pemimpinnya, sekiranya pemimpin tidak mengamalkan taktik
kepimpinan yang efektif maka matlamat dan objektif organisasi itu tidak akan berjaya untuk
dicapai.
Bibiografi
23
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
Ab. Aziz Yusof. (2004). Kepimpinan dalam mengurus Perubahan : dari Dimensi
Kemanusian. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Abd. Malek Hj. Abd. Rahman (2000). Buletin Akademik Kongnitif: Manusia dan Stress.
Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Shukor Abdullah. (1991). Pengurusan Organisasi: Perspektif Pemikiran dan Teori.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk pemimpin. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Atory Hussain. (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Pulications &
Distributors Sdn. Bhd
Ainon Mohd (2003). Teori dan Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd
Asep Suryana, M.Pd. (2010), Kepimpinan Pendidikan.
Azahari Ismail (1998). Modul Kepemimpinan Iqra’. AA Consultant and Training
Azizi Hj. Yahaya, Noordin Hj. Yahaya, Sharifudin Ismail. (2004). Tingkah Laku Kepimpinan
Pengetua Dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja Dan Keberkesanan Organisasi,
Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan. Johor: Universiti Teknologi
Mara
Baharom bin Mohamad, Jamaludin bin Hashim, Ahmad Esa dan Rafiza binti Hassan.
Universiti Hussein Onn Malaysia.
Barnard, G. (1938). The function of executive. Cambridge: Harvard University, Bass, B.M.
dan Avolio, B.J. (1990). Bass and Stogdill ’shandbook of leadership: Theory,
research, and management application. New York: The Free Press.
Bruce Chapman (2000), Leading You Down The Choice Path: Towards an Economics of
Rational Persuasion, Faculty of Law, University of Toronto.
Cable D.M, Judge T.A (2003), Manager’s Upward Influence Tactic Strategies : The Role Of
Manager Personality and Supervisor Leardership Style, Journal of Organizational
Behavior, J. Organiz. Behav. 24, 197-214.
24
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
Che Noh Bin Muda. (1995). Hubungan Di Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan
Tahap Motivasi Guru-Guru Sekolah Berasrama Penuh Di Wilayah Persekutuan.
Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Csikszentmihalyi, M. (1990). Flow: The psychology of optimal experience. New York7
Harper and Row.
Dorene, Alyson, Elizabeth, Nancy, Stephanie & Colleen. 2010. Preparing Teacher Leaders:
Perceptions of the Impact of a Cohort-based, Job Embedded, Blended Teacher
Leadership Program. School of Teaching and Learning, PO Box 117048, University
of Florida, Gainesville, FL 32605, USA.
Earley & Evans. 2003. Leading and Managing School: A Comparison Between Independent
and State School Leader. Managing In Education, Vol 17.
Fry, L. W. (2003). Toward a theory of spiritual leadership. The Leadership Quarterly, 14(6),
693–728.
Grodnitzky, G. (2004), Leaders, Teams, Profits, Insight Idea, Winston-Salem, NC 27114-
6411.
Hersey. P.,Blanchard, K.H. (1974). “What’s missing in MBO?” Management Review, Vol.
10pp.25-32.
Hussein Mahmod. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Iskandar, Teuku (1989). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kementerian
Pendidikan Malaysia 1989.
Jaafar Muhamad (1996). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur : Leed Puvlication Jablin, F.
(1979). Superior-subordinate communication: the state of the art. Psycological
Bulletin. 86 : 1208.
Jaafar Muhammad. (2000). Kelakuan Organisasi. Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Leeds
Publications
Jamaliah Ngah Dimin (1999), Keberkesanan Amalan Pengurusan Perundingan dalam
Organisasi Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.
James A.F Stoner & Charles Wankel (1989). Management. Prentice Hall.
25
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
Jennings, E.E (1960). An anatomy of leadership. New York: Mc Graw-Hill.
Lisa. Stephen & Michelle. (2010). Jurnal ‘Propensity For Self-development of Leadership
Attributes: Understanding, Predicting and Supporting Performance of Leader Self-
development’. Department of Psychology, George Mason University, United States
U.S. Army Research Institute, Arlington, Virginia, United States.
Lynne Millward. (2005). Understanding Occupational and Organizational Psychology.
London : sage Publications.
Mahathir Mohammad (1982). The Impact Of Productivity On National Development. Ucapan
Dasar di Seminar On Productivity,Kuala Lumpur.
Maria Merry Marianti. (2011). Kekuasaan dan Taktik Mempengaruhi Orang Lain dalam
Organisasi, Program Studi Manajemen, Fakultas Ekonomi, Universitas Katolik
Parahyangan, Jurnal Administrasi Bisnis (2011), Vol.7, No.1: hal. 45-58, (ISSN:0216
1249), Center for Business Studies, FISIP.
Maslow. A. H. (1943). A Theory of Human Motivation, Psycological Review, Vol 50.
Mayo, E. 1933. The Human Problems of an Individual Civilisation. London: Macmillan.
McGregor, D. (1960). The human side of enterprise. New York7 McGraw Hill.
Miller, G.R. (1980). On being Persuaded: Some Basic Distinctions. In M. Roloff, & G.R.
Miller (Eds), Persuasion: New Directions in theory and research, 11-28. Beverly Hills, CA:
Sage.
Monica, Jennifer, Emily, Cynthia & Kristi. (2010). Changing Leadership: Teacher Lead The
Way For School That Learn. Montclair State University, Montclair, NJ, USA.
Newell, CA. (1978). Human Behavior In Educational Administration. New Jersey : Prentice-
Hall, Inc.
Nik A. Rashid Ismail (1993). Kepimpinan : ulasan teori dan kajiannya di Malaysia dalam
Psikologi Melayu, Diselenggara oleh Abdul Halim Othman. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Noraini binti Musa, Ahmad bon Othman. (2011). Hubungan Ciri-ciri Kepimpinan
Berorientasikan Pekerja Terhadap Kejayaan Projek Di Kalangan Kontraktor Dalam
Industri Pembinaan. International Conference On Management (ICT 2011)
Procedeeng (pp. 867-884). Universiti Malaysia Pahang .
26
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
Raja Azrul Hisham Raja Ahmad. (2000). Stres di kalangan guru. Tesis Sarjana tidak
diterbitkan. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Robiah Sidin. (1988). Asas Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya: Pustaka Cita
Sabitha Marican. (1999). Program Pengurusan Tekanan Ke arah membentuk budaya kerja
produktif. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Sergiovanni T. J. (1984). The nrinckalshiu : A Reflective Practice Perspective. Boston : Allyn
and Bacon.
Sheridan S.M, Colton D.L. (1994), Conjoint Behavioral Consultation: A Review and Case
Study, Journal of Educational and Psychological Consultation, 5(3), 211-228.
Sonia Blandford & Catherine Knowles. (2009). Development Professional Practice 0-
7.London. Longman, Pearson.
Stodgill, R. (1974). Handbook Of Leadership. New York : The Free Press.
Sulaiman Masri (1997). Media dan komunikasi dalam bahasa Melayu. Fajar Bakti Sdn Bhd
1997.
Sweeney, J. (1982). Research Synthesis On Effective School Leadership, Educational
Leadership 39 (5) : 346 - 352.
Tannebaum, R. and Yulk. (1992). How to choose the leadership pattern. New York :
McGraw-Hill.
Taylor. F. W. (1947). Scientific Management. London: Harper dan Row.
Wanihim binti Othman. (2002). Punca dan Tahap Tekanan Kerja Pengurusan di Kalangan
pentadbir sekolah menengah di bahagian pantai barat selatan Sabah. Tesis Sarjana
tidak diterbitkan UUM.
Yukl, G. A. (2002). Leadership in organizations (5th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice-
Hall Inc.
27
(TT01303) Taktik Pemimpin yang Efektif
28