-
TAJUK PROJEK:
SISTEM PENGENALAN KELUARAN AUTOMATIK BAGI OPERASI LOGISTIK
BALIKAN DI INDUSTRI PERKILANGAN
KOD PROJEK:
I-GT/20 (UTHM-11)
IPTA:
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
KETUA PROJEK:
PROFESOR MADYA DR. KHALID BIN HASNAN
AKADEMIA:
DR. SH SALLEH BIN SH AHMAD
AZLI BIN NAWAWI
RAKAN INDUSTRI:
UNIJOH SDN. BHD.
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
1) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI
2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU
TEMPOH PROJEK:
1 OGOS 2011 1 OGOS 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Projek ini telah membangunkan penggunaan teknologi Pengecaman Frekuensi Radio (Radio
Frequency Identification) atau (RFID). RFID merupakan satu teknologi yang sangat inovatif dan
menawarkan pelbagai kelebihan. RFID boleh menyimpan data di dalam tag, mengimbas tag
dengan cepat dan dengan jarak imbasan yang lebih jauh, serta boleh mengimbas banyak entiti
atau produk sekaligus. Objektif projek ini adalah untuk membangunkan model sistem
menggunakan perisian Arena, mengesahkan sistem automatik yang mempunyai keupayaan untuk
mengemas kini dan memasukkan maklumat produk yang berkaitan ke dalam RFID, mengenal
pasti maklumat yang berkaitan dan menyemak sistem yang dicadangkan ini di Unijoh Sdn. Bhd.
Ilmu yang dipindahkan melalui projek ini adalah ilmu pengetahuan mengenai bidang pengurusan
sistem pembuatan, pengurusan rantaian bekalan dan logistik, proses pengilangan semula,
pembangunan rangkaian sistem RFID pada skala industri dan pembangunan sistem pangkalan
data.
-
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk membina model sistem yang dicadangkan dan menjalankan
simulasi sistem menggunakan perisian Arena. 2) Untuk mengesahkan sistem automatik yang mempunyai keupayaan
mengemas kini dan memasukkan maklumat produk yang berkaitan ke dalam RFID.
3) Untuk mengesahkan RFID Middleware dan pangkalan data. 4) Untuk mengenal pasti maklumat yang berkaitan bagi dimasukkan ke
dalam tag pasif. 5) Untuk menyemak dan mengesahkan sistem yang dicadangkan di
Unijoh Sdn. Bhd.
AKTIVITI
1) Pemodelan dan pengesahan sistem RFID di dalam perisian Arena. 2) Pembangunan prototaip untuk mengesahkan perisian dan pangkalan
data. 3) Perancangan rangkaian sistem RFID menggunakan teknik
Pengoptimuman Kerumunan Zarah (Particle Swarm Optimization) atau PSO.
4) Pengujian peringkat makmal terhadapi ketahanan dan kebolehlaksanaan sistem.
5) Pemasangan sistem di Unijoh Sdn. Bhd.
OUTPUT
Industri: 1) Unijoh Sdn. Bhd. dapat mengoptimumkan sistem dalam industri kerana
projek ini membantu syarikat lebih memahami sistem mereka. 2) Sistem Automasi Pejabat yang cekap dan cemerlang membantu
industri dalam proses pengauditan. 3) Automasi dalam pengeluaran membantu industri menjadi lebih
mampan.
IPTA: 1) Penetapan dan pemasangan sistem RFID.
a) Mewujudkan sistem pengurusan pangkalan data. b) Perancangan rangkaian RFID. c) Pengujian sistem RFID di makmal telah berjaya. d) Pangkalan data RFID berfungsi dalam format SQL. e) Perancangan rangkaian untuk sistem RFID dengan kualiti yang
lebih baik.
-
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih dapat meningkatkan dan mempercepatkan peluang
mendapat pekerjaan. 2) Pendapatan komuniti dapat ditingkatkan.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2) Unijoh Sdn. Bhd.
KEBERHASILAN
Industri: 1) Pengurusan inventori yang lebih mudah, tersusun dan sistematik. 2) Data barang keluar masuk di stor dapat direkodkan secara automatik. 3) Rekod peralatan yang sangat berkesan. 4) Kesedaran mengenai kelebihan perlaksanaan projek teknologi
maklumat dalam syarikat kecil dan sederhana (SME) meningkat. 5) Masa untuk mencari peralatan dan stok yang hilang atau disalah letak
dapat dijimatkan. 6) Kualiti barangan RFID yang dicadangkan adalah baik. 7) Pemahaman mendalam mengenai sistem inventori dan
penyelenggaraan industri. 8) Sistem pengurusan aset yang lebih cekap. 9) Peluang untuk mengautomasikan proses-proses pembuatan yang lain.
IPTA:
1) Peluang membangunkan sistem RFID berskala industri. 2) Universiti mendapat pengetahuan dan kemahiran berguna dalam
bidang pembangunan pangkalan data. 3) Peluang mengadakan projek rundingan dengan syarikat SME yang lain.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapatkan peluang pekerjaan di industri meningkat. 2) Tenaga kerja mahir untuk mencapai wawasan 2020 dan negara
berpendapatan tinggi. 3) Graduan pelatih berpeluang menjalani latihan industri, mendapat
pendedahan dengan persekitaran industri dan meningkatkan kemahiran insaniah.
-
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK
A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
-
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : Unijoh Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 18 Disember 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Madya Dr. Rasid Mail (UMS) 2) Profesor Dr. Khairul Anuar (UTM)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)
SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 31% 27%
B AKADEMIA (10%) 8% 8%
C GRADUAN PELATIH (10%) 7% 6%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 9% 7%
E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 22% 22%
MARKAH KESELURUHAN (%) 77% 70%
MARKAH SELEPAS KUMULATIF 74%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI
A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
4/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 4/5
-
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
3/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding dengan yang disalurkan oleh industri
3/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
3/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
3/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
4/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek
Projek ini masih dalam peringkat pembangunan. Unijoh Sdn. Bhd. percaya bahawa projek yang dijalankan ini mampu memberi faedah tambahan kepada industrinya. Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan
Berdasarkan penilaian keseluruhan, projek ini berada pada kategori merah. Projek ini masih di peringkat penyelidikan. Teknologi yang dibangunkan masih diuji di dalam makmal dan memerlukan pengubahsuaian, penambahbaikan serta pemantapan untuk disesuaikan dengan keperluan industri.
-
LAMPIRAN
Menguji jarak maksimum kebolehkesanan alat pembaca terhadap tag
Ketua projek memantau sistem yang dibangunkan
-
Perbincangan ketua projek bersama-sama panel penilai
Alat pembaca RFID yang boleh disesuaikan dengan pelbagai aplikasi
-
Tag RFID
Stor sistem penyimpanan di Unijoh Sdn. Bhd.