Download - Tajuk 6.doc
Tajuk 6 Integrasi, Tema, Penghubungkaitan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pendedahan kepada konsep integrasi, tema
komunikasi, kemasyarakatan dan persekitaran, penghubungkaitan antara seni visual,
muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain dan pelaksanaan dan pengurusan
aktiviti. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.
Tajuk-tajuk ini dirangka untuk membantu pelajar meneroka, mengalami dan melahirkan
perasaan melalui aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan berkaitan dengan
mata pelajaran lain. Ia juga merangkumi kelebihan dan kekurangan integrasi. Bagi
meningkatkan pembelajaran melalui seni, penekanan juga diberikan kepada integrasi
dan perhubungkaitan aktiviti-aktiviti seni dengan tajuk tertentu dalam mata pelajaran
lain.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Menerangkan konsep integrasi, tema dan perhubungkaitan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
2. Mengenalpasti subjek berkaitan khususnya aktiviti pembelajaran dalam seni
visual, muzik dan pergerakan yang berkaitan dengan subjek lain.
3. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata
pelajaran lain melalui persembahan kreatif
4. Membina dan mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni
visual, muzik dan pergerakan
5. Melahirkan perasaan melalui persembahan berasaskan pergerakan, props imej
dan muzik.
20
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
KANDUNGAN ISI
6. Integrasi, Tema, Penghubungkaitan Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
6.1 Pendedahan Kepada Konsep Integrasi
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep integrasi?
Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan adalah ke arah pembangunan individu in-
san yang simbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam
KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu penegetahuan, kemahi-
ran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyelu-
ruh. Ini adalah disebabkan untuk membolehkan setiap pelajar memperolehi kemahiran,
mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki.
Pelaksanaan konsep kesepaduan atau integrasi dalam proses pengajaran pembelajaran
adalah melalui penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Antara lain manafaat-
nya ialah dapat memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung
kait atara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu. Man-
akala pemulihan dan pengayaan pula untuk menjamin setiap pelajar tidak ketinggalan
daripada memperolehi apa yang sepatutnya mereka perolehi selaras dengan pen-
demokrasian dalam mendapatkan pendidikan.
21
Integrasi, Tema, Penghubungkaitan
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pendedahan Kepada Konsep Integrasi
Pendedahan Kepada Tema Komunikasi,
Kemasyarakatan dan Persekitaran
Penghubungkaitan Antara Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan Dengan Mata Pelajaran
Lain
Pelaksanaan dan Pengurusan Aktiviti
Integrasi seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia
menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistik.
Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat
murid dan guru.
Integrasi merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep
atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk
menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak
tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema
juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran
termasuk juga bidang-bidang kurikulum.
Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan integrasi pelajar diberi
peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu
tema yang diterimapakai.
Justeru itu, memilih tema dalam integrasi merupakan langkah yang penting untuk
memperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan usaha
yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk
mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan enam jenis tema untuk integrasi
dan menggambungjalinkan kandungan atau kemahiran dalam unit-unit pengajaran:
Unit-unit tema dalam integrasi itu adalah seperti berikut:
berasaskan konsep
berasaskan kemahiran
berasaskan kandungan dan kemahiran
berfokus kepada isu
berfokus kepada projek
berorientasikan kajian kes
Matlamat Integrasi
22
Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan.
Dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan
dan pengalaman lalu
dapat menghadapi cabaran
dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan
untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal
menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesame insan yang pelbagai
budaya
untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait
pengetahuan dan kemahiran
Isu-isu berkaitan dengan Integrasi.
Kekuatan Isu / Cabaran
pelajar berpeluang untuk meluahkan
perasaan berdasarkan pengalaman
verbal dan bukan verbal sama ada
berbentuk pergerakan, imej visual,
prop, bunyi dan muzik berasaslam
tema yang diberi
persembahan akan menjadi lebih
menarik melalui pelbagai aktiviti dan
kreativiti yang tinggi
pelajar lebih berkeyakinan dan
pembelajaran lebih menyeronokkan
berpeluang untuk menyemai dan
mengaitkan idea-idea dan imaginasi
baru
dapat menilai kefahaman konsep
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
dapat menghubungkait pengetahuan
dan kemahiran
kecekapan guru di dalam pelbagai
bidang mata pelajaran
untuk membentuk jaringan ahli dalam
kumpulan
hasil pembelajaran berbagai dalam
bidang mata pelajaran yang berbeza-
beza
sukar untuk menilai skop pemahaman
yang luas
kesukaran untuk membuat penilaian
kerana kebolehan yang berbeza
Latihan
23
1. Gambarkan dalam bentuk pengurusan grafik penghubungkaitan objek
sekeliling anda. Contohnya, pokok.
2. Senaraikan lima cara memulakan pengajaran menggunakan integrasi untuk
menjalankan proses pengajaran pembelajaran subjek Bahasa Melayu.
6.2 Pendedahan Kepada Tema Persekitaran, Kemasyarakatan dan Komunikasi
Bagaimana memilh tema yang sesuai untuk digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan
sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan
berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan ke-
hidupan seharian anda dan cuba terokai.
Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih tema.
Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih?
Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan?
Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan?
Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?.
Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara disiplin-disiplin
yang lain?
Bolehkah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?
Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?
24
Rajah Penggabungjalinan Dalam Satu Tema
6.2.1 Tema Persekitaran
- alam semulajadi, buatan manusia dan teknologi.
Organisma hidup dengan persekitaran tidak dapat dipisahkan dan sentiasa berinteraksi
di antara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial.
Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu
memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial
dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta
sokongan. Elemen –elemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap
perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu, masa dan ruang perlindungan.
Dalam kajian permainan merentas budaya, mendapati permainan olok-olok akan
menjadi lebih kompleks apabila kanak-kanak didedahkan dengan bahan dan alatan
permainan yang mencerminkan persekitaran yang spesifik terhadap budaya dan
berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak.
Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah alam
semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi alam sekitar
supaya semua kehidupan hidup dengan berharmoni. Perubahan buatan manusia
25
terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan, tapak pembinaan perumahan dana
lain-lain akan mengakibatkan kesan positif dan negative terhadap kehidupan manusia.
Teknologi telah membawa perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi
juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi.
Dalam Seni, teknologi menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik,
cendiakawan, penghasilan dan persembahan. Teknologi yang menarik dan hebat
mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dalam
bidang kesenian.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran boleh digu-
nakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan murid. Tajuk
‘persekitaran’ boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti Muzik, Seni Visual dan
Pendidikan Jasmani. Pada masa yang sama, tema berkaitan dengan persekitaran juga
boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik
dengan menggunakan mata pelajaran lain iaitu Muzik, Seni Visual dan Pendidikan Jas-
mani.
Berikut adalah satu contoh pelajaran Sains yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti Muzik,
Seni Visual dan Pendidikan Jasmani:
Tajuk : Bahagian-bahagian pokok.
Tema persekitaran : Hutan
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar,
rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan
pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat
perkusi.
Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi,
rendah, berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira, marah
dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.
26
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,
sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat.
Pernahkan anda bersiar-siar dihutan? Bayangkan anda berada di situ sekarang.
Bolehkah anda merasakan kedamaian dan ketenangan persekitaran? Perhatikan flora
dan fauna yang berlainan dikawasan tersebut. Cuba anda lakarkan jenis-jenisnya diatas
sehelai kertas.
Kesimpulan dari perbincangan itu secara tidak langsung akan dapat membantu,
untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik)
menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual)
melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
Untuk itu pelajar akan dapat mengenalpasti
kesan bahan kitar semula
menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (muzik)
mendemontrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang dikeluarkan di tapak
pembinaan (seni visual)
mendemontrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan-bahan kitar semula
(pendidkan jasmani)
Persekitaran- Teknologi
Tema yang terkandung dalam persekitaran- teknologi adalah bercorak globalisasi, dunia
tanpa sempadan, komunikasi melalui internet, pelbagai jenis pengangkutan dan lain-
lain. Tema ini boleh digunakan dalam mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain
seperti bahasa, sain, kaijan tempatan dan lain-lain lagi.
Senaraikan jenis-jenis pengangkutan yang menggunakan teknologi moden. Cuba
bayangkan dan menghasilkan bunyi-bunyi kenderaan dengan menggunakan pelbagai
alat perkusi iringan dengan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Buat satu
model kenderaan dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kotak, botol yang
saiz dann warna yang berbeza. Cuba kaitkan model ini dengan ukuran seperti besar,
kecil, lambat, berat, ringan dn lain-lain
27
6.2.2 Tema Masyarakat
seperti manusia, sosial dan budaya
Masyarakat dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu;
masyarakat zaman purba,
zaman batu
masa kini
Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajar adalah
mahkluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita perlu untuk
dimiliki, rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehi pengiktirafan. Dalam
masyarakat manausia, sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu
bekerjasama untuk kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang
kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini
diwarisi sejak turun temurun dan menjadi sebati dlam masyarakat sehingga menjadi
budaya dalam masyarakat.
Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian
berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang besar
dalam masyarakat. Dalam hubungan ini kita perlu fleksibel dengan memberi
pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan memikirkan bagaimana
fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik mungkin disemua peringkat
perkembangannya.
Mari kita lihat situasi masyarakat yang memberi penekanan terhadap manusia, sosial
dan budaya. Kanak-kanak tidak dapat hidup secara bersendirian. Mereka perlu
bergantung kepada masyarakat. Banyak pihak perlu memberi sokongan – sebagai
contoh pihak polis, pemandu bas, pegawai bank. Kanak-kanak mempelajari pelbagai
peranan yang dimainkan oleh manusia dan mereka lakonkan peranan-peranan ini dalam
kehidupan seharian mereka.
Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak. Setiap
insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti
pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga taman
bunga, tukang masak memasak makanan dikantin, pemandu bas membawa kanak-
28
kanak kesekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman
dapat mempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak.
Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan mengikut
latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan menjadikan individu
itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur, jantina, kebolehan, bangsa,
status sosial agama, saiz dan perwatakan. Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh
menyeronokan dan mengecewakan dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat
dan kebolehan. Guru perlu memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagaii boleh
diperolehi untuk permainan kanak-kanak.
Tujuan Pendekatan Bertemakan Masyarakat
Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan memberi
peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif, efektif dan
psikomotor
Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid memilih dan
memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan.
Murid meng aplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan idea,
mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan pengetahuan
muzik, seni dan pergerakan dan penghasilan karya kreatif.
Murid memahami bahawa penghasilan dan tindakbalas membuat karya muzik,
seni dan pergerakan adalah terjalin diantara persepsi analisis dan kritikan.
Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara mendalam
untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni dan pergerakan
dalam kejayaan insan.
Murid memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai murni diri
mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat menhubungkaitkan
muzik, seni dan pergerakan dengan nilai, kepercayaan dan kehendak manusia
sejagat.
Mereka akhirnya dpat memahami bahawa kesenian setiap budaya adalah
dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain.
Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui pendekatan
bertema msayarakat dengan pengetahuan budaya dan sejarah dapat membantu
memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secara berkesan.
29
Melalui semua usaha ini, murid dapat memantapkan kefahaman untuk mencari
makna dalam dunia ini.
Menggabungkan Tema Masyarakat dengan Mata Pelajaran Lain
Terdapat beberapa langkah penting dalam menggabungkan tema masyarakat
dengan pelbagai mata pelajaran yang lain.
Menghayati tema masyarakat dengan beberapa cara untuk mencapai tujuan
utama.
Pelajaran perlu dibuat secara bersepadu suapaya pelajar dapat menguasai
pelbagai konsep dan kemahiran.
Menggunakan tema masyarakat untuk menggabungkan pembelajaran merentasi
disiplin dan tindakbalas pengalaman melalui Seni Dalam Pendidikan.
Penghubungkaitan kurikulum adalah aktiviti yang terdapat dalam bidang
kurikulum lain yang boleh berlaku secara serentak.
Contoh aktiviti: Pohon Keluarga Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang
menggunakan tema masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh
digunakan dalam pengajaran konsep ”keluarga” dalam mata pelajaran lain.
Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu projek dapat
membantu pelajar memperolehi proses sains seperti memerhati, membuat inferens,
berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon keluarga dipamerkan sebagai
gambarajah membentuk suatu persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara
terus kepada pelajar pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam suatu cara
yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami.
Contoh: Kekeluargaan
Manusia tinggal dlam kumpulan keluarga yang berbeza
Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri
Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi
Keluarga mengajar mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu
Keluarga saling bantu-membantu.
30
6.2.3 Tema komunikasi
seperti lisan dan bukan lisan
Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk
menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan
memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam
konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya,
psikologikal sosial dan temporal.
Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata dimana komunikasi berlaku seperti
dalam bilik atau ruang legar atau ditaman. Konteks budaya pula merujuk kepada
peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu
generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio-psikologikal pula
merangkumi seperti contoh hubungan status dikalangan peserta, peranan yang
dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu masyarakat dimana komunikasi
berlaku. Manakala dalam konteks temporal ianya merangkumi masa dan tarikh serta
silam semasa kemunikasi telah berlaku.
Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan
menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria. Walau
pun anda biasanya memikirkan tentang mesej sebagai verbal, anda juga boleh
berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara anda
berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk dan senyum
atau menghantar mesej. Kesemuanya mengenai anda berkomuniksi.
Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau beberapa orang
yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda boleh mendapat
pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa, membuat sintesis atau
menilai sesuatu. Semua ini merupakan kesan intelektual atau kognitif. Anda mungkin
boleh mendapat atau mengubah sikap, kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua
ini adalah kesan afektif. Anda mungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti
melontar bola atau mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang
sesuai. Ini merupakan kesan-kesan psikomotor.
(a) Komunikasi Verbal
Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang dilakukan
dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.
31
Apakah yang anda faham dengan istilah ”Komunikasi verbal”? Berdasarkan pernyataan
dibawah yang manakah menunjukkan komunikasi verbal dengan betul.
Bil Pernyataan Ya Tidak
1. Memberi kuliah
2 Membalas surat rakan
3 Bercakap melalui telefon
4 Melukis gambar
5 Memberi khidmat kaunseling
6 Bermain bola keranjang
7 Bermain alat muzik
8 Mempersembahkan drama
9 Mengenyit mata
10 Berbisik
(b) Komunikasi Bukan Verbal
Bentuk bukan verbal megandungi pelbagai elemen- hubungan ruang, orientasi
masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam
kadar kelajuan dan nada pertuturan.
Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalam Pendidikan
Tajuk Aktiviti: Teselasi
Objektif Pembelajaran:
Pelajar akan diajar untuk;
1. memahami dan menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan
bentuk-bentuk dua matra (2M) dan
2. menghuraikan dan mengelaskan bentuk-bentuk 2-M yang biasa
32
Hasil Pembelajaran:
Pelajar akan dapat:
1. menghuraikan ciri-ciri bentuk 2-M
2. menyusun bentuk 2-M dan
3. mencipta reka bentuk dengan bentuk-bentuk 2-M
Penilaian:
Matematik : Pelajar boleh mereka cipta teselasi dengan menggunakan bentuk-bentuk
2-M ( segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang)
Seni Visual : Mereka cipta corak teselasi/mereka cipta corak dengan menggunakan
bentuk 2-M (seperti seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat
tepat, bintang)
Pergerakan : menggunakan isyarat atau gerakan badan untuk menunjukkan bentuk-
bentuk 2-M seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat,
bintang.
Muzik : nyanyi lagu berjudul ”shapes” sama ada secara individu atau berkumpulan.
ICT : guna perisian komputer (ms paint) untuk melukis dan membuat reka bentuk
2-M / teselasi.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Permulaan/Warm up
1. Guna isyarat atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di anatara satu sama lain
tentang bentuk 2-M yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian seperti bentuk dan
corak dalam kain, kain langsir, kertas pembungkus.
matematik & pergerakan
2. Secara individu atau dalam kumpulan sepuluh orang, pegang tangan dan membentuk
formasi untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti seperti segiempat sama, se-
gitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang sambil menyanyikan lagu ”shape” dibawah.
Matematik, Muzik dan pergerakan
33
Rajah 9.6 : Skor lagu ”Shapes”
Rajah 9.7: Contoh isyarat dan pergerakan badan untuk membuat bentuk-bentuk
34
Rajah 9.8: Contoh teselasi
Latihan
1. Nyatakan dan berikan contoh-contoh bentuk-bentuk mesej komunikasi?
2. Apakah tujuan pendekatan bertemakan masyarakat?
6.3 Penghubungkaitan Antara Seni Visual, Muzik dan Pergerakan Dengan Mata Pelajaran Lain
Apakah anda faham tentang penghubungkaitan?
35
Seni merupakan satu cara komunikasi. Penghubungkaitan seni boleh
disamakan dengan program antara disiplin dalam seni. Ia berperanan sebagai satu
strategi pendidikan bagi membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang
menyelitkan aspek sosial agar setiap insan dihormayi; menggalakkan kepimpinan,
inisiatif dan inovasi dan; di mana setiap pelajar akan mencapai kecemerlangan
akademik. Ia mengaitkan sejarah, sains dan teknologi.
Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seolah-olah seperti sepasang
tangan dengan jejarinya yang dianggap sebagai pelajar, manakala ibu jari sebagai
gurunya Semua jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi dengan bebas tanpa
had mahu pun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin idea-idea yang baru
yang boleh didapati dipersekitarannya, sementara ibu jari berperanan sebagai
penyokong, pembimbing dan pembantu. Walau pun seseorang itu tidak mempunyai ibu
jari, tetapi ia masih lagi boleh bergerak, akan tetapi pergerakannya itu akan menghadapi
masalah untuk membantu menggenggam sesuatu benda dengan erat. Pada masa inilah
ibu jari (guru) kehadapan untuk membantu jari jemari mengenggam sesuatu objek atau
dari satu sudut pandangan guru pelajar pemahaman sesuatu idea atau konsep. Jari
jemari ini akan tetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Untuk itu prinsip
perpaduan adalah penting. Ini adalah disebabkan penghubungkaitan merupakan satu
cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkaitan rapat antara satu sama
lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.
Apabila keperluan asas, manusia untuk kesepaduan kepunyaan dan kepercayaan
dilengkapi, barulah dapat kita mulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, kita
perlulah membantu sekolah untuk mewujudkan pengalaman-pengalaman umum yang
akan melahirkan perasaan penghubungkaitan.
Kita sewajarnya melihat sekolah atau komuniti sebagai satu perkara yang
menyeluruh dengan mengambil kira perbezaan individu dan perbezaan kaum. Setiap
insan boleh menyumbang terhadap pembangunan negara. Manusia adalah seniman
yang boleh berkomunikasi dengan apa yang dilihat dan dirasai. Jika kita tiada satu
istilah khusus untuk menyatakan sesuatu perkara, sebagai contoh dalam proses
pembelajaran putaran hidup seekor rama-rama dalam mata pelajaran sains, kita boleh
mengekspresinya melalui seni seperti membentuk arca, menari, bermain alat muzik dan
bercerita. Penghubungkaitan seni bukan sahaja mempengaruhi perkembangan sosial
kanak-kanak di sekolah, malah boleh menjadi pemankin untuk mengubah pembelajaran
kemahiran asas. Seni dapat membantu guru dan pengetua untuk membentuk komuniti
36
dan mengurangkan pengasingan sesuatu bangsa atau kaum. Di samping membina
kepercayaan dan meningkatkan pencapaian akademik kanak-kanak sebagai persediaan
kepada kanak-kanak menghadapi cabaran masa depan.
Latihan
1. Apa yang anda faham tentang tema persekitaran dalam penghubungkaitan antara
bidang seni? Bincangkan.
2. Bincangkan dengan rakan pemerhatian anda terhadap pernyataan-pernyataan yang
terdapat dalam tema masyarakat yang boleh dihubungkaitkan ke dalam isu semasa.
6.4 Pelaksanaan dan Pengurusan Aktiviti
Pelaksanaan Pendekatan Bertema
Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini:
(Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk
memperkenalkan pendekatan bertema. (Roberts, 1996)
K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini?
Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti
alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains,
agama, moral, kemahiran hidup.
Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan
sebuah cerita kepada kelas
Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unit-
jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian sebuah kolej tentang gambar-gambar
boleh dipamerkan di atas papan bulletin bagi menunjukkan pelbagai contoh
mengenai manusia dan mesin yang berupaya mengajar atau menyatakan mesej.
Mainkan sebuah rakaman atau kaset
Dedahkan pelajar mempelajari puisi contohnya bahasa dan muzik
Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian contohnya sains dan matematik
Bawa bahan bantu mengajar contoh batu karang
37
Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa boleh
diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan bagi
membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang
bermakna.
Latihan:
1. Cipta satu aktiviti untuk berkomunikasi melalui pergerakan, muzik dan seni visual.
2. Pilih satu tema dan rancangkan sebuah aktiviti yang menyalurkan mesej melalui
sebuah cerita dengan menggunakan integrasi seni kepada topik lain dengan
pelbagai bidang subjek.
Rumusan :
Topik ini membantu pelajar memahami konsep integrasi dan aktiviti-aktiviti yang berkai-
tan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman
dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang integrasi tema-tema yang ada serta da-
pat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik,
pergerakan dan seni visual. Ia juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran tentang ke-
pentingan muzik, pergerakan dan seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran.
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
38
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat
39