TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
(KBKK) DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT
ROSLINDA BINTI GHANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya: ROSLINDA BINTI GHANI
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: 15 NOVEMBER 2007 Tarikh: 15 NOVEMBER 2007
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
♦
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
(HURUF BESAR)
PN. MARLINA BINTI ALI 058 KAMPUNG TANAH LOT,
GONG BALAI, 21610 MERCHANG, TERENGGANU.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PN. MARLINA BINTI ALI
Tarikh : 15 NOVEMBER 2007
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
(KBKK) DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT
ROSLINDA BINTI GHANI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2007
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : ROSLINDA BINTI GHANI
Tarikh : 15 NOVEMBER 2007
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian atas limpah dan kurniaan-Nya, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Teristimewa buat insan yang saya sanjungi, ayah serta bonda tercinta iaitu
En. Ghani Bin Mohd Amin & Pn. Fatimah @ Teh Binti Mohd. Zin
yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan nasihat pada saya serta sentiasa
mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya,
Tidak lupa juga buat Abang Rosdi Bin Ghani & Kak Rashidah Binti Taha
serta anak-anak buah tercinta;
Nur Syafiqah Rosdi, Mohd. Syafiq Rosdi, Mohd. Syazwan Rosdi, &
Nur Syazwani Rosdi
yang sentiasa menjadi teman berbicara.
Tidak ketinggalan juga buat insan yang teristimewa dalam hidupku,
Mohd. Darwis Chin Bin Abdullah
yang sentiasa memberikan kata-kata semangat pada saya untuk meneruskan
perjuangan dalam mencapai cita-cita murni untuk kesejahteraan masa depan bersama,
Serta rakan-rakan taulan yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dalam bentuk
apa jua sekali pun disaat-saat saya memerlukan.
Segala jasa, doa dan sokongan yang saya terima akan dikenang buat selama-lamanya.
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua di atas segala-galanya. Hanya Allah
S.W.T sahaja yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya, saya berjaya
menyempurnakan penyelidikan Projek Sarjana Muda ini.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada
Puan Marlina Binti Ali,
selaku Penyelia PSM saya di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan
sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ),
Pengetua dan guru-guru serta pelajar-pelajar
di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas (SMKPN), Pontian Johor
yang terlibat dan membantu secara langsung dalam kajian ini.
Penghargaan ini juga untuk rakan-rakan seperjuangan dan orang perseorangan yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga kajian ini selesai.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran
Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar
tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian Johor.
Dalam konteks kajian ini, hanya enam aspek KBKK yang dikaji iaitu mencirikan,
membandingkan dan membezakan, mengumpulkan dan mengelaskan, menjanakan
idea, membuat inferens serta menghubungkaitkan. Seramai 56 orang pelajar yang
terdiri daripada 27 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan dalam julat
umur antara 16 hingga 17 tahun terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan
ialah Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir (UPTPKB) yang
mengandungi 30 item berbentuk objektif aneka pilihan berserta empat pilihan
jawapan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah (α) = .84. Statistik deskriptif
seperti min, sisihan piawai, dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t,
ANOVA satu hala dan korelasi Pearson–r telah digunakan dalam menganalisis data.
Keputusan kajian menunjukkan tahap penguasaan KBKK keseluruhannya berada
pada tahap yang sederhana. Di samping itu, keputusan menunjukkan tahap
penguasaan KBKK merentas jantina dan bangsa masing-masing adalah tidak bererti
pada aras .05. Seterusnya, keputusan kajian menunjukkan terdapat pertalian positif
yang tinggi di antara KBKK dengan pencapaian Sains, manakala terdapat pertalian
positif yang rendah di antara KBKK dengan pencapaian Matematik pelajar semasa
PMR pada aras .01.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the mastery level of Critical and
Creative Thinking Skills (CCTS) among students in form four Physics subject at
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian Johor. This research was
carried out to study six CCTS aspects, which are; to characterizes, to compare and
distinguish, to collect and classify, to generate idea, to make inferences, and to relate.
There are 56 students that consist of 27 male and 29 female, which ages range
between 16 and 17 years old involved in this research. The research instrument were
used in this study is “Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
(UPTPKB)” which contain 30 multiple choices with four options. The reliability
value is alpha (α) = .84. Descriptive statistics, which is mean, standard deviation and
percentage while for inferency statistics which is t-test, one-way ANOVA and
Pearson-r correlation were used in the data analysis procedure. The result of this
research shows that the mastery level in CCTS among students is in moderate level.
This research also shows no significance difference across gender and races at alpha
level .05. Then, the results show that there is a high positive correlation between
CCTS students with Science performances and at a low positive correlation between
CCTS students with Mathematic performances during PMR at alpha level .01.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.2.1 Kurang Penerapan KBKK Di Kalangan
Pelajar 6
1.2.2 Kurang Pendedahan Di Kalangan Guru
Terhadap Penerapan KBKK 7
1.2.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
(P&P) Yang Kurang Berkesan 8
viii
1.2.4 Interaksi Yang Kurang Berkesan Antara
Guru Dengan Pelajar Dan Pelajar Dengan
Pelajar Dalam Proses P&P 9
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kerangka Konsep Kajian 12
1.7 Kepentingan Kajian 14
1.7.1 Kepentingan Kepada Guru 14
1.7.2 Kepentingan Kepada Pelajar 14
1.7.3 Kepentingan Kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) 15
1.7.4 Kepentingan Kepada Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) 15
1.8 Skop Kajian 15
1.9 Takrifan Operasi 16
1.10 Rumusan 21 BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 22
2.2 Konsep Kemahiran Berfikir Kritis dan
Kreatif 22
2.2.1 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir 24
2.2.1.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 24
2.2.1.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 24
2.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif Dari Perspektif
Sejarah:
2.3.1 Zaman Socrates 25
2.3.2 Zaman Moden 27
ix
2.4 Teori-teori Pemikiran Berkaitan Dengan Kemahiran
Berfikir:
2.4.1 Teori Psikoanalisis 28
2.4.2 Teori Neopsikoanalisis 29
2.4.3 Teori Behaviorisme 31
2.4.4 Teori Gestalt 31
2.4.5 Teori Perkaitan 32
2.4.6 Teori Kreativiti Sternberg 32
2.5 Alat-alat Yang Digunakan Untuk Mengukur
Penguasaan KBKK 34
2.6 Program-program Untuk Meningkatkan Penguasaan
KBKK 36
2.7 Kajian Tentang Tahap Penguasaan Kemahiran
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) 38
2.8 Kajian Tentang Tahap Penguasaan KBKK Merentas
Jantina 41
2.9 Kajian Tentang Tahap Penguasaan KBKK Merentas
Bangsa 43
2.10 Rumusan 44
BAB 3 PENGKAEDAHAN KAJIAN
3.1 Pendahuluan 45
3.2 Reka Bentuk Kajian 45
3.3 Subjek Kajian 46
3.4 Alat Kajian 46
3.5 Tatacara Kajian 48
3.6 Kajian Rintis 50
3.6.1 Kebolehpercayaan Alat Kajian 50
3.6.2 Kesahan Alat Kajian 50
3.7 Analisis Data 51
x
3.7.1 Analisis Keseluruhan Tahap Penguasaan
KBKK 52
3.7.2 Analisis Perbandingan Min Merentas
Jantina, Bangsa Dan Pencapaian 53
3.8 Andaian 53
3.9 Batasan kajian 54
3.10 Rumusan 55
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 57
4.2 Analisis Data 57
4.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
Kritis Dan Kreatif (KBKK) 58
4.2.2 Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran
Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)
Merentas Jantina 60
4.2.3 Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran
Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)
Merentas Bangsa 62
4.2.4 Pertalian Di Antara Tahap Penguasaan
Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
(KBKK) Merentas Pencapaian 64
4.3 Rumusan 67
BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 68
5.2 Ringkasan 68
5.3 Kesimpulan Kajian 69
xi
5.4 Perbincangan 70
5.4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
Kritis Dan Kreatif (KBKK) 70
5.4.2 Kemahiran Berfikir Kritis Dan
Kreatif (KBKK) Merentas Jantina 72
5.4.3 Kemahiran Berfikir Kritis Dan
Kreatif (KBKK) Merentas Bangsa 73
5.4.4 Kemahiran Berfikir Kritis Dan
Kreatif (KBKK) Merentas Pencapaian 73
5.5 Cadangan 74
5.5.1 Cadangan Kepada Guru 74
5.5.2 Cadangan Kepada Pelajar 77
5.5.3 Cadangan Kepada Pihak Kementerian 79
5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 79
RUJUKAN 82
LAMPIRAN A – J 86
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Sub Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK) 47
3.3 Kaedah Statistik Berdasarkan Persoalan Kajian 51
3.4 Pembahagian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis
Dan Kreatif (KBKK) 53
4.1 Tahap Penguasaan Keseluruhan Kemahiran Berfikir Kritis
Dan Kreatif (KBKK) Di Kalangan Pelajar Tingkatan
Empat 58
4.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat 59
4.3 Ujian-t Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)
Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina 60
4.4 Ujian-t Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Merentas Jantina 61
4.5 Ujian-t Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Merentas Jantina 61
4.6 ANOVA Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK)
Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas Bangsa 62
4.7 ANOVA Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Merentas Bangsa 63
4.8 ANOVA Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Merentas Bangsa 63
4.9 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
(KBKK) Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas
Pencapaian Sains 64
xiii
4.10 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
(KBKK) Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas
Pencapaian Matematik 64
4.11 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains 65
4.12 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kritis Di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Matematik 65
4.13 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains 66
4.14 Korelasi Pearson-r Kemahiran Berfikir Kreatif Di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Matematik 66
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.0 Kerangka Konsep Kajian 13
2.1 Teori Psikoanalisis 29
2.2 Teori Neopsikoanalisis 30
3.2 Tatacara Kajian 49
xv
SENARAI SINGKATAN
RMK-9 : Rancangan Malaysia Kesembilan
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
FPN : Falsafah Pendidikan Negara
P&P : Pengajaran dan Pembelajaran
KBKK : Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
UPTPKB : Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
JPNJ : Jabatan Pelajaran Negeri Johor
BPPDP : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
PPK : Pusat Perkembangan Kurikulum
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
WGCTA : Watson Glaser Critical Thinking Appraisal
CCTST : California Critical Thinking Skills Test
CCTDI : California Critical Thinking Disposition Inventory
TTCT : Torrance Tests of Creative Thinking
SPSS : Statistical packages for the social Science
ANOVA : Analysis of Variance
PDI : Perkembangan Daya Intelek
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Dari Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) 86
B Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor
(JPNJ) 87
C Surat Akuan Penyelidik 88
D Surat Pengesahan Alat Kajian 89
E Surat Memohon Kepakaran Bagi Menyemak
Soal Selidik 90
F Pengesahan Pakar Bidang 91
G Kertas Jawapan UPTPKB 92
H Soal Selidik UPTPKB 93
I Skema Jawapan UPTPKB 94
J Jadual Saiz Sampel Untuk Kajian 95
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penjanaan modal insan (human capital) yang menjadi teras kedua dalam misi
nasional RMK-9 iaitu “meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara
serta memupuk minda kelas pertama” adalah berhasrat membentuk personaliti
menjulang (towering personality) (Madzlan, 2006). Ia juga selaras dengan hasrat
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya dalam mata
pelajaran Fizik hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan antara
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai-
nilai murni yang dilakukan secara terancang (Abu Hassan, 2003). Bagi mencapai
hasrat itu, kita perlu membentuk warga negara yang mempunyai kemahiran berfikir
secara kritis, kreatif dan berketerampilan terutamanya dari golongan pelajar sekolah
supaya dapat melahirkan generasi yang berprestasi tinggi dan memenuhi hasrat
Wawasan 2020.
“Thinking is a skill and like a skill it can be developed and improved if one
knows how” (Bono, 1976). Berdasarkan pernyataan tersebut, ini menunjukkan
seseorang individu yang mempunyai selok-belok berfikir dengan betul
(knowledgeable thinkers), lazimnya mempunyai peluang yang lebih baik untuk
mengurus kehidupan, meningkatkan pencapaian serta dapat mengharungi perjalanan
hidupnya dengan selesa dan lebih bermakna.
2
Mengapakah seseorang itu perlu berfikir? Untuk menjawab soalan ini, tanpa
disedari kita telah mula terlibat dalam proses berfikir. Semua manusia menjalani
proses berfikir. Namun, jenis dan cara mereka berfikir adalah berbeza-beza antara
seseorang individu dengan individu yang lain. Kemahiran dalam selok-belok berfikir
amat perlu dalam proses berfikir untuk tujuan-tujuan seperti berikut yang dinyatakan
oleh Mohd. Nashuha et al. (1997), iaitu mengelakkan kesilapan berfikir,
meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif, memperkembangkan daya intelek serta
merealisasikan Wawasan 2020.
Kemahiran berfikir mempunyai hubungan yang rapat dengan jenis dan cara
belajar seseorang. Bagaimana seseorang itu belajar dan bertindak banyak ditentukan
oleh cara mereka berfikir. Ini menunjukkan, penguasaan kemahiran berfikir adalah
penting dan sebagai kunci segala kejayaan pelajar pada masa hadapan. Begitu juga
dengan cara seseorang menganggap sesuatu realiti, banyak dipengaruhi oleh cara
berfikirnya. Ianya adalah selaras dengan kenyataan Sang (2004), iaitu pemikiran
merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental
dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha
memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep,
membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam
ingatan.
Selama ini, sistem pendidikan kita hanya menekankan perkembangan otak
kiri, iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan menaakul; bagi
perkembangan otak kanan seperti latihan dalam bidang muzik, mencongak, seni lukis
atau kraftangan adalah jarang sekali diberi perhatian. Untuk mencapai hasrat
Kurikulum Fizik dalam melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan
kreatif, kedua-dua bahagian otak hendaklah dikembangkan secara seimbang dengan
pelbagai aktiviti pembelajaran yang bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (Sang, 2004). Pernyataan tersebut selaras dengan kajian Sperry (1970), di
mana ia menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya adalah
berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif. Selain itu,
dapatan baru hasil kajian saintifik yang dilakukan tentang keajaiban otak manusia
menyimpan pelbagai maklumat, kuasa berfikir dan perkembangan pelbagai
3
kecerdasan turut mempengaruhi pengajaran kemahiran berfikir di sekolah (Abd.
Rahim, 1999).
Oleh yang demikian, KBSM telah menetapkan matlamat dalam proses P&P
yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan
menguasai kemahiran berfikir dalam sesuatu bidang dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran tersebut secara kritis dan kreatif berasaskan sikap
saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan
mengkonsepsikan dalam kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum, PPK
2003). Bagi melaksanakan matlamat ini, sudah tentu ianya menimbulkan masalah
dan cabaran kepada para guru. Guru sudah tentu memerlukan idea-idea baru dalam
bidang ini, khususnya pemahaman dari segi konsep, falsafah, teori, strategi
pelaksanaan, inovasi pengajaran dan pembelajaran, serta teknik mengajar kemahiran
berfikir yang berkesan dan menarik di dalam bilik darjah (Abd. Rahim, 1999).
Pengajaran kemahiran berfikir bukanlah satu perkara baru kepada guru kerana
inilah yang dilakukan oleh para guru sepanjang masa. Bagaimanapun bidang
kemahiran berfikir sudah berkembang secara dinamik hasil daripada kajian dan
perkembangan saintifik yang berlaku dalam pelbagai bidang yang memberi implikasi
meluas kepada pengajaran berfikir di sekolah (Abd. Rahim, 1999).
Ini membuktikan kemahiran berfikir adalah satu perkara yang penting demi
melahirkan warganegara yang mempunyai daya intelek kelas pertama yang selaras
dengan hasrat negara dalam usaha melahirkan tenaga sumber manusia yang berkualiti
sebagai aset negara yang utama. Perkembangan daya intelek individu dalam sesebuah
masyarakat menjamin wujudnya masyarakat berbudaya ilmu.
Demi mencapai hasrat pendidikan negara untuk mempertingkatkan kemahiran
berfikir di kalangan pelajar, Kurikulum Sains memberi penekanan terhadap
pembelajaran berfikrah, di mana pelajar dilibatkan secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui penglibatan aktif pelajar dalam proses
P&P, minda mereka dapat dicungkil seterusnya didorong untuk berfikir agar mereka
dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang dilibatkan dalam proses P&P
merupakan teras kepada pembelajaran berfikrah (Abu Hassan, 2003).
4
Oleh itu, penyelidik berpendapat satu kajian harus dijalankan untuk
mengetahui tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) di
kalangan pelajar khususnya dalam mata pelajaran Fizik sekolah menengah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dinyatakan secara tersurat pada tahun
1987 iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dalam perkembangannya dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara”. Dari pernyataan tersebut amat jelas bahawa antara unsur penting matlamat
pendidikan negara ialah untuk memperkembangkan daya intelek seseorang kepada
taraf minda kelas pertama di samping unsur-unsur yang lain. Perkembangan daya
intelek seluruh masyarakat Malaysia amat penting diberi tumpuan dan ditingkatkan.
Ini kerana negara kita adalah dalam usaha melahirkan tenaga sumber manusia yang
berkualiti serta membentuk personaliti menjulang selaras dengan penjanaan modal
insan.
Namun, senario yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya di mana segelintir
pelajar tidak menggunakan akal fikiran dengan betul dalam membuat keputusan bagi
menjalani kehidupan seharian. Keadaan ini adalah selari dengan kenyataan yang
dibuat oleh Ungku Aziz (1994), iaitu “Slow thinkers and those who think slowly are
two different things. Slow thinkers are actually non-thinkers”. Berdasarkan
pernyataan tersebut, sejarah membuktikan bahawa manusia yang bertindak tanpa
menggunakan akal dan buah fikirannya boleh terjerumus ke dalam darjat
‘kehaiwanan’, bahkan lebih dasyat daripada itu (Mohd Nashuha et al., 1997).
Sekiranya manusia dapat menggerakkan sel-sel otaknya dan mengeluarkan buah
fikiran, maka ia dikira sebagai telah memanfaatkan akal dan otaknya. Kemahiran
5
mengeluarkan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang bakal mangangkat
darjat ‘keinsanan’ manusia.
Oleh itu, untuk menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar, guru
mestilah sentiasa menggunakan teknik menyoal yang betul dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (P&P) Fizik di dalam bilik darjah. Namun, terdapat pelajar-pelajar
yang tidak mampu untuk menjawab soalan dan tidak dapat mengeluarkan idea
semasa guru mengutarakan soalan. Keadaan ini menunjukkan kurangnya tahap
penguasaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Oleh itu, untuk menggalakkan
kemahiran berfikir, menurut Sang (2004), selain daripada menggunakan soalan
bertumpu untuk mengembangkan daya intelek pelajar, guru digalakkan pula
menggunakan soalan bercapah untuk membimbing pelajar berfikir.
Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir
secara kritis, kreatif, analitis dan rasional boleh didapati daripada CoRT Thinking
Programme yang disediakan oleh Bono di mana kemahiran berfikir seseorang pelajar
boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti menggunakan teknik
penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu alternatif, kemungkinan
atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan serta
membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan
orang lain (Sang, 2004).
Kemahiran berfikir dalam proses P&P Fizik bukanlah suatu perkara yang baru.
Kurikulum Sains KBSM digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan
sikap saintifik dan nilai murni. Fokusnya adalah pada pembelajaran Sains yang
berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran (Pusat Perkembangan
Kurikulum, PPK 2003). Oleh itu, guru perlu cekap dan menimba ilmu dari semasa ke
semasa supaya dapat menangani keperluan intelek seseorang pelajar (Esah, 2003).
Kurangnya penguasaan kemahiran berfikir khususnya secara kritis dan kreatif
di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Fizik mungkin disebabkan oleh beberapa
faktor seperti berikut: Kurang penerapan KBKK di kalangan pelajar, kurang
pendedahan di kalangan guru terhadap penerapan KBKK, strategi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang kurang berkesan, serta interaksi yang kurang berkesan
antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar dalam proses P&P.
6
1.2.1 Kurang Penerapan KBKK Di Kalangan Pelajar
Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya
berfikir di kalangan pelajar (Huraian Sukatan Pelajaran Fizik, 2003). Namun, apa
yang berlaku dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah
adalah kurang menekankan kepada aspek-aspek kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif di kalangan pelajar di mana guru kurang menggalakkan pelajar-pelajar dalam
proses berfikir. Kenyataan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Niar (2007), di
mana ia mendapati guru-guru di sekolah menengah masih menggunakan kaedah
tradisional dalam P&P yang menghadkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif di
kalangan pelajar. Menurut Phillips (1997), secara umum perkembangan kemahiran
berfikir kurang ditekankan di sekolah-sekolah. Sesetengah guru mungkin
beranggapan iaitu jika pelajar diberi kebebasan berfikir, mereka akan menyoal atau
mengkritik dan membangkitkan isu yang tidak sepatutnya dibincangkan. Malah
sesetengah guru membuat andaian iaitu pelajar tidak cukup matang untuk melibatkan
diri dalam proses pemikiran atau berfikir dengan mendalam tentang sesuatu topik
atau konsep (Phillips, 1997).
Seterusnya, aspek-aspek KBKK dapat diwujudkan melalui teknik
perbincangan dan penyoalan antara guru dan pelajar di dalam bilik darjah, tetapi
kerapkali hanya segelintir pelajar yang mengambil bahagian dalam perbincangan
kelas (Mohd. Nashuha et al., 1997). Oleh itu, guru harus peka dengan keadaan bilik
darjah di mana penglibatan semua pelajar adalah penting dalam proses P&P.
Semasa perbincangan yang menekankan kepada pemikiran pelajar,
kadangkala pelajar kurang kemahiran dan keyakinan diri untuk menyatakan idea dan
pendapat pada peringkat aras kognitif tinggi menyebabkan jawapan menjadi kabur
dan tidak lengkap (Mohd. Nashuha et al., 1997). Oleh itu, guru harus mengiringi
soalan-soalan yang ditanya dengan bentuk soalan-soalan mencungkil atau saranan
untuk menggalakkan pelajar melengkapkan, memberi alasan, menerangkan dan
mengembangkan jawapan. Penyoalan yang efektif menggalakkan pelajar berfikir
seterusnya melibatkan diri dalam proses P&P.
7
Pelajar-pelajar tidak akan dapat menjadi pemikir yang baik sekiranya mereka
tidak dilatih dengan aktiviti yang menjurus ke arah menghasilkan pemikiran yang
baik seperti kesimpulan yang dibuat adalah lebih boleh dipercayai, keputusan yang
dibuat adalah lebih bijak, perkara-perkara yang dikaji dilihat dengan lebih mendalam
serta ciptaan yang dihasilkan adalah lebih kreatif (Som Nor dan Mohd Dahalan,
2003).
1.2.2 Kurang Pendedahan Di Kalangan Guru Terhadap Penerapan KBKK
Kebolehan seseorang guru adalah penting dalam proses perkembangan
kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Ramai di antara guru tidak begitu yakin
dengan kaedah mengajar kemahiran berfikir kerana kurang diberi pendedahan pada
peringkat latihan perguruan (Phillips, 1997). Dapatan kajian menunjukkan guru-guru
Sains KBSM kurang didedahkan kepada kursus-kursus KBKK (Yin, 2002). Oleh itu,
untuk mencapai ke arah pemikiran kritis dan kreatif, guru harus sedar dan mestilah
mempunyai pengetahuan serta kemahiran mengajar termasuk menghubungkaitkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan
pengajaran bagi pelajar-pelajar yang pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri
keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan KBKK dalam
proses P&P (Sang, 2004).
Berdasarkan pernyataan di atas, ini menunjukkan guru di sekolah adalah
berperanan memberikan pendidikan formal dalam sistem pendidikan kita. Dengan itu
mereka perlulah mempunyai kemahiran untuk membimbing pelajar-pelajar
menguasai KBKK selaras dengan hasrat KBSM. Mereka seharusnya melengkapkan
diri dengan pengetahuan dan kemahiran berhubung dengan KBKK (Som Nor dan
Mohd Dahalan, 2003).
Hasil kajian menunjukkan guru-guru ada melaksanakan penerapan kemahiran
berfikir dalam bilik darjah tetapi pada tahap sederhana (Sian, 2000). Ini menunjukkan
penguasaan KBKK di kalangan guru masih lagi berada pada tahap yang tidak
memuaskan.
8
1.2.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Yang Kurang Berkesan
Pendidikan Sains secara amnya dan Fizik secara khususnya di Malaysia
mengutamakan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Maka, proses P&P
hendaklah melibatkan pelajar secara aktif dalam memperolehi pengetahuan,
kemahiran saintifik serta nilai murni.
Namun, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih lagi
mengamalkan sistem berpusatkan guru, di mana guru yang memainkan peranan
dalam bilik darjah sepenuhnya. Pelajar-pelajar hanya menerima sahaja input yang
diberikan oleh guru tanpa membina pengetahuan sendiri. Perkara ini adalah
bercanggah dengan pendapat Lilia et al. (2002), di mana strategi pengajaran yang
mengambil kira pengetahuan pelajar adalah sangat penting dalam pendidikan.
Secara amnya, walaupun pelajar digalakkan membina sendiri pengetahuan
mereka, guru masih memainkan peranan penting dalam proses P&P. Malah peranan
guru bertambah jika dibandingkan dengan peranan guru apabila ia berkuliah sahaja.
Peranan guru yang dimaksudkan ialah sebagai pendorong, pendiagnostik, pemandu
dan pembaharu (innovator) kepada pelajar-pelajar.
Aktiviti P&P Fizik yang berpusatkan pelajar tidak semestinya terikat dengan
kerja-kerja amali (Lilia et al., 2002). Pembentukan konsep itu seperti menerusi
aktiviti perbincangan, pembacaan, penganalisaan data dan pembinaan model.
Aktiviti-aktiviti tersebut mestilah berupaya membantu pelajar menjadi aktif secara
mental antaranya melibatkan pelajar dalam memproses maklumat dan membuat
refleksi keatasnya.
Sehubungan ini, menurut (Sang, 2004) iaitu dalam proses pengajaran, guru
wajib menimbulkan minat pembelajaran pelajar, membimbing mereka dengan cara
belajar yang berkesan, menjelaskan keraguan, membantu mereka menyelesaikan
masalah, membekalkan bahan pelajaran, meningkatkan penguasaan kemahiran
berfikir mereka, membentuk sikap pembelajaran yang betul, memupuk idealisme
yang luhur dan nilai murni yang tinggi. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya
di mana terdapat sesetengah guru yang berpendapat iaitu pelajar hendaklah terlebih
dahulu menguasai semua isi kandungan sesuatu mata pelajaran sebelum mereka
9
dapat berfikir (Phillips, 1997). Seterusnya, penghafalan fakta-fakta lebih diutamakan
dengan menekankan pengulangan dan latih tubi. Aktiviti pemikiran dianggap sebagai
lanjutan daripada pembelajaran dan hanya dapat dilakukan setelah sukatan pelajaran
telah selesai.
Dalam proses P&P, guru hendaklah sentiasa menggalakkan pelajar membina
pengetahuan dan menjana idea mereka dengan sendiri. Di dalam strategi
penstrukturan idea, tugas guru ialah untuk merancang aktiviti pengajaran supaya
aktiviti-aktiviti tersebut dapat membimbing pelajar mengubah pengetahuan sedia ada
mereka supaya menuju kepada konsep Fizik yang sebenarnya (Lilia et al., 2002).
1.2.4 Interaksi Yang Kurang Berkesan Antara Guru Dengan Pelajar Dan
Pelajar Dengan Pelajar Dalam Proses P&P
Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk seseorang pelajar yang
sanggup berfikir secara kritis dan mempunyai daya kreatif. Oleh itu, untuk
melahirkan pelajar yang sedemikian faktor interaksi antara guru dan pelajar sangat
dititik beratkan dalam usaha menggalakkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif dalam
proses P&P. Walaupun kemahiran ini dianggap penting, malah tidak ramai guru yang
memberi perhatian kepada perkembangan pemikiran dalam bilik darjah (Phillips,
1997). Oleh sebab itu, interaksi yang baik antara guru dan pelajar dalam
menggalakkan KBKK dalam bilik darjah tidak berlaku.
Pendekatan dengan mengemukakan satu soalan kepada sekumpulan pelajar dan
memastikan penyertaan semasa perbincangan digalakkan, agar wujud interaksi antara
pelajar. Salah satu cara ialah mengimbangi penyertaan guru dan pelajar (Mohd.
Nashuha et al., 1997). Kebanyakan interaksi adalah bercirikan guru dengan pelajar,
sedangkan interaksi pelajar dengan pelajar akan dapat melahirkan buah fikiran yang
lebih bernas, berpandangan jauh dan penilaian yang sesuai dengan teknik
perbincangan. Interaksi ini iaitu antara pelajar dengan pelajar akan melibatkan lebih
ramai pelajar supaya berinteraksi jika digalakkan oleh guru.
10
Ekoran daripada dapatan kajian, masalah yang dihadapi semasa penerapan
kemahiran berfikir dalam P&P ialah disebabkan oleh bilangan pelajar yang terlalu
ramai, peruntukan masa yang tidak mencukupi serta pelajar yang tidak berminat
dalam mata pelajaran Sains khususnya Fizik yang melibatkan teori (Sian, 2000). Ini
menunjukkan proses berfikir di kalangan pelajar tidak boleh berlaku dengan baik jika
terlampau ramai bilangan pelajar dalam sesebuah kelas dan secara tidak langsung
menyebabkan proses interaksi antara guru dengan pelajar tidak berlaku dengan baik.
Ini adalah kerana peruntukan masa yang tertentu untuk setiap sesi pengajaran adalah
telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah, jika dengan masa pengajaran yang
singkat dan dengan jumlah pelajar yang ramai sekali gus menyebabkan proses
interaksi di kalangan pelajar dalam mewujudkan kemahiran berfikir adalah tidak
berlaku. Begitu juga dengan hal pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran
Fizik lebih cenderung untuk membuat hal sendiri daripada mengambil bahagian
untuk berinteraksi dalam kelas semasa proses P&P berlangsung. Dengan ini
menunjukkan bahawa interaksi yang kurang berkesan tidak mungkin boleh
mewujudkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif di kalangan pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan huraian permasalahan yang dibincangkan di bahagian latar
belakang masalah, dengan itu penyelidik ingin meninjau sejauh mana tahap
penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) di kalangan pelajar
tingkatan empat dalam mata pelajaran Fizik.
11
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, kajian ini dijalankan
adalah bertujuan untuk:
1.4.1 Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat.
1.4.2 Menentukan tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat
merentas jantina, bangsa dan pencapaian.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, persoalan kajian yang timbul
berkaitan tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.5.1 Apakah tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat?
1.5.2 Adakah terdapat perbezaan yang bererti di antara tahap penguasaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran
Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat merentas jantina?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang bererti di antara tahap penguasaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran
Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat merentas bangsa?
12
1.5.4 Adakah terdapat pertalian yang bererti di antara tahap penguasaan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran Fizik di
kalangan pelajar tingkatan empat dengan pencapaian Sains dan Matematik
dalam PMR?