-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
1/21
SEMINARPEMIKIRANUSTAZ
FADZILNOORTAHALUFSIYASI:IJTIHADSEMASA,TEORIDANAPLIKASI
OLEH:KHALIDABD SAMAD
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
2/21
ISI KANDUNGAN
I . MUQADDIMAH........................................................................................................................................................... 3II. IJTIHAD TAHALUF SIYASI: TEORI........................................................................................................ 4
Keperluan kepada Ijtihad............................................................................................................................................. 4Kewajipan Berijtihad Untuk Mencari Kemenangan ....................................................................................... 6Ijtihad Mengambil Kira Keluasan Syara Dan Waqi...................................................................................... 7Kerajaan Kongsi Kuasa ................................................................................................................................................. 8
III . IJTIHAD TAHALUF SIYASI: APLIKASI................................................................................................ 9Pencapaian Dan Aplikasi Peringkat Awal........................................................................................................... 9Pencapaian dan Aplikasi Peringkat Kedua ....................................................................................................... 10Kajian Ringkas Akan Pencapaian PAS Melalui Pakatan Rakyat............................................................ 12Risiko Yang Telah Diperhitungkan........................................................................................................................ 14
Kerusi Melayu di Parlimen dan DUN ................................................................................................................... 14Konsep Pemerintahan Melalui Kata Sepakat atau Government By Consensus ............................... 14Dasar Utama Yang Telah Diterima Semua ......................................................................................................... 15Perlindungan Dengan Adanya Sistem Pilihanraya ......................................................................................... 15
Memahami Matlamat Perjuangan PAS Dan Kaedah Mencapainya...................................................... 18IV. KESIMPULAN ...................................................................................................................................................... 20
2 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
3/21
I. MUQADDIMAHSegala puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam. Salawat dan Salaam ke atas
pemimpin orang bertaqwa, ketua pejuang agama Islam, Saidina Muhammad Nabi yang
benar dan ke atas keluarga dan para sahabat Baginda dan semua yang mengikut jejak
langkah serta contoh panduan mereka sehingga ke hari qiyamat.
Sesungguhnya saya bukanlah orang yang paling layak untuk mengupas tajuk yang sebegitu
besar seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Namun oleh kerana saya merasakan
bahawa Almarhum telah banyak menyentuh dan mencorakkan kefahaman dan pemikiran
saya, adalah wajar untuk saya berusaha untuk berkongsi kefahaman saya, walaupun agak
terhad dan tebantut, terhadap wawasan yang telah beliau usahakan untuk PAS dan
pimpinannya.
Saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf ke atas segala kekurangan dalam
penyampaian saya serta isinya dan saya berdoa semoga apa yang disampaikan tidak terlari
dari wawasan Almarhum; walaupun ia tidak mungkin memenuhinya seratus peratus.
Semoga sekurang-kurangnya menepati wawasan umum yang telah Almarhum usahakan,
insyaAllah.
3 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
4/21
II. IJTIHAD TAHALUFSIYASI: TEORIKEPERLUAN KEPADA IJTIHAD
Berpandukan petikan dari beberapa ucapan dasar yang disampaikan oleh Al-Marhum
Ustaz Fadhil Noor, adalah amat jelas bahawa Al-Marhum berkeyakinan institusi Ijtihad
amat perlu dimanfaatkan untuk menangani keadaan politik di Negara Malaysia demi
memungkinkan PAS mencapai matlamatnya. Desakan yang sering diutarakan oleh
Almarhum supaya PAS bersikap usuliy atau tegas dari sudut prinsip, muassirah atau
kotemporari dari sudut perlaksanaan dan istiqbali dari sudut persiapan cabaran masa
depan adalah untuk menggesa pimpinan parti, khususnya golongan ulama, untuk
memanfaatkan keluasan syara untuk membimbing jamaah supaya dapat memenuhi
tuntutan perjuangan. Keinginan Almarhum untuk golongan ulama khususnya memahami
dan memenuhi keperluan ini diulangi Almarhum di dalam beberapa ucapan dasarnya
seperti yang berikut:
Dalam suasana inilah, maka PAS lebih memerlukan bimbingan dan penekunan ilmu dan
kebijaksanaan untuk terus meneroka liku-liku perjuangan yang terkehadapan. Saya sedar akan
tuntutan supaya PAS teguh dari segi prinsip, tetapi kontemporari dari sudut perlaksanaan dan
futuristik dari sudut tuntutan Fiqhul Syara. Maka kita akan dapat membezakan di antara perkara
yang tetap (at-thawabit) dari perkara yang boleh saja berubah (al-mutaghayyirat). Sekaligus prinsip
akan dapat diberikan konteksnya yang sebenar. Ini memberi kita ruang yang agak luas dan selesa
untuk menstrategikan perancangan masa depan yang semakin penuh dengan realiti dan tuntutan
baru. Malah sehubungan itu, kepimpinan tidak akan teragak-agak untuk menegaskan kepercayaan
dan keyakinan terhadap sesuatu kepentingan jamaah dan parti akan metodoloji dan uslub yang
diperlukan oleh parti dalam sesuatu tahap perjuangan.
(UCAPAN DASAR PASPEMIMPINPERPADUAN,2000)
4 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
5/21
Adapun dari sudut perkara-perkara yang boleh berubah mengikut peredaran zaman dan tamaddun,
maka ulama harus menunjukkan bimbingan yang bijak atas perkara-perkara yang berubah ini (al-
mutaghayyirat). Kita tidak perlu terlalu syadid (keras) tetapi sempit dalam perkara yang tidak
menuntut sikap sedemikian khasnya dalam suasana Negara yang bermasyarakat majmuk dan dalam
perhubungan praktik di antara amalan budaya dan agama.
Justru ummat dan rakyat akan menyaksikan kehebatan dan kepemimpinan ulama secara praktik
(amali) dan juga secara teori (nazari). Dalam urusan perkara ini juga saya suka untuk mengingatkan
pesanan dari Al-Marhum Said Hawa bahawa sesebuah gerakan Islam harus mengimbangi
penggunaan hukum azeemah (prinsip asal) dan juga hukum rukhshah (pengecualian) agar dapat
diimbangi setiap maslahah (kebaikan) dan mafsadah (keburukan) sesuatu ketentuan, polisi atau
maufiqnya itu, kepada yang paling wajar dan bijak untuk perjuangan Islam dan kemaslahatan
ummat dan Negara.
(UCAPAN DASAR MENYANGGAHSERANGANMENJANAKEMENANGAN,2001)
5 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
6/21
KEWAJIPANBERIJTIHAD UNTUKMENCARIKEMENANGAN
Dalam soal mencari kemenangan dalam pilihan raya, Almarhum berpandangan bahawa
sebagai sebuah wadah politik, ianya merupakan kewajipan kita untuk mengusahakannya,
lebih-lebih lagi apabila ianya merupakan kehendak rakyat. Maka mencari penyelesaianterhadap keinginan rakyat untuk melepaskan diri mereka dari pemerintahan yang tidak
adil adalah satu kewajipan. Dalam erti kata lain, sekiranya kita tidak mengusahakannya
maka kita akan gagal dalam memenuhi tanggung jawab kita terhadap desakan dan
keperluan rakyat serta perjuangan Islam. Ini jelas dari petikan ucapan dasar Almarhum
seperti berikut:
Suasana politik dan gelombang kemarahan rakyat terhadap BN menyaksikan suara rakyat bergema
di segenap penjuru dan rantau Negara ini. Tidak ada yang diucapkan melainkan seruan menjatuhkanpemerintahan yang telah mengkhianati rakyat teramai. Sebagai wadah politik, adalah menjadi
tanggung jawab kita menjaringkan seruan dan desakan yang membuak-buak ini.PAS merasakan
bahawa parti pembangkang yang berbeda ideologi ini harus bersepakat atas nama keadilan untuk
melancarkan gerakan perubahan tersebut.
(UCAPAN DASAR BERSAMAMENEGAKKANKEADILAN TAHUN 1999)
6 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
7/21
IJTIHAD MENGAMBIL KIRA KELUASANSYARADANWAQI
Keunikan demografi Negara Malaysia yang menjadikannya tidak begitu wajar untuk
mengharapkan PAS memenangi kerajaan Pusat secara bersendirian, maka kerjasama
politik atau Tahaluf Siyasi di antara PAS dan parti pembangkang lain, serta sokongan dariNGO-NGO dan orang ramai, muslim dan bukan muslim, dirumuskan sebagai satu-satunya
cara untuk menjatuhkan BN di peringkat Negeri dan Pusat. Kerjasama ini mesti
berpaksikan tuntutan untuk menegakkan keadilan, sepertimana yang boleh dipersetujui
bersama oleh semua yang terlibat dalam kerjasama ini; sehingga melalui kerjasama ini
masyarakat dan Negara akan dibebaskan dari kongkongan yang dikenakan ke atas mereka
oleh UMNO/BN.
Senario politik Malaysia beserta dengan demografinya yang unik memerlukan PAS memunggah
segala khazanah ilmu syara untuk diberi jalan yang seluas-luasnya bagi menerokai suatu model
pelaksanaan Islam yang sentiasa berpegang kepada prinsip, disamping cukup peka dan sensitif
terhadap perubahan dan peredaran zaman. Berpandukan kedudukan kaum Melayu-Islam dan juga
demografi yang lebih mendetail dari segi pecahan kaum di setiap negeri di Semenanjung dan
Malaysia Timur, maka adalah tidak wajar untuk mengharapkan PAS dengan cara bersendirian untuk
memenangi pilihanraya di peringkat Persekutuan, bahkan di beberapa negeri di pantai barat...di
sinilah akan teruji kematangan dan kebijaksanaan kepemimpinan jemaah.
Kepimpinan perlu memecahkan isu ini dengan sifat yang telus, terbuka dan berani mengambil risiko
yang diperhitungkan (calculated risk) dengan berbekalkan ulum syara dan bacaan politik semasa.
Dalam suasana cabaran inilah akan teruji dakwaan pembudayaan politik berasaskan ilmu
pengetahuan dan maklumat atau dalam kata lainnya K-politics..
(UCAPAN DASAR PASPEMIMPINPERPADUAN,2000)
7 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
8/21
KERAJAANKONGSIKUASA
Maka ijtihad untuk diadakan kerjasama ini adalah berpandukan keharusan yang ditetapkan
oleh syara dan kefahaman terhadap waqi politik Negara Malaysia. Namun kerjasama ini
tidak boleh terhad hanya kepada menghadapi BN semasa pilihan raya tetapi lebih dari itu,ia semestinya akan merupakan kerjasama pembentukan kerajaan kongsi kuasa
sepertimana yang diamalkan oleh BN sekiranya mencapai kemenangan! Hanya dengan
diwujudkan satu kerjasama mantap di mana kita mampu memerintah sebagai satu
gabungan atau pakatan, akan rakyat melihat PAS sebagai sebahagian dari
gabungan/pakatan yang bakal menggantikan BN.
Zaman PAS berusaha menjadi sekadar pembangkang yang kuat sudah berakhir. Sekarang
telah tiba waktu bagi PAS memikirkan dirinya sebagai sebahagian dari Pakatan yang akan
membentuk kerajaan baru di peringkat Negeri dan Persekutuan!
Inilah di antara apa yang dimaksudkan Almarhum apabila disebut berani mengambil
risiko yang diperhitungkan (calculated risk).. Ianya dianggap sebagai risiko yang
diperhitungkan kerana selama ini PAS tidak pernah terlibat dalam sebuah kerajaan
gabungan yang berkongsi kuasa dengan pihak lain selain dengan UMNO/BN (7477). Maka
kerajaan gabungan kongsi kuasa yang bakal dibentuk sekiranya ijtihad Tahaluf Siyasi
mencapai hasilnya, iaitu kemenangan, samada di negeri Pantai Barat atau Persekutuan,
akan merupakan pengalaman dan eksperimen baru bagi PAS yang pasti berisiko!
Namun risiko tersebut telah diperhitungkan dan dibekalkan dengan ulum syara dan
bacaan politik semasa yang tajam, ianya pasti mampu ditangani dengan membawa
keuntungan kepada perjuangan Islam.
8 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
9/21
III. IJTIHAD TAHALUFSIYASI: APLIKASIPENCAPAIANDANAPLIKASIPERINGKATAWAL
Kaedah berkerjasama ini telah berjaya memenangkan kembali Kelantan pada tahun 1990
apabila PAS telah bersama dengan S46 melalui gabungan Angkatan Perpaduan Ummah.
Pada tahun 1999 pula, melalui kerjasama Barisan Alternatif, maka Terengganu pula telah
dapat dimenangi sambil dikekalkan Kelantan bawah PAS. Walaupun kemenangan di
Kelantan dan Terengganu cukup menyakitkan UMNO/BN, namun ianya hanya mampu
menzahirkan kemampuan PAS memerintah dan bukan gabungan parti yang berbilang
bangsa dan fahaman seperti yang diinginkan supaya dapat mencabar kedudukan
UMNO/BN di peringkat Negeri-negeri Pantai Barat dan juga Persekutuan.
Pada 2004 pula, PAS telah mengalami kemerosotan sokongan terhadap Barisan Alternatif,
oleh kerana faktor turunnya Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, namun pada 2008 PAS
telah mengalami kemenangan yang jauh lebih besar dari yang diduga.
Kemenangan 2008 telah menghasilkan kerajaan campuran dan kongsi kuasa PR di
Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Di empat buah Negeri ini kerajaan tidak dapat
dibentuk oleh mana-mana satu parti politik secara bersendirian dan oleh itu sebuah
kerajaan gabungan telah ditubuh.
Malangnya Almarhum sudah tidak bersama kita untuk menyaksikan pencapaian lonjakan
baru hasil dari perlaksanaan ijtihad Tahaluf Siyasi yang diperjuangkan beliau. Lonjakan
baru ini, yang membawa dengannya risiko yang sudah diperhitungkan terpaksa dihadapi
dan diharungi oleh kita semua tanpa kehadiran Almarhum.
9 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
10/21
PENCAPAIAN DANAPLIKASIPERINGKATKEDUA
Pencapaian peringkat kedua ini menyaksikan PAS terlibat dengan kerajaan campuran
kongsi kuasa yang ganjil dan pelik bagi PAS. Dan mungkin juga ianya tidak pernah diduga
sebahagian pimpinannya. PAS berkongsi kuasa bersama DAP dan PKR di Selangor, Perakdan Pulau Pinang dalam suasana tidak dominan kerana tidak memiliki kerusi terbanyak
dalam gabungan di Negeri tersebut. Di Kedah, walaupun mempunyai jumlah kerusi
terbanyak dan dominan, namun jumlah kerusi yang diperolehinya tidak memungkinkan
PAS memerintah secara bersendirian seperti di Kelantan atau seperti di Terengganu pada
tahun 1999.
Keganjilan suasana dan keadaan ini telah menyebabkan ada di kalangan pimpinan tertentu,
seperti Dato Dr. Hassan Ali, untuk cenderung menerima tawaran dari UMNO/BN supaya
PAS mengamalkan Tahaluf Siyasi dengan mereka dan meninggalkan DAP dan PKR. Bagi
pimpinan seperti Dato Dr. Hassan Ali, berkerjasama dengan PKR dan DAP semasa
pilihanraya sudah merupakan perkara biasa. Tetapi tidak sekali-kali pernah terlintas di
pemikiran mereka bahawa PAS akan berkongsi kuasa dengan PKR, apatah lagi DAP dan
dalam keadaan kerusi PAS adalah yang paling kurang! Sayugia diingatkan bahawa pada
2008 PAS hanya mempunyai 8 kerusi sambil DAP mempunyai 13 dan PKR 15.
Sudah pasti keadaan dan suasana yang sama mungkin dihadapi PAS sekiranya PR
memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan di peringkat
Persekutuan! Hakikat bahawa PR telah mencatat sejarah politik dengan:
i) berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen buat kali pertama dalam sejarahpada 2008, dan
ii) berjaya menafikan BN majoriti undi popular buat kali pertama dalam sejarah pada2013
Maka ini adalah bukti potensi yang ada pada PR untuk maju sehingga memenangi
Putrajaya!
10 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
11/21
Memandangkan Tahaluf Siyasi PAS bersama PKR dan DAP melalui PR memungkinkan
keadaan kongsi-kuasa tanpa PAS dominan, samada di peringkat Negeri atau Persekutuan,
amatlah perlu untuk semua, khususnya pimpinan PAS, meyakini bahawa risiko yang sudah
diperhitungkan sememangnya telah benar-benar diperhitungkan dengan tepat dan teliti.
Kita perlu yakin bahawa dalam keadaan tidak dominan sekalipun, PAS, dan dengan itu
perjuangan Islam, tetap akan mendapat manafaat dan keuntungan.
11 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
12/21
KAJIANRINGKASAKANPENCAPAIANPASMELALUIPAKATANRAKYAT
Alhamdulillah, PAS telah istiqamah dengan usahanya untuk membentuk satu gabungan
parti politik baru yang mampu menggantikan UMNO/BN dan menolak pelbagai tawaran
untuk bersama dengan UMNO/BN. Dalam pada itu, selepas 11 bulan Perak telah disabotajdan eksperimen kerajaan campuran kongsi-kuasa diteruskan di Kedah, Selangor dan
Pulau Pinang.
Akhirnya, pada 2013 Kedah diambil balik UMNO/BN sambil kedudukan PAS semakin
mantap di Selangor! Secara umumnya sokongan terhadap PAS bertambah di Terengganu,
Perak, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri lain sepertimana juga sokongan terhadap Pakatan
Rakyat.
Pencapaian berbeza di Kedah dan Selangor mungkin menghairankan bagi sesetengah
pihak. Namun secara ringkas saya simpulkan bahawa kekalahan di Kedah bukan di atas
sebab Tahaluf Siyasi PAS bersama PR di Kedah tetapi kemenangan PAS di Selangor
dimungkinkan atas sebab adanya Tahaluf Siyasi PAS bersama PR!
Keputusan ini agak menarik tetapi saya tidak sempat untuk menghuraikannya secara
panjang lebar di sini. Yang penting ialah hakikat bahawa keadaan dominan PAS di Kedah
telah tidak mendatangkan keuntungan bagi PAS sedangkan keadaan lemah PAS di
Selangor tidak menghalang keuntungan bagi PAS.
Dalam erti kata lainnya, melalui Tahaluf Siyasi sepertimana ianya diamalkan oleh PR,
dominan atau tidak dominan bukan merupakan faktor utama dalam menentukan
kemanfaatan bagi perjuangan PAS. Walaupun dalam keadaan tidak dominan pada
awalnya, PAS boleh memanfaatkan kedudukannya dalam PR untuk mengukuhkan
kedudukannya dan menambah sokongannya. Selangor adalah bukti akan kebenaran
kenyataan tersebut. Dan sekiranya dalam keadaan tidak dominan sekalipun ianya boleh
dimanfaatkan untuk mengukuhkan PAS, sudah pasti lebih lagi sekiranya dominan!
12 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
13/21
Namun, pencapaian yang sama tidak berlaku di Kedah. Maka saya simpulkan bahawa
kegagalan untuk memanfaatkan Tahaluf Siyasi di Kedah bukan atas sebab Tahaluf Siyasi itu
sendiri tetapi faktor lain yang perlu dikenal pasti oleh PAS Kedah.
13 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
14/21
RISIKO YANGTELAHDIPERHITUNGKAN
Untuk memahami dan meyakini bahawa risiko terhadap perjuangan Islam dan kedudukan
Melayu sebenarnya adalah teramat minima, walaupun dalam keadaan PAS tidak dominan
dalam PR dari sudut jumlah kerusi yang ada pada PAS, adalah perlu difahami Tahaluf Siyasiyang telah diasaskan bersama melalui PR dan waqi politik Malaysia.
KERUSIMELAYU DIPARLIMEN DANDUN
Dari sudut waqi politik Malaysia, kerusi Melayu di Parlimen adalah lebih dari 120 kerusi
dari 222 kerusi. Oleh itu, apa jua dasar yang ingin diluluskan oleh mana-mana parti,
sekiranya ada, yang menjejaskan kepentingan Islam dan Melayu, tidak mungkin diluluskan
oleh kerana pada ketika itu, semua ahli Parlimen Islam dan Melayu akan menolaknya.
Dalam soal ini PAS telah menyatakan dengan tegas berkali-kali bahawa PAS tidak akan
menyokong dasar-dasar sedemikian walaupun ianya dikemukakan oleh parti rakan di
dalam PR.
Prinsip ini akan terlaksana di peringkat Persekutuan dan kebanyakan negeri dan oleh itu
kedudukan Islam dan Melayu sudah terjamin di peringkat Negeri dan juga Persekutuan.
KONSEPPEMERINTAHANMELALUIKATA SEPAKAT ATAUGOVERNMENTBYCONSENSUS
Kedua, dan lebih penting, ialah dasar kata sepakat atau consensus yang diamalkan oleh
PR. Ini bermakna apa jua dasar yang ingin dilaksanakan mesti dipersetujui oleh setiap parti
komponen tanpa mengambil kira jumlah kerusi yang ada pada parti berkenaan. Ini
bermakna dasar ditentukan bukan mengikut cara suara majoriti mengikut jumlah kerusi
tetapi atas dasar kata sepakat.
Dalam erti kata lain, sekiranya ada salah satu parti yang tidak bersetuju maka dengan
sendirinya dasar itu akan ditolak. Parti yang inginkannya boleh terus berusaha
mendapatkan sokongan dari masyarakat dan parti komponen yang menolak cadangan
tersebut, tetapi selagi mana terdapat bantahan, maka ianya tidak akan dilaksana.
14 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
15/21
DASAR UTAMA YANG TELAHDITERIMA SEMUA
Satu lagi aspek yang tidak boleh diperkecilkan adalah common policy framework atau
rangka dasar bersama yang telah dipersetujui bersama sebagai asas umum untuk diguna-
pakai oleh PR dalam pentadbirannya. Ini meliputi 4 perkara utama yang termaktub didalam perlembagaan Malaysia yang akan terus dipertahankan oleh PR. Ia meliputi
persoalan kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Kebangsaan dan kedudukan
istimewa Melayu.
PERLINDUNGANDENGANADANYA SISTEMPILIHANRAYA
Kemenangan yang dicapai oleh mana-mana parti politik atau gabungan parti politik melalui
sistem pilihanraya adalah kemenangan yang bersifat bertempoh. Ianya untuk tempoh
tertentu dan oleh itu tidak seperti pembentukan kerajaan zaman dahulu kala. Pada zaman
dahulu, setelah terbentuknya sesebuah kerajaan, maka ianya akan terus berkuasa sehingga
digulingkan melalui angkatan senjata atau revolusi. Oleh itu usaha pembentukan kerajaan
baru pada zaman itu boleh dilakukan hanya dengan keyakinan yang teramat sangat
bahawa ianya adalah lebih baik dari kerajaan yang sediada.
Dalam sistem berpilihanraya, apabila tempohnya sudah tiba, maka kuasa diserahkan
kembali kepada rakyat untuk memilih dan melantik kembali sebuah kerajaan untuktempoh baru. Penyerahan kuasa dilakukan dengan aman dan licin dan boleh berlaku lebih
awal dari tempoh maksima yang ditetapkan sekiranya kerajaan yang memerintah
kehilangan keyakinan dewan.
Berdasarkan kenyataan ini, maka risiko adalah sekali lagi diminimakan atas dua sebab
utama.
Pertama, mana-mana kerajaan yang dilantik semestinya ingin terus berkuasa denganmemenangi pilihanraya yang akan datang. Oleh itu, apa-apa dasar yang menindas ummat
Islam dan orang Melayu, di Malaysia, adalah amat tidak wajar memandangkan ummat
Islam adalah rakyat majoriti di Malaysia. Maka sekiranya ianya dilakukan, ianya sudah
15 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
16/21
pasti akan menyebabkan parti-parti tersebut kehilangan sokongan pada pilihanraya
seterusnya.
Sistem berpilihanraya membenarkan pilihanraya diadakan pada bila-bila masa sekiranya
kerajaan yang memerintah tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen di dewan
rakyat. Oleh itu apa-apa perbalahan di antara parti komponen Pakatan akan diselesaikan
dengan cepat dan sebaik mungkin untuk mengelak berlakunya perpecahan yang akan
merugikan semua. Oleh itu adalah amat tidak munasabah bagi mana-mana pihak untuk
mencadangkan, apatah lagi melaksanakan, sebarang dasar yang akan merugikan ummat
Islam atau orang Melayu. Sudah pasti pada ketika itu PAS dan wakil rakyat beragama Islam
parti lain akan keluar dari Pakatan Rakyat dan dengan itu kerajaan terpaksa memanggil
pilihanraya baru atau satu gabungan baru parti politik, melalui Ahli Parlimen, akanmengambil alih kuasa.
Kedua, sistem berpilihan raya ini membenarkan perubahan kedudukan dan jumlah kerusi
untuk berubah setiap kali berpilihan raya. Keadaan tidak dominan pada peringkat awal
boleh sahaja berubah menjadi dominan selepas pilihan raya seterusnya. Maknanya
formula kongsi kuasa itu tidak kekal di tahap sama seperti asal tetapi boleh berubah
mengikut strategi dan usaha yang dilakukan oleh semua pihak. Oleh itu bermula dengan
keadaan lemah tidak bererti akan terus lemah buat selama-lamanya.
Maka dengan dikemukakan 4 jaringan keselamatan yang memungkinkan PAS bertindak
berani, sekiranya perlu, usaha membebaskan rakyat dan Negara dari kongkongan
UMNO/BN boleh diberikan keutamaan.
Memandangkan jaringan keselamatan yang sebegini rupa yang telahpun disediakan dari
awal lagi, maka amatlah sukar untuk kita mengandaikan satu keadaan di mana Islam dan
kedudukan orang Melayu akan terancam sekiranya PR memerintah walaupun PAS
mempunyai jumlah kerusi yang terkecil di kalangan parti-parti komponen PR. Inilah yang
dimaksudkan Almarhum dengan istilah risiko yang telah diperhitungkan bagi pandangan
saya.
16 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
17/21
Dan sekiranya ada usaha untuk mengkhianati perjanjian itu, pilihan terakhir yang ada pada
PAS adalah untuk keluar dari Pakatan ini di atas sebab berlakunya pelanggaran syarat dan
perjanjian. Namun itu akan difikirkan pada ketika ianya berlaku dan bukan sebelumnya.
17 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
18/21
MEMAHAMIMATLAMATPERJUANGANPASDANKAEDAHMENCAPAINYA
Akhirnya perlulah juga dijelaskan bahawa matlamat PAS adalah untuk menyampaikan
risalahnya kepada semua, muslim dan bukan muslim dan pada masa yang sama, membina
kekuatan keimanan, ilmu dan akhlak golongan muslim supaya dapat menjadi saksi akankebenaran Islam. Melalui ini akan tercapai matlamat sepertimana yang disebut dalam
perlembagaan PAS ia itu perkara 5 (i):
memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang
terlaksana dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
Adalah merupakan lojik bahawa sebelum wujudnya pemerintahan yang terlaksana
dalamnya nilai-nilai hidup Islam, perlu terlebih dahulu diwujudkan masyarakat yang
sedemikian rupa. Mungkin inilah di antara hikmah perlu berlakunya baiah Al-Aqabah
kedua sebelum Rasulullah (SAW) berhijrah ke Madinah.
Kalau dilihat pada Seerah Rasulullah (SAW), di antara dua baiah Al-Aqabah itu, Musab Ibn
Umair telah diutuskan Rasulullah untuk ikut pulang bersama orang Madinah (Yathrib).
Pada masa itu Madinah belum lagi Negara Islam dan pemerintahannya bukan lagi
kerajaan Islam, tetapi Musab diberikan ruang yang seluasnya untuk menyampaikan risalah
Islam kepada penduduk Madinah. Sehingga diriwayatkan tiada walaupun satu rumah yang
tidak didatangi Musab untuk tujuan tersebut. Hasil dari usaha-usaha Musab itu, maka
selepas setahun, lebih ramai penduduk Madinah telah bersama dalam Baiah Al-Aqabah
kedua. Selepas Baiah Al-Aqabah kedua ini maka barulah berlakunya hijrah kerana
Rasulullah (SAW) melihat telahpun terbentuk masyarakat yang bersedia untuk
membenarkan Islam mencorakkan hidup mereka.
18 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
19/21
Pemahaman berperingkat-peringkat dalam soal perjuangan Islam ini selari dengan maksud
ayat 32 Surah Al-Furqan yang bermaksud:
Dan berkata orang-orang kafir, kenapa tidak diturunkan kepadanya Al-
Quran secara keseluruhannya sekali gus? Ianya begitu kerana dengan Quran
itu Kami ingin mencorakkan kefahaman kamu dan Kami bacakannya secara
beransur-ansur.
Apabila kita memahami proses ini maka kita akan melihat bahawa walaupun PAS tidak
mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak, dengan terjaganya kepentingan Islam melalui
jaringan keselamatan yang disebutkan tadi, PAS boleh bergerak di bawah PR untuk
mendidik dan membentuk rakyat dan masyarakat melalui ilmu dan kefahaman. Maka
segala saluran kepada rakyat yang dahulunya ditutup rapat oleh UMNO/BN, sehingga PAS
amat sukar mendapat akses kepada mereka, di bawah PR ianya terbuka luas.
Keluasan ruang bergerak ini, samada melalui jawatan ketua kampong, JKK, ahli majlis,
Nazir masjid, media arus perdana seperti radio dan televisyen atau sebagainya,
dimanfaatkan sehingga bulan demi bulan dan tahun demi tahun, kefahaman rakyat dan
khususnya kefahaman ummat Islam, ditingkatkan dan dengan itu diperkukuhkan lagi
kedudukan PAS di dalam masyarakat. Melalui proses ini, akhirnya kefahaman dan akhlakummat Islam dipertingkatkan dan pilihan-raya demi pilihan-raya jumlah kerusi yang
dimenangi PAS akan bertambah sehingga akhirnya, atas sokongan dan desakan rakyat,
khususnya ummat Islam, PAS mampu melaksanakan matlamat perjuangannya seperti yang
terkandung di dalam perlembagaannya iaitu perkara 5 (i) dengan sepenuhnya.
19 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
20/21
IV. KESIMPULANSaya cukup yakin bahawa Almarhum Ustaz Fadhil Noor menyedari kemungkinan akan
terbentuk kerajaan kongsi-kuasa PR di mana PAS akan menjadi hanya salah satu dari parti
komponennya. Almarhum juga menyedari akan kemungkinan PAS tidak menjadi parti yang
dominan dari peringkat awal dan juga bagaimana melalui Tahaluf Siyasi ini tidak perlu
pada dominasi mana-mana parti dalam gabungannya untuk ianya bermanfaat kepada PAS.
Namun Almarhum turut memahami bahawa melalui kerajaan PR di peringkat Persekutuan
dan kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu serta dominan PAS di Kedah dan Perlis,
tidak dominan PAS di Selangor, Perak dan selainnya, ianya merupakan suasana yang
membebaskan kongkongan terhadap PAS untuk menjalankan usaha dakwah dan politiknya
denga cara yang jauh lebih berkesan berbanding hidup di bawah BN.
Maka di atas kesedaran dan kefahaman inilah, serta keberanian atas sebab keyakinan
bahawa Islam adalah yang terbaik, maka Almarhum memecahkan tradisi dan kebiasaan
dan memperjuangkan konsep Tahaluf Siyasi sepertimana yang dibentangkan tadi. Ianya
bukan sekadar kerjasama untuk menghadapi BN semasa pilihan raya; ianya kerjasama
membentuk kerajaan dalam keadaan dominan atau sebaliknya kerana dominasi tidaksepenting apabila melaksanakan government by consensus atau pemerintahan atas dasar
kata sepakat.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua pihak, lebih-lebih lagi pimpinan
PAS, untuk memahami konsep Tahaluf Siyasi yang selama ini dilaksanakan dan
membebaskan diri dari kongkongan pemikiran yang disebarluas oleh UMNO/BN.
Kongkongan ini menyebabkan kita teragak-agak dan hilangnya kesungguhan kita dalam
melaksanakan sesuatu usaha.
Saya ulangi kembali pesanan Almarhum untuk usaha kita sentiasa dibantu ilmu dan
kefahaman supaya kita tidak akan takut pada bayang2 sendiri:
20 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I
-
7/28/2019 Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi
21/21
Malah sehubungan itu, kepimpinan tidak akan teragak-agak untuk menegaskan kepercayaan dan
keyakinan terhadap sesuatu kepentingan jamaah dan parti akan metodoloji dan uslub yang
diperlukan oleh parti dalam sesuatu tahap perjuangan.
Wallahualam.
21 | T A H A L U F S I Y A S I : I J T I H A D S E M A S A , T E O R I D A N A P L I K A S I