Transcript

9hb Mac 2015

Pn.Mansurah binti Abdullah,GKMP Sains & Matematik,SM Agama Repah,73000 Tampin,Negeri Sembilan.

Kepada ,YDP PIBG,SM Agama Repah,73000 Tampin,Negeri Sembilan.

Tuan, Per : Memohon sumbangan PIBG untuk mencerikan makmal sains baharu serta pembelian bahan-bahan untuk pertandingan roket Karnival Sains dan Teknologi ( KASTEK ) daerah Tampin 2015.

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Saya mewakili Panitia Sains ingin memohon sumbangan PIBG sebanyak RM300.00 untuk mencerikan makmal sains baharu serta pembelian bahan-bahan untuk pertandingan roket Karnival Sains dan Teknologi ( KASTEK ) daerah Tampin 2015.

3. Untuk makluman tuan makmal ini telah mula digunakan pada pertengahan Jun 2012 lalu dan makmal berkenaan belum dapat di ceriakan lagi sehingga kini atas kekangan kewangan Sains.

4. Bahan-bahan untuk pertandingan roket sempena Karnival Sains dan Teknologi ( KASTEK ) Daerah Tampin 2015.

5. Besarlah harapan kami, guru-guru sains agar pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini agar makmal sains kelihatan lebih kondusif untuk PdP.

6. Atas pertimbangan dan bantuan yang pihak Tuan berikan, saya dahului dengan ucapan riban terima kasih.

Sekian , terima kasih.

Yang benar,

.(EN.SHAMSUL ANUAR BIN HJ NAIM )NYDP PIBG SM AGAMA REPAH.

Yang benar,

...(PN MANSURAH BT ABDULLAH )


Top Related