Transcript
Page 1: surat keizinan suami.docx

Solahuddin bin Hamzah

Kampung Kunak Kecil,

Peti Surat 421,

91207 Kunak,

Sabah

................................................................................................................................................................

Ketua Sektor,

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 4, Blok E2, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan,

62604, Putrajaya                                                                                                 01 September 2015

Tuan,

KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan pertukaran

sekolah isteri saya, Mardzati binti Othman melalui laman web E-GTukar (No. Permohonan

WXXXXXXXX) adalah berkaitan.

2. Sukatcita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan kepada isteri saya,

Mardzati binti Othman (No. Kad Pengenalan 910402-09-5156) yang kini bertugas di Sekolah

Kebangsaan Temenggong, Kampung Temenggong, KM 24, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak

untuk berpindah ke mana-mana sekolah di dalam daerah Kunak negeri Sabah.

3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat meluluskan

permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut :

i)    Ancaman keselamatan kerana rumah yang didiami isteri saya beralamat XXXX telah sering kali

di pecah masuk. Isteri saya telah mengalami kerugian harta benda mencecah lebih dari

RMXXXX. Selain itu, saya khuatir perkara yang sama akan berulang kerana kawasan tersebut

memang sering menjadi sasaran pencuri seperti yang dikata oleh pihak polis dan sehingga kini

kes tersebut masih dalam siastan. (Kes kereta kena pecah, masukkan repot polis tu syg) =)

ii)   Mengikut suami yang mengajar dan tinggal di daerah Kunak, Sabah.

Page 2: surat keizinan suami.docx

4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan isteri saya berhampiran

dengan rumah kediaman kami mendapat pertimbangan sewajarnya dan seterusnya diluluskan oleh

pihak tuan. Saya juga berharap pihak tuan meluluskan permohonan ini.

5. Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi

kami di talian 016-831 1990 (Solahuddin bin Hamzah) atau 011-33042668 (Mardzati binti Othman).

Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

-------------------------

(Solahuddin bin Hamzah)


Top Related