asal usul spesies -...

36

Upload: lykhanh

Post on 22-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8
Page 2: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8
Page 3: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

ASAL USUL

SPESIES

Page 4: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

Cetakan Pertama, 2017

Page 5: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

ASAL USUL

SPESIESjilid 1

CHARLES DARWIN

penterjemah

HARIZ ZAIN

Page 6: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

ASAL USUL SPESIESJILID 1

© HARIZ ZAIN, 2017

Cetakan Pertama, 2017

Hakcipta TerpeliharaTidak dibenarkan mengeluar ulang

mana-mana bahagian buku ini dalam apa-apabentuk melalui apa-apa cara sekalipun, melainkan

setelah mendapat keizinan bertulis secara rasmidaripada Baytul Hikma.

ISBN: 978-967-2091-02-8

Diterbitkan Oleh

(PG0378209-M)Pulau Pinang, Malaysia

[email protected]

www.facebook.com/BaytulHikmaMalaysia +6013-218 1421

Page 7: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

KANDUNGAN

KATA PENGANTAR..............................................................1SEKAPUR SIREH...................................................................4

ASAL USUL SPESIES.............................................9Pendahuluan.......................................................................11

BAB 1 : VARIASI DALAM PERLADANGAN.............21Penyebab Variasi................................................................22Pengaruh Tabiat dan Bahagian Tubuh yang Digunakanatau Tidak Digunakan; Korelasi Variasi; Perwarisan........30Ciri-ciri Variasi Haiwan Ternakan; Kesukaran dalamMembezakan antara Variasi dengan Spesies; Asal-usulVariasi Ternakan dari Satu atau Lebih Spesies.................39Keturunan Merpati Ternakan, Perbezaan-perbezaan danAsal-usulnya........................................................................48Prinsip-prinsip Seleksi yang Diikuti pada Zaman Dahuludan Pengaruh-pengaruhnya...............................................64Seleksi Di Bawah Sedar......................................................73Keadaan yang Menggalakkan Kuasa Seleksi Manusia......84

BAB 2 : VARIASI ALAM SEMULAJADI....................91Perbezaan-perbezaan Individu...........................................95Spesies-spesies yang Meragukan.......................................101Beraneka, Banyak Tersebar, dan Spesies Biasa PalingBanyak Berubah...............................................................116Spesies-spesies dari Genera Lebih Besar di Setiap Wilayah

Page 8: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

Bervariasi Lebih Kerap daripada Spesies-spesies dariGenera yang Lebih Kecil..................................................120Banyak Spesies yang Termasuk dalam Genus Lebih BesarMenyerupai Variasi yang Berkaitan Sangat Rapat, NamunTidak Sama, Berkaitan antara Satu sama Lain danMempunyai Julat yang Terbatas......................................124Rumusan...........................................................................128

LATAR BELAKANG PENTERJEMAH............................130

Page 9: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

KATA PENGANTAR

ismillāhirraḥmānirraḥīm. Segala puji dan shukurhanya bagi Allah. Selawat dan salam ke atasRasulullah. Alhamdulillah, dengan ini terbitlah buku

Asal Usul Spesies, Jilid 1. Buku ini merupakan terjemahan karyaCharles Darwin yang berjudul The Origin of Species. Tahniahsaya ucapkan kepada sahabat saya saudara Hariz Zain atasterjemahan ini. Semoga saudara Hariz terus giat menghasilkankarya-karya yang mencerahkan minda masharakat, insha-Allah.

B

Sebenarnya buku ini telah selesai diterjemah pada awaltahun 2016, namun atas sebab beberapa masalah yang tidakdapat dielakkan, maka penerbitannya tertangguh hampirsetahun. Alhamdulillah, masalah tersebut berjaya diatasi, dankini buku ini boleh dibaca oleh para pencinta ḥikmah, ḥaqq dankhayr.

Ketika penterjemahan buku ini diumumkan buat kalipertama, ada beberapa pihak yang kurang senang denganusaha ini. Ada yang menganggap buku ini tidak patut dibacakerana ia boleh merosakkan akidah. Walau bagaimanapun,ada juga yang sangat gembira dengan usaha ini dan setiamenantikan penerbitannya.

Secara umumnya, penolakan sesetengah pihak terhadapbuku ini bukanlah atas dasar ilmu dan kebenaran, bahkanmereka sebenarnya tertipu dengan sentimen dan salah sangka

1

Page 10: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

terhadap karya Darwin. Bagi kebanyakan masharakat kitapada ketika ini, mereka menganggap Darwin merupakanindividu yang mempelopori idea bahawa manusia berasaldaripada beruk. Dan bagi mereka hal ini bertentangan denganakidah Islam yang menyatakan bahawa Allah menciptakanmanusia bermula dengan penciptaan Nabi Adam daripadatanah.

Penolakan dan kebencian mereka itu adalah baik, iaitusekiranya dakwaan mereka itu benar. Malangnya, Darwintidak pernah menyebutkan “manusia berasal daripada beruk”dalam mana-mana karyanya. Ianya hanyalah salah fahamterhadap penulisan Darwin.

Secara dasarnya, ada dua sebab utama kenapa BaytulHikma memilih untuk menerbitkan buku ini, iaitu;

1. Untuk memberi pendedahan kepada masharakatmengenai karya Darwin yang sebenar, yakni tulisanDarwin yang asal, bukannya cakap-cakap orang atautulisan yang tidak pernah merujuk karya yang ditulisoleh Darwin. Dengan ini, masharakat dapat mengkajisecara adil benarkah apa yang diperkatakan oleh orangramai mengenai Darwin selama ini.

2. Untuk melihat dan menilai teori-teori yangdibentangkan oleh Darwin. Apa-apa yang Darwinbawakan, boleh jadi ianya benar, dan boleh jadi ianyadusta. Maka, atas dasar ilmu, wajarlah teori-teoritersebut dikaji dan dinilai dengan ilmu dan penemuansemasa. Jika ianya benar maka kita manfaatkan, jikaianya dusta maka kita tinggalkan.

2

Page 11: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

Akhirnya, saya berharap buku ini dapat mencelikkan mindakita dan menjadikan jiwa kita lebih terbuka dalam menerimakebenaran serta kebaikan daripada sesiapa sekalipun. Allahmemberikan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.Hikmah itu pula adalah milik para mukmin. Maka di manasahaja mukmin menemuinya, mukminlah yang paling layakuntuk mengambilnya.

Sekian, terima kasih. Selamat membaca.

NASEER SOBREEPengasas-Pengarah,Baytul Hikma

3

Page 12: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

SEKAPUR SIREH

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

egala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Tujuh lautansekalipun tidak mampu menjadi tinta untuk menulis

pujian yang selayaknya bagi Allah. Dialah sumber kekuatan,sumber pergantungan, sumber pengharapan, sumber rezekidan sumber segala-galanya yang ada di dunia ini. Dialah yangmenggenggam segala nyawa, hidup dan mati hanya untuk-Nyasemata-mata.

S

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, kekasih tertinggiyang mana Bagindalah yang bakal memberi Syafaat dikedahsyatan Padang Mahsyar, Telaga Al-Kausar, Titian Siratdan Bagindalah yang memegang anak kunci Syurga keranaBaginda adalah insan pertama yang akan memasukinya.Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad, Sollallahu ‘alaihi wa ‘alaalihi wasohbihi wasallam.

4

Page 13: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

Terubat hati ini apabila melihat masyarakat pada hari inisemakin hari semakin mencintai ilmu. Buktinya, buku-bukusemakin laris di pasaran. Bahkan, buku-buku ilmiah denganpendekatan santai semakin mendapat tempat di hatimasyarakat. Namun, pada pengamatan saya, masyarakat yangkita sayangi kini terbahagi kepada dua golongan. GolonganAgamawan yang cenderung untuk mendekati ilmu-ilmuagama dan bidang ilmu yang ilmiah dan serius. Dan, golongankeduanya adalah golongan bebas ataupun “indie” yang amatmenggemari gaya hidup yang santai, mudah, agak kurangmendekati ilmu agama kerana stigma “susah nak faham” danmod penyampaian yang agak serius; dan mereka amatmenyanjung pengetahuan saintifik terutamanya yang berasaldaripada Barat. Bukanlah niat saya untuk melabel ataumembahagi-bahagikan ummat ini kepada golonganAgamawan yang dianggap konservatif atau golongan indie yangdianggap liberal. Tetapi ia adalah cetusan yang menjadikanjiwa saya terganggu lalu terdorong untuk mencari di manakah“persilangan” di antara kedua-duanya, dan ia semakin jelasdalam pencarian “Al-Hikmah” ataupun “Existologi” yangdigembleng oleh sahabat saya Al-Hakeem Naseer Sobree.Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana menunjukkansaya jalan untuk mennyelesaikan persoalan yang sayamahukan, iaitu mencari titik “persilangan” antara kedua-duanya (konservatif dan liberal). Saya yakin, dengan mencari“persamaan” dan menghormati “perbezaan” antara mana-mana ideologi menggunakan “Al-Hikmah” maka segalamasalah akan dapat diselesaikan dengan “kebersamaan”, danitulah harapan Kekasih kita Nabi Muhammad SAW terhadapummatnya yang Baginda risau-risaukan, “Ummati.. Ummati...”

5

Page 14: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

Dan Inilah juga perintah daripada Tuhan kita, Allah RabbulIzzah, yang mahu kita berusaha untuk mengubah nasib kitabukan sahaja untuk berjaya di dunia, malah untuk mencapaikejayaan yang hakiki yakni memasuki Syurga Allah danterlepas daripada azab seksaan Neraka Jahannam. Menggalasusaha dakwah Nabi untuk menyelamatkan ummat ini dariazab Neraka dan untuk sama-sama memasuki Syurga Allah,kerana Syurga itu dibina sangat luas, dan seluas-luasnya.Tiada had!

Syukur kepada Allah, mukhtasar yang tergesa-gesadisiapkan ini adalah langkah pertama bagi “menyatukan”golongan Saintifik dengan Agamawan. Seringkali kita dengariperbalahan yang menyanggah Darwin, Teori Evolusi yangmenyatakan bahawa manusia itu berasal dari beruk! Jika benarDarwin menyatakan sedemikian, maka ya, memang ini suatukenyataan yang bercanggah dengan Ilmu Revelasi kita yakniAl-Qur’an Al-Karim. Namun, itu bukanlah bererti denganperselisihan teori tersebut sahaja kita terus menolak segalapengetahuan-pengetahuan saintifik lain yang dibawa olehDarwin untuk kita. Bila berkumandang ceramah-ceramah daricorong lohong surau dan masjid tertentu, berkumandanglahgolongan Agamawan menafikan Darwin kerana isu “TeoriBeruk” yang dibawa Darwin. “Sesat, masuk neraka, berdosa!” Danini menyebabkan golongan Saintifik yang beraliran indie danliberal itu tadi semakin menjauhi Agama dan mereka lebihselesa menjadi eksistensialistik. Akhirnya, apabila berlakuperpecahan tersebut, ummat Islam akan semakin mundur danlemah kerana tidak mahu mendalami kebesaran Allah dalambidang Saintifik, golongan indie pula akan terus dalam“pencarian” mereka. Mencari kebahagiaan sebenar yang

6

Page 15: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

terdapat hanya dalam Agama namun pintunya telah “dikunci”oleh golongan Agamawan sendiri. Kasihan ummatku...

Jadi, sebagai langkah pertama, eloklah kita baca satupersatu dan fahami bagaimana Darwin “mencari” dari manaasal usul kita dan seluruh kehidupan ini bermula, melaluikacamata empirik dan rasional. Allah SWT jugamemerintahkan kita supaya “mencari” siapa diri kita danakhirnya kita akan “mengenali” Allah, bukan? Diharapkanpara pembaca semua dapat memulakan pembacaan kaliandengan niat untuk “mencari” seberapa banyak kebesaran-kebesaran Allah yang ada dalam alam ini yang telah “disuluh”oleh Darwin. “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu”,itu juga perintah Allah untuk wahyu Nabi Muhammad SAWyang pertama. “ Iqra’ ”.

Saya sajikan kepada anda; Asal Usul Spesies Jilid 1 inimengenai (1) Mukaddimah bagaimana Darwin memulakankajiannya, (2) Variasi di bawah Perladangan; iaitu bagaimanakecelaruan keadaan haiwan dan tumbuhan sebelum iamendapat ciri-ciri pengkelasan akibat aktiviti pertanian, dan(3) Variasi di Alam Semulajadi; iaitu bagaimana Darwin mulamengembara ke alam buana untuk mencari haiwan dantumbuhan yang “asli” dan yang masih belum “diganggu” olehPerladangan (ternakan dan tanaman yang dirancang olehmanusia). Saya akui, menterjemah adikarya “The Origin ofSpesies” oleh Charles Darwin ini amat sulit dan mencabarkerana begitu sukar sekali untuk mengalihkan gaya BahasaInggeris Victorian (pertengahan abad ke-19) yang semuakalimahnya saya terjemahkan terus tanpa mengubah sebarangstruktur ayat pun dari versi asal kepada Bahasa Malaysia.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cik Nurhazwan

7

Page 16: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

Mohd Zain, adik saya yang menghadiahkan senaskhah “TheOrigin of Species” versi asal yang dibelinya dari UnitedKingdom. “Hadiah Hari Jadi Along,” katanya. Terima kasihWan. Kepada para pembaca yang budiman, bacalah karya inidengan nafas dan minda yang lapang. Hayati setiap koma dannoktah untuk memahami maksud yang ingin Darwinsampaikan.

Akhir sekali, semoga kalian mendapat manfaatdaripadanya, bertambah keimanan kalian dan jangan lupauntuk mendoakan saya yang fakir ini untuk diterima oleh-Nyadi dunia ini dan di akhirat kelak. Sekian, wassalam.

Selamat membaca.

HARIZ ZAIN20 Januari 2017 (Jumaat),22 Rabi’ul Akhir 1438H,Arau, Perlis,Malaysia

8

Page 17: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

ASAL USUL SPESIES(THE ORIGIN OF SPECIES)

CHARLES DARWIN

penterjemahHARIZ ZAIN, M.Sc, B.Sc.

Page 18: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8
Page 19: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

Pendahuluan

etika aku berlayar dengan H.M.S. “Beagle”, sebagaiseorang peneliti alam1, aku sangat terpukul denganfakta-fakta tertentu tentang penyebaran makhluk-

makhluk organik yang mendiami Benua Amerika Selatan, dandalam hubungan geologi terhadap penduduk2 masa kini danmasa lalu yang mendiami benua itu. Kenyataan-kenyataantersebut, sepertimana yang akan dilihat dalam bab-bab yangakan datang dalam jilid ini, seolah-olah akan mencampakkansedikit cahaya terhadap asal usul spesies – yang merupakanmisteri kepada segala misteri – sebagaimana yang telahdisebutkan oleh salah seorang daripada ahli-ahli falsafah kitayang terhebat. Dalam perjalananku untuk pulang ke rumah,telah terjadi kepadaku, pada tahun 1837, sesuatu yang

K

1 Peneliti alam juga dikenali sebagai naturalis atau naturalist dalam BahasaInggeris.

2 Penduduk membawa maksud makhluk-makhluk yang mendiamisesuatu benua atau wilayah.

11

Page 20: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

mungkin akan menghasilkan persoalan ini, secara perlahanianya terkumpul dan mencerminkan kesemua jenis fakta yangmana berkemungkinan mempunyai sebarang kaitandengannya. Selepas bekerja selama lima tahun, akumembenarkan diriku untuk mengagak3 subjek tersebut, danmenulis beberapa catatan ringkas; ianya aku telahkembangkan pada tahun 1844 menjadi suatu lakarankesimpulan, yang mana bagi pandanganku berkemungkinan;sejak dari saat itu sehingga kini aku telah berterusan mengejarobjek yang sama. Aku berharap agar aku dapat dimaafkankerana memasukkan hal-hal yang bersifat peribadi ini, keranaaku ingin menunjukkan bahawa aku bukanlah terburu-burudalam membuat keputusan.

Sekarang (1859) hasil kerjaku hampir selesai; namun keranamasih memerlukan beberapa tahun lagi untukmelengkapkannya, dan oleh kerana kesihatanku begitu jauhdaripada kekuatan, aku telah digesa untuk menerbitkanabstrak4 karya ini. Aku didorong untuk melakukannyaterutamanya kerana, Mr. Wallace, yang kini sedangmelakukan penyelidikan sejarah alami di Kepulauan Melayu5,telah pun tiba pada kesimpulan umum yang persis dengankesimpulanku mengenai asal usul spesies. Pada tahun 1858beliau mengirimkan kepadaku memoir6 mengenai subjek ini,dengan satu permintaan agar aku memperpanjangkannyakepada Sir Charles Lyell, yang mengirimkannya kepada

3 Mengagak atau dalam perkataan asal iaitu membuat spekulasi,daripada karya asal.

4 Abstrak adalah ringasan bagi sesebuah karya. 5 Kepulauan Melayu disebut Malay Archipelago dalam Bahasa Inggeris.6 Memoir adalah karya biografi yang berasaskan kenang-kenangan

seseorang tentang pengalaman dan peristiwa dalam hidupnya.

12

Page 21: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

Linnean Society, dan menerbitkannya dalam jilid ketiga jurnalkumpulan tersebut. Sir C. Lyell dan Dr. Hooker, merekaberdua yang mengetahui pekerjaanku – yang merupakanorang yang terakhir membaca ringkasan yang telah akuhasilkan pada tahun 1844 – memuliakanku dengan berfikirbahawa adalah dinasihatkan untuk diterbitkan, bersama-samamemoir ulung Mr. Wallace, beberapa ringkasan ekstrak7

daripada manuskripku.Abstrak ini, yang mana aku sedang terbitkan ini, sudah

semestinya tidak sempurna Aku tidak dapat menyebutkankesemuanya di sini rujukan dan autoriti8 yang telah aku petikdalam beberapa kenyataanku; dan aku perlu mempercayaikeyakinan yang disandarkan oleh pembaca terhadapketelitianku. Tanpa ragu-ragu lagi kesilapan akan menjalarmasuk, walaupun aku harap aku telah pun sentiasa berhati-hati dalam mempercayai hanya pihak autoriti yang baik-baiksahaja. Di sini, aku hanya dapat mengemukakan kesimpulanumum yang telah aku temui, disertakan dengan beberapa faktaberbentuk ilustrasi gambar, aku harap, dalam banyak-banyakhal ianya mencukupi. Tidak ada seorang pun yang dapatmerasakan lebih daripada apa yang aku rasa tentang wajarnyakeperluan penerbitan yang lebih lanjut terhadap semua faktatersebut secara terperinci, dengan sumber rujukan, yangmendasari kesimpulan-kesimpulanku; dan aku harap dapatmelakukannya lagi pada masa hadapan.

Aku sangat menyedari bahawa hampir tiada satu perkarasekecil apapun yang dibincangkan dalam jilid ini fakta-faktayang tidak boleh disimpulkan, seringkali nampaknya menuju

7 Ekstrak membawa maksud pati atau isi utama sesebuah karya.8 Pihak yang ahli dalam sesuatu bidang.

13

Page 22: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

kepada kesimpulan-kesimpulan yang sama sekali bertentangandengan apa yang telah aku temukan. Satu keputusan yang adildapat diperolehi hanya dengan menyatakan sepenuhnya danmenyeimbangkan fakta-fakta dengan hujah-hujah di kedua-dua belah pihak bagi setiap persoalan; dan hal tersebut di sinitidak mungkin akan terjadi.

Aku sangat kesal, kerana mahukan ruang, telahmenghalang kepuasanku untuk menghargai bantuan yangmelimpah-ruah yang telah aku terima daripada sangat ramainaturalis, yang ada di kalangan mereka tidak aku kenali secaraperibadi. Aku tidak boleh, walau bagaimanapun, melepaskankesempatan ini tanpa menyatakan rasa tanggungjawabku9

yang mendalam kepada Dr. Hooker – yang selama lima belastahun kebelakangan ini telah membantuku melalui kesemuacara yang mungkin dengan kekayaan gedung ilmupengetahuannya dan kecemerlangan penilaiannya10.

Dalam mempertimbangkan asal usul spesies, sangat pentinguntuk difikirkan bagi seorang naturalis, mencerminkanpertalian bersama11 makhluk-makhluk organik, dalamhubungan emberiologi mereka, taburan geografi mereka,turutan geologikal12, serta fakta-fata yang lain, yang mungkinakan menemui kesimpulan bahawa spesies adalah tidak

9 Rasa tanggungjawab yang dimaksudkan adalah penghargaan danterima kasih beliau kepada Dr. Hooker.

10 Penilaian bermaksud penghakiman atau keputusan yang diberikan olehseorang pakar yang arif dalam bidang tertentu terhadap sesuatuperkara.

11 Pertalian bersama atau mutual affinities dalam Bahasa Inggeris.12 Turutan geologikal atau geological succession dalam Bahasa Inggeris iaitu

proses geologi yang berlaku secara berturutan dan berfasa.

14

Page 23: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

tercipta sendiri secara bebas13, namun diturunkan, sepertikepelbagaian, daripada spesies yang lain. Namun demikian,sebagai kesimpulan, meskipun telah dijumpai sebanyak-banyaknya, masih lagi ianya tidak cukup memuaskan, sehinggaia mampu menunjukkan betapa banyaknya spesies yang tidakterhitung itu, yang mendiami alam ini telah pun diubahsuai14,supaya dapat mencapai kesempurnaan struktur dan salingadaptasi yang mana ianya sangat mengujakan kekaguman kita.Para naturalis secara berterusan merujuk kepada keadaanluaran, seperti iklim, makanan, dan sebagainya, sebagai satu-satunya sumber kemungkinan variasi. Dalam satu penilaianyang terbatas, seperti yang kita bakal lihat nanti, mungkin iaada kebenarannya; tetapi tidak munasabah untuk menyifatkankeadaan luaran semata-mata, strukturnya, misalnya burungbelatuk, dengan kakinya, ekor, paruh, dan lidahnya,diadaptasikan secara mengagumkan untuk menangkapserangga di bawah kulit kayu pokok-pokok. Dalam kesmistletoe15 yang menyerap nutrien daripada pokok tertentu,yang biji benihnya harus disebarkan oleh burung-burungtertentu dan bunganya mempunyai jantina yang berasinganyang pasti memerlukan bantuan serangga tertentu bagimembawa debunga-debunga dari satu bunga ke bunga yanglain – menunjukkan bahawa struktur parasit ini adahubungannya dengan beberapa makhluk organik lain, melalui

13 Bebas atau tidak bersandar membawa erti tidak bergantung padamana-mana faktor dan dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagaiindependently iaitu secara tak bersandar.

14 ‘Diubah suai’ diterbitkan daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitumodification.

15 Mistleteo adalah sejenis parasit yang berdaun keras yang tumbuh padapokok epal atau oak.

15

Page 24: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

pengaruh luaran, atau kebiasaan tumbuhan ataupun dengan“kemahuan” tumbuhan itu sendiri.

Oleh sebab itu, amat penting bagi kita untuk memperolehpengertian yang mendalam mengenai makna pengubahsuaiandan saling adaptasi16. Pada peringkat awal pemerhatianku iaseolah-olah kelihatan seperti ada kemungkinan bahawa suatusiri penyelidikan yang teliti tentang haiwan yang dijinakkanuntuk dipelihara dan tanaman yang ditanam merupakanpeluang terbaik bagi mendapatkan pencerahan kepadapersoalan yang masih lagi kabur. Aku tidak kecewa; dalam halini mahupun dalam semua hal lain yang membingungkan,kerana aku selalu menemukan bahawa pengetahuan kitamengenai variasi melalui perladangan, walaupun kurangsempurna, akan memberikan petunjuk yang terbaik dan palingselamat. Aku memberanikan diri untuk menyatakanpendirianku tentang kepentingan penyelidikan seperti ini,walaupun seringkali diabaikan oleh para naturalis yang lain.

Berdasarkan pertimbangan tersebut, aku inginmemperkenalkan bab pertama abstrak ini iaitu “Variasimelalui Perladangan”. Dengan ini, kita akan melihat bahawapertambahan jumlah akibat pengubahsuaian warisan yangpaling kurang berkemungkinan; dan, apa yang bersamaanatau lebih penting, kita akan melihat betapa hebatnyakemampuan manusia dalam mengumpulkan variasi-variasikecilnya dengan menggunakan seleksi penggantianketurunan17. Seterusnya, aku akan mengemukakan perubahanspesies-spesies dalam keadaan semulajadi; namun, aku

16 Saling adaptasi disebut coadaptation dalam Bahasa Inggeris.17 Proses penggantian keturunan disebut sebagai succession dalam Bahasa

Inggeris.

16

Page 25: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

terpaksa membahaskan perkara ini secara ringkas sahaja,kerana perkara ini hanya dapat dibahas secara tepat jika faktayang terperinci diperolehi. Namun begitu, kita akandiperbolehkan berbincang mengenai keadaan apa yang palingbaik untuk variasi. Dalam bab yang berikutnya perjuanganuntuk terus wujud18 di antara semua jasad organik di seluruhdunia, yang tidak dapat tidak, akan mengikuti nisbahgeometrik dalam pembiakannya, akan dipertimbangkan. Iniadalah ajaran Malthus, yang diaplikasikan pada seluruh alamhaiwan dan alam tumbuhan19. Sebagaimana banyak lagiindividu-individu setiap spesies yang dilahirkan adalahberkemungkinan untuk terus hidup; dan akibatnya, terjadilahperjuangan untuk terus wujud yang berulang-ulang, ia dialamioleh setiap makhluk, jika ia berubah walaupun hanya sedikitdalam apa-apa cara yang menguntungkan dirinya, dalamkeadaan kehidupan yang kompleks dan kadang-kadangberbeza-beza, akan mempunyai peluang yang lebih baik untukterus hidup, dan dengan yang demikian akan dipilih20 secarasemulajadi21. Berdasarkan prinsip perwarisan yang kuat, setiapvariasi yang terpilih akan cenderung22 untuk menyebarkanbentuk baharu dan bentuk yang telah diubahsuai.

Subjek asas mengenai Seleksi Semulajadi ini akandibahaskan secara panjang lebar dalam Bab Keempat; dankita akan melihat betapa Seleksi Semulajadi ini hampir

18 Perjuangan untuk terus wujud dalam Bahasa Inggeris bermaksud struggle ofexistence.

19 Alam haiwan dan alam tumbuhan disebut sebagai Animal Kingdom &Vegetable Kingdom.

20 Seleksi21 Natural22 Dominan

17

Page 26: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

menyebabkan kehilangan banyak bentuk kehidupan yangkurang unggul, serta menuju kepada apa yang telah banyakaku sebutkan sebagai perselisihan sifat23 Dalam babberikutnya, akan aku bahaskan tentang hukum perubahanvariasi yang rumit dan kurang diketahui. Dalam lima babberikutnya, akan aku kemukakan bentuk-bentuk kesukarandalam penerimaan teori yang akan diberikan: iaitu, yangpertama, kesukaran-kesukaran semasa peralihan, ataubagaimana satu makhluk ringkas ataupun sampel organ yangdapat berubah dan menjadi sempurna menjadi makhluk yangamat maju atau pun suatu organ yang membangun secaraterperinci; yang keduanya adalah mengenai subjek naluri24,atau pun kekuatan mental haiwan; yang ketiganya,penghibridan25, atau pun ketidaksuburan26 spesies dankesuburan variasi-variasi apabila disaling-silangkan27; dan yangkeempatnya, ketidaksempurnaan catatan geologi. Dalam babyang berikutnya akan aku pertimbangkan penggantiangeologi28 terhadap makhluk organik sepanjang zaman; dalamBab kedua belas dan ketiga belas, taburan geografi mereka diseluruh ruang; dalam bab keempat belas, pengkelasan merekaatau pun pertalian bersama, kedua-duanya semasa matangdan dalam keadaan embrionik. Dalam bab yang terakhir akuakan sampaikan ringkasan daripada keseluruhan kerja, danbeberapa kata-kata penutup.

Tiada siapa harus berasa hairan akan banyaknya perkara23 Perselisihan sifat dalam Bahasa Inggeris disebut divergence of character.24 Naluri adalah instinct dalam Bahasa Inggeris.25 Hybridism dalam Bahasa Inggeris.26 Infertility dalam Bahasa Inggeris.27 Intercrossed dalam Bahasa Inggeris.28 Geological succession dalam Bahasa Inggeris.

18

Page 27: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

yang berkaitan dengan asal usul spesies dan variasi yang masihbelum diterangkan, sekiranya kita memahami bahawa banyakhubungan mutual29 dari banyak makhluk yang hidup disekeliling kita telah pun kita abaikan. Tiada seorang pun dapatmenerangkan mengapa satu-satu spesies itu mempunyai julatyang luas dan sangat banyak, dan bagaimana spesiesbersekutu30 yang lain mempunyai julat yang sempit dan sangatjarang berlaku? Namun hubungan-hubungan tersebut adalahsangat penting, untuk menentukan kesejahteraan masa kinidan, seperti yang aku yakini, kejayaan masa depan danpengubahsuaian setiap penghuni dunia ini. Masih lagi sedikitapa yang kita ketahui mengenai hubungan mutual mengenaipenghuni dunia yang tidak terhitung banyaknya sepanjangzaman geologi lampau dalam sejarahnya. Walaupun masihbanyak lagi yang belum diketahui, dan ia tetap tidak akandiketahui, aku meraikannya tanpa ragu-ragu, setelahpenyelidikan yang berhati-hati dan penilaian yang tidakmemihak kepada mana-mana fahaman yang telah akulaksanakan, iaitu pandangan yang mana kebanyakan naturalissehingga kini meraikannya, dan yang mana ianya terlebihdahulu telah aku raikan – iaitu, setiap spesies adalah diciptasecara bebas – ia adalah merupakan suatu kesalahan. Akusangat yakin sepenuhnya bahawa spesies adalah tidak kekalabadi; tetapi ia adalah dipunyai oleh apa yang dipanggilsebagai genera yang sama yang diperturunkan secaralangsung31 oleh beberapa spesies umum yang terancam, dalam

29 Hubungan mutual bermaksud hubungan yang bersalingan antara satusama lain diambil daripada Bahasa Inggeris iaitu mutual.

30 Spesies bersekutu bermaksud allied species dalam Bahasa Inggeris.31 Diperturunkan secara langsung dalam Bahasa Inggeris adalah lineal

19

Page 28: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

gaya yang sama seperti variasi yang diakui berasal daripadamana-mana satu spesies yang diturunkan daripada spesiestersebut. Lagipun, aku meyakini bahawa Seleksi Semulajaditelah menjadi sangat penting, tetapi bukanlah esklusif, yangmenunjukkan pengubahsuaian.

descendents.

20

Page 29: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8
Page 30: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

Rumusan

esimpulannya, variasi tidak boleh dibezakandaripada spesies – kecuali, pertama, dengan adanyapenemuan bentuk-bentuk rantai pengantara; dan,

kedua, dengan adanya sejumlah perbezaan yang tidakmenentu di antara bentuk-bentuk tertentu; untuk dua bentuk,jika perbezaannya adalah sangat kecil, ia juga biasanyadigolongkan sebagai variasi, walaupun, kedua-duanya tidakdapat dihubungkan secara rapat; namun jumlah perbezaannyadianggap perlu untuk memberikan mana-mana dua bentuktersebut kedudukan dalam spesies yang tidak dapat ditakrifkan.Dalam genera yang memiliki spesies-spesies melebihi jumlahpurata bilangan spesies di sesebuah wilayah, maka spesies-spesies daripada genera tersebut mempunyai jumlah yanglebih daripada nilai purata variasi. Dalam genera yang besar,spesies-spesiesnya cenderung untuk menjadi hampir, tetapiserumpun secara berlainan, membentuk gugusan-gugusankecil di sekeliling spesies yang lain. Spesies yang serumpun

K

128

Page 31: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

secara sangat hampir dengan spesies yang lain nampaknyamempunyai julat yang terbatas. Dalam kebanyakan perkara,spesies-speseis genera yang besar menunjukkan suatu analogiyang kuat terhadap variasi. Dan kita dapat memahami analogiini dengan jelas, jika spesies pernah muncul sebagai variasi,dan dengan demikian asalnya adalah variasi; sedangkananalogi tersebut adalah sama sekali tidak dapat diterangkanjika spesies adalah ciptaan yang berdiri sendiri.

Kita juga telah melihat bahawa spesies yang paling banyakberkembang atau dominan dari genera besar di kalangan kelasmasing-masing adalah merupakan nilai purata jumlah terbesarvariasi, manakala variasi pula, yang kita akan lihat selanjutnya,berkecenderungan untuk berubah menjadi spesies yang baharudan istimewa. Dengan yang demikian, genera yang lebih besarakan cenderung untuk menjadi semakin besar lagi, dan secarasemulajadi, ia akan tetap menjadi semakin dominan denganmeninggalkan banyak keturunan yang telah terubah suai dandominan. Akan tetapi, pada peringkat yang akan dibincangkanselanjutnya, kita akan dapat mengetahui bahawa genera yanglebih besar juga akan cenderung untuk berpecah-pecahmenjadi genera yang lebih kecil. Dan dengan demikian,bentuk-bentuk kehidupan di seantero alam semesta menjaditerbahagi kepada kelompok-kelompok subordinat dalamkumpulan yang lebih besar.

* * *

129

Page 32: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8

LATAR BELAKANGPENTERJEMAH

ariz Zain, seorang yang aktif dalam bidang penulisanfiksyen dan penulisan ilmiah, merupakan pelajarDoktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang Kejuruteraan

Bahan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Terlibat secaraaktif sebagai aktivis sukarelawan alam sekitar semasaberkhidmat di Universiti Malaya. Beliau juga berjaya menciptaIndeks Pencapaian Alam Sekitar untuk inisiatif penghijauankampus. Minat mengembara secara ‘backpackers’ dan secaraberkumpulan untuk mencari jawapan maksud kehidupanbersama rakan-rakan pelajar, penulis, aktivis, sukarelawan dantermasuklah para jemaah tabligh.

H

Mendapatkan terjemahan Asal Usul Spesies ini akanmenjadikan anda semakin jelas tentang asal-usul ilmu Biologiasas, sifat unggul seorang penyelidik dalam menyelami jati diridan menyebabkan anda bersyukur dengan petunjuk yangdiberikan oleh Ilahi kepada anda – setelah mengetahuikesusahan Charles Darwin mencari ‘dirinya’ sendiri.

130

Page 33: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8
Page 34: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8
Page 35: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8
Page 36: ASAL USUL SPESIES - darwin-online.org.ukdarwin-online.org.uk/converted/pdf/2017_OriginMalay_F2195.pdfsetelah mendapat keizinan bertulis secara rasmi daripada Baytul Hikma. ISBN: 978-967-2091-02-8