UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KAEDAH MENGAJAR
TAJUK
Topik 4 : Strukutr Pengetahuan (Taksonomi Objektif Pendidikan)
Dan Sekolah Bestari
DISEDIAKAN OLEH :
Malina Binti A. Rashid (L20092004823)
Hasryyati Binti Hasbullah (L20092004832)
Mohd Razihan Che Hussein (L20092004829)
Suhanah Binti Hamzah (L20092004866)
NAMA PENSYARAH :
Prof. Madya. Mohd Taib Bin Arifin
KUMPULAN KULIAH : Y
PENGENALAN
Para pendidik tidak percaya semua pelajar itu adalah sama dan setiap pelajar mempunyai cara
pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain. Malahan juga pengalaman guru di
dalam kelas setiap hari membuktikan akan hal ini. Selain itu juga, teori-teori yang diterima
dengan baik diperjelaskan melalui penyelidikan yang meluas dan berdasarkan kepada dokumen
yang menggambarkan akan perbezaan pembelajaran setiap pelajar. Kebanyakkan para pendidik
kini hanya boleh bercakap tentang perbezaan pengajaran, sama ada dari segi gaya
pembelajaran, gaya kognitif, jenis psikologikal, atau tahap kepintaran pelajar. Namun ia juga
perlu meniliti akan pendekatan yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke
dalam situasi pembelajaran.
Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar
belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak
memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana
pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat
dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting
kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
Antara sebab-sebab yang boleh mengganggu pelajar seperti kesediaan untuk belajar oleh
kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini
bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh
guru, terutama muridmurid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan
terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir.Individu yang berbeza
menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu pelajar-pelajar yang sama umur tidak
semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan oleh kadar
kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman pembelajaran. Fahaman
guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu
atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza
Dalam tahun 1956, Profesor Benjamin Bloom, daripada University of Chicago, memperkenalkan
Taksonomi Objektif Pendidikan (Taxonomy of Educational Objectives) yang termasyhur itu.
Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan panorama
objektif pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema kemahiran yang bertingkat-tingkat
(hierarki). Keseluruhan Objektif Pendidikan ini terbahagi kepada tiga domain yang besar iaitu:
1. Kognitif
2. Afektif
3. Psikomotor
ARAS TAKSONOMI (DOMAIN KOGNITIF)
Terdapat enam aras dalam taksonomi Bloom iaitu
1. Pengetahuan (knowledge)
Pengetahuan merupakan aspek kognitif yang paling rendah tetapi paling mendasari.
Dengan pengetahuan individu dapat mengenal dan mengingat kembali suatu objek, idea
prosedur, konsep, definisi, nama, peristiwa, tahun, daftar, rumus, teori, atau kesimpulan.
Dilihat dari objek yang diketahui (isi) pengetahuan dapat digolongkan sebagai berikut :
a) Mengetahui sesuatu secara khusus :
Mengetahui terminologi yaitu berhubungan dengan mengenal atau mengingati
kembali istilah atau konsep tertentu yang dinyatakan dalam bentuk simbol, baik
berbentuk verbal maupun non verbal.
Mengetahui fakta tertentu yaitu mengenal atau mengingat kembali tarikh,
peristiwa, orang tempat, sumber informasi, kejadian masa lalu, kebudayaan
masyarakat tertentu, dan ciri-ciri yang ada dari keadaan alam tertentu.
b) Mengetahui tentang cara untuk memproses atau melakukan sesuatu :
Mengetahui kebiasaan atau cara mengetengahkan idea atau pengalaman
Mengetahui urutan dan kecenderungan iaitu proses, arah dan gerakan suatu
gejala atau fenomena pada waktu yang berkaitan
Mengetahui penggolongan atau pengkategorian. Mengetahui kelas, kelompok,
peringkat atau susunan yang digunakan di dalam bidang tertentu, atau
memproses sesuatu.
Mengetahui kriteria yang digunakan untuk mengidentifikasi fakta, prinsip,
pendapat atau perlakuan.
Mengetahui metodologi, iaitu perangkat cara yang digunakan untuk mencari,
menemukan atau menyelesaikan masalah.
Mengetahui hal-hal yang universal dan abstrak dalam bidang tertentu, iaitu idea,
dan pola yang digunakan untuk mengorganisasi suatu fenomena atau pikiran.
Mengetahui prinsip dan generalisasi
Mengetahui teori dan struktur.
2. Pemahaman (comprehension)
Pemahaman atau dapat juga disebut dengan istilah pengertian merupakan kegiatan
mental intelektual yang mengorganisasikan materi yang telah diketahui. Penemuan-
penemuan yang didapat dari mengetahui seperti definisi, informasi, peristiwa, fakta
disusun kembali dalam struktur kognitif yang ada. Temuan-temuan ini diakomodasikan
dan kemudian berasimilasi dengan struktur kognitif yang ada, sehingga membentuk
struktur kognitif baru. Tingkatan dalam pemahaman ini meliputi :
translasi yaitu mengubah simbol tertentu menjadi simbol lain tanpa perubahan
makna. Misalkan simbol dalam bentuk kata-kata diubah menjadi gambar, bagan
atau grafik
interpretasi yaitu menjelaskan makna yang terdapat dalam simbol, baik dalam
bentuk simbol verbal maupun non verbal. Seseorang dapat dikatakan telah dapat
menginterpretasikan tentang suatu konsep atau prinsip tertentu jika dia telah
mampu membezakan, memperbandingkan atau mempertentangkannya dengan
sesuatu yang lain. Contoh sesesorang dapat dikatakan telah mengerti konsep
tentang “motivasi kerja” dan dia telah dapat membezakannya dengan konsep
tentang ”motivasi belajar”
Ekstrapolasi; yaitu melihat kecenderungan, arah dari suatu penemuan.
3. Aplikasi (application)
Menggunakan pengetahuan untuk memecahkan masalah atau menerapkan pengetahuan
dalam kehidupan sehari-hari. Seseorang dikatakan menguasai kemampuan ini jika ia
dapat memberi contoh, menggunakan, mengklasifikasikan, memanfaatkan,
menyelesaikan dan mengidentifikasi hal-hal yang sama.
4. Analisis
Analisis memerlukan seseorang itu memecah-mecahkan fakta yang diberi kepada
bahagian bahagian atau elemen-elemen supaya pertalian di antara mereka dapat
diperjelaskan. Analisis mencerakinkan bahan yang disampaikan kepada bahagian-
bahagian atau elemen-elemen supaya hierarki bahagian-bahagian itu dan pertalian di
antara mereka dapat diperjelas atau menjadi nyata.
Pencerakinan begini adalah bertujuan untuk memperjelaskan lagi apa yang hendak
disampaikan, dan untuk menyatakan bagaimana maklumat yang disampaikan itu telah
disusun, dan juga untuk menunjukkan bagaimana ia diatur untuk memberi kesan yang
dikehendaki, dan menerangkan asas bagi penyusunan tersebut.
a) Analisis elemen
b) Analisis pertalian
c) Analisis prinsip organisasi
5. Sintesis
Pada peringkat ini, anda dikehendaki untuk menggunakan fakta, maklumat dan
pengalaman yang ada untuk menyatukannya menjadi satu laporan, alasan, pelan, atau
penghujahan yang teratur dan sistematik. Sintesis mencantumkan semula elemen-
elemen atau bahagian-bahagian supaya menjadi satu tubuh kembali.
Ini melibatkan proses bekerja dengan bahagian-bahagian, elemen-elemen atau unsur-
unsur dan proses mengatur, menyusun dan mencantum supaya ia membentuk satu pola
atau struktur yang dahulunya tidak jelas kelihatan.
a) Pembinaan suatu bahan komunikasi yang unggul
b) Penghasilan pelan atau cadangan operasi
c) Mendeduksikan satu set pertalian abstrak.
6. Penilaian
Memerlukan kepada penulisan yang logik dan sistematik, kaedah penyelidikan yang sah,
interpretasi data yang logik, dan pertimbangan yang adil. Penilaian ialah pertimbangan
yang dibuat tentang nilai sesuatu bahan atau nilai sesuatu kaedah bagi sesuatu tujuan. Ia
termasuk pertimbangan kualitatif dan kuantitatif tentang sejauh mana bahan atau
kaedah itu memenuhi satu set kriteria. Kriteria pula boleh yang telah ditetapkan atau
yang dibina sendiri.
a) Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria dalaman
b) Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria luaran
PENGUBAHSUAIAN TAKSONOMI OBJEKTIF
Taksonomi pembelajaran kognitif biasanya digunakan oleh para guru untuk memilih dan
merancang objektif pengajaran dan pembalajaran (P&P) yang terdapat dalam kandungan mata
pelajaran. Ia juga digunakan oleh pengkaji untuk menguji dan mengukur keberkesanan P&P
dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah, maktab dan universiti dengan melibatkan aspek
pemahaman untuk melihat sejauhmana tahap penguasaan dan keupayaan pemahaman pelajar
dalam sesuatu mata pelajaran. Adam Smith (1981) menganggap taksonomi Bloom sebagai :
“A useful model for everyone developing materials to help students learn to
think. It defined a sequence of categories of thinking that encompasses all
intellectual objectives in education.”
Bagi pengkaji-pengkaji bahasa, mereka talah mengubahsuai taksonomi ini supaya
menjadikannya lebih tepat dan lebih berkesan untuk mengukur dan menilai keupayaan
pemahaman dan pembacaan pelajar. Hasilnya, muncul beberapa model yang telah
diketengahkan oleh Sanders (1966), Santoz (1976), Barrett dan Pearson (1989).
Model yang telah diubahsuai oleh Sander telah membahagikan kepada tujuh tahap pengalasan
soalan kefahaman yang berasaskan taksonomi pembelajaran Bloom. Aras tersebut melibatkan :
1. Tahap ingatan yang melihat kepada kebolehan pelajar untuk mengingat kembali
maklumat yang telah disaipaikan sebelum ini
2. Tahap terjemahan melibatkan kebolehan pelajar untuk menukar maklumat yang telah
diberikan kepada bentuk lain seperti simbol atau terjemahan kepada bentuk lain.
3. Tahap interpretasi berlaku dimana, pelajar mampu untuk membuat perkaitan dan
perhubungan antara fakta, generalisasi definisi dan kemahiran.
4. Tahap aplikasi menunjukkan kebolehan pelajar dalam usaha untuk menyelesaikan
masalah dengan mengenal pasti isu yang berbangkit, memilih dan menggunakan kaedah
yang sesuai dan mengaplikasikan kemahiran yang berkaitan untuk dikaitkan untuk
menyelesaikan masalah.
5. Tahap analisis dapat mengenalpasti kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan yang
ada untuk menyelesaikan masalah dengan melihat pertalian antara masalah dan
pengetahuan berasaskan pemikiran sendiri.
6. Tahap sistesis pula melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah berdasarkan kreativiti
dan cara masing-masing.
7. Tahap penilaian melibatkan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mengenalpasti
kebolehan dan kelemahan, betul atau salah, dan sebagainya berdasarkan kriteria-
kriteria tertentu.
Bagi Santoz pula, beliau telah mengetengahkan kefahaman kefahanan kepada beberapa kelas
berasaskan taksonomi Bloom dan Sanders. Beliau telah memperkenalkan enam peringkat aras
pemahaman iaitu :
1. Peringkat mengecam dan mengingat butiran merujuk kepada peringkat yang
memerlukan pelajar mengingat semula atau mencari maklumat yang terdapat dalam
petikan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah dengan memberi tindak balas
terhadap fakta, senarai maklumat, ingat nama, tempat tarikh dan sebagainya.
2. Peringkat terjemahan melihat kepada kebolehan pelajar menulis semula maklumat yang
diperolehi dengan menggunakan perkataan sendiri tanpa menghilangkan maksud asal.
Aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah menulis semula masalah, menceritakan
semula, menukar bahasa dan sebagainya.
3. Peringkat aplikasi melibatkan proses mengingat semula pengalaman dan kemahiran
untuk digunakan bagi menerangkan dan menyelesaikan masalah dalam situasi yang
berlainan atau pelajar menggunakan pengalaman sedia ada untuk membentuk
pengalaman-pengalaman baru. Ini akan melibatkan aktiviti membuat perbandingan,
pemerhatian, teori untuk menyelesaikan masalah dan mengunakan kemahiran untuk
menguasai sesuatu bidang dan mencipta sesuatu dan sebagainya.
4. Tahap analisis menunjukkan peringkat dimana, pelajar dapat mencerakin dan mengenal
bahagian-bahagian tertentu seperti komponen, atau menentukan hubungan antara
sesuatu bahagian. Aktiviti yang boleh dijalankan melibatkan mengesan cirri-ciri sesuatu,
menyenaraikan butiran, tentukan objektif, sebab dan akibat dan sebagainya.
5. Tahap sintesis merupakan kebolehan pelajar untuk merumus teks atau bahan dengan
menggunakan pengalaman atau pengetahuan yang sedia ada untuk mencipta sesuatu
yang baru. Dan ini melibatkan aktiviti membina konsep, menentukan tajuk kajian dan
membuat konklusi, mengaitkan dan sebagainya.
6. Tahap penilaian pula merupakan tahap dimana pelajar dapat membuat pengadilan,
justifikasi atau mengukur keupayaan sesuatu bahan dan teks berdasarkan kriteria-
kriteria tertentu. Aktiviti ini melibatkan menilai perkaitan sesuatu, mengkritik bahan,
menilai kekuatan dan kelemahan dan lain-lain.
Manakala, Barrett telah membahagikan tahap pemahaman kepada enam peringkat. Peringkat-
peringkat fahaman dalam teori Barrett adalah seperti :
1. Peringkat pemahaman literal merupakan tahap kebolehan yang paling rendah dan
mudah dimana, ianya hanya melibatkan pemprosesan idea-idea dan pengatahuan yang
dinyatakan secara terus-terang. Pelajar mampu untuk mencari maklumat dan
mengingati fakta yang terkandung dalam teks dengan mudah kerana hanya melibatkan
proses mengeluarkan apa yang ada dalam memori ingatan selepas pembelajaran.
Soalan pemahaman pada peringkat ini meliputi jenis soalan-soalan mudah dan ringkas
tanpa melibatkan tahap pemikiran yang tinggi.
2. Peringkat pemahaman terjemahan atau reorganization memerlukan pelajar untuk
memahami dan menulis semula maklumat yang dibaca tanpa mengubah maksud asal
dan memerlukan daya intelek yang kuat bagi menginterpretasikan secara ilmiah dan
tersirat untuk dijadikan sebagai maklumat sekunder. Tahap ini masuh berada pada
tahap rendah.
3. Peringkat pemahaman aplikasi melibatkan tiga kebolehan iaitu mengingat semula
pengalaman dan kemahiran lalu; mengetahui apa dan bila suatu prinsip dapat dilakukan
dan menggunakan dengan Berjaya. Pelajar akan melakukan sesuatu berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan yang ada dan diaplikasikan dalam konteks yang baru.
4. Peringkat pemahaman analisis dimana, pelajar dapat menganalisis maklumat yang
terdapat dalam teks dan melihat perkaitan dengan maklumat lain dan membezakan
antara fakta, hipotesis dan sebagainya. Asas penting peringkat ini adalah berkeupayaan
untuk membandingkan sesuatu bahan atau fakta.
5. Peringkat pemahamah inferens merupakan tahap pelajar memahamkan teks,
menginterpretasi, kenalpasti perkaitan dan dapat membuat telahan dan dapat berfikir
secara logik dan tepat suatu maklumat walaupun berdasarkan fakta yang tersembunyi.
Peringkat ini merupakan tahap pelajar benar-benar faham dan dapat membuat rumusan
dengan logik dan tepat tentang maklumat yang terdapat dalam teks (Safiah Osman,
1990).
6. Peringkat pemahaman penilaian ialah tahap pemahaman yang tertinggi yang
membolehkan pelajar mengadili dengan tepat; betul atau salah suatu maklumat.
Pembaca akan mempertimbangkan kewajaran isi, kekuatan dan kelemahan suatu bahan
mengikut penilaian yang dibuat sendiri dan melibatkan pembacaan yang kritis dan dapat
dilihat dalam pelbagai aspek.
PENULISAN OBJEKTIF PENGAJARAN
Objektif pengajaran merupakan suatu pernyataan yang telah ditentukan yang perlu dicapai oleh
pelajar mengikut tahap-tahap tertentu yang dimana pembelajaran hendaklah meliputi
pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap perangai dan sebagainya. Ianya boleh
diukur dengan oleh pelajar setelah selesai melalui sesi pembelajaran. Sesuatu pembinaan
objektif pengajaran yang baik perlu mengambil kira syarat-syarat yang telah ditetapkan dan
selaras.
Kepentingan Objektif Pengajaran
Objektif pengajaran penting dalam membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kepentingannya pula boleh dilihat dari tiga aspek iaitu
dari perspektif pelajar dimana, ianya dapat memberikan maklumat jangkaan kepada pelajar
tentang apa yang hendak dan telah pelajari. Dari perspektif guru pula, objektif pengajaran
memberikan petunjuk dan rangka tindakan untuk proses pengajaran dan memastikan
pengajaran tercapai. Manakala, bagi pentadbir, objektif pengajaran memberikan panduan
untuk menyemak samada guru menjalankan tanggungjawab terhadap pengajaran dan
pembelajaran seperti dalam sukatan pelajaran.
Selain itu, ia juga dapat membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P dengan
sistematik dan berkesan. Guru juga dapat menentukan kaedah yang ingin diambil untuk
mengajar, mengenal pasti bahan-bahan pengajaran dan menentukan bentuk tusan dan ektiviti
yang hendak dijalankan dan sebagainya.
Bentuk objektif pengajaran
Terdapat dua jenis penulisan dalam menulis bentuk objektif pengajaran dan pembelajaran iaitu
bentuk objektif am atau objektif umum dan bentuk objektif khusus atau objektif khas. Objektif
am biasanya ditulis untuk melihat pencapaian bagi keseluruhan manakala objektif khusus
adalah berasaskan tingkah laku dan dinyatakan untuk mengesan pencapaian pelajar sebaik
sahaja proses pengajaran dan pembelajaran berakhir.
Contoh penulisan objektif am atau implisit ialah setelah mengikuti beberapa siri pembelajaran,
pelajar dapat memahami perawakan yang tidak menyenangkan yang ditunjukkan oleh remaja
sekarang ini manakala bagi contoh penulisan objektif khas atau eksplisit ialah pada akhir
pembelajaran pelajar dapat memberi penjelasan dengan sempurna terhadap cara-cara berfikir
gaya induktif.
Syarat-syarat menulis objektif
Objektif pengajaran yang lengkap melibatkan beberapa elemen seperti tingkah laku, kebolehan
atau kemahiran yang perlu dikuasai. Pernyataan objektif harus melibatkan kata kerja eksplisit
iaitu action verb seperti menganalisis dan mengenalpasti. Contohnya, pada akhir pengajaran,
pelajar dapat menerangkan sifat-sifat seorang budak yang baik. Selain itu pada akhir pengajaran
pelajar dapat menyatakan cara-cara membentuk konsep dalam minda kita.
Selain itu, situasi, keadaan atau had-had dimana sesuatu tingkahlaku akan dilakukan. Ia
menerangkan apakah bahan atau peralatan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan
tingkah laku berkenaan. Ini dapat dilihat melalui contoh, dengan berpandukan gambarajah yang
diberi, pada akhir pelajaran pelajar dapat menghuraikan keadaan muka bumi di negeri Kelantan
dengan berkesan.
Syarat ketiga ialah kriteria atau piawai yang menerangkan paras penguasaan atau kecekapan
yang perlu dicapai oleh pelajar untuk menunjukkan pencapaian objektif. Contohnya,
berdasarkan petikan yang dikaji, pada akhir pelajaran pelajar dapat menjawab 8 daripada 10
soalan dengan tepat.
Lazim juga sesuatu objektif itu memerlukan si pembuatnya iaitu siapakah yang diharapkan
dapat menghasilkan produk sesuatu pembelajaran itu. Contohnya, berdasarkan data yang
disediakan, pada akhir pembelajaran pelajar dapat menciptakan satu carta paie yang sempurna.
Penulisan objektif berdasarkan aras taksonomi
Terdapat enam aras taksonomi bloom iaitu aras penegetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi,
aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian.
1. Aras pengetahuan
a) Berdasarkan penerangan yang diberi, pada akhir pengajaran pelajar dapat
mengenalpasti lima sebab seseorang itu boleh gagal dalam peperiksaan
b) Berdasarkan berita yang dikaji, pada akhir pengajaran pelajar dapat menyatakan empat
nama orang asing yang terlibat dalam kes pembunuhan Isnin lalu.
c) Antara soalan-soalan yang terdapat pada aras ini ialah ;
Nyatakan lima sebab mengapa seseorang itu boleh gagal dalam peperiksaan.
Nyatakan empat nama orang asing yang terlibat dalam kes pembunuhan Isnin
lalu.
d) Perkataan action verb yang sesuai digunakan ialah mengulangkan, merakamkan,
menyenaraikan, memberitahu, menamakan, menyatakan, mengenalpasti,
mendefinisikan dan sebagainya.
2. Aras kefahaman
a) Berdasarkan penerangan yang diberi, pada akhir pengajaran pelajar dapat menceritakan
kandungan kursus ini dengan tepat
b) Berdasarkan gerak kerja yang dilakukan, pada akhir pengajaran, pelajar dapat
menerangkan proses menyediakan gas oksigen dengan sempurna.
c) Antara soalan-soalan yang terdapat pada aras ini ialah ;
Ceritakan dengan tepat kandungan kursus ini.
Terangkan bagaimanakah proses menyediakan gas oksigen?
d) Perkataan action verb yang sesuai digunakan ialah menyatakan, melaporkan, mengulas,
mentafsir, menceritakan, menerangkan, mengenalpasti, menjelaskan, merumus,
memberitahu dan sebagainya.
3. Aras Aplikasi
a) Berdasarkan penerangan yang diberi, pada akhir pengajaran, pelajar dapat melukis
beberapa garisan lurus dengan tepat.
b) Berdasarkan penerangan guru, pada akhir pengajaran, pelajar dapat menetukan kaedah
pengakjaran yang paling sesuai untuk memperkenalkan kira-kira pecahan.
c) Antara soalan-soalan yang terdapat pada aras ini ialah ;
Lukiskan beberapa garisan lurus dengan tepat.
Tentukan apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk memperkenalkan
kira-kira pecahan?
d) Perkataan action verb yang sesuai digunakan ialah menterjemahkan, mentafsirkan,
mengaplikasikan, menggunakan, menunjuk cara, mengilustrasi, menjangkakan,
mempraktikkan, mengira, menunjukkan, menyusun, mendramatisasikan, menjadualkan,
melakar, melukis dan sebagainya.
4. Aras Analisis
a) Berdasarkan penerangan guru, pada akhir pengajaran, pelajar dapat membezakan dua
pendekatan mengajar dengan tepat.
b) Berdasarkan petikan yang dibincangkan, pada akhir pengajaran, pelajar dapat
mencirikan sifat-sifat seorang pelajar yang baik.
c) Antara soalan-soalan yang terdapat pada aras ini ialah ;
Bezakan dua pendekatan mengajar dengan tepat.
Apakah ciri-ciri seorang pelajar yang baik.
5. Aras Sintesis
a) Berdasarkan penerangan yang disampaikan, pada akhir pengajaran pelajar dapat
mereka bentuk satu rancangan pengajaran unutk pelajar yang kurang bernasib baik.
b) Berdasrkan isu yang dikaji, pada akhir pengajaran pelajar dapat menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan secara bijaksana terhadap isu yang dihadapi oleh penduduk
setempat.
c) Antara soalan-soalan yang terdapat pada aras ini ialah ;
Reka bentuk satu rancangan pengajaran untuk pelajar yang kurang bernasib
baik.
Selesaikan masalah dan buat satu keputusan yang bijaksana terhadap isu yang
dihadapi oleh penduduk setempat.
d) Perkataan action verb yang digunakan ialah, membezakan, merancang, mencadangkan,
mereka bentuk, mencipta, merumuskan, membina, memasang, memungut, menyusun
atur, mengurus, mencerakin, membezakan, menyediakan, menggubah, menghasilkan
dan sebagainya.
6. Aras Penilaian
a) Berdasarkan petikan yang dibaca, pada akhir pengajaran pelajar dapat mengetengahkan
lima pandangan mereka terhadap peraturan berpakaian yang telah dikenakan kepada
mereka.
b) Berdasarkan kepada petikan yang dibaca, pada akhir pengajaran pelajar dapat
memberikan lapan kekuatan dan empat kelemahan yang terdapat pada sistem
pendidikan di negara ini.
c) Antara soalan-soalan yang terdapat pada aras ini ialah ;
Ketengahkan lima pandangan terhadap peraturan berpakaian yang telah
dikenakan kepada anda.
Beri lapan kekuatan dan empat kelemahan yang terdapat pada sistem
pendidikan di negara ini.
d) Perkataan action verb yang digunakan ialah mengadili, memuji, menilai, memberi kadar,
mengukur, menghakimkan, mentaksir, mengkritik, menganggarkan, merumus dan
sebagainya.
TAKSONOMI OBJEKTIF (DOMAIN AFEKTIF)
Domain afektif melibatkan aspek kerohanian dan memberi penekanan kepada pertumbuhan
dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang wujud pada diri seseorang khususnya
pelajar.
Krathwohl, Bloom, Masia (1964) telah mengklasifikasikan domain afektif ini kepada empat
kategori, iaitu peringkat penerimaan, peringkat memberi gerak balas, peringkat rasa bernilai
dan peringkat mengorganisasi.
Sikap biasanya ditakrifkan sebagai satu kemahuan sama ada mahu mendekati atau menjauhi
satu-satu persekitaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ia lebih tepat ditakrifkan
sebagai menyukai, merasa seronok atau membenci sesuatu mata pelajaran itu.
Penghargaan pula adalah satu ukuran terhadap kepuasan berinteraksi atau menghayati sesuatu
persekitaran. Guru-guru harus berkebolehan menggunakan unsur-unsur ini bagi mewujudkan
suatu suasana pembelajaran yang baik. Dengan adanya sifat-sifat ini pembelajaran akan
menjadi lebih mudah dan berkesan.
Bidang afektif ini mengandungi beberapa aras bermula daripada peringkat yang rendah kepada
peringkat yang tinggi.
1. Aras penerimaan
Ada hubungan dengan kemahuan pelajar-pelajar memberi perhatian. Ia mencerminkan
satu kesedaran atau perhatian terhadap rangsangan dan peristiwa atau persekitaran. Ia
menekankan kepada kebolehan mendengar dengan penuh minat cerita-cerita atau
pendapat, menanyakan soalan-soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan
menjawab dengan lengkap.
Contoh: pada akhir pengajaran, pelajar sedar tentang tiga jenis kepercayaan agama
utama bagi penduduk Malaysia.
Terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian;
a) Tahap kesedaran
Pelajar-pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa-peristiwa jika
perkara-perkara ini berlaku pada masa kehadiran mereka.
b) Kesudian atau menerima
Sesuatu pengajaran itu harus disampaikan dalam satu suasana atrau keadaan
yang bermakna dan menarik.
c) Perhatian yang terkawal atau terpilih
Pelajar-pelajar membezakan keseluruhan keadaan itu kepada dua atau kepada
bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu aspek tertentu dan
terus memberikan perhatian kepadanya.
2. Gerak Balas
Gerak balas bermaksud melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat
kepuasan daripadanya. Pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah
terhadap sesuatu objek atau situasi.
Contoh: pelajar dapat membezakan antara tingkah laku yang baik dengan tingkah laku
yang buruk.
Proses gerak balas ini berakhir dengan tahap kepuasan selepas melibatkan diri dengan
memberi gerak balas terhadap rangsangan.
a) Persetujuan untuk bertindak balas
Ini melibatkan tindak balas yang pasif terhadap rangsangan. Tunduk kepada
peraturan-peraturan.
b) Kesudian untuk bertindak balas
Pelajar bertindak balas secara sukarela. Sebelum seseorang pelajar itu
menjalankan sesuatu tugas ia perlulah terlebih dahulu secara sukarela
melengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan. Hal ini dilakukan tanpa
paksaan.
c) Kepuasan dalam bertindak balas
Kategori ini berasaskan kepada kesudian untuk bertindak balas. Pelajar dapat
merasakan kepuasan daripada tindakan yang dilakukan.
3. Rasa Bernilai
Aras ini menekankan penilaian dan penghargaan pelajar terhadap sesuatu rangsangan.
Pelajar berupaya membuat pertimbangan sesuatu aktiviti berasaskan nilainya kepada
diri sendiri.
a) Penerimaan sesuatu nilai
Murid bertindak balas berdasarkan nilai. Contohnya, murid itu secara konsisten
berjuang untuk bekerja bersama-sama dengan rakan sekelasnya dalam situasi yang
membolehkan mereka berinterkasi dan bekerjasama.
b) Kecenderungan terhadap sesuatu nilai
Individu bukan sahaja menerima nilai-nilai tetapi mencari dan mendapatkan nilai
tersebut. Contohnya, murid-murid berusaha menjalin persahabatan dengan rakan-
rakan sekelas untuk membina satu perhubungan yang baik.
c) Penglibatan
Di sini adanya satu dorongan yang nyata untuk melaksanakan dan mengamalkan
perlakuan yang berhubung dengan nilai tersebut.
4. Organisasi
Organisasi bermaksud membentuk sesuatu sistem nilai. Untuk bertindak dalam
keadaan-keadaan ini, pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan
nilai-nilainya.
Kategori ini menerangkan peringkat permulaan dalam membentuk satu sistem nilai.
a) Penanggapan sesuatu nilai
Pelajar mengenali ciri-ciri asas nilai itu.
b) Organisasi sesuatu sistem nilai
Beberapa nilai dipertimbangkan secara serentak dan dibina dalam satu hubungan
yang teratur. Sebagai contoh, seorang pelajar terpaksa merancang aktiviti-aktiviti
kelasnya berdasarkan kepada penilaiannya terhadap pertandingan, kerjasama, gred
dan sebagainya.
5. Perwatakan
Ia menekankan ketekalan tingkah laku dengan sistem nilai yang dianuti oleh seseorang.
Pelajar mempunyai falsafah tersendiri dan falsafah hidup ini dapat dizahirkan secara
automatik.
Terdapat dua peringkat pada aras perwatakan;
a) Set penyamarataan
Ia melibatkan pembentukan set umum di mana individu menggarap, memproses
dan bertindak terhadap sesuatu keadaan mengikut sesuatu sistem nilai.
b) Perwatakan
Kategori ini meliputi semua kategori yang telah dikemukakan sebelumnya. Pada
peringkat ini individu bertindak berdasarkan falsafah kehidupan atau world view.
TAKSNOMI OBJEKTIF (DOMAIN PSIKOMOTOR)
Bidang ini adalah lebih kepada kemahiran atau kebolehan membuat sesuatu seperti kebolehan
menjahit, menaip, berenang, menunggang basikal atau sebagainya. Ia memberi penekanan
kepada perkembangan pergerakan anggota seseorang pelajar secara sistematik. Dalam
pengajaran bahasa ia melibatkan kebolehan pelajar, iaitu: kebolehan otak menerima dan
memproses bahasa yang dipelajari dengan melibatkan alat-alat artikulasi yang melahirkan
perkataan-perkataan itu.Bidang ini melibatkan semua bentuk pergerakan anggota seperti
bercakap, menulis, melompat, dan sebagainya. Kebolehan psikomotor atau kemahiran seperti
pengajaran teknikal pertukangan , pertanian dan lain-lain mestilah diutamakan terutama
pelajar yang kurang cenderung dalam bidang akaemik. Domain ini mempunyai lima aras seperti
yang berikut :
1. Persepsi
Ini adalah langkah pertama dalam melakukan satu tindakan motor. Ia adalah proses menjadikan
seseorang individu itu mengetahui atau sedar tentang objek, kualiti dan hubungan – hubungan
melalui alat-alat deria. Hal ini melibatkan tiga pekara seperti berikut:
a. Rangsangan deria
Ia adalah berkaitan dengan rangsangan yang tersebut di atas. Ia melibatkan satu atau
lebih alat-alat deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan kinestetik.
b. Pemilihan tanda saran
Memutuskan apakah tanda saran yang harus dipilih untuk memenuhi keperluan
pelaksanaan tugas. Ini melibatkan pengecaman tanda saran dan menghubungkannya
dengan tugas-tugas yang akan dilaksanakan. Ia mungkin melibatkan pengumpulan tanda
saran yang berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman lalu. Tanda saran yang
sesuai dan berkaitan dengan keadaan itu akan dipilih sebagai panduan kepada tindakan
dan yang tidak berkaitan akan diketepikan.
c. Terjemahan
Ia bermaksud menghubungkan persepsi kepada tindakan dalam melaksanakan satu
tindakan motor. Ia mrupakan proses mental bagi menentukan makna tanda saran yan
diterima untuk tindakan. Ia melibatkan terjemahan yang simbolik, iaitu mempunyai satu
bayangan atau satu idea , sebagai kesimpulan daripada tanda saran yang diterima. Ia
juga mungkin melibatkan wawasan yang dianggap penting dalam mengatasi satu
masalah. Terjemahan deria adalah satu aspek bagi aras ini. Ia melibatkan maklum balas,
iaitu pengetahuan daripada kesan proses: terjemahan sebagai satu bahagian tindakan
motor yang berterusan.
2. Set
Set adalah satu kesediaan untuk sesuatu jenis aksi atau pengalaman.
a. Set Mental
Kesedian untuk melaksanakan satu tindakan motor yang tertentu. Ia melibatkan aras
persepsi dan kategori-kategori yang lain. Diskriminasi, iaitu menggunakan pertimbangan
dalam membuat perbezaan adalah satu aspek.
b. Set Fizikal
Kesediaan menjadikan penyesuaian anatomis (berhubung dengan tubuh) penting untuk
tindakan motor dilaksakan. Kesediaan dalam pengertian fizikal melibatkan set
penerimaan, iaitu penyertaan deria.
c. Set Emosional
Kesedian dipandang dari segi sikap, sesuai untuk tindakan motor berlaku. Kerelaan
untuk bertindak balas seperti yang telah dinyatakan.
3. Gerakan Terbimbing
Ia adalah langkah permulaan dalam membentuk kemahiran. Di sini ditekankan kepada
keupayaan yang merupakan komponen kemahiran yang lebih kompleks sifatnya. Tindak
balas terbimbing adalah tindakan perlakuan sesorang individu yang nyata bawah
bimbingan seorang tenaga pengajar. Tindakan itu adalah kesediaan dari segi set bagi
meghasilkan pemilihan terhadap tindak balas yan ilakukan mengikut keperluan
perlaksanaan tugas. Terdapat dua kategori yang berhubung dengan perkara ini, iaitu:
a) Meniru
Meniru adalah perlaksanaan satu tindakan yang meupakan satu tindakbalas secara terus
terhadap persepsi seorang lain yang melakukan tindakan itu.
b) Cuba dan Ralat
Mencuba pelbagai tindak balas, biasanya dilakukan dengan beberapa tujuan untuk
setiap tindak balas, sehingga satu tindak balas yang tepat seperti yang dikehendaki
tercapai. Tindak balas yang setepat itu adalah sesuatu sesuatu yang dapat memenuhi
keperluan – keperluan perlaksanaan tugas. Aras ini boleh diterangkan sebagai
pembelajaran tindak balas berlipat ganda yang membolehkan satu tindak balas yang
tepat dipilih daripada pelbagai perlakuan, mungkin melalui pegaruh hadiah atau
hukuman.
4. Mekanisme
Tindak balas yang telah dipelajari menjadi habitat. Pada peringkat ini, pelajar telah
mencapai satu keyakinan dan satu kadar kemahiran dalam melakukan satu tindakan itu.
Tindak balas itu mungkin lebih kompleks daripada peringkat permulaan. Ia melibatkan
beberapa bentuk tindak balas dalam melaksanakan tugas itu. Kebolehan-kelehan
digabungkan untuk mendapatkan kemahiran itu.
5. Gerak Balas Nyata Dan Kompleks
Pada peringkat ini, seorang individu itu boleh melakukan satu tindakan otor yang
dianggap kompleks. Ini kerana bentuk gerakannya yang rumit. Pada peringat ini, satu
kadar kemahian yang tinggi telah dicapai. Tindakan itu boleh dijalan dengan licin dan
berkesan.Ia menggunakan kuasa dan tenaga yang minimum. Terdapat dua kateori iaitu:
a) Ketetapan ketidakpastian
Tindakan itu dilakukan tanpa ragu-ragu untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian
tugas. Seseorang itu tahu rangkaian itu diperlukan dan kemudian maju dengan
keyakinan. Tindakan itu ditegaskan sebagai kompleks sikapnya.
b) Pelakuaan automatik
Pada aras ini seseorang itu boleh melakukan satu kordinasi kelakuan motor dengan
kawalan otot dan mengerjakannya dengan mudah.
SEKOLAH BESTARI
Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada
pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar
tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau
miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya
pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina
dalam sistem pendidikan.
Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknologi
terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan
pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan
Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang
dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang
pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini.
Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih
oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah aliran dalam perkembangan pendidikan
yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini
merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan
berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran
Wawasan Negara.
Objektif Sekolah Bestari:-
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat
menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi.
membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar
mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu
meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan
mendemokrasikan pendidikan