Download - Story Board Siap
STORY BOARD TAJUK : ARNAB DENGAN KURA-KURA
BAHASA MELAYU
CERITA DONGENG RAKYAT
KEMAHIRAN : BERCERITA
MUKA SURAT : 1 NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 1
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN :Murid perlu diperkenalkan dengan sifat dan gelaran binatang-binatang .
Contoh : Kura-kura mempunyai kulit keras dibelakangnya
PENCERITAAN:
Pada suatu hari Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan mengambil angin pagi di rimba
MUKA SURAT : 2 NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 2
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN :Guru bersoal jawab dengan muridtentang Sang Kura-kura dan Sang Arnab :
Seekor haiwan yang berjalan perlahan di rimbaSeekor haiwan yang pantas di rimba.
PENCERITAAN:
Tiba-tiba datang Sang Arnab yang memang terkenal antara binatang yang pantas di rimba itu
MUKA SURAT : 3 NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 3
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
PENCERITAAN:
Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana ? kata sang arnab membuka bicara
MUKA SURAT : 4 NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 4
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
PENCERITAAN:
Ya, Arnab aku tak ke mana-mana saja berjalan-jalan, jawab Sang Kura-kura
MUKA SURAT : 5 NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 5
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN :Guru bersoal jawab dengan muridtentang sikap Sang Arnab :
Seekor haiwan yang bongkak dan sombong
PENCERITAAN:Kura-kura Kura-kura, kasihan aku tengok engkau ni, jalan pun lambat, bila kau mahu tiba ke destinasi..ejek Sang Arnab yang memang dikenali suka mengejek yang lemah.
MUKA SURAT : 6 NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 6
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN :Penerapan nilai: Merendah diri
Unsur bahasa : Bersyukur
PENCERITAAN:
Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku begini aku redha, kata Sang Kura-kura
MUKA SURAT : 7 NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 7
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
PENCERITAAN:
Kura-kura terus berjalan meninggalkan Sang Arnab tadi
MUKA SURAT : 8 NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 8
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN : Mencari helah untuk memalukan kura-kura
Simpulan Bahasa : Busuk Budi – Perangai jahat
PENCERITAAN:Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang Kura-kura seperti tidak mengambil hati akan sindirannya tadi…lalu dia mencabar Sang Kura-kura dengan niat mahu memalukannya.
MUKA SURAT : 9
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 9
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN :
PENCERITAAN:
Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura, saja aku mahu bersaing dengan kau
MUKA SURAT : 10
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 10
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN :
PENCERITAAN:
Keesokkan harinya, seluruh rimba datng untuk menyaksikan perlumbaan Antara Sang Arnab dan Sang Kura-kura...Sang kancil menjadi pengadilnya
MUKA SURAT : 11
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 11
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN :
PENCERITAAN:
Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh meninggalkanSang Kura-kura.Sedangkan Sang Kura-kura maasih berjalanperlahan-lahan di belakangnya.
MUKA SURAT : 12
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 12
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
PENCERITAAN:
Setelah jauh meninggalkan Sang Kura-kura, Sang Arnab berhenti rehat seketika di bawah sebatang pokok sambil memerhatikan kelibat sang Kura-kura jauh di belakangnya
MUKA SURAT : 13
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 13
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
Unsur Bahasa : Meninggi diri
PENCERITAAN:
Ah! Pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura garisan penamat pun dah dekat, mengantuk pula aku, baik aku tidur sekejap..bila aku terjaga nanti Kura-kura pasti belum memintas aku, fikir Sang Arnab.
MUKA SURAT : 14
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 14
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
PENCERITAAN:
Dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut.
MUKA SURAT : 15
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 15
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
PENCERITAAN:
Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok tempat Sang Arnab sedang tidur. Dengan tidak mempedulikan Sang Arnab, Sang Kura-kura terus berjalan menuju ke garisan penamat
MUKA SURAT : 16
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 12
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN :
Penerapan nilai:
Unsur bahasa : Orang sombong selalu rugi
Simpulan Bahasa : makan diri.
PENCERITAAN:
Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terkejut dan terjaga daripada tidurnya.Dengan tergesa-gesa dia berlari menuju ke garisan penamat.
MUKA SURAT : 17
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 17
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
PENCERITAAN:
Ish! Lama pula aku tidur, entah-entah Sang Kura-kura sudah memintas aku, bisik hatinya sendiri.
MUKA SURAT : 18
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 12
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
PENCERITAAN:
Sesampainya Sang Arnab di garisan penamat kelihatanlah Sang Kura-kura menerima ucapan tahniah dari binatang-binatang rimba yang lain kerana memenangi perlumbaan itu.
MUKA SURAT : 19
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 19
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN :
.
PENCERITAAN:
Dengan rasa malunya Sang Arnab beredar pantas dari situ kerana tewas kepada Sang Kura-kura sambil ditertawakan oleh binatang-binatang rimba yang lain
MUKA SURAT : 20
NAMA PROJEK : story board
DESKRIPSI :
PAPARAN : slaid 12
MUZIK LATAR : bunyi haiwan dihutan.
KOMEN :
Guru menerapkan nilai murniJangan Sombong dan angkuh.
Peribahasa bahasa; Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh - Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik
PENCERITAAN:
Kita jangan terlalu sombong dan memandang rendah dengan kelemahan orang lain. Tidak semestinya yang kuat selalu di atas dan tidak semestinya yang lemah itu selalu ditindas