Download - sp_biologi_eks.pdf
-
1sukatan pelajaran biologi kbsm
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BIOLOGI
KURIKULUM BERSEPADUSEKOLAH MENENGAH
SUKATAN PELAJARAN
-
2sukatan pelajaran biologi kbsm
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
BIOLOGI
SUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH
-
3sukatan pelajaran biologi kbsm
Cetakan Pertama 2000Cetakan Kedua 2001(c) Kementerian Pendidikan Malaysia 2000, 2001
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-manabahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jugabentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepadaperkiraan royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Sukatan Pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: kimia.ISBN 983-62-7122-81. Biology-Outlines, syllabi, etc. 2. Biology--Study and
teaching (Secondary)--Malaysia.1. Malaysia. Kementerian Pendidikan.Pusat Perkembangan Kurikulum.570.712595
Dicetak olehPercetakan Dewan bahasa dan PustakaLot 1037, Mukim Perindustrian PKNSAmpang/Hulu KelangSelangor Darul Ehsan
-
4sukatan pelajaran biologi kbsm
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-
cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iii
-
5sukatan pelajaran biologi kbsm
iv
FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
iv
-
6sukatan pelajaran biologi kbsm
Kata Pengantar
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagimenyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akandatang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakanwarga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.
Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murnidan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dantanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasisecara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yangberkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalamkehidupan.
Biologi ialah mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Matapelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuandalam bidang biologi, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mampumengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifikdan nilai murni. Kandungan Sukatan Pelajaran Biologi Kurikulum BersepaduSekolah Menengah merangkumi kajian tentang sel, proses fisiologi,pewarisan, variasi dan ekosistem.
Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasihkepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dantenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.
v
-
7sukatan pelajaran biologi kbsm
PENDAHULUAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan
seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya
membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status
negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu,
saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga
berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara opti-
mum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu
membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang
mengamalkan budaya sains dan teknologi.
Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan,
kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen
ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai
satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka
konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka.
Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan
kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia
1
-
8sukatan pelajaran biologi kbsm
memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang
melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran
saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan.
Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid
memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni.
Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari
sekolah rendah ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal
berlandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya
adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan
mengoptimumkan hasil pembelajaran.
Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan
empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains
untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah. Mata-
mata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah menengah atas.
Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains
Tambahan.
Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan sekolah
menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas
sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan
mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Sains untuk
sekolah menengah atas pula di samping menghasilkan murid yang
celik sains dan inovatif juga menyediakan murid untuk menceburi
diri dalam bidang sains dan teknologi yang lebih umum. Manakala
mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan
murid yang lebih cenderung, minat dan berupaya dalam bidang
sains untuk menceburi diri dalam kerjaya bidang sains dan teknologi
2
-
9sukatan pelajaran biologi kbsm
yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi
sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang
memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
Biologi adalah satu bidang dalam sains yang mengkaji tentang
hidupan, persekitaran, interaksi antara hidupan dengan persekitaran
dan fenomena yang berkaitan dengannya. Perkembangan dalam
bidang biologi berlaku dengan begitu pesat terutama dalam bidang
bioteknologi, kejuruteraan genetik dan teknologi makanan.
Perkembangan ini memesatkan lagi sumbangan terhadap kemajuan
dalam bidang perubatan, pertanian dan perindustrian yang secara
langsung atau tidak langsung mempengaruhi kehidupan manusia.
Oleh itu, ilmu biologi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka dapat
menangani perubahan yang berlaku dan memberi sumbangan
terhadap perkembangan ilmu demi menjamin kemandirian hidupan.
Mata pelajaran Biologi merupakan satu program yang
dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk murid tingkatan empat
dan lima sekolah menengah atas. Ia bertujuan untuk membolehkan
murid memahami bidang biologi dengan lebih mendalam daripada
aspek teori, konsep dan aplikasinya dalam kehidupan harian.
Pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran berkaitan
dengan biologi menyediakan murid untuk memahami
tanggungjawabnya sebagai pengurus alam demi keharmonian dan
kesejahteraan hidupan sejagat. Mata pelajaran ini menyediakan murid
dengan asas pendidikan biologi untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang biologi dan bidang yang memerlukan pengetahuan dan
kemahiran yang berkaitan dengan biologi di peringkat yang lebih tinggi
serta ke kerjaya yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
3
-
10
sukatan pelajaran biologi kbsm
Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan
Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). SP
menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan
kurikulum secara umum sementara HSP memperincikan lagi
kehendak kurikulum mengikut tingkatan. HSP terdiri daripada
maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan
ringkas tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran
saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi pengajaran dan
pembelajaran dan isi kandungan. Isi kandungan ini memberi
spesifikasi tentang kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang
dihasratkan dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Di samping itu
bahan sokongan kurikulum yang bertujuan untuk membantu guru
melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan juga disediakan.
MATLAMAT
Kurikulum Biologi bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang biologi dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan
sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru, murid
mempunyai landasan biologi untuk melanjutkan pelajaran di samping
mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan
masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab
terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.
4
-
11
sukatan pelajaran biologi kbsm
OBJEKTIF
Kurikulum Biologi membolehkan murid:
1. Memperoleh pengetahuan tentang konsep dan prinsip biologi
dan menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena
alam dan pengalaman harian.
2. Memahami pengetahuan biologi dan aplikasi dalam bidang sains
dan teknologi dan kehidupan harian.
3. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.
4. Mengaplikasikan pengetahuan biologi, kemahiran berfikir dan
kemahiran saintifik secara analitis dan kreatif untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional
dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu biologi dalam
kehidupan harian.
5. Menggunakan pengetahuan biologi untuk meningkatkan taraf
kesihatan dan kesejahteraan diri.
6. Menyedari kepentingan saling hubungan antara hidupan,
perhubungan hidupan dengan persekitaran dan kepentingan
pengurusan alam sekitar yang bijak demi menjamin kemandirian
hidupan.
7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
8. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak
dan berkesan.
9. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan
bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains
dan teknologi.
10. Menyedari bahawa segala pengetahuan yang diperolehi melalui
kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk
memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam
berasaskan kemampuan dan keupayaan akal.
5
-
12
sukatan pelajaran biologi kbsm
ORGANISASI KURIKULUM
Kurikulum Biologi disusun atur mengikut tema. Setiap tema
mengandungi beberapa bidang pembelajaran. Setiap bidang
pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran yang
dikonsepsikan berdasarkan tema dan bidang pembelajaran yang
berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan kepada aras yang
merangkumi objektif pembelajaran yang mengintegrasikan
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan
strategi berfikir, kemahiran saintifik serta penerapan sikap saintifik
dan nilai murni.
Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap
hasil pembelajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti
pembelajaran mengutamakan pembelajaran yang mampu
mendorong murid berfikir dan memperkembangkan minda mereka
dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan
pengetahuan sains dan teknologi. Pembelajaran berfikrah ini boleh
berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, sains teknologi
dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme,
pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna.
Pendekatan ini merangkumi kaedah seperti eksperimen,
perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.
Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan
pembelajaran sains juga digalakkan.
Kemahiran memilih, menganalisis dan menilai maklumat
daripada pelbagai sumber turut diperkembangkan melalui kurikulum
ini. Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atau sumber
6
-
13
sukatan pelajaran biologi kbsm
elektronik. Dalam aspek ini teknologi khususnya teknologi maklumat
digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.
Kemahiran Saintifik
Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji
dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah
serta membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran saintifik
terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang
menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik.
Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan
pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir
secara berkesan.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalamkurikulum sains adalah: Memerhatikan Mengelaskan Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Berkomunikasi Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan data Mendefinisikan secara operasi Mengawal pemboleh ubah Membuat hipotesis Mengeksperimen
7
-
14
sukatan pelajaran biologi kbsm
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam
penyiasatan sains yang membolehkan murid:
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sainsdengan betul.
Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
Kemahiran Berfikir
Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang
baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir
murid. Pada masa yang sama, pembelajaran sains memerlukan
penggunaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran
berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran berfikir kritis dan
kemahiran berfikir kreatif.
Sikap Saintifik dan Nilai Murni
Pengalaman pembelajaran biologi boleh memupuk sikap dan nilai
positif dalam diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni
semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara
bersahaja atau secara terancang. Dalam kurikulum ini, objektif
pembelajaran untuk domain afektif dijadikan Hasil Pembelajaran yang
khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai objektif pembelajaran
ini dicadangkan.
8
-
15
sukatan pelajaran biologi kbsm
Kandungan Pengetahuan
Kandungan Kurikulum Biologi terdiri daripada lima tema iaitu:
A. Pengenalan kepada biologi.
B. Menyiasat sel sebagai unit asas kehidupan.
C. Menyiasat fisiologi kehidupan.
D. Menyiasat pewarisan dan variasi dalam kehidupan.
E. Menyiasat hidupan dan perhubungan dengan persekitaran.
Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan dan
kesepaduan antara pelbagai pengetahuan dalam bidang biologi.
Kesemua tema ini merangkumi disiplin ilmu biologi yang diperlukan
oleh murid untuk pendidikan peringkat menengah atas. Di samping
itu pendekatan ini menyepadukan pemerolehan pengetahuan,
penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan sikap saintifik dan
nilai murni. Kesepaduan unsur ini dapat memberi kefahaman yang
lebih bermakna dalam pembelajaran biologi.
Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tema:
A. Pengenalan kepada Biologi
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang biologi dan
kaedah saintifik dalam menjalankan sesuatu penyiasatan. Tema ini
juga memberi fokus kepada sikap saintifik dan nilai murni.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut:
1. Memahami biologi.
2. Kaedah saintifik.
3. Sikap saintifik dan nilai murni.
9
-
16
sukatan pelajaran biologi kbsm
B. Menyiasat Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai
blok binaan yang unik dan berfungsi, serta perhubungan yang
harmoni antara struktur dengan fungsi sel. Tema ini juga memberi
tumpuan kepada pergerakan bahan merentas membran plasma,
komposisi kimia dalam sel, pembahagian sel dan organisasi sel.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut:
1. Struktur sel dan fungsi bahagian sel
Struktur sel haiwan dan sel tumbuhan. Fungsi bahagian sel haiwan dan sel tumbuhan. Perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan. Kepadatan organel dengan fungsi sel.
2. Pergerakan bahan merentas membran plasma
Keperluan bahan merentas membran plasma. Sifat membran plasma sebagai membran separa telap. Pengangkutan pasif dan pengangkutan aktif. Resapan, osmosis, plasmolisis, hemolisis dan krenasi. Larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik.
3. Komposisi kimia dalam sel
Unsur dan sebatian kimia dalam sel. Enzim, ciri umum enzim, faktor yang mempengaruhi aktiviti
enzim, mekanisme tindakan enzim dan penggunaan enzim
dalam industri dan kehidupan harian.
10
-
17
sukatan pelajaran biologi kbsm
4. Pembahagian sel
Fasa kitar sel. Mitosis. Meiosis. Aplikasi mitosis dalam pertanian.
5. Organisasi sel
Organisma unisel. Pengkhususan sel dan organisasi sel dalam organisma multisel. Pengawalaturan persekitaran dalam untuk sel berfungsi dengan
sempurna.
C. Menyiasat Fisiologi Kehidupan
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang proses fisiologi
yang berlaku dalam hidupan. Keperluan hidupan kepada proses
fisiologi iaitu nutrisi,respirasi, pengangkutan, pergerakan, sokongan,
koordinasi, gerak balas, pembiakan dan pertumbuhan untuk hidup
dan berfungsi diberi penekanan supaya murid dapat memahami
perhubungan antara struktur dengan fungsi dalam setiap proses
fisiologi tersebut. Kefahaman tentang proses fisiologi turut
menyumbang kepada perkembangan bidang sains dan teknologi.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut:
1. Nutrisi
Jenis nutrisi: autotrof dan heterotrof. Kelas makanan. Gizi seimbang dan keperluan tenaga harian. Pengambilan gizi yang tidak seimbang. Pencernaan makanan: sistem pencernaan dan proses
pencernaan makanan.
11
-
18
sukatan pelajaran biologi kbsm
Penyerapan makanan dan proses asimilasi. Penyahtinjaan. Keperluan nutrien dalam tumbuhan: makronutrien dan
mikronutrien, kesan kekurangan makronutrien dan mikronutrien.
Fotosintesis: perkembangan ke arah penemuan fotosintesis,struktur daun dan fungsi bahagian daun, penyesuaian daun,
mekanisme fotosintesis dan faktor yang mempengaruhi kadar
fotosintesis.
Teknologi dalam pengeluaran makanan: peningkatan kualiti dankuantiti makanan.
Perkembangan teknologi dalam pemprosesan makanan:keperluan pemprosesan makanan, teknologi pemprosesan
makanan, kepelbagaian penggunaan makanan yang diproses.
2. Respirasi
Proses respirasi dalam penghasilan tenaga: keperluan tenaga,respirasi aerob dan respirasi anaerob.
Struktur respirasi dalam manusia dan haiwan. Mekanisme pernafasan. Pertukaran gas dan pengangkutan gas dalam manusia. Mekanisme kawal atur kandungan oksigen dan karbon dioksida
dalam badan.
Gerak balas manusia daripada aspek respirasi dan kadarpernafasan terhadap keadaan berbeza.
Respirasi pada tumbuhan: perbandingan proses fotosintesisdengan proses respirasi.
12
-
19
sukatan pelajaran biologi kbsm
3. Pengangkutan
Sistem pengangkutan organisma multisel yang kompleks:keperluan sistem pengangkutan dan ciri sistem pengangkutan.
Sistem peredaran darah: darah, hemolimfa, sistem peredarandarah manusia dan haiwan dan daya yang menyebabkan
peredaran darah manusia.
Pembekuan darah: mekanisme pembekuan darah, keperluanpembekuan darah dalam sistem peredaran tertutup dan masalah
pembekuan darah.
Sistem limfa: struktur sistem limfa, peranan sistem limfa dalam
pengangkutan bahan, peredaran limfa dan perhubungan sistem
limfa dengan sistem peredaran darah.
Peranan darah dan sistem limfa dalam pertahanan badan: jenis
leukosit, peranan leukosit, proses fagositosis, keimunan,
pengimunan, antigen dan antibodi.
Sistem vaskular dalam tumbuhan: keperluan pengangkutan
bahan dalam tumbuhan, struktur sistem vaskular dan kesesuaian
struktur xilem dan floem dengan fungsi pengangkutan.
Proses pergerakan air dan pengangkutan bahan organik dalamtumbuhan.
Transpirasi dan translokasi: faktor yang mempengaruhi kadartranspirasi, kepentingan transpirasi dan translokasi dalam
tumbuhan.
4. Pergerakan dan sokongan
Keperluan pergerakan dan sokongan pada manusia dan haiwan. Sistem rangka.
Tindakan otot, ligamen dan tendon semasa pergerakan. Mekanisme pergerakan manusia dan haiwan. Masalah berkaitan pergerakan dan sokongan. Sokongan dalam tumbuhan akuatik dan tumbuhan darat.
13
-
20
sukatan pelajaran biologi kbsm
5. Koordinasi dan gerak balas
Keperluan organisma hidup bergerak balas terhadaprangsangan.
Koordinasi saraf: otak, saraf tunjang, jenis neuron, sinaps,proses penghantaran maklumat, tindakan terkawal, tindakan
luar kawal dan tindakan refleks.
Koordinasi kimia: keperluan hormon dalam manusia dantumbuhan, sistem endokrin, hormon dan fungsi hormon.
Penggunaan hormon dalam perubatan dan pertanian. Kesepaduan antara sistem saraf dan sistem kimia. Homeostasis: proses pembentukan air kencing,
pengosmokawalaturan ginjal, proses suap balik n e g a t i f ,
pengawalaturan suhu badan dan pengawalaturan aras gula
darah.
Kesan penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol
kepada koordinasi dan gerak balas.
6. Pembiakan dan pertumbuhan
Proses pembentukan gamet: gamet jantan, gamet betina,peringkat perkembangan pembentukan gamet, proses
oogenesis dan spermatogenesis.
Peranan hormon dalam kitar haid, kesan ketakseimbanganhormon dan putus haid.
Perkembangan pranatal manusia: persenyawaan nukleus,perkembangan zigot, penempelan, kembar seiras, kembar tak
seiras, struktur dan fungsi plasenta dan struktur tali pusat.
Persenyawaan ganda dua: perkembangan debunga,perkembangan pundi embrio dalam ovul, dua nukleus jantan,
nukleus endosperma, pembentukan zigot dan kemandirian
tumbuhan berbunga.
14
-
21
sukatan pelajaran biologi kbsm
Konsep pertumbuhan. Lengkung pertumbuhan: bentuk lengkung pertumbuhan, fasa pada
lengkung pertumbuhan dan perhubungan antara bentuk lengkung
pertumbuhan dengan proses pertumbuhan .
Pertumbuhan primer dan sekunder: kepentingan pertumbuhanprimer, keperluan pertumbuhan sekunder, proses pertumbuhan
sekunder dan kelebihan tumbuhan yang mengalami pertumbuhan
sekunder daripada segi ekonomi.
Kepentingan penggunaan teknologi berkaitan dengan pembiakan.
D. Menyiasat Pewarisan dan Variasi dalam Kehidupan
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang pewarisan dan
variasi dalam hidupan. Kunci pewarisan di dalam nukleus sesuatu
sel ialah dalam unit gen yang dibawa oleh struktur kromosom.
Pemindahan unit gen ini daripada satu generasi kepada generasi yang
baru dikawal oleh proses pewarisan. Gen adalah unit yang mengawal
ciri tertentu dalam semua hidupan. Gen untuk sesuatu ciri mungkin
wujud dalam beberapa bentuk yang berbeza yang menyebabkan
variasi pada sesuatu ciri.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut:
1. Pewarisan
Hukum Mendel I dan Hukum Mendel II: faktor pewarisan, ciridominan, ciri resesif, gen, alel, gen dominan, gen resesif, fenotip,
genotip, homozigot, heterozigot, kacukan monohibrid, pewarisan
monohibrid, kacukan dihibrid dan pewarisan dihibrid.
15
-
22
sukatan pelajaran biologi kbsm
Konsep pewarisan: pewarisan kumpulan darah manusia,autosom, kromosom seks, perbandingan kariotip manusia
normal dengan sindrom Down, penentuan seks anak dan
pewarisan terangkai seks.
Gen dan kromosom: struktur kromosom, struktur asiddeoksiribonukleik, struktur nukleotida, perhubungan antara gen
dengan kromoson dan aplikasi pengetahuan genetik dalam
kehidupan.
2. Variasi
Jenis variasi dan perbandingan antara variasi selanjar denganvariasi tak selanjar.
Punca variasi: proses penggabungan semula genetik, mutasikromosom, mutasi gen, punca mutasi, interaksi antara faktor
genetik dan faktor persekitaran serta keperluan variasi dalam
kemandirian spesies.
E. Menyiasat Hidupan dan Perhubungan dengan Persekitaran
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sesuatu
ekosistem. Perhubungan yang berlaku di antara komponen biosis
dengan komponen abiosis di dalam sesuatu ekosistem yang dinamik.
Murid juga menjalankan kajian ekologi populasi dengan teknik
persampelan yang sesuai. Semua hidupan hidup dalam pelbagai
ekosistem yang mempunyai perhubungan rapat antara satu sama
lain serta dengan persekitaran. Gangguan pada satu spesies akan
membawa kesan kepada beberapa spesies yang lain. Gangguan
pada persekitaran juga akan memberi kesan kepada pelbagai
ekosistem. Pentingnya kesedaran kepada pengurusan pembangunan
16
-
23
sukatan pelajaran biologi kbsm
dan pengurusan ekosistem yang baik untuk mengekalkan
keseimbangan alam.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut:
1. Ekosistem dinamik
Komponen biosis, komponen abiosis, aras trof dan interaksi antarakomponen biosis.
Proses pengkolonian dan proses sesaran dalam ekosistem. Ekologi populasi: teknik persampelan, saiz populasi dan taburan
populasi.
Biokepelbagaian: pengertian biokepelbagaian, kepentinganbiokepelbagaian, hierarki pengelasan organisma, sistem bino-
mial Linnaeus dan kegunaannya dalam penamaan organisma.
Mikroorganisma: jenis mikroorganisma, komponen abiosis yangmempengaruhi aktiviti mikroorganisma, mikroorganisma yang
berfaedah dan berbahaya, patogen, vektor dan gejala penyakit
tertentu, cara jangkitan penyakit, kaedah pengawalan patogen
dan penggunaan mikroorganisma dalam bioteknologi.
2. Ekosistem terancam Impak aktiviti manusia ke atas ekosistem. Kesan pembangunan kurang terancang dan salah pengurusan
ke atas ekosistem.
Pencemaran: jenis pencemaran, punca pencemaran dan kesanpencemaran.
Fenomena kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon danpemanasan global ke atas ekosistem.
17
-
24
sukatan pelajaran biologi kbsm
Pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem untukmengekalkan keseimbangan alam: keperluan pembangunan, isu
pertambahan penduduk dan langkah dalam pengurusan
pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan
keseimbangan alam.
18