-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
1/60
BAHAGIAN B
(a) Dari perspektif Islam, Al-Ghazali menyatakan tentang dua unsur berkaitan
dengan keperluan manusia, iaitu
(i) ___________________________________________________
(ii) ___________________________________________________
(b) Nyatakan tiga cara bagaimana seseorang guru dapat membantu semasa
proses pertumbuhan dan perkembangan sosial muridnya.
(i) ___________________________________________________
(ii) ___________________________________________________
(iii) ___________________________________________________
(c) Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak kelihatan dalam aktivitisosialisasi kanak-kanak seperti
(i) ___________________________________________________
(ii) ___________________________________________________
(iii) ___________________________________________________
2. (a) Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang
mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh
diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.
(Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia)
Nyatakan enam kategori masalah pembelajaran.
(i) ___________________________________________________
(ii) ___________________________________________________
(iii) ___________________________________________________
(iv) ___________________________________________________
(v) ___________________________________________________
(vi) ___________________________________________________
(b) Nyatakan lima perwatakan fizikal kanak-kanak Sindrom Down.
(i) ___________________________________________________
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
2/60
(ii) ___________________________________________________
(iii) ___________________________________________________
(iv) ___________________________________________________
(v) ___________________________________________________
3. (a)__ Perkembangan manusia meliputi aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial
dan rohani.
____ Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia.
____ i. baka
____ ii. persekitaran
(b)__ Menurut Robert Havighurst (1952) perkembangan kanak-kanak
dipengaruhi oleh beberapa faktor.
____ Nyatakan 3 faktor yang membentuk perkembangan kanak-kanak.
____ i. budaya / persekitaran
____ ii. biologi
____ iii. sosial
(c) Anda mendapati seorang murid mempunyai tanda-tanda konsep
kendiri negatif, iaitu dia memencilkan diri daripada rakan-rakannya, kurang
yakin diri dan terlalu sensitif terhadap teguran.
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, jelaskan lima cara
anda boleh membantu murid tersebut membentuk konsep kendiri positif.
i. membina keyakinan diri : mukrid perlu mengetahui kekuatan dan
kelemahan mereka. Murid lemah dalam sesuatu bidang adalah cemerlang dalam
bidang lain.
ii.___ mengelola aktiviti pembelajaran yang sesuai : guru merancang
aktiviti P&P yang sesuai dengan kebolehan dan minat mereka.
iii. memberi motivasi dengan menggunakan ujian dan ganjaran :
guru menggunakan pujian dan ganjaran bagi menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan terhadap hasil kerja murid.
iv. menganjurkan kem motivasi dan kem bina semangat : kem
dikelolakan untuk murid lemah pencapaian akademik supaya dapat membentuk
konsep kendiri positif.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
3/60
v. bekerjasama dalam kumpulan
4. (a) Dua ciri tingkah laku kanak-kanak autisme ialah:
i. Perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung
ii. Sukar diajak bercakap
iii. Suka bersendirian
iv. Sensitif pada sentuhan
v. Tidak suka bermain dengan rakan sebaya
vi. Berada dalam dunia mereka sendiri
(b) Huraikan empat cara bagaimana seseorang guru boleh menggalakkan
perkembangan sosio-emosi positif kanak-kanak dalam bilik darjah.
____ i. Gunakan cara belajar melalui bermain yang terancang untuk
membolehkan pembelajaran yang meyeronokkan
____ ii. Mengajar kanak-kanak memahami hak-hak orang lain
____ iii. Guru memberikan pujian dan peneguhan positif untuk
memotivasikan kewujudan sosio-emosi yang baik
____ iv. Guru menjadi role model dengan menunjukkan sikap prososial
dan kemahiran beremosi semasa mengajar
5. (a) Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatifkerana ia tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku (Atan Long, 1980).
____ Beri tiga sebab mengapa dikatakan perkembangan bersifat kualitatif.
____ i. Perkembangan perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri
seorang
____ ii. Perkembangan adalah hasil dari pembelajaran
____ iii. Perkembangan adalah hasil dari pengalaman dan kematangan
____ iv. Penyesuaian dirinya dengan persekitaran
____ v. Bagaimana seseorang berubah mengikut peredaran masa
____ vi. Perkembangan melibatkan personaliti, sosial, kognitif serta
bahasa
(b)__ Cikgu Alif seorang guru yang ditugas menjalankan aktiviti kokurikulum
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
4/60
di sekolah rendah.
____ Apakah tiga perkara yang Cikgu Alif perlu mengambil kira semasa
merancang untuk mengajar pelajar yang berbeza dari segi perkembangan fizikal?
____ i. Jenis kemahiran sesuai mengikut unur dan tahap
____ ii. Guru perlu peka tentang proses perubahan yang mengikut
peraturan semula jadi
____ iii. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sesuai dengan keupayaan fizikal
pelajar
____ iv. Aktiviti mesti berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia
ada pelajar
____ v. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap
perkembangan fizikal kanak-kanak
(c)__ Nyatakan dua sebab mengapa pentingnya guru mengenali personaliti
murid.
____ i. Merancang penggunaan strategi pembelajaran yang sesuai
____ ii. Mengenal pasti potensi murid yang berbeza
____ iii. Membina personaliti murid yang unggul
____ iv. Mengendalikan personaliti murid yang berbeza
6. (a)__ Terdapat pelajar yang bermasalah pembelajaran berada di kelas
normal. Bagaimanakah pelajar normal menyesuaikan diri mereka supaya boleh
berinteraksi dengan pelajar berkenaan?
____ i. Elak menyebut perkara yang sensitif tentang kecacatan mereka.
Contohnya : jangan guna perkataan yang menyentuh perasaan
____ ii. Menganggap pelajar berkenaan mempunyai hak yang sama
seperti pelajar normal. Contohnya : dapat berkongsi penggunaan kemudahan bilik
darjah
____ iii. Melibatkan diri dalam aktiviti sekolah tanpa mengira status.Contohnya : boleh memegang jawatan seperti pelajar normal
(b)__ Sebagai seorang kanak-kanak pintar cerdaas, kemukakan lima
cadangan bagaimana guru boleh membantu beliau mencapai objektif
pembelajaran.
____ i. Membantu mengadaptasi bahan kurikulum dan teknik mengajar
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
5/60
untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas
____ ii. Mengubahsuai tugas untuk memenuhi keperluan murid
____ iii. Membantu memperkembangkan tingkah laku dan akademik murid
____ iv. Menyediakan sumber bahan pembelajaran yang relevan dengantahap keintelektualannya
____ v. Mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel berorientasikan
pencapaian akademik
____ vi. Mengwujudkan interaksi sosial yang sihat di antara pelajar pintar
dengan pelajar normal
____ vii. Menggunakan model pengajaran bertumpukan potensi murid
dalam mencapai pendidikan seimbang dan hasilan tingakh laku yang seimbang
7. (a)__ Senaraikan dua perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak.
i. Pertumbuhan berbentuk kuantitatif. Perkembangan berbentuk
kualitatif
____ ii. Pertumbuhan emosi bermaksud mempunyai emosi
____ Perkembangan emosi bermaksud dapat mengurus emosi
(b)__ Nyatakan tiga cara persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak.
____ i. Rakan sebaya boleh mempengaruhi minat kanak-kanak dalam
pencapaian akademik
____ ii. Ibu bapa yang memukul anak mereka boleh mempengaruhi
perkembangan personaliti yang ganas
____ iii. Peluang untuk menonton telivisyen mempengaruhi
perkembangan bahasa
8. (a)__ Menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap
persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses pentingdalam pembinaan kefahaman terhadap persekitaran ialah organisasi dan adaptasi.
____ Jelaskan dua cara bagaimana adaptasi dilakukan.
____ i. Asimilasi : menerap pengalaman baru dengan pengalaman lama
____ ii. Akomodasi : mengadaptasi keperluan situasi dan menyesuaikan
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
6/60
dengan struktur kognitif supaya ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan ke tahap
lebih tinggi
(b)__ Sebagai seorang guru sekolah rendah, anda haruslah tumpukan
perhatian terhadap pembelajaran kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit
serta memahami kebolehan mereka.
Bagaimanakah anda dapat membantu murid-murid dalam memahami
konsep yang diajar dengan berkesan?
_____ i. Kaitkan dengan situasi sebenar
_____ ii. Pengenalan konsep harus dikaitkan dengan contoh-contoh yang
konkrit
_____ iii. Libatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran
9. (a)___ Carl Jung mengklasifikasikan personaliti kepada tiga jenis iaituekstrovert, introvert dan ambivert. Jelaskan ketiga-tiga jenis personaliti tersebut.
_____ i. Ekstrovert : Merujuk kepada pelajar berkebolehan dan
kecerdasan kognitif, suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra,
kreatif dan lebih bersifat terbuka
_____ ii. Introvert : Merujuk kepada personaliti yang tidak menyenangi
bersama orang lain, lebih suka menyendiri, tidak suka dengan orang baru, tidak
suka berbicara di depan umum, kurang percaya diri, pemalu dan pendiam
_____ iii. Ambivert : Merujuk kepada pelajar yang mempunyai ciri
gabungan ekstrovert dan introvert, seperti pelajar yang pintar aktif tetapi lebih
cenderung belajar bersendirian daripada berkumpulan
(b)___ Huraikan bagaimana guru dapat menggunakan teori personaliti untuk
membantu mengatasi murid bermasalah.
_____ i. Beri perhatian kepada pelajar yang bermasalah supaya mereka
dapat merasa diberi perhatian oleh guru sama seperti pelajar lain.
_____ ii. Memahami masalah pelajar serta memberi bimbingan dan
dorongan dalam mencapai matlamat hidup seperti cita-cita, keperluan, perasaan,
kebolehan, kemahiran dan perancangan diri.
10. (a)___ Nyatakan empat ciri kanak-kanak yang mempunyai malash
pengelihatan.
_____ i. Pengelihatan terbatas
_____ ii. Buta
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
7/60
_____ iii. Tahap pengelihatan berada di antara 20/70 atau 20/200 dengan
penggunaan lensa
_____ iv. Pengelihatan terhad kepada objek yang dekat
_____ v. Lebih bergantung kepada pendengaran dan sentuhan
_____ vi. Kecerdasan normal
_____ vii. Kadang-kadang mempunyai masalah pendengaran
_____ viii. Perkembangan psikomotor agak terhad
_____ ix. Mempunyai konsep kendiri rendah
(b)___ Cadangkan tiga cara guru membantu kanak-kanak masalah
pengelihatan dalam pengajaran dan pembelajaran.
_____ i. Menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz cetakanyang besar
ii. Menggunakan bahan audio untuk membantu pembelajaran
iii. Menyediakan bahan bacaan yang jelas
iv. Memberikan aktiviti hands-on
v. Semasa menulis di papan putih, guru boleh menyebut secara
lisan, bahan yang ditulis
11. (a)___ Senaraikan dua perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhankanak-kanak.
Pertumbuhan
Perkembangan
Perubahan bersifat kuantitatif
Perubahan bersifat kualitatif
Jasmani saiz, berat, bilangan giri bertambah
Jasmani bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti motor halus /
kasar, merangkak, lari, lompat
Sosial mula berinteraksi dengan ahli di luar keluarga seperti jiran, rakan sebaya,
guru dll.
Mental perkembangan kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran,
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
8/60
penaakulan, bentuk konsep, ingatan
Emosi tumbuh perasaan suka, duka, marah, sayang, cemburu dll.
Sosial menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan, peranannya, disiplin
kumpulan, penyesuaian dengan rakan
Emosi tumbuh perasan suka, duka, marah, sayang, cemburu dll.
Emosi berupaya menguasai perasaan, mengawal perasaan ketika marah /
cemburu dll.
(b)___ Cikgu Aini sedang merancang aktiviti untuk membantu
perkembangan fizikal murid-muridnya yang berada pada peringkat umur 7 12
tahun. Cadangkan tiga aktiviti yang boleh Cikgu Aini jalankan.
Bermain alat-alat muzik
Melukis
Bermain bola
Aktiviti senaman
Bermain
Bersukan
Menari
Berenang
12. Jean Piaget membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap
dan perlu diambil kira oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(a) Huraikan tiga implikasi teori perkembangan Piaget terhadap
perkembangan kognitif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
Memeringkatkan isi dari senang ke sukar, konkrit ke abstrak, yang diketahui kepada
sesuatu yang baru
Pengetahuan baru dan kompleks boleh digunakan untuk mengubah sruktur kognitif
(skemata) untuk proses akomodasi dan asimilasi
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
9/60
Perkembangan individu berlaku pada kadar yang berbeza, oleh itu guru perlu kenal
pasti peringkat perkembangan murid
Melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(b) Cadangkan dua aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh seorang guru bagi
memperkembangkan kanak-kanak di peringkat pra operasi.
Pra-operasi (2 7 tahun) awal kanak-kanak
Mula guna simbol aktiviti mengenal huruf, perkataan yang mudah dan gambar
atau isyarat
Mula berbahasa aktiviti membaca, bertutur, aktiviti menulis, aktiviti melukis
Berinteraksi dan berkomunikasi aktiviti bermain (pretend play), main peranan
Boleh mengingat semula peristiwa aktiviti bercerita
Guna ABM konkrit
Arahan yang jelas dan ringkas
Galakkan aktiviti hands-on
Pelbagaikan aktiviti
13. (a) Nyatakan empat ciri murid yang mempunyai personaliti ekstrovert.
Berani mencuba
Pandangan terbuka
Mudah bersosialisasi dengan orang lain
Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain
Suka aktiviti lasak
Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
10/60
(b) Berikan tiga cara bagaimana guru dapat membantu murid membentuk
konsep kendiri positif.
Guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap murid melalui komunikasi
berkesan
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid
Guru perlu memberi sokongan dan dorongan serta membimbing dan menasihati
murid agar mereka berkebolehan dan berkeyakinan
Guru perlu menyediakan aktiviti luar bilik darjah seperti gerak kerja kokurikulum,
berkumpulan, kepimpinan dan sebagainya
Memberi peneguhan yang bersesuaian
14. (a) Senaraikan empat ciri kanak-kanak yang bermasalah disleksia
Tidak dapat membezakan, membuat interpretasi / ingat perkataan yang dilihat
Sukar membaca / tersekat-sekat dalam bacaannya / tidak dapat membaca langsung
Mempunyai kadar pengamatan yang lambat
Cenderung kepada kebalikan huruf (b,d) atau songsangan huruf (spa , sap)
Lemah dalam ejaan dan tulisan
Kurang kesedaran dan minat terhadap buku
(b) Cadangkan tiga cara seseorang guru dapat menolong kanak-kanak
bermasalah disleksia dalam kelas yang normal.
Gunakan perkataan mudah suai yang khas
Gunakan komputer bercakap dalam P&P kanak-kanak tersebut
Gunakan CD rom
Gunakan pita rakaman untuk merakam maklumat
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
11/60
Berikan masa lebih lama untuk menyelesaikan tugasannya
15. Persekitaran menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian
manusia. Berikan empat daripada lima aspek perbezaan individu berserta
huraiannya.
i. Latar belakang keluarga. Didikan dan asuhan ibubapa dengan cara yang
betul seperti suasana isi rumah yang mesra dan penuh kasih sayang, serta
makanan yang berzat dan seimbang.
ii. Pengaruh rakan sebaya seperti rakan yang baik akhlaknya dan tinggi
kecerdasannya dapat membantu membentuk keperibadian positif.
iii. Sumber teknologi seperti maklumat yang diperoleh daripada bahan
bacaan seperti surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet.
iv. Guru dan sekolah. Guru yang penyayang, cekap menguruskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan murid yang berilmu,
berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
16. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur
daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Nyatakan lima ciri pertumbuhan
beserta huraiannya.
i. Petumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur.
ii. Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar
secara fizikal.
iii. Saiz otak dan organ dalaman bertambah. Pertambahan saiz otak memberi
kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. Oleh itu,
pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal.
iv. Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan,
kesihatan ibubapa dan persekitaran individu tersebut.
v. Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan ia berlaku
peringkat demi peringkat.
17. Nyatakan peringkat-peringkat perkembangan fizikal .
Prenatal
Bayi (lahir hingga 2 tahun )
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
12/60
Awal kanak-kanak (2-6 tahun)
Kanak-kanak (7-12 tahun)
Awal remaja (12-15 tahun)
18. Nyatakan perkembangan kognitif kanak-kanak peringkat Pra Operasi (2-7tahun)
Mula menggambar dan merancang skema
Mewakili sesuatu dengan symbol mental iaitu dengan bahasa, gambar atau isyarat
Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding
dua peristiwa yang berlaku
Permainan membayangkan (pretend play)
Pemahaman kanak-kanak menganai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampakjelas dan nyata
19. Bagaimanakah ibubapa boleh membantu perkembangan bahasa pada
peringkat bayi?
Berbual dengan bayi,dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa
Bercakap dengan bayi,seolah-olah mereka memahami apa yang dicakapkan
Gaya bahasa yang sesuai atau selesa untuk berkomunikasi dengan bayi
20. (a) Bagaimanakah ibu bapa boleh membantu perkembangan bahasapada peringkat kanak-kanak?
Teruskan bercakap dan berbual dengan kanak-kanak
Luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak-kanak
Elakkan mengejak kanak-kanak ketika bercakap
Elakkan membandingkan kanak-kanak dengan rakan sebaya
(b) Nyatakan 3 kemahiran bahasa setelah kanak-kanak meningkat
remaja?
Memanipulasikan bahasa kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi
dan sebagainya
Kemahiran menulis berkembang
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
13/60
Mencipta dialek mereka sendiri
21. (a) Berikan tiga daripada lapan peringkat perkembangan psikososial
Erikson.
asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan
autonomi lawan keraguan
inisiatif lawan rasa bersalah
industri lawan rasa rendah diri
identity lawan kekeliruan identiti
keintiman lawan keasingan
generativiti lawan kekakuan
integriti lawan kekecewaan
(b) Masalah Kecacatan Fizikal
Kanak-kanak mengalami ketidakupayaan fizikal
Gaya tubuh badan yang tidak seimbang dan menggigil
Boleh berbentuk neurologi -otak dan urat saraf
Kelukaan ortopedik - luka pada tulang,sendi,otot
Mengalami masalah sendi yang kaku dan tidak ada koordinasi
22. Pengertian konsep personaliti adalah ciri dinamik dan tersusun yang dimiliki
oleh individu secara unik.
(a) Nyatakan tiga jenis personaliti dan huraikan.
i. Ekstrovert
- Lebih kepada dunia luaran dari dalaman
- Aktif, rileks, mudah bercakap
ii. Introvert
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
14/60
- Menumpukan aspek dalaman
- Sifat pemalu, sensitif, pasif
iii. Ambivert
- Mempunyai ciri Ekstravert dan Introvert
(b) Nyatakan enam jenis pengelasan perkembangan personaliti oleh Eduard
Spranger.
Kognitif Seorang berintelek
Berekonomi Cenderung kepada aspek yang praktik
Keindahan Cenderung menghayati keindahan
Bermasyarakat Suka berkawan
Berkuasa Politik Kemahuan menguasai orang lain
Beragama Mencari perpaduan di antara alam dan manusia
23. (a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
personaliti individu.
pola genetik pada persenyawaan
Faktor Pengalaman Awal
Latar belakang sekolah
Pengaruh keluarga
Peranan Media
Pemakanan
Pengaruh sosiobudaya
(b) Takrifkan konsep kendiri positif.
Konsep kendiri positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri
sendiri secara lebih sihat,mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak
terlalu sensitif. Konsep kendiri positif juga meliputi sikapmenerima kritikan orang
lain dengan fikiran terbuka dan memberikan pandangan jika wujud keadaan yang
tidak baik dan tidak stabil.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
15/60
24. (a) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
seseorang.
Baka merujuk kepada ciri ciri biologi atau gen- gen yang diperturunkan melalui
ibubapa kepada anak anak. Trait yang diwarisi daripada ibubapa terkandung
dalam gen ini. Ia menguasai perkembangan manusia dan adlah unit bagi setiap
individu. saiz, bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata adalah faktor
baka yang individu warisi daripada ibubapa.
Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu hadapi
dirumah, jiran, sekolah dan masyarakat. Ini juga termasuk pengalaman sebelum
dan selepas kelahiran. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan
kesihatan ibubapa.
(b) Terangkan mengenai genetik tingkah laku.
Genetik tingkah laku adalah bidang yang mengkaji peranan baka dan persekitaran
dalam perkembangan individu. kajian keatas kembar seiras dan anak angkat
menunjukkan faktor persekitaran memainkan peranan dalam perkembangan
mereka pada peringkat awal tetapi pengaruh baka lebih menonjol apabila mereka
meningkat dewasa.
25. Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit berkebolehan berfikir secara
logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit.
(a) Nyatakan tiga prinsip asas konsep pengekalan(conservation).
Prinsip identiti mereka tahu sekiranya tiada bilangan yanag ditambah atau
dikurangkan, bilangan/amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah
Prinsip ganti rugi - mereka tahu sesuatu sesuatu perubahan pada satu segi akan
diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain
Prinsip keterbalikan pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental
kepada keadaan asal semula
(b) Senaraikan empat perkembangan fizikal kanakkanak pada peringkat
operasi konkrit.
i. Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
16/60
ii. Kanak kanak menghampiri akil baligh
iii. Pertumbuhan dan perkembangan kemahiran kemahiran
psikomotor
iv. Psikomotor kasar lebih cekap. Psikomotor halus lebih baik
26. Pengalaman unik hanya diketahui oleh individu tersebut. Setiap individu
akan bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya. Ini
disebabkan oleh perbezaan kekuatan fizikal, kepekaan dan ketahanan diri
individu.
(a) Berikan empat jenis pengalaman awal bagi setiap individu.
Latar belakang sekolah- amalan sekolah, aktiviti P&P, kokurikulum
Pengaruh keluarga suasana keluarga, kasih sayang, latar belakang keluarga
Peranan media cara maklumat disampaikan
Pemakanan jenis makanan
Pengaruh sosiobudaya pendidikan, agama, gaya hidup
27. Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami
ketidakupayaan fizikal dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti
pendakap gigi atau kerusi roda.
Senaraikan empat jenis kecacatan fizikal dan ciri-cirinya.
Cerebral palsy kesukaran untuk bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasikan
badan
Epilepsi penyakit sawan yang menyebabkan kanak-kanak menggeletar
Spina bifida kecacatan tulang belakang, lumpuh pada bahagian bawah badan
Muscular dystrophy kemerosotan kekuatan otot, memerlukan kerusi roda
Limb deficiencies anggota badan tidak sempurna
Asthma masalah pernafasan
Diabetes kencing manis. Pancreas tidak dapat mengawal peningkatan gula dalam
darah
Leukemia peningkatan sel darah putih secara mendadak
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
17/60
28. 22 pasang kromosom pertama dipanggil ____________. (autosom)
29. Nyatakan dua jenis teori perkembangan kanak-kanak beserta
huraiannya.
(a) Teori Perkembangan Arnold Gesell
kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar
sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana
telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
(b) Teori Perkembangan Jean Piaget
Perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor
(lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan
operasi formal (11 tahun ke atas).
30. Nyatakan lima aspek perbezaan dalam seseorang individu.
Sosial
Kognitif
Emosi
Fizikal
Rohani
31. Konsep kendiri meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang
individu. Apakah ciri konsep kendiri positif?
Bertanggungjawab
Boleh bertolak ansur dengan kekecewaan
Pemurah
Menghadapi cabaran dengan penuh semangat
Menghargai
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
18/60
32. Potensi manusia boleh dihuraikan melalui lima aspek.
Senaraikan aspek-aspek tersebut.
(a) Perkembangan intelek
- Daya pemikiran, cara berfikir, mereka cipta dan menaakul
(b) Perkembangan rohani
- Kepercayaan beragama.nilai dan norma masyarakat serta pelakuan
peribadi individu
(c) Perkembangan sosial
- Hubungan individu dengan orang lain
(d) Perkembangan emosi
- Keadaan dimana seseorang dapat memahami perasaan diri sendiri dan
orang lain
(e) Perkembagan jasmani
- Merujuk kepada kebolehan atau keupayaan fizikal dalam aktiviti
permainan dan bersukan
33. Terdapat empat aspek perbezaan dalam seseorang individu.
Nyatakan dan huraikan.
Kognitif : kebolehan menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir
secara logik, menaakul dan mengira
Emosi : kebolehan, mengenali, mengawal, dan megurus
perasaan serta sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain
Sosial : kemahiran interaksi, bergantung samada individu
tersebut bersifat introvert atau ekstrovet
Fizikal : perbezaan dari segi jantina,paras rupa, berat,ketinggian, jenis, dan warna rambut dan mata
34. Nyatakan dua konsep penting berserta huraian yang diutarakan oleh Jean
Piaget dalam teori kognitif.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
19/60
(a) Skema
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan
beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti
gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,memegang,
serta menggerakkan tangan dan kaki.
Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang
benda yang tidak menyakitkan.
Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang
tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.
Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi
bertindakbalas dengan persekitarannya.
(b) Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang
baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti
sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru
diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat
sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema
memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.
Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan
yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
(c) Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami
perubahan.
Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi
(menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam
perolehan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses
pembelajaran.
Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
20/60
ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya
dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
(d) Adaptasi
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara
akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak
mempunyai kecenderungan sejadi
untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak
persekitaran.
35. Terdapat beberapa komponen di dalam perkembangan bahasa.
Senaraikan kesemua komponen-komponen tersebut.
36. Nyatakan kepentingan kecerdasan emosi dalam membentuk perkembangan
sosio-emosi.
memahami emosi diri sendiri
mengurus emosi
memanfaatkan emosi
membaca emosi
mengurus hubungan
37. Jelaskan dua cara guru membantu murid dalam membentuk perkembangan
konsep kendiri.
(a) Memberi peluang kepada murid untuk meneroka kebolehan
sendiri menggunakan bakat yang ada dalam diri murid tersebut.
Beri peluang kepada murid bermasalah agar mereka tidak rasa
dipinggirkan dan disisihkan
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
21/60
(b) Peka dengan kebolehan dan minat murid
Komunikasi dan interaksi yang baik antara guru dan murid amat penting untukkenalpasti kebolehan mereka. Dengan ini guru menggunakan kebolehan murid
untuk tingkatkan konsep kendiri
Memahami masalah murid serta member bimbingan dan dorongan dalam
mencapai matlamat hidup
(c) Rancang aktiviti berpusatkan murid
Beri peluang kepada murid untuk menonjolkan kebolehan di dalam bilik darjah di
samping membimbing yang ketinggalan bina konsep kendiri yang baik
38. Nyatakan empat ciri kanak-kanak masalah pengelihatan.
(a) mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan
penglihatan
(b) menggosok mata tanpa sebab, dan menyebabkan mata merah dan
membengkak
(c) kanak-kanak sering mengadu sakit mata dan loya (d)
kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau jauh ketika
membaca untuk mengimbangi penglihatan
39. (a) Secara umumnya terdapat beberapa prinsip perkembangan kanak-
kanak. Berikan dua contoh prinsip perkembangan kanak-kanak dan
huraikan.
Berlaku secara mengikut aturan-perubahan dalam pertumbuhan.
Perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik-
pertumbuhan.
Perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan- corak dan
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
22/60
aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusai
berbeza-perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan
pembelajaran.
(b) Berikan faktor perkembangan kanak-kanak dan huraikan secara
ringkas.
BAKA
Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak.
Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya
melalui gen.
Baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya
melalui gen.
Baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan
ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat
dan kawalan emosi
Baka terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan.
PERSEKITARAN
Merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak.
Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir.
Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan
kesihatan si ibu.
Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio
ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media
dan persekitaran dunia.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu
mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut
Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
23/60
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih
banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran
itu.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2
mikrosistem.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran
tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma,
nilai dan amalan masyarakat.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.
40. Perkembangan bahasa dan sosio-emosi kanak-kanak merupakan aspek
yang penting selain daripada perkembangan fizikal dan kognitif bayi. Banyak pihak
yang bertanggungjawab bagi memastikan perkembangan bahasa dan sosio-emosi
kanak-kanak berjalan dengan lancar.
(a) Berkenaan dengan pernyataan di atas, bagaimanakah ibubapa
boleh membantu perkembangan bahasa pada peringkat bayi.
Berikan rangsangan-rangsangan bunyi dan perkataan yang sesuai untuk bayi.
Bercakap dengan bayi seolah-olah mereka memahami apa yang dicakapkan.
Gunakan bahasa yang mudah tetapi jelas dadn betul gaya bahasanya.
Gunakan intonasi, memek muka dan emosi yang sesuai dengan bayi.
(b) Berkenaan dengan pernyataan di atas, bagaimanakah ibubapa
boleh membantu perkembangan sosio-emosi pada peringkat kanak-
kanak.
Teruskan bercakap dan berbual dengan kanak-kanak.
Gunakan bahasa yang mudah dan betul.
Elakkan daripada membandingkan mereka dengan rakan sebaya yang lain.
Cuba untuk tidak memotong percakapan kanak-kanak atau menolong memberi idea
kepada percakapan mereka.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
24/60
(c) Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang berada di peringkat awal kanak-
kanak yang mula memahami emosi?
mempunyai peningkatan dalam perbendaharaan emosi
boleh melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan emosi orang lain.
boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan boleh mengenalpasti kaitan
emosi dengan situasi tertentu.
menggunakan bahasa emosi semasa bermain.
41. (a) Nyatakan konsep kendiri dan huraikan.
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep
kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi
persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan
tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran
persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang
dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963),
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara-iaitu tanggapan diri
seseorang individu-proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi,
peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya
dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku
perasaan dan fikiran.
(b) Berikan 2 jenis personaliti dan huraikan yang digariskan oleh Carl GustavJung.
Ekstrovert - lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan
orang lain, peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu, berminat sukan,
mudah menyesuaikan diri, sangat aktif dan suka bersosial, tidak suka berlajar atau
bekerja secara berseorangan.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
25/60
Introvert - menumpukan kepada aspek dalaman-introvert bermakna mengambil
berat tentang diri sendiri, individu yang pasif, pemalu, sensitif, gemar
berseorangan, cermat, bersedia menanggung risiko, tidak mudah marah, tidak
bercita-cita tinggi.
Ambivert - mempunyai kedua-dua ciri diatas, penggabungan kedua-dua ciri diatas, bersikap aktif, sensiitf, optimatik dan gemar berseorangan.
(c) Nyatakan pengertian personaliti.
Bahasa Latin-Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang
bermaksud topeng muka - Topeng muka ini di gunakan oleh pelakonpelakon
Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian
dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan.
Pembentukan Psikologi - Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi
seseorang individu secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti
perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita, nilai-nilai,
personaliti seseorang individu dibayangkan oleh kecenderungannya untuk
bertingkah laku mengikut suatu cara tertentu.
MISHEL (1968)-Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah
laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-
masing-Ini bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang
dapat mengambarkan personaliti mereka yang sebenar.
ALLPORT (1961) pula mendefinisikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik
sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan
fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh
berlaku di dalam kualiti tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa
implikasi bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah
saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai,
kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk
psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan.
HANS EYSENCK (1981) mendefinisikan personaliti sebagai organisasi watak,
perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan
penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.
KAGEN,J & SEGAL,J (1988) mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
26/60
seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir,
berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.
WATSON (1919) berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku
seseorang dan behaviorisme.
42. (a) Nyatakan lima masalah tingkah laku dalaman.
Kebimbangan, sedih, bersikap apatetik, menyendiri, perasaan serba salah,
perasaan rendah diri, terlalu sensitif, keasyikan memikiran tentang sesuatu
perkara.
(b) Nyatakan lima masalah tingkah laku luaran.
Mengingkar, menentang, agresif, argumentatif, cenderung menyalahkan orang
lain, destruktif, menipu, sukar mengawal diri.
BAHAGIAN C
(a) Kajian Ainsworth (1973) tentang strange situation mendapati bahawa
bayi tidak berasa senang dengan kehadiran orang yang tidak dikenali.
Huraikan prosedur kajian Ainsworth berdasarkan aspek-aspek sepertiberikut:
i. Situasi yang agak asing
ii. Kerisauan bila melihat orang yang tidak dikenali
iii. Kerisauan apabila dipisahkan daripada orang yang sering
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
27/60
didampinginya
iv. Rujukan keselamatan (safe base)
(b) Dalam bilik darjah Cikgu Ismail terdapat dua orang pelajar yang bermasalah
pembelajaran. Mereka menonjolkan ciri-ciri seperti berikut:
Pelajar A : - Kerap memulakan pergaduhan
- Berlari keliling bilik darjah apabila guru sibuk melayani pelajar lain
- Sentiasa bergerak (on the go) seolah-olah digerakkan oleh motor dalaman
Pelajar B : - Artikulasi sebutan nacik untuk nasi, beak
untuk berak dan ammanimal untuk animal
- Kelancaran : Gagap. Pelajar melakukan pengulangan dan pemanjangan
sebuatan baaapa untuk bapa.
Merujuk kepada kes setiap pelajar di atas, huraikan satu punca berlakunya
masalah pembelajaran pelajar tersebut dan satu cadangan bagaimana guru boleh
mengatasi masalah pembelajaran bagi setiap murid di atas.
2. (a) Menurut Erik Erikson, lapan peringkat perkembangan sosio-emosi
kanak-kanak akan mempengaruhi tingkah laku semasa dewasa.
Jelaskan mana-mana peringkat perkembangan sosio-emosi
seseorang kanak-kanak dan cabaran yang dihadapinya pada setiapperingkat perkembangan tersebut.
Peringkat Psikososial
Umur
Cabaran
Percaya lawan tidak percaya
0-1 tahun
Perasaan bahawa dunia adalah tempat yang selamat
Autonomi lawan malu dan kurang percaya
1 3 tahun
Kesedaran bahawa seseorang adalah bebas untuk membuat keputusan
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
28/60
Usaha lawan rasa bersalah
3 6 tahun
Kerelaan utuk mencuba benda baru dan keupayaan untuk menerima kegagalan
Kerajinan lawan rasa rendah diri
6 baligh
Mempelajari kemahiran asas dan kerjasama dengan orang lain
Identiti lawan kekeliruan
remaja
Mengembangkan rasa keupayaan yang berkekalan
Kemesraan lawan pengasingan
awal dewasa
Menunjukkan hubungan mesra antara satu sama lain
Generativiti lawan statik
pertengahan dewasa
Memberi sumbangan kepada masyarakat
Integriti lawan kegagalan
tua
Menghargai kehidupan diri
(b) Kanak-kanak pintar cerdas secara semula jadi menunjukkan ciri-ciri
pembelajaran yang cemerlang.
Senaraikan lima ciri pembelajaran cemerlang tersebut.
i. Mereka mempunyai kuasa pemerhatian dan dapat mengesan
maklumat secara terpeinci.
ii. Banyak membaca buku dan majalah yang sesuai kepada kanak-
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
29/60
kanak yang lebih dewasa.
iii. Mereka menggemari aktiviti intelektual.
iv. Mereka mempunyai kuasa pengamatan, konsep dan sintesis
yang berkembang baik.
v. Mereka dapat mengaitkan hubungan kesan dan akibat.
vi. Mereka sering menanyakan soalan dan mendapatkan maklumat.
vii. Mereka kritis, dapat menilai dengan tepat dan dapat mengesan
yang tidak konsisten.
viii. Mereka menyimpan maklumat yang banyak dan pelbagai topid
dan dapat mengingat kembali dengan cepat.
ix. Mereka mudah menguasai prinsip-prinsip dan membuat
generalisasi tentang sesuatu peristiwa, orang atau objek.
x. Mereka cepat menanggap kesamaan, keserupaan, perbezaan
dan anomili.
xi. Mereka sering menganalisis komponen yang kompleks secara
sistematik.
(c) Sebagai seorang guru pendidikan khas cadangkan lima aktiviti untuk pelajar
pintar cerdas dalam bilik darjah.
i. Kajian tambahan dalam sesuatu mata pelajaran papan
buletin, poster
ii. Mewujudkan bahan resos yang mudah diakses dalam bilik
darjah.
iii. Mengingatkan pustakawan untuk menyediakan bahan-bahan
yang pada aras yang tinggi mengikut minat pelajar.
iv. Beri bahan-bahan yang mencabar.
v. Susun bahan supaya kanak-kanak dapat mengakses tanpa
bantuan.
vi. Sediakan peluang untuk kanak-kanak mengakses maklumat
melalui ICT.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
30/60
3. (a) Teori Sosio-Emosi Bowlby (1989) menekankan teori Ethology (Theory
of Attachment).
i. Secara ringkas terangkan tiga aspek dalam Teori Perapatan (Theory
of Attachment).
i. Semua haiwan dan manusia dilahirkan dengan
isyarat semula jadi yang mempengaruhi perkembangan tingkah laku sosial seperti
merapatkan kepada orang yang didampingi.
ii. Hubungan perapatan yang erat mempengaruhi
kehidupan sepanjang hayat individu seperti hubunga kuat antara ibu dengan anak.
iii. Perapatan yang terbentuk dari jalanan kasih sayangakan mengeratkan hubungan kuat antara dua orang.
ii. Cadangkan dua cara bagaimana guru boleh mengeratkan hubungan
dengan pelajar berdasarkan kepada Teori Perapatan (Theory of
Attachment).
i. Menambahkan kekerapan interaksi dengan pelajar
ii. Menambahkan keyakinan perhubungan antara guru
dan pelajar
iii. Memahami keperluan dan aspirasi pelajar
iv. Guru perlu lebih profesional dan menaruh
kepercayaan kepada pelajar
v. Interaksi antara guru dan murid perlu tekal / konsisten
vi. Guru berperanan sebagai pakar rujuk / mentor dan
kaunselor
vii. Selalu mengambil berat masalah peribadi pelajar
(b) Amin menghadapi masalah pembelajaran Matematik. Dia sukar
mengingat makna untuk simbol atau sukar menyelesaikan masalah
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
31/60
matematik. Tambahan pula dia sukar ikut turutan dalam
menyelesaikan masalah.
i. Jelaskan empat simptom lain yang mungkin terdapat pada Amin.
i. Kurang keupayaan mengumpul atau memproses
makluat yang diterima dalam ingatan
ii. Keupayaan intelek pada tahap sederhana atau
melebihi tahap sederhana
iii. Kesukaran memproses maklumat dari ingatanjangka
pendek dan jangka panjang
iv. Kepayahan untuk memberi fokus kepada proses
pembelajaran dalam kelas
v. Sukar bercampur dan berkongsi maklumat atau
pendapat dalam kumpulan
vi. Sukar menyuarakan pendapat dalam kerja kumpulan
vii. Lambat untuk membuat keputusan dan saling
bergantung kepada rakan sebaya untuk bertindak
ii. Bagaimanakah guru boleh membantu Amin yang dikategorikan
sebagai kanak-kanak lembam dalam pelajarannya.
i. Mengubah pengajaran yang abstrak kepada yang
konkrit : kemahiran membaca
ii. Elak daripada membuat generalisasi elak daripada
menyuruh pelajar mengaplikasikan konsep kepada situasi baru dengan memberi
arahan lengkap
iii. Pembentukan sub-skill kanak-kanak boleh
menggunakan kemahiran asas untuk perkembangan kemahiran lanjutan
iv. Pengajaran secara terus (direct instruction) pelajar
memberi maklumbalas secara terus dengan menggunakan strategi motivasi
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
32/60
v. Rancangan pendidikan individu (RPI) guru
menyediakan RPI khas untuk keperluan pelajar iaitu strategi ABM dan aktiviti
4. (a) Jelaskan secara terpeinci ciri-ciri perkembangan kognitif peringkat
operasi konkrit menurut pandangan J. Piaget yang boleh dimanfaatkan
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kebolehan berfikir secara logik tetapi terikat dalam situasi yang konkrit
Sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation)
Sudah menguasai proses pengelasan
Boleh menyusun mengikut siri atau secara bersiri; dan
Mula bersosial semasa bermain atau membuat aktiviti bersama
(b) Huraikan implikasi perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit oleh J.
Piaget tersebut terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam usaha untuk
meletakbetul (repositioning) tingkah laku murid dalam bilik darjah.
Boleh terus menggunakan bahan yang konkrit untuk murid mempelajari sesuatu
yang baru
Memberi peluang kepada murid untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang
digunakan dalam aktiviti dalam bilik darjah
Memastikan bahawa aktiviti-aktiviti pembentangan dan pembacaan adalah ringkas
dan tersusun
Menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman sedia
ada murid; dan
Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukanpemikiran logik dan analitik
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
33/60
5. (a) Terangkan dengan terpeinci peranan-peranan guru untuk
membentuk personaliti distintif iaitu merangkumi pemikiran dan emosi
supaya murid-murid dapat mengadaptasikan diri dengan
kehidupan mereka.
Memastikan murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran
Kaedah mengajar, aktiviti-aktiviti serta bahan pengajaran dan pembelajaran
hendaklah dirancang berdasarkan kebolehan murid
Mengadakan banyak aktiviti kumpulan dalam bilik darjah
Menjalankan sesi kaunseling dengan murid introvert
Mendedahkan murid dengan aktiviti luar
(b) Bincangkan cara-cara guru dapat membantu pembentukkan konsep kendiri
dalam kalangan murid-murid supaya mereka mempunyai pandangan yang positif
untuk menyesuaikan diri dengan orang lain dan persekitaran dengan mudah.
Hendaklah menerima murid seadanya
Merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan murid-murid
Hendaklan mengelakkan unsur-unsur diskriminasi dalam kalangan murid-murid
Mengelak daripada mencetuskan suasana persaingan yang tidak positif dalam bilik
darjah
Menggalakkan penyertaan sercara menyeluruh dalam semua aktiviti yang
dirancangkan atau dijalankan
6. (a) Huraikan ciri-ciri kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan
penjagaan yang khusus dari aspek masalah fizikal.
Mengalami ketidakupayaan fizikal seperti tubuh badan yang tidak seimbang dan
menggigil
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
34/60
Mengalami ketiakupayaan neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf rosak
Mengalami kelukaan ortopedik sepert luka tulang, sendi dan otot
Mengalami masalah sendi-sendi yang kaku
Mengalami masalah koordinasi motor
(b) Huraikan implikasi-implikasi kanak-kanak bermasalah kecacatan fizikal
terhadap pengjaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Penggunaan pemegang buku untuk membantu kanak-kanak yang tidak berupaya
memegang buku
Penggunaan buku teks elektronik
Penggunaan komputer
Penggunaan pen dan pensil khas yang tidak memerlukan tekanan yang kuat
Guru perlu mengetahui prosedur untuk membantu kanak-kanak seperti penyakit
sawan
7. Manusia memahami dunia luar atau persekitaran melalui proses berfikir.
Perkembangan intelek berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman
baru dengan mengaiktkannya kepada pengalaman lampau.
(a) Berikan empat faktor yang mempengaruhi perkembangan intelek
kanak-kanak.
BAKA
Kecacatan mental rencatan mental oleh pewarisan gen yang resesif daripada ibubapa. Contoh penyakit fenilketonuria
Kecerdasan mewarisi bentuk fisikal, kelenjar deria, otak dan bentuk lain yang
penting untuk perkembangan kecerdasan. Contoh : Sindrom Down
Kromosom yang lebih / kurang
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
35/60
INTELEK
Pemakanan ikan utuk perkembangan otak
Keluarga / ibu bapa / adik beradik
Rakan sebaya
Sekolah
Guru
Sebaran am TV pendidikan / media masa
Tempat tinggal, kemudahan (bandar / luar bandar)
masyarakat
(b) Cadangkan lima cara seorang guru boleh menggalakkan
perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak (7 12 tahun).
Kaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman konkrit dan kontekstual
Gunakan strategi P&P yang pelbagai seperti nyanyian, bercerita, permainan silang
kata, perbincangan kumpulan
Beri peluang dan ruang untuk kanak-kanak menggunakan bahasa seperti
pertandingan pidato, berbahas, forum dll.
Galakkan kanak-kanak membaca buku / majalah / internet dll. untuk mendapat
maklumat dan tidak bergantung kepada maklumat daripada guru
Gunakan ICT semasa mengajar bahasa untuk menarik minat
Adakan kempen budaya membaca
Adakan pelbagai pertandingan bahasa supaya kanak-kanak mempunyai peluang
utuk menunjukkan kemahiran berbahasa
8. Mei Lan mempunyai jenis personaliti yang introvert semasa di kelas.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
36/60
(a) Berikan empat cara pelaksanaan seorang guru untuk mengelakkan
Mei Lan daripada terus mengasingkan diri semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.
Jangan terlalu memberi beliau bergantung kepada guru kelasnya 100%
Membimbing serta menggalakkan beliau untuk lebih aktif menyertai aktiviti dalam
kumpulan
Memberi motivasi konsep kendiri positif
Merujuk pelajar berjumpa dengan kaunselor
Beri pujian bila beliau berjaya
Beri peluang yang lebih untuk beliau memberi pendapat / mengambil bahagian
dalam aktiviti P&P
(b) Cadangkan lima cara bagaimana rakan sebaya dapat
menggalakkannya supaya Mei Lan aktif.
Rakan sebaya perlu bergaul dengan beliau
Mengajak Mei Lan menyertai aktiviti-aktivit pembentangan dalam kumpulan
Jangan mentertawakan Mei Lan sekiranya beliau melakukan sebarang kesilapan
dalam kumpulan
Jangan mengasingkan beliau ketika dalam kumpulan
Memuji kelebihan Mei Lan jika beliau melakukan sebarang kebaikan
9. Pelajar pintar cerdas menunjukkan kebolehan atau potensi dalam aktivitiintelek serta bakat khas.
(a) Huraikan lima ciri pelajar pintar-cerdas.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
37/60
Keupayaan berfikiran kreatif
Kebolehan intelek am
Kebolehan akademik khas
Berkebolehan dalam satu atau lebih kesenian
Mudah membuat penyesuaian dari segi sosial dan emosi
Berupaya memandang jauh ke hadapan
(b) Jelaskan lima implikasi pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas
terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Perancangan bahan dan strategi pengajaran dan pembelajaran dan cara
pelaksanaan hendaklah difikirkan bersama antara guru resos dan guru biasa
Strategi yang berbeza
Bahan pembelajaran hendaklah diindividukan
Bahan pembelajaran yang lebih mudah atau mencabar mengikut keperluan pelajar
Cara penilaian yang berbeza
Ujian khas perlu disediakan untuk mengambil kira keperluan pelajar istimewa
Usaha secara kolaboratif guru biasa dengan guru resos
10. Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh
proses-proses biologi, kognitif dan sosio-emosi. Huraikan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkatnya.
Peringkat bayi iaitu individu berusia antara 0 hingga 2 tahun : Pada peringkat inikadar pertumbuhan bayi agak cepat. Pada peringkat ini, sifat-sifat asas manusia
seperti bahasa, kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula
kelihatan.
Peringkat awal kanak-kanak iaitu individu berusia antara 3 hingga 8 tahun- Pada
peringkat ini, kanak-kanak dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan
bahasa yang cepat, mula menggunaan otot-otot halus dan berkebolehan bersosial.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
38/60
Peringkat kanak-kanak iaitu individu berusia antara 9 hingga 11 tahun - Pada
peringkat ini, kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan
dalam alam dewasa. Mereka mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan
memahami boleh peraturan.
Peringkat awal remaja iaitu individu berusia antara 12 hingga 15 tahun : Padaperingkat ini, mereka sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang
dialami. Mereka boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.
Peringkat remaja iaitu individu berusia antara 15 hingga 20 tahun - Pada peringkat
ini mereka menjalinkan perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan
keinginan untuk berdikari mula timbul.
11. Mengetahui perkembangan fizikal kanak-kanak (7-12tahun) dapat
membantu guru dalam merangka pembelajaran dan pengajaran yang sesuai
diperingkat umur ini. Bincangkan implikasi kepada pengajaran dan pembalajaran
kanak- kanak (7-12tahun) di dalam kelas.
Ajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis.
Libatkan dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik
untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap
Sediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak
dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya
bola jaring
Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-
kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika
kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan
masalah penyesuaian
12. Nyatakan 4 peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget dan jelaskan
setiap peringkat perkembangan tersebut.
Peringkat Sensorimotor
Peringkat Sensorimotor berlaku pada umur bayi dilahirkan hingga berumur 2 tahun
Peringkat permulaan dalam perkembangan kognitif
Bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang
persekitarannya
Bayi boleh mengkoordinasikan maklumat deria dengan kebolehan motor untuk
membentuk skema tingkah laku
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
39/60
Merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap
Piaget menyifatkan aktiviti ini sebagai permulaan proses menyelesai masalah
dalam kehidupan
Melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan
Mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di
dalam memori
Peringkat Pra Operasi
Berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 7 tahun
Mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru
Menggambarkan dan merancang pergerakan aktiviti dengan menggunakan minda
untuk membentuk skema
Dapat mewakili sesuatu dengan symbol mental
Menceritakan pengalaman mereka dengan ayat-ayat yang mudah.
Permainan membayangkan
Bersifat intuitif
Sikap egosentrik
Peringkat Operasi Konkrit
Berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 11 tahun
Berkebolehan berfikir secara logik
Memahami proses transformasi,keterbalikan dan menaakul
Menguasai 3 peringkat asas iaitu prinsip identiti ,ganti rugi, keterbalikan
Juga menguasai proses pengelasan
Berubah daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered
Tidak boleh membuat hipotesis
Tidak boleh menyelesaikan soalan abstrak
Peringkat Operasi Formal
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
40/60
Berlaku pada kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan ke atas
Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea
Membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta
Boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis
Berfikir secara abstrak,sistematik dan boleh membuat hipotesis
Tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri
Susah menerima pandangan dan pendapat orang lain
13. Apakah implikasi perkembangan bahasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran?
Mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman yang konkrit
Contohnya, apabila kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti, suruh mereka
ceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa sesi
membaca,beri tumpuan kepada perkataan yang susah. Terangkan makna
perkataan dengan ayat yang mudah difahami.
Gunakan strategi pengajaran yang pelbagai.
Contohnya, dalam pengajaran bahasa kedua,pasangkan kanak-kanak dengan
rakan sebaya yang lebih mahir dalam kedua-dua bahasa (bahasa ibunda dan
bahasa kedua). Guru menggunakan strategi bercerita, simulasi, sumbangsaran,
pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran berbahasa.
Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahasa.
Contohnya, dalam aktiviti berkumpulan,setiap ahli diberi peluang untuk
menceritakan hasil kerja masing-masing. Galakkan pembentangan di dalam kelas.
Beri peluang kepada kanak-kanak member maklum balas terhadap aktiviti yang
dilakukan.
14. Nyatakan implikasi proses pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat
pertama iaitu asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan
Apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah
ketidakpercayaan, guru harus menetapkan rutin bilik darjah yang berkala dan
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
41/60
tetap supaya timbul rasa percaya ke atas sesuatu rutin yang tetap dan tidak
berubah-ubah. Kanak-kanak ini juga perlu dilayan dengan mesra dan diambil
berat. Kasih sayang dan perhatian yang berterusan perlu diberi kepada mereka.
Kanak-kanak ini juga boleh diletakkan dalam sistem rakan sebaya yang mana
terdapat seorang rakan yang sesuai bertindak sebagai pembantu semasa P&P.
15. Bincangkan cara bagaimana guru dapat membantu dalam pembentukan
konsep kendiri positif pada kanak-kanak.
i. Menerusi Unit Bimbingan dan Kerjaya
Guru memahami masalah murid secara psikologi
Memberi keyakinan kepada murid
Guru sama-sama menyelesaikan masalah
ii. Menerusi gerak kerja kokurikulum
Membentuk sikap tolong menolong
Sifat kepimpinan
Bergaul dengan orang ramai
iii. Menerusi mata pelajaran tertentu sepertiPendidikan Agama dan Moral
Guru dapat membantu murid menjadi orang bergunakepada diri sendiri dan
masyarakat
Wujudnya nilai-nilai murni
iv. Menerusi lawatan tertentu
Persatuan ditubuhkan untuk membentuk personaliti positif di kalangan ahli.
Contohnya Kelab Kembara,menjadikan ahli cergas, tabah, berani hadapi cabaran.
Aktiviti-aktiviti kumpulan dan projek
v. Melatih bekerja dalam kumpulan
Berdikari
Berdisiplin
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
42/60
16. Bincangkan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas menggunakan contoh-
contoh setiap satunya.
SINDROM DOWN
Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat
Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir
Mata sentiasa berair dan merah
Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-
dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata
Bentuk muka yang kecil
SPASTIK
Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan
Tidak mencapai objek yang ditunjukkan
Tidak berupaya mengangkut badan
Tidak berupaya berpijak atau berdiri
Tidak berupaya memegang objek
AUTISME
Perlakuan yang bongkak
Ketawa dengan tiba-tiba
Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap
Tidak mengenali bahaya
Tidak merasai kesakitan
Menangis dan marah tanpa sebab
Permainan yang luar biasa
CACAT AKAL (RINGAN)
Idiot
Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri
sendiri
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
43/60
Imbersil
Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih
Moron
Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas
Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa
Lambat berjalan dan lambat bercakap
Lembab
Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa
CACAT AKAL (BERAT)
Kesukaran ketika makan dan selalu muntah
Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya
Air liur yang meleleh tanpa kawalan
Sukar bernafas
Sukar tidur dan terjaga waktu malam
Selalu menangis
Sukar bercakap dan memahami orang lain
HIPERAKTIF
Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya
Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan
Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna
Tidur yang tidak tetap
Terlalu kerap menangis atau ketawa
HIPOAKTIF
Suka berkhayal
Murang dan menyendiri
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
44/60
Aktiviti fizikal yang pasif
Tiada respond pada persekitaran
Suka termenung
PINTAR CERDAS
Suka mencari helah
Kebolehan yang luar biasa
Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi
Pergaulan dengan kanak-kanak lain
Perkembangan bahasa yang lambat
17. (a) Terangkan peringkat operasi formal kanak- kanak.
Pada peringkat operasi formal, kanakkanak boleh melakukan proses
mental ke atas ideaidea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta.
Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahanbahan konkrit. Mereka sudah
boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. Kanak kanak pada
peringkat ini boleh mengkaji masalahmasalah abstrak secara sistematik danmembuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Antara ciri ciri pemikiran
formal adalah berfikir secara abstrak. Kanakkanak boleh berfikir secara abstrak
seperti menyelesaikan masalahmasalah matematik di mana perwakilan abstrak.
Mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa
kemungkinan penyelesaian. Selain itu, mereka juga boleh membuat hipotesis dan
mencari alternatif peneyelesaian masalah. Mereka boleh menakul secra induktif
dan deduktif. Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am
kepada yang khusus. Melalui faktafakta yang dipelajari seperti keperluan asas
tumbuhan untuk membuat makanan, kanakkanak boleh memberi contoh
keadaankeadaan yang memungkinkan tumbuhan hidup dengan subur. Manakalapemikiran induktif ialah berfikir aspek yang khusus kepada aspek generalisasi yang
lebih luas. Dengan mengkaji kesan pencemaran alam sekarang mereka boleh
membuat hipotesis tentang apa yang akan terjadi kepada bandar- bandar besar
yang mengalami pencemaran teruk pada 10 tahun akan datang. Kebolehan
mereka memikirkan penyelesaianpenyelesaian yang mungkin secara induktif atau
deduktif memungkinkan kereka membuat kajian dan menggunakan pemikiran
saintifik.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
45/60
(b) Terangkan implikasi peringkat operasi formal kanak-kanak terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
Guru bolehlah menggunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep
yang lebih kompleks. Penggunaan bahan 3D, model, carta rajah, pengalaman
pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.
Guru mestilah memberi peluang kepada pelajar menyelesaikan masalah dengan
sendiri
Bimbing pelajar untuk membuat andaianandaian penyelesaian dan membuat
hipotesis. Dengan pendedahan yang diberikan pada peringkat sebelum ini, beri
lebih banyak peluang untuk pelajar menyelesaikan masalah dengan sendiri
Bimbing pelajar untuk membuat andaianandaian penyelesaian.
Galakkan pemikiran secra kristis dan kreatif
Beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab
kepada penyelesaian yang dikemukakan
Suruh pelajar bentangkan idea dan kritik idea yang dikemukan
Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan faktafakta. Biarkan
pelajar meneroka dan mangkaji sendiri konsep tersebut
Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat
orang lain
18. Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran
persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya juga persepsi dirinya
berbanding dengan orang lain di persekitaran. Nilai-nilai diri yang dilihat
adalah berkaitan dengan pengalaman yang telah dilalui dan matlamat hidup
jangka masa depan.
(a) Berikan dua ciri konsep kendiri positif dan huraikan bagaimana individu
tersebut apabila mengalami masalah.
Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang
Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran
Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan
Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
46/60
Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri
Merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba
Mudah bersosialisasi dengan orang lain
Mudah diterima oleh orang lain
(b) Berikan tiga faktor terbentuknya konsep kendiri negatif dan kaitkan
dengan kehidupan seharian.
Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan
Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah
Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku
Emosi mempengaruhi perasaan
Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan
Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya
Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan
sebaya atau gurunya
Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah sesesorang
19. Menurut Dasar Pendidikan Khas di Malaysia, murid-murid bekeperluan khasmerujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan.
Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungan
Kementerian Pelajaran termasuklah sindrom down, autisme ringan, attention
deficit hyperactive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah
pembelajaran spesifik seperti disleksia.
(a) Berikan ciri-ciri kanak-kanak yang mengidap attention deficit hyperaktie
disorder (ADHD).
Tidak dapat mengekalkan perhatian
Mudah mengalih perhatian
Sukar menyiapkan satu tugasan
Pelupa
Sifat hiperaktif
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
47/60
Pergerakan fizikal yang keterlaluan
(b) Sebagai seorang guru pemulihan, terdapat seorang daripada murid anda
mengidap penyakit ADHD. Bagaimanakah anda mengendalikan murid sepertinya?
Kedudukan tempat duduk berhampiran dengan tempat duduk kguru agar senang
diawasi tingkah lakunya
Menggunakan prinsip peneguhan agar mereka diberi peneguhan positif apabila
mereka menunjukkan tingkah laku yang baik
Peraturan dan prosedur di dalam bilik darjah dipaparkan dengan jelas dan nyata
Objektif pembelajaran haruslah dinyatakan dengan ekspilit dan murid menjawab
dengan segera
Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan perlu diulang agar murid memahami
dengan jelas
Beri tugasan yang ringkas
Beri peluang kepada murid untuk libatkan diri dalam aktiviti yang aktif
20. Huraikan perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan dari aspek
fizikal, kognitif, emosi dan sosial.
Ciri-ciri
Pertumbuhan
Perkembangan
Fizikal
Peningkatan dalam saiz seperti perubahan tinggi, berat badan dan gigi.
Proses individu memperkembangkan kemahiran psikomotor. Kemahiran
menggunakan anggota badan, misalnya seorang bayi mula memusing badan,
duduk kemudian merangkak, berdiri, berjalan dan berlari.
Kognitif
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
48/60
Keupayaan berfikir
Kemahiran membaca, menulis, mengira,berfikir secara kreatif dan kritis.
Emosi
Perasaan gembira, sayang, marah dan cemburu.
Kemahiran mengurus dan mengawal emosi.
Sosial
Menjalin perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan dan mereka di
persekitaran individu tersebut.
Kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan
sesuai mengikut norma-norma masyarakat.
21. Berikan peringkat-peringkat dalam perkembangan kanak-kanak serta ciri-
cirinya.
Peringkat bayi ( 0-2 tahun) iaitu pada peringkat ini kadar ciri-ciri pertumbuhan
cepat seperti sifat-sifat asas manusia, bahasa, kebolehan fizikal dan kebolehan
menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.
Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun) iaiatu dapat bermain menggunakan
imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan
kebolehan bersosial.
Peringkat kanak-kanak ( 9-11 tahun ) iaitu kanak-kanak mula belajar tugas dan
aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan
rakan sebaya dan memahami peraturan.
Peringkat awal remaja ( 12-15 tahun ) iaitu sensitif terhadap paras rupa dan
perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.
Peringkat remaja ( 15-20 tahun ) iaitu perhubungan yang rapat dengan rakan
sebaya dan keinginan berdikari.
22. Perkembangan emosi berlaku daripada peringkat bayi sehingga remaja.
Apakah implikasi perkembangan emosi terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran?
i. Bina asas kepercayaan di dalam bilik darjah
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
49/60
Memberi layanan sama rata terhadap semua murid
Elakkan daripada memberi hukuman/layanan berdasarkan khabar angin
ii. Bantu murid menyedari emosi dan meluahkan perasaan.
Galakkan murid menulis jurnal untuk luahan emosi.
Jelaskan dan ceritakan emosi anda sendiri dalam situasi-situasi tertentu.
iii. Bantu pelajar mengenali emosi orang lain
Dalam aktiviti berkumpulan,suruh pelajar meneka emosi rakan pada sesuatu
situasi.
Semasa murid menonton filem atau mebaca cerita, minta mereka kenal pasti emosi
karektor-karektor dalam situasi tersebut.
iv. Bincangkan strategi-strategi mengawal emosi
Beri alternatif yang boleh digunakan untuk mengawal emosi seperti berhenti
sejenak atau membuat rasionalisasi.
Ceritakan pengalaman anda sendiri bagaimana untuk mengawal perasaan marah,
kecewa dan gelisah.
23. Helah diri bermaksud usaha yang dilakukan secara kebiasaan sama ada
secara sedar atau tidak sedar oleh seseorang bagi mempertahankan ego,
ancaman dan kebimbangannya. Nyatakan jenis-jenis helah bela diri beserta
huraian dan contoh yang lengkap.
(a) Rasionalisasi
Memberi penerangan atau alasan yang munasabah terhadap sesuatu tingkahlaku
untuk melindungi motif yang sebenar dan mepertahankan ego. Contohnya
seorang murid yang gagal dalam peperiksaan akan memberi alasan bahawa dia
gagal kerana guru bersikap pilih kasih.
(b) Projeksi
Satu tindakan yang dilakukan oleh individu untuk membalikkan
konflik yang terdapat dalam dirinya kepada orang lain. Contohnya seorang
abang yang dimarahi oleh ayahnya memindahkan kemarahannya kepada adik-
adiknya.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
50/60
(c) Fantasi
Seseorang cuba mengurangkan ketegangan dengan cara berkhayal
dan membentuk situasi yang lebih selesa daripada keadaan sebenar.
Contohnya seorang yang miskin berfantasi untuk menjadi kaya.
(d) Identifikasi
Seseorang yang cuba menutup kelemahan diri dengan menyifatkan
dirinya sama seperti orang lain yang mempunyai kuasa atau kelebihan.
Contohnya seorang remaja menyatakan beliau rapat dengan kumpulan
sorak sekolah untuk mengidentifikasikan dirinya sebagai seorang yang
popular.
24. Terangkan ciri-ciri kanak-kanak peringkat praoperasi dan operasi konkrit.
TAHAP PRAOPERASI (2-7 TAHUN)
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan
bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam
permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas
lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap
yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-
kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari
perspektif mereka sahaja.
Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak
menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
i. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah
laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
ii. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan
dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
iii. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan
sesuatu pengukuhan tingkah laku.
Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan
pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan
bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak
memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan
pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori
mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
51/60
menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang
dikumpulkan di bahagian mental.
Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
(a) Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
(b) Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan
memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka
belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.
Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,
ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian
terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandunganutama proses kognitif dalam tahap ini iaitu egocentrism, konsep sebab-akibat,
peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.
Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu
pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @
keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak
akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah
apabila bentuk dan susunannya berubah.
TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa
kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi
berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan
ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan
sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula
menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan
bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula
memasuki zaman persekolahan.
Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah
mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep
nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan
sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini
masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak
seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
52/60
hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali
haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada
tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak
boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
25. Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami
oleh kanak-kanak pada tahap Operasi Konkrit.
i. Kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku
pada tahap praoperasi.
ii. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
iii. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka
mula menerima pendapat orang lain
iv. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan
yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman
persekolahan.
v. Kanak-kanak mula memahami unsur-unsur pemikiran logik
vi. Kanak-kanak faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan
padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.
Cthnya Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti
mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya
vii. kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul
tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan,
makna hidup.
26. Berdasarkan teori Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi
kepada empat bahagian. Senaraikan dan huraikan kesemua bahagian- bahagian
tersebut.
27. Di dalam perkembangan kanak-kanak, perkembangan bahasa mereka
adalah sangat penting. Terdapat beberapa komponen di dalam perkembangan
bahasa. Senaraikan dan jelaskan kelima-lima komponen tersebut.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
53/60
28. Jelaskan bagainakah cara guru membantu murid dalam menguruskan
emosi diri mereka?
(a) Amalkan sikap kepimpinan demokratik
- Wujudkan interaksi dua hala guru dan murid
- Dorong murid berinteraksi sesame mereka
(b) Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan
- Dapat memberi peluang kepada murid untuk interaksi sesama mereka.
- Perlu rancang aktiviti yang sesuai dengan tahap mereka.
(c) Menggunakan teknik menyoal
- Untuk dpatkan tindak bals dan respon dari murid
- Dapat libatkan diri secara aktif
(d) Menggunakan percakapan yang sesuai
- Galakkan murid mengemukakan pendapat dan idea mereka
- Teknik memuji dan sokongan bagi membakar semangat
(e) Menggunakan strategi memusatkan murid
- Kaedah perbincangan kumpulan bagi mengumpul murid dalam satu kumpulan
- Libatkan diri secara lansung
29. Terangkan dan huraikan 3 ciri konsep kendiri positif.
(a)
Bebas membuat pilihan dan keputusan sendiri
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan
sentiasa merasa bebas untuk membuat pilihan dan keputusan. Jarang
berdepan dengan dilema atau kekeliruan dalam membuat sebarang
keputusan atau pilihan. Mereka tidak teragak-agak dalam
membuat keputusan dan boleh membuat pilihan tanpa terikat
dengan pengaruh rakan serta desakan keluarga.
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
54/60
(b)
Selalu merasa gembira
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan selalu kelihatan riangdan gembira. Walaupun mereka mempunyai masalah, mereka pandai
menyembunyikan masalah tersebut. Mereka tidak pernah mengeluh dan
menganggap masalah tersebut sebagai satu cabaran yang perlu diatasi. Tahap
kegembiraan mereka akan bertambah sekiranya masalah tersebut dapat diatasi.
Sekiranya tidak, mereka akan merujuk kepada orang yang boelh dipercayai dan
memahami diri mereka untuk bantuan nasihat.
(c)
Mudah berkawan
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif didapati
senang membuat kawan dan disenangi oleh orang persekitaran. Sikap
mereka yang tidak sombong dan pandai menghargai rakan serta sentiasa
membantu menyebabkan rakan suka mendampingi mereka.
30. Bincangkan implikasi kanak-kanak masalah kecacatan fizikal kepada proses
pengajaran dan pembelajaran.
guru perlu berpengatahuan tentang masalah yang dihadapi muridnya. Misalnyamengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang kanak-kanak yang diserang
sawan atau asma
guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan
psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang-kadang tidak memahami
penyakit yang mereka alami dan menghadapi masalah penyesuaian
guru perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral
palsy boleh menggunakan computer atau pen serta pensil yang tidak memerlukan
tekanan yang kuat sekiranya menulis
penggunaan pemegang buku book holders atau buku teks elektronik dapat
membantu kanak-kanak kurang upaya memegang buku
guru haruslah member sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak ini untuk
meningkatkan keyakinan diri mereka supaya mereka merasa boleh serta
berkeyakinan menguruskan diri sendiri dengan baik
guru juga haruslah memberi perhatian terhadap susunan bilik darjah. Susunan bilik
-
7/30/2019 Soalan Perkembangan Kanak Kanak Beserta Jawapan
55/60
darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak dna memberikan mereka
akses yang mudah kepada bahan-bahan pembelajaran
31. Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak merupakan aspek yang
penting untuk proses perkembangan kanak-kanak. Banyak pihak yang
bertanggungjawab bagi memastikan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak berjalan dengan lancar. Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak juga
dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
(a) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah fakt