Download - soalan e

Transcript
Page 1: soalan e

Implikasi kajian

Terdapat banyak pengajaran dari kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji ini. Kajian ini

boleh menjadi satu input dalam menjalankan pengajaran matapelajaran Moral. Faktor-faktor

yang diutarakan menjadi input penting dalam menangani sikap pelajar . Ini seterusnya dapat

membendung gejala ini daripada berlaku walaupun dalam skala yang kecil.

Keinginan mencuba sesuatu yang baru dapat diterapkan dalam pengajaran tetapi dalam bentuk

yang positif . Perasaan ingin tahu ini merupakan satu naluri bagi pelajar yang meningkat

alam remaja dan meninggalkan alam kanak-kanak. Pelajar diterapkan sifat ingin tahu yang

positif melalui perbincangan gejala yang terjadi akibat perasaan ingin tahu yang ke arah

negatif. Lawatan ke pusat pemulihan akhlak atau sekolah tunas bakti merupakan cara yang

terbaik kerana disanalah mereka dapat bercerita pengalaman pahit mereka. Penerapan

kebebasan yang melampau akan menyebabkan diri terjebak ke dalam kancah yang negatif.

Penerapan nilai murni dan kasih sayang dalam kekeluargaan aamat penting.Inilah yang perlu

diterapkan dalam diri pelajar. Peranan anak ibubapa dan saudara dalam keluarga perlu

dinyatakan dengan jelas. Lawatan ke rumah warga emas akan dapat meningkatkan kesedaran

diiri terhadap kasih sayang terhadap ibubapa. Ini mewujudkan rasa insaf dan sayangkan

ibubapa. Merekalah yang peru dihormati dan di sayangi selalu. Pengorbanan mereka tiada

tolok gantinya.

Penerapan nilai murni dan keagamaan atau rohani perlu diterapkan dalam pengajaran mooral,

tanpa pengisian rohani , pelajar mudah terjebak dalam kancah ini. Apabila rohani terisi sifat

mencuba sesuatu yang negaif akan dapat dibendung dalam diri pelajar. Disamping itu maslah

disiplin dapat diatasi oleh pihak sekolah. Pengisian rohani juga dapat mengurangkan

gangguan emosi dalam diri pelajar.

Sikap guru juga mendorong ke arah berlakunya tingkah laku negatif. Guru perlu lebih bersifat

profesional dalam pengajaran. Setiap pelajar sering melihat guru sebagai ikon hidup mereka.

Sekiranya berlaku ketidakadilan dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar mudah terasa

dan berdendam kepada guru tersebut


Top Related