Transcript
Page 1: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1

SULIT

NAMA:........................................................

KELAS : .....................................................

SMK NARINANG NO.1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 1103/1

PERCUBAAN SPM 2012

BAHASA MELAYU

Kertas 1

2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.

1103/1 © SMK Narinang No.1 [ LIHAT SEBELAH ]

SULIT

Page 2: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

2

Bahagian A

[ 30 markah ]

[Masa yang dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kemudahan yang disediakan untuk

golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk

membantu meningkatkan taraf hidup golongan OKU. Panjangnya huraian anda hendaklah

antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Page 3: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

3

Bahagian B

[ 100 markah ]

[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih

daripada 350 patah perkataan

1. Semangat patriotik dalam kalangan remaja negara kita semakin luntur. Pada pendapat

anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik

dalam kalangan remaja.

2. Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diperkenalkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, apakah

peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak menceburi

bidang sukan.

3. Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat

semakin kurang diamalkan. Pada pendapat anda, mengapakah hal yang demikian

berlaku?

4. Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan negara jiran. Pada pendapat

anda, apakah kepentingan hubungan yang baik ini perlu dikekalkan.

5. Anda tertarik dengan salah sebuah novel yang menjadi teks KOMSAS di sekolah anda.

Berdasarkan novel tersebut, huraikan persoalan-persoalan dalam novel tersebut yang

boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 4: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NARINANG

KOTA BELUD

SLOGAN “ SMK NARINANG NO.1”

PERCUBAAN SPM 2012 1103/2 BAHASA MELAYU

Kertas 2

2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

==================================================================

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan

teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

[Lihat halaman sebelah

Page 5: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT

SULIT 2 1103/2

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak negatif

penggunaan aplikasi jaringan sosial dan cara-cara mengatasi ketagihan penggunaannya

dalam kalangan masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah

perkataan.

Facebook, Tweeter, MySpace dan Tagged merupakan antara alat komunikasi pada

abad ini. Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari oleh setiap peringkat umur ini

telah memberikan pelbagai impak positif dan negatif terhadap tahap sosialisasi mahupun

gaya pemikiran individu. Kemunculannya telah mengundang pelbagai persepsi dalam

kalangan masyarakat dunia pada hari ini yang menggunakan media baharu sebagai wahana

komunikasi mereka. Selain itu, faktor mesra pengguna juga merupakan antara sebab

pengguna alat komunikasi ini terdiri daripada kalangan semua peringkat umur. Aplikasi-

aplikasi ini boleh dicapai dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Namun begitu, aplikasi teknologi maklumat canggih ini perlu dikaji impaknya

terhadap individu mahupun produktiviti sesebuah organisasi kerana pelbagai jenayah sosial

boleh dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyebaran maklumat yang

bersifat hasutan dan provokasi boleh dilakukan melalui aplikasi ini. Pengguna bebas

menyuarakan pendapat mereka tanpa sekatan pihak-pihak berwajib. Aplikasi ini juga boleh

mengundang penyebaran maklumat yang salah kepada golongan masyarakat yang

mempunyai tahap pemahaman dan pengetahuan yang rendah tentang sesuatu isu. Perkara ini

secara tidak langsung akan mendedahkan kelemahan sesuatu organisasi mahupun negara.

Pihak yang tidak bertanggungjawab juga boleh mencuri hasil kerja orang lain atau plagiat

melalui aplikasi rangkaian sosial. Golongan ini dengan mudah menyalin bahan yang telah

dihasilkan semula supaya menjadi hak milik mereka.

Isu keagamaan juga sering kali menjadi sasaran pihak yang mempunyai kepentingan

lain. Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat golongan yang cuba mewujudkan provokasi

negatif terhadap sesuatu agama atau kaum lain. Hal ini mampu menggoyahkan keharmonian

sesuatu institusi sosial mahupun negara. Pelbagai aplikasi laman sosial juga dapat membuka

peluang kepada kewujudan aktiviti yang melekakan dan ketagihan terhadap penggunaannya.

Perkara sebegini akan menyebabkan individu lebih banyak membuang masa dan merugikan

sesebuak organisasi apabila para pekerja ketagih mengakses aplikasi ini dan mengabaikan

tugasan hakiki. Penyalahgunaan bahasa juga merupakan antara kesan negatif yang timbul

akibat penggunaan laman sosial ini. Banyak pengguna yang melayari aplikasi ini gemar

menggunakan perkataan yang ringkas dan ada kalanya menyalahi aspek tatabahasa. Keadaan

ini akan menjejaskan usaha pihak berwajib untuk memartabatkan penggunaan bahasa yang

betul.

Page 6: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT

SULIT 3 1103/2

Baik atau buruk sesuatu rangkaian laman sosial bergantung pada cara individu

menggunakannya. Sekiranya dilihat dari sudut yang positif, laman sosial sebegini mampu

memberikan impak yang dapat menguntungkan pelbagai lapisan masyarakat. Sebaliknya, jika

digunakan ke arah yang negatif, aplikasi ini akan memberikan kesan buruk kepada sesebuah

organisasi dan masyarakat. Segala-galanya bergantung pada tindakan dan niat pengguna

dalam mencapai sesuatu matlamat.

(Dipetik dan diubah daripada

„Impak Penggunaan Aplikasi Jaringan Sosial‟

oleh Muhamad helmi Haji Abu Bakar. Dewan Siswa, Julai 2010)

Soalan2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata institusi sosial.

[ 2 markah]

(ii) Mengapakah pengguna alat komunikasi moden ini terdiri daripada semua

peringkat umur?

[3 markah]

(iii) Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah aplikasi jaringan sosial ini dapat

membantu anda?

[ 4 markah]

Page 7: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT

SULIT 4 1103/2

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu

menjadi kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka

akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah

diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan.

Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar

mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi

dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.

Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia

warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di

negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri

China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari

Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.

Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam

aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka

dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat

kekasihnya yang sejati, M16.

(Dipetik daripada cerpen Mellisa’

oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan sebab-sebab Mellisa sayang akan negara Malaysia.

( 2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sewajarnya anda lakukan untuk memastikan

keamanan dan keharmonian masyarakat di Malaysia terpelihara?

( 3 markah)

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni daripada

keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Page 8: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT

SULIT 5 1103/2

Soalan 2(d) - Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma, “Hai kakanda, adapun nama hamba ini Puteri

Cendana Kesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak Raja Baghdad dan Puteri Indera

Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya ini anak Raja Kufah dan Puteri Ratna

Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri Cendera Maha Dewi ini anak Raja Peringgi!

Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab hendak

dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah dan demikianlah

hal adinda sekalian ini.”

Maka kata Indera Nata, “Hai adinda sekalian, betapakah fikir adinda sekarang ini?”

Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, “Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba

menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua

Rom dan biarlah adinda sekalian perhambakan diri kepada kakanda.”

Maka oleh Indera Nata pun terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunung emas

rasanya serta ia berpantun:

“Rakit-rakit dari Inderagiri,

Menyeberang hendak ke Pulau Jawa;

Jikalau tuan puteri suka menyerahkan diri,

Nanti esok kakanda bawa.”

(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata” dalam antologi

Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata beroleh gunung emas ?

[ 2 markah]

(ii) Apakah janji ketujuh-tujuh tuan puteri sekiranya Indera Nata menyelamatkan mereka?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghargai orang yang berjasa kepada kita?

[3 markah]

Page 9: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT

SULIT 6 1103/2

Soalan 2(d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

DIRGAHAYU BAHASAKU

Tempatmu di singgahsana

hati nurani bangsaku

warga yang berbudi

setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa

yang mesti dipelihara martabatnya

agar tetap kukuh dan ampuh

melayari lautan bijaksana

salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku

hak bangsaku memilikimu

hak bangsaku mendaulatkanmu

di bumi bertuah ini

merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

ke barat ke timur menjalin persaudaraan

gagah pelautku membelah lautan

ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam

dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku

di arena antarabangsa suaramu tumbuh

menusuk kalbu lagu bahasamu

bahasamu bahasa minda

mudah akrab dan bertatasusila

daripada bangsa yang bernama Melayu

menempa kejayaan di alaf baru.

Ahmad Sarju

Antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 10: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT

SULIT 7 1103/2

(i) Nyatakan sebab-sebab martabat bahasa kita perlu dipelihara berdasarkan rangkap

kedua? [2 markah]

(i) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat memartabatkan bahasa Melayu di

negara ini?

Nyatakan tiga cara.

[3 markah]

(ii) Huraikan dua nilai yang diungkapkan oleh penyair dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Page 11: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT

SULIT 8 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa

anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh

menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau

nama khas.

(i) pascamerdeka

(ii) pascakolonial

(iii) pascanilai

(iv) pascapenjajah

(v) pascamatang

(vi) pascasiswazah

[6 markah]

(b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Pekerja-pekerja yang datang lewat itu telah dipanggil oleh pengurus syarikat itu

untuk diberi amaran.

(ii) Perasaan murid-murid perlu kita selami untuk mengeratkan hubungan dengan

mereka.

(iii) Anak-anak yang masih belum matang perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa.

[6 markah]

Page 12: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT

SULIT 9 1103/2

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalan itu. Anda tidak

boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

(i) Usaha untuk menunjolkan bakat muda dalam seni pertahanan diri perlulah

mengambil segera.

(ii) Semua penduduk kampung itu telah kerjasama untuk menjayakan majelis ulang

tahun yang kelima puluh.

(iii) Pihak kerajaan telah meluluskan perbelanjaan untuk progeram mengindahkan

pantai yang sudah lama terbiar itu.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan

penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu

menyalin ayat-ayat itu semula.

(i) Beberapa batang senapang berjaya diragut daripada penjenayah yang ditangkap

oleh polis semalam.

(ii) Kapal terbang yang baru berhenti itu sedang diperiksa oleh pihak berkuasa kerana

disyaki ada bom didalamnya.

(iii) Kakak merebus air selepas menyiapkan kerja rumahnya yang telah diberikan oleh

guru beliau.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang

menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Obed : Saya kagum melihat pembangunan yang pesat berlaku di negara ini. Negara

kita nampaknya telah berkembang maju setaraf dengan Negara-Negara

Dunia Pertama.

Oliver : Saya bersetuju dengan pandangan kamu. Pada hemat saya, sebagai rakyat

kita perlu belajar daripada negara-negara maju dan bertanyakan pakar-pakar

tentang strategi untuk memantapkan ekonomi negara kita. Jika tidak sampai

bila-bila pun kita akan terus ketinggalan.

Obed : Tetapi usaha tersebut memerlukan kesabaran.

Oliver : Yalah, kalau tidak sabar sudah tentu kejayaan sukar diperoleh!

[6 markah]

Page 13: SMK NARINANG NO - pppnukm.files.wordpress.com · Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat ... Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari

1103/2 © 2012 Hak Cipta Juilis Mokujal SULIT

SULIT 10 1103/2

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut:

(i) Kabus di Perbukitan karya Mohd.Kholid Hamzah

(ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah

(iii) Interlok karya Abdullah Hussain

(iv) Sutera Dalam Lukisan karya Abd.Talib Hassan

(v) PAPA ..(akhirnya kau tewas jua!) karya Deanna Yusof

(vi) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(vii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(viii) Renyah karya Gunawan Mahmood

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang

menggambarkan nilai bertanggungjawab.

[ 7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu contoh peristiwa yang

memaparkan unsur saspens dalam setiap novel.

[ 8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


Top Related