Download - SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
1/40
STANDARD KUALITIPENDIDIKAN MALAYSIA
(SEKOLAH)
PERNYATAAN STANDARD
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TINGKAT 21-23, BANGUNAN BANK PERTANIANLEBOH PASAR BESAR50604 KUALA LUMPUR
Tel : 03-20987410Fax : 03-26937388, 03-26932192E-mail :[email protected]
SKPM1
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
2/40
i
Daftar Kandungan i
Misi Pendidikan Negara ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii
Kurikulum Kebangsaan iv
Visi Dan Misi Jemaah Nazir Sekolahv
Hasrat Jemaah Nazir Sekolah vi
Kata Alu-aluan Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia vii
Kata Alu-aluan Y.Bhg. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia viii
Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah ix
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Bab I : Pengenalan 1
Latar Belakang 1
Pengolahan SKPM 2
Pemakai SKPM 5
Pengukuran Standard 7
Bab II : Pernyataan Standard 8
Elemen 1 : Visi dan Misi 8
Elemen 2 : Kepimpinan 9
Elemen 3 : Struktur Organisasi 12
Elemen 4 : Perancangan 13
Elemen 5 : Iklim 13
Elemen 6 : Pengurusan Dan Pembangunan Sumber 14
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat 16
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulumdan Hal Ehwal Murid
16
Elemen 9 : Pengajaran Dan Pembelajaran 17
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid 19
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid 20
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,Kokurikulum dan Sahsiah
20
12.1 : Kemenjadian Murid Prasekolah 20
12.2 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah
Rendah
22
12.3 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah
Menengah
23
Rujukan 26
Proses Aliran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah 29
Ahli Jawatankuasa Teknikal Penggubalan SKPM 30
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
3/40
ii
ii
MISI PENDIDIKAN NEGARA1
Membangunkan sistem pendidikan yangberkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individusepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara
Malaysia
1BPPDP KPM (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
4/40
iii
iii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
2Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
5/40
iv
iv
KURIKULUM KEBANGSAAN3
Kurikulum Kebangsaan adalah suatu
program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan
3 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; 3(1).
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
6/40
v
v
VISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Mengupayakan sekolah dan institusipendidikan mencapai kecemerlangan serta
standard kualiti pendidikan yang tinggi
MISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Melakukan penaziran sekolah serta institusipendidikan dengan cara yang cermat, teliti danprofesional bagi memastikan pendidikan yangdiberikan mencapai standard kualiti yang tinggi
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
7/40
vi
vi
HASRAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)
Menjayakan Rancangan PembangunanPendidikan Sepuluh Tahun (2001 2010)
Menjayakan pelaksanaan semua dasar danprogram KementerianPendidikan
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
8/40
vii
vii
Kata Alu-aluan
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia
.
Menteri Pendidikan Malaysia
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
9/40
viii
viii
Kata Alu-aluan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
10/40
ix
ix
Kata Alu-aluan
Ketua Nazir Sekolah
.
Ketua Nazir Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
11/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
1
1
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA
BAB I : PENGENALAN
1. Latar Belakang
1.1 Pada awal tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah
memperkenalkan suatu mekanisme untuk memastikan kualiti
pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara
berterusan ke tahap yang tinggi. Mekanisme tersebut
dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard
Tinggi Kualiti Pendidikan atau ringkasnya SPPSTKP.
SPPSTKP dibina berasaskan kehendak subseksyen 117(a)
Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan kepada Ketua
Nazir Sekolah tanggungjawab memastikan taraf pengajaran
yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi
pendidikan (an adequate standard of teaching is developed
and maintained in educational institutions).
1.2 Bagi membantu sekolah dan institusi pendidikan
melaksanakan SPPSTKP, sebanyak tujuh dokumen telah
diterbitkan dan diedarkan ke semua sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan seperti yang berikut:
a) Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;
b) Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP);
c) Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard
Tinggi Kualiti Pendidikan (PKSBSTKP);d) Lembaran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah
Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;
e) Instrumen Pemeriksaan Peningkatan Standard Tinggi
Kualiti Pendidikan (IPPSTKP);
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
12/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
2
2
f) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan
Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman; dan
g) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan
Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman (Versi Yang
Dipermudahkan).
1.3 Setelah sistem tersebut diperjelaskan kepada warga pendidik
menerusi suatu siri promosi yang telah dijalankan oleh JNS
dengan kerjasama pelbagai pihak khasnya Jabatan
Pendidikan Negeri, sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan di seluruh negara telah diminta membuat penarafankendiri berpandukan tatacara dan instrumen yang terkandung
dalam dokumen PKSBSTKP.
1.4 Maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa sekolah-
sekolah menghadapi masalah melaksanakan SPPSTKP
sepenuhnya.
2. Pengolahan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)
[SKPM-Sekolah]
2.1 Maklum balas dan pandangan pelbagai pihak khasnya
pengetua, guru besar dan guru-guru di sekolah sebagai
pengguna dan pelaksana SPPSTKP jelas memperlihatkan
keperluan sistem ini dikaji semula supaya mudah difahami dan
lebih mesra pengguna. Menyedari hakikat tersebut dan
selaras dengan prinsip penambahbaikan berterusan dalam
sistem kualiti, maka JNS telah mengolah semula SPPSTKP.
Hasil pengolahan semula ini ialah Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (Sekolah) atau ringkasnya SKPM-
Sekolah.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
13/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
3
3
2.2 SKPM digubal dengan mengambil kira dasar-dasar negara,
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan
Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya, Surat
Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri, Surat Pekeliling Am
Jabatan Perkhidmatan Awam, Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam (PKPA), Arahan Kerajaan (seperti Arahan
Perkhidmatan, Kewangan, Pentadbiran dan lain-lain), Perintah
Am, Surat-Surat Pekeliling (seperti Surat Pekeliling
Pentadbiran, Perbendaharaan, Kewangan, Ikhtisas, dan surat-
surat pekeliling lain) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa
oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. Selain
itu, dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010:Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan
yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga
telah dirujuk.
2.3 Pelaksanaan SKPM-Sekolah diperincikan dalam tiga
dokumen iaitu:
2.3.1 SKPM1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)
- Pernyataan Standard
2.3.2 SKPM2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)
- Instrumen Pemastian Standard (IPS)
2.3.3 SKPM3 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)
- Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)
2.4 SKPM-Sekolah digubal dan diolah berlandaskan prinsip-
prinsip berikut:
a) Keupayaan sekolah hendaklah dibangunkan ke tahap
yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya;
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
14/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
4
4
b) Sekolah bertanggungjawab merealisasikan misi
Kementerian Pendidikan iaitu untuk menghasilkan
sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
mencapai aspirasi negara Malaysia. Perkembangan
potensi individu sepenuhnya yang termaktub dalam
misi tersebut hendaklah dilakukan secara menyeluruh
dan bersepadu seperti yang dizahirkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan;
c) Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat
penting dalam usaha meningkatkan standard kualitipendidikan;
d) Kemenjadian murid dalam bidang akademik,
kokurikulum dan pembangunan sahsiah adalah
petunjuk utama kepada kejayaan sekolah
menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi;
e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan
hendaklah ditadbir urus berpandukan teori-teori
pengurusan moden;
f) Proses mikro dalam pendidikan hendaklah berteraskan
teori pembelajaran, kaedah pengajaran terkini, dan
berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam
bidang pendidikan;
g) Pendekatan membuat keputusan dan merancang
program-program pendidikan hendaklah berasaskan
maklumat dan fakta yang tepat;
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
15/40
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
16/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
6
6
3.4 Elemen-elemen tersebut dikelompokkan ke dalam empat
dimensi seperti yang berikut :
DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINANElemen 1 : Visi dan Misi
Elemen 2 : Kepimpinan
DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI
Elemen 3 : Struktur Organisasi
Elemen 4 : Perancangan
Elemen 5 : Iklim
Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Elemen 7 : Pengurusan MaklumatDIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum,Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid
DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,
Kokurikulum dan Sahsiah
4. Pengukuran Standard
4.1 Pencapaian sekolah dalam pelaksanaan SKPM diukur dengan
menggunakan Instrumen Pemastian Standard (IPS).
4.2 Pencapaian sekolah ditafsirkan dalam tujuh tahap dan tujuh
taraf seperti yang berikut:
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
17/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
7
7
Tahap Taraf Pencapaian Sekolah (%)
7 Gemilang 90 100
6 Cemerlang 80 89
5 Harapan 70 79
4 Sederhana 50 69
3 Lemah 35 49
2 Sangat Lemah 25 34
1 Lampau Lemah 0 24
4.3 Tatacara penggunaan instrumen tersebut diperjelaskan
secara berasingan dalam dokumen Instrumen Pemastian
Standard.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
18/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
8
8
BAB II: PERNYATAAN STANDARD
Pernyataan Standard ini terdiri daripada dua belas elemen yang
dikelompokkan kepada empat dimensi.
Guru Besar atau Pengetua atau orang-orang yang bertanggungjawab ke
atas pengurusan sekolah hendaklah memastikan kesemua elemen berikut
diamalkan di sekolah:
DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN
Elemen1 : Visi Dan Misi
Sekolah hendaklah mengadakan visi, iaitu pernyataan yang
menggambarkan hala tuju sekolah yang cekap menghasilkan murid
yang sempurna.
Sekolah hendaklah mengadakan misi, iaitu cara atau pendekatan atau
kaedah merealisasikan visi tersebut.
1.1 Penggubalan visi dan misi hendaklah:
a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan
2020 dan perkembangan semasa;
b. mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman,
potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti
setempat; dan
c. dibuat secara kolektif.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
19/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
9
9
1.2 Visi dan misi yang digubal hendaklah:
a. dihayati oleh warga sekolah;
b. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan
kerja harian warga sekolah;
c. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang
munasabah;
d. memberi impak kepada warga sekolah; dan
e. dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan
dan keperluan.
Elemen 2 : Kepimpinan
2.1 Guru Besar/Pengetua hendaklah menerajui dan menggerakkan
seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan
cara:
a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan
visi dan misi;
b. mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut
situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang
warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);
c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja
secara sepasukan dengan semangat kekitaan;
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
20/40
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
21/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
11
11
d. menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan
warga sekolah; dan
e. memberi teguran dan nasihat membina.
2.4 Guru Besar/Pengetua hendaklah memainkan peranan yang
berkesan sebagai pemimpin kurikulum1 dengan:
a. mengajar sejumlah waktu mengikut Surat Pekeliling2 yang
sedang berkuat kuasa;
b. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran3;
c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran;
d. menggerakkan dan memantau perjalanan Jawatankuasa
Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan jawatankuasa-
jawatankuasa lain yang berkaitan dengannya; dan
e. memantau kemajuan murid dalam pembelajaran.
2.5 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengupayakan Guru-guru
Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang),
Ketua Panitia dan guru-guru untuk membangunkan diri menjadi
pemimpin yang berkesan dengan:
a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;
1Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, AGGrafik Sdn. Bhd, 2001, Kuala Lumpur.
2Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 (Pind. 82),
3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1987.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
22/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
12
12
b. melatih dan memberi kepimpinan;
c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-
masing;
d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas yang
dilaksanakan; dan
e. memberi bimbingan dan nasihat untuk meningkatkan
keupayaan kepimpinan.
DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI
Elemen 3 : Struktur Organisasi
Sekolah hendaklah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf
sokongan dengan:
a. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi;
b. memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang
ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program
pembangunan sekolah dan program pendidikan;
c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi
setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan
d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
23/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
13
13
Elemen 4 : Perancangan
Sekolah hendaklah mengadakan perancangan strategik, taktikal dan
operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal
murid, kewangan, sumber tenaga manusia, bahan kurikulum,
kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip penambahbaikan
berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira:
a. visi dan misi sekolah;
b. tahap pencapaian semasa [Take-Off Value(TOV)];
c. peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment
(OTI)];
d. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result(ETR)];
e. strategi yang bersesuaian;
f. implikasi sumber; dan
g. kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program yang
dilaksanakan.
Elemen 5 : Iklim
Sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang sihat dengan:
a. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;
b. memastikan persekitaran sosial dan psikologikal yang selamat,
kondusif, dan harmoni;
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
24/40
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
25/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
15
15
b. menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi memastikan
keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara;
c. menyelenggara pejabat sekolah dengan baik dan berhemah
d. memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum;
e. merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan
mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan
yang sedang berkuat kuasa;
f. memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;
g. menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakan bagi
memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;
h. menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara optimum
sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan, kemahiran,
pengalaman, bakat dan minat;
i. menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program
peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan dan
kemajuan pendidikan;
j. menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan
kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan
k. menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan
secara optimum.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
26/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
16
16
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat
Sekolah hendaklah mengurus semua data dan maklumat pengurusan
dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan
pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan. Data dan
maklumat hendaklah:
a. diperoleh;
b. disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang
diberikan;
c. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai;
d. mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa dan
tahap keselamatan;
e. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan;
f. dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan
g. dikemas kini.
DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan
Hal Ehwal Murid
Sekolah hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan program
kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan dengan:
a. mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat
(kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
27/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
17
17
b. merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid
dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan
kumpulan sasaran;
c. mengelola sumber manusia (dengan mengenal pasti, melantik dan
menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas) dan
sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan;
d. melaksana program mengikut perancangan;
e. memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan;
f. menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan,
pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan
g. melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak.
Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran
Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut:
a. berdasarkan kurikulum kebangsaan6, sukatan pelajaran, huraian
sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang
berkuatkuasa;
6 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
28/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
18
18
b. isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian
semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara
bersepadu;
c. pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan
murid secara aktif;
d. penghayatan ilmu;
e. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap
pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;
f. kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek;
g. pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan iklim
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;
h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan
mereka;
i. pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan
patriotisme; dan
j. penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
secara berterusan.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
29/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
19
19
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid
Sekolah hendaklah membangunkan sahsiah setiap murid mengikut
tahap persekolahan dan potensi masing-masing berpandukan perkara-
perkara berikut:
a. murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan
potensinya;
b. murid diberi peluang, latihan dan bimbingan;
c. murid diberi motivasi dan galakan;
d. murid ditunjukkan teladan;
e. murid disediakan persekitaran dan kemudahan;
f. pencapaian murid dinilai dari semasa ke semasa;
g. hasil penilaian digunakan untuk pembetulan dan penambahbaikan;
h. murid diberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang
perlakuan yang negatif; dan
i. murid diberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan
yang positif.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
30/40
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
31/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
21
21
b. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
(untuk murid beragama Islam);
c. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;
d. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan
memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi;
e. menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan
betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan
bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selarasdengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar;
f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian
selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan
kemahiran menyelesaikan masalah;
h. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran sosial;
i. memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta
mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;
dan
j. memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk
menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
32/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
22
22
12.2 Pada akhir peringkat pendidikan rendah8, bersesuaian dengan
tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. menguasai bahasa Melayu;
b. menguasai kemahiran asas berbahasa;
c. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul
untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa
pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil;
d. membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yangmerangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis;
e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
kehidupan seharian;
f. menguasai kemahiran belajar dan berfikir;
g. menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua;
h. membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan
keyakinan diri;
i. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia;
j. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;
k. memahami dan menghargai budaya;
8 EPRD MOE, Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik Sdn Bhd,
Kuala Lumpur.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
33/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
23
23
l. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;
m. mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri;
n. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan
produktiviti;
o. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan
memahami makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran (untuk
murid beragama Islam);
p. mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan)dan mengamalkan nilai-nilai murni;
q. memupuk semangat patriotisme;
r. membangunkan bakat dan kreativiti; dan
s. membangunkan sikap positif.
12.3 Pada akhir peringkat pendidikan menengah9, bersesuaian
dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. meningkatkan kecekapan dan kefasihan berbahasa dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris;
b. membangunkan dan meningkatkan keupayaan intelektual;
9 EPRD MOE, Education In Malaysia (2001), A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik
Sdn Bhd, 2001, Kuala Lumpur.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
34/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
24
24
c. memperoleh ilmu pengetahuan dan membangunkan
penguasaan kemahiran;
d. membangunkan kemahiran untuk menangani bidang-bidang
ilmu dan kemajuan teknologi yang baru;
e. memperoleh kemahiran yang berfaedah kepada individu dan
masyarakat;
f. membangunkan keyakinan diri;
g. memahami dan menghargai warisan sejarah dansosiobudaya setempat dalam negara;
h. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik;
i. membangunkan kesedaran terhadap persekitaran;
j. memperlihatkan pemantapan nilai;
k. membangunkan dan memajukan semangat patriotisme;
l. memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan;
m. berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga;
n. memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan
terhadap diri sendiri dan orang lain;
o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha terhadap
qadak dan qadar yang diiringi dengan usaha dan ikhtiar
yang berterusan;
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
35/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
25
25
p. sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat
dan agama; dan
q. berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya
dengan:
i. keluarga;
ii. persekitaran;
iii. alam fizikal;
iv. kejadian alam; dan
v. Pencipta.
_________..............ooooo00000()[]{}[]()00000ooooo.............._________
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
36/40
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
37/40
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
38/40
SKPM
PERNYATAAN STANDARD
28
28
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah PendidikanKebangsaan, Matlamat dan Misi, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penggunaan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran,2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Sekolah, (1998), Amalan Kebersihan Sekolah PanduanAktiviti, 1998, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
39/40
29
PROSES ALIRAN KERJA PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH (PKS)
PROSES TEMPOH TINDAKAN
13a
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.13a.
14.
15.
Sekolah menerima dokumen SKPM-Sekolaha. SKPM 1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(Sekolah) Pernyataan Dasarb. SKPM 2 : Standard Kualiti Malaysia (Sekolah)
Instrumen Pemastian Standard (IPS)c. SKPM 3 : Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (Sekolah) PanduanRancangan Pemajuan Sekolah (RPS)
Sekolah mengkaji dan memahami ketiga-tigadokumen SKPM1, SKPM2 dan SKPM3.
Sekolah membentuk Jawatankuasa SKPMi. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar
ii. Setiausaha : I GPK (Akademik)
II GPK (Kokurikulum)
III GPK (HEM)
iii. Guru Kanan Mata Pelajaran/KetuaPanitia
iv. Ketua-ketua Unit ( Kokurikulum)v. Ketua-ketua Unit (HEM)
Sekolah melaksanakan Penarafan Kendiri
Sekolah merumuskan keputusan PKS
Sekolah memutuskan keputusan PKS
Sekolah memaklumkan keputusan PKS kepada :a. JNS Negerib. JPNc. PPD
Sekolah mendokumentasikan keputusan PKS
Penyimpanan Dokumen PKS
Sekolah menyediakan RPS dan menubuhkanPasukan AKD
Sekolah melaksanakan RPS
Sekolah memantau pelaksanaan RPS
Sekolah menilai pencapaian RPSMenilai keseluruhan pencapaian terkini sekolahdengan menentukan tahap prestasi terkini
Sekolah melaksanakan penambahbaikanberterusan
Tamat
Okt-Dis03
Jan 04
Jan 04
Jan-Feb04
Feb 04
Feb 04
Feb 04
Mac 04
Mac 04
Mac 04
Mac-Nov04
AprNov04
Nov 04Nov o4
Apr-Nov04
JNS
Guru Besar/Pengetua,
GPK & GuruGuru BesarPengetua
Semua GPKSemua Ketua
Bidang/
Ketua Unit/Ketua Panitia
AJK PKS
AJK PKS
AJK PKS
Guru Besar /Pengetua
AJK PKS
AJK PKS
AJK RPS
AJK RPS
AJK RPS /PAKD
Pasukan AKDAJK SKPM
Guru Besar/Pengetua
6
1
3
2
4
5
8
15
9
7
11
12
13
14
-
8/14/2019 SKPM standard kualiti pendidikan malaysia
40/40
SKPM 30
AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGGUBALAN SKPM-Sekolah
Penasihat :
Encik Rusli bin Rashikin, Ketua Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengurus Projek :
Tuan Hj Md. Shah bin Bachik, Ketua Nazir Negeri Sembilan
Setiausaha :
I. En. Shamsuri bin Sujak, JNS KPM II. Pn. Ee Hong, JNS KPM
Ahli :
En. Kamaruddin bin Harun, KS PKIP JNS KPM Pn. Dr. Hjh Asmah bt Ahmad, KS PPPSM JNS KPM
Pn. Ashah bt Samah, KS PPemPP JNS KPM Pn. Azizah bt Hamzah, KS PPSS, JNS KPM
Pn. Fatimah bt Hj Uni, KS PPBK JNS KPM Tn. Hj Kasim b. Dol, KS PPTV JNS KPM
Tn Hj Mortadza bin Hj Alop, KNNSarawak En. Mohamed Nor bin Abdul Samat, KNNKelantan
Tn Hj Ahmad Foaad bin Hashim, KNNJohor En Bahari bin Md Shah, KNNSabah
En. Yusoff bin Hasan, JNS Pahang Tn. Hj, Mohd Zakaria bin Yusof, JNS Johor
Pn. Noor Filzah bt Kamaruddin, JNS WP KL Pn. Ramani a/p Subramaniam, JNSSelangor
En. Haron b. Amir, JNS Selangor Cik Shadhana a/p Popatlal, JNSKPM
Cik Wee Mek Giat, JNS KPM Pn. Noora bt Sidek, JNS KPM
Pn. Hjh. Siti Zainon bt. Zainudin, JNS KPM En. Abdullah b. Hassan, JNS KPM
Tn. Hj. Md. Tah b. Talib, JNS KPM Tn. Hj. Mohd Adnan bin Hassan, JNS KPM
En. Zakaria b. Mahzan, JNS KPM Pn. Rusiah bt. Ibrahim, JNS KPM
En. Wan Shuib b. Wan Mohamad, JNS KPM Pn. Hjh. Umi Kalthom bt Dato Hj. Lope Salleh, JNSKPM
En. Abdul Wahab bin Sungip, KSPengurusan AkademikJPN Johor
Tn. Hj Sobirin bin Hj Duli, KS Pengurusan Akademik JPN Pahang
Pn. Hjh Fauziah bt. Hj Othman, KSPembangunan Kemanusiaan JPN P.Pinang
Tn. Hj Bajuri bin Hj Abdullah, PPD Kuala Selangor
En. Rahim bin Awang, PPB Sandakan, Sabah
En. Roseli bin Hasbullah, PPPD Kuala Krai/Gua Musang, Kelantan
En. Abdul Rashid bin Abdul Rahman, PPPD Kulim/Bandar Bharu, Kedah
En. Ahmad Fuad bin Othman, Pegawai Sains dan Matematik, PPD Kulim/Bandar Bharu, Kedah
Pn. Normah bt Mohamed, PengetuaKanan SMKSAAS Shah Alam (NYDP PKPSM)
Pn. Hjh Latifah bt Mohd Rashid, Pengetua Kanan SMK Tunku Najihah Seremban, N. Sembilan
En. Awi bin Abd. Jalil, PengetuaSMK Cheras, Kuala Lumpur
Pn. Hjh Hamizah bt Mohd Salleh, Pengetua SMKA Maahad Muar, Johor
Tn. Hj Ramli bin Harun, GPK SMT Pengkalan Chepa, Kelantan
En. Saadun bin Kasim, Guru BesarSK Taman Seri Murni, Kuala Lumpur (TYDP MGB)
Tn. Hj Azmi bin Hj Abd Ghani, Guru Besar SK Seri Biram, Pekan, Pahang
En. Mokhtar bin Mat, Guru Besar, SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu
En. Lim Sin Tian, Guru Besar SJKC Kg. Baharu Mahsan, Bahau, N.Sembilan
En. Perumal a/l Solai, Guru Besar SJKT YMHA, Jalan Stesen Hulu, Taiping, Perak
Pn. Chew Guat Bee, Guru Besar, SJKC Shih Chung (cawangan), Sg. Nibong, P.Pinang
Pn. Shanpakavalli a/p Raman, Guru Besar, SJKT Pulau Sebang, Tampin, N.Sembilan