Download - SISTEM PENGURUSAN KEDATANGAN (TAMS)
SISTEM PENGURUSAN KEDATANGAN
(TAMS)
MANUAL KIOSK NORMAL TAMS
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN PERDANA MENTERI
24 MEI 2016
1. PENGENALAN KIOSK TAMS
Kiosk TAMS merupakan alternatif yang baharu yang diadakan bagi menambahbaik TAMS yang sedia
ada di Kompleks Jabatan Perdana Menteri dan Bangunan Perdana Putra. Konsep penyimpanan data
kehadiran yang digunakan adalah masih konsep yang sama iaitu konsep First In Last Out. Yang
berbeza hanyalah penggunaan kiosk yang membolehkan pengguna menyaksikan transaksi yang
dilakukan dengan melarik kad kepada kiosk TAMS.
2. ANTARAMUKA KIOSK TAMS
Paparan skrin kiosk TAMS memaparkan waktu jam semasa. Waktu yang dipaparkan telah
diselaraskan dengan waktu server.
Skrin kiosk TAMS
Skrin utama kiosk TAMS
Jam Semasa Kawasan
Pengesan Kad
Akses
Jam Semasa Maklumat
Pengguna
Lokasi ID Kiosk
& Nama Lokasi
Ikon Status Transaksi
Pengguna
Waktu Yang Dirakam
Jenis Transaksi
Status Rangkaian Aplikasi
Status Rangkaian Peranti
3. TRANSAKSI PENGGUNA KETIKA KIOSK TAMS ONLINE
Contoh Gambar Transaksi Berstatus Kehadiran Baik
Contoh Gambar Transaksi Berstatus Kehadiran Merah
Berdasarkan kedua-dua gambar contoh di atas, kiosk TAMS akan memaparkan maklumat pengguna
selepas melarik kad semasa kiosk TAMS dalam keadaan online. Maklumat yang akan dipaparkan
adalah gambar pengguna, nama, nombor pengenalan, bahagian, jabatan dan jenis waktu pejabat,
waktu transaksi yang dirakam dan jenis transaksi samada masuk atau keluar.
4. TRANSAKSI PENGGUNA KETIKA KIOSK TAMS OFFLINE
Walaupun Kiosk TAMS berada dalam keadaan OFFLINE, kiosk TAMS masih berupaya menyimpan data
secara OFFLINE. Berdasarkan gambar contoh di atas, data yang dipaparkan hanyalah maklumat asas
iaitu nama pengguna, nombor pengenalan, bahagian, jabatan dan waktu yang dirakam. Tiada gambar
akan dipaparkan ketika kiosk TAMS dalam keadaan OFFLINE. Jika ada pengguna yang tidak dapat
paparan maklumat seperti di atas, pengguna tidak perlu bimbang kerana setiap larikan kad pada
kiosk TAMS akan disimpan secara OFFLINE.
Setelah kiosk TAMS ONLINE semula, data yang simpan secara OFFLINE akan dimuat naik ke server
secara automatik. Proses ini dijalankan secara senyap. Oleh itu pengguna tidak akan merasai proses
muat naik data OFFLINE.
Notifikasi Untuk
Memberitahu
Pengguna Transaksi
Telah Disimpan Secara
OFFLINE
Status Kiosk TAMS
OFFLINE
5. PENYELENGGARAAN: TETAPAN KIOSK
Selepas pemasangan aplikasi kiosk TAMS, penyelenggara perlu membuat atau memeriksa tetapan
supaya kiosk berfungsi dengan baik.
Gambar Tetapan Kiosk 1
Gambar Tetapan Kiosk 2
Untuk mengeluarkan paparan tetapan kiosk, penyelenggara perlu mendaftar ID Admin dan kata
laluan. Penyelenggara perlu menghubungi penyelaras aplikasi TAMS Server untuk mendaftarkan
ID Admin dan kata laluan.
Sentuh Pada Gambar
Untuk Mengeluarkan
Menu
Sentuh Atau Klik Pada
Menu Settings
Penyelenggara Perlu
Memasukkan ID Admin
& Kata Laluan Yang Sah
Sentuh Atau Klik
“Cancel” Untuk
Kembali Ke Skrin
Utama
Sentuh Atau Klik
“Submit” Untuk
Pengesahan ID Admin
& Kata Laluan
Gambar Tetapan Kiosk 3
Nama Tetapan Penerangan
TCP Server Ip Address Alamat IP server di mana aplikasi TAMS Server dijalankan.
TCP Server Port Nombor port TCP yang aplikasi TAMS Server buka sebagai id laluan untuk menghubungkan aplikasi TAMS Server dengan setiap kiosk.
Location Id Id lokasi bagi kiosk mengikut Id yang didaftarkan di aplikasi TAMS Server.
Screen Saver Wait Time
Durasi masa dalam saat untuk maklumat pengguna terpadam di skrin utama kiosk dan menukar ke skrin screen saver.
Interval Time To Enable Card Transaction
Durasi masa dalam saat untuk menyekat pengguna dari sentuh kad akses lebih dari sekali.
UDP Listen Port Nombor port UDP yang kiosk buka sebagai id laluan untuk membenarkan penerimaan datagram yang dihantar oleh aplikasi TAMS Server.
UDP Multicast Group Alamat IP yang aplikasi kiosk gunakan sebagai logical identifier untuk sekumpulan host. Tetapan UDP Multicast Group mestilah sama bagi setiap kiosk yang berada dalam kumpulan host yang sama.
UDP Server Port Nombor Port UDP yang aplikasi TAMS Server buka sebagai id laluan untuk membenarkan penghantaran datagram ke aplikasi TAMS Server oleh kiosk.
Sentuh Atau Klik “Apply”
Untuk Mengesahkan
Tetapan
Sentuh Atau Klik
“Cancel” Untuk
Kembali Ke Skrin
Utama
Sentuh Atau Klik
“Reset Local
Database” Padam Data
Maklumat Pengguna
Yang Tersimpan Bagi
Tujuan Paparan Ketika
Operasi OFFLINE
Untuk membuat tetapan, penyelenggara memerlukan papan kekunci maya sebagai alat untuk
memasukkan input pada tetapan yang disediakan. Panduan untuk mengeluarkan papan kekunci
maya adalah seperti di bawah:
Gambar Tetapan Kiosk 3
Gambar Papan Kekunci Maya
Sentuh Atau Klik Pada
Ikon Papan Kekunci
Sentuh Atau Klik Pada
Menu Keyboard