SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI
NUR RUZAINI BIN OTHMAN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian
(Pengkomputeran Rangkaian)
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2006
ii
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan projek tahun akhir dan sistem ini dalam masa yang ditetapkan. Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada penyelia projek tahun akhir saya iaitu Puan Azni Haslizan
Binti Abdul Halim yang telah memberikan idea untuk membangunkan Sistem Maklumat
Latihan Industri ini. Tanpa buah fikiran dan tunjuk ajar beliau, tidak mungkin sistem ini akan
dapat dibina dengan jayanya. Terima kasih juga kerana tidak jemu memberikan tunjuk ajar,
dorongan dan semangat kepada saya sepanjang saya menyiapkan projek ini. Ucapan sekalung
penghargaan juga saya tujukan kepada ahli keluarga, sahabat handai, dan pensyarah-
pensyarah yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam membantu saya
menyiapkan projek ini.
iii
-ISI KANDUNGAN-
TAJUK MUKA SURAT
PENGHARGAAN II
ISI KANDUNGAN III
SENARAI JADUAL VI
SENARAI RAJAH VII
ABSTRAK IX
BAB 1: PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Pernyataan Masalah 2
1.2 Objektif Projek 3
1.3 Skop Projek 4
1.4 Metodologi 4
1.5 Hasil Jangkaan 6
1.6 Kepentingan Projek. 7
1.7 Perancangan Projek 8
1.8 Garis Kasar Laporan 9
BAB 2: LATAR BELAKANG
2.0 Pengenalan 11
2.1 Ulasan Literatur 12
2.2 Kajian Sistem Sedia Ada 13
2.2.1 Sistem 1 13
2.2.1.1 Fungsi Sistem 14
2.2.1.2 Ciri-Ciri 14
2.2.1.3 Kelemahan Sistem 15
2.2.2 Sistem 2 16
2.2.2.1 Fungsi Sistem 17
iv
2.2.2.2 Ciri-Ciri 17
2.2.2.3 Kelemahan Sistem 18
2.2.3 Sistem 3 19
2.2.3.1 Fungsi Sistem 19
2.2.3.2 Ciri-Ciri 20
2.2.3.3 Kelemahan Sistem 21
2.3Kelebihan Sistem Berkomputer Berbanding Sistem Manual 22
2.4 Perbandingan Sistem 23
2.5 Kesimpulan 24
BAB 3: KEPERLUAN ANALISIS DAN REKABENTUK
3.0 Pengenalan 25
3.1 Analisa Pengguna Sistem 26
3.2 Analisa Keperluan Sistem 27
3.2.1 Keperluan Perisian 27
3.2.2 Keperluan Perkakasan 29
3.3 Gambarajah Aliran Data 29
3.3.1 Gambarajah Konteks 30
3.3.2 Gambarajah tahap 0 31
3.3.3 Gambarajah Tahap 1 32
3.4 Rekabentuk Sistem 35
3.5 Kesimpulan 39
BAB 4: PERLAKSANAAN DAN PENGUJIAN
4.0 Pengenalan 40
4.1 Sokongan Perisian 40
4.2 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 41
4.2.1 Halaman Utama 42
4.2.2 Halaman Pelajar (Pelajar) 43
4.2.3 Halaman Forum (Pelajar) 44
v
4.2.4 Halaman Kemaskini Resume (Pelajar) 45
4.2.5 Halaman Semak Resume (Pelajar) 46
4.2.6 Halaman Semak Status Permohonan (Pelajar) 47
4.2.7 Halaman Pengesahan (Pelajar) 48
4.2.8 Halaman Muat Turun (Pelajar) 49
4.2.9 Halaman Carian Dan Muat Turun Resume Pelajar (Koordinator) 50
4.2.10 Halaman Carian Resume Pelajar (Koordinator) 51
4.2.11 Halaman Status Permohonan (Koordinator) 52
4.2.12 Halaman Pengumuman (Koordinator) 53
4.2.13 Halaman Pengesahan Pelajar (Koordinator) 54
4.2.14 Halaman Daftar Pengguna (Admin) 55
4.2.15 Halaman Kemaskini (Admin) 56
4.2.16 Halaman Muat Naik (Admin) 57
4.3 Pengujian Sistem 58
4.4 Perlaksanaan Source Code 59
4.5 Kesimpulan 60
BAB 5: KESIMPULAN DAN KAJIAN LANJUTAN
5.0 Pengenalan 61
5.1 Pencapaian 61
5.2 Kajian Lanjutan SMLI 62
5.3 Kesimpulan 63
RUJUKAN 64
LAMPIRAN A 65
LAMPIRAN B 71
vi
-SENARAI JADUAL-
Jadual Keterangan Mukasurat
1.1 Jadual Perancangan Projek
8
2.1 Kelebihan Sistem Berkomputer Berbanding Sistem
Manual
22
2.2 Perbandingan Sistem
23
3.1 Keperluan Perisian Sistem
28
3.2 Keperluan Perkakasan Sistem
29
4.1 Objektif SMLI Dan Pencapaiannya
58
vii
-SENARAI RAJAH-
Rajah Keterangan Mukasurat
1.1 Struktur Fasa Bagi Waterfall Development Methodology
6
2.1 Lawan Web Latihan Industri dan Pengurusan FTSM,
UKM
13
2.2 Laman Web Rasmi Latihan Industri FKE, UTM
16
2.3 Industrial Training Division di University of Moratuwa
19
3.1 Simbol-Simbol Utama Bagi Gambarajah Aliran Data
30
3.2 Gambarajah Konteks Bagi SMLI
31
3.3 Gambarajah Tahap 0 Bagi SMLI
32
3.4 Gambarajah Tahap 1 Bagi Pelajar
33
3.5 Gambarajah Tahap 1 Bagi Koordinator
34
3.6 Gambarajah Tahap 1 bagi Admin
35
3.7 Site Map Bagi Rekabentuk Sistem
38
4.1 Paparan Skrin Muka Hadapan Laman SMLI
42
4.2 Paparan Skrin Bagi Laman Pelajar
43
4.3 Paparan Skrin Bagi Forum Pelajar
44
4.4 Paparan Skrin Isi Dan Kemaskini Resume Pelajar
45
4.5 Paparan Skrin Resume Pelajar
46
4.6 Paparan Skrin Penyemakan Status Permohonan
47
4.7 Paparan Skrin Pengesahan Tempat LI
48
4.8 Paparan Skrin Muat Turun Dokumen
49
4.9 Carian Dan Muat Turun Resume Pelajar
50
4.10 Koordinator Memilih Sesi 2006/2007 semester 1 51
viii
4.11 Koordinator Memasukkan Status Permohonan Pelajar
52
4.12 Koordinator Memasukkan Pengumuman
53
4.13 Senarai Pelajar Yang Telah Melakukan Pengesahan
Tempat
54
4.14 Admin Mendaftar Pengguna Sistem
55
4.15 Admin Mengemaskini Pengguna Sistem
56
4.16 Admin Memuat Naik Dokumen
57
4.17 Source Code Keselamatan Sistem
59
4.18 Source Code Menyemak Kesalahan
59
4.19 Source Code Menyemak Kesalahan
60
ix
ABSTRAK
Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) merupakan sebuah sistem berasaskan web yang
dibangunkan khas bagi pelajar Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat di Universiti
Malaysia Sarawak yang mengambil subjek Latihan Industri (TMY2908). Tujuan utama
sistem ini dibangunkan ialah supaya pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini berkenaan
Latihan Industri (LI) serta melakukan permohonan tempat LI secara atas talian (Online).
Melalui tinjauan yang dilakukan, rata-rata pelajar inginkan sebuah sistem yang dapat
memudahkan mereka melakukan permohonan tempat LI. Selama ini, pelajar perlu melakukan
permohonan secara manual, sedangkan mereka sendiri tidak pasti tentang status permohonan
mereka. Dengan adanya SMLI, ia dapat membantu para pelajar di dalam melakukan
permohonan secara cepat dan ringkas. Pelajar juga boleh menyemak status jawapan yang
mereka terima daripada pihak organisasi. Selain itu, SMLI juga berkemampuan untuk
menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh pihak fakulti di masa akan
datang.
x
ABSTRACT
Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) is a web based system that is developed for the
student registering the Industrial Training (TMY2908) course at Faculty Computer Science of
Information Technology in University Malaysia Sarawak. The main reason for this project is
to give information about Industrial Training to students and for student to apply their
Industrial Training place online. From the survey that have been done, most of the student
want a system that can manage their placement for Industrial Training efficiently. It is
because, the manual system that used by faculty now is not very efficient and they did not
know what is the status of their application. With SMLI, student can easily apply for their
Industrial Training placement. They can also check the status of their application. SMLI is
also can save a student resume record and this record will be use by a faculty in the future.
1
BAB1: PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Latihan Industri merupakan subjek teras yang perlu diambil oleh setiap pelajar Fakulti
Sains Komputer Teknologi Maklumat (FSKTM) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Pada masa sekarang, pelajar-pelajar di FSKTM masih lagi melakukan permohonan tempat
untuk melakukan latihan industri secara manual kerana fakulti masih tidak mempunyai sistem
untuk melakukannya secara atas talian (online). Oleh kerana itu, satu sistem harus dibina
untuk memudahkan para pelajar melakukan permohonan tempat bagi subjek Latihan Industri.
Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) merupakan sistem berasaskan web untuk
memudahkan para pelajar di FSKTM UNIMAS memilih dan melakukan permohonan tempat
dengan lebih cepat dan efektif berbanding kaedah manual. Selain itu, sistem yang bakal dibina
ini juga bertujuan memudahkan koordinator bagi latihan industri menyampaikan segala
maklumat yang berkaitan kepada pelajar dengan lebih berkesan. Dengan kata lain, segala
perkara berkaitan dengan latihan industri ada di dalam sistem ini. Sistem yang akan dibina ini
semestinya akan memberikan kebaikan dan kepentingan kepada semua pihak terutamanya
pelajar dan juga koordinator latihan industri. Sistem ini juga akan menjadi pengganti kepada
kaedah manual yang mempunyai banyak kelemahan,masalah, dan menyusahkan para pelajar.
2
1.1 Pernyataan Masalah
Kaedah manual bagi permohonan mendapatkan tempat untuk latihan industri yang
digunakan FSKTM pada masa ini merupakan kaedah yang kurang efektif dan menyusahkan
para pelajar. Melalui pengalaman yang lepas, pelajar terpaksa menunggu jawapan sehingga
berbulan-bulan tanpa mengetahui samada permohonan mereka diterima ataupun tidak.
Selain itu, pelajar terpaksa menghabiskan masa untuk menyiapkan dokumen-dokumen
untuk dihantar kepada organisasi sedangkan mereka tidak pasti permohonan mereka diterima
ataupun ditolak. Pelajar-pelajar juga tidak dapat memastikan sama ada permohonan mereka
telah selamat sampai ke organisasi yang dipohon melalui pos.
Bagi pelajar yang menghadapi masalah dan tidak mendapat tempat, kebanyakan dari
mereka akan berhubung terus dan merujuk masalah kepada koordinator latihan industri. Ini
akan memberi bebanan kepada koordinator untuk mengatasi masalah setiap pelajar.
Koordinator juga terpaksa mengambil semula resume atau butiran peribadi setiap pelajar
untuk melakukan permohonan yang baru kerana tidak ada simpanan resume pelajar .
Kaedah manual yang digunakan sekarang juga menyukarkan pelajar-pelajar untuk
mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan latihan industri yang bakal mereka hadapi.
Koordinator latihan industri terpaksa menampal notis untuk menyampaikan maklumat terbaru
yang belum tentu dibaca oleh pelajar. Bagi pelajar yang kurang peka, mereka akan terlepas
daripada mengetahui maklumat terkini yang telah disampaikan oleh koordinator.
3
1.2 Objektif Projek
Tujuan utama projek ini dibina adalah untuk memudahkan pelajar di FSKTM
UNIMAS melakukan permohonan tempat bagi latihan industri. Kaedah manual yang
digunakan FSKTM sekarang kelihatan mempunyai banyak kelemahan dan menyukarkan para
pelajar. Dengan menggunakan sistem atas talian, pelajar tidak lagi perlu melakukan salinan
dokumen yang banyak untuk dihantar kepada organisasi berlainan sedangkan masih belum
pasti sama ada permohonan itu berjaya ataupun tidak.
Sistem ini juga dapat memudahkan koordinator menyampaikan maklumat terkini
kepada pelajar berkaitan latihan industri. Koordinator tidak lagi perlu menampal notis yang
belum tentu dibaca oleh setiap pelajar. Dengan menggunakan SMLI, koordinator LI boleh
menyampaikan maklumat terkini sama ada melalui ruang pengumuman yang disediakan
ataupun menghantar mesej kepada pelajar melalui ruangan forum.
Menghasilkan sistem yang bersifat mesra pengguna juga menjadi tujuan utama
pembinaan SMLI ini. Tidak ada gunanya jika sistem yang dihasilkan tidak dapat memenuhi
kehendak pengguna dan tidak difahami cara penggunaannya.
Kesimpulannya, objektif projek ini ialah untuk:
Memudahkan pelajar melakukan permohonan tempat bagi latihan industri
Memudahkan koordinator LI menyampaikan maklumat terkini kepada pelajar
berkaitan latihan industri
Menghasilkan sistem yang bersifat mesra pengguna (user friendly)
4
1.3 Skop Projek
Skop untuk projek ini perlu ditetapkan agar projek ini tidak melebihi garisan ataupun
had yang ditetapkan. Ia juga penting untuk memastikan objektif projek dapat dicapai dengan
jayanya. Skop SMLI tidak merangkumi kesemua pelajar-pelajar di UNIMAS. Sasaran projek
ini hanya tertumpu kepada koordinator yang terlibat di dalam pengurusan latihan industri dan
juga pelajar-pelajar FSKTM yang bakal menghadapi latihan industri sahaja.
Sistem ini tidak diberi penekanan terhadap keselamatan data. Tidak ada encryption
dan decryption data dilakukan semasa penghantaran dan penerimaan data. Ini kerana,
pengguna bagi sistem ini hanya pelajar-pelajar di FSKTM UNIMAS sahaja dan tidak ada
sebarang butiran sulit dari pengguna yang perlu dilindungi. Walaupun begitu pelajar tetap
perlu daftar masuk sebelum menggunakan sistem.
Bagi pengguna yang tidak daftar masuk ketika memasuki sistem ini, mereka hanya
boleh melayari sistem ini sebagai tetamu (guest) sahaja. Mereka tidak boleh melakukan
permohonan tetapi mereka boleh membaca maklumat-maklumat terkini berkaitan latihan
industri dan juga bahagian-bahagian yang telah dikhaskan untuk mereka.
1.4 Metodologi
Metodologi yang sesuai adalah amat penting untuk menentukan kejayaan sesebuah
projek. Ini untuk memastikan produk yang bakal dihasilkan menepati keperluan dan kehendak
pengguna.
5
Oleh kerana skop projek ini tidak terlalu besar, kaedah Kitar Hayat Pembangunan
Sistem (SDLC) telah dipilih sebagai panduan untuk membina sistem ini. Terdapat lima fasa
atau peringkat penting dalam motodologi ini yang perlu diikuti.
Fasa yang pertama ialah merancang objektif dan mengenal pasti masalah. Ini
bertujuan untuk mengelakkan masalah yang tidak dijangka timbul semasa ataupun setelah
terbinanya sistem ini. Di dalam projek ini, segala perancangan, objektif dan masalah telah
dikenal pasti terlebih dahulu. Ini dilakukan dengan membezakan sistem manual yang sedia
ada dengan sistem atas talian yang bakal dibina. Banyak kelebihan yang dapat diperolehi jika
FSKTM menggunakan sistem atas talian untuk pelajar melakukan permohonan LI.
Fasa yang kedua ialah menganalisis keperluan sistem. Pada fasa ini, analisis terhadap
sistem perlu dilakukan dengan terperinci agar proses membangunkan SMLI dapat berjalan
dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah. Antara analisis yang dijalankan ialah
keperluan perkakasan dan juga perisian yang sesuai digunakan. Selain itu, analisis
membandingkan SMLI dengan tiga sistem lain juga dilakukan bagi menunjukkan kelebihan
SMLI dan kelemahan sistem sedia ada.
Fasa yang ketiga ialah merekabentuk sistem. Sistem perlu direka bentuk dengan
teratur sebelum dibangunkan. Setiap sudut perlu diteliti agar sistem yang dihasilkan akan
lebih bersifat mesra pengguna sekaligus memenuhi kehendak objektif. Rekabentuk SMLI
adalah berdasarkan analisa yang dibuat agar sistem tidak terpesong daripada skop yang telah
ditetapkan.
6
Fasa yang keempat ialah melakukan perlaksanaan sistem. Dalam fasa ini,
perlaksanaan dan percubaan terhadap sistem yang telah selesai akan dilakukan. Ini amat
penting supaya sistem yang dihasilkan dapat berjalan dengan sempurna tanpa masalah. Ia juga
merupakan fasa terakhir untuk kembali ke fasa sebelumnya jika masalah muncul.
Fasa yang kelima dan terakhir ialah sistem. Pada fasa ini, sistem telah selesai
sepenuhnya dan tidak boleh kembali semula pada fasa yang sebelumnya. Ketika ini, SMLI
telah siap sepenuhnya dan sudah bersedia untuk digunakan. Pada fasa ini jua, beberapa
kelemahan kecil SMLI akan dinyatakan bagi perubahan di masa akan datang.
Implementation
Planning
Analysis
Design
System
Rajah 1.1: Struktur Fasa Bagi Waterfall Development Methodology
1.5 Hasil Jangkaan
Hasil jangkaan bagi projek ini adalah menghasilkan sebuah sistem berasaskan web
untuk memudahkan pelajar menguruskan hal-hal berkaitan latihan industri. Selain itu, projek
ini diharapkan akan berjaya dari segi sesi sambungan pada pengguna(client side) dan juga
pelayan (server side) tanpa menghadapi sebarang masalah.
7
Pada akhir projek ini, sistem yang terhasil nanti dijangkakan akan menjadi sebuah
sistem yang mesra pengguna. Walaupun menggunakan sistem ini buat kali pertama, pengguna
mudah untuk menggunakannya tanpa sebarang masalah. Ini penting kerana sistem ini bakal
digunakan oleh setiap pelajar di FSKTM UNIMAS.
Sistem ini juga dijangka akan lebih efisien dan berkesan berbanding kaedah manual
yang digunakan sekarang. Ia akan lebih memudahkan pelajar dan koordinator dalam
menguruskan hal-hal berkaitan dengan latihan industri. Sistem ini juga dijangka akan
memberikan impak yang lebih baik dan berkesan kepada FSKTM berbanding kaedah manual
yang sedang digunakan pada masa sekarang.
1.6 Kepentingan Projek
Teknologi dicipta bertujuan untuk memudahkan kehidupan seharian kita. Oleh kerana
itu, sistem yang bakal dibangunkan perlulah mempunyai kepentingan khasnya kepada pelajar
FSKTM serta koordinator.
Antara kepentingan utama SMLI adalah ia dapat menjimatkan masa pihak FSKTM
dalam mengelolakan pelajar yang terlibat dalam latihan industri. Penggunaan SMLI di
FSKTM juga adalah secara meluas kerana setiap pelajar akan menggunakan sistem ini ketika
mahu melakukan permohonan untuk latihan industri. Pelajar hanya perlu memberikan resume
kepada koordinator berbanding kaedah manual yang mana setiap dokumen penting perlu
dihantar kepada setiap organisasi yang dipohon.
8
Sistem ini juga penting kepada koordinator latihan industri untuk menyampaikan
segala maklumat terbaru berkaitan dengan latihan industri. Tanpa sistem ini, koordinator
terpaksa menyampaikan maklumat melalui lisan ataupun notis pemberitahuan yang tidak
dijamin keberkesanannya.
1.7 Perancangan Projek
Perancangan projek adalah merupakan panduan untuk menjalankan projek dengan
lebih teratur dan efisien. Ini penting dalam perjalanan menyiapkan projek supaya ianya dapat
diselesaikan dalam tempoh masa yang dianggarkan. Jadual dibawah menunjukkan tempoh
masa (anggaran bulan) yang dirancang untuk menyiapkan projek ini:
Bulan Keterangan
Pertama Perancangan dan pelan projek dimulakan.
Objektif projek dikenalpasti
Kedua Keperluan sistem dianalisa kesesuaiannya.
Keperluan perkakasan dan perisian dikenalpasti.
Ketiga-Kempat Mereka bentuk model bagi sistem seperti gambarajah aliran
data (data flow diagram) dan juga site map.
Mereka bentuk sistem dengan model yang telah disiapkan
Kelima-Keenam Membangunkan sistem menggunakan perisian yang telah
9
Jadual 1.1: Jadual Perancangan Projek
1.8 Garis Kasar Laporan
Bab 1: Pengenalan
Pengenalan terhadap projek yang akan dijalankan. Bab ini juga menceritakan tentang
metodologi yang digunakan dan peringkat-peringkatnya. Selain itu, bab ini juga terkandung
objektif dan skop projek, pernyataan masalah, hasil jangkaan projek, dan juga pelan
perancangan projek ini akan berjaya disiapkan.
Bab 2: Latar Belakang
Bab ini membincangkan berkenaan latar belakang sistem yang bakal dibangunkan.
Selain itu, ia juga lebih membincangkan tentang ulasan literatur iaitu kajian terhadap sistem
yang telah sedia ada dan seakan-akan sama dengan sistem yang bakal dibina. Di dalam bab
ini, perbandingan antara sistem yang telah sedia ada dan sistem yang bakal dibangunkan akan
dilakukan dan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Ini bertujuan menunjukkan kelebihan sistem
yang bakal dibangunkan berbanding sistem-sistem lain.
dipilih.
Merekabentuk sistem termasuk pangkalan data dan
antaramuka pengguna
Ketujuh Melakukan percubaan dan perlaksanaan terhadap sistem
Mengenalpasti kekurangan sistem yang boleh diperbaiki.
10
Bab 3: Keperluan Analisis dan Rekabentuk
Membincangkan lebih kepada analisis dan rekabentuk sistem, keperluan bagi sistem,
dan juga perisian yang digunakan. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan dengan lebih
mendalam berkenaan gambarajah aliran data dan juga site map yang telah dihasilkan. Model
ambarajah aliran data ini amat penting untuk menunjukkan keseluruhan proses yang berlaku
di dalam sistem.
Bab 4: Perlaksanaan dan pengujian sistem
Membincangkan bagaimana perlaksanaan dan pengujian dilakukan terhadap sistem
yang telah dihasilkan. Pada bab ini juga ada menunjukkan gambaran sebenar sistem melalui
paparan skrin yang disediakan. Paparan skrin yang ditunjukkan di bab ini merupakan laman
penting di dalam sistem.
Bab 5: Kesimpulan dan Kajian Lanjutan
Bab ini merupakan bab terakhir yang membincangkan tentang kesimpulan projek atau
sistem yang telah dihasilkan. Selain itu,beberapa kelemahan sistem juga perlu dikenalpati dan
dibincangkan di bahagian kajian lanjutan supaya sistem ini boleh dipernaiki di masa hadapan.
11
BAB 2: LATAR BELAKANG
2.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan lebih kepada ulasan literatur serta kajian yang telah
dijalankan terhadap sistem. Sistem yang dipilih untuk dibandingkan adalah sistem daripada
sumber luar. Perbandingan adalah penting untuk memastikan sistem yang bakal dijalankan
mendatangkan lebih kebaikan dan faedah daripada sistem yang telah sedia ada. Ia juga
bertujuan mengelakkan sebarang kesilapan atau kelemahan pada sistem lain daripada berlaku
kepada sistem yang bakal dibina.
Sistem yang bakal dibangunkan nanti merupakan sebuah sistem yang berasaskan web
secara atas talian. Ini bermakna, perkhidmatan sistem ini dapat digunakan pada bila-bila masa
dan hanya dapat diakses jika mempunyai talian internet. Pengguna perlu daftar pengguna
sebagai pelajar dan memberikan kata laluan yang betul sebelum melakukan permohonan
tempat bagi LI. Jika tidak, pengguna hanya boleh mengakses sistem sebagai tetamu sahaja.
Bagi koordinator latihan industri, kaedah yang sama diperlukan iaitu memasukkan nombor
staff dan kata laluan. Ini bagi memastikan sistem tidak disalahguna oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
12
2.1 Ulasan Literatur
Ulasan literatur merupakan ulasan terhadap kajian yang telah dijalankan pada sistem-
sistem yang telah sedia ada dan mempunyai ciri yang hampir sama dengan sistem yang akan
dibina. Sistem-sistem yang terlibat di dalam kajian merupakan sistem latihan industri bagi
universiti lain, dan juga sistem-sistem lain yang dirasakan dapat dijadikan panduan ketika
menjalankan projek. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan Sistem Maklumat Latihan
Industri (SMLI) memberikan sedikit kelainan dan kelebihan berbanding sistem-sistem yang
lain. Ia juga bertujuan untuk menjadikan sistem ini sebuah sistem yang dapat memenuhi
kehendak pengguna dan memperbaiki segala kelemahan yang terdapat pada sistem yang
hampir sama dengannya.
Di dalam ulasan literatur ini, sistem yang dikaji perlu di lihat dari setiap sudut
supaya ciri-ciri penting tidak akan ketinggalan dan dapat dijadikan panduan dalam pembinaan
projek. Antara aspek yang dilihat adalah dari segi ciri-ciri sistem, bahasa pengaturcaraan yang
digunakan, kelemahan sistem, dan juga antaramuka bagi sistem itu. Antaramuka merupakan
aspek terpenting yang bakal dilihat oleh pengguna kerana sesebuah sistem yang mesra
pengguna akan dinilai dari segi rekaan antaramuka sistem itu sendiri.
13
2.2 Kajian Sistem Sedia Ada
2.2.1 Sistem 1
Rajah 2.1 : Laman Web Latihan Industri dan Pengurusan FTSM, UKM
Antara laman web yang sinonim dengan SMLI adalah Laman Web Latihan Dan Pengurusan
bagi Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat(FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
URL (Uniform Resource Locator) bagi laman web ini adalah
http://www.ftsm.ukm.my/WebLI/body.html
14
2.2.1.1 Fungsi Sistem
Sistem berasaskan web ini merupakan salah satu contoh sistem maklumat bagi latihan
industri di UKM. Ianya mengandungi maklumat-maklumat berkenaan dengan latihan industri
yang hanya difokuskan kepada pelajar-pelajar FTSM di universiti itu sahaja. Bagi pengguna
yang tidak daftar masuk sebagai pelajar ataupun koordinator, mereka boleh melayari laman
web ini sebagai tetamu tetapi penggunaannya adalah terhad.
2.2.1.2 Ciri-ciri
Antaramuka bagi laman web ini kelihatan agak mudah digunakan dan difahami bagi
pengguna yang pertama kali melawatnya. Butang bagi menu utama laman web ini masih
mengekalkan ciri lama atau tradisional iaitu berada di bahagian atas laman. Rekabentuk
antaramuka seperti ini biasa dilihat di internet. Pada laman utama, terdapat berita terkini atau
maklumat terbaru yang disampaikan oleh koordinator LI kepada pelajar. Selain itu, carian
syarikat mengikut negeri dan daerah juga boleh dilakukan dan hanya boleh didapati di laman
utama.
Pendaftaran pengguna untuk memasuki sistem ini terbahagi kepada dua iaitu daftar
masuk sebagai pelajar dan juga daftar masuk sebagai koordinator latihan industri. Bagi
pelajar, nombor matrik dan kata laluan diperlukan manakala bagi koordinator, nombor pekerja
dan kata laluan diperlukan. Pendaftaran masuk pengguna ini terdapat di setiap laman bagi
memudahkan pengguna memasuki sistem pada bila-bila masa tanpa kembali ke laman utama.