Download - Sinopsis.jurnal
SINOPSIS
Melalui jurnal ini saya dapat memahami serba sedikit berkaitan dengan
TGFU. TGFU merupakan teknik pendekatan pengajaran kemahiran permainan.
TGFU menekankan teknik pengajaran kemahiran dalam sesuatu permainan dengan
menggunakan teknik-teknik yang betul. Fokus pertama TGFU adalah mengajar
murid-murid bermain dengan cara atau teknik yang betul. Seperti, permainan kecil
sebagai alat p&p, penguasaan kemahiran melalui permainan yang menyeronokkan
dan menarik minat pelajar terhadap p&p PJK. Model TGFU, mempunyai matlamat
bagi memperkembangkan kemahiran seseorang murid dalam menyelesaikan
masalah. Kemahiran- kemahiran asas dalam sesuatu permainan diajar satu per satu
agar murid-murid dapat mengikuti pengajaran dengan mudah. Model yang dirangka
menunjukkan murid-murid lebih gembira apabila belajar sambil bermain dan murid-
murid kurang menunjukkan sebarang respon apabila kemahiran sesuatu permainan
diajar dalam bilik darjah. TGFU ini mengabungkan pengajaran kemahiran asas
dalam sesuatu permainan. Griffin et al., (1997), dalam buku ini penulis ini telah
mengatakan bahawa, TGFU ini membolehkan murid-murid menjadi lebih seronok
apabila mereka mula mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang diajar dan dapat
membantu murid-murid menambahbaikkan kemahiran mereka apabila mereka
mengaplikasikan kemahiran yang diajar dari masa ke semasa. Model TGFU ini
menekankan pemahaman yang menyeluruh dalam setiap permainan dan
meningkatkan tahap aktiviti fizikal. Model ini juga menjadikan sesuatu pengajaran
dan pembelajaran (p&p) Pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai bagi
persaingan, motivasi dan bersuka ria kepada murid-murid.