Download - SENI KRAF(anyaman)
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
1/36
KRAF TRADISIONALANYAMANPEMBENTANG:FREDERICK BRYAN YONG
SHAHRUL NIZAR BIN REDUAN
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
2/36
DEFINISI
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan
daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang
kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut
dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan danlembut.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
3/36
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai
pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama
dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada
masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan
keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalahbahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.
Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu
tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-
94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh
raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuatdaripada pohon bemban.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
4/36
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan
kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah
Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing,
Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain
yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah,Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan
Sabah.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
5/36
JENIS-JENIS ANYAMAN
JENIS ANYAMAN BAHAN HASIL ANYAMAN
Anyaman Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung saji, bekas
pakaian dll
Anyaman Pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang,
hiasan dinding
Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang
sesuai
Bakul, bekas pakaian,
nyiru, beg dll
Anyaman Rotan Rotan yang telah
diproses
Bakul, bekas pakaian,
tempat buaian anak dll
Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekastelur
Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas
sirih terbus, bakul, bekas
serba guna dll
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
6/36
TOKOH ANYAMAN PANDAN DAN
MENGKUANGPuan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila
Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan
anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf
anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia.
Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalampertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium
Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli
kraftangan anyaman.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
7/36
LAIN-LAIN TOKOH YANG TELAH
MENCIPTA MOTIF ANYAMAN Cik Siah bt Jumaat (Terengganu) : kelarai Sambas
Hajah Asiah bt Salleh (Terengganu) : kelerai Tapak Harimau
Hajah Semek (Terengganu) : kelerai Mak Mek
Esah bt Said (Kelantan) : kelerai Sisik Kelah
Dayang Aisah bt Awang Husin (Sabah) : kelerai bunga
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
8/36
CONTOH-CONTOH KELERAI
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
9/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
10/36
ALATAN
Parang : digunakan memotong daun-daun pandan dan
mengkuang dari pokoknya. Ia juga digunakan untuk
memotong atau menetak bahagian pangkal dan hujung daun.
Tempayan : digunakan untuk merendam bilah atau helaian
pandan/mengkuang Besen/baldi : digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah
atau helaian pandan dan mengkuang yang telah diwarnakan
akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
11/36
Pisau : digunakan semasa proses anyaman. Anyaman yang telah
disisipkan akan meninggalkan lebihan bilah daun dan lebihan itu
akan dikerat sebagai langkah terakhir proses anyaman.
Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang dan
sekeping besi nipis dihujungnya, digunakan untuk membuang duri di
bahagian tulang belakang (mempulur) daun.
Tali sabut juga kadangkala digunakan untuk membuang mempulur
daun. Tali sabut ini diikat menjadi bulat dan diletakkan di antara ibu
jari dan jari telunjuk. Daun pandan dan mengkuang akan melalui di
antara jari tersebut dengan kedudukan mempulurnya menghala ke
atas.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
12/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
13/36
Jangka :Dikenali sebagai sisir kayu/ buluh bermata tajam. Tangkai
jangka diperbuat dari buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai
diletakkan dengan beberapa mata tajam. Jangka mempunyai
beberapa saiz tertentu, ia bergantung pada jumlah serta jarak mata
yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan
bilah daun yang kecil dan sebaliknya.
Jangka digunakan untuk mencarik atau memotong daun pandan dan
mengkuang menjadi bilah-bilah atau helaian daun.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
14/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
15/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
16/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
17/36
Penyisip : diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk
yang agak runcing di bahagian hujungnya
Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat
proses anyaman.
Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk mengelakkan
anyaman dari terburai
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
18/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
19/36
PEWARNAAN
Pewarnaan cara tradisi
- tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan
(vegetable dye) seperti kunyit, buah kesumba India
dan daun mengkudu. Warna-warna yang dihasilkan
ialah:- kuning : kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke
dalam air mendidih
- kuning pinang masak : buah kesumba India
ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air
mendidih. Untuk warna yang terang, dicampur dengan
kapur sirih
- merah pinang masak : proses sama dengan warna
kuning
- biru kehitaman : daun mengkudu digunakan
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
20/36
Pewarnaan cara moden
-menggunakan penyelup dyestuff (Samasa Basic)sertabeberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu.Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk.
Warna- warna yang dihasilkan bergantung kepada jenispewarna serta teknik pencelupan yang digunakan.
- Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dandicampurkan dengan bahan pewarna. Ia kemudiannyadibancuh atau dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuangyang telah ditongkolkan, dicelup ke dalam bancuhanpewarna tersebut. Tempoh masa yang diperlukanbergantung kepada warna yang dikehendaki, biasanyatongkol pandan/mengkuang dicelup se;ama antara 15hingga 20 minit.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
21/36
CORAK ANYAMAN TIKAR
Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna
pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna
penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-
seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan
berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunanyang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu:
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
22/36
Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga
warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap
Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap.
Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah.
Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.
Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna
cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap.
Hasil cantuman ini memberi gambaran seakan-akan beras
patah.
Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi
atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi
jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
23/36
Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warnayang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecildari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan
serong.
Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi.Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi denganjalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak
digunakan adalah campuran merah dan biru.
Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah.Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.
Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha.Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yangbetul-betul lurus amat sukar.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
24/36
Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh
dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para
penganyam.
Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-selidan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu
cerah dan gelap.
Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warnamerah, putih, hijau dan biru
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
25/36
LANGKAH ANYAMAN TIKAR
1. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama
lain.
2. Hujung bilah (A2) dilipat keliling
3. Bilah daun baru ditambah (C)
4. Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindihdengan bilah (A)
5. Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2)
6. Bilah (B1) pula dilipat ke atas
7. Bilah (A1) dilipat ke bawah
8. Bilah (B2) dilipat ke bawah
9. Dua bilah baru ditambah (E dan F)
10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E)
11. Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
26/36
LANGKAH LANGKAH UNTUK MEMULAKAN
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
27/36
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN
ANYAMAN TIKAR
(PROSES PENYEDIAAN DAUN)
1. Pemilihan dan pemotongan daun
Daun yang dipilih mestilah tidak terlalu tua atau
muda, sekurang-kurangnya berusia kurang dua
tahun.
Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai
demi sehelai.
Waktu yang sesuai untuk mengambil daun ialah
pada waktu pagi atau petang bagi mengelakkan
daun dari cepat layu.
Daun ini kemudiaannya disusun berlapis-lapis,antara tiga hingga lima helai, dan dipotong di
bahagian pangkal dan hujung daun. Selepas itu
duri di bahagian tulang belakang(mempulur)
daun dibuang.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
28/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
29/36
2. Melayur daun
Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuning-
kuningan. Proses ini dilakukan supaya daun menjadi lembut dan
lebih tahan lama. Daun yang lembut akan memudahkan proses
menjangka.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
30/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
31/36
3. Menjangka daun
Menjangka merupakan proses membelah/ mengoyak/
mencarikkan daun tersebut menjadi bilah-bilah atau helaian
daun yang kecil.
Penggunaan alat jangka diperlukan bagi proses ini. Daun
diletakkan di atas peha yang telah dialas dan jangka bermata
tajam dicucuk pada daun dan ditarik pelahan-lahan.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
32/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
33/36
4. Melurut
Daun yang telah dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang
satu jam supaya kering. Kemudian daun tersebut dilurut
menggunakan pelurut.
Proses melurut dilakukan berulang kali supaya bilah atau helaian
daun menjadi lembut dan tidak bergulung.
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
34/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
35/36
-
8/2/2019 SENI KRAF(anyaman)
36/36
SEKIAN