Download - Satu Malaysia Satu Ummah
8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah
http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 1/9
Satu Malaysia Satu Ummah (Bhg. 1)
HTTP://UMMATANWASATAN.NET/2011/02/SATU-MALAYSIA-SATU-UMMAH-BHG-1/
Oleh DR NOR RAUDAH HJ SIREN
Jabatan Dakwah d an Pembangunan I nsan Akademi Pengaj i an I sl am
U niver si t i M al aya
1. PENGENALAN
Malaysia merupakan Negara yang istimewa. Kepelbagaian masyarakat yang terdiri dari berbilang etnik,
budaya dan agama menjadikan Negara ini begitu unik dan mencabar kepimpinan dan pentadbirannya.
Usaha-usaha ke arah menghapuskan halangan komunikasi antara masyarakat yang pelbagai ini sering
menjadi agenda utama bagi mewujudkan pembinaan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
Masyarakat Malaysia dilihat mempunyai pengalaman sejarah yang harmonis antara semua bangsa dan
agama. Mereka bebas menjalankan aktiviti kehidupan dan aktiviti keagamaan malah boleh berinteraksi
antara satu sama lain secara harmoni dan sejahtera. Suasana ini wujud kerana sikap masyarakat yang
terbuka dan bersedia berkongsi prasarana Negara dan bertoleransi dalam mencapai kesepakatan dalam
pembangunan yang dirancang.
Walau bagaimanapun, kadang±kala timbul beberapa isu dan konflik yang menggugat perhubungan yang
sedia terjalin itu, sebagaimana lidah yang sering tergigit, inikan pula manusia yang mempunyai
kepelbagaian pendapat, tingkah laku dan sikap. Malah perbezaan nilai-nilai bangsa dan agama sering
menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum ini bagi mendapatkan hak dan
kepentingan bangsa serta agama masing-masing.
Isu polemik ini penting untuk diperkatakan kerana komposisi rakyat Malaysia yang mempunyai
keanekaragaman yang mungkin boleh malahirkan perasaan curiga, prasangka, dengki dan pelbagai sifat
negatif yang boleh mencetuskan suasana huru-hara, kacau bilau dan pertumpahan darah. Peristiwa 13
Mei 1969 merupakan sejarah hitam yang mencetuskan sejarah perkauman di Malaysia kerana sifat-sifat
yang disebutkan. Malah beberapa isu perkauman terus berlaku apabila wujudnya isu perpecahan kaum
di Kampung Medan, isu membakar gereja, isu membuang kepala khinzir dalam masjid, isu menconteng
surau dan sebagainya yang jika terus dibiarkan akan menggugat kestabilan Negara.
2. REALITI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Sejarah Malaysia memiliki latar belakang penerimaan pelbagai kaum dan agama lain dalam
melaksanakan pembangunan ekonomi di bawah pemerintahan British (divide and r ule). Kesediaan orang
8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah
http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 2/9
Melayu menerima kaum-kaum lain dan agama mereka telah membuka jalan bagi pergaulan etnik yang
bersepadu iaitu orang Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera lain seperti Iban, Kadazan dan
sebagainya. Bahkan Negara Malaysia telah menerima liga agama utama dunia iaitu Islam, Buddha,
Hindu, Sikh dan Kristian di samping pelbagai kepercayaan animi sme.
Penerimaan masyarakat Melayu terhadap kehadiran kaum dan agama lain mempunyai kaitan yang akrab
dengan agama Islam. Kehadiran agama Islam yang dibawa oleh para mubaligh Islam dan penerimaan
raja-raja Melayu sebagai ketua Negara telah mensinonimkan bangsa Melayu dengan agama Islam.
Lantaran itu, agama Islam yang kita kenal hari ini telah berjaya mengintegrasikan dan menyatupadukan
masyarakat hingga ke hari ini.
Dimensi agama merupakan satu pendekatan perpaduan untuk menyatupadukan masyarakat sesama
kaum dan antara kaum. Di Malaysia, amalan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum telah lama
difikirkan oleh para pemimpin dari sudut penekanan agama. Malah syarat mendapatkan kemerdekaan
dari tangan British ialah perpaduan yang dimasukkan dalam agenda Perlembagaan Persekutuan yang
dibentuk. Dalam artikel 3(1) ada menyebutkan bahawa, ³U gama I sl am i al ah ugama Per sekutuan t etapi
ugama-ugama l ai n boleh di pr akt i kkan dengan aman d amai di mana-mana bahag i an kawasan
per sekutuan.´.
Pada masa yang sama, artikel II menyatakan bahawa setiap orang berhak menganut dan mengamalkan
agamanya dan setiap kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,
menubuhkan dan menyelenggarakan hal ehwal agama atau khairat dan boleh memperolehi dan
mempunyai harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
Perlembagaan persekutuan juga telah diperkukuhkan melalui penghayatan dan pengamalan prinsip-
prinsip Rukun Negara untuk setiap lapisan masyarakat, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan
kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan
kesusilaan. Prinsip yang dibentuk ini merupakan ikrar setiap rakyat Malaysia bagi mewujudkan rasa cinta
dan taat setia kepada Negara di bawah satu payung pemerintahan tanpa mengira bangsa dan agama.
Perlembagaan berfungsi mengisi konsep kenegaraan dan telah memperuntukkan agama Islam sebagai
agama rasmi persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu pula diangkat menjadi bahasa rasmi Negara
dengan keistimewaan institusi Raja-raja Melayu berperlembagaan. Penerimaan kepada perlembagaan ini
juga merupakan kesediaan setiap individu untuk bersatu, bekerjasama dan berkongsi dengan
menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing.
Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Negara telah membolehkan penganut agama-agama
lain mengamalkan agama mereka dengan aman. Kewujudan pelbagai bangsa dan agama merupakan
sesuatu yang sudah ditetapkan dan sebagai sebahagian dari nikmat Allah SWT. Allah berfirman dalam
Surah al-Hujurat 49 ayat 13 yang bermaksud, ³Wahai umat manusi a! Sesungguhnya kami t el ah
menc i ptakan kamu, d ari lel ak i d an perem puan d an kami t el ah menjadi kan kamu ber bagai bangsa d an
8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah
http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 3/9
ber suku-puak supaya kamu ber k enal -k enal an (d an ber amah mesr a antar a satu dengan l ai n.
Sesungguhnya semuli a-muli a kamu di si si All ah i al ah or ang yang lebih takwanya di antar a kamu ( bukan
yang lebih k etur unan atau bangsanya) sesungguhnya All ah amat meng etahui d an amat mend al am
peng etahuannya ( akan k ead aan d an amal an kamu).´
Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia ini sama sahaja di sisi Allah tanpa melihat kepada bangsa,
warna kulit dan kedudukannya. Islam juga melihat masyarakat bukan Islam sebagai anggota masyarakat
yang diberi hak untuk hidup bersama dengan rukun dan damai. Tiada halangan untuk mereka saling
bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, Allah SWT hanya membezakan
kedudukan manusia di sisi-Nya adalah dari segi keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT.
3. KEPERLUAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK
Pergaulan dan perhubungan dalam pelbagai keyakinan, kepercayaan, cara hidup dan pegangan ini
merupakan satu kehidupan yang kompleks dan memerlukan satu panduan asas untuk memelihara
hubungan tersebut demi menjaga keamanan dan kestabilan Negara. Nilai-nilai agama yang dianuti oleh
setiap bangsa perlu dipupuk dan diamalkan oleh masyarakat bagi mewujudkan kesederhanaan, toleransi,
kesefahaman, hormat-menghormati, kesabaran, keamanan dan perpaduan. Nilai-nilai itu tercetus dari
akar tradisi setiap bangsa dan semua kaum yang mampu mewujudkan kekuatan perpaduan masyarakat
Malaysia.
Setiap sentimen agama perlu dikawal agar tidak merosakkan hubungan yang sekian lama dijalin. Isu-isu
agama yang pernah wujud boleh mempengaruhi kestabilan dan perpaduan Negara dan mengancam
keamanan Negara jika tidak dibendung secara matang dengan fikiran yang waras. Peristiwa 13 Mei 1969merupakan pengajaran paling pahit kepada kita untuk memikirkan tentang perlunya perpaduan kaum ini
diwujudkan dalam Negara yang mempunyai masyarakat majmuk ini.
3.1 Perpaduan
Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai,
psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak
sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat.
Terdapat lima tamadun besar yang berkembang di Malaysia iaitu Tamadun Melayu, Tamadun India,
Tamadun Cina, Tamadun Barat dan Tamadun Islam. Kesemua tamadun ini bergerak dan membina
pengaruhnya dalam kehidupan bangsa yang mendokonginya. Ia bukan sahaja membentuk struktur
pemikiran dan kebudayaan pelbagai kaum tersebut bahkan telah membentuk perspektif moral dan
kepercayaan mereka.
8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah
http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 4/9
Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan dan tradisi sesuatu
bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang boleh dikongsi bersama bagi
memupuk perpaduan. Garis persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang
lain walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai
perpaduan dalam masyarakat. Antara nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana,
berkasih-sayang dalam hubungan kemanusiaan, dan kemesraan.
Hubungan kasih-sayang dan bersederhana dalam kehidupan contohnya merupakan aspek nilai yang
wujud dalam setiap kebudayaan bangsa. Setiap agama telah mengajarkan etika hubungan sesama
manusia yang menekankan kesederhanaan dan nilai kasih sayang untuk semua manusia. Malah sifat ini
akan melahirkan sifat tolong-menolong, suka melakukan amal kebajikan dan berkorban masa, tenaga
dan wang ringgit untuk memenuhi tuntutan masyarakat.
Islam juga melihat perhubungan sesama manusia sebagai sebahagian daripada ibadat. Dasar
perhubungan antara manusia ditekankan dalam mewujudkan persaudaraan, bekerjasama dan sikap
saling bantu-membantu. Permusuhan, konflik dan persaingan yang tidak adil perlu dibendung untuk
mengelakkan pertelagahan bagi mengukuhkan perdamaian dalam hubungan antara manusia (habl um
mi n al -nas). Ini kerana semua manusia itu adalah makhluk yang berpunca dari penciptaan yang sama
iaitu Adam. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud, ³Wahai manusi a!
All ah t el ah meng hapuskan r asa besar diri yang di per tahankan oleh seset engah or ang di z aman Jahili yah
d an t el ah membasmi kan sebar ang penonjol an k et i ngg i an mar tabat yang di sand ar kan k e pad a k etur unan.
Sesungguhnya hanya d ua j eni s manusi a sahaja: or ang yang bai k di sanjung oleh All ah d an or ang yang
jahat yang dihi na di si si All ah. Semua manusi a ad al ah anak Ad am d an All ah t el ah menjadi kan Ad am
d ari pad a tanah li at.´
Konsep kenal-mengenal antara manusia yang pelbagai bangsa dan kaum merupakan dasar pemupukan
perpaduan kerana di dalamnya terkandung nilai kebebasan beragama, hak untuk menikmati
keselamatan, keadilan, dan perundingan. Persamaan nilai ini merupakan prinsip yang universal dan
semua kaum menerimanya serta mampu dijadikan asas untuk memupuk perpaduan.
3.2 Toleransi
Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam
keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak
untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta
mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.
Rasulullah SAW ketika berpindah ke Madinah berhadapan dengan pelbagai bangsa dan agama. Umat
Islam ketika itu merupakan golongan minoriti sementara golongan bukan Islam yang terdiri dari orang
Yahudi, Arab Kristian dan Arab Musyrik adalah golongan majority. Nabi Muhammad SAW yang dilantik
sebagai pemimpin tidak memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Tetapi mereka diajak untuk
8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah
http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 5/9
hidup bersama secara aman dan damai, tanpa sebarang kezaliman dan penindasan. Situasi ini
menunjukkan tentang sikap toleransi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Malah apabila
baginda berjaya menawan kembali Mekah, penduduk-penduduk Mekah juga tidak dipaksa memeluk
agama Islam malah boleh meneruskan kehidupan seharian mereka tanpa sebarang halangan.
Islam tidak melarang masyarakat Islam untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang lain selagi
mereka tidak memerangi umat Islam kerana agama. Al-Quran menjelaskan bahawa peperangan dan
penentangan yang dibenarkan dalam Islam adalah untuk tujuan mempertahankan diri, kehormatan,
harta, keturunan dan agama sahaja. Perkara ini ditekankan dalam Surah al-Haj 22 ayat 39 yang
bermaksud, ³ Diizi nkan ber per ang bag i or ang I sl am yang di per ang i k er ana sesungguhnya mereka t el ah
di ani aya, d an sesungguhnya All ah amat ber kuasa untuk menol ong mereka (mencapai k emenangan),
i ai tu mereka yang di usir d ari kam pung hal amannya dengan t id ak berd asar kan sebar ang al asan yang
benar semata-mata k er ana ber kata, ³Tuhan kami i al ah All ah´ Dan kal aul ah All ah t id ak mend or ong
seset engah manusi a menentang penc er obohan nescaya r untuhl ah t em pat-t em pat per tapaan ser ta
g ere ja-g ere ja ( k ri st i an) d an t em pat sembahyang (Y ahudi ) d an M asj id ( or ang I sl am ) yang sent i asa di sebut
nama All ah di d al amnya d an sesungguhnya All ah akan menol ong si apa yang menol ong agamanya
(I sl am ) sesungguhnya All ah M aha K uat d an M aha K uasa.´
Sifat tasammuh yang ada dalam Islam tidak semata-mata merujuk kepada toleransi yang dinyatakan. Ia
memberi maksud memberi dan menerima. Dengan erti kata lain, Islam tidak menghalang manusia untuk
menerima pendapat dan pendirian orang lain serta tidak menyekat kebebasan manusia untuk berfikir dan
berkepercayaan. Islam amat mementingkan sikap toleransi sebagai menunjukkan sikap keterbukaan
dalam mendengar pandangan yang berbeza serta bebas juga mengemukakan pandangan selagi tidak
menjejaskan pegangan agama masing-masing dalam ruang l ingkup yang dipersetujui bersama.
Sifat toleransi ini merupakan syarat bagi setiap ahli masyarakat majmuk yang menginginkan kehidupan
yang aman dan tenteram. Apabila wujud interaksi dan persefahaman yang baik dalam kalangan
masyarakat beragama dan berlainan budaya ini, ia akan membentuk masyarakat yang harmonis. Allah
SWT berfirman dalam Surah al-Ankabut 29 ayat 46 yang bermaksud, ³ Dan janganl ah kamu ber bahas
dengan ahli k i tab mel ai nkan dengan car a yang bai k.´
Orang Islam di Malaysia sudah menunjukkan sikap toleransi sejak pembentukan Perlembagaan 1957.
Sifat tolak ansur dan persefahaman antara kaum telah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu
dengan syarat kerakyatan yang longgar kepada warga bukan Melayu dan keistimewaan orang Melayu
mengikut perlembagaan sejajar dengan hakikat orang Melayu sebagai tuan Negara ini. Tolak ansur dankelonggaran kerakyatan merupakan keuntungan yang besar kepada pihak bukan Melayu kerana selepas
setahun Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, seramai 800,000 orang bukan Melayu
telah diterima sebagai warganegara.
Sikap toleransi di kalangan orang Melayu terus diamalkan apabila orang bukan Melayu juga diberi ruang
dan peluang untuk bergerak aktif dalam politik dan ekonomi Negara. Hal ini mewujudkan keseimbangan
8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah
http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 6/9
antara kaum dan mewujudkan kesamarataan sosial serta melahirkan sifat perlumbaan secara adil serta
mengurangkan diskriminasi dan konflik antara kaum yang ada. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu
berpegang teguh kepada asas persetujuan ini dan sentiasa menanamkan nilai faham-memahami dan
hormat-menghormati.
3.3 Persefahaman dan sifat hormat-menghormati
Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian
adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek
berpakaian, makanan, pantang ±larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi
memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa
perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.
Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah
penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa
perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang
larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan
berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.
Allah berfirman dalam Surah al-Muntahanah, 60 ayat 8 yang bermaksud, ³All ah t id ak mel ar ang kamu
d ari pad a ber buat bai k d an berl aku adil k e pad a or ang yang t id ak memer ang i kamu k er ana agama ( kamu),
d an t id ak meng el uar kan kamu d ari kam pung hal aman kamu: k er ana sesungguhnya All ah mengasihi
or ang yang berl aku adil .´
Ayat di atas memperlihatkan bagaimana Islam amat mementingkan hubungan antara manusia walaupun
dengan orang yang bukan Islam sebagai cara mewujudkan keamanan Negara. Malah sikap adil dalamkehidupan ini merupakan aspek nilai sejagat yang perlu dikongsi bersama tanpa mengira agama dan
bangsa.
Semua masyarakat di Malaysia ini perlu memberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi bagi
berbincang mengenai nilai-nilai agama masing-masing. Mereka perlu berusaha untuk memahami realiti
kehidupan beragama dalam masyarakat sama ada di kalangan masyarakat Islam mahupun masyarakat
bukan Islam. Umat Islam sendiri tidak seharusnya memencilkan diri untuk berbincang tentang Islam
hanya dalam kalangan umat Islam sahaja. Pendedahan terhadap nilai-nilai Islam perlu dijelaskan bagi
membantu orang bukan Islam memahami nilai-nilai Islam yang universal itu dan menghormatinya
sebagai agama rasmi Negara.
Secara kesimpulannya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu
menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu
matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan pelaksanaan
8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah
http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 7/9
pembangunan negara. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu
diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
4. DASAR SATU MALAYSIA
Konsep satu Malaysia dijelaskan oleh YAB Dato¶ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai, ³ Ki ta
berdiri , k i ta berfi k ir d an ber t i nd ak sebagai bangsa M al aysi a. One People. Dan k i ta mengambil t i nd akan-
t i nd akan berd asar kan k ehend ak semua kum pul an etni k d al am negar a k i ta; I ni bukan berer t i k i ta
meng et e pi kan d asar afirmat if , d asar untuk menol ong kaum Bumi put er a asal kan d asar i tu dil aksanakan
dengan car a yang adil d an memberi per t imbangan k e pad a gol ongan Bumi put er a yang l ayak mend apat
sesuatu per t imbangan d ari pad a k er ajaan. Ki ta k el uar d ari pad a car a ber t i nd ak d al am t embok etni k yang
k i ta amal kan se jak sek i an l ama´.
Dasar ini dibentuk bagi tujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang meneruskan
nilai-nilai perpaduan dan sifat hormat-menghormati antara kaum dan agama serta melaksanakan
kehidupan sebagai rakyat Malaysia bukan berdasarkan kaum atau agama tertentu. Mereka perlu berfikir
melepasi sempadan kaum masing-masing agar bertindak tanpa memikirkan kepentingan etnik dan kaum
masing-masing.
Dasar ini juga menegaskan agar setiap tindakan yang hendak dilaksanakan perlu berdasarkan kehendak
semua kumpulan etnik dalam negara ini terutama peranan pemimpin yang perlu menangani semua
permasalahan dan tuntutan keperluan serta hak semua kaum dan etnik di Malaysia.
Dasar ini dibentuk sebagai pelan tindakan para pemimpin dalam melaksanakan tugas kepimpinannya. Ia
membawa matlamat untuk mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat yang menjadi
tunggak kekuatan Malaysia dan mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat melalui
slogan, ³Rakyat did ahul ukan, Pencapai an di utamakan.´
Sebagai merealisasikan hasrat dan matlamat ini, Satu Malaysia digerakkan berdasarkan tiga prinsip teras
iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga prinsip teras ini
penting untuk tujuan memperkukuhkan perpaduan nasional. Penekanan terhadap penerimaan di
kalangan rakyat berbilang kaum dan penerimaan keunikan pelbagai kaum akan mewujudkan sifat
hormat-menghormati antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia. Prinsip kenegaraan pula
menerapkan semangat perpaduan, semangat nasionalisme dan semangat cinta akan negara
sebagaimana yang termaktub dalam Rukun Negara sejak sekian lama. Manakala prinsip keadilan pula
membela nasib semua kaum serta mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang
berbeza agar pembelaan yang sewajarnya diberikan kepada golongan yang memerlukan.
8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah
http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 8/9
Ketiga-tiga prinsip tersebut mendasari konsep Satu Malaysia dan memerlukan pemimpin yang sentiasa
mengamalkan lapan prinsip kepimpinan iaitu mewujudkan budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah
hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
5. KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DALAM PEMBENTUKAN UMMAH
Realiti kejadian manusia yang bersuku-suku dan berbangsa-bangsa bukanlah suatu bentuk diskriminasi
tetapi merupakan limpahan rahmat serta memperlihatkan kebesaran Allah SWT. Islam melihat
kewujudan masyarakat majmuk sebagai suatu bukti bahawa masyarakat saling memerlukan antara satu
sama lain. Semua anggota dalam masyarakat berhak untuk mendapatkan keadilan dan
bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas masing-masing. Malah Islam mampu menyatukan
pelbagai etnik, social dan budaya secara adil dan saksama hingga tiada golongan yang tertindas atau
terpinggir.
5.1 Islam merupakan agama r ahmatan lil -al ami n
Islam merupakan agama yang membawa kepada kesejahteraan, keselamatan dan kerahmatan. Ia juga
bermaksud berserah, tunduk dan patuh kepada Allah SWT, Tuhan semesta alam. Allah berfirman dalam
Surah al-Anbiya 21 ayat 107 yang bermaksud, ³ Dan t id ak l ah K ami mengutuskanmu ( wahai M uhammad )
mel ai nkan untuk memberi r ahmat k e pad a sel ur uh al am.´
Oleh kerana agama Islam merupakan agama yang memberi rahmat kepada seluruh alam, maka Islam
adalah agama yang sempurna dan lengkap. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ³ I sl am i tu
agama yang t i ngg i d an t i ad a yang lebih t i ngg i d ari nya.´ (Sunan al-Baihaqi al Kubra: 12399). Ketinggian
agama Islam ini jelas kerana ia didatangkan oleh Allah SWT yang memiliki segala kesempurnaan,ketinggian, kekuatan dan kemuliaan. Ia mempunyai cara hidup yang sesuai untuk diamalkan oleh semua
umat manusia tanpa mengira bangsa dan budaya. Peraturan yang disusun juga memperlihatkan
peraturan yang umum dan sesuai dengan keperluan semasa. Garis panduan yang diberikan oleh Islam
kepada penganutnya mempunyai mesej kesejahteraan yang jelas sama ada secara khusus atau umum,
secara langsung atau tidak secara langsung.
Status yang tinggi dipegang oleh agama Islam ini menjadikan ia agama yang termulia dan tiada
tandingannya dengan agama-agama samawi yang lain. Tujuan Islam diturunkan ialah untuk membawa
kebahagiaan kepada seluruh umat manusia. Melaluinya, manusia boleh memperolehi kesenangan,
kemudahan hidup, kesihatan, ketenangan jiwa dan kesenangan hati. Peraturan syarak yang ditetapkan
merupakan garis panduan kepada umat manusia untuk kebaikan dan kepentingan manusia di dunia dan
akhirat. Ia diturunkan bagi memastikan kelangsungan keadilan, kerahmatan dan manusia hidup dalam
keadaan sentosa.
Bagi memastikan, manusia hidup dalam keadaan sentosa dan dalam kerahmatan, Islam menyeru agar
manusia sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan mendapatkan kebaikan di dunia ini sebanyak-
8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah
http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 9/9
banyaknya mengikut garis panduan yang ditetapkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud, ³U saha k er ja untuk mencari yang hal al i tu di waj i bkan atas set i ap or ang I sl am.´ Islam juga
memberi ruang dan peluang yang sangat luas kepada manusia untuk mempertingkatkan mutu kehidupan
dengan persaingan yang sesuai dengan tabiat manusia. Ibn Khaldun (1332-1395) menjelaskan sifat
manusia yang hidup bermasyarakat. Mereka hidup saling memerlukan untuk melangsungkan kehidupan,
memperbaiki keselesaan hidup serta memajukan diri untuk mencapai sesuatu hasrat dan matlamat.
5.2 Rasulullah SAW sebagai Pembangun Ummah
Mengimbas kembali sejarah pembukaan Kota Yathrib sebagai Madinah al-Munawarah (Bandar
bercahaya), kita menyaksikan bagaimana Rasulullah SAW berupaya mengetengahkan penempatan
yang dipenuhi dengan cahaya tamadun ummah yang gilang-gemilang. Baginda memperlihatkan contoh
kepimpinan yang baik sehingga mampu menarik orang bukan Islam untuk menerima Islam dan
mengaplikasikan sistem Islam dalam kehidupan mereka bersama-sama orang Islam.
Rasulullah SAW telah menumpukan dakwahnya kepada pembinaan keperibadian umat dengan asas
akidah bagi membentuk manusia yang cemerlang. Baginda menegaskan bahawa asas pembinaan
sesebuah Negara yang maju dan bertamadun ialah dengan agama yang mampu menjadi budaya hidup
masyarakat sejagat dan melalui contoh kepimpinan yang baik.
Rasulullah SAW memperkenalkan Islam sebagai agama yang membawa amanah ke atas manusia
dalam pengurusan pembangunan bumi mengikut prinsip dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah 2 ayat 143 yang bermaksud, ³ Dan demi k i anl ah ( sebagaimana
kami t el ah memim pi n kamu k e jal an l ur us). K ami jadi kan kamu ( wahai umat M uhammad ) satu umat
pilihan agar kamu menjadi saksi atas ( per buatan)manusi a d an agar Rasul (M uhammad ) menjadi saksi
atas ( per buatan) kamu.´
Oleh itu, bagi menunaikan amanahnya, Rasulullah SAW telah membangun nilai kemanusiaan dalam diri
manusia untuk menyempurnakan akhlak mereka berbanding makhluk lain. Akhlak manusia yang
sempurna meliputi keseluruhan cara hidup iaitu corak pemikiran, perbuatan, sosial, ekonomi, politik,
muamalat dan ekologinya. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, ³T id ak l ah aku di utuskan
mel ai nkan untuk meny em pur nakan ak hl ak manusi a.´ (Riwayat Ahmad, Hakim, Baihaqi dan Abu
Hurairah).
Rasulullah SAW telah menyempurnakan akhlak manusia apabila tauhid dan takwa berupaya membentuk
keperibadian manusia. Akidah yang kukuh terhadap keesaan Allah SWT mampu mengubah corak hidup
manusia dari kejahilan kepada cahaya yang mampu membimbing manusia mencari kebahagiaan di dunia
dan di akhirat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Fatihah ayat 6-7 yang
bermaksud, ³ Pim pi nl ah kami k e jal an yang benar , i ai tu jal an or ang yang menerima k eni k matan, bukan
jal an or ang yang E ngkau mur kai d an bukan jal an or ang yang sesat.´