Download - SAINS TAHUN 6 - Rocket Education
SAINS TAHUN 6
BAB 5
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
A) KEPUPUSAN HAIWAN• Maksud pupus : lenyapnya atau sudah tiada lagi spesies haiwan tersebut di Bumi.
• Contoh-contoh haiwan yang telah pupus :
B) Haiwan Diancam Kepupusan
• Maksud diancam kepupusan : Bilangan spesies hidupan tersebut semakin berkurang
dari tahun ke tahun.
• Contoh jenis tumbuhan dan haiwan :
C) Aktiviti yang mengancam Haiwan dan Tumbuhan
Faktor Ancaman
1) Aktiviti Manusia
- Pembalakan tanpa kawalan
-Pemburuan haram berleluasa
- Penerokaan kawasan
2) Bencana Alam
- Banjir
- Gempa bumi
- Ribut taufan
3) Pencemaran Alam
- Pencemaran air : tumpahan minyak
- Pencemaran tanah : pembuangan sampah
- Pencemaran udara : pembakaran terbuka
D) Pemeliharaan dan PemuliharaanPEMELIHARAAN
Maksud : Usaha mengekalkan keadaan asal
haiwan dan tumbuhan daripada musnah.
Contoh – contoh aktiviti :
1) Mendidik masyarakat tentang
melindungi haiwan dan tumbuhan.
2) Elak membeli produk yang diperbuat
daripada spesies haiwan terancam
3) Menganjurkan kempen menentang
pembalakan dan pemburuan haram.
4) Mewartakan spesies haiwan dan
tumbuhan sebagai spesies yang
dilindungi
5) Mewartakan hutan sebagai hutan
simpan
6) Menebang pokok terpilih sahaja.
7) Menguatkuasakan undang – undang dan
peraturan
PEMULIHARAAN
Maksud : Usaha mengembalikan haiwan dan
tumbuhan kepada keadaan asal.
Contoh – contoh aktiviti :
1) Mendirikan pusat rehabilitasi.
2) Mendirikan pusat perlindungan dan pusat
pembiakan
3) Menanam semula pokok.