Download - RPH KKSR TAHUN 4 BAHASA MALAYSIA Tema: Sentiasa Selamat Tajuk: Kelab Keselamatan Jalan Raya
Rancangan Pengajaran Harian KSSR Tahun 4
Mata Pelajaran : Bahasa MalaysiaTahun : 4 JayaBil Murid : / orangTarikh /Hari : 05.03.2014 (Rabu)Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengah hariTema : Sentiasa Selamat Tajuk : Kelab Keselamatan Jalan Raya
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN4.1 Menyebut dan memahami unsur seni
dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur.
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
1.Menyanyikan lagu mengenai keselamatan jalan raya dengan sebutan dan intonasi yang betul2.Menyenaraikan 3 nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu dengan betul.3.Membina 4 ayat mudah berdasarkan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu
dengan betul .
Sistem Bahasa Tatabahasa : kata ganda Kosa kata : bonceng, toleh.
Pengisian Kurikulum Ilmu : Pendidikan Moral Nilai Murni : kerjasama, keberanian Pendidikan Alam Sekitar : - Sains dan teknologi : Pengetahuan tentang kemudahan yang terdapat atas jalan raya. EMK :Kreativiti dan inovasi : Menghasilkan ayat yang mudah berdasarkan lirik lagu
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik KB : Penyoalan, menghubung kait KP : Verbal linguistik, kinestatik. BCB : Memproses maklumat Pembelajaran kontekstual: Mengenal pasti nilai yang terdapat dalam lirik. Pembelajaran konstruktivisme : Membina ayat mudah berdasarkan nilai yang diperoleh
Bahan Bantu Mengajar
Bil. Jenis Bilangan1. Kain misteri 12. Mikrofon 13. Lirik lagu “Hati-hati di Jalan Raya” 404. Papan putih 15. Buku latihan 40
Pengetahuan Sedia Ada : Murid selalu menggunakan jalan raya untuk ke mana-mana sahaja.
Langkah dan Masa
Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi(5 minit)
Alatan yang digunakan untuk menyanyi.
1. Murid diminta untuk bersedia untuk sesi pelajaran.
2. Guru mengeluarkan kain misteri.
3. Beberapa orang murid dipilih untuk meneka apakah barang yang terdapat dalam kain misteri.
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk dan isi pelajaran iaitu keselamatan jalan raya.
BBM Kain misteri Mikrofon
KB Menghubung kait
BCB Memproses
maklumat
Pembelajaran Kontekstual Menghubungkaitkan
dengan pengalaman dalam kehidupan
Langkah 1( 15 Minit)
Menyanyikan lirik lagu Hati-hati di Jalan Raya secara didik hibur(Lampiran Lagu)
Aktiviti 1
1. Murid dibekalkan dengan lirik lagu.
2. Murid diminta mendengar dengan teliti lagu hati-hati di jalan raya yang dinyanyikan oleh guru sambil mengikut secara perlahan-lahan.
3. Murid diminta menyebut dan menyanyikan lagu secara kuat dengan bimbingan guru.
4. Murid diminta untuk menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan yang kreatif.
BBM Lirik lagu
KB Hubung kait
Teknik Pemerhatian Tunjuk cara Pergerakan kreatif
KP Verbal linguistik Kinestatik
Nilai Murni kerjasama
Pembelajaran Kontekstual Menghubungkaitkan
dengan pengalaman harian
Langkah 2 ( 20 minit)
Tindakan yang perlu dilakukan sebelum melintas jalan.
1. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diminta untuk menyanyikan lagu berserta pergerakan kreatif.
3. Kumpulan yang menyanyi dengan sebutan, intonasi dan pergerakan dengan betul dikira sebagai pemenang.
BBM Lirik lagu Papan putih
Pendekatan koperatif
Teknik Penyoalan kumpulan
KB mengenal pasti
Mengenal pasti nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu.
Nilai :-berhati-hati-patuh-menjaga keselamatan diri-bertanggungjawab
4. Murid diminta untuk mencari nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu yang diberikan.
5. Murid boleh mencari nilai dan pengajaran tersebut secara berpasangan.
6. Beberapa orang murid dipilih bagi menyatakan apakah nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.
7. Guru bersama-sama murid menyemak dan memberi pengukuhan terhadap jawapan yang diberikan oleh murid.
KP Verbal linguistik kinestatik
Nilai Murni saling bekerjasama berani untuk
mencuba
PAS-
Penilaian objektif Pemerhatian
lembaran kerja : menyenaraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik dengan betul.
Langkah 3 ( 15 minit)
Membina ayat mudah berdasarkan nilai dan pengajaran yang telah disenaraikan.
Aktiviti 1
1. Murid diminta untuk mengedarkan buku latihan.
2. Guru menunjukkan contoh ayat mudah yang perlu dihasilkan oleh murid pada papan putih.
3. Setiap perkataan yang dicari murid hendaklah membina 2 ayat.
4. Semasa murid sedang membina ayat tersebut guru berjalan mengelilingi kelas bagi memastikan murid melakukan tugasan yang diberikan.
5. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca ayat mudah yang telah dibina.
6. Guru memberikan maklum balas terhadap hasil kerja murid.
BBM buku teks dialog
Teknik: penyoalan
KP: interpersonal
Penutup(5 minit)
Kognitif menyanyi dengan
betul dan seronok.
Sosial
pujian kepada
Murid diminta menyanyikan lirik lagu dengan sebutan yang betul melalui nyanyian.
Guru memberi pujian atas sikap murid menyanyi dengan gembira dan seronok.
Pengukuhan:
Murid diminta untuk mengaplikasikan
murid sebab bekerjasama dan kreatif semasa menyanyi, berlakon dan menjawab soalan dengan betul.
apa yang telah dipelajari pada hari ini dalam kehidupan seharian.
Lampiran:
Lagu : Hati-hati di Jalan Raya Nilai
Bila lintas jalan jangan main-main, -berhati-hati
Lihat kiri kanan toleh ke belakang,
Lima langkah melintas perlu dipatuhi, -patuh
Jika tiada kereta barulah melintas.
Bila lintas jalan ikutlah laluan,
Lintasan belang ada dihadapan,
Bonceng motosikal pakai topi keledar,
Ikat ketat-ketat pastikan selamat. -menjaga keselamatan diri
Jalan raya kita tempat berbahaya,
Ikut peraturan pasti kita selamat,
Berhati-hati bila di jalan raya, -berhati-hati
Jaga keselamatan tanggungjawab, -bertanggungjawab
Bersama…!
Lagu Asal : Anak itik tok wi