Download - RPH 5
-
KPR3974
LATIHAN MENGAJAR
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
K00864
DISEDIAKAN OLEH NO. ID NO. TELEFON
NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN D20112053154 0177500976
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ABDUL RAHIM RAZALLI
TARIKH SERAH: 23 APRIL 2015
RPH MINGGU KE-5
-
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Kelas Ikhlas 4
Bil. Murid 5 orang
Masa 8.40 pagi - 9.40pagi (60 minit)
Tarikh 23 April 2015
Tajuk 4. Kemahiran Menulis
Standard Kandungan 4.2 Menulis perkataan
Standard
Pembelajaran
4.2.1 Menulis perkataan KV+KVK
Tunjang lain yang
disepadukan
Ketrampilan, komunikasi, fizikal dan estetika
Objektif Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
Menulis empat perkataan KV + KVK dengan betul daripada
lima perkataan yang diberikan.
Sistem bahasa Kata nama
Kosa kata Pokok, bulan, botol, cicak dan sabun
Ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, sains, pendidikan seni
visual dan moral
Kemahiran berfikir Menjana Idea, mendiskriminasi dan menghubungkait.
Kemahiran Soal jawab dan penyoalan
-
Pengajaran
Kemahiran Belajar
Cara Belajar
Kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran
mendengar secara aktif
Kecerdasan Pelbagai
Verbal-linguistik, muzik dan kinestetik.
Nilai Murni Memberi kerjasama, kebebasan bersuara, berani
mencuba, berterima kasih, yakin diri, bersungguh-sungguh,
menghargai, toleransi, kerjasama kumpulan, kerjasama
dan amalan menjaga kebersihan diri.
Elemen Merentas
Kurikulum:
Teknologi maklumat dan komunikasi dan keusahawanan.
Bahan Bantu Belajar: Komputer riba, pembesar suara, belon, kad suku kata, kad
gambar dan kad perkataan: bulan, pokok, cicak, sabun dan
botol, plastesin dan lembaran kerja.
-
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
SET INDUKSI
(5 Minit)
Kenal pasti objek.
1. Murid diberikan belon setiap seorang yang mana di dalam
belon tersebut terdapat gambar objek.
2. Murid dikehendaki memecahkannya menggunakan
kebijaksanaan mereka.
3. Murid-murid dikehendaki meneka nama objek dari belon
yang telah dipecahkan tersebut.
Cadangan jawapan murid: pokok, cicak, bulan, sabun dan
botol.
4. Murid yang dapat menjawab dengan betul dikehendaki
menampal gambar tersebut di papan putih.
5. Murid mendengar penerangan guru berkaitan pembelajaran
pada hari ini.
Bahan Bantu Belajar:
- Belon
- Kad gambar
Kemahiran Pengajaran:
- Soal Jawab
Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai:
- Kinestetik
- Verbal-linguistik
Nilai Murni:
- Memberi kerjasama
- Kebebasan bersuara
- Berani mencuba
-
LANGKAH 1
(10 Minit)
Mengeja,
membatangkan suku
kata dan membaca
dengan bimbingan
guru.
1. Guru meletakkan kad suku kata dan kad perkataan yang
telah dibatangkan menggunakan warna di setiap gambar
yang telah murid lekatkan di papan putih tadi.
2. Murid dibimbing membatangkan suku kata sambil mengira
dengan jari bilangan suku kata tersebut dengan bimbingan
guru.
3. Murid dibimbing mengeja perkataan KV+KVK beberapa kali.
4. Murid dikehendaki mengeja dan membaca secara individu.
Perkataan KV+KVK yang dipelajari :
- Bulan
- Pokok
- Sabun
- Cicak
- Botol
Bahan Bantu Belajar:
- Kad gambar dan kad
suku kata dan kad
perkataan: bulan, pokok,
cicak, sabun dan botol.
Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai:
- Verbal-linguistik
Nilai Murni:
- Berani mencuba
- Yakin diri
-
LANGKAH 2
(10 minit)
Membentuk
perkataan KV+KVK
menggunakan
palstesin
1. Setiap murid diberikan plastesin.
2. Murid dikehendaki membentuk setiap huruf perkataan yang
telah dipelajari seperti berikut: bulan, pokok, cicak, sabun dan
botol.
3. Murid yang masih tidak menghafal boleh meniru ejaan yang
dipaparkan di papan putih tadi.
4. Murid dikehendaki membentuk semua perkataan yang telah
dipelajari pada hari ini.
Bahan Bantu Belajar:
- Kad gambar
- Kad suku kata
- plastesin
Kemahiran Belajar Cara
Belajar:
- Kemahiran membaca
Nilai Murni:
- Berani mencuba
- Yakin diri
- Kerjasama
LANGKAH 3
(10 minit)
Latihan lembaran
kerja
1. Murid menerima lembaran kerja dan mengucapkan terima
kasih kepada guru.
2. Murid mendengar arahan yang terdapat pada lembaran
kerja yang dibacakan oleh guru dengan teliti. Pada
lembaran kerja tersebut, murid-murid dikehendaki
menyusun semula huruf agar membentuk perkataan yang
Bahan Bantu Belajar:
- Lembaran kerja 1
- Lembaran kerja 2
(Rujuk Lampiran)
-
betul.
3. Murid dikehendaki melengkapkan lembaran kerja.
4. Murid yang melakukan kesalahan dikehendaki membuat
pembetulan serta merta.
5. Murid akan diberikan lembaran kerja tambahan sekiranya
dapat melengkapkan lembaran kerja pertama dengan
betul dan cepat.
Kemahiran Belajar Cara
Belajar:
- Kemahiran membaca
- Kemahiran menulis
Nilai Murni:
- Kesabaran
- Berterima kasih
- Toleransi
- Berani
- Bersungguh-sungguh
- Kerjasama
LANGKAH 4
(20 minit)
Permainan Tulis
dengan betul.
1. Murid-murid akan diberikan kepada dua kumpulan.
2. Murid-murid memberikan nama kumpulan masing-masing.
3. Setiap murid akan diberikan kad gambar.
4. Murid dikehendaki menulis perkataan berdasarkan objek
pada gambar dengan betul dalam masa 30 saat.
5. Setiap murid yang dapat menulis dengan betul akan
Bahan Bantu Belajar:
- Komputer riba
- Pembesar suara
Kemahiran Berfikir(KB):
- Mendiskriminasi
-
menyumbangkan satu markah kepada kumpulannya.
6. Sekiranya jawapan murid adalah salah, murid berkenaan
dikehendaki mengeja semula perkataan tersebut dengan
betul dengan bantuan guru dan kad perkataan sebanyak 3
kali.
7. Kumpulan yang menang dikira berdasarkan markah yang
terbanyak.
8. Kumpulan yang menang akan menerima hadiah manakala
yang kurang bernasib baik akan menerima saguhati.
Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai:
- Verbal-linguistik
Elemen Merentas
Kurikulum:
- Teknologi maklumat dan
komunikasi
- Keusahawanan
Nilai Murni:
- Toleransi
- Kerjasama kumpulan
PENUTUP
(5 minit)
Penerapan nilai-nilai
murni dan nyanyian.
1. Murid dikehendaki mengulang perkataan yang telah
dipelajari.
2. Murid diberi soalan?
- Cadangan soalan: Daripada gambar yang
ditunjukkan, mana satukah alatan kebersihan diri?
- Cadangan jawapan murid sabun!
Bahan Bantu Belajar:
- Komputer riba
- Pembesar suara
- Kad gambar
Kemahiran Belajar Cara
Belajar:
-
3. Murid mendengar penerangan berkaitan menjaga kebersihan
diri.
- Murid dikehendaki mencuci tangan terutamanya pada
waktu sebelum makan, selepas makan dan keluar dari
bilik air.
4. Nyanyian dan pergerakan lagu Tari cuci tangan yang
terdapat di laman web berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=3FaNs0U8dV4
5. Murid-murid menyanyi dan meniru pergerakan langkah cuci
tangan yang dilakukan oleh guru.
- Kemahiran mendengar
secara aktif
Kemahiran Pengajaran:
- Penyoalan
Kemahiran Berfikir(KB):
- Menjana idea
- Menghubungkait
Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai:
- Muzik
- Verbal-linguistik
- Kinestetik
Elemen Merentas
Kurikulum:
- Teknologi maklumat dan
komunikasi
Nilai Murni:
- Menjaga kebersihan diri
-
REFLEKSI
Saya dapati pengukuhan yang saya terapkan dalam beberapa langkah
pengajaran dapat membantu murid menghafal dan menulis kesemua perkataan yang
dipelajari dengan betul. Hal ini secara tidak langsung membuatkan pengajaran saya
tercapai. Pada set induksi, murid-murid berasa seronok kerana mendapat belon namun
mereka agak terkejut apabila diminta untuk meletupkan belon tersebut. Pada waktu itu
situasi menjadi riuh berikutan murid melakukan pelbagai aksi untuk meletupkan belon
tersebut. Namun akhirnya murid berjaya meletupkan belon dan seterusnya
mendapatkan kad gambar yang terdapat dalam belon tersebut.
Pada langkah pertama saya suka sekiranya murid-murid mengira suku kata yang
telah disebut kerana murid-murid akan lebih peka dan dapat membezakan antara suku
kata pertama dan kedua yang mana dapat memudahkan mereka mengeja dan
seterusnya menulis perkataan dengan betul.
Pada langkah kedua, saya meminta murid membina perkataan menggunakan
plastesin dengan harapan mereka seronok dan menghafal perkataan tersebut secara
tidak langsung. Aktiviti yang santai ini sebenarnya mengurangkan tekanan dalam diri
murid dan seterusnya memudahkan murid mengingati perkataan lebih-lebih lagi apabila
melibatkan pelbagai deria seperti kinestetik, audio, visual dan tectile.
Seterusnya, latihan lembaran kerja yang saya berikan tersebut agak sukar
sekiranya murid tidak menghafal atau tidak menguasai suku kata bagi sesuatu
perkataan. Beberapa aktiviti yang saya telah laksanakan dalam pengajaran yang
sebelumnya dapat membantu murid mengingati ejaan perkataan tersebut.
Semua kanak-kanak mempunyai sifat suka bersaing dan tidak ketinggalan juga
bagi kanak-kanak khas ini. Mereka berasa sungguh seronok apabila dapat dapat
memenangi sesuatu pertandingan. Saya berpendapat, langkah ini agak kritikal dan
sukar kerana bukan sahaja mereka perlu mengeja malah mereka perlu menulis tanpa
ada apa-apa bantuan. Mereka menggunakan seratus peratus daya hafalan mereka
sendiri. Pada peringkat awal permainan sememangnya terdapat murid yang masih
salah tulis perkataan yang diberi namun setelah melalui empat pusingan, saya dapati
murid telah menulis kesemua perkataan yang dipelajari dengan betul.
Pada peringkat penutup, saya suka menerapkan nilai-nilai murni dengan
harapan dapat membentuk modal insan yang berbudi pekerti mulia. Tambahan pula
kanak-kanak khas ini perlu diberitahu dan diajar setiap perkara kerana mereka tidak
mampu berfikir dengan sendiri berikutan kelemahan kognitif yang mereka hadapi.
Manakala aktiviti nyanyian sememangnya disukai oleh murid apatah lagi disertai
dengan pergerakan, saya merasakan seolah-olah mereka dapat melepaskan tekanan
apabila mereka menyanyi dan beraksi.
-
Kesimpulannya, Saya sungguh gembira dengan pencapaian murid-murid pada
pengajaran kali ini dan saya berharap dapat menghasilkan pengajaran yang lebih baik
dan menyeronokkan pada masa hadapan.
-
Penilaian
Tajuk: 4. Kemahiran Menulis
Standard Kandungan : 4.2 Menulis perkataan
Standard Pembelajaran : 4.2.1 Menulis perkataan KV+KVK
SENARAI SEMAK GURU
Nama : ____________________________ Tarikh: _______________ Kelas : __________
Tandakan (/) pada kemahiran dan amalan kesukanan yang dikuasai murid
Bil Aktiviti Menguasai Tidak menguasai
1 Mengecam dan menyebut nama objek
2 Mengeja dan membaca perkataan KV + KVK
3 Membentuk perkataan menggunakan plastesin
4 Menyusun dan menulis perkataan KV + KVK dengan betul
5 Menulis perkataan KV + KVK yang disebut guru dengan betul
-
Contoh Bahan Bantu Belajar yang digunakan
Kad gambar
Kad suku kata
Kad perkataan
bo
tol
botol
-
LEMBARAN KERJA 1
-
LEMBARAN KERJA 2