Transcript
Page 1: Rancangan pelajaran harian kssr tahun 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA KSSR

TAHUN 4

TEMA KEMASYARAKATAN

TAHUN 4 TEKAD

TAJUK Cerianya Tamanku

MASA 9.30 – 10.30 pagi

STANDARD

PEMBELAJARAN 3.3.3

Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan

yang bertumpu dan bercapah dengan betul.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. membina ayat berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.

ii. menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan

bercapah.

AKTIVITI

1. Murid ditunjukkan alat menjaga kebersihan dan berbincang tentang kegunaan

alatan tersebut dan kaitannya dengan menjaga kebersihan.

2. Guru membimbing murid menamakan dan menulis pada papan tulis tentang

alatan lain yang sesuai digunakan untuk menjaga kebersihan kawasan rumah

dan taman dan menyatakan sumber kewangan untuk menjayakan aktiviti

gotong-royong.

3. Murid membaca petikan yang dipaparkan pada skrin dengan sebutan yang

jelas dan intonasi yang betul dan membina jawapan untuk soalan yang

dikemukakan oleh guru berdasarkan petikan yang dibaca.

4. Murid menggarisi isi petikan yang menjadi jawapan pada paparan skrin dengan

menggerakkan kursor.

5. Murid menulis jawapan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis

berdasarkan petikan.

Pemulihan

Murid mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi.

Pengayaan

Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

PENGISIAN

KURIKULUM

Ilmu : Sivik, Celik Kewangan

Nilai : Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Patuh

EMK : TMK

KB : Menjana Idea, Mengecam

BCB : Bacaan Mentalis

BAHAN BANTU

BELAJAR LCD, benda maujud, lembaran kerja

PENILAIAN

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman

dengan betul.

REFLEKSI 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.

Page 2: Rancangan pelajaran harian kssr tahun 4

Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.

Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.


Top Related