Download - PUITIKA SASTERA MELAYU DALAM ENDOI
1
APLIKASI TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU DALAM ENDOI
1.0. PENGENALAN
Secara umumnya, puisi ialah karangan berangkap, dan memepunyai kalimah yang tidak
bebas terutamanya pemilihan diksi, rima dan suku kata. Puisi biasanya memerlukan
penggunaan bahasa yang terhad dan padat tetapi mempunyai makna yang mendalam dan
berkesan. Oleh itu, puisi menuntut pengkaryanya mempunyai pemikiran yang mendalam
dan tinggi disamping keterlibatan perasan yang sangat sensitif. (Mutiara Sastera Melayu
Tradisional, 2010:227).
Puisi-puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik yang menceritakan berkaitan
akar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik ketinggian bahasa. Puisi Melayu lama yang
diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budi
sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak
zaman-berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam dan
peribahasa. Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tiga komponen utama iaitu
epistemologi, pandangan alam semesta (worldview) dan komponen nilai serta akhlak.
Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah ilmu
pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu. Sementara itu, dalam aspek
komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayu meletakkan Allah S.W.T sebagai
sumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen nilai, moral,
etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu tentang sesuatu yang
dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan
keindahan.
2
Mat Jani Hassan (1998:263) menjelaskan puisi merupakan karangan atau hasil
sastera yang mempunyai rangkap. Manakala bunyinya pula lebih berirama, di mana kata-
kata dan ungkapan di dalam rangkap itu sengaja dipilih begitu teliti supaya dapat
menghasilkan bunyi iramanya dengan jelas. Irama itu mungkin terdiri daripada rimanya di
bahagian hujung, atau di tengah-tengah, mahupun di pangkal kalimat-kalimatnya.
Abdul Halim Ali (2006:9) menjelaskan puisi adalah satu karangan berangkap.
Karangan ini terikat dengan bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah
perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima dan iramanya dan jumlah suku
katanya.
Za’ba (Abdul Halim Ali, 2006:9) menjelaskan puisi adalah satu karangan
berangkap yang dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah
dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.
Za’ba (Harun Mat Piah, 1989:1) menjelaskan lagi bahawa puisi adalah karangan
berangkap yang disusunkan dengan bahagian-bahagian yang berkerat-kerat, dan antara
sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyinya atau rentaknya atau isinya, serta
kebanyakannya memakai timbangan atau sukatan tertentu.
Semual Taylor Coleridge (Abdul Halim Ali, 2009:10) pula menjelaskan puisi
adalah kata-kata yang terbaik dalam susunan terbaik. Ini bermaksud puisi berada dalam
bentuk yang cantik dan kata-kata yang dipilihnya pula menepati konteks.
Puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu warisan Melayu
yang terdiri daripada puisi terikat dan puisi bebas. Puisi terikat terdiri daripada pantun dan
gurindam. Puisi bebas pula terdiri daripada seloka, teromba, talibun, mantera dan
peribahasa berangkap. Kumpulan puisi yang ke dua ialah warisan Arab/Parsi. Kumpulan
3
ini merupakan satu kumpulan puisi terikat yang terdiri daripada syair, nazam, rubai,
masnawi, qit’ah, ghazal, berzanji, endoi, rejang dan zikir (Warna Sastera Melayu
Tradisional, 2000:xxiv).
2.0. PUISI MELAYU TRADISIONAL : ENDOI
Endoi adalah satu bentuk nyanyian yang akan dilagukan untuk mengiringi upacara naik
buai. Upacara ini merupakan salah satu adat istiadat Melayu. Kata-kata dan ungkapan
dalam nyanian tersebut dinamakan puisi endoi (Mutiara Sastera Melayu Tradisonal,
2010:235). Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang amat berpegang teguh kepada
adat resam dan tradisi mereka. Dalam kehidupan seharian, ia banyak melibatkan norma-
norma hidup, peraturan, tradisi dan pantang larang yang wajib dipatuhi. Pengabaian
terhadap adat resam itu dianggap sebagai satu kesilapan yang besar sehingga boleh
mengakibatkan jatuhnya status atau maruah si pelaku mahupun keluarganya.
Endoi berasal daripada perkataan endul yang bermaksud buaian. Endoi merupakan
tradisi lisan yang berbentuk perbuatan yang di sambut oleh masyarakat Melayu dalam
majlis keramaian seperti kenduri kahwin, mencukur rambut dan sebagai untuk
memeriahkan suasana. Endoi juga dikenali sebagai bentuk puisi tumpang, menggunakan
bentuk syair, nazam dan juga pantun sebagai wadah penyampaian.
Puisi endoi menceritakan tentang salasilah dan riwayat hidup nabi-nabi. Selain itu,
endoi menceritakan kisah-kisah nabi untuk dijadikan teladan. Endoi menyampaikan
nasihat terutamanya kepada golongan kanak-kanak supaya berbuat baik, berbudi dan
menghormati ibu bapa. Endoi juga berfungsi sebagai memberi pengajaran tentang Islam
seperti rukun iman, dan kitab-kitab Islam. Endoi ditujukan terutamanya kepada anak-anak
4
agar menjadi anak yang taat serta berbakti kepada ibu bapa. Endoi dimulai dengan
menceritakan kisah rasul dan wajib beriman dengannya serta diikuti dengan nasihat kepada
si anak (NorBaizura Bt Zakaria, 2008).
Fungsi endoi mengandungi unsur pengajaran dan nasihat serta hendaklah sentiasa
berpegang kepada ajaran agama, mengabdikan hidup kepada Allah S.W.T untuk
mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat. Endoi tidak semata-mata di anggap sebagai
dunia hiburan malah turut di gunakan sebagai alat untuk menggerakkan dan menyedarkan
masyarakat.
Mohd Sharifudin Haji Yusop (1999:43), endoi membicarakan soal-soal ilmu
pengetahuan, budi pekerti manusia yang disandarkan kepada ajaran agama Islam dengan
tujuan untuk memupuk semangat keIslaman dan kesedaran dalam kalangan orang Melayu.
Selain itu, berfungsi sebagai menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa ke atas kelahiran anak
sulung yang akan diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia tujuh hari.
Puisi ini juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada masyarakat.
Amalan mencukur rambut biasanya di lakukan olah masyarakat Melayu yang
membuat kenduri kecil-kecilan iaitu dengan menyembelih haiwan (akikah) dan memberi
nama pada hari ke tujuh kelahirannya, hukumnya dalah sunat. Hukum melakukan kenduri
akikah bukan lagi dikatakan sebagai sunat bahkan sebaliknya bagi sesetengah masyarakat
Melayu menganggap itu adalah adat dan warisan yang perlu dipelihara oleh generasi yang
ada sekarang supaya ia tidak pupus begitu saja (NorBaizura Bt Zakaria, 2008).
Secara keseluruhannya, yang dapat dirangkumkan di sini adalah endoi merupakan
satu nyanyian yang dinyanyikan dalam upacara naik buai dalam kalangan masyarakat
Melayu.
5
3.0. TEKS ENDOI
( Ucapan Mencukur Rambut Budak Kecil )
Bismillahirrahmanirahim
Lailahaillah, Muhammadar Rasullullah
Bismillah itu permulaan nama,
Keadaan zatnya bersama-sama,
Zahirkan sifat menyatakan isma,
Kadim dan taat setia lama.
Hai segala anaknya Adam.
Asalnya wahi nur-ul-khatam,
Dipecahnya empat nazirnya Adam,
Dipecahnya pula sekian alam.
Rahim bapamu turun ke ibumu,
Empat puluh hari nutfah namamu,
Delapan puluh hari alqah namamu,
Seratus dua puluh hari alamah namamu.
Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih atau kurang tiada ditentukan,
Beranakkan dikau barapa kesakitan,
Berapalah pantang minum dan makan.
Cukup sembilan bulan bilangannya,
Zahirlah engkau ke dalam dunia,
Baharulah suka bapa ibunya,
Kepada engkau banyak kasihnya.
Harap ibumu bukan sedikit,
Tinggilah harap daripada bukit,
Lama ibumu merasai sakit,
Sembilan bulan tiada berbangkit.
Kenangkan olehmu sekalian anak,
Tatkala engkau lagi kanak-kanak,
Apabila sudah tidurmu enak,
Dicarikan makan manis dan lemak.
6
Hai anakku,jangan kau bantah,
Peliharaan ibumu sangatlah susah,
Dialih ke kiri kanan pun basah,
Tiada engkau menaruh insaf.
Setelah kamu sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu jaga,
Tidur pun tidak barang seketika,
Makan dan minum tidak berasa.
Berapalah dian dengannya tanglung,
Diangkat dituam lalu dibedung,
Sudahlah juga lalu didukung,
Kasih dan sayang tiada bertanggung.
Tiada tentu siang dan malam,
Bangun memangku di dalam kelam,
Terkejut juga di tengah malam,
Tidur pun tidak dapat di tilam.
Kenangkan ayahmu anak bangsawan,
Peliharakan dikau sangat kesusahan,
Dipelihara daripada angina dan hujan,
Takut terkena penyakit sawan.
Jika ibumu ada hamba disuruh,
Nyamuk pun tidak hamper ke tubuh,
Tirai kelambu dibentang dibubuh,
Lilin dan tanglung dipasang disuluh.
Walaupun ibumu ada berhutang,
Kain sehelai juga di pinggang,
Basah di ampai kering di pinggang,
Didukung digalas tiada berenggang.
Kenangkan ayahmu anak bangsawan,
Barang katanya jangan dilawan,
Ibu bapamu perhubungan Tuhan,
Baharulah sempurna anak bangsawan.
Jika ibumu orangnya kaya,
Disuruh dipelihara hamba dan sahaya
Serta dikampungkan duit belanja,
Itu pun engkau kurang percaya.
7
Apabila engkau dapat membilang,
Disuruh mengaji pagi dan petang,
Rumah gurumu tempat beulang,
Pagi dan petang tiada bersilang.
Apabila engkau dapat mengaji,
Ibu bapamu sukalah hati,
Dicarinya ringgit sehari-hari,
Hendak disuruhkan engkau ke haji.
Pergi ke haji tanah yang suci,
Hendak membuang nama yang keji,
Syeikh itu suruh mengaji,
Baca Quran jangan engkau benci.
(Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.):367-370)
8
4.0. TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU
Dalam meneruskan penulisan tentang endoi, satu garapan teori akan diguna pakai dalam
menjayakan penulisan ini. Pendekatan atau teori yang akan diguna pakai adalah teori
puitika Melayu.
Teori puitika sastera Melayu telah diperkenalkan oleh Muhammad Hj Salleh,
seorang profesor sastera Melayu di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsan
Malaysia (Kini bertugas sebagai profesor sastera di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia). Muhammad Haji Salleh boleh dianggap sebagai pelopor
penerokaan teori sastera tempatan sekitar akhir tahun 1989.
Sohaimi bdul Aziz (2003:94), teori puitika sastera Melayu bertunjangkan kepada
falsafah dan konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Dengan penelitian
yang bersifat analitis terhadap ribuan pantun Melayu, Muhammad Haji Salleh menemukan
idealisme keindahan yang mengakar dalam teks-teks kesusasteraan Melayu tradisional itu.
Pendekatan ini membuka jalan kepada pembaca bagi memahami fenomena
keindahan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu bagi tujuan mengangkat nilai
keindahan teks kesusasteraan Melayu tersebut, di samping mencari makna di sebalik
keindahan itu dengan hubungan-hubungan yang berada di luar teks seperti budaya, sikap,
pandangan hidup, sejarah dan alam sekitar masyarakat Melayu itu sendiri.
Teori puitika Melayu adalah satu pendekatan kritik yang berasaskan kepada
prinsip-prinsip teori puitika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh. Teori puitika
sastera Melayu meletakkan prinsip puitika atau keindahan dalam kesusasteraan Melayu
tradisional sebagai dasar teori.
9
Tulisan penting Muhammad Haji Salleh tentang teori ini termuat dalam bukunya
berjudul Puitika Sastera Melayu yang diterbitkan pada tahun 2002 oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Buku ini sebenarnya merupakan hasil pemurnian dan pemantapan gagasan idea
awal yang termuat dalam syarahan pengukuhan sebagai profesor di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Syarahan ini dimuatkan dalam sebuah
buku kecil dengan judul Puitika Sastera Melayu: Suatu Pertimbangan yang diterbitkan oleh
Penerbit UKM pada tahun 1989.
Secara keseluruhan daripada buku ini, dapat dirumuskan bahawa estetika atau
keindahan menjadi induk yang mendasar pemikiran Muhammad Haji Salleh terhadap
kesusasteraan Melayu. Keindahan yang ditonjol sebagai asas yang menteorikan
kesusasteraan Melayu itu digali daripada genre prosa dan puisi Melayu klasik.
Salah satu kekuatan dan keunggulan kesusasteraan Melayu klasik pada Muhammad
Haji Salleh adalah nilai keindahan yang terpadu di dalam karya-karya kesusasteraannya.
Mendekati teks kesusasteraan berasaskan teori ini, bermakna pengkritik meletakkan diri
mereka pada landasan puitika dengan hasrat untuk membuktikan kehadiran ciri-ciri
estetika yang membina makna teks. Muhammad Haji Salleh menjelaskan secara terperinci
ciri-ciri keindahan yang menjadi teras puitika kesusasteraan Melayu.
10
Antara ciri-ciri yang mendepani teras puitika sastera Melayu adalah seperti yang
berikut :
i. keindahan dalam mengajar atau mendidik. Teras ini membincangkan setiap isi
kandung dalam hasil karya kesusasteraan Melayu mampu memberikan mesej,
pengajaran dan pendidikan kepada setiap pembaca dan pendengar.
ii. keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan. Teras ini pula
membincangkan tentang ungkapan yang menzahirkan kesusahan dan kesedihan
dalam setiap isi kandung hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu klasik. Penzahiran
kesusahan dan kesedihan dapat ditonjolkan dengan ungkapan-ungkapan dalam
hasil-hasil karya tersebut.
iii. keindahan dalam penceritaan. Teras ini pula membincangkan pengkisahan isi
kandung dari awal hingga akhir cerita. Biasanya setiap pengkisahan atau
penceritaan memenuhi plot cerita dalam hasil-hasil karya kesusasteraan melayu.
iv. keindahan dalam rasa. Teras ini menjurus kepada penglahiran rasa setelah
membaca atau mendengar sesebuah genre kesusasteraan Melayu. Kebiasaannya, ia
melibatkan perasaan pembaca atau pendengar. Kedatangan rasa dan perasaan
membuatkan seseorang pembaca atau pendengar berasa puas dan indah.
v. keindahan yang asli. Teras ini membincangkan setiap hasil-hasil karya
kesusasteraan Melayu menepati ciri-ciri puisi Melayu klasik iaitu pantun dan syair.
Kesamaan ini meliputi jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris, jumlah
suku kata sebaris, dan pola rima akhir.
11
Ciri-ciri keindahan yang ditemui oleh Muhammad Haji Salleh kemudiannya
mewajarkan hasil penerokaan oleh V.I Braginsky yang menghalusi teks kesusasteraan
Melayu klasik pelbagai genre bagi mencari asas-asas untuk membina konsep keindahan
dalam kesusasteraan Melayu klasik. Maka terhasillah buku Erti Keindahan dan Keindahan
Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik pada tahun 1984.
Ruang lingkup keindahan yang ditumpukan dalam teori agak luas. Justeru, pengkritik
perlu lebih teliti memilih teks-teks yang benar-benar sesuai yang memiliki kesemua unsur
keindahan yang disebutkan itu. Untuk membuktikan unsur keindahan yang bersifat
mengajar, mendidik; keindahan yang mengungkapkan kesusahan dan kesedihan dan
keindahan dan penceritaan tentu tidak sukar bagi seseorang pengkritik, namun untuk
membuktikan keindahan dalam rasa, pengkritik memerlukan ilmu bantu yang lain yang
dapat dijadikan piawai mengukur atau menjeniskan rasa.
12
5.0. KERANGKA APLIKASI TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU
Sebelum mengaplikasikan endoi dengan teori puitika sastera Melayu hasil garapan
Muhammad Haji Salleh, satu kerangka aplikasi teori akan dibentuk dalam memahami lagi
teori tersebut.
keindahan
dalam mengajar
atau mendidik.
keindahan
dalam
pengungkapan
kesusahan dan
kesedihan.
keindahan
yang asli.
keindahan
dalam
penceritaan.
keindahan
dalam rasa
TEORI
PUITIKA
SASTERA
MELAYU
ENDOI
Ucapan Mencukur Rambut Budak Kecil
13
6.0. DAPATAN KAJIAN
Setelah membincangkan konsep teori puitika sastera Melayu, teori tersebut akan
diaplikasikan dalam salah satu teks puisi Melayu klasik iaitu endoi. Dalam menghuraikan
pengaplikasian teori dengan endoi, dapat dirumuskan bahawa pendekatan teori ini hanya
melibatkan lima ciri penting dalam menggarap idea teori tersebut.
i. KEINDAHAN DALAM MENGAJAR ATAU MENDIDIK
Dalam ciri yang pertama ini, membincangkan unsur keindahan dapat mengajar dan
mendidik anak-anak dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mendatang. Selain itu,
endoi juga mengajar anak-anak tentang asal-usul mereka agar mereka lebih memahami dan
mengerti erti kehidupan sebenar.
Dalam Endoi Ucapan mencukur rambut budak kecil mengajar umat Islam
digalakkan untuk membaca bismillah sebelum melakukan sesuatu untuk mendapatkan
keberkatan kepada Allah S.W.T. Setiap manusia disarankan supaya tiadak mengingkari
segala perintah Allah S.W.T.
Bismillahirrahmanirahim
Lailahaillah, Muhammadar Rasullullah
Bismillah itu permulaan nama,
Keadaan zatnya bersama-sama,
Zahirkan sifat menyatakan isma,
Kadim dan taat setia lama.
…
Ia juga menceritakan tentang asal-usul manusia. Manusia terjadi apabila berlakunya
persenyawaan antara manusia iaitu lelaki dan dan perempuan. Manusia terjadi dari setitik
air mani kemudian terbentuk segumpal darah dan beberapa minggu kemudian akan terjadi
bentuk yang meliputi tulang dan daging sehingga menjadi bentuk fizikal yang lengkap
14
dengan anggota tubuh dan dibarikan kejiwaan dan kerohanian yang sangat penting kerana
seseorang akan menyaksikan kebesaran Allah S.W.T apabila dilahirkan kelak. Contoh
rangkap dalam endoi yang membincangkan hal tersebut adalah seperti yang berikut :
…
Hai segala anaknya Adam.
Asalnya wahi nur-ul-khatam,
Dipecahnya empat nazirnya Adam,
Dipecahnya pula sekian alam.
Rahim bapamu turun ke ibumu,
Empat puluh hari nutfah namamu,
Delapan puluh hari alqah namamu,
Seratus dua puluh hari alamah namamu.
…
Selain itu, pengorbanan seorang ibu yang mengalami kesulitan mengandung selama
sembilan bulan. Diteruskan lagi dengan pengorbanan seorang ibu yang mengalami
kesakitan dan kerumitan semasa melahirkan anak. Diceritakan lagi, seorang ibu yang
menempuh alam berpantang selama 44 hari iaitu berpantang dari segi makanan dan
minuman demi menjaga kesihatan anaknya dan dirinya supaya tidak mendapat kecelakaan
di kemudian hari.
…
Rahim bapamu turun ke ibumu,
Empat puluh hari nutfah namamu,
Delapan puluh hari alqah namamu,
Seratus dua puluh hari alamah namamu.
Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih atau kurang tiada ditentukan,
Beranakkan dikau barapa kesakitan,
Berapalah pantang minum dan makan.
…
15
Seterusnya kegembiraan mengiringi ibu dan bapa kerana mendapat cahaya mata
seperti yang di hajati oleh semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak itu di
bela dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit kekurangan keperluan dan kehendak. Segala
kasih sayang di curahkan kepada anak itu. Anak itu akan mula mengenali ibu bapanya
ketika berusia sembilan bulan, dapat melihat dan mengenali alam yang luas ini. Pada masa
yang sama, mengingatkan anak-anak tentang liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba.
…
Cukup sembilan bulan bilangannya,
Zahirlah engkau ke dalam dunia,
Baharulah suka bapa ibunya,
Kepada engkau banyak kasihnya.
…
Di samping itu, harapan seorang ibu terhadap anaknya begitu tinggi kerana seorang
ibu ingin melihat kejayaan anak-anaknya pada masa akan datang. Bebanan seorang ibu
akan berkurangan apabila anak-anaknya sudah meningkat dewasa. Anak-anak perlu
mengenang jasa dan pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan dan melahirkan kita.
Ibu mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna terhadap bangsa dan agama.
Ibu bapa berusaha keras mencari rezeki agar dapat memberi kehidupan yang sempurna
kepada anak-anaknya. Ini dapat dipetik daripada contoh endoi seperti yang di bawah :
…
Harap ibumu bukan sedikit,
Tinggilah harap daripada bukit,
Lama ibumu merasai sakit,
Sembilan bulan tiada berbangkit.
Kenangkan olehmu sekalian anak,
Tatkala engkau lagi kanak-kanak,
Apabila sudah tidurmu enak,
Dicarikan makan manis dan lemak.
…
16
Alam kanak-kanak merupakan alam yang penuh dengan kegembiraan bagi seorang
anak dan mereka tidak pernah terfikir tangtang susah payah kedua orang tua mereka. Ibu
dan bapa akan sentiasa berusaha bagi memenuhi permintaan anak-anak. Hal ini adalah
kerana ibu bapa mahu anak-anaknya merasai kehidupan zaman kanak-kanak dengan penuh
kegembiraan.
Anak-anak haruslah menghormati kedua orang tua mereka kerana tanpa mereka di
dunia ini tiadalah kita. Anak-anak disarankan supaya mengenang jasa ibu dan bapa yang
selama ini mendidik dan memelihara kita sehingga menjadi seorang insan yang sempurna.
Anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi ibu bapa. Anak merupakan rezeki
yang dikurniakan oleh Alla S.W.T. kepada pasangan yang berkahwin. Anak itu akan dijaga
siang dan malam, mereka sanggup tidak makan dan minum,tidak rehat demi menjaga dan
melihat anak itu membesar dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna.
…
Hai anakku,jangan kau bantah,
Peliharaan ibumu sangatlah susah,
Dialih ke kiri kanan pun basah,
Tiada engkau menaruh insaf.
Setelah kamu sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu jaga,
Tidur pun tidak barang seketika,
Makan dan minum tidak berasa.
Berapalah dian dengannya tanglung,
Diangkat dituam lalu dibedung,
Sudahlah juga lalu didukung,
Kasih dan sayang tiada bertanggung.
…
17
Pengorbanan ibu dan bapa seharusnya dikenang oleh anak-anak walaupun mereka
tidak pernah mengharapkan sesuatu balasan. Ibu dan bapa tidak mengharapkan anak-
anaknya membalas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini dengan harta duniawi
tetapi cukup dengan mengambil berat dan memberi perhatian kepada mereka apabila
mereka telah tua kelak. Amat dikesali jika seseorang anak itu melupakan kedua orang
tuanya apabila mereka telah berjaya kelak. Mereka seharusnya mengenangkan jasa ibu
bapa yang selama ini telah berkorban dan memberikan segala didikan sehingga anak-anak
berjaya dalam kehidupan.
…
Kenangkan ayahmu anak bangsawan,
Peliharakan dikau sangat kesusahan,
Dipelihara daripada angina dan hujan,
Takut terkena penyakit sawan.
Jika ibumu ada hamba disuruh,
Nyamuk pun tidak hamper ke tubuh,
Tirai kelambu dibentang dibubuh,
Lilin dan tanglung dipasang disuluh.
…
Kejayaan anak-anak akan menjadi kebanggaan ibu bapa kerana penat lelah mereka
selama ini telah membuahkan hasil. Kejayaan yang dikecapi oleh anak-anak cukup
memberikan kegembiraan kepada ibu bapa. Ibu bapa mengharapkan anak-anak dapat
mengerjakan umrah atau haji bagi menyucikan diri dan mengabdikan diri kepada Illahi.
Anak-anak diharap supaya mendapatkan ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan
yang dilaluinya. Ini dapat dibuktikan dengan contoh endoi seperti yang di halaman
sebelah.
18
…
Walaupun ibumu ada berhutang,
Kain sehelai juga di pinggang,
Basah di ampai kering di pinggang,
Didukung digalas tiada berenggang.
Kenangkan ayahmu anak bangsawan,
Barang katanya jangan dilawan,
Ibu bapamu perhubungan Tuhan,
Baharulah sempurna anak bangsawan.
…
Pengorbanan ibu bapa dalam memberi pendidikan yang sewajarnya harus diambil
perhatian oleh anak-anak. Pengorbanan ibu bapa dalam pelbagai perkara dikerjakan
semampu mungkin dalam member rezeki kepada anak-anak. Walaupun dalam kesusahan,
ibu bapa tetap memberikan pendidikan yang sedaya mampu dalam menjadikan anak-
anaknya Berjaya pada masa akan datang. Ibu bapa memberikan pendidikan yang sebaik
mungkin telah mendatangkan satu kepuasan dalam hidup mereka.
…
Jika ibumu orangnya kaya,
Disuruh dipelihara hamba dan sahaya
Serta dikampungkan duit belanja,
Itu pun engkau kurang percaya.
Apabila engkau dapat membilang,
Disuruh mengaji pagi dan petang,
Rumah gurumu tempat beulang,
Pagi dan petang tiada bersilang.
Apabila engkau dapat mengaji,
Ibu bapamu sukalah hati,
Dicarinya ringgit sehari-hari,
Hendak disuruhkan engkau ke haji.
Pergi ke haji tanah yang suci,
Hendak membuang nama yang keji,
Syeikh itu suruh mengaji,
Baca Quran jangan engkau benci.
19
ii. KEINDAHAN DALAM PENGUNGKAPAN KESUSAHAN DAN
KESEDIHAN
Ciri yang kedua dalam menggarap teori tersebut dalam endoi adalah keindahan dalam
pengukapan kesusahan dan kesedihan. Ciri ini cuba menerangkan ungkapan-ungkapan
dalam endoi yang menunjukkan kesusahan dan kesedihan sebagai satu tanda pengajaran
dan pendidikan kepada generasi yang mendatang dalam mengharungi perjalanan hidup di
dunia ini. Apabila diteliti, maka lahirlah beberapa rangkap dalam endoi yang menunjukkan
keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan.
...
Hai segala anaknya Adam.
Asalnya wahi nur-ul-khatam,
Dipecahnya empat nazirnya Adam,
Dipecahnya pula sekian alam.
Rahim bapamu turun ke ibumu,
Empat puluh hari nutfah namamu,
Delapan puluh hari alqah namamu,
Seratus dua puluh hari alamah namamu.
…
Dalam rangkap yang di atas, menunjukkan kesusahan membentuk seorang
manusia. Walaupun dalam rangkap tersebut menceritakan tentang kesusahan dalam
membentuk manusia tetapi ia menjelaskan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T.
Kesusahan membentuk manusia ditimbulkan pada ungkapan dipecahkan empat nazirnya
Adam, dipecahnya pula sekalian alam. Selain itu, perjalanan benih lelaki ke benih
perempuan juga menunjukkan satu perjalanan yang lama (kesusahan) untuk menembusi
benih perempuan melalui ungkapan rahim bapamu turun keibumu, empat puluha hari
nutfah namamu, delapan pukuh hari alqah namamu, seratus dua puluh hari alamah
namamu.
20
Pada rangkap yang seterusnya, menunjukkan kesusahan seorang ibu dalam
menjalani kehidupan sebagai seorang ibu yang hamil. Proses mengandung selama
Sembilan bulan menunjukkan satu tempoh yang lama perlu diharungi oleh seorang ibu.
Malah pengungkapan kesusahan dapat ditunjukkan pada bait yang menceritakan tentang
seorang ibu yang mengharungi proses bersalin dan berpantang.
…
Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih atau kurang tiada ditentukan,
Beranakkan dikau barapa kesakitan,
Berapalah pantang minum dan makan.
Harap ibumu bukan sedikit,
Tinggilah harap daripada bukit,
Lama ibumu merasai sakit,
Sembilan bulan tiada berbangkit.
…
Pengungkapan kesusahan dalam endoi jelas dilihat pada rangkap yang di bawah.
Pada rangkap tersebut, menunjukkan kesusahan seorang ibu dalam membesarkan anak-
anak. Ingatanya kepada anak-anak tentang pengorbanan ibu amatlah perit, susah dan
menyedihkan.
…
Kenangkan olehmu sekalian anak,
Tatkala engkau lagi kanak-kanak,
Apabila sudah tidurmu enak,
Dicarikan makan manis dan lemak.
Hai anakku,jangan kau bantah,
Peliharaan ibumu sangatlah susah,
Dialih ke kiri kanan pun basah,
Tiada engkau menaruh insaf.
…
21
Pengungkapan kesusahan juga jelas terasa pada rangkap yang berikut. Ungkapan
kesusahan jelas ditunjukkan tentang kesanggupan seorang ibu dan bapa menjaga anak-anak
sehingga sanggup mengabaikan keselesaan diri sendiri. Ibu bapa sanggup berjaga malam
dan tidak makan minum dalam memberi pengawasan kepada anak-anak.
…
Setelah kamu sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu jaga,
Tidur pun tidak barang seketika,
Makan dan minum tidak berasa.
Berapalah dian dengannya tanglung,
Diangkat dituam lalu dibedung,
Sudahlah juga lalu didukung,
Kasih dan sayang tiada bertanggung.
…
Selain itu, ungkapan kesusahan dapat dipetik dalam rangkap yang seterusnya.
Seorang ibu dan bapa sanggup berjaga malam dalam menjaga anak-anak. Justeru, seorang
anak perlu memikirkan kesusahan seorang ibu dan bapa dalam menjaga mereka dari kecil
hingga dewasa.
Kesungguhan menjaga anak-anak pada lewat malam dapat dibuktikan dengan
dipelihara daripada angin dan hujan, takut terkena sawan dan nyamuk pun tidak di
hampir ke tubuh, tirai kelambu dibentang dibubuh, lilin dan tanglung dipasang disuluh.
Lihat contoh rangkap endoi pada halaman yang di sebelah.
22
…
Tiada tentu siang dan malam,
Bangun memangku di dalam kelam,
Terkejut juga di tengah malam,
Tidur pun tidak dapat di tilam.
Kenangkan ayahmu anak bangsawan,
Peliharakan dikau sangat kesusahan,
Dipelihara daripada angin dan hujan,
Takut terkena penyakit sawan.
Jika ibumu ada hamba disuruh,
Nyamuk pun tidak hampir ke tubuh,
Tirai kelambu dibentang dibubuh,
Lilin dan tanglung dipasang disuluh.
…
Ungkapan kesedihan turut diselitkan dalam endoi. Ungkapan kesedihan dapat
dipetik menerusi rangkap yang di bawah. Ibu bapa sanggup berhutang demi anak-anak.
Kesungguhan dalam mendidik dan mengasuh anak-anak memerlukan kos hidup yang
tinggi. Kesungguhan sedemikian merupakan mengharapkan anak-anak hidup dalam serba
mampu. Justeru, anak-anak dinasihatkan supaya tidak membantah cakap ibu dan bapa
kerana ibu dan bapap adalah sebahagian daripada utusan Allah S.W.T. Mentaati nasihat
ibu dan bapa adalah jalan ke pintu syurga-Nya.
…
Walaupun ibumu ada berhutang,
Kain sehelai juga di pinggang,
Basah di ampai kering di pinggang,
Didukung digalas tiada berenggang.
Kenangkan ayahmu anak bangsawan,
Barang katanya jangan dilawan,
Ibu bapamu perhubungan Tuhan,
Baharulah sempurna anak bangsawan.
…
23
Seterusnya, ungkapan kesedihan dapat dibuktikan dengan luahan perasaan seorang
ibu. Seorang ibu meluahkan perasaannya sekiranya dia seorang ibu yang kaya. Dia akan
menyediakan seorang pembantu untuk menjaga anak-anaknya dan dibelanjakan apa sahaja
yang diingini oleh mereka.
…
Jika ibumu orangnya kaya,
Disuruh dipelihara hamba dan sahaya
Serta dikampungkan duit belanja,
Itu pun engkau kurang percaya.
…
Disamping itu, ungkapan kesedihan dipetik daripada rangkap-rangkap yang di
bawah. Kesedihan dalam kegembiraan ditunjukkan semasa anak-anak sudah memasuki
alam persekolahan. Pendidikan diutamakan oleh ibu dan bapa semata-mata untuk
menjadikan anak-anak yang berguna. Ibu dan bapa sanggu mengorbankan apa sahaja demi
memberikan pendidikan yang semaksimum mungkin tanpa mengira wang dan ringgit.
Harapan yang paling tinggi oleh ibu dan bapa adalah ingin membawa anak-anaknya ke
Mekkah semata-mata untuk menjadikan anak-anaknya lebih berguna dan dicintai oleh
Allah S.W.T.
…
Apabila engkau dapat membilang,
Disuruh mengaji pagi dan petang,
Rumah gurumu tempat beulang,
Pagi dan petang tiada bersilang.
Apabila engkau dapat mengaji,
Ibu bapamu sukalah hati,
Dicarinya ringgit sehari-hari,
Hendak disuruhkan engkau ke haji.
Pergi ke haji tanah yang suci,
Hendak membuang nama yang keji,
Syeikh itu suruh mengaji,
Baca Quran jangan engkau benci.
24
iii. KEINDAHAN DALAM PENCERITAAN
Dalam menghuraikan ciri yang ketiga ini, pengkisahan dalam endoi menunjukkan
keindahan dalam penceritaan. Perjalanan cerita dalam endoi yang bersifat kronologi
(mengikut urutan waktu) menunjukkan pendengar atau pembaca memahami setiap isi
kandung cerita yang di bawa dalam endoi. Setiap jalan cerita dalam endoi membuatkan
pembaca atau pendengar memahami setiap isi dalam rangkap endoi. Kefahaman dalam
setiap isi kandung tersebut membuatkan penglahiran keindahan dalam penceritaan.
Perjalanan cerita dalam endoi adalah seperti yang berikut :
Manusia terjadi apabila berlakunya persenyawaan antara manusia iaitu lelaki dan
dan perempuan. Manusia terjadi dari setitik air mani kemudian terbentuk segumpal darah
dan beberapa minggu kemudian akan terjadi bentuk yang meliputi tulang dan daging
sehingga menjadi bentuk fizikal yang lengkap dengan anggota tubuh dan dibarikan
kejiwaan dan kerohanian yang sangat penting kerana seseoarang akan menyaksikan
kebesaran Allah apabila di lahirkan kelak.
Seorang ibu akan mengalami kesulitan selama sembilan bulan, kemudian
mengalami kesakitan dan kerumitan semasa melahirkan anak seterusnya ibu akan
merempuh alam selepas bersalin iaitu berpantang selama 44 hari. Ibu akan berpantang dari
segi makanan dan minuman demi menjaga kesihatan anaknya dan dirinya supaya tidak
mendapat kecelakaan di kemudian hari. Kegembiraan mengiringi ibu dan bapa kerana
mendapat cahaya mata seperti yang di hajati oleh semua pasangan yang mendirikan rumah
tangga. Anak itu di bela dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit pun kekurangan. Segala
kasih sayang di curahkan kepada anak itu. Anak itu akan mula mengenali ibu bapanya
25
ketika berusia sembilan bulan dan dapat melihat dan mengenali alam yang luas ini. Pada
alam ini si anak akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupanya kelak.
Harapan seorang ibu terhadap anaknya begitu tinggi kerana beliau ingin melihat
kejayaan anak-anaknya pada masa akan datang. Bebanan seorang ibu akan berkurangan
apabila anak-anaknya sudah meningkat dewasa. Anak-anak perlu mengenang jasa dan
pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan dan melahirkan kita. Ibu mengharapkan
anak-anaknya menjadi insan yang berguna terhadap bangsa dan agama. Ibu bapa berusaha
keras mencari rezeki agar dapat memberi kehidupan yang sempurna kepada anak-anaknya.
Alam kanak-kanak merupakan alam yang penuh dengan kegembiraan bagi seorang anak
dan mereka tidak pernah terfikir tangtang susah payah kedua orang tua mereka. Ibu dan
bapa akan sentiasa berusaha bagi memenuhi permintaan anak-anak. Hal ini adalah kerana
ibu bapa mahu anak-anaknya merasai kehidupan zaman kanak-kanak dengan penuh
kegembiraan.
Anak-anak haruslah menghormati kedua orang tua mereka kerana tanpa mereka di
dunia ini tiadalah kita. Anak-anak disarankan supaya mengenang jasa ibu dan bapa yang
selama ini mendidik dan memelihara kita sehingga menjadi seorang insan yang sempurna.
Anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi ibu bapa. Anak merupakan rezeki
yang dikurniakan oleh Alla S.W.T. kepada pasangan yang berkahwin. Anak itu akan dijaga
siang dan malam, mereka sanggup tidak makan dan minum,tidak rehat demi menjaga dan
melihat anak itu membesar dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna.
Pengorbanan ibu dan bapa seharusnya dikenang oleh anak-anak walaupun mereka
tidak pernah mengharapkan sesuatu balasan. Ibu dan bapa tidak mengharapkan anak-
anaknya membalas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini dengan harta duniawi
26
tetapi cukup dengan mengambil berat dan memberi perhatian kepada mereka apabila
mereka telah tua kelak. Amat dikesali jika seseorang anak itu melupakan kedua orang
tuanya apabila mereka telah berjaya kelak. Mereka seharusnya mengenangkan jasa ibu
bapa yang selama ini telah berkorban dan memberikan segala didikan sehingga anak-anak
berjaya dalam kehidupan.
Kejayaan anak-anak akan menjadi kebanggaan ibu bapa kerana penat lelah mereka
selama ini telah membuahkan hasil. Kejayaan yang dikecapi oleh anak-anak cukup
memberikan kegembiraan kepada ibu bapa. Ibu bapa mengharapkan anak-anak dapat
mengerjakan umrah atau haji bagi menyucikan diri dan mengabdikan diri kepada Illahi.
Anak-anak diharap supaya mendapatkan ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan
yang dilaluinya.
iv. KEINDAHAN DALAM RASA
Dalam endoi, keindahan dalam rasa timbul setelah para pembaca atau pendengar berjaya
mendatangkan perasaan dalam diri masing-masing setelah mempelajari endoi. Perasaan
rasa kagum, rasa suka dan rasa kasihan jelas terpancar dalam endoi tersebut.
Rasa kagum jelas dibuktikan mengenai keajaiban ciptaan Allah S.W.T dalam
penzahiran manusia. Diceritakan manusia berasal daripada benih lelaki dan benih
perempuan yang disatukan dalam rahim sehingga membentuk janin dan hingga lahirnya
seorang bayi.
…
Rahim bapamu turun ke ibumu,
Empat puluh hari nutfah namamu,
Delapan puluh hari alqah namamu,
Seratus dua puluh hari alamah namamu.
…
27
Rasa kagum juga jelas ditonjolkan pada kesungguhan seorang ibu mengandungkan
bayi dan mengendongnya ke mana sahaja ibu itu pergi. Selain itu, kekaguman seorang ibu
sanggup hidup berpantang selepas bersalin.
…
Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih atau kurang tiada ditentukan,
Beranakkan dikau barapa kesakitan,
Berapalah pantang minum dan makan.
…
Selain rasa kagum, rasa suka juga menunjukkan keindahan dalam rasa yang
terdapat dalam endoi. Rasa suka yang jelas pada rangkap yang di bawah menunjukkan
kegembiraan terpancar pada ibu dan bapa yang menerima kehadiran cahaya mata setelah
mengandungkan selama sembilan bulan.
…
Cukup Sembilan bulan bilangannya,
Zahirlah engkau ke dalam dunia,
Baharulah suka bapa ibunya,
Kepada engkau banyak kasihnya,
…
Rasa suka jelas pada rangkap yang di bawah menunjukkan seorang ibu yang
gembira setelah anak yang dikandungnya selamat dilahirkan dan dijaga dengan penuh
kasih sayang.
…
Setelah kamu ada,
Siang dan malam ibumu jaga,
Tidur pun tidak sebarang seketika,
Makan dan minum tidak berasa,
…
28
Di samping itu, rasa kasihan juga jelas ditunjukkan dalam endoi. Rasa kasihan yang
terdapat dalam setiap rangkap endoi dizahirkan pada anak-anak agar dapat dijadikan
pengajaran dan pendidikan kepada mereka tentang pengorbanan seorang ibu dan bapa.
Rasa kasihan dapat dipetik dalam rangkap :
…
Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih atau kurang tiada ditentukan,
Beranakkan dikau barapa kesakitan,
Berapalah pantang minum dan makan.
Cukup sembilan bulan bilangannya,
Zahirlah engkau ke dalam dunia,
Baharulah suka bapa ibunya,
Kepada engkau banyak kasihnya.
Harap ibumu bukan sedikit,
Tinggilah harap daripada bukit,
Lama ibumu merasai sakit,
Sembilan bulan tiada berbangkit.
Kenangkan olehmu sekalian anak,
Tatkala engkau lagi kanak-kanak,
Apabila sudah tidurmu enak,
Dicarikan makan manis dan lemak.
Hai anakku,jangan kau bantah,
Peliharaan ibumu sangatlah susah,
Dialih ke kiri kanan pun basah,
Tiada engkau menaruh insaf.
Setelah kamu sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu jaga,
Tidur pun tidak barang seketika,
Makan dan minum tidak berasa.
…
Tiada tentu siang dan malam,
Bangun memengku di dalam kelam,
Terkejut juga di tengah malam,
Tidur pun tidak dapat di tilam.
29
Kenangkan ayahmu anak bangsawan,
Peliharakan dikau sangat kesusahan,
Dipelihara daripada angin dan hujan,
Takut terkena penyakit sawan.
Jika ibumu ada hamba disuruh,
Nyamuk pun tidak hampir ke tubuh,
Tirai kelambu dibentang dibubuh,
Lilin dan tanglung dipasang disuluh.
Walaupun ibumu ada berhutang,
Kain sehelai juga di pinggang,
Basah di ampai kering di pinggang,
Didukung digalas tiada berenggang.
…
Jika ibumu orangnya kaya,
Disuruh dipelihara hamba dan sahaya
Serta dikampungkan duit belanja,
Itu pun engkau kurang percaya.
…
v. KEINDAHAN YANG ASLI
Menghuraikan ciri yang terakhir dalam teori puitika sastera Melayu, keindahan yang asli
menjurus kepada ciri-ciri puisi Melayu klasik iaitu pantun dan syair. Ciri-ciri puisi Melayu
klasik ini meliputi aspek rangka luaran puisi.
Rangka luaran puisi yang dapat menceritakan tentang keindahan yang asli meliputi
jumlah rangkap, jumlah baris serangkap, jumlah perkataan serangkap, jumlah suku kata
sebaris dan pola rima akhir.
Dibincangkan terlebih dahulu, rangka luaran puisi yang pertama iaitu jumlah
rangkap. Jumlah rangkap dalam puisi Melayu klasik bergantung kepada penciptanya.
Dalam endoi, jumlah rangkapnya adalah 15 rangkap.
Dalam pantun, jumlah baris serangkap diambil kira mengikut jenis pantun.
Sekiranya pantun dua kerat, jumlah baris serangkapnya adalah dua baris. Sekiranya pantun
30
empat kerat, jumlah baris serangkap adalah empat baris, pantun enam kerat pula adalah
enam baris serangkap dan seterusnya. Dalam syair pula jumlah baris serangkap hanya
empat baris sahaja. Justeru, dalam endoi ini, ia merupai syair. Bilangan baris serangkap
adalah empat baris serangkap.
Bismillah itu permulaan nama, B1
Keadaan zatnya bersama-sama, B2
Zahirkan sifat menyatakan isma, B3
Kadim dan taat setia lama. B4
…
Seterusnya adalah jumlah perkataan sebaris. Dalam pantun dan syair, jumlah
perkataan sebaris adalah antara tiga hingga lima patah perkataan sahaja. Dalam endoi ini,
jumlah perkataan sebaris antara tiga hingga lima patah perkataan sahaja. Ini jelas
menunjukkan endoi berada dalam keindahan yang asli.
…
Hai/ segala/ anaknya/ Adam/. 4 p.p
Asalnya/ wahi/ nur-ul-khatam/, 3 p.p
Dipecahnya/ empat/ nazirnya/ Adam/, 4 p.p
Dipecahnya/ pula/ sekian/ alam/. 4 p.p
…
Berapalah/ pantang/ minum/ dan/ makan/. 5 p.p
…
Di samping itu, dibincangkan juga jumlah suku kata sebaris. Dalam pantun dan
syair, jumlah suku kata sebaris adalah antara lapan hingga 12 suku kata sebaris. Manakala
dalam endoi pula, jumlah suku kata sebaris adalah antara Sembilan hingga 11 suku kata
sebaris. Bukti yang menunjukkan jumlah suku kata sebaris dalam endoi adalah sepeerti
yang berikut di halaman sebelah.
31
…
Hai/ segala/ anaknya/ Adam/. 9 s.k
Asalnya/ wahi/ nur-ul-khatam/, 9 s.k
Dipecahnya/ empat/ nazirnya/ Adam/, 11 s.k
Dipecahnya/ pula/ sekian/ alam/. 11 s.k
…
Berapalah/ pantang/ minum/ dan/ makan/. 11 s.k
…
Keindahan yang asli terakhir adalah pola rima akhir. Dalam pantun, pola rima
akhirnya adalah mengikut jenis pantun. Dalam pantun 2 kerat, pola rima akhirnya adalah
a-a, pantun 4 kerat adalah a-b-a-b, pantun 6 kerat pula adalah a-b-c-a-b-c dan pantun 8
kerat adalah a-b-c-d-a-b-c-d. Manakala, pola rima bagi syair pula adalah a-a-a-a. Justeru,
dalam endoi yang merupakan syair, pola rima akhirnya adalah a-a-a-a.
Apabila engkau dapat mengaji, /i/ a
Ibu bapamu sukalah hati, /i/ a
Dicarinya ringgit sehari-hari, /i/ a
Hendak disuruhkan engkau ke haji. /i/ a
32
7.0. PENUTUP
Puitika sastera Melayu adalah satu percubaan yang menyeluruh untuk melihat konsep dan
prinsip dasar yang menjadi landasan kepada pemikiran dan penciptaan sastera Melayu.
Bermula dengan takrif kata dasar, ia terus memasuki daerah konsep teks, genre, pengarang,
bahasa, estetika dan khalayak sastera Melayu seperti yang menjelma dalam karya-karya
lisan dan tulisan. Konsep-konsep ini perlu digali daripada bait-bait sastera dan lurah
kehidupan budaya di Nusantara.
Dalam mengembangkan teori puitika sastera Melayu, saya mencadangkan agar
teori ini diseminarkan da dikaitkan dengan hasil karya-karya kesusasteraan Melayu klasik.
Selain itu, pengaplikasian teori ini dalam karya-karya kesusasteraan Melayu klasik perlu
dibukukan dan diterbitkan untuk rujukan dan bahan bacaan kepada pengkritik sastera yang
baharu.
Di samping itu, teori ini perlu dijadikan satu mata pelajaran elektif dalam bidang
kesusasteraan Melayu di semua universiti yang menawarkan bidang tersebut. Ia berperanan
dalam menjiwai minat yang lebih mendalam dalam kesusasteraan Melayu. Seterusnya,
teori ini perlu didalami oleh mana-mana pengkritik sastera sebagai penyambung kepada
pengasas asal teori tersebut. Ia dapat membentuk satu generasi yang mementingkan
unsure-unsur keindahan dalam kesusasteraan Melayu.
33
8.0. BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Ali, 2006. Mendekati Puisi Melayu. Tanjong Malim:Penerbit
Profesionalisme Baharu.
Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.), 2000. Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.), 2010. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Jani Hassan, 1998. Kajian Teks Sastera STPM. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.
Muhammad Haji Salleh, 2006. Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nor Baizura Zakaria, 2008. Falsafah dan Logika Melayu : Karya Klasik (Endoi),
Universiti Malaya:Akademi Pengajian Melayu.
Sohaimi Abdul Aziz, 2003. Sasterawan Negara:Muhammad Haji Salleh (Pencari dan
Pemikir). Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.