Download - Presentation
Tutorial Minggu 4
Perkhidmatan ekosistem • Kajian kes: Air• Kajian kes: Kitaran nutrien
Kumpulan 3 :
Chia Chin Mei
Lau Wee Dong
Ling Tong Zhen
Wong Wei Han
Proses-proses di mana persekitaran menyediakan sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan, pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian.
Perkhidmatan Ekosistem
Kesan perkhidma
tan ekosistem
Menyederhana cuaca yang keterlaluan
Mengitar dan mengerakkan
nutrient
Menyebarkan bijih benih
Menyahtoksik dan
menguraikan bahan
buangan
Dalam kitaran air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan di permukaan bumi, di atas dan di bawah permukaan tanah.
Air boleh bertukar bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran air ini.
Definisi Kitaran Air
Empat proses dalam kitaran air
1. Proses sejatan di sungai dan tumbuh-
tumbuhan
Proses pertukaran air dan bentuk cecair atau pepjal ke bentuk wap air
(gas)
2. Proses pemeluwapan
Proses penukaran air daripada bentuk wap kepada cecair.
Empat proses dalam kitaran air
3. Proses Kerpasan
4. Proses Infiltrasi
Proses jatuhan titisan atau bintik-bintik air dari awan ke bumi
Proses pergerakan air ke dalam bahagian bawah tanah dan batu dari
permukaan atas bumi.
Proses Kitaran Air
Sinar matahari akan memanaskan air di lautan atau sungai dan ditarik sehingga berlaku proses sejatan dan perpeluhan.
Air juga akan tersejat dari permukaan daun tumbuh-tumbuhan melalui transpirasi
Wap air kesan daripada proses sejatan dan perpeluhan akan naik ke atmosfera dan mengalami proses pemeluwapan lalu
menghasilkan awan
Kemudian, proses pembentukan titisan hujan berlaku dan menghasilkan pelbagai jenis kerpasan iaitu hujan, salji, hujan
beku dan hujan batu.
Kerpasan yang jatuh semula ke daratan dan lautan akan membentuk air larian permukaan bumi dan air larian bawah
tanah.
Namun, bukan semua air larian akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap
ke dalam tanah sebagai infiltrasi.
Sebahagian daripada air larian akan berada berdekatan dengan bumi lalu menyerap ke dalam sumber air permukaan
serta lautan.
Air permukaan yang cetek akan diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun
melalui proses transpirasi tumbuhan.
Sebahagian air akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi akuifer (tempat batuan untuk
menakung air) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar
Proses kitaran air akn berulang lagi dengan sejatan.
Kitaran air• Melibatkan pertukaran tenaga haba
Pengewapan/Penyejatan air
-air menyerap tenaga haba dari persekitaran dan
menyejukkan persekitaranKondensasi
-air akan membebaskan tenaga ke persekitaran
dan memanaskan persekitarannya.
memberikan kesan kepada iklim sesuatu ekosistem
Kitaran air • menulenkan air
• membekalkan tanah dengan air bersih
• memindahkan garam mineral ke bahagian bumi yang lain
• terlibat dalam proses mengubah struktur geologi
bumi melalui proses hakisan dan pemendakan.
Kepentingan yang diperolehi daripada
kitaran air
1. Pertanian
Empangan dibina untuk membekalkan air dan mengawal
jumlah air yang mengalir ke kawasan tanaman terutama padi
sawah.
2. Sistem pengangkutan airSungai, selat, terusan
- mengangkut barangan dan penduduk khususnya di kawasan pedalaman.
Sungai- sistem pengangkutan air yang murah dan mudah
- pengangkutan utama bagi penduduk di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi melalui jalan darat.
3. Kegunaan domestik
Melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan harian.
4. Rekreasi, eko pelancongan dan
sukan air Sumber air seperti tasik dan air terjun dapat
menambahkan keindahan tempat rekreasi dan menjadi tempat tarikan pelancongan.
5. Perindustrian Penting dalam industri makanan, pakaian dan
lain-lain. Air digunakan sebagai pencuci dan membersih
produk-produk atau hasil perindustrian.
Aktiviti manusia yang mengancam kitaran air
1. Perindustrian
Membebaskan banyak bahan pencemar ke udara yang bertindak sebagai nukleus higroskopik.
Nukleus ini mampu menyerap wap-wap air dalam proses pemeluwapan untuk turun bersama sebagai hujan.
Kualiti kitaran air menjadi tidak bersih kerana berlakunya hujan asid.
2. Pertanian Air larian permukaan membawa lebihan baja dan racun
serangga ke dalam tasik. Proses larut resap menyebabkan air yang menyusup masuk
ke dalam tanah membawa bersama baja dan racun serangga. Baja dan racun mengalir ke tasik melalui aliran air bawah
tanah.
3. Pembalakan dan penebangan
• Pemusnahan secara besar-besaran menyebabkan
proses transpirasi tumbuhan berkurangan
dan mempengaruhi kelembapan udara di persekitaran.
• Udara menjadi kering dan akan mengganggu proses pemeluwapan dan hujan.
• Proses kitaran air kekurangan air akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semula jadi di mana proses transpirasi melalui tumbuh-tumbuhan terganggu.
4. Aktiviti pembandaran
• Aktiviti penurapan muka bumi dengan tar, bitumen
atau aspalt menyebabkan liang-liang tanah akan ditutup.
• Proses infiltrasi air hujan ke dalam tanah akan terjejas dan
kadar infiltrasi akan berkurangan. Dengan ini, sistem akuifer
dan aliran air bawah tanah akan semakin berkurangan.
• Air hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian
air permukaan. Lebihan air permukaan boleh menyebabkan
berlakunya banjir.