Download - Portfolio PPIM
LENCANA LOGO PPIM
PENGERTIAN LOGO
Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan
berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ‘PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA’. Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan
huruf jawi. Permulaan daripada perkataan“PERGERAKAN PUTERI ISLAM " [Pa Pa Alif]. Di bawah
logo ini tertulis perkataan :
PUTERI - Bagi Ahli-Ahli Puteri
PEMIMPIN PUTERI -Bagi Pemimpin-Pemimpin
PENGERTIAN WARNA
Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
BENDERA PPIM
Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengahnya terdapat
lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. Penggunaan :
Upacara rasmi
Tatacara perjumpaan
Kedudukan Bendera dalam tatacara perjumpaan :
Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera PPIM
STRUKTUR ORGANISASI
PENSYARAH PENASIHAT :
KETUA PUTERI :
PENOLONG KETUA PUTERI :
SETIAUSAHA :
PENOLONG SETIAUSAHA :
BENDAHARI :
KETUA PASUKAN 1 :
KETUA PASUKAN 2 :
AHLI JAWATANKUASA (AJK) :
BENDERA MALAYSIA
JALUR GEMILANG
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah
Melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.
Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Maksud "Jalur Gemilang"
JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus dan hala tuju yang sama oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
BENDERA NEGERI KEDAH
Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun.
Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan.
Anak bulan tanda negeri beragama Islam.
Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.
Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.
SULUH KATA PPIM
P - Patuh kepada ibubapa
U - Ugama/ agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith
T - Taat kepada Allah dan Rasul
E - Erat Ukhuwah Islamiyah
R - Rela berbakti kerana Allah
I - Iman dipupuk ilmu dituntut
I - Insaf diri- Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali ( ه" $ي إ ل ا ـ( و$إ ن ,ه ل ل (ا إ ن
اج عون$ (ر$
S - Solat ditunai setiap waktu
L - Larangan Allah dijauhi
A - Akhlak mulia pengukuh keimanan
M - Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan
LAGU PUTERI
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
LAGU NEGARAKU
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju.
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.
IKRAR PUTERI
Bahawa kami ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia,
berikrar akan :
Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, guru dan ibu bapa
Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
Membangunkan diri dengan sempurna
Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
Berkhidmat untuk keluarga,masyarakat dan negara
COGAN KATA/MOTTO PPIM
BERILMU, BERIMAN, BERAMAL
RUKUN ISLAM
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad
itu adalah pesuruhNya".Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.
SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.
MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt
MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
RUKUN IMAN
BERIMAN KEPADA ALLAH
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan selain Allah swt
BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah.
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN
BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW
BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka.
BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya
RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan
AL-FATIHAH
SURAH AL-ASR
TASBIH KAFFARAH
ASMA UL HUSNA