PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH
NURUL ASMAD BINTI AHMAD AZUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH
NURUL ASMAD BINTI AHMAD AZUDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tuhanku ... Kusyukuri setiap anugerah pemberian-Mu
Redhakanlah kehidupanku di dunia dan di akhirat
Ku titipkan halaman istimewa ini buat ...
Bonda dan Ayahanda Tercinta ... Che Eshah binti Ismail dan Ahmad Azudin bin Abd. Rashid
Segala Doa..Pengorbanan... Semangat & Kasih sayang kalian berdua Amat anakanda syukuri... Membuatkan anakanda teguh di sini...
Terima kasih kerana telah mendidik anakanda mengenal erti kehidupan Sesungguhnya segala keringatmu tak terdaya anakanda untuk membalasnya
Insan-Insan Yang Tersayang ...
Kekanda, kakanda dan adinda-adindaku... Tiada kenangan terindah selain dapat berkongsi kasih-sayang antara kita
Moga rahmat dan kasih-sayang Allah sentiasa mengiringi setiap atur langkah perjalanan hidup kita... Terima kasih kerana memahami
Doa.. Semangat.. Kasih sayang.. dan Keprihatinan kalian Amat daku hargai..
Para Pendidik Yang Dihormati ...
Khasnya buat bonda Dr. Buerah binti Tunggak Terima kasih di atas segala ilmu dan didikan yang dicurahkan
Semoga Allah membalas jasa kalian..
Sahabat SPI yang Dikasihi… Sekian lama kita bersama.. mencipta kasih dan mesra...
Segala suka duka dihadapi bersama Iman dan Taqwa menguatkan ukhuwwah kita
Betapa manisnya jalinan yang tercipta Berpisah di mata di hati jangan
Teruskan Perjuangan Hingga Ke Akhirnya
~UKHUWWAH FILLAH, MAHABBAH LILLAH, MARDHATILLAH~
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ucapan
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga dan
sahabat baginda. Alhamdulillah, ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana
dengan thaufiq dan hidayah serta kekuatan dan kesabaran yang Allah SWT
kurniakan maka dapatlah saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda (PSM)
ini yang bertajuk “Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) Sebagai Medium Dakwah”.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penyelia Utama
saya, Dr. Buerah binti Tunggak dan semua pensyarah Fakulti Tamadun Islam yang
begitu prihatin dan telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak
pernah jemu sepanjang tempoh saya menyiapkan penulisan ini. Tidak dilupakan buat
kakitangan Fakulti pendidikan di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu dan berkongsi idea. Buat
keluarga tercinta, khususnya kepada emak dan abah tersayang yang tidak putus-putus
mendoakan kejayaan saya, terima kasih di atas segala pengorbananmu berdua. Juga
kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Semoga semua kerjasama yang telah diberikan akan mendapat keberkatan
daripada Allah SWT. Segala kesusahan danj kepenatan yang dirasai sepanjang
tempoh ini akhirnya mengundang rasa redha dan syukur di atas segala-galanya.
Benarlah kata pepatah, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
v
ABSTRAK
Metodologi dakwah yang digunakan merupakan nadi kepada keberkesanan
dakwah. Seiring dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat, pendakwah
seharusnya mencari alternatif yang bersesuaian untuk menyampaikan dakwah. Hal
ini kerana, cara dan pendekatan dakwah mesti bersesuaian dengan cabaran dan
situasi semasa. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar
terhadap penggunaan ICT sebagai medium dakwah, faktor-faktor yang mendorong
kepada penggunaan ICT dan juga kesan-kesan penggunaan ICT sebagai medium
dakwah. Seramai 120 orang pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Skudai telah dipilih sebagai responden. Borang soal
selidik yang diedarkan kepada responden mengandungi 41 soalan dan telah
dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan
dengan latar belakang responden. Setiap item soalan dalam bahagian B, C, dan D
diukur menggunakan lima skor skala Likert. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen
kajian adalah α = 0.911. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 15.0 for windows dan
dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan juga min
dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil analisis yang dilakukan mendapati
bahawa responden telah memberikan persepsi yang positif terhadap ketiga-tiga aspek
yang dikaji dan purata keseluruhan dapatan kajian berada pada tahap tinggi iaitu
4.39. Sebagai maklum balas terhadap kajian yang dijalankan, kajian ini
mengemukakan beberapa cadangan kepada para pendakwah untuk
mempertingkatkan lagi usaha penggunaan ICT sebagai medium dakwah.
vi
ABSTRACT
The dakwah methodologies used are being the main key in ensuring the
dakwah‟s effectiveness. By today‟s global enhancing technologies, the preachers
were should be able to select the most suitable alternative method in wide spreading
the Islamic dakwah. Therefore, this study were conducted to identify the student
perceptions of using ICT as a medium of dakwah, it's using factors, and the effects of
using it. A number of 120 UTM‟s fourth year students of Faculty of Education which
consist of various course was chosen as the respondents. A set of questionnaire
handed to the respondents were consist of 41 questions and divided to four sections.
Each question in section B, C and D were measured by using 5 Likert score scale.
The believability of study instruments were a = 0.911. The gained data was analyzed
by using SPSS 15.0 (Statistical Package for the Social Sciences) software and
presented descriptively based on the frequency, percentage and mean in schedule
form. As conclusion, the analyses result shows that the respondents were having a
positive perception all of three studied aspect and giving a high gain data level by
4.39. As a response to the conducted study, this research also provided a few point to
the preachers to enhance the using of ICT as a dakwah‟s medium
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI AYAT AL-QURAN & HADIS xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
viii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Pelajar UTM dan Persatuan-Persatuan 9
Islam di UTM
1.6.2 Pensyarah-Pensyarah UTM 10
1.6.3 Pentadbiran UTM 10
1.6.4 Organisasi-Organisasi Dakwah 11
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Takrifan Istilah 12
1.8.1 Persepsi 12
1.8.2 Pelajar 13
1.8.3 ICT 13
1.8.4 Medium 14
1.8.5 Dakwah 14
1.9 Kesimpulan 15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Pengertian Dakwah 17
2.3 Hukum Menyebarkan Dakwah 19
2.4 Sejarah Dakwah 23
2.5 Sorotan Metodologi Dakwah di Malaysia 26
2.5.1 Metod Dakwah Secara Lisan 27
2.5.2 Metod Dakwah Secara Tulisan 27
2.5.3 Metod Dakwah Secara Fardiyah 28
2.5.4 Metod Dakwah Secara Jamaah 29
ix
2.5.4 Metod Dakwah Secara Media Massa 29
2.5.4 Metod Dakwah bil-hal 30
2.5.4 Metod Dakwah Melalui Bimbingan, Runding 30
Cara, Kaunseling dan Terapi
2.5.4 Metod Dakwah Melalui Kesenian 31
2.5.4 Metod Dakwah Melalui ICT 32
2.6 Pendekatan Dakwah Pada Masa Kini 33
2.6.1 Dakwah Konvensional 33
2.6.2 Dakwah Moden 34
2.7 Perkembangan ICT 35
2.7.1 Sejarah Perkembangan ICT 36
2.7.2 Definisi ICT 37
2.7.3 Perspektif Islam Mengenai ICT 38
2.8 Pendekatan Dakwah Melalui Konsep 40
E-Dakwah
2.8.1 Konsep E-Dakwah 41
2.8.2 Ciri-Ciri E-Dakwah 41
2.8.3 Fungsi E-Dakwah 45
2.9 Kesan Penggunaan ICT sebagai Medium Dakwah 47
2.7.1 Kesan Positif 48
2.7.2 Kesan Negatif 50
2.10 Kajian Lepas 52
2.11 Kesimpulan 53
x
BAB III METODOLOGI KAJIAN 55
3.1 Pendahuluan 56
3.2 Reka Bentuk Kajian 57
3.3 Tempat Kajian 58
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 58
3.5 Instrumen Kajian 59
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 59
3.6.1 Data Primer 60
3.6.2 Data Sekunder 62
3.7 Prosedur Kajian 63
3.7.1 Kajian Rintis 64
3.7.2 Kajian Sebenar 64
3.8 Analisis Data 65
3.9 Kesimpulan 66
BAB IV ANALISIS KAJIAN 67
4.1 Pendahuluan 67
4.2 Analisis Data Bahagian A (Demografi) 68
4.3 Analisis Data Bahagian B, C dan D 74
4.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan ICT
sebagai Medium Dakwah 74
4.3.2 Faktor-Faktor yang Mendorong kepada
Penggunaan ICT sebagai
Medium Dakwah 83
4.3.3 Kesan-Kesan Penggunaan ICT sebagai
Medium Dakwah 89
4.4 Rumusan Dapatan Kajian Bahagian B, C dan D 94
4.4 Kesimpulan 101
xi
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 102
5.2 Perbincangan 103
5.2.1 Analisis Bahagian A: Demografi 103
5.2.2 Bahagian B: Perbincangan Mengenai Persepsi
Pelajar Terhadap Penggunaan ICT sebagai
Medium Dakwah 105
5.2.3 Bahagian C: Perbincangan Mengenai Faktor-
Faktor yang Mendorong kepada Penggunaan
ICT sebagai Medium Dakwah 107
5.2.4 Bahagian D: Perbincangan Mengenai Kesan-
Kesan Penggunaan ICT sebagai Medium Dakwah 108
5.3 Rumusan Kajian 109
5.4 Cadangan 111
5.4.1 Organisasi-Organisai Dakwah 111
5.4.2 Pentadbiran UTM 112
5.4.3 Pensyarah-Pensyarah UTM 113
5.4.4 Pelajar UTM dan Persatuan-Persatuan
Islam di UTM 114
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 114
5.6 Kesimpulan 115
BIBLIOGRAFI 116
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jenis Konstruk dan Bilangan Item dalam Soal Selidik 61
3.2 Skala Likert 62
3.3 Perubahan 5 Skor Skala Likert kepada Tiga Peringkat 65
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 69
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 69
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 70
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi 71
4.5 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 72
4.6 Taburan Responden Mengikut Jenis Laman Sosial yang Dimiliki 73
4.7 Taburan Skor Item 1 74
4.8 Taburan Skor Item 2 75
4.9 Taburan Skor Item 3 75
4.10 Taburan Skor Item 4 76
4.11 Taburan Skor Item 5 76
4.12 Taburan Skor Item 6 77
4.13 Taburan Skor Item 7 77
4.14 Taburan Skor Item 8 78
4.15 Taburan Skor Item 9 79
4.16 Taburan Skor Item 10 79
4.17 Taburan Skor Item 11 80
4.18 Taburan Skor Item 12 80
4.19 Taburan Skor Item 13 81
4.20 Taburan Skor Item 14 82
4.21 Taburan Skor Item 15 82
4.22 Taburan Skor Item 16 83
4.23 Taburan Skor Item 17 84
xiii
4.24 Taburan Skor Item 18 84
4.25 Taburan Skor Item 19 85
4.26 Taburan Skor Item 20 85
4.27 Taburan Skor Item 21 86
4.28 Taburan Skor Item 22 86
4.29 Taburan Skor Item 23 87
4.30 Taburan Skor Item 24 87
4.31 Taburan Skor Item 25 88
4.32 Taburan Skor Item 26 89
4.33 Taburan Skor Item 27 89
4.34 Taburan Skor Item 28 90
4.35 Taburan Skor Item 29 90
4.36 Taburan Skor Item 30 91
4.37 Taburan Skor Item 31 91
4.38 Taburan Skor Item 32 92
4.39 Taburan Skor Item 33 92
4.40 Taburan Skor Item 34 93
4.41 Taburan Skor Item 35 94
4.42 Rumusan Dapatan Kajian Bahagian B 94
4.43 Rumusan Dapatan Kajian Bahagian C 97
4.44 Rumusan Dapatan Kajian Bahagian D 99
xiv
SENARAI AYAT AL-QURAN
NO. QURAN SURAH HALAMAN
1.1 Surah al-„Alaq: 1-5 2
1.2 Surah al-Nahl: 125 2
2.1 Surah al-Naml‟: 18-19 3
2.2 Surah al-Maidah: 67 20
2.3 Surah al-Imran: 104 21
2.4 Surah al-Taubah: 122 21
2.5 Surah al-Thahaa: 120-121 24
2.6 Surah al-Mudatsir: 1-7 26
2.7 Surah al-Nuur: 15 40
2.8 Surah al-Fussilat: 53 41
2.9 Surah al-Hujuraat: 6 52
xvi
SENARAI SINGKATAN
SWT - Subhanahu Wata cala
SAW - Sallallahu alaihi wa sallam
a.s. - Alaihi sallam
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
FTI - Fakulti Tamadun Islam
FP - Fakulti Pendidikan
ICT - Teknologi maklumat dan komunikasi
SPSS - Statistical Packages for the Social Science
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
JAKIM. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
PSM - Projek Sarjana Muda
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
SPL - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)
SPS - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMUA - Sekolah Menengah Ugama Arab
xvii
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
MRSM - Maktab Rendah Sains Mara
STS - SangatTidak Setuju
TS - Tidak Setuju
KS - Kurang Setuju
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Borang Soal Selidik
B Nilai Alpha bagi Kajian Rintis
C Surat Memohon Mendapatkan Maklumat
D Bilangan Pelajar Mengikut Tahun Kursus
E Senarai Mata Pelajaran yang Ditawarkan
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kepesatan kemajuan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
merupakan perkembangan yang amat penting dalam era globalisasi. Umum
mengetahui bahawa ICT memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
masyarakat pada hari ini kerana telah memberi impak perubahan yang besar terhadap
kehidupan manusia khususnya umat Islam di Malaysia. Keadaan ini merupakan satu
perkembangan ilmu yang perlu diterima dengan positif oleh masyarakat kerana ICT
dipenuhi dengan pelbagai maklumat yang dapat membantu membina dan
membangun umat manusia.
Islam merupakan agama yang syumul dan amat menitikberatkan segala aspek
ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, kunci kejayaan yang sebenarnya terletak kepada
penguasaan ilmu oleh manusia. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT
merupakan satu perintah untuk menuntut ilmu pengetahuan berdasarkan dalil firman
Allah SWT dalam surah al-„Alaq, ayat 1-5:
2
Maksudnya: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang
menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah yang amat Mulia. Yang mengajar
(manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa-apa yang
tidak diketahuinya”.
(Surah al-„Alaq: ayat 1-5)
Arahan Allah SWT di dalam ayat di atas jelas menunjukkan betapa
pentingnya untuk menguasai ilmu pengetahuan. ICT merupakan salah satu cabang
ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam seiring dengan perkembangannya. Oleh
sebab itu, umat Islam tidak boleh terlalu leka dengan mengabaikan perkembangan
dalam bidang teknologi sebaliknya perlu menguasai ilmu ini. Ilmu pengetahuan juga
perlu dimanfaatkan oleh setiap orang yang bergelar Muslim dalam melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Tugas
menyampaikan dakwah menjadi kewajipan kepada setiap individu Muslim.
Berdakwah sangat penting sebagai proses untuk menegakkan kalimah Allah SWT
dan memelihara kesucian serta kemuliaan ajaran Islam agar terus berkembang untuk
seluruh umat di dunia. Allah SWT telah menggariskan dengan jelas tentang
kewajipan berdakwah dan telah banyak disebut di dalam al-Quran. Firman Allah
SWT dalam surah al-Nahl, ayat 125:
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan
hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka
dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih
3
mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih
mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”.
(Surah al-Nahl: ayat 125)
Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa agama Islam perlu
disebarkan dengan berdakwah. Tugas ini tentunya menghendaki setiap orang
melibatkan diri dengan kerja dakwah mengikuti kapasiti serta kemampuan yang ada.
Ia perlu dilakukan secara berterusan dan istiqomah. Namun demikian, peranan umat
Islam untuk meyampaikan dakwah akan terbatas sekiranya pendakwah masih
menggunakan kaedah yang lama serta tidak mengikuti perkembangan teknologi
semasa. Hal ini kerana, menurut Norkumala Awang (2009), cara dan pendekatan
dakwah mesti bersesuaian dengan cabaran dan situasi semasa
(http://www/bharian.com.my).
1.2 Latar Belakang Masalah
Di dalam al-Quran, Allah SWT telah banyak memberi peringatan kepada
manusia tentang kepentingan komunikasi atau perhubungan. Salah satunya ialah
melalui firman Allah SWT dalam surah al-Naml, ayat 18-19:
…
Maksudnya: “Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, lalu
berkatalah seekor semut: “Hai sekalian semut, masuklah kamu ke
dalam sarang-sarangmu, supaya kamu tidak diinjak oleh Sulaiman
4
dan bala tenteranya, sedang mereka tidak menyedari. Maka Sulaiman
tersenyum lalu ketawa kerana mendengar perkataan semut itu…”
(Surah al-Naml: ayat 18-19)
Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa komunikasi amat penting
dalam menjalani kehidupan seharian kerana melalui komunikasi, manusia akan dapat
mengetahui sesuatu maklumat terkini agar manusia tidak diibaratkan seperti “katak
di bawah tempurung”. Keadaan ini bersesuaian dengan ajaran Islam yang amat
mementingkan proses penyebaran maklumat. Sejajar dengan perkembangan
teknologi, maka masyarakat khususnya umat Islam perlu memanfaatkan peluang
yang ada untuk menyalurkan maklumat dan pengetahuan di samping memberi lebih
kefahaman dan penjelasan berkaitan dengan agama Islam dengan mudah dan lebih
berkesan.
Sebelum berkembangnya ICT, agama Islam disebarkan melalui dakwah yang
menggunakan kaedah konvensional seperti ceramah, syarahan dan seminar yang
disampaikan terus secara lisan kepada individu atau masyarakat. Penyampaian
dakwah dilakukan di pondok-pondok serta madrasah yang dibina sendiri. Pendakwah
juga terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Di samping itu, penggunaan
bahan-bahan dakwah adalah terhad, iaitu hanya menggunakan kitab-kitab lama. Ada
ketikanya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada segenap
pelusuk masyarakat (Yusoff Mohamad: 2000). Hal ini kerana, tidak semua
masyarakat mempunyai kesedaran serta kesempatan untuk menghadirkan diri dalam
majlis-majlis ilmu yang berlangsung di pondok-pondok atau madrasah.
Tidak dapat dinafikan peranan dan sumbangan dakwah melalui sistem
konvensional telah memberi sumbangan besar dalam penyebaran dakwah sebelum
ini. Namun, sebagai pendakwah, golongan ini perlu kreatif dan bijak memikirkan
kaedah berdakwah terhadap golongan-golongan yang mempunyai kekangan waktu
atau masalah lain untuk menghadirkan diri dalam majlis agama. Justeru, alternatif
yang paling berkesan untuk memantapkan lagi penyampaian dakwah terhadap
5
masyarakat ialah dengan memanfaatkan dan menggunakan kepakaran serta
kemudahan yang ada pada ICT semaksimum yang mungkin. Penggunaan ICT tidak
lain dan tidak bukan hanya untuk membantu memudahkan aktiviti dakwah dan
memastikan agar dakwah Islam tidak ketinggalan serta berkembang seiring dengan
kemajuan teknologi yang dicapai.
Peranan dakwah sangat penting demi memastikan agama Islam dapat
disampaikan kepada semua golongan, tidak mengira tempat, keadaan atau pun masa.
Seiring dengan perkembangan ICT yang begitu pesat, umat Islam seharusnya
mengkaji altenatif yang bersesuaian untuk menyampaikan dakwah dengan lebih
berkesan. Oleh itu, ICT sememangnya sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu
medium dakwah. Hal ini kerana, metodologi yang digunakan merupakan asas kepada
keberkesanan dakwah.
1.3 Pernyataan Masalah
Realitinya, dakwah dalam wadah baru menggunakan ICT ini lebih
mensasarkan kepada golongan muda dan belia. Jika dilihat kepada senario di
Malaysia pada hari ini, terdapat banyak cabaran kepada umat Islam di Malaysia
berkaitan dengan masalah sosial yang berlaku melibatkan golongan ini seperti
pergaulan bebas, minum arak dan pembuangan bayi. Punca utama masalah sosial
adalah disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan agama dan juga nilai
penghayatannya. Golongan muda juga mudah terpengaruh dengan ideologi songsang
seperti budaya hedonisma, pergaulan bebas dan hiburan terlampau yang dibawa oleh
barat (http://siputsedoot2009.blogspot.com). Walhal, generasi muda ini yang
diharapkan untuk mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Akan
tetapi, jika mereka tidak mempunyai akhlak dan peribadi yang baik, bagaimanakah
nanti mereka akan memimpin negara dan menegakkan syiar Islam?
6
Oleh yang demikian, para ahli ulama dan cendekiawan Islam yang arif
mengenai golongan belia ini perlu mengeksploitasi peluang yang ada untuk menarik
golongan belia ini untuk mendekati ajaran Islam. Menurut Ruzain Syukur Mansor
(2009), bagi menarik minat golongan ini, maka memerlukan golongan belia juga
yang mana golongan belia amat sinonim dengan tenaga dan minda yang kreatif serta
inovasi. Kelebihan-kelebihan yang ada pada golongan belia ini jika dapat
diaplikasikan dengan penuh hikmah ke jalan dakwah mampu menghasilkan kesan
yang hebat kepada agama, masyarakat dan seterusnya negara. Usaha dakwah
sebegini sebenarnya memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka
golongan muda yang telah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang
untuk mengembangkan syiar Islam yang mulia ini. Berita Harian Online bertarikh 10
Ogos 2009 menyebutkan agar golongan belia tidak perlu merasa rendah diri untuk
menyampaikan dakwah dan perlu bijak mengaplikasikan kemahiran yang ada dalam
memperkasakan usaha dakwah. Sebagai contoh, bidang ICT telah memberi banyak
peluang kepada pakar-pakar animasi dan multimedia untuk sama-sama berdakwah
(http://www.bharian.com.my/current_News). Dalam usaha mengubah persepsi belia
untuk mendekati dakwah, pihak yang terlibat boleh mewujudkan pelbagai jenis
aplikasi dan perisian yang tertentu agar dapat menarik minat golongan ini di samping
memastikan agar segala maklumat yang ingin disampaikan itu dapat sampai dan
diterima oleh golongan sasaran.
Mengikut kajian yang dibuat oleh Persatuan dan Pertubuhan Belia Malaysia
pula, statistik sehingga 25 Ogos 2009, menunjukkan bahawa lebih daripada 500,000
orang pengguna internet di Malaysia pada setiap hari dan angka tersebut semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Majoriti daripada bilangan tersebut adalah terdiri
daripada pelajar-pelajar IPT. Pelajar-pelajar IPT akan menghabiskan masa berjam-
jam lamanya dengan menghadap komputer sama ada untuk menyiapkan tugasan atau
mencari maklumat dan bahan-bahan yang berkaitan dengan melayari internet. Maka,
secara umumnya dapat dikatakan bahawa medium ICT adalah sangat relevan
digunakan untuk golongan belia dan pelajar IPT (http://www.bharian.com.my).
7
Bagi menjayakan pendidikan dakwah melalui ICT, terdapat banyak peralatan
teknologi yang boleh digunakan melalui maklumat dalam komputer seperti
mengakses internet, penggunaan cakera padat, e-mail dan juga laman web. Laman
web merupakan alat yang sangat efektif dalam memberi penerangan berkaitan Islam
sebenar dan merupakan salah satu aspek ICT yang sangat popular dalam kalangan
orang perseorangan. Dengan hanya menggunakan enjin carian seperti Google,
Yahoo, AltaVista dan MSN, seseorang pengguna yang menggunakan internet dapat
mencari apa jua maklumat yang diperlukan. Pada masa kini, telah terdapat berjuta-
juta laman web yang berkaitan dengan Islam (Shaikh Mohd Saifuddeen: 2000).
Di UTM sendiri, setiap kursus yang ditawarkan adalah berkaitan dengan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains teknologi dan multimedia. Sebagai
contoh, bagi kursus pendidikan, dalam setiap semester pelajar akan mengambil mata
pelajaran berkaitan dengan sains komputer seperti belajar mereka bentuk perisian
media, telekomunikasi dan rangkaian dan pembinaan laman web. Pada akhir
semester, tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi dan
maklumat akan dinilai oleh pihak universiti dan dimasukkan dalam pengiraan gred
(Buku Panduan Akademik. Fakulti Pendidikan: 2007/2008). Dengan ilmu sains
teknologi yang dipelajari, pelajar seharusnya dapat mengaplikasikan apa yang
dipelajari itu dengan memasukkan unsur-unsur keislaman sebagai salah satu cara
untuk membantu mengembangkan lagi aktiviti dakwah.
Berdasarkan pernyataan masalah di atas, penyelidik berpendapat bahawa ICT
penting untuk digunakan sebagai medium dakwah. Oleh yang demikian, penyelidik
ingin melakukan satu kajian bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap
penggunaan ICT sebagai medium dakwah, faktor-faktor yang mendorong kepada
penggunaannya dan kesan-kesan penggunaannya.
8
1.4 Objektif Kajian
Tujuan khusus kajian ini dijalankan adalah untuk:
1.4.1 Mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan ICT sebagai medium
dakwah.
1.4.2 Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kepada penggunaan
ICT sebagai medium dakwah.
1.4.3 Mengkaji kesan-kesan penggunaan ICT sebagai medium dakwah.
1.5 Persoalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab untuk mencapai objektif
kajian. Berikut merupakan persoalan kajian bagi kajian ini:
1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan ICT sebagai medium
dakwah.
1.5.2 Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada penggunaan ICT
sebagai medium dakwah.
1.5.3 Apakah kesan-kesan penggunaan ICT sebagai medium dakwah.