Download - PERMAINAN.doc
PERMAINAN MATEMATIK
Tajuk : Nombor Bulat Hingga 100
Standard Kandungan : Menulis nombor
Standard Pembelajaran : Menulis nombor hingga 100
Tahun : 1
Tahap : 1
PERMAINAN : LOMPAT KETINTING
Bahan Yang Diperlukan : 2 Kotak berisi 2 set kad angka 1-9, ”masking tape”,
2 set pembilang yang diikat mengikut bilangan 1-9, 2 gelung
rotan, 2 set kad angka yang bernombor 1-9.
Tempoh Masa : 15 minit.
ARAHAN:
1. Guru menyediakan 2 set petak ketingting bersama pembilang dan kad angka (rujuk
rajah 1) Kad angka diselerakkan secara terbalik di atas lantai
2. Guru mengedarkan kad A dan B kepada peserta.Peserta berbaris mengikut
kumpulan A dan B.
3. Apabila wisel dibunyikan peserta pertama diminta mengambil satu ikatan pembilang
yang ada di dalam kotak dan mengiranya.
4. Murid diminta mencari kad angka yang sepadan dengan bilangan pembilang tadi.
5. Murid yang mengambil kad angka yang salah diminta meletakkan kembali di tempat
asal dalam keadaan terbalik dan mencari kad angka yang betul.
6. Murid melompat ketingting ke petak mengikut kad angka yang diperolehi.
7. Murid meletakkan kad angka dan pembilang di dalam petak yang betul.
8. Sekiranya kad angka dan pembilang diletak pada petak yang salah, peserta
hendaklah mengulang semula lompatan sehingga betul (boleh dibantu oleh rakan
sepasukan ).
9. Kumpulan yang terlebih dahulu dapat meletakkan kesemua kad angka dengan
turutan yang betul pada petak ketingting adalah dikira sebagai pemenang.
10. Guru mengumpul semula semua kad angka dan pembilang dari petak ketingting .
11. Murid diminta berkumpul semula mengikut kumpulan tadi. Guru meletakkan kad
angka ke dalam gelung rotan dalam keadaan terbalik.
12. Apabila wisel dibunyikan setiap peserta akan mengambil sekeping kad angka dari
gelung rotan (serentak).
13. Semua murid bergerak dan berdiri di dalam petak berdasarkan kad angka masing-
masing.
14. Kumpulan yang terlebih dahulu berdiri dalam turutan nombor 1-9 adalah dikira
sebagai pemenang.
15. Guru meminta peserta menyebut dengan kuat nombor 1 – 9 dan sebaliknya.
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
A A
KotakB
Rajah 1
RAJAH KETINGTING
Garis permulaan
Kumpulan 1 Kumpulan 2
Kotak A - Kad angka dan gelung rotan
Kotak B - pembilang yang diikat mengikut bilangan 1-9
Lampiran
KotakB
Gambar 1
Gambar 2