1
2
Perkata
Buku panduan latihan industri ini disediakan bertujuan untuk menjelaskan tentang Latihan Industri
(LI) yang wajib dijalani oleh setiap pelajar Fakulti Sains Dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Hanya pelajar yang memenuhi syarat akademik yang ditetapkan sahaja layak menjalani
LI ini.
Buku ini juga disusun bertujuan untuk memudahkan para pelajar, penyelia dan pihak organisasi
memahami peranan masing-masing dalam melaksanakan LI ini. Diharap, buku ini dapat membantu pihak organisasi / industri memahami matlamat LI yang dijalankan oleh pihak Fakulti Sains Dan
Sumber Alam, UMS.
Kami bagi pihak UMS mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan LI ini.
Sekian dan terima kasih. " BERTEKAD CEMERLANG" Dr. Jahimin bin Asik @ Abd Rashid (Penulis) Prof. Madya Dr. Bonaventure Vun Leong Wan (Editor)
3
1.0 Pendahuluan
Menjalani latihan industri (LI) adalah satu syarat wajib bagi semua pelajar Fakulti Sains Dan Sumber Alam (FSSA) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Malaysia Sabah.
Latihan ini akan membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu sebelum mereka berada di alam pekerjaan sebenar. Diharapkan selepas pelajar melalui proses latihan industri nanti, mereka
akan menjadi lebih berdaya saing, berpengetahuan dan berkemahiran setelah bergelar graduan.
Takrifan Latihan Industri
Latihan industri adalah suatu program latihan beramali yang dijalankan dalam organisasi luar samada swasta (industri) atau jabatan-jabatan kerajaan, dan diselia oleh ahli organisasi berkenaan dalam
satu julat masa tertentu.
1.1 Tujuan Latihan Industri
Latihan industri diujudkan bertujuan memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan pengetahuan akademik ke alam pekerjaan sebenar. Selain itu pelajar juga dapat menimba pengalaman dan
merasai susana sebenar berkerja dalam suatu organisasi luar. Pada masa yang sama pelajar juga berpeluang membentuk jalinan secara langsung dengan industri berkenaan, dan ini akan
meningkatkan kemungkinan mereka untuk diambil berkerja. LI juga adalah satu cara perkongsian
pintar antara Institusi Pengajian Tinggi dan industri. Melalui perkongsian ini, industri dapat membantu Institusi Pengajian Tinggi menghasilkan graduan yang lebih cekap dan mahir. Sekaligus ini akan
membantu industri-industri mengurangkan kos pembiayaan latihan dan penyeliaan pekerja-pekerja baru mereka.
1.2 Objektif Latihan Industri dan
Objektif latihan industri ialah:
a) Pelajar dapat mempergunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di universiti ke
alam industri
b) Pelajar dapat memahami struktur dan operasi sesuatu organisasi c) Untuk mendedahkan pelajar kepada pergaulan, kerja berpasuakan dan tanggungjawab dalam
persekitaran kerja industri
d) Pelajar mendapat pendedahan kepada displin etika kerja di dalam industri e) untuk memperbaiki kemahiran berkominikasi bersesuaian dengan kehendak industri.
1.3 Hasil Pembelajaran Latihan Industri Selepas tamat menjalani LI, pelajar-pelajar diharapkan boleh:
a) Mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan aktiviti industri (PLO2,P4)
b) Mengimplemantasi kaedah saintifik dalam menyelesaikan masalah industri (PLO3, C3) c) Mengenalpasti struktur sistem pengurusan, dan operasi sesuatu organisasi (PLO4,C2)
d) Mendukung aktiviti sosial, kerja berpasuakan dan rasa tanggungjawab di industri (PLO5, A2)
e) Mematuhi sikap kerja beretika dan bermoral (PLO6,A1) f) Menerima arahan dan pengetahuan baru dari industri (C1,PLO7)
1.4 Carta Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti Secara Umum
Penaung: YAB Naib Canselor UMS
Pengerusi: Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam
Timbalan Pengerusi: Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TDHEPA) Penyelaras Latihan Industri Fakulti: Pensyarah fakulti yang dilantik oleh Dekan
Penyelaras Latihan Industri Program: Wakil dari setiap program fakulti (lantikan Dekan)
4
1.5 Carta Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti sesi 2017/2018
Penaung: Prof. Datuk Dr. D. Kamaruddin D. Mudin (NC UMS) Pengerusi: Prof. Dr. Baba Musta (Dekan FSSA)
Timbalan Pengerusi: Dr. Jahimin Asik @ Abd. Rashid Penyelaras Latihan Industri Fakulti: Puan Chin Su Na
Penyelaras Latihan Industri Program:
Akuakultur Dr. Nazia Binti Abdul Kadar
Biologi Pemuliharaan Pn. Kalsum binti mohd. Yusah
Bioteknologi Pn. Rahmath Abdulla
Fizik dengan Elektronik En. Abu Bakar Bin Abd Rahman
Geologi En. Mohamed Ali Yusof Bin Mohd Husin
Kimia Industri Dr. Collin Glen Joseph A/L Anthony Joseph
Matematik dgn Ekonomi Pn. Chin Su Na
Sains Sekitaran Pn. Diana Demiyah Binti Mohd Hamdan
Sains Marin Dr. John Bin Madin
Matematik Dengan Komputer Grafik En. Rechard Lee
Perhutanan Tropika Antarabangsa En. Mohd Abdullah Abdul Ghani
Taman Alam Semulajadi & Rekreasi Pn. Rhema D Maripa
Perladangan Hutan & Perhutani Dr. Jephte Sompud
Teknologi & Industri Kayu Pn. Melissa Sharmah Gilbert
5
1.5.1 Carta alir Pengurusan Latihan Industri Fakulti
1.5.2 Bidang Tugas Jawatankuasa Latihan Industri
i) Dekan
a. Memantau perlaksanaan latihan industri secara umum.
b. Meluluskan sebarang permohonan latihan industri di dalam dan luar negara. c. Mempengerusikan mesyuarat berkaitan dengan Latihan Industri.
ii) Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar
a. Membantu dekan untuk memantau penyelarasan dan perlaksanaan latihan industri.
b. Memberi khidmat nasihat berkaitan peraturan dan pelaksanaan latihan industri. c. Menyediakan/mendraf surat-menyurat berkaitan permohonan, penempatan dan lawatan LI
dengan kebenaran dekan. d. Menyelaras lawatan penyelia akademik ke industri.
iii) Penyelaras Industri Fakulti a. Menyediakan takwim latihan industri fakulti mengikut tahun semasa.
b. Memberi taklimat kepada penyelaras program berkaitan dengan peraturan dan proses standard perjalanan latihan industri.
c. Menyelaras latihan industri Luar negara. Ini termasuklah menyemak kelayakan pelajar, menyemak status tempat latihan industri luar negara jika pelajar memohon sendiri.
d. Menjadi penghubung antara fakulti dan CICN.
e. Membantu fakulti untuk menyelaraskan menempatkan pelajar luar atau dalaman yang menjalani latihan industri di program, unit atau pusat di bawah naungan fakulti.
iv) Penyelaras Latihan Industri Program
a. Membantu ketua program menyemak kelayakan pelajar menjalani LI.
b. Memberikan taklimat kepada pelajar program masing-masing yang layak menjalani LI, taklimat haruslah merangkumi takwim LI, kesesuaian tempat LI, peraturan, etika dan proses
menjalani LI dan borang-borang LI. c. Mengumpul dan mengedarkan laporan latihan industri kepada pensyarah (jika perlu)
6
d. Mengumpul, mengesahkan dan memasukkan markah LI setiap pelajar program masing-
masing, ke dalam SMP, UMS. Markah termasuklah markah penyelia akademik, penyelia
industri dan laporan industri. e. Bertanggung jawab mencari dan menyelaraskan tempat LI dalaman kepada pelajar yang
gagal mendapat LI di luar universiti.
v) Urusetia LI Fakulti
a. Mengumpul borang LI.02 dan memasukkan 5 nama syarikat yang dipilih oleh pelajar ke dalam Portal LI FSSA.
b. Membantu menyediakan surat-menyurat berkaitan LI. c. Mengemaskini maklumat pelajar yang sedang menjalani LI.
d. Menyediakan senarai pelajar yang menjalani LI mengikut Zon. e. Mengumpul laporan dari penyelia industri, laporan pensyarah pelawat dan laporan LI.
f. Mengedarkan laporan atau sebarang maklumat LI kepada Penyelaras LI program.
2.0 Peraturan-peraturan Latihan Industri FSSA
2.1 Pemilihan Tempat Latihan
Pelajar yang akan menjalani LI dalam negara mestilah memilih tempat yang disahkan oleh Fakulti.
Segala permohonan tempat latihan akan diuruskan oleh Urusetia LI FSSA. Sekiranya pelajar berminat memohon tempat latihan ataupun telah mendapat tempat latihan secara persendirian, penyelaras LI
perlu diberitahu supaya urusan rasmi dengan pihak berkenaan boleh dibuat oleh pihak Urusetia LI FSSA.
Bagi pelajar yang bercadang dan akan menjalani LI luar negara, pelajar haruslah memilih tempat yang dicadangkan oleh Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (Centre for Industry and Community Network (CICN)), Universiti Malaysia Sabah dan mesti mendapat restu dari dekan fakulti.
Walau bagaimana pun pelajar juga dibolehkan mendapatkan sendiri tempat LI luar negara tanpa melalui CICN (surat permohonan perlu melalui ketua program) tetapi perlu mendapat kelulusan dekan
fakulti. Pelajar amat digalakkan memohon secara berkumpulan.
2.2 Pemilihan bidang Latihan Industri
Setiap pelajar boleh membuat pilihan tempat latihan bergantung kepada bidang yang diminati. Pelajar diingatkan supaya mengambil berat dan menjalani latihan secara bersungguh-sungguh di
tempat latihan yang ditentukan walaupun kemungkinan tempat latihan bukan pilihan pelajar ataupun
tidak bersesuaian dengan bidang/kursus yang diambil semasa di universiti.
2.3 Menolak tawaran LI dari Syarikat yang telah bersetuju menerima pelajar. Pelajar tidak dibenarkan menolak tawaran LI setelah menghantar pengesahan dari mana syarikat
atau jabatan sesuka hati. Jika pelajar terpaksa melakukan penolakan atas sebab-sebab munasabah, maka pelajar perlu mendapatkan pelepasan bertulis dari syarikat atau jabatan berkenaan secepat
mungkin.
2.4 Menarik diri/Menukar tempat latihan semasa menjalani LI
Pelajar tidak dibenarkan berpindah tempat latihan melainkan mendapatkan kelulusan bertulis dari Penyelaras Latihan Industri atau syarikat atau jabatan di mana pelajar sedang menjalani latihan
Industri. Jika terdapat sebab yang munasabah untuk berpindah tempat latihan, sila berbincang
terlebih dahulu dengan Penyelaras Latihan Industri dan memaklumkan kepada urusetia LI fakulti.
2.5 Perlanjutan tempoh LI Jika pelajar atau syarikat hendak melanjutkan tempoh LI, selepas tempoh latihan yang ditetapkan,
maka pelajar atau syarikat perlu menulis surat permohonan kepada dekan fakulti. Perlu diingatkan bahawa insurans universiti untuk pelajar hanya sah dalam tempoh LI yang ditetapkan oleh fakulti.
2.6 Mengubah/menangguh tarikh memulakan LI
Pelajar boleh memohon kepada dekan fakulti jika hendak mengubah atau menangguh tarikh menjalani LI dengan syarat mesti ada alasan yang munasabah. Sekiranya syarikat telah bersetuju
menerima penempatan pelajar, maka pelajar berkenaan perlu memaklumkan penangguhan tersebut
secara bertulis.
7
2.7 Menangguh LI
Pelajar yang sedang menjalani LI lalu bercadang menangguh LI atas sebab-sebab munasabah maka
pelajar perlulah memaklumkan fakulti dan syarikat atau penyelia industri berkenaan terlebih dahulu. Bagaimana pun kelulusan tertakluk kepada budi bicara syarikat atau penyelia industri.
2.8 Pelepasan Menjalani LI Kerana terlibat dengan acara universiti.
Bagi pelajar yang terlibat dengan acara rasmi universiti semasa menjalani LI, mereka boleh memohon
pelepasan menjalani LI dari fakulti bagi suatu tempoh yang ditetapkan. Akan tetapi pelajar perlulah mengganti semula bilangan hari yang tertinggal. Pelajar perlu memaklumkan penyelia industri atau
syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti.
2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat atau penyelia industri berpindah lokasi dan nombor telefon semasa
menjalani LI maka pelajar harus memaklumkan fakulti dengan mengemaskini alamat dan nombor
telefon baru dalam portal LI fakulti atau berhubung terus kepada penyelaras LI program masing-masing.
2.10 Borang-borang berkenaan Latihan Industri
Pelajar yang menjalani LI perlu melengkapkan borang-borang berikut. Borang ini boleh dimuat turun
dari portal Latihan Industri fakulti (Lihat lampiran). a) Borang CV/resume (LI.01)
b) Borang permohonan penempatan LI (LI.02) c) Borang maklumbalas Organisasi (LI.03)
d) Borang Penerimaan dan penolakan (LI.04) e) Borang tarik diri dan perubahan penempatan LI (LI.05)
f) Borang Lapor Diri Latihan Industri (LI.06)
g) Borang Maklumat Pelajar (LI.07) h) Borang Laporan Kemajuan Minggu 1 – 8 (LI. 08)*
i) Borang Pelepasan Laporan Latihan Industri (LI.09) j) Borang Penilaian Penyelia Industri (LI.10)
k) Borang Penilaian Pensyarah Pelawat (LI.11)
l) Borang Laporan Kemajuan Minggu 9-14 (K/Sains) dan (9-20) (LI. 12)** m) Borang Skema Pemarkahan Laporan Industri (LI.13)
n) Surat Jaminan Insurans. (** berubah mengikut tahun pengajian)
3.0 Prosedur Latihan Industri FSSA Sebelum menjalani LI, pelajar harus melepasi kelayakan umum yang ditetapkan. Antara syarat-syarat
pelajar layak menjalani LI:-
a. telah layak menjalani LI seperti dalam peraturan fakulti b. telah menghadiri taklimat LI oleh penyelaras latihan industri program.
c. telah mendaftar subjek LI dalam SMP UMS
3.1 Kaedah permohonan Latihan Industri Luar Negara
a. Pelajar mesti layak dan menepati kehendak peraturan pemilihan di peringkat fakulti
b. Pelajar telah mendaftar subjek latihan industri dalam SMP, UMS.
c. Pelajar memohon tempat LI luar negara (maklumat tempat dari CICN atau institut), melalui ketua program. Digalakkan memohon secara berkumpulan. Fakulti, institut atau program
boleh juga memohon bagi pihak pelajar. d. 2. Jika berjaya, tulis surat permohonan menjalani LI kepada DEKAN FSSA untuk, berserta
surat tawaran dari Syarikat berkenaan. e. Isi borang CICN, (Ada di pejabat TD (HEP), FSSA)
f. Menghantar borang CICN dan surat kelulusan DEKAN ke pejabat CICN.
g. Urusetia CICN akan memberi taklimat dan menguruskan insurans Pelajar (dibayar oleh CICN) Yang terlibat
h. Menjalani LI
8
# akan diurus oleh fakulti mengikut kaedah asal/seperti biasa.
3.2 Kaedah permohonan Latihan Industri dalam Negara
9
3.2.1 Memohon Penempatan LI
Permohonan akan dibuat seawal 3 bulan dari tarikh memulakan latihan industri.
a) Mendaftar dan Log masuk ke dalam portal LI FSSA di wwwsst.ums.edu.my/app/li/
b) Muatnaik CV/resume (LI.01) terkini dan keputusan peperiksaan terkini, di portal LI FSSA
c) Memilih 5 syarikat di dalam portal dengan mengisi borang permohonan penempatan LI.02
(memilih syarikat/jabatan/organisasi) dan perlu ditandatangani oleh penyelaras LI program.
d) Penyediaan Surat Jaminan Insurans dan surat permohonan penempatan kepada 5
syarikat/Jabatan/Organisasi oleh urusetia berdasarkan borang LI.02 dan ditandatangani oleh dekan atau timbalan dekan hal ehwal pelajar (atas kebenaran dekan). Surat dipos oleh
pelajar sendiri bersama CV/resume, keputusan peperiksaan terkini, Surat Jaminan Insurans dan sampul surat beralamat sendiri/FSSA yang berstem.
e) maklumbalas penerimaan atau penolakan dari jabatan/organisasi borang (LI.03) melalui surat
atau emel ([email protected] atau emel pelajar sendiri)
f) Melengkapkan borang penerimaan/penolakan tempat LI.04 dan ditandatangani oleh
penyelaras LI program dan serahkan kepada urusetia (WAJIB)
g) Penyediaan surat pengesahan penerimaan/penolakan tempat latihan berdasarkan borang
LI.04, oleh urusetia berserta surat Jaminan Insurans, dan surat dihantar sendiri oleh pelajar
h) Jika pelajar telah mengesahkan untuk membuat latihan industri di
syarikat/Jabatan/Organisasi yang dipilih (surat penerimaan tempat telah dihantar) maka pelajar tidak dibenarkan menarik diri atau menukar tempat LI ke syarikat/Jabatan/Organisasi
lain sesuka hati tanpa sebab munasabah.
i) Jika pelajar menarik diri dari tempat LI yang telah sahkan penerimaannya, atas alasan
munasabah, maka pelajar sendiri perlu mendapatkan pelepasan bertulis dari syarikat/jabatan/organisasi berkenaan sebelum dibenarkan mengisi borang LI.05.
j) Borang perubahan penempatan LI.05 (borang tarik diri dan perpindahan tempat LI), perlu ditandatangani oleh penyelaras LI program (setelah berbincang).
k) Urusetia LI akan menyediakan surat tarik diri dan perpindahan tempat LI kepada
syarikat/Jabatan/Organisasi merujuk kepada borang LI.05 dan akan dihantar sendiri oleh
pelajar ke syarikat/Jabatan/Organisasi berkenaan.
3.2.2 Lapor diri dan menjalani Latihan Industri
Pelajar yang menjalani latihan industri wajib melakukan perkara-perkara berikut. Kegagalan melakukan, akan menjejaskan proses penilaian LI pelajar.
Bil Perkara Minggu
3 Tahun 4 Tahun
1 Borang Lapor Diri Latihan Industri (Borang LI.06) yang lengkap diisi dan
peta lokasi hendaklah dimuatnaik ke dalam portal latihan industri FSSA
dalam masa 7 hari dari tarikh melapor diri. Borang asal akan sertakan
dalam laporan LI nanti.
1 1
2 Borang Maklumat pelajar (Borang LI. 07) yang lengkap diisi hendaklah
dimuatnaik ke dalam portal latihan industri FSSA dalam masa 7 hari dari
1 1
10
tarikh melapor diri. Borang asal diserahkan kepada penyelia Industri
3 Memuat naik Borang Laporan Kemajuan Mingguan (Borang LI.08) ke
dalam portal LI FSSA. Borang asal akan disertakan dalam laporan LI
nanti dan pelajar perlu menunjukkan laporan ini kepada pensyarah
pelawat.
9 16*
9**
4 Memuat naik borang Pelepasan Laporan Latihan Industri (Borang LI.09)
pada minggu 10 ke dalam portal latihan industri FSSA. Borang asal akan
disertakan dalam laporan LI nanti
9 16*
9**
5 Bersedia menerima Lawatan Pensyarah pelawat dan menyediakan
borang penilaian pensyarah pelawat (LI.11)
9-10 21*
14-15**
6 Borang laporan Penilaian Penyelia Industri (LI.10) hendaklah diisi oleh
Penyelia Industri setelah pelajar tamat latihan industri dan borang ini
hendaklah dihantar kepada Penyelaras latihan industri FSSA melalui pos
atau di fakskan atau diemel atau diserahkan kepada pensyarah penilai
10 20-21*
14-15**
7 Mengisi dan memuat naik Borang Laporan Kemajuan Mingguan (Borang
LI.12) pada ke dalam portal LI FSSA. Borang asal akan disertakan
dalam laporan LI nanti dan pelajar perlu menunjukkan laporan ini
kepada pensyarah pelawat.
10 20-21*
14-15**
8 Telah menyiapkan dan mengepos laporan LI berserta borang asal LI.06,
peta lokasi, LI.08, LI.09 (Guna sampul express) pada minggu ke-10, ke
FSSA seperti alamat di bawah. Pelajar boleh juga emel terus laporan LI
ke emel penyelaras LI program masing-masing dengan syarat
memberitahu penyelaras terlebih dahulu
10 21-22*
14-15**
* kompleks perhutanan, ** kompleks sains
Alamat dan emel adalah seperti berikut:
Penyelaras Latihan Industri,
Fakulti Sains Dan Sumber Alam,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah. Portal
email: [email protected]
Faks: 088-435324
4.0 Lawatan Latihan Industri
Lawatan latihan industri akan dilakukan oleh pensyarah fakulti bagi menilai pencapaian pelajar yang
sedang menjalani latihan industri. Tempoh lawatan adalah satu hingga tiga hari bergantung kepada
lokasi. Pensyarah pelawat dikehendaki memastikan dokumen berikut ada dibawa bersama:-
a. Surat asal pemakluman surat lawatan – sebagai pas masuk dan untuk diserahkan kepada penyelia industri.
b. Borang LI.11 iaitu laporan penilaian pensyarah pelawat
c. Cenderamata jika ada d. Kad pekerja UMS
11
Carta alir proses lawatan Latihan Industri dalam dan luar negara
Semasa lawatan, pensyarah pelawat akan,
a. Berjumpa dengan penyelia industri secara bersendirian. Ini adalah bertujuan untuk membincangkan pencapaian pelajar sepanjang tempoh latihan industri . Sebarang komen penyelia
industri hendaklah dicatat dalam borang penilaian untuk rujukan pada masa akan datang.
b. Berjumpa secara bersendirian dengan pelajar/ pelajar-pelajar. Pelajar WAJIB menunjukkan
laporan kemajuan mingguan (borang LI.08) untuk membantu penilaian. Sebarang komen pelajar perlu dicatatkan dalam borang penilaian.
c. Perlu diingatkan bahawa pensyarah pelawat tidak semestinya pensyarah program pelajar berkenaan terutamanya jika tempat lawatan berada di luar lingkungan 25 km2 dari UMS. Ini
adalah untuk penjimatan kos perjalanan.
d. Bagi kawasan dalam lingkungan 25 km2, lawatan pensyarah mengikut program adalah amat
digalakkan dan ini akan diselaras oleh penyelaras LI program masing-masing.
c. Sekiranya kedudukan tempat latihan terlalu jauh, sukar didatangi oleh sebab faktor geografi, keselamatan dan kos, maka pensyarah penilai boleh
i) menghubungi industri berkenaan menggunakan telefon atau sebarang kaedah perhubungan
rasmi . Adalah disarankan kepada pensyarah penilai supaya menghubungi penyelia industri
terlebih dahulu sebelum menghubungi pelajar yang terlibat. ii) Bagi menjaga nama baik universiti dan fakulti, pensyarah penilai tidak digalakkan
menggunakan aplikasi Whatapps, Skype atau seumpamanya ketika menghubungi penyelia industri. Akan tetapi penggunaan aplikasi tersebut amat digalakkan untuk berhubung
dengan pelajar bagi tujuan penjimatan kos.
12
5.0 Selepas Lawatan Industri
Laporan penilaian pensyarah pelawat iaitu Borang LI.11 yang lengkap hendaklah diserahkan kepada
Urusetia LI fakulti selepas sejurus tamat lawatan, untuk dikumpul dan diserahkan kepada penyelaras latihan industri program masing-masing. Pensyarah pelawat yang tidak dapat menyerahkan laporan
tersebut dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan bercuti atau sebarang kekangan yang
menghalangnya untuk hadir ke fakulti, maka laporan bolehlah difaks atau diemel ke urusetia LI atau penyelaras LI program berkenaan.
5.1 Proses pemarkahan dan penilaian Latihan Industri
Selepas tamat sesi lawatan industri, kesemua markah penilaian akan dikumpul oleh penyelaras
program masing-masing (kecuali latihan industri luar negara, semua markah akan dikumpul oleh
penyelaras LI fakulti sebelum diserah kepada penyelaras program masing-masing). Pemarkahan pelajar adalah berdasarkan markah laporan pensyarah pelawat (30 %), markah laporan penyelia
industri (30 %) dan markah penilaian laporan industri pelajar (40%). Penyelaras LI program akan mengedarkan laporan industri kepada pensyarah program masing-masing untuk penilaian. Kaedah
penilaian adalah seperti dalam borang LI.12.
Semua pelajar dinasihatkan supaya memberi tumpuan sepenuhnya semasa menulis laporan. Laporan
mestilah berkualiti dan menerangkan pengalaman latihan serta pengetahuan yang telah diperolehi. Perlu diingati, laporan latihan bukanlah buku himpunan borang, nota gambarajah yang bertanda
mukasurat bersiri dan kemudian dibukukan.
Carta alir pengurusan Markah LI
Catatan : Setiap pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan Laporan Akhir Latihan Industri dan Laporan Penyelia Industri (Prestasi Pelajar) – (LI.06) mereka sampai ke Pejabat FSSA. Pihak Fakulti tidak akan memberikan sebarang gred sekiranya laporan dan borang ini tidak diterima oleh pejabat FSSA.
13
6.0 Peranan Penyelia Industri
Penyelia Industri selalunya adalah pegawai dari organisasi dimana pelajar ditempatkan untuk latihan
dan ianya dilantik atas persetujuan pihak universiti dan pihak organisasi. Pelantikan Penyelia Industri
haruslah berdasarkan kepada pengalaman atau akademiknya. Penyelia Industri ini diharapkan dapat :
a) Menyelia tugas-tugas pelajar ketika dalam LI b) Menilai prestasi kerja pelajar di akhir LI dengan mengisi Laporan Penyelia Industri
(Prestasi Pelajar) - (LI.10). Ini merangkumi ; i) Prestasi menjalankan tugas (Contohnya; ketepatan dan pengurusan masa,
mutu kerja, langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi dan kesediaan
menerima tugas) ii) Keterampilan (contohnya pakaian, peraturan, kesopanan tingkah laku)
iii) Pengurusan (contohnya hubungan di antara pelajar dan majikan, kemampuan menyelesaikan masalah)
c) Mengesahkan Buku Catatan Mingguan pelajar (borang LI.08)
d) Mengesahkan Laporan Akhir Latihan Industri pelajar
7.0 Rumusan.
Diharapkan dengan adanya panduan ini dapat membantu penyelaras LI program, penyelaras LI fakulti dan pelajar memahami proses latihan industri dan seterusnya memudahkan semua pihak
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkait rapat dengan latihan industri.
14
V. ARAHAN KEPADA PELAJAR YANG AKAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
1. Menjaga imej Universiti Malaysia Sabah.
2. Pelajar hendaklah memahami dan mematuhi segala peraturan organisasi.
3. Pelajar dikehendaki senantiasa berpakaian kemas dan mengikut arahan pakaian keselamatan
di organisasi.
4. Mengurus masa dengan betul dan mengikut waktu kerja yang ditetapkan oleh organisasi.
5. Menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh, minat dan jujur. Berbincang dengan Penyelia Industri sekiranya bermasalah. Hubungi Penyelia Akademik atau Penyelaras LI
sekiranya perlu.
6. Merujuk kepada bahan bacaan yang berkaitan dengan LI.
7. Bersopan dan menjaga tatasusila dengan semua orang di tempat LI tanpa mengira pangkat
atau kedudukan.
8. Memohon kebenaran bercuti sekiranya berlaku hal-hal yang mendesak.
9. Pelajar dikehendaki melapor diri kepada pegawai di organisasi yang telah dikenalpasti dan
dilantik sebagai Penyelia Industri oleh Fakulti.
15
Lampiran I
Panduan dan Format Umum Laporan Latihan Industri
Pelajar dikehendaki menghantar SATU laporan latihan industri (di antara 20-35 mukasurat) kepada pihak sekolah untuk penilaian. Satu laporan yang tersusun dengan baik dan mudah dibaca adalah
disarankan. Penggredan laporan adalah berdasarkan kepada kesempurnaan maklumat yang
dipersembahkan dengan gaya penulisan yang objektif. Berikut adalah beberapa panduan untuk menghasilkan satu laporan yang baik:
Rancang penulisan pada permulaan dan semasa latihan industri dijalankan supaya maklumat
yang masih segar di dalam minda dapat direkodkan. Gunakan gaya penulisan yang baik dan gambarkan semua fakta yang berkenaan,
pengalaman kerja dan pemerhatian dengan munasabah dan BERPATUTAN sahaja.
Laporan tersebut perlu disediakan mengikut urutan berikut:
Muka depan laporan dengan tajuk dan nama
Penghargaan (ucapan penghargaan kepada syarikat dan penama yang berkenaan)
Borang LI.09 (Clearance Form) Borang LI.08 (Weekly Report)
Kandungan (Table of Content) Teks utama
o Pengenalan (gambaran ringkas tentang organisasi syarikat dan aktivitinya) o Jadual program latihan atau tugasan/projek (Training Schedule)
o Tugasan-tugasan spesifik (senaraikan dan jelaskan dengan ringkas)
jenis-jenis aktiviti/projek mengikut urutan masa objektif yang ingin dicapai
bahan/teknik/usaha/pengetahuan yang terlibat pengajaran baru yang diperolehi (tidak semestinya teknikal)
masalah yang dihadapi dan cadangan corrective action yang sesuai untuk
mempertingkatkan pencapaian aktiviti yang saudara/saudari minati tetapi tidak ikuti
o Kesimpulan Penelitian kritis tentang pencapaian latihan industri secara keseluruhan
Pemerhatian
Pengalaman latihan industri Cadangan
Rujukan jika ada Lampiran-lampiran yang berkenaan
Saiz huruf Times New Roman 12 poin, langkau 1.5 baris
Jidar (Margin) Atas (30mm), bawah (25mm), kiri (38 mm), kanan (25 mm)
Nombor halaman Bahagian atas pepenjuru kanan
Kertas dan cetakan A4 dan cetakan/fotokopi yang jelas
Jumlah halaman 20-35 muka surat tidak termasuk gambar, lampiran dan sebagainya
16
Lampiran II
Warna Kulit Muka Depan Laporan Latihan Industri
Bioteknologi Ungu muda
Teknologi Tumbuhan Merah muda
Biologi Pemuliharaan Merah jambu
Matematik dengan Ekonomi Kuning muda
Geologi Coklat muda
Kimia Industri Biru muda
Fizik dengan Elektronik Putih
Akuakultur Jingga
Sains Marin Kelabu
Sains Sekitaran Hijau muda
Perhutanan Tropika Antarabangsa Hijau Tua
Taman Alam Semulajadi & Rekreasi Hijau Muda
Perladangan Hutan & Perhutani Ungu
Teknologi & Industri Kayu Coklat Tua
17
Lampiran III
Format Umum Mukasurat Depan Laporan Akhir Latihan Industri SST
[CONTOH]
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM (Tahoma 16 bold)
LAPORAN LATIHAN INDUSRI (KOD KURSUS) (Tahoma 12 bold)
TAJUK (Tahoma 14 bold)
NAMA PELAJAR (NOMBOR MATRIK) NAMA PROGRAM
(Tahoma 14 bold)
2017 (Tahoma 14 bold)
18
BORANG-BORANG LI
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36