perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 berpindah...

36
1

Upload: lykien

Post on 29-Apr-2019

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

1

Page 2: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

2

Perkata

Buku panduan latihan industri ini disediakan bertujuan untuk menjelaskan tentang Latihan Industri

(LI) yang wajib dijalani oleh setiap pelajar Fakulti Sains Dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Hanya pelajar yang memenuhi syarat akademik yang ditetapkan sahaja layak menjalani

LI ini.

Buku ini juga disusun bertujuan untuk memudahkan para pelajar, penyelia dan pihak organisasi

memahami peranan masing-masing dalam melaksanakan LI ini. Diharap, buku ini dapat membantu pihak organisasi / industri memahami matlamat LI yang dijalankan oleh pihak Fakulti Sains Dan

Sumber Alam, UMS.

Kami bagi pihak UMS mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada

semua yang terlibat dalam menjayakan LI ini.

Sekian dan terima kasih. " BERTEKAD CEMERLANG" Dr. Jahimin bin Asik @ Abd Rashid (Penulis) Prof. Madya Dr. Bonaventure Vun Leong Wan (Editor)

Page 3: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

3

1.0 Pendahuluan

Menjalani latihan industri (LI) adalah satu syarat wajib bagi semua pelajar Fakulti Sains Dan Sumber Alam (FSSA) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Malaysia Sabah.

Latihan ini akan membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu sebelum mereka berada di alam pekerjaan sebenar. Diharapkan selepas pelajar melalui proses latihan industri nanti, mereka

akan menjadi lebih berdaya saing, berpengetahuan dan berkemahiran setelah bergelar graduan.

Takrifan Latihan Industri

Latihan industri adalah suatu program latihan beramali yang dijalankan dalam organisasi luar samada swasta (industri) atau jabatan-jabatan kerajaan, dan diselia oleh ahli organisasi berkenaan dalam

satu julat masa tertentu.

1.1 Tujuan Latihan Industri

Latihan industri diujudkan bertujuan memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan pengetahuan akademik ke alam pekerjaan sebenar. Selain itu pelajar juga dapat menimba pengalaman dan

merasai susana sebenar berkerja dalam suatu organisasi luar. Pada masa yang sama pelajar juga berpeluang membentuk jalinan secara langsung dengan industri berkenaan, dan ini akan

meningkatkan kemungkinan mereka untuk diambil berkerja. LI juga adalah satu cara perkongsian

pintar antara Institusi Pengajian Tinggi dan industri. Melalui perkongsian ini, industri dapat membantu Institusi Pengajian Tinggi menghasilkan graduan yang lebih cekap dan mahir. Sekaligus ini akan

membantu industri-industri mengurangkan kos pembiayaan latihan dan penyeliaan pekerja-pekerja baru mereka.

1.2 Objektif Latihan Industri dan

Objektif latihan industri ialah:

a) Pelajar dapat mempergunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di universiti ke

alam industri

b) Pelajar dapat memahami struktur dan operasi sesuatu organisasi c) Untuk mendedahkan pelajar kepada pergaulan, kerja berpasuakan dan tanggungjawab dalam

persekitaran kerja industri

d) Pelajar mendapat pendedahan kepada displin etika kerja di dalam industri e) untuk memperbaiki kemahiran berkominikasi bersesuaian dengan kehendak industri.

1.3 Hasil Pembelajaran Latihan Industri Selepas tamat menjalani LI, pelajar-pelajar diharapkan boleh:

a) Mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan aktiviti industri (PLO2,P4)

b) Mengimplemantasi kaedah saintifik dalam menyelesaikan masalah industri (PLO3, C3) c) Mengenalpasti struktur sistem pengurusan, dan operasi sesuatu organisasi (PLO4,C2)

d) Mendukung aktiviti sosial, kerja berpasuakan dan rasa tanggungjawab di industri (PLO5, A2)

e) Mematuhi sikap kerja beretika dan bermoral (PLO6,A1) f) Menerima arahan dan pengetahuan baru dari industri (C1,PLO7)

1.4 Carta Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti Secara Umum

Penaung: YAB Naib Canselor UMS

Pengerusi: Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam

Timbalan Pengerusi: Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TDHEPA) Penyelaras Latihan Industri Fakulti: Pensyarah fakulti yang dilantik oleh Dekan

Penyelaras Latihan Industri Program: Wakil dari setiap program fakulti (lantikan Dekan)

Page 4: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

4

1.5 Carta Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti sesi 2017/2018

Penaung: Prof. Datuk Dr. D. Kamaruddin D. Mudin (NC UMS) Pengerusi: Prof. Dr. Baba Musta (Dekan FSSA)

Timbalan Pengerusi: Dr. Jahimin Asik @ Abd. Rashid Penyelaras Latihan Industri Fakulti: Puan Chin Su Na

Penyelaras Latihan Industri Program:

Akuakultur Dr. Nazia Binti Abdul Kadar

Biologi Pemuliharaan Pn. Kalsum binti mohd. Yusah

Bioteknologi Pn. Rahmath Abdulla

Fizik dengan Elektronik En. Abu Bakar Bin Abd Rahman

Geologi En. Mohamed Ali Yusof Bin Mohd Husin

Kimia Industri Dr. Collin Glen Joseph A/L Anthony Joseph

Matematik dgn Ekonomi Pn. Chin Su Na

Sains Sekitaran Pn. Diana Demiyah Binti Mohd Hamdan

Sains Marin Dr. John Bin Madin

Matematik Dengan Komputer Grafik En. Rechard Lee

Perhutanan Tropika Antarabangsa En. Mohd Abdullah Abdul Ghani

Taman Alam Semulajadi & Rekreasi Pn. Rhema D Maripa

Perladangan Hutan & Perhutani Dr. Jephte Sompud

Teknologi & Industri Kayu Pn. Melissa Sharmah Gilbert

Page 5: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

5

1.5.1 Carta alir Pengurusan Latihan Industri Fakulti

1.5.2 Bidang Tugas Jawatankuasa Latihan Industri

i) Dekan

a. Memantau perlaksanaan latihan industri secara umum.

b. Meluluskan sebarang permohonan latihan industri di dalam dan luar negara. c. Mempengerusikan mesyuarat berkaitan dengan Latihan Industri.

ii) Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar

a. Membantu dekan untuk memantau penyelarasan dan perlaksanaan latihan industri.

b. Memberi khidmat nasihat berkaitan peraturan dan pelaksanaan latihan industri. c. Menyediakan/mendraf surat-menyurat berkaitan permohonan, penempatan dan lawatan LI

dengan kebenaran dekan. d. Menyelaras lawatan penyelia akademik ke industri.

iii) Penyelaras Industri Fakulti a. Menyediakan takwim latihan industri fakulti mengikut tahun semasa.

b. Memberi taklimat kepada penyelaras program berkaitan dengan peraturan dan proses standard perjalanan latihan industri.

c. Menyelaras latihan industri Luar negara. Ini termasuklah menyemak kelayakan pelajar, menyemak status tempat latihan industri luar negara jika pelajar memohon sendiri.

d. Menjadi penghubung antara fakulti dan CICN.

e. Membantu fakulti untuk menyelaraskan menempatkan pelajar luar atau dalaman yang menjalani latihan industri di program, unit atau pusat di bawah naungan fakulti.

iv) Penyelaras Latihan Industri Program

a. Membantu ketua program menyemak kelayakan pelajar menjalani LI.

b. Memberikan taklimat kepada pelajar program masing-masing yang layak menjalani LI, taklimat haruslah merangkumi takwim LI, kesesuaian tempat LI, peraturan, etika dan proses

menjalani LI dan borang-borang LI. c. Mengumpul dan mengedarkan laporan latihan industri kepada pensyarah (jika perlu)

Page 6: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

6

d. Mengumpul, mengesahkan dan memasukkan markah LI setiap pelajar program masing-

masing, ke dalam SMP, UMS. Markah termasuklah markah penyelia akademik, penyelia

industri dan laporan industri. e. Bertanggung jawab mencari dan menyelaraskan tempat LI dalaman kepada pelajar yang

gagal mendapat LI di luar universiti.

v) Urusetia LI Fakulti

a. Mengumpul borang LI.02 dan memasukkan 5 nama syarikat yang dipilih oleh pelajar ke dalam Portal LI FSSA.

b. Membantu menyediakan surat-menyurat berkaitan LI. c. Mengemaskini maklumat pelajar yang sedang menjalani LI.

d. Menyediakan senarai pelajar yang menjalani LI mengikut Zon. e. Mengumpul laporan dari penyelia industri, laporan pensyarah pelawat dan laporan LI.

f. Mengedarkan laporan atau sebarang maklumat LI kepada Penyelaras LI program.

2.0 Peraturan-peraturan Latihan Industri FSSA

2.1 Pemilihan Tempat Latihan

Pelajar yang akan menjalani LI dalam negara mestilah memilih tempat yang disahkan oleh Fakulti.

Segala permohonan tempat latihan akan diuruskan oleh Urusetia LI FSSA. Sekiranya pelajar berminat memohon tempat latihan ataupun telah mendapat tempat latihan secara persendirian, penyelaras LI

perlu diberitahu supaya urusan rasmi dengan pihak berkenaan boleh dibuat oleh pihak Urusetia LI FSSA.

Bagi pelajar yang bercadang dan akan menjalani LI luar negara, pelajar haruslah memilih tempat yang dicadangkan oleh Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (Centre for Industry and Community Network (CICN)), Universiti Malaysia Sabah dan mesti mendapat restu dari dekan fakulti.

Walau bagaimana pun pelajar juga dibolehkan mendapatkan sendiri tempat LI luar negara tanpa melalui CICN (surat permohonan perlu melalui ketua program) tetapi perlu mendapat kelulusan dekan

fakulti. Pelajar amat digalakkan memohon secara berkumpulan.

2.2 Pemilihan bidang Latihan Industri

Setiap pelajar boleh membuat pilihan tempat latihan bergantung kepada bidang yang diminati. Pelajar diingatkan supaya mengambil berat dan menjalani latihan secara bersungguh-sungguh di

tempat latihan yang ditentukan walaupun kemungkinan tempat latihan bukan pilihan pelajar ataupun

tidak bersesuaian dengan bidang/kursus yang diambil semasa di universiti.

2.3 Menolak tawaran LI dari Syarikat yang telah bersetuju menerima pelajar. Pelajar tidak dibenarkan menolak tawaran LI setelah menghantar pengesahan dari mana syarikat

atau jabatan sesuka hati. Jika pelajar terpaksa melakukan penolakan atas sebab-sebab munasabah, maka pelajar perlu mendapatkan pelepasan bertulis dari syarikat atau jabatan berkenaan secepat

mungkin.

2.4 Menarik diri/Menukar tempat latihan semasa menjalani LI

Pelajar tidak dibenarkan berpindah tempat latihan melainkan mendapatkan kelulusan bertulis dari Penyelaras Latihan Industri atau syarikat atau jabatan di mana pelajar sedang menjalani latihan

Industri. Jika terdapat sebab yang munasabah untuk berpindah tempat latihan, sila berbincang

terlebih dahulu dengan Penyelaras Latihan Industri dan memaklumkan kepada urusetia LI fakulti.

2.5 Perlanjutan tempoh LI Jika pelajar atau syarikat hendak melanjutkan tempoh LI, selepas tempoh latihan yang ditetapkan,

maka pelajar atau syarikat perlu menulis surat permohonan kepada dekan fakulti. Perlu diingatkan bahawa insurans universiti untuk pelajar hanya sah dalam tempoh LI yang ditetapkan oleh fakulti.

2.6 Mengubah/menangguh tarikh memulakan LI

Pelajar boleh memohon kepada dekan fakulti jika hendak mengubah atau menangguh tarikh menjalani LI dengan syarat mesti ada alasan yang munasabah. Sekiranya syarikat telah bersetuju

menerima penempatan pelajar, maka pelajar berkenaan perlu memaklumkan penangguhan tersebut

secara bertulis.

Page 7: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

7

2.7 Menangguh LI

Pelajar yang sedang menjalani LI lalu bercadang menangguh LI atas sebab-sebab munasabah maka

pelajar perlulah memaklumkan fakulti dan syarikat atau penyelia industri berkenaan terlebih dahulu. Bagaimana pun kelulusan tertakluk kepada budi bicara syarikat atau penyelia industri.

2.8 Pelepasan Menjalani LI Kerana terlibat dengan acara universiti.

Bagi pelajar yang terlibat dengan acara rasmi universiti semasa menjalani LI, mereka boleh memohon

pelepasan menjalani LI dari fakulti bagi suatu tempoh yang ditetapkan. Akan tetapi pelajar perlulah mengganti semula bilangan hari yang tertinggal. Pelajar perlu memaklumkan penyelia industri atau

syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti.

2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat atau penyelia industri berpindah lokasi dan nombor telefon semasa

menjalani LI maka pelajar harus memaklumkan fakulti dengan mengemaskini alamat dan nombor

telefon baru dalam portal LI fakulti atau berhubung terus kepada penyelaras LI program masing-masing.

2.10 Borang-borang berkenaan Latihan Industri

Pelajar yang menjalani LI perlu melengkapkan borang-borang berikut. Borang ini boleh dimuat turun

dari portal Latihan Industri fakulti (Lihat lampiran). a) Borang CV/resume (LI.01)

b) Borang permohonan penempatan LI (LI.02) c) Borang maklumbalas Organisasi (LI.03)

d) Borang Penerimaan dan penolakan (LI.04) e) Borang tarik diri dan perubahan penempatan LI (LI.05)

f) Borang Lapor Diri Latihan Industri (LI.06)

g) Borang Maklumat Pelajar (LI.07) h) Borang Laporan Kemajuan Minggu 1 – 8 (LI. 08)*

i) Borang Pelepasan Laporan Latihan Industri (LI.09) j) Borang Penilaian Penyelia Industri (LI.10)

k) Borang Penilaian Pensyarah Pelawat (LI.11)

l) Borang Laporan Kemajuan Minggu 9-14 (K/Sains) dan (9-20) (LI. 12)** m) Borang Skema Pemarkahan Laporan Industri (LI.13)

n) Surat Jaminan Insurans. (** berubah mengikut tahun pengajian)

3.0 Prosedur Latihan Industri FSSA Sebelum menjalani LI, pelajar harus melepasi kelayakan umum yang ditetapkan. Antara syarat-syarat

pelajar layak menjalani LI:-

a. telah layak menjalani LI seperti dalam peraturan fakulti b. telah menghadiri taklimat LI oleh penyelaras latihan industri program.

c. telah mendaftar subjek LI dalam SMP UMS

3.1 Kaedah permohonan Latihan Industri Luar Negara

a. Pelajar mesti layak dan menepati kehendak peraturan pemilihan di peringkat fakulti

b. Pelajar telah mendaftar subjek latihan industri dalam SMP, UMS.

c. Pelajar memohon tempat LI luar negara (maklumat tempat dari CICN atau institut), melalui ketua program. Digalakkan memohon secara berkumpulan. Fakulti, institut atau program

boleh juga memohon bagi pihak pelajar. d. 2. Jika berjaya, tulis surat permohonan menjalani LI kepada DEKAN FSSA untuk, berserta

surat tawaran dari Syarikat berkenaan. e. Isi borang CICN, (Ada di pejabat TD (HEP), FSSA)

f. Menghantar borang CICN dan surat kelulusan DEKAN ke pejabat CICN.

g. Urusetia CICN akan memberi taklimat dan menguruskan insurans Pelajar (dibayar oleh CICN) Yang terlibat

h. Menjalani LI

Page 8: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

8

# akan diurus oleh fakulti mengikut kaedah asal/seperti biasa.

3.2 Kaedah permohonan Latihan Industri dalam Negara

Page 9: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

9

3.2.1 Memohon Penempatan LI

Permohonan akan dibuat seawal 3 bulan dari tarikh memulakan latihan industri.

a) Mendaftar dan Log masuk ke dalam portal LI FSSA di wwwsst.ums.edu.my/app/li/

b) Muatnaik CV/resume (LI.01) terkini dan keputusan peperiksaan terkini, di portal LI FSSA

c) Memilih 5 syarikat di dalam portal dengan mengisi borang permohonan penempatan LI.02

(memilih syarikat/jabatan/organisasi) dan perlu ditandatangani oleh penyelaras LI program.

d) Penyediaan Surat Jaminan Insurans dan surat permohonan penempatan kepada 5

syarikat/Jabatan/Organisasi oleh urusetia berdasarkan borang LI.02 dan ditandatangani oleh dekan atau timbalan dekan hal ehwal pelajar (atas kebenaran dekan). Surat dipos oleh

pelajar sendiri bersama CV/resume, keputusan peperiksaan terkini, Surat Jaminan Insurans dan sampul surat beralamat sendiri/FSSA yang berstem.

e) maklumbalas penerimaan atau penolakan dari jabatan/organisasi borang (LI.03) melalui surat

atau emel ([email protected] atau emel pelajar sendiri)

f) Melengkapkan borang penerimaan/penolakan tempat LI.04 dan ditandatangani oleh

penyelaras LI program dan serahkan kepada urusetia (WAJIB)

g) Penyediaan surat pengesahan penerimaan/penolakan tempat latihan berdasarkan borang

LI.04, oleh urusetia berserta surat Jaminan Insurans, dan surat dihantar sendiri oleh pelajar

h) Jika pelajar telah mengesahkan untuk membuat latihan industri di

syarikat/Jabatan/Organisasi yang dipilih (surat penerimaan tempat telah dihantar) maka pelajar tidak dibenarkan menarik diri atau menukar tempat LI ke syarikat/Jabatan/Organisasi

lain sesuka hati tanpa sebab munasabah.

i) Jika pelajar menarik diri dari tempat LI yang telah sahkan penerimaannya, atas alasan

munasabah, maka pelajar sendiri perlu mendapatkan pelepasan bertulis dari syarikat/jabatan/organisasi berkenaan sebelum dibenarkan mengisi borang LI.05.

j) Borang perubahan penempatan LI.05 (borang tarik diri dan perpindahan tempat LI), perlu ditandatangani oleh penyelaras LI program (setelah berbincang).

k) Urusetia LI akan menyediakan surat tarik diri dan perpindahan tempat LI kepada

syarikat/Jabatan/Organisasi merujuk kepada borang LI.05 dan akan dihantar sendiri oleh

pelajar ke syarikat/Jabatan/Organisasi berkenaan.

3.2.2 Lapor diri dan menjalani Latihan Industri

Pelajar yang menjalani latihan industri wajib melakukan perkara-perkara berikut. Kegagalan melakukan, akan menjejaskan proses penilaian LI pelajar.

Bil Perkara Minggu

3 Tahun 4 Tahun

1 Borang Lapor Diri Latihan Industri (Borang LI.06) yang lengkap diisi dan

peta lokasi hendaklah dimuatnaik ke dalam portal latihan industri FSSA

dalam masa 7 hari dari tarikh melapor diri. Borang asal akan sertakan

dalam laporan LI nanti.

1 1

2 Borang Maklumat pelajar (Borang LI. 07) yang lengkap diisi hendaklah

dimuatnaik ke dalam portal latihan industri FSSA dalam masa 7 hari dari

1 1

Page 10: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

10

tarikh melapor diri. Borang asal diserahkan kepada penyelia Industri

3 Memuat naik Borang Laporan Kemajuan Mingguan (Borang LI.08) ke

dalam portal LI FSSA. Borang asal akan disertakan dalam laporan LI

nanti dan pelajar perlu menunjukkan laporan ini kepada pensyarah

pelawat.

9 16*

9**

4 Memuat naik borang Pelepasan Laporan Latihan Industri (Borang LI.09)

pada minggu 10 ke dalam portal latihan industri FSSA. Borang asal akan

disertakan dalam laporan LI nanti

9 16*

9**

5 Bersedia menerima Lawatan Pensyarah pelawat dan menyediakan

borang penilaian pensyarah pelawat (LI.11)

9-10 21*

14-15**

6 Borang laporan Penilaian Penyelia Industri (LI.10) hendaklah diisi oleh

Penyelia Industri setelah pelajar tamat latihan industri dan borang ini

hendaklah dihantar kepada Penyelaras latihan industri FSSA melalui pos

atau di fakskan atau diemel atau diserahkan kepada pensyarah penilai

10 20-21*

14-15**

7 Mengisi dan memuat naik Borang Laporan Kemajuan Mingguan (Borang

LI.12) pada ke dalam portal LI FSSA. Borang asal akan disertakan

dalam laporan LI nanti dan pelajar perlu menunjukkan laporan ini

kepada pensyarah pelawat.

10 20-21*

14-15**

8 Telah menyiapkan dan mengepos laporan LI berserta borang asal LI.06,

peta lokasi, LI.08, LI.09 (Guna sampul express) pada minggu ke-10, ke

FSSA seperti alamat di bawah. Pelajar boleh juga emel terus laporan LI

ke emel penyelaras LI program masing-masing dengan syarat

memberitahu penyelaras terlebih dahulu

10 21-22*

14-15**

* kompleks perhutanan, ** kompleks sains

Alamat dan emel adalah seperti berikut:

Penyelaras Latihan Industri,

Fakulti Sains Dan Sumber Alam,

Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,

88400 Kota Kinabalu, Sabah. Portal

email: [email protected]

Faks: 088-435324

4.0 Lawatan Latihan Industri

Lawatan latihan industri akan dilakukan oleh pensyarah fakulti bagi menilai pencapaian pelajar yang

sedang menjalani latihan industri. Tempoh lawatan adalah satu hingga tiga hari bergantung kepada

lokasi. Pensyarah pelawat dikehendaki memastikan dokumen berikut ada dibawa bersama:-

a. Surat asal pemakluman surat lawatan – sebagai pas masuk dan untuk diserahkan kepada penyelia industri.

b. Borang LI.11 iaitu laporan penilaian pensyarah pelawat

c. Cenderamata jika ada d. Kad pekerja UMS

Page 11: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

11

Carta alir proses lawatan Latihan Industri dalam dan luar negara

Semasa lawatan, pensyarah pelawat akan,

a. Berjumpa dengan penyelia industri secara bersendirian. Ini adalah bertujuan untuk membincangkan pencapaian pelajar sepanjang tempoh latihan industri . Sebarang komen penyelia

industri hendaklah dicatat dalam borang penilaian untuk rujukan pada masa akan datang.

b. Berjumpa secara bersendirian dengan pelajar/ pelajar-pelajar. Pelajar WAJIB menunjukkan

laporan kemajuan mingguan (borang LI.08) untuk membantu penilaian. Sebarang komen pelajar perlu dicatatkan dalam borang penilaian.

c. Perlu diingatkan bahawa pensyarah pelawat tidak semestinya pensyarah program pelajar berkenaan terutamanya jika tempat lawatan berada di luar lingkungan 25 km2 dari UMS. Ini

adalah untuk penjimatan kos perjalanan.

d. Bagi kawasan dalam lingkungan 25 km2, lawatan pensyarah mengikut program adalah amat

digalakkan dan ini akan diselaras oleh penyelaras LI program masing-masing.

c. Sekiranya kedudukan tempat latihan terlalu jauh, sukar didatangi oleh sebab faktor geografi, keselamatan dan kos, maka pensyarah penilai boleh

i) menghubungi industri berkenaan menggunakan telefon atau sebarang kaedah perhubungan

rasmi . Adalah disarankan kepada pensyarah penilai supaya menghubungi penyelia industri

terlebih dahulu sebelum menghubungi pelajar yang terlibat. ii) Bagi menjaga nama baik universiti dan fakulti, pensyarah penilai tidak digalakkan

menggunakan aplikasi Whatapps, Skype atau seumpamanya ketika menghubungi penyelia industri. Akan tetapi penggunaan aplikasi tersebut amat digalakkan untuk berhubung

dengan pelajar bagi tujuan penjimatan kos.

Page 12: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

12

5.0 Selepas Lawatan Industri

Laporan penilaian pensyarah pelawat iaitu Borang LI.11 yang lengkap hendaklah diserahkan kepada

Urusetia LI fakulti selepas sejurus tamat lawatan, untuk dikumpul dan diserahkan kepada penyelaras latihan industri program masing-masing. Pensyarah pelawat yang tidak dapat menyerahkan laporan

tersebut dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan bercuti atau sebarang kekangan yang

menghalangnya untuk hadir ke fakulti, maka laporan bolehlah difaks atau diemel ke urusetia LI atau penyelaras LI program berkenaan.

5.1 Proses pemarkahan dan penilaian Latihan Industri

Selepas tamat sesi lawatan industri, kesemua markah penilaian akan dikumpul oleh penyelaras

program masing-masing (kecuali latihan industri luar negara, semua markah akan dikumpul oleh

penyelaras LI fakulti sebelum diserah kepada penyelaras program masing-masing). Pemarkahan pelajar adalah berdasarkan markah laporan pensyarah pelawat (30 %), markah laporan penyelia

industri (30 %) dan markah penilaian laporan industri pelajar (40%). Penyelaras LI program akan mengedarkan laporan industri kepada pensyarah program masing-masing untuk penilaian. Kaedah

penilaian adalah seperti dalam borang LI.12.

Semua pelajar dinasihatkan supaya memberi tumpuan sepenuhnya semasa menulis laporan. Laporan

mestilah berkualiti dan menerangkan pengalaman latihan serta pengetahuan yang telah diperolehi. Perlu diingati, laporan latihan bukanlah buku himpunan borang, nota gambarajah yang bertanda

mukasurat bersiri dan kemudian dibukukan.

Carta alir pengurusan Markah LI

Catatan : Setiap pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan Laporan Akhir Latihan Industri dan Laporan Penyelia Industri (Prestasi Pelajar) – (LI.06) mereka sampai ke Pejabat FSSA. Pihak Fakulti tidak akan memberikan sebarang gred sekiranya laporan dan borang ini tidak diterima oleh pejabat FSSA.

Page 13: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

13

6.0 Peranan Penyelia Industri

Penyelia Industri selalunya adalah pegawai dari organisasi dimana pelajar ditempatkan untuk latihan

dan ianya dilantik atas persetujuan pihak universiti dan pihak organisasi. Pelantikan Penyelia Industri

haruslah berdasarkan kepada pengalaman atau akademiknya. Penyelia Industri ini diharapkan dapat :

a) Menyelia tugas-tugas pelajar ketika dalam LI b) Menilai prestasi kerja pelajar di akhir LI dengan mengisi Laporan Penyelia Industri

(Prestasi Pelajar) - (LI.10). Ini merangkumi ; i) Prestasi menjalankan tugas (Contohnya; ketepatan dan pengurusan masa,

mutu kerja, langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi dan kesediaan

menerima tugas) ii) Keterampilan (contohnya pakaian, peraturan, kesopanan tingkah laku)

iii) Pengurusan (contohnya hubungan di antara pelajar dan majikan, kemampuan menyelesaikan masalah)

c) Mengesahkan Buku Catatan Mingguan pelajar (borang LI.08)

d) Mengesahkan Laporan Akhir Latihan Industri pelajar

7.0 Rumusan.

Diharapkan dengan adanya panduan ini dapat membantu penyelaras LI program, penyelaras LI fakulti dan pelajar memahami proses latihan industri dan seterusnya memudahkan semua pihak

untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkait rapat dengan latihan industri.

Page 14: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

14

V. ARAHAN KEPADA PELAJAR YANG AKAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

1. Menjaga imej Universiti Malaysia Sabah.

2. Pelajar hendaklah memahami dan mematuhi segala peraturan organisasi.

3. Pelajar dikehendaki senantiasa berpakaian kemas dan mengikut arahan pakaian keselamatan

di organisasi.

4. Mengurus masa dengan betul dan mengikut waktu kerja yang ditetapkan oleh organisasi.

5. Menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh, minat dan jujur. Berbincang dengan Penyelia Industri sekiranya bermasalah. Hubungi Penyelia Akademik atau Penyelaras LI

sekiranya perlu.

6. Merujuk kepada bahan bacaan yang berkaitan dengan LI.

7. Bersopan dan menjaga tatasusila dengan semua orang di tempat LI tanpa mengira pangkat

atau kedudukan.

8. Memohon kebenaran bercuti sekiranya berlaku hal-hal yang mendesak.

9. Pelajar dikehendaki melapor diri kepada pegawai di organisasi yang telah dikenalpasti dan

dilantik sebagai Penyelia Industri oleh Fakulti.

Page 15: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

15

Lampiran I

Panduan dan Format Umum Laporan Latihan Industri

Pelajar dikehendaki menghantar SATU laporan latihan industri (di antara 20-35 mukasurat) kepada pihak sekolah untuk penilaian. Satu laporan yang tersusun dengan baik dan mudah dibaca adalah

disarankan. Penggredan laporan adalah berdasarkan kepada kesempurnaan maklumat yang

dipersembahkan dengan gaya penulisan yang objektif. Berikut adalah beberapa panduan untuk menghasilkan satu laporan yang baik:

Rancang penulisan pada permulaan dan semasa latihan industri dijalankan supaya maklumat

yang masih segar di dalam minda dapat direkodkan. Gunakan gaya penulisan yang baik dan gambarkan semua fakta yang berkenaan,

pengalaman kerja dan pemerhatian dengan munasabah dan BERPATUTAN sahaja.

Laporan tersebut perlu disediakan mengikut urutan berikut:

Muka depan laporan dengan tajuk dan nama

Penghargaan (ucapan penghargaan kepada syarikat dan penama yang berkenaan)

Borang LI.09 (Clearance Form) Borang LI.08 (Weekly Report)

Kandungan (Table of Content) Teks utama

o Pengenalan (gambaran ringkas tentang organisasi syarikat dan aktivitinya) o Jadual program latihan atau tugasan/projek (Training Schedule)

o Tugasan-tugasan spesifik (senaraikan dan jelaskan dengan ringkas)

jenis-jenis aktiviti/projek mengikut urutan masa objektif yang ingin dicapai

bahan/teknik/usaha/pengetahuan yang terlibat pengajaran baru yang diperolehi (tidak semestinya teknikal)

masalah yang dihadapi dan cadangan corrective action yang sesuai untuk

mempertingkatkan pencapaian aktiviti yang saudara/saudari minati tetapi tidak ikuti

o Kesimpulan Penelitian kritis tentang pencapaian latihan industri secara keseluruhan

Pemerhatian

Pengalaman latihan industri Cadangan

Rujukan jika ada Lampiran-lampiran yang berkenaan

Saiz huruf Times New Roman 12 poin, langkau 1.5 baris

Jidar (Margin) Atas (30mm), bawah (25mm), kiri (38 mm), kanan (25 mm)

Nombor halaman Bahagian atas pepenjuru kanan

Kertas dan cetakan A4 dan cetakan/fotokopi yang jelas

Jumlah halaman 20-35 muka surat tidak termasuk gambar, lampiran dan sebagainya

Page 16: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

16

Lampiran II

Warna Kulit Muka Depan Laporan Latihan Industri

Bioteknologi Ungu muda

Teknologi Tumbuhan Merah muda

Biologi Pemuliharaan Merah jambu

Matematik dengan Ekonomi Kuning muda

Geologi Coklat muda

Kimia Industri Biru muda

Fizik dengan Elektronik Putih

Akuakultur Jingga

Sains Marin Kelabu

Sains Sekitaran Hijau muda

Perhutanan Tropika Antarabangsa Hijau Tua

Taman Alam Semulajadi & Rekreasi Hijau Muda

Perladangan Hutan & Perhutani Ungu

Teknologi & Industri Kayu Coklat Tua

Page 17: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

17

Lampiran III

Format Umum Mukasurat Depan Laporan Akhir Latihan Industri SST

[CONTOH]

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM (Tahoma 16 bold)

LAPORAN LATIHAN INDUSRI (KOD KURSUS) (Tahoma 12 bold)

TAJUK (Tahoma 14 bold)

NAMA PELAJAR (NOMBOR MATRIK) NAMA PROGRAM

(Tahoma 14 bold)

2017 (Tahoma 14 bold)

Page 18: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

18

BORANG-BORANG LI

Page 19: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

19

Page 20: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

20

Page 21: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

21

Page 22: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

22

Page 23: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

23

Page 24: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

24

Page 25: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

25

Page 26: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

26

Page 27: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

27

Page 28: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

28

Page 29: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

29

Page 30: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

30

Page 31: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

31

Page 32: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

32

Page 33: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

33

Page 34: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

34

Page 35: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

35

Page 36: Perkata -  · syarikat, berserta bukti, sebelum memohon pelepasan dari fakulti. 2.9 Berpindah Lokasi LI dan nombor telefon ketika sedang menjalani LI Jika pelajar di arah oleh syarikat

36