-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
1/36
271Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
PERANCANGAN DAN PELAKSANAANPROGRAM / AKTIVITI KESIHATAN
Program KesihatanSekolah
PerancangandanPelaksanaan
Perkhidmatan KesihatanSekolah
Unit KesihatanSekolah
Kesihatan Diri
KesihatanPersekitaran
Aktiviti dan ProgramSemasa
PBSS
Kawalan Pemakanan
Komponen ProgramKesihatan Sekolah
Pendidikan
Kesihatan
PerkhidmatanKesihatan
Hidup Sihat di Sekolah
Kolaborasi Sekolahdan Masyarakat
Akta dan PeraturanKesihatan
Poisons act 1952
Sale of drugs act1952
Akta PencegahanDan KawalanPenyakit-PenyakitBerjangkit (1988)
Malaysian HealthPromotion BoardAct 2006
UNIT 10
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
PROGRAM / AKTIVITI KESIHATAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat :
1. Menganalisis program / aktiviti kesihatan sekolah yang dilaksanakan.
2.
Menjelaskan peranan Akta dan Peraturan Kesihatan dan Keselamatan dalam
penjagaan kesihatan jangka panjang.
3. Menilai pelaksanaan Program Kesihatan Sekolah semasa dan perubahannya pada
masa depan.
PETA KONSEP TAJUK
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
2/36
272Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
PENGENALAN
Kesihatan yang baik penting untuk kebahagiaan dan kesejahteraan manusia. Populasi yang
sihat memiliki jangka hayat yang lebih lama, lebih produktif, dan sebagai penyumbang utama
kepada kemajuan ekonomi sesebuah negara. Masa depan yang mampan akan dihuni oleh
orang yang sihat, hidup dalam masyarakat yang sihat, dan dalam lingkungan peluang sumber
dan had persekitaran semula jadi yang sihat.
Pandangan holistik ini bermakna bahawa kesihatan rakyat, kesihatan komuniti dan kesihatan
alam semula jadi berkait rapat - pada skala tempatan, nasional dan global. Hubungan yang
kompleks antara faktor-faktor sosial, ekonomi, ekologi dan politik dan lain-lain aspek
kesejahteraan sosial memberikan pengaruh kepada kesihatan manusia seterusnya
menentukan kualiti hidup mereka.
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa isu-isu alam sekitar, pembangunan, dan kesihatan berkait
rapat dan saling mempengaruhi di antara satu dengan yang lain. Justeru, pra-syarat untuk
masa depan yang mampan perlu dicirikan oleh penduduknya yang sihat dan persekitaran
yang selamat.
Pada awal abad ke-21, pendidikan ramai kanak-kanak dan orang muda di seluruh dunia
terjejas oleh keadaan dan tingkah laku yang menjejaskan kesejahteraan fizikal dan emosi.
Kebuluran, malnutrisi, malaria, polio, penyalahgunaan dadah dan alkohol, keganasan dan
kecederaan, kehamilan tidak dirancang, HIV, AIDS dan penyakit kelamin merupakan antara
beberapa masalah kesihatan yang terpaksa dihadapi.
Justeru, pembuat dasar pendidikan dan guru perlu menerapkan aktiviti promosi kesihatan
kepada kanak-kanak untuk mencapai matlamat penghuni dunia yang mampan pada masa
hadapan. Sekolah dilihat bukan sahaja sebagai tempat untuk pembelajaran akademik semata-
mata, tetapi lebih daripada itu sebagai asas dalam penyediaan perkhidmatan dan pendidikan
kesihatan.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
3/36
273Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
ISI KANDUNGAN
Apa itu Program Kesihatan Sekolah?
Program Kesihatan Sekolah boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan prosedur-prosedur
yang digunakan di dalam pendidikan kesihatan, perkhidmatan kesihatan, kehidupan sihat di
sekolah dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat. Justeru, program kesihatan yang
diwujudkan adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran kesihatan dalam kalangan murid,
kakitangan sekolah dan ahli masyarakat yang mempunyai hubungan dengan sekolah.
Secara tradisinya, kesihatan ditakrifkan sebagai ketiadaan penyakit. Walau bagaimanapun,
takrifan ini tidak menyeluruh, sebagaimana kita mengatakan keamanan sebagai tiada
peperangan ataupun kebahagian itu sebagai ketiadaan duka. Sudut pandangan yang
positif mengenai kesihatan telah berkembang sejak dua dekad yang lalu hasil daripada
perbincangan antara bangsa yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Menurut WHO, health is a state of complete physical, mental and social well-being and
not merely the absence of disease or infirmity. Pandangan ini berlandaskan pendekatan
sosio- ekologi berbanding bio-perubatan, dikenali sebagai New Public Health yang bukan
sahaja melihat kesihatan daripada sudut yang positif, tetapi turut memberikan pandangan
yang lebih luas skopnya dan pelbagai dimensi.
Pandangan dan pendekatan baru dalam aspek kesihatan kini, jika diteliti dengan lebih
mendalam adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, yang juga
bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) selaras dengan FPK.
Sejarah perkembangan Program Kesihatan di sekolah-sekolah di Malaysia
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan
strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, akses dan peluang
pendidikan untuk warganegara ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan
infrastruktur terutama di kawasan luar bandar.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
4/36
274Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan, beberapa program sokongan
antaranya kemudahan asrama, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), biasiswa dan pinjaman,
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), Program Pemakanan Sekolah, Rancangan
Makanan Tambahan (RMT), dan program kesihatan telah dipertingkatkan. Program sokongan
meliputi pelbagai jenis program dan skim yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk meningkatkan taraf kesihatan, keselamatan, disiplin, dan kesejahteraan
pelajar bagi mencapai pendidikan berkualiti.
Latar belakang Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Telah dimulakan pada tahun 1967 sebagai Rancangan Kesihatan Sekolah. Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah (PKS) merupakan satu perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh
KKM di sekolah rendah dan menengah untuk menjadikan warga sekolah dan persekitaran
berkualiti dari aspek sihat, ceria dan selamat.
Matlamat Program Pendidikan Kesihatan Sekolah adalah untuk membantu para pelajar
meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan, menyemai sikap positif terhadap kesihatan, dan
menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Hal ini bermakna Kurikulum Pendidikan Kesihatan di
Malaysia yang digubal adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu untuk melahirkan dan membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup
sihat. Umumnya, Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia yang digubal dibahagikan
kepada 3 tunjang pembelajaran yang utama iaitu:
Kesihatan Diri dan Keluarga
Gaya Hidup Sihat
Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.
Perancangan serta perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang teratur dan terancang
serta persekitaran yang kondusif akan dapat menggalakkan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. Bagi mencapai tujuan
tersebut, satu mekanisme perlu digerakkan untuk menyokong dan menyeimbangkan antara
keperluan individu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dengan persekitarannya. Oleh
itu, perancangan yang teliti, di samping pelaksanaan yang konsisten serta penambahbaikan
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
5/36
275Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
berterusan dalam aspek penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada warga sekolah
keseluruhannya akan dapat memberikan impak positif dalam semua aspek kehidupan.
Penekanan Program Pendidikan Kesihatan Sekolah yang bukan sahaja ditujukan kepada
murid-murid, malah secara keseluruhannya kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, staf
sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibu bapa dan komuniti sekitar sekolah sudah
pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat. Suasana dan
persekitaran sekolah yang bersih dan ceria pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif serta menyeronokkan. Gabungan ciri-ciri tersebut merupakan satu kaedah atau
formula untuk mencapai hasrat kesihatan untuk semua. Oleh itu, program-program kesihatan
sekolah perlu dirancang dan dilaksanakan secara berterusan agar semua mampu dan
bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.
Perancangan dan Perlaksanaan Program Kesihatan Sekolah
Secara umumnya, perancangan program kesihatan di sekolah adalah selaras dan merujuk
kepada pakej perkhidmatan kesihatan yang terdiri daripada tiga komponen utama.
Program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah.
Program Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar Sekolah.
Di bawah program perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid akan menerima perkhidmatan
kesihatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau
hospital. Tujuan program perkhidmatan kesihatan sekolah ini adalah:
Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optimum melalui promosi
kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di
sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan
penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi
yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
6/36
276Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Rajah 10.1 : Contoh pelaksanaan program kesihatan yang diterjemahkan melalui misi dan visi
Sebagai warga sekolah yang prihatin, amatlah digalakkan jika kita terlibat secara
langsung dalam pelaksanaan setiap program atau aktiviti kesihatan yang telah dirancang oleh
kerajaan. Pada pendapat anda, apakah manfaat yang diperoleh melalui aktiviti atau program
tersebut?
Apakah fungsi Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Unit ini bernaung di bawah Bahagian Kesihatan Awam, bertanggungjawab merancang,melaksana, menyelaras dan menilai program pendidikan kesihatan sebagai program khusus, di
samping memberi sokongan dalam aspek pendidikan kesihatan untuk semua program
kesihatan di Jabatan Kesihatan.
Objektif
Objektif utama unit ini adalah untuk memberi pengetahuan, mengubah sikap dan tingkah laku
sekali gus memberi kesedaran dan mengamalkan cara hidup sihat di kalangan individu,
keluarga dan masyarakat melalui usaha - usaha seperti berikut:
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
7/36
277Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Program KesihatanSekolah
PendidikanKesihatan
PerkhidmatanKesihatan
Hidup sihat disekolah
Kolaborasi sekolahdan masyarakat
Menyemai minat di kalangan masyarakat terhadap keutamaan dan kepentingan
kesihatan dan cara hidup sihat.
Meningkatkan kesedaran tentang langkah - langkah pencegahan penyakit dan
memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan individu.
Memberi kesedaran tentang prasarana kesihatan serta menggalakkan penggunaan
kemudahan tersebut.
Mendorong masyarakat beriltizam terhadap keutamaan kesihatan dan menyuburkan
amalan cara hidup sihat.
Komponen-komponen Program Kesihatan Sekolah
Rajah 10.2 : Komponen Program Kesihatan Sekolah
(Sumber: National Commission for Health Education Credentialing [NCHEC], 1980 )
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan kesihatan telah diwujudkan dengan objektif:
Mengembangkan pengetahuan tentang kesihatan dalam usaha mengubah sikap
dan membentuk amalan yang baik melalui proses pengajaran dan pembelajaran
yang terancang sama ada di dalam atau luar bilik darjah.
Meningkatkan rasa bertanggungjawab dalam kalangan murid-murid tentang
kemajuan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
Memberi bimbingan dan pendedahan untuk meningkatkan kepekaan murid-murid
terhadap masalah dan keperluan kesihatan.
Membantu murid-murid untuk membuat keputusan yang baik dan bijak berhubungdengan masalah dan keperluan kesihatan.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
8/36
278Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Pendidikan kesihatan merupakan pengalaman yang mempengaruhi pengetahuan, sikap
dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan sama ada individu dan masyarakat yang
boleh dilaksanakan di sekolah sama ada secara formal atau tidak formal semasa di dalam
atau luar bilik darjah. Pendidikan kesihatan terbahagi kepada pendidikan secara
berkelompok dan juga individu yang memberikan penekanan dan perhatian kepada
pengetahuan, sikap, amalan dan kemahiran kesihatan.
Pendidikan kesihatan secara berkelompok lebih mengutamakan masalah kesihatan awam
yang berkaitan dengan golongan murid sekolah seperti saringan talasemia, Tak Nak
Merokok, dan Gaya Hidup Sihat. Melalui kempen atau kem-kem kesihatan yang diadakan
di sekolah, murid-murid dijangka akan memperoleh pengetahuan hasil daripada pameran,
ceramah dan tunjuk cara oleh pegawai kesihatan.
Program pendidikan kesihatan secara individu pula lebih menekankan kepada khidmat
nasihat dan kaunseling semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Isu-isu kesihatan yang
biasanya dibincangkan adalah berkaitan dengan pola pemakanan, pelbagai jenis penyakit
kulit, penjagaan kebersihan diri dan lain-lain. Selain itu, pendidikan kesihatan juga
memberi penekanan kepada pengetahuan, sikap, amalan kesihatan yang meliputi tajuk-
tajuk seperti:
Kesihatan diri dan pemakanan
Pertolongan cemas
Kesihatan konsumer / pelanggan
Kesihatan mental
Kesihatan komuniti dan persekitaran
Dadah
Pendidikan kehidupan berkeluarga
Pendidikan keselamatan.
Sebagai rumusannya, pendidikan kesihatan yang diwujudkan adalah bertujuan untuk
memupuk minat dan keinginan serta mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam kalangan
murid-murid sekolah untuk memajukan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Melalui
pendidikan kesihatan, adalah diharapkan agar murid-murid akan lebih peka terhadap
masalah dan keperluan kesihatan dan dapat membuat keputusan yang baik bagimenentukan gaya hidup yang sihat.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
9/36
279Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah
Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran
perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang
terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap
optimum (KPM,1999)
Objektif Pendidikan Kesihatan
Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.
Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.
Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.
Aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran ini
Kempen anti denggi
Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggungjawab menjaga kebersihan
dan kesihatan diri.
Mengadakan hari kesihatan
Program anti rokok dan dadah
Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah
Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainan
Tandas bersih
Kantin bersih & selamat
Pertandingan kelas terbersih
Pameran kesihatan
Melukis poster
Kempen kebersihan
Kitar semula
Melukis mural
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
10/36
280Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Pendidikan Seks sebagai satu cabang yang diajar dalam mata pelajaranPendidikan Kesihatan
Pendidikan Seks telah mula diperkenalkan pada murid tahun satu bermula 2011
dan tahun dua 2012. Melalui KSSR yang akan diperkenalkan kepada murid Tahun
1 mulai tahun 2011, murid hanya diajar tentang disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan.
Walau bagaimanapun dalam Pendidikan Kesihatan terdapat elemen berkaitan
pendidikan reproduktif dan sosial.
Pendidikan Kesihatan dalam KSSR merupakan salah satu disiplin ilmu dalam
Modul Teras Asas di Tahap 1. Disiplin ini akan diajar mengikut tiga modul utama
iaitu Kesihatan Fizikal, Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial, dan Kesihatan
Persekitaran. Pendidikan Kesihatan pada Tahap 2 akan diajar dalam bentuk mata
pelajaran untuk murid tahun 4 hingga 6. Pendidikan Kesihatan yang diajar di
dalam kedua-dua tahap ini berfokus kepada pecahan pendidikan kesihatan
reproduktif dan sosial (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%).
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah satu proses sepanjang hayat
untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan
terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. Pendidikan kesihatan
reproduktif dan sosial juga mencakupi pengetahuan dari aspek biologi,
sosiobudaya, psikologi dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat
dalam kehidupan.
Bagi murid Tahun 1, tahap pendedahan dalam elemen Pendidikan Reproduktif
dan Sosial hanya sekadar mengenali bahagian tubuh dan berkata TIDAK /
JANGANkepada sentuhan tidak selamat. Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan
persekolahan setahun, bersamaan 30 minit dalam seminggu diagihkan untuk
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap
Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.
Rasional Pendidikan Kesihatan diajar dari tahun satu lagi adalah untuk
membolehkan murid mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan
persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat danbersikap positif. Oleh itu KPM telah mengenal pasti guru yang sesuai dan terlatih
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
11/36
281Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
dalam melaksanakan P&P Pendidikan Kesihatan di dalam dan luar darjah
Penilaian dibuat melalui berasaskan sekolah dengan pelbagai kaedah iaitu
pemerhatian dan penilaian berterusan, penilaian fizikal secara berkala, penilaian
hasil kerja, senarai semak dan lisan.
Perkhidmatan Kesihatan
Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Keutamaan diberikan kepada murid-
murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan kesihatan telah
dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan kesihatan
sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah rendah dan sekolah
menengah di Malaysia.
Perkhidmatan kesihatan boleh ditakrifkan sebagai prosedur-prosedur yang digunakan oleh
doktor, doktor gigi, juru rawat, guru dan individu yang berkaitan bertujuan untuk menilai,
melindungi dan menggalakkan kesihatan optimum murid-murid sekolah dan kaki tangan
sekolah yang lain. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (PKS) merupakan satu perkhidmatan
yang disediakan secara percuma oleh KKM di sekolah rendah dan menengah untuk
menjadikan warga sekolah dan persekitaran berkualiti dari aspek sihat, ceria dan selamat.
Antara perkhidmatan kesihatan yang diberikan di sekolah adalah seperti berikut:
Pentaksiran keadaan kesihatan murid-murid sekolah.
Pemeriksaan perubatan atau pergigian murid-murid sekolah.
Pengubatan dan rawatan.
Imunisasi atau kawalan penyakit berjangkit.
Tindakan dan tindakan susulan.
Pentaksiran kesihatan murid
Pentaksiran ini merupakan suatu proses kerjasama dengan tanggungjawab yang
dipikul bersama oleh doktor, juru rawat, doktor gigi, guru dan lain-lain. Pentaksiran
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
12/36
282Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
dibuat melalui cara-cara seperti pemeriksaan perubatan, pemeriksaan pergigian,
ujian-ujian makmal, sejarah kesihatan dan pemerhatian guru.
Maklumat yang diperoleh melalui prosedur penilaian ini akan digunakan oleh guru
untuk tujuan seperti memahami murid-muridnya, mengenal pasti individu yang
memerlukan program pendidikan yang diubahsuai, mengadakan kaunseling
kesihatan dan tindakan susulan.
Pemeriksaan kesihatan, pergigian, dan persekitaran
Jadual 10.1 di bawah menunjukkan jenis-jenis pemeriksaan yang dilakukan oleh
PKS terhadap kumpulan sasaran yang telah ditetapkan.
Jadual 10.1: Jenis-jenis pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak kesihatan
Jenis Pemeriksaan Kumpulan Sasar
Pemeriksaan kesihatan Prasekolah
Tahun 1
Tahun 6
Tingkatan 3
Pemeriksaan kesihatanPergigian
Semua murid
Kesihatan Persekitaran Bangunan sekolah
Kawasan sekolah
Pengendali makanan di kantinsekolah
Pemeriksaan kesihatanbertujuan untuk memperoleh maklumat bagi menentukan
status kesihatan murid-murid. Ianya dijalankan oleh kaki tangan kesihatan yang
bertauliah seperti doktor perubatan dan doktor pergigian dan dilakukan secara
berkala. Walau bagaimanapun, pemeriksaan juga boleh dilakukan mengikut
keperluan bagi setiap murid.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
13/36
283Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan dijalankan mengikut tiga peringkat. Peringkat pertama iaitu
kajian sejarah atau latar belakang bertujuan untuk memperoleh maklumat bagi
mengetahui keadaan dan kedudukan sebenar, mendapatkan maklumat keluarga,
masyarakat, persekitaran dan mendapatkan suatu gambaran menyeluruh.
Peringkat kedua (pemeriksaan klinikal atau fizikal) merupakan peringkat untuk
mengenal pasti tanda atau simptom sama ada dengan menggunakan alat
pemeriksaan atau cara lain. Pemeriksaan klinikal atau fizikal melibatkan
pemeriksaan telinga, hidung dan tekak; tekanan darah; jantung; gigi dan gusi; dan
pemeriksaan kulit. Pada peringkat kedua ini keputusan akan dibuat untuk
menentukan sama ada pemeriksaan lanjut iaitu peringkat ketiga diperlukan.
Manakala, pada peringkat ketiga ialah ujian-ujian pengesahan pemeriksaan yang
melibatkan usaha untuk memastikan punca masalah kesihatan yang timbul tetapi
belum dikesan atau untuk membuat pengesahan ke atas masalah yang telah
dikenal pasti. Secara amnya terdapat tiga ujian yang biasa dijalankan iaitu;
a. Ujian darah
Bertujuan untuk mengetahui struktur darah iaitu bilangan sel darah merah,
sel darah putih, bahan pepejal dan bahan-bahan boleh larut lain dalam
kalangan murid sekolah.
Bertujuan untuk mengenal pasti penyakit berjangkit dan penyakit tidak
berjangkit dalam kalangan murid sekolah.
b. Ujian air kencing
Menentukan keadaan fungsi badan murid-murid secara keseluruhannya.
Mengenal pasti penyakit murid-murid.
c. Ujian mata
Ujian mata yang biasa dijalankan ialah ujian daya penglihatan jarak jauh. Ujian
ini dinamakan Ujian E Snellen. Selain itu, ujian jarak lain juga digunakan untuk
mengesan rabun dekat dan astigmatisme. Di samping itu, ujian yang
menggunakan alat khas digunakan untuk mengesan penyakit-penyakit seperti
katarak, glaukoma dan konjunktivitis.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
14/36
284Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Pemeriksaan Kesihatan Pergigian Sekolah dilaksanakan oleh pasukan
pergigian sekolah yang melawat semua sekolah rendah dan menengah di
Malaysia. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun
1985. Lazimnya, program pemeriksaan kesihatan pergigian sekolah diadakan 4
kali setahun.Dengan adanya program seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak
akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak kecil. Rawatan pergigian
biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Juru rawat pergigian akan merawat dan
memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor
pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa
dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid.
Program perkhidmatan persekitaran sekolah lazimnya dilaksanakan secara
bersepadu oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Pemeriksaan
persekitaran sekolah bermaksud pemeriksaan infrastruktur sekolah, kebersihan,
pengawalan penyakit bawaan vektor dan pemantauan kebersihan dan
pengendalian kantin sekolah. Antara jenis pemeriksaan persekitaran yang
dijalankan dengan kerjasama dua pihak tersebut adalah seperti:
Pemeriksaan Am - bekalan Air Keselamatan Makanan
Pemeriksaan Kualiti Makanan
Sekolah Bebas Denggi
Sekolah Bebas Asap Rokok
Program Kawalan Lipas, Lalat dan Tikus (LILATI)
Laporan kendiri kantin sekolah
Laporan kendiri Dewan Asrama Sekolah
Perkhidmatan kawasan persekitaran sekolah ini juga adalah tertakluk di bawah
beberapa akta seperti Akta Kawalan Tembakau dan Akta Kawalan Penyakit
Bawaan Vektor yang boleh membawa kepada denda sekiranya pihak pengurusan
sekolah didapati gagal mematuhi akta-akta tersebut. Pihak pengurusan sekolah
biasanya akan merancang dan melaksanakan program kesihatan persekitaran
sekolah secara menyeluruh. Antara programnya ialah:
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
15/36
285Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Program Kesihatan Kebersihan Kantin Sekolah yang bermatlamat untuk
mewujudkan persekitaran kantin lebih bersih, ceria dan selamat dan tata
cara penggunaan kantin yang betul.
Program Kesihatan Kebersihan Tandas Sekolah yang bertujuan mewujud
serta melahirkan warga sekolah yang berupaya mengamalkan budaya
menjaga kebersihan tandas, menggunakan dan menjaga setiap
kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin, dan memastikan
tandas sentiasa dalam keadaan yang sempurna, ceria dan selesa pada
setiap masa.
Program Kesihatan Kebersihan Saliran dan Perparitan untuk memastikan
aliran air dapat berjalan dengan lancar dan longkang dan saliran dalam
keadaan bersih dan sentiasa dibubuh ubat penyahkuman. Pada masa
sama ia juga bertujuan untuk memastikan longkang dan saliran sentiasa
dipantau untuk menentukan tahap kebersihan dan keselamatannya.
Pengubatan dan rawatan
Masalah penyakit dan kecederaan yang dialami memerlukan pengubatan dan rawatan
segera. Rawatan yang dijalankan bukan sahaja mampu menyembuhkan pesakit malahdapat mengawal penyakit daripada merebak. Murid yang memerlukan pengubatan dan
rawatan ini hendaklah berjumpa dengan doktor yang bertauliah. Murid-murid perlu
memberikan perhatian kepada beberapa perkara:
Semasa berjumpa doktor, hendaklah mengingat kembali tentang tanda dan
simpton, minuman dan makanan yang diambil dan perkara-perkara lain yang
perlu diambil kira.
Semasa berjumpa dengan doktor, perlu memberikan gambaran yang
sebenarnya dengan menjawab dengan jujur dan tepat berkaitan soalan yang
ditanya oleh doktor.
Selepas berjumpa dengan doktor, hendaklah mematuhi arahan terutamanya
berkaitan dengan kaedah memakan ubat. Di samping itu, murid-murid juga perlu
mengawasi gaya hidup mereka supaya penyakit yang dihidapi tidak melarat dan
menjadi serius.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
16/36
286Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Imunisasi atau kawalan penyakit berjangkit
Imunisasi merupakan satu proses kesihatan yang dilaksanakan untuk mencegah penyakit
berjangkit. Imunisasi boleh dilaksanakan terhadap murid-murid sekolah melalui dua cara
iaitu secara suntikan dan secara oral. Secara umumnya, imunisasi adalah penting untuk
dilaksanakan terhadap murid-murid sekolah. Sebagai kesinambungan kepada imunisasi
alam kanak-kanak, murid-murid sekolah juga akan diberi imunisasi. Contohnya, rujuk
jadual imunisasi murid-murid sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia di bawah:
Jadual 10.2: Program imunisasi murid-murid sekolah yang dilaksanakan olehKementerian Kesihatan Malaysia
Tahun1
BCGsekiranyatiada parut
Diptheriadan
PertussisPolio
Mumps,measlesdan
rubella-
Tingkatan3
- - - - Tetanus
Suntikan imunisasi dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia danjuga Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung pelbagai penyakit yang mungkin
dihidapi oleh murid-murid sekolah apabila dewasa kelak. Pelbagai jenis suntikan imunisasi
diperkenalkan dan telah pun dijalankan di sekolah rendah dan di sekolah menengah.
Sekiranya anak-anak didapati tidak mendapat pelalian di atas kerana tiada kebenaran ibu
bapa atau anak tidak hadir ke sekolah pada masa lawatan Pasukan Kesihatan ke sekolah,
ibu bapa murid-murid tersebut boleh membawa anak mereka ke klinik-klinik kesihatanyang berhampiran untuk mendapatkan pelalian-pelalian ini.
Suntikan HPV diperkenalkan pada tahun 2012 ekoran peningkatan kadar penyakit kanser
serviks sebanyak 10.7% pada 2007 dan merupakan salah satu kanser yang menjadi
pembunuh senyap wanita. Oleh itu langkah memberi suntikan kepada pelajar sekolah
menengah telah dilaksanakan. Imunisasi boleh mencegah penyakit-penyakit seperti yang
berikut:
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
17/36
287Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Jadual 10.3: Imunisasi bagi mencegah penyakit-penyakit
Imunisasi Penyakit
Hepatitis B Hepatitis B
BCG Cacar
Triple Antigen(Tiga serangkai)
Difteria, batuk kokol dankancing gigi.
Double Antigen (Duaserangkai)
Difteria dan kancing gigi.
Polio Polio lumpuh
Campak Campak
Rubella Rubella
Tetanus Toxoid Kancing gigi
HPV Kanser rahim
Program imunisasi yang dilaksanakan terhadap murid-murid sekolah telah memainkan
peranan yang penting untuk mencegah penyakit. Pendidikan kesihatan dan pencegahan
telah menolong ibu bapa untuk memahami bahawa imunisasi adalah perlu untuk kanak-
kanak sejak mereka lahir, seterusnya di sekolah rendah dan sehingga mereka
meninggalkan bangku sekolah menengah.
Walau bagaimanapun, ibu bapa selalu terlupa tentang imunisasi terhadap anak-anakmereka. Selain itu, para doktor juga kadang kala tidak mengambil berat terhadap proses
imunisasi sehingga ramai yang tidak berjaya memanggil kembali kanak-kanak untuk
menjalani imunisasi. Tambahan pula, masyarakat juga ada yang tidak memandang serius
terhadap penyakit murid-murid atau kanak-kanak kerana mereka tidak tahu tentang
imunisasi. Masyarakat juga lupa hingga terlalu bergantung kepada perubatan moden untuk
merawat semua penyakit. Sikap negatif yang ditunjukkan oleh masyarakat adalah
berpunca daripada kejahilan dan sikap acuh tak acuh terhadap perubatan.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
18/36
288Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
PerkhidmatanKesihatan
Sekolah
Pentaksirankesihatan
Pemeriksaanperubatan /pergigian
Pengubatan danrawatan
Imunisasi /kawalan penyakit
berjangkit
Tindakan dantindakan susulan
Tindakan dan tindakan susulan
Tindakan yang berkaitan dengan masalah kesihatan perlu diambil dengan segera. Hal ini
demikian kerana kelewatan dalam mengambil tindakan boleh membawa kesan yang lebih
buruk. Kelewatan bertindak mungkin boleh menyebabkan penyakit tidak dapat diubati lagi.
Tindakan yang diambil mestilah mengikut kategori masalah kesihatan yang dialami seperti:
Masalah pemakanan seimbang.
Penyakit-penyakit difisiensi.
Penyakit-penyakit berjangkit.
Selepas tindakan diambil, maka rawatan susulan harus diberikan. Perkhidmatan rawatan
tindakan susulan adalah diperlukan untuk memastikan rawatan dapat diteruskan supaya
masalah kesihatan tidak akan berulang.
Rajah 10.3: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
19/36
289Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Hidup Sihat di Sekolah
Hidup sihat di sekolah merujuk kepada keadaan persekitaran yang selamat dan selesa.
Perkara yang diberi perhatian adalah berkaitan dengan kesihatan individu murid dan
merancang peraturan-peraturan bilik darjah supaya dapat mendorong kesihatan emosi,
sosial dan fizikal yang baik. Program ini merupakan komponen yang menitik beratkan
persekitaran sekolah yang memelihara dan memupuk kesihatan murid-murid sekolah.
Program ini telah dianggap sebagai sebahagian daripada pendidikan kesihatan kerana
menyumbang ke arah kefahaman murid-murid tentang kesihatan dan memupuk semangat
menghargai kesihatan dalam kalangan mereka. Oleh itu, menjadi tanggung jawab pihak
pentadbir sekolah untuk membekalkan segala kemudahan yang dapat digunakan untuk
menghasilkan suasana yang baik untuk pembelajaran dan kesihatan.
Penyediaan kemudahan fizikal sahaja tidak mencukupi tanpa mengambil kira penyediaan
persekitaran yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan
berkesan. Oleh itu, dalam perlaksanaan program hidup sihat hendaklah mengambil kira
beberapa perkara:
Penggunaan persekitaran yang selamat dan selesa
Dalam usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, maka pihak pentadbir
sekolah harus bertanggungjawab dalam menyediakan persekitaran yang sesuai. Guru
juga berperanan dalam mendidik murid-murid untuk mengamalkan hidup dengan
selamat di persekitaran sekolah. Aspek keselamatan adalah begitu dititikberatkan
merangkumi bilik darjah, koridor bangunan, kantin, makmal, padang permainan dan
semasa menggunakan bas sekolah.
Persekitaran
Pengurusan persekitaran adalah bermakna penjagaan kebersihan kawasan
persekitaran seperti bilik darjah dan koridor serta kawasan luar bangunan seperti
padang permainan dan sukan, tandas, perabot, lantai dan dinding serta tempat
simpanan pelbagai peralatan.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
20/36
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
21/36
291Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Kolaborasi sekolah dan masyarakat
Dalam usaha menangani masalah kesihatan murid, sekolah tidak boleh bertindak sebagai
entiti terasing kerana sekolah wujud dalam komuniti masyarakat. Hal ini juga demikian
kerana sekolah itu sendiri merupakan agensi masyarakat. Lantaran itu, sekolah
memainkan peranan yang penting dan saling melengkapi usaha-usaha agensi masyarakat
yang lain.
Program kesihatan komuniti masyarakat dan sekolah saling berkaitan melalui dua cara:
Sumber-sumber komuniti masyarakat digunakan oleh sekolah untuk memenuhi
keperluan kesihatan murid-murid sekolah.
Sekolah akan menolong murid-murid untuk menjalani kehidupan bermasyarakat
dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh
masyarakat.
Adalah diharapkan murid-murid sekolah akan menjadi anggota masyarakat yang
bertanggungjawab selepas meninggalkan bangku sekolah. Namun demikian, program
kesihatan bersama antara komuniti masyarakat dan sekolah adakalanya sukar untuk
dilaksanakan. Pertamanya ialah guru dan pentadbir sekolah perlu mengetahui komuniti
masyarakat itu dengan mendalam. Di samping itu, mereka perlu memahami tujuan agensi
masyarakat, mekanisme operasi agensi berkenaan selain mengenali kaki tangan yang
akan terlibat dengan projek atau aktiviti masyarakat.
Dengan adanya kerjasama sedemikian rupa, murid-murid telah didedahkan kepada
struktur sosial komuniti yang mewujudkan persekitaran yang selamat dan bersih. Justeru,
sekiranya pelaksanaan program kesihatan dilakukan dengan jayanya maka murid-murid
akan membesar dengan sifat penuh bertanggungjawab terhadap komuniti masyarakat.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
22/36
292Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Peranan Unit Kesihatan Sekolah
Peranannya dalam merancang dan melaksanakan program-programkesihatan di sekolah
Jawatankuasa Unit Kesihatan di Sekolah berperanan memastikan program kesihatan dapat
dilaksanakan secara bersepadu melalui sokongan dan kerjasama semua pihak termasuklah
PIBG, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, meliputi
peringkat kebangsaan, seterusnya negeri, daerah dan sekolah. Penstrukturan Jawatankuasa
Unit Bertindak Kesihatan merupakan satu usaha mengemaskinikan semua tugas dan tanggung
jawab supaya menjadi lebih efisien dan sempurna. Semoga aduan dan tindakan akan
diselesaikan secara bersama agar kualiti hidup murid di sekolah dapat ditingkatkan dan
berkualiti.
Aktiviti-aktiviti kesihatan di sekolah yang semakin berkembang memerlukan strategi dan
kaedah pelaksanaan yang lebih berfokus. Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai
kesihatan yang merangkumi aspek fizikal, mental, psikososial dan kerohanian adalah ciri-ciri
baru yang perlu diberi penekanan dan penelitian bagi membentuk satu model amalan gaya
hidup sihat. Tindakan bersepadu yang mengambil kira kurikulum sekolah, keadaan fizikal dan
sosial sekolah, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, peraturan dan garis panduan, akan memberi
impak kepada kesihatan murid-murid.
Penglibatan dan komitmen semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi luar dan masyarakat
setempat merupakan pemangkin ke arah keberkesanan pelaksanaan program kesihatan di
sekolah yang berobjektifkan dan bermatlamatkan untuk melahirkan warga sekolah secara
keseluruhannya yang sihat, berkualiti dan berkeperibadian unggul merangkumi gaya hidup
sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Situasimemberangsangkan ini dapat meningkatkan proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya
dapat membentuk warga negara yang sihat dan berketerampilan.
Terdapat banyak perancangan dan pelaksanaan program-program kesihatan semasa yang
telah berjaya dijalankan oleh Jawatankuasa Unit Kesihatan Sekolah dan telah banyak memberi
impak yang positif kepada murid di sekolah. Untuk memudahkan pemahaman, kita boleh
mengklasifikasikan program atau aktiviti kesihatan menurut kategori seperti berikut:
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
23/36
293Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Kesihatan diri
Kesihatan persekitaran
Aktiviti dan program semasa
Program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (PBSS)
Kawalan pemakanan di sekolah
a. Kesihatan diri
Pengetahuan kesihatan / Kit kesihatan
Pengurusan diri
Pemakanan sihat dan selamat
Kesihatan mental / emosi
Kesihatan kerohanian
Kesihatan reproduktif dan seksual
Gaya hidup sihat
Kawalan penyakit berjangkit / tidak berjangkit
Pertolongan cemas
b. Kesihatan persekitaran
Kantin sekolah sihat
Bilik darjah sihat
Tandas sekolah sihat
Asrama sekolah sihat
Bilik kesihatan sekolah
Peti pertolongan cemas
Sekolah Bebas Denggi
Sekolah Bebas Dadah.
Sekolah Bebas Asap Rokok
Kata-kata hikmat
Halwa Telinga
Bekalan air yang bersih dan selamat
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
24/36
294Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
c. Aktiviti dan program kesihatan semasa
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Program Susu Sekolah (PSS)
Pemakanan Asrama dan Kantin Sekolah Kursus Pengendalian Makanan Kantin Sekolah / Pengendali Makanan Asrama
Kempen Pemakanan Seimbang, Sihat dan Selamat
Seminar Pengurusan Warden Asrama
Penambahbaikan dan Peningkatan Perkhidmatan Bilik Kesihatan Sekolah
Program Pendidikan Sekolah Sihat
Gotong-Royong Perdana KPM
Karnival Kesihatan
Seminar Pembangunan Kesihatan Murid
Kuiz Kesihatan Sekolah Rendah
Pertandingan 3K
Seminar Pengurusan dan Kualiti Makanan
d. Program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (PBSS)
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Ceramah kesihatan secara individu dan berkumpulan
Penyaringan pertumbuhan kesihatan murid sekolah
Penyaringan kesihatan seperti pemeriksaan ketajaman penglihatan, masalah
pendengaran dan lain-lain
Imunisasi - BCG
Menerima rujukan kes daripada guru dan sekolah
Memberi rawatan ringan di sekolah
Merujuk murid ke Klinik Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan.
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
Ceramah Kesihatan
Pameran Kesihatan
Promosi Kesihatan Mental untuk kanak-kanak dan remaja
Kempen Gaya Hidup Sihat
Menyebarkan maklumat kesihatan melalui buku, risalah, pamplet dan poster
Doktor Muda
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
25/36
295Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
PROSTAR sekolah
Pemeriksaan tempat pembiakan aedes di sekolah
Pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan di kantin sekolah
Mengeluarkan Sijil Pengendali Makanan
Pemeriksaan kesihatan dan imunisasi pengendali makanan kantin sekolah
Bekalan air beriodin di kawasan-kawasan yang mengalami Gangguan Akibat
Kekurangan lodin (GAKI)
Latihan Program Bersepadu Sekolah Sihat untuk anggota kesihatan dan guru-guru
sumber PBSS di sekolah
Quality Assuarance Programme untuk pengesanan masalah ketajaman penglihatan
kalangan murid-murid Tahun 1 di seluruh negara
e.
Kawalan pemakanan di sekolah
Pengurusan makanan di kantin dan asrama sekolah
Sijil Pengendali Makanan
Imunisasi TY2 kepada pengendali makanan
Menu makanan dan kos harga jualan - makanan dan minuman yang boleh / tidak
boleh dijual
Proses penyajian makanan
Kualiti makanan
Pemantauan berterusan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri atau Daerah
Keselamatan makanan di kantin dan asrama sekolah
Kemudahan bekalan air bersih
Penggunaan peralatan memasak, sajian, inventori, penyimpanan bahan stokbasah dan kering
Susun atur dan penyelenggaraan premis - Jadual berkala pembersihan premis
kantin
Bahan pencuci, peralatan, kaedah membasuh peralatan
Sistem penyajian dan susun atur yang bersistematik (bertutup, bersih, dan
terhindar daripada LILATI)
Tidak membenarkan penjualan makanan segera dan minuman bergas
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
26/36
296Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Menasihati murid supaya tidak membeli makanan dan minuman di luar kawasan
sekolah
Pengurusan Penamatan Perkhidmatan Kantin Sekolah
Melanggar perjanjian Perkhidmatan Kantin Sekolah
Kes keracunan dan kes disita
Berdasarkan kepada senarai program atau aktiviti kesihatan yang dirancang dan dilaksanakan
di sekolah-sekolah seluruh negara, kita boleh mengatakan bahawa pihak kerajaan benar-benar
menitikberatkan aspek kesihatan dan kesejahteraan warga sekolah. Pada Unit seterusnya
(Unit 11), Modul ini akan cuba menjelaskan tentang beberapa program dan aktiviti kesihatan
yang terpilih berdasarkan kepada senarai-senarai di atas.
Pernahkah anda terfikir mengapa terdapat program atau aktiviti yang telah dirancang
tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya? Malah ada di antaranya seolah-olah seperti projek
gajah putih. Sebenarnya, kejayaan dan keberkesanan sesuatu program melibatkan pelbagai
faktor. Antaranya kesedaran individu, penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak, faktor
kos dan masa, kesediaan masyarakat untuk berubah dan sebagainya.
Faktor penguatkuasaan dan undang-undang juga dilihat sangat memberikan sumbangan yang
signifikan terhadap kejayaan sesuatu program yang telah dan ingin dilaksanakan. Justeru itu,
perbincangan seterusnya adalah berkaitan dengan Akta-akta dan peraturan yang berkaitan
dengan kesihatan.
Akta dan Peraturan Kesihatan
Bagi memastikan kesihatan rakyat terjaga sepanjang masa dan mencapai kesihatan yang
optimum, kerajaan melalui beberapa agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia
telah menjalankan serta menguatkuasakan akta serta peraturan berkaitan dengan kesihatan.
Ia adalah sebahagian daripada usaha serta peranan yang telah, sedang, dan akan kerajaan
laksanakan demi memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih selamat, harmoni, dan
sejahtera sepanjang masa.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
27/36
297Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Penguatkuasaan akta serta peraturan kesihatan juga merupakan langkah yang boleh dianggap
sebagai serampang dua mata kerana kerajaan dapat memastikan rakyat secara amnya
mematuhi amalan kesihatan dan keselamatan dengan mengikuti dan mematuhi peraturan yang
dilaksanakan dan pada masa yang sama memperoleh keuntungan daripada hasil kutipan
denda bagi sesetengah individu yang telah / akan melanggar akta dan peraturan kesihatan.
Tanpa penguatkuasaan akta dan peraturan kesihatan, adalah agak sukar bagi kerajaan
mengawal serta memastikan keadaan kesihatan rakyatnya terjaga baik daripada ancaman
jangkitan penyakit, penularan masalah sosial, serta ancaman lain yang berkaitan dengan
kesihatan. Akta dan peraturan kesihatan merupakan satu penegasan kepada usaha murni
kerajaan dalam menangani risiko penyakit dan aspek kesihatan lainnya.
Akta dan Peraturan Kesihatan yang digubal oleh kerajaan bertujuan menjadi panduan semasa
melaksanakan tugas penguatkuasaan bagi mengelak perlanggaran etika kerja serta sikap
prejudis. Selain itu, akta dan peraturan juga sebagai panduan orang awam yang berada di
Malaysia dalam usaha mengelak dan mencegah jangkitan penyakit. Kebanyakan Akta dan
Peraturan Kesihatan yang dikuatkuasakan ini digubal dalam bahasa Inggeris. Antara yang
telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:
Poisons act 1952 (akta racun 1952)
Akta ini mula dikuatkuasakan bertarik 1.9.1952 di Malaysia Barat dan 1.6.1978 di
Malaysia Timur. Di bawah Seksyen 8. Kawalan Pengimportan Bahan Beracun
menegaskan bahawa tidak ada seorang pun dibenarkan untuk mengimport apa juga
bentuk bahan beracun dari mana-mana di luar Malaysia kecuali yang telah diberikan
lesen untuk berbuat demikian.
Walau bagaimanapun seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana individu yang datang
dari luar Malaysia dan membawa bersamanya ubat untuk kegunaan peribadi atau ahli
keluarganya atau mengimport ubat berkenaan untuk kegunaan peribadi atau
keluarganya dalam kuantiti yang munasabah bagi kegunaan dalam tempoh sebulan
untuk seorang individu . Ini adalah bagi mencegah mana-mana individu yang tidak
bertanggungjawab daripada menyalahgunakan kemudahan yang diberikan oleh
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
28/36
298Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
kerajaan dengan menjual ubat atau bahan beracun kepada rakyat tempatan atau
untuk tujuan jenayah khasnya penjualan haram pil psikotropik.
Seksyen 18 menegaskan tentang larangan untuk menjual ubat (bahan beracun)
kepada individu yang di bawah umur 18 tahun. Seksyen 24 menegaskan tentang
keperluan untuk membekalkan buku panduan (prescription book) tentang kandungan
[ingredient], cara penggunaan ubat, tarikh pengeluaran/mengilang ,tarikh luput,
kuantiti, nombor siri , dan nama penerima. Oleh yang demikian, melalui Seksyen 18
dan 24 ini, diharap pihak penjual ubat menjalankan tanggungjawab sosial mereka
dengan amanah tanpa memikirkan keuntungan semata-mata semasa menjual ubat.
Sementara Seksyen 26 pula menegaskan tentang tanggung jawab Pengarah
Kesihatan Awam atau Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan di mana-
mana negeri untuk mengeluarkan lesen mengikut keperluan / kesesuaian iaitu Lesen
Jenis A, Jenis B, Jenis C, Jenis D, atau Jenis E yang berdaftar. Dengan yang demikian
dapat mengawal penjualan ubat-ubatan tanpa lesen. Ini juga bagi memudahkan
kerajaan untuk mengawasi kedai-kedai ubat atau farmasi swasta di seluruh negara
demi keselamatan orang ramai.
Seksyen 28pula mewajibkan kedai-kedai ubat atau farmasi untuk disenaraikan dan
diterbitkan dalam Gazette kerajaan pada bulan Februari setiap tahun atas arahan
Pengarah Kesihatan Awam. Tindakan ini adalah sebagai prima facie bagi segala
maklumat urus niaga berkenaan penjualan ubat-ubatan atau bahan berkaitan
kesihatan.
Sale of drugs act 1952 (Revised 1989)
Tarikh kuat kuasa adalah pada 1.11.1952 (Malaya); 1.9.1989 (Wilayah Persekutuan
Labuan), 1.9.1999 di Sabah dan Sarawak dan Edisi Pindaan ialah pada 1.7.1989.
Di bawah Seksyen 4akta ini, memberi kuasa kepada seorang pegawai atau inspector
untuk memasuki dan memeriksa mana-mana premis yang beliau rasakan ada ubat
yang hendak dijual. Seterusnya beliau berhak menanda, membungkus atau
mengambil ubat bagi tujuan menimbang, menyukat, serta memeriksa cara penyediaan
ubat yang beliau rasakan menyalahi akta berkenaan.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
29/36
299Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Beliau juga berhak untuk merampas ubat yang difikirkan berbahaya kepada kesihatan
atas alasan serta bukti yang munasabah. Selain itu, beliau berhak memusnahkan
dadah yang didapati sudah tamat tempoh serta rosak. Seksyen 4 ini amat bertepatan
dengan kehendak dalam Akta Racun 1952 kerana ia saling melengkapi dalam
memastikan penjualan ubat-ubatan yang dikategorikan sebagai bahan berbahaya
(poisonous) dapat diselia dan dikawal dengan baik demi keselamatan orang ramai.
Seksyen 5 pula memberi kuasa kepada pegawai untuk mengambil atau meminta
sampel ubat untuk dianalisis dan keengganan penjual ubat untuk berbuat demikian
adalah satu kesalahan. Di bawah Seksyen 9 mana-mana pegawai yang dilantik boleh
meminta penjual ubat untuk menyerahkan buku atau salinan atau sebahagian (extract)
daripada rekod dalam buku atau dokumen urusan penerimaan, penyimpanan,
pembelian, penjualan atau penghantaran mana-mana ubat atau bahan yang disyaki
telah melanggar akta ini.
Akta Penjualan Ubat 1952 (Pindaan 1989), merupakan satu panduan yang amat perlu
dalam memastikan setiap urusan pembelian dan penjualan ubat-ubatan mematuhi
peraturan yang ditetapkan selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan rakyat
Malaysia mendapat khidmat kesihatan yang berkualiti dan memuaskan. Selain itu,
melalui akta ini juga kerajaan melalui pihak berwajib dapat mengawasi, memeriksa,
dan mengawal penjualan ubat-ubatan yang berbahaya kepada kesihatan atau yang
menyalahi undang-undang. Akta ini juga merupakan satu daripada cara kerajaan untuk
memastikan setiap penjual ubat tidak bertindak sewenang-wenangnya dalam urusan
perniagaan ubat-ubatan serta bahan yang berkaitan dengan kesihatan.
Akta pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit berjangkit 1988(Prevention and control of infectious diseases act1988)
Pelaksanaan dan penguatkuasaan akta ini yang bermula pada 1 April 1989bertujuan
memberi pemahaman tentang maksud penyakit berjangkit, faktor penyebab dan
langkah mengubat, mengawal serta mencegahnya, serta pihak yang diamanahkan
untuk bertindak dalam penguatkuasaan akta ini demi keselamatan serta kesihatan
rakyat Malaysia. Berdasarkan akta ini, pihak kerajaan telah menggariskan panduan
tentang beberapa perkara penting, antaranya adalah:
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
30/36
300Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
perlantikan pegawai yang ditauliahkan (authorized officer)untuk bertindak bagi
maksud penguatkuasaan akta ini di bawah Seksyen 3 dan menjalankan
tugasnya dengan amanah. Seksyen 5 pula menetapkan tentang keperluan
bagi pegawai polis, kastam dan imigresen serta pegawai dari jabatan kerajaan
yang lain harus menghulurkan bantuan apabila diminta berbuat demikian oleh
pegawai yang dilantik (authorized officer) bagi membolehkannya
melaksanakan tugas serta kuasa yang telah diamanahkan kepadanya bagi
maksud menguatkuasakan akta ini.
perisytiharan kawasan yang dijangkiti wabak (infected area) di bawah
Seksyen 6 seperti yang dikehendaki oleh Peraturan Kesihatan Antarabangsa
(International Health Regulation) oleh kerajaan (KKM) di dalam Gazette /
warta kerajaan dan seterusnya menjelaskan langkah-langkah pencegahan
bagi mengelakkan jangkitan daripada kawasan yang dijangkiti wabak.
Penguatkuasaan Seksyen 3 dan 5 merupakan satu langkah bijak kerajaan dalam
memastikan pegawai kerajaan bertindak bersama-sama dalam membendung
penularan jangkitan sesuatu wabak seperti SARS, HFMD, dan sebagainya daripada
menjangkiti rakyat Malaysia.
Melalui Seksyen 6 pula, memastikan orang ramai mendapat maklumat yang tepat
daripada kerajaan dan bukannya membuat sebarang spekulasi atau cerita dari mulut
ke mulut. Dengan itu, orang ramai dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi
mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan yang telah diisytiharkan dijangkiti
wabak penyakit. Penduduk yang tinggal di kawasan yang dijangkiti pula dapat
bertindak dengan mengawal serta mengurangkan aktiviti berkunjung ke kawasan lain
atau keluar daerah bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak. Jadi , di sini kita
dapat melihat betapa pentingnya akta ini dalam memberi panduan bertindak kepada
kerajaan dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada orang ramai.
Dalam Seksyen 7 pula menjelaskan kuasa pegawai yang dilantik untuk membuat
pemeriksaan kesihatan ke atas kenderaan yang memasuki Malaysia pada bila-bila
masa, orang perseorangan, haiwan, atau artikel di atas kenderaan. Seterusnya
mendapatkan sampel bagi maksud sanitasi ke atas kenderaan, orang perseorangan,haiwan, dan artikel berkenaan dengan mengasingkannya untuk di kuarantin atau
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
31/36
301Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
diperhatikan sehingga penyakit berkenaan tidak lagi berbahaya atau berjangkit kepada
orang lain.
Sementara Seksyen 10 menegaskan tentang perlunya memaklumkan tentang
sebarang kejadian wabak penyakit berjangkit kepada agensi kesihatan seperti klinik
dan hospital berdekatan bagi maksud tindakan rawatan, imunisasi, dan sebagainya. Ini
bagi mengelakkan penyakit berkenaan daripada berjangkit (Seksyen 12).
Seksyen 13 hingga 19 merupakan langkah-langkah pengawalan, pengasingan,
pemerhatian, pemeriksaan ke atas mayat, pelupusan mayat, disinfeksi dan penutupan
premis, serta perobohan struktur dalam usaha mencegah jangkitan wabak. Namun
demikian, amat jarang tindakan perobohan struktur dilakukan kecuali setakat menutup
premis seperti tadika, pusat asuhan kanak-kanak, dan sekolah rendah pernah diambil
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mencegah jangkitan penyakit SARS dan
HFMD yang telah tercetus tidak lama dahulu.
Bagi individu yang didapati menghalang atau mengganggu tugas-tugas pegawai yang
berkenaan, ingkar terhadap peraturan yang ditetapkan serta enggan memberikan
maklumat diminta atau memberi maklumat palsu adalah melanggar akta ini dan boleh
dikenakan penalti iaitu di penjara tidak melebihi dua tahun untuk kesalahan pertama
atau denda dan penjara tidak melebihi lima tahun bagi kesalahan kedua atau didenda
atau kedua-duanya sekali. Denda yang dikenakan biasanya tidak melebihi
RM1000.00.
Malaysian Health Promotion Board Act 2006 (1 April 2007)
Dalam Seksyen 14, Akta Majlis Mempromosikan Kesihatan Malaysia 2006 bahawa
objektif nya adalah untuk:
meningkatkan kapasiti keupayaan pertubuhan yang berkaitan dengan
kesihatan serta pertubuhan komuniti yang mempromosikan kesihatan.
merancang dan melaksanakan program-program serta aktiviti yang
bermanfaat kepada pertubuhan, komuniti khasnya belia.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
32/36
302Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
membangunkan serta menyokong strategi yang pelbagai dalam
mempromosikan gaya hidup sihat serta persekitaran yang selamat melalui
berbagai-bagai sektor demi meningkatkan taraf kesihatan.
menyokong dan membangunkan program yang meningkatkan kesihatan
rakyat dengan mencegah, mengurangkan atau menghentikan penggunaan
produk tembakau.
memberi dana bagi penyelidikan yang relevan dengan promosi kesihatan
serta dana untuk kesukanan, rekreasi, dan organisasi kebudayaan yang
mempromosikan gaya hidup sihat dan alam sekitar yang selamat.
Untuk mencapai objektif di atas tadi, melalui Seksyen 15 menjelaskan bahawa Malaysian
Health Promotion Board (MHPB) berfungsi sebagai:
menyediakan panduan dalam pemberian geran, menilai permohonan
mendapatkan geran bagi organisasi yang berkaitan dengan kesihatan
memastikan terma dan syarat pemberian geran atau dana memenuhi
kehendak permohonan
merancang, membangunkan dan melaksanakan tindakan perancangan dan
program yang mengukuhkan dan meningkatkan kapasiti untuk mempromosi
kesihatan
menilai dan memastikan jenis dan bentuk promosi kesihatan yang patut
disokong oleh MHPB
menjalin kerjasama erat (mutual support) dengan pertubuhan antarabangsa
yang mempunyai misi serta objektif yang sama dengan MHPB dalam
mempromosikan kesihatan
mendapatkan khidmat nasihat (consult) agensi dan jabatan kerajaan yangrelevan dengan akta ini.
Berdasarkan objektif dan fungsi MPHB di atas tadi, adalah jelas bahawa kerajaan memang
bersungguh-sungguh dalam memastikan kesihatan rakyatnya terurus dan terjaga dengan
rapi. Tanpa adanya panduan serta usaha pihak seperti di atas adalah agak sukar bagi
rakyat Malaysia menikmati tahap serta kualiti kesihatan seperti yang dinikmati pada hari
ini. Kesihatan yang berkualiti dan berpanjangan memerlukan perancangan gaya hidup
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
33/36
303Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
sihat yang teratur dengan teliti. Semoga semua rakyat Malaysia daripada segenap lapisan
dapat menikmati kesihatan yang baik sepanjang masa.
Akta dan peraturan yang dilaksanakan melalui penguatkuasaan oleh agensi kerajaan
terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia adalah salah satu daripada usaha murni
yang terancang dan terpakai sebagai suatu undang-undang bagi maksud memudahkan
rakyat Malaysia menikmati taraf hidup yang lebih tinggi. Dengan adanya penguatkuasaan
akta dan peraturan, maka agensi-agensi kerajaan yang berkenaan akan dapat
melaksanakan tanggungjawab dengan lebih lancar dan berintegriti. Selain itu, akta dan
peraturan merupakan satu panduan (guideline) yang sah di sisi undang- kerana akta dan
peraturan termaktub di bawah peruntukan-peruntukan tertentu dengan penguatkuasaan
atas arahan mahkamah.
Kenal pasti agensi-agensi (kerajaan, awam, persendirian, pertubuhan bukan
kerajaan) yang terlibat secara langsung dalam aspek penguatkuasaan dan peraturan berkaitan
kesihatan di negara Malaysia. Senaraikan tugas-tugas atau peranan yang dimainkan oleh
agensi-agensi tersebut.
RUMUSAN
Rancangan Kesihatan Sekolah yang telah dimulakan sejak tahun 1967 ini lagi, mempunyai
tujuan utamanya iaitu untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan
produktif. Sementara itu, meningkatkan taraf kesihatan pelajar merupakan matlamat pihak
kesihatan. Segala apa yang dirancang diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya, hasil
kerjasama semua pihak demi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan maju.
Program-program kesihatan yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh unit kesihatan di
sekolah (UKS) adalah amat baik, penting dan berguna demi meningkatkan dan memelihara
tahap kesihatan murid-murid di mana sahaja berada sama ada di dalam dan di luar sekolah.
Kesihatan adalah tunggak utama dalam kehidupan. Pengamalan dan gaya hidup sihat mampu
menjadikan murid-murid dan masyarakat mencapai hidup yang cemerlang.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
34/36
304Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Beberapa perancangan dan pelaksanaan yang telah dijalankan seperti Program Rancangan
Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Program Kesihatan Pergigian
Sekolah, Prostar dan Program Kempen Gaya Hidup Sihat semuanya adalah khusus untuk
menyedarkan dan memberi ilmu pengetahuan tentang betapa pentingnya amalan kesihatan
dalam kehidupan seharian.
Penglibatan dan komitmen semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi luar dan masyarakat
setempat merupakan pemangkin ke arah keberkesanan pelaksanaan program kesihatan di
sekolah yang berobjektifkan dan bermatlamatkan untuk melahirkan warga sekolah secara
keseluruhannya yang sihat, berkualiti dan berkeperibadian unggul merangkumi gaya hidup
sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Situasi
memberangsangkan ini dapat meningkatkan proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya
dapat membentuk warga negara yang sihat dan berketerampilan.
Bagi masyarakat Malaysia secara umumnya pula akan dapat menikmati kemudahan
perkhidmatan daripada kaki tangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berkualiti
dan memuaskan. Kerajaan melalui KKM dapat menjalankan core duty mereka tanpa sebarang
prejudis dan dengan itu penguatkuasaan akta dan peraturan yang dilaksanakan dapat
mencapai objektif yang dikehendaki selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan
komuniti sihat dan selamat.
Tanpa melibatkan masyarakat umum, adalah sukar bagi kerajaan untuk melaksanakan tugas
mereka dengan berkualiti kerana masyarakat adalah sasaran utama dalam pelaksanaan akta
dan peraturan. Tanpa kerjasama masyarakat sepenuhnya, mustahil segala perancangan dan
pelaksanaan program atau aktiviti kesihatan dapat berjalan sempurna. Ini kerana akta dan
peraturan yang dikuatkuasakan turut terpakai kepada semua masyarakat yang berada di
Malaysia.
Mana-mana individu yang melakukan aktiviti bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan
dalam sesuatu akta dan peraturan kesihatan dianggap melanggar peraturan dan boleh
disabitkan kesalahan dengan hukuman penjara atau denda yang telah ditetapkan oleh
mahkamah. Pelaksanaan akta dan peraturan ini juga memerlukan kerjasama semua pihak.
Kerjasama yang erat ini merupakan kunci kepada kejayaan pelaksanaan penguatkuasaan akta
dan peraturan yang telah ditetapkan.
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
35/36
305Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
Secara kesimpulannya segala perancangan dan perlaksanaan program-program kesihatan
sekolah, meliputi semua kegiatan-kegiatan dan pengalaman-pengalaman yang direka untuk
mempertahankan, menggalakkan di samping dapat menjaga kesihatan optima murid-murid
dan kegiatan sekolah.
KATA KUNCI
1. Program Kesihatan
2. Perkhidmatan Kesihatan
3. Pentaksiran Kesihatan
4. Pemeriksaan Klinikal
5.
Pemeriksaan Persekitaran
6. Akta dan Peraturan Kesihatan
PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan kepentingan aktiviti merancang dalam setiap program kesihatan yang hendak
dilaksanakan di sekolah
2. Senaraikan peranan yang dimainkan oleh Unit Kesihatan Sekolah dalam merancang
dan melaksanakan program-program kesihatan di sekolah
3. Bagaimanakah kolaborasi antara sekolah dan masyarakat dapat dibentuk dalam
menjayakan program hidup sihat di sekolah?
4. Jelaskan faktor-faktor yang diambil kira dalam perlaksanaan program hidup sihat di
sekolah.
5. Apakah cabaran dan halangan yang dihadapi oleh agensi-agensi yang terlibat secara
langsung dalam aspek penguatkuasaan dan peraturan berkaitan kesihatan di negara
Malaysia?
-
8/10/2019 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan
36/36
306Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan
RUJUKAN
Abdul Latif Ahmad(2002). Pengenalan program kesihatan sekolah. IPG Kampus Tun HusseinOnn Batu Pahat Johor
Jabatan Perdana Menteri (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Kuala Lumpur:Unit Perancangan Ekonomi:
Norkumala binti Awang.(2007). Gaya hidup sihat perlu keseimbangan rohani dan jasmani.Kuala Lumpur: IKIM
MediTV HUKM. Atas Talian.http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp.(akses 12Jan 2013)
Program Doktor Muda. Atas Talian.http://www.drmuda.gov.my/drmuda.(akses 29 Jun 2012).
http://sobhahunnur.blogspot.com/p/amalkan-aktiviti-rekreasi.html
http://sobhahunnur.blogspot.com/p/peranan-diri-kita-dan-masyarakat.html
http://www.edutraining.cc/pendidikan/semester2/Manusia%20dan%20alam%20sekitar.
http://www.mysenam.com/MySENAM.asp. (akses 29 Jun 2012)
http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asphttp://www.drmuda.gov.my/drmudahttp://www.drmuda.gov.my/drmudahttp://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp