Download - Pengenalan Persatuan
UNIT 1PENGENALAN:
Persatuan Sebagai Salah Satu Komponen Kokurikulum
Pengenalan
Unit ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada
pelajar tentang konsep kegiatan kokurikulum persatuan; meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum
persatuan. Unit ini akan merangkumi aspek definisi, konsep / teori dan etika
kokurikulum persatuan
Di samping itu, unit ini juga bertujuan untuk memupuk dan menghayati
nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
Hasil Pembelajaran
Di akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
i melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
profesionalisme
keguruan dalam Kokurikulum Persatuan;
ii menguasai kemahiran mengurus dan mentadbir persatuan;
iii memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas persatuan;
iv menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkan sikap positif secara
berterusan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti Kokurikulum Persatuan;
v meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri dalam perancangan dan
pengurusan Kokurikulum Persatuan; dan
vi menjadi penasihat persatuan yang berkesan di sekolah kelak.
1.1 Definisi
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mangamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. (Rujuk Peraturan 2 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) 1997. Seperti dalam
Warta Kerajaan, PU (A) 531/97)
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan
Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan
Kumpulan".
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26,
Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996,
Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif
Kokurikulum ialah Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan akan mengandungi yang berikut:
1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
1.2 Konsep/Teori/Dasar/Etika
1.2.1 Dasar Utama (1) Kegiatan Kokurikulum Adalah Sebahagian Daripada
Kurikulum
Kebangsaan - Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
2
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” Subperaturan 3(1) Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai
PU(A) 531/97.
Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB dimana Seksyen
135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ) menyatakan; kegagalan @ keengganan
melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan
bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya
sekali di bawah penalti am iaitu Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di
bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila
disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus
ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan
kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap
hari kesalahan itu terus dilakukan.
1.2.2 Dasar Utama (2) Penyertaan Murid Dalam Kegiatan Kokurikulum Adalah Wajib
“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan
setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-
kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan
persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”
– {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid
menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.
– {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk
menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai
PU(A)196/98.}
3
Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum
hendaklah direkod dan diberi penilaian.
– {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan
Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}
Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah
mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang
menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan
bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng
kelas.
– {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan
Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}
1.2.3 Dasar Utama (3) Penyertaan Semua Guru Adalah Wajib
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam
dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah
adalah wajib. Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan
keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan
tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang
kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.
Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah
diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan
atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral
dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut
“Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”.
4
1.2.4 Dasar Utama (4) Perlaksanaan “Kegiatan Kokurikulum”
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah
merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang
dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan
kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi
elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai
murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid
secara seimbang.
1.2.5 Dasar Utama (5) Penyertaan “Beramai-Ramai”
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan
prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau
paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di
kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16
November 2000).
Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat
merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan adalah
terbuka kepada semua pelajar.
1.2.6 Dasar-Dasar Sokongan Dalam Perlaksanaan Kokurikulum Di Sekolah
5
Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja
kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil
bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat;
bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang
menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang
sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.
– {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}
Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan
dan penyertaan anggota masyarakat setempat.
– {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}
Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam
kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras
dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai
aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa
ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan
yang berdaftar.(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).
Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan
program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara
terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat
untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
12/2000).
Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian
Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi
ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan
bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).
6
Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan
pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan
pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan
tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan semata-mata, tetapi
hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang
baik. (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan
bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang
mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat
antarabangsa.
Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat
dan kecemerlangan masing-masing kepada masyarakat awam.
7
UNIT 2 PENGURUSAN PERSATUAN
Pengenalan
Persatuan merupakan salah satu komponen Gerak Kerja Kokurikulum
yang diwajibkan di sekolah dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Ia berkaitan
dengan aktiviti berpersatuan seperti lawatan sambil belajar, pameran dan
pertandingan, yang menyokong kurikulum yang disampaikan kepada murid-
murid melalui mata pelajaran akademik. Aktiviti persatuan dapat memupuk nilai-
nilai murni dan ciri-ciri kepemimpinan di kalangan murid.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
i mengenali kokurikulum persatuan;
ii memahami konsep pengurusan persatuan;
iii mengetahui dan memahami keperluan perancangan dan
pengendalian
aktiviti persatuan; dan
iii menghayati nilai-nilai murni yang berkaitan
Matlamat, Objektif dan Arah tuju persatuan
Matlamat utama kokurikulum Persatuan di sekolah ialah untuk
mengeluarkan murid-murid yang berkeyakinan tinggi; berkreatif; yang
mempunyai ciri-ciri kepimpinan; dan yang dapat menghayati nilai-nilai murni.
Murid-murid yang mempunyai kesemua sifat yang tersebut akan menjadi
warganegara yang berguna dan berproduktif. Untuk mencapai matlamat ini,
setiap aktiviti yang dirancang dan dikelolakan haruslah mempunyai objektif
8
khusus yang boleh membawa kepada pencapaian matlamat utama.
Sehubungan itu semua aktiviti persatuan yang dirancang mestilah mempunyai
arah tuju yang spesifik yang menuju kepada pencapaian matlamat pada
akhirnya.
Persatuan yang dikendalikan di sekolah merangkumi semua subjek
major dan minor. Secara kasar jenis persatuan boleh dikategorikan
seperti berikut:
Persatuan Bahasa
Persatuan Budaya
Persatuan Subjek major
Persatuan Subjek minor
2.1 Pengurusan Persatuan
Pengurusan adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari melalui
pengalaman. Namun begitu, beberapa langkah perlu diambil untuk mengurus
persatuan dengan sistematik merangkumi penguasaan ilmu pengetahuan yang
merangkumi aspek-aspek berikut:
2.1.1 Penubuhan persatuan
9
2.1.2 Perlembagaan
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi
semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap
penting bagi pentadbiran sesebuah persatuan. Perlembagaan berperanan
menentukan bidang kuasa J/kuasa, peraturan, syarat, dan sebagainya.
Sebagai contoh; Pada mematuhi Subperaturan 5 {(1)(a)} dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei
1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan)
(Nama Pertubuhan dan alamat) yang selepas ini disebut sebagai
”persatuan” sahaja.
Perlembagaan juga ialah suatu kumpulan undang-undang dasar
yang menentukan cara pentadbiran sesebuah persatuan itu dijalankan.
Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh ahli
J/Kuasa, hak-hak yang dipunyai oleh ahli dan perhubungan antara
Pimpinan J/kuasa dengan ahli.
2.1.3 Garis panduan
Garis panduan juga merupakan dokumen yang di bina dan di rujuk
oleh ahli persatuan yang merangkumi peraturan, perancangan aktiviti
tahunan, tatacara perlaksanaan, sasaran dan sebagainya yang lebih
terperinci dan menjadi rujukan utama dalam pengurusan persatuan.
2.1.4 Kewangan
Kewangan merupakan faktor utama dan pemangkin untuk
menggerakkan persatuan dimana melalui sumber kewangan yang cukup
persatuan dapat melaksanakan aktiviti dengan berkesan. Persatuan boleh
mendapat sumber kewangannya melalui yuran masuk, yuran bulanan /
tahunan, derma atau aktiviti keusahawanan. Sumber kewangan persatuan
10
adalah di uruskan oleh Bendahari. Bendahari yang perlu membuat
penyata kewangan dengan rapi , teratur dan sistematik.
2.1.5 Protokol
Ia merujuk kepada norma atau Peraturan-peraturan yang telah
diterima oleh semua pihak, dalam hubungan hariannya dalam masyarakat
atau dalam pelbagai istiadat atau situasi atau majlis yang rasmi dan yang
bukan rasmi.
Bertujuan mengamalkan sopan santun, memudahkan pengurusan &
pengendalian, serta memberi penghormatan yang sewajarnya kepada
pihak lain.
Melalui persatuan, protokol dapat diaplikasikan dalam banyak
perkara yang melibatkan pihak kedua atau ketiga seperti protokol dalam
surat menyurat, pengendalian mesyuarat dan sebagainya.
2.1.6 Surat menyurat
Dalam melaksanakan aktiviti persatuan, surat menyurat merupakan
elemen penting yang perlu diberi perhatian. Surat bertindak sebagai alat
komunikasi, rekod persatuan dan bahan bukti perlaksanaan aktiviti yang
dirancangkan.
Surat boleh diklasifikasikan kepada TERBUKA, TERHAD, SULIT,
RAHSIA, RAHSIA BESAR atau PERSENDIRIAN.
Surat boleh dibuat dalam format atau bentuk SURAT RASMI,
SURAT TIDAK RASMI atau MEMO.
Kesemua Format dan Klasifikasi surat yang dinyatakan di atas
mempunyai tatacara dan peraturan penulisan tertentu yang perlu dipatuhi.
Didalam persatuan, Ia biasanya menjadi tugas dan tanggungjawab
Setiausaha.
2.1.7 Sistem fail
Sistem Fail merujuk kepada Proses Mengklasifikasi, Menyusun,
Menyimpan Dan Menyelenggara Fail-Fail Bagi Memudahkan
11
Pengurusannya Apabila Diperlukan. Pengurusan sistem fail secara
sistematik perlu dipelajari dengan tujuan:
meningkatkan kefahaman dan kesedaran pelaksanaan
sistem rekod dan fail yang yang betul dan berkesan;
Memahami dan memahirkan pengendalian penyimpanan,
pelupusan rekod dan fail yang kemas kini dan sistematik.
Memahami untuk menulis dan merekod surat rasmi dengan
menggunakan teknik yang betul.
2.1.8 Pengurusan mesyuarat
Mesyuarat merujuk kepada Perbincangan di antara 2 pihak atau
lebih untuk mencapai objektif bersama melalui proses komunikasi.
Pengendalian dan tatacara mensyuarat adalah berbeza di antara satu
sama lain mengikut keahlian, organisasi, objektif dan agenda.
Untuk melaksanakan sesebuah mesyuarat,beberapa langkah perlu
dilakuan seperti membentuk dan menyusun agenda mesyuarat yang
meliputi Perutusan pengerusi, Pengesahan minit mesyuarat yang lalu,
Perkara-perkara berbangkit, Senarai perkara-perkara baru yang hendak
dibincangkan, Pembentangan kertas kerja (jika perlu), Hal-hal lain dan
Penutup.
Setiausaha bersama pengerusi hendak bersama-sama membentuk
agenda mesyuarat yang dirancangkan.
2.1.9 Peranan dan tanggungjawab AJK persatuan
Pengerusi
o Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
o Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
12
Timbalan Pengerusi
o Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggung jawab yang diberi dan boleh membuat keputusan
jika perlu.
o Memangku tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.
o Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.
Naib Pengerusi
o Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggung jawab yang diberi.
o Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan
pengerusi.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
Setiausaha
o Menguruskan hal-hal surat menyurat.
o Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan
kegiatan-kegiatan.
o Mencatat kehadiran ahli
o Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
Penolong Setiausaha
o Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas
dan tanggungjawabnya.
o Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan
Setiausaha.
o menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
13
Bendahari
o Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Persatuan
o Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
kesahihannya.
o menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan
serta menandatanganinya.
o Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
o Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
Penolong Bendahari
o Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan
Bendahari.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
Ahli Jawatankuasa
o Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan
aktiviti yang dilaksanakan.
o Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa
Pemeriksa Kira-Kira
o Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan
Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
o Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul
14
2.2 Prosedur Penubuhan Persatuan
2.2.1 Mewujudkan/Penubuhan Jawatankuasa Penaja (Minimum 7 org
Ahli)
2.2.2 Mengadakan ‘Mesyuarat JK Penaja’- Bincang Persediaan
Penubuhan.
2.2.3 Membina dan menyediakan Draf Perlembagaan Persatuan dan
Peraturan Persatuan Kelab/Persatuan.
2.2.4 Draf Aktiviti Tahunan.
2.2.5 Mengadakan Majlis perjumpaan / ‘Mesyuarat Agung Penajaan’ dgn
ahli
2.2.6 Surat Permohonan Penubuhan Persatuan (Penaja).
2.2.7 Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan
(Pengarah/Pengetua/Guru Besar) institusi masing-masing.
2.2.8 Pengendalian Mesyuarat Agung (Tjwb Jawatankuasa Penaja):
2.2.8.1 Notis Mesyuarat Agung, Edar borang Usul
2.2.8.2 Surat Jemputan Mesyuarat
2.2.8.3 Mesyuarat Agung:
2.2.8.3.1 Pelantikan pengerusi dan AJK
2.2.8.3.2 Perbincangan Perlembagaan
(persetujuan/pindaan)
2.2.8.3.3 Peraturan-peraturan
2.2.8.3.4 Sumber Kewangan Persatuan
2.2.8.3.5 Cadangan Aktiviti
2.2.8.3.6 Hal-hal lain
2.2.8.3.7 Mencatat Minit
2.2.9 Pengurusan, Pelaksanaan aktiviti persatuan dan
Pemantauan(T/Jwb AJK persatuan)
2.2.10 Dokumentasi dan sistem fail
2.2.11 Pengauditan.
15
UNIT 3,4 & 5 Pelaksanaan Projek Persatuan
Pengenalan
Unit ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada
pelajar tentang mengadakan mesyuarat dan melantik ahli jawatankuasa,
membincang peranan dan tanggungjawab setiap AJK dan ahli, merancang
aktiviti dan melaksanakannya dan Menilai aktiviti yang dijalankan dan membuat
pelaporan dokumentasi. Disamping itu pelajar di dedahkan juga berkaitan logo,
moto dan lagu persatuan serta refleksi terhadap apayang telah mereka
laksanakan
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. Membentuk logo, moto dan lagu persatuan;
2. Merancang, melaksana dan mengendalikan mesyuarat;
3. Menghasilkan sebuah kertas kerja projek, surat menyurat, penubuhan
AJK pengelola, anggaran perbelanjaan, aturcara pentadbiran, buku
program;
4. Membuat persembahan projek yang dirancangkan
5. mengetahui dan memahami keperluan perancangan dan pengendalian
aktiviti persatuan; dan
6. menghayati nilai-nilai murni yang berkaitan
7. membuat refleksi
16
3.1 Logo, motto dan lagu persatuan
3.1.1 Logo
Perkataan logo ialah singkatan daripada Logogram. Logo
merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej
tertentu serta fungsi yang tertentu. Pada masa kini istilah logo telah
digunakan bagi menggambarkan isyarat, emblem, coat of arms, simbol
dan juga bendera. Logo adalah singkatan perkataan logogram iaitu gubah
ringkasan sesuatu bentuk. Logo berfungsi sebagai satu simbol atau tanda
pengenalan bagi:
– Pertubuhan
– Persatuan
– Kelab
– Barangan komersial
– Syarikat
– Perkhidmatan
– Kempen
– Pameran
Sumber Ilham untuk penciptaan Logo boleh di perolehi dari Flora
dan Fauna, manusia, Objek ciptaan manusia, Huruf, Angka dan juga
bentuk Geometri.
Terdapat 3 kumpulan jenis logo iaitu:
A. Logo Huruf
Logo huruf dikenal sebagai logotype atau alphagram
Dicipta berdasarkan rupa bentuk satu huruf atau angka
sahaja, beberapa huruf yang digabungjalinkan atau
beberapa huruf dalam satu perkataan.
17
Singkatan (initial) yang mewakili sesuatu pertubuhan dipilih
untuk gubahan logo pertubuhan itu.
B. Logo Representasi
Dikenali sebagai pictogram
Dicipta berdasarkan rupabentuk objek-objek di alam
sekeliling.
Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk
menghasilkan imej visual yang ringkas tetapi masih
mengekalkan sifat-sifat asal objek itu.
Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat
menyampaikan mesej dengan jelas tanpa sebarang
penerangan.
C. Logo Simbol
Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana
dapat menyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira
bahasa dan bangsa.
Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek
untuk mewakili perkara-perkara yang ada perkaitan
dengannya.
3.1.2 Motto
Motto adalah sebuah logan singkat yang mudah ingat untuk
dijadikan pedoman sehingga mampu memotivasi dan mendorong untuk
lebih maju.
3.1.3 Contoh Logo, Motto dan Lagu
3.1.3.1 Logo MRSM
18
Huraian Logo MRSM
1. Roda Bergigi - Setiap gigi mewakili negeri dalam
Malaysia di mana MARA memberi
perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan
aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh
Bumiputera. Mewakili 14 buah negeri di Malaysia.
2. Teleskop dan Alatan Sains -
Melambangkan sains dan teknologi
masa kini.
3. Slogan - BERDISPLIN BERILMU DAN BERAMAL
Pada logo tersebut mewakili sahsiah terpuji yang diterapkan
pada pelajar. Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan
teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan
disemai. Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi
pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing
pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.
4. HITAM - Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan
semangat untuk membantu secara berterusan golongan
Bumiputera
5. MERAH - Melambangkan keberanian untuk mara ke
hadapan menerokai peluang-peluang baru
19
3.1.3.2 Motto - KOMITMEN KE ARAH KECEMERLANGAN
3.1.3.3 Lagu MRSM
Wahai putera puteri bangsaku
ayuh segera menuju
mengikut gerak langkah maju
bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
negara perlukan jasamu
janganlah rasa malas lagi
bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
tuntut ilmu jangan jemu
tingkat taat setia pada guru
berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
hari esok berjaya
tingkatkan segala yang ada
ke kuliah kita segera
4.1 Perancangan dan pengendalian Mesyuarat
4.1.1 Mengadakan Mesyuarat dan melantik ahli jawatankuasa
20
Mesyuarat pertama adalah mesyuarat dengan semua ahli
persatuan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Penasihat Persatuan.
Dalam mesyuarat ini beberapa keputusan yang penting dan dipersetujui
oleh semua ahli diambil. Satu Jawatankuasa Pengurusan dipilih secara
demokratik untuk mengurus persatuan bagi sesuatu tempoh masa.
Setiausaha akan mencatat dan menyediakan minit mesyuarat. Selain
daripada ini AJK pengurusan akan mengadakan Mesyuarat AJK dari
semasa ke semasa untuk membincang, merancang dan membuat
keputusan yang berkaitan.
Adakah anda masih ingat tentang AJK yang anda dipelajari dalam Unit 2?
Sila nyatakan siapakah anggota sesuatu jawatankuasa?
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
4.1.2 Membincang peranan dan tanggungjawab setiap AJK dan ahli
Setelah Ahli Jawatankuasa Pengurusan dipilih, peranan dan
tanggungjawab setiap orang AJK mestilah dibincang dan diterangkan
agar segala urusan dapat dijalankan dengan berkesan. Di antara tugas
adalah seperti:
Memastikan interaksi berlaku mengikut jadual yang telah
ditetapkan
Memastikan interaksi/aktiviti dikendalikan mengikut sukatan
pelajaran yang sedia ada
21
Memastikan semua ahli hadir pada setiap sesi interaksi
Sekiranya ada ahli yang tidak hadir, mesti dapatkan
maklumat dan tindakan mesti diambil terhadap ahli yang
tidak hadir tanpa sebab
Memastikan penyertaan semua ahli dalam semua aktiviti
persatuan.
4.1.3 Merancang aktiviti dan melaksanakannya
Selain daripada perkara yang terdapat dalam sukatan pelajaran
adalah penting untuk persatuan mengadakan aktiviti-aktiviti yang
menyokong seperti lawatan sambil belajar, pertandingan, pameran,
perhimpunan, persembahan dan lain-lain untuk memberi pendedahan dan
maklumat tambahan kepada ahlinya.
Sebelum mengadakan aktiviti, mestilah merancang. Perancangan
memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk merealisasikan apa yang
dirancang. Perancang harus dibuat oleh Jawatankuasa yang dilantik untuk
mengendalikan sesuatu aktiviti. Di antara perkara-perkara yang patut
dibincang dan diambil tindakan dalam fasa perancangan adalah: aktiviti
yang hendak dilakukan, tujuan, tarikh/tempoh, tempat, fasilitator, peserta,
kewangan, atur cara, pengangkutan, dan kebenaran dari pihak-pihak yang
berkenaan.
4.1.4 Menilai aktiviti yang dijalankan dan membuat laporan
Setiap aktiviti yang dikendalikan mesti dinilai untuk mengetahui
keberkesanannya. Penilaian boleh dibuat dengan beberapa kaedah
seperti pemerhatian, membuat tinjauan menggunakan soalselidik, dan
daripada pencapaian yang diperoleh.
Penilaian yang dibuat harus menunjukkan kedua-dua aspek iaitu
kekuatan dan kelemahan jika ada. Laporan penilaian terperinci perlu
22
dibuat berdasarkan kepada dapatan tinjauan dan dibentang dalam
Mesyuarat Pasca Nilai yang harus diadakan selepas sesuatu aktiviti
dijalankan. Dalam mesyuarat ini kekuatan dan kelemahan harus
dibincang secara terperinci dan membuat cadangan untuk memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang terdapat untuk masa akan datang.
4.2 Pelaksanaan Projek Persatuan di Peringkat Sekolah
Perancangan aktiviti persatuan perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:
4.2.1 Sebelum Pelaksanaan Projek
pemilihan aktiviti
Aktiviti-aktiviti persatuan yang boleh dijalankan antaranya ialah:
a. menganjurkan seminarb. menganjur lawatanc. menganjur pertandingand. menganjur ceramah / bengkel / seminare. mengadakan pameranf. menganjurkan program anak angkatg. gotong royongh. menemu ramahi. meneroka bidang yang bersesuaian dengan persatuanj. buat kerja lapangan
penyediaan kertas kerja
a. tajukb. matlamatc. jawatankuasa kerjad. anggaran perbelanjaane. program
pengurusan
a. mengadakan mesyuaratb. menyediakan senarai pesertac. urusan surat menyurat
kewangan
23
a. anggaran perbelanjaanb. sumber kewangan
Sediakan kertas kerja pengendalian satu projek/program persatuan yang mesti dilaksanakan di sekolah anda. Perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian:
i. tajukii. objektifiii. jawatankuasa kerjaiv. anggaran perbelanjaanv. aturcara program
Contoh format kertas kerja:
SEKOLAH MENENGAH ………………………………………………………….
Tajuk :
Objektif :
Jawatankuasa :
Kewangan :
Aturcara program:
Lampiran:
Senarai nama peserta:
24
Salinan surat berkaitan:
4.2.2 Semasa Pelaksanaan Projek
Pelaksanaan
a. cara-cara pelaksanaan projekb. agensi/pihak lain yang terlibatc. aspek pengelolaan
keselamatan
a. aspek-aspek keselamatan yang ditekankanb. langkah-langkah keselamatan
tugasan
a. arahan tugasan jelasb. kepentingan tugasanc. penglibatan peserta dalam tugasan
4.2.3 Selepas Pelaksanaan Projek
Pelaporan
a. bentuk pelaporanb. tempoh penyediaan laporan
Refleksi
a. cara pelaksanaan refleksib. hasil refleksi
25
Tuliskan satu laporan lengkap tentang program yang telah
dilaksanakan. Nyatakan kelebihan dan kekurangan yang terdapat
pada program tersebut. Beri cadangan penambahbaikan supaya
program seperti itu lebih berjaya lagi di masa hadapan. Sertakan
bersama bukti-bukti aktiviti seperti gambar, buku program, surat-
surat berkaitan dan sebagainya.
BIBLIOGRAFI
1. Ab Alim Abdul Rahim, 2004. Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, Kuala Lumpur; Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Ab Alim Abdul Rahim, 2004. Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering, Kuala Lumpur; Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3. Ahmad Fazli Yusof, Amrizal Anuar, 2005. Resepi Kejayaan Untuk Setiausaha Persatuan. Kuala Lumpur: PTS. Litera Utama
4. Omardin Ashaari, 1997. Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur; Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
5. http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas
26
AHLI PANEL
Bil Nama Institut/Bahagaian
1. En. Baharuddin bin Abd Latif
( Penyelaras )
Pusat Perkembangan Akademik, IPGM Cyberjaya
2. En.Mohamad Hafedz bin Salleh IPG Kampus Darul Aman
3. Tn. Hj. Ruslan bin Saad IPG Kampus Sultan Abdul Halim
4. Tn. Hj. Mohd. Noor bin Awang IPG Kampus Kota Bharu
5. En. Hishamuddin bin Hassan IPG Kampus Temenggong Ibrahim
6 En. Hamidi bin Abdul Aziz IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
7. En. Mustafa bin Othman IPG Kampus Temenggong Ibrahim
27
LAMPIRAN
PROSEDUR TETAP PENUBUHAN PERSATUAN(Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan)
1. Penubuhan
1.1 Mesyuarat penaja.1.2 Surat permohonan penubuhan dari Guru Pemimpin/Penasihat Pasukan Pakaian
Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan kepada Pengetua/Guru Besar. ( Rujuk Lampiran 1 )
1.3 Surat Perlantikan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/ Penasihat Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan. ( Rujuk Lampiran 2 )
1.4 Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan, Kelab Sukan/Permainan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 3 )
1.5 Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 4 )
1.6 Surat Penurunan Kuasa daripada Pemimpin melalui Pengetua/Guru Besar kepada Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 5 )
1.7 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 6 )
1.8 Surat permohonan menubuhkan Pasukan Pakaian Seragam kepada agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. ( Rujuk Lampiran 7A, 7B )
2. Pelaksanaan
2.1 Perkara-perkara yang perlu ada dalam Takwim ( Rujuk Lampiran 8 )
a. Pendaftaran.
b. Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.
28
c. Mesyuarat Agung setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/
Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.
d. Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan bagi kali 1,2 ..,.
e. Rancangan aktiviti.
f. Hari Kokurikulum Sekolah.
g. Penilaian
h. Pelaporan.
2.2 Contoh Bentuk Format Takwim. ( Rujuk Lampiran 9 )
2.3 Surat permohonan mengutip derma untuk Pasukan Pakaian Seragam,Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan.(Rujuk
Lampiran 10 )
2.4 Surat kelulusan mengutip derma dari Pengetua / Guru Besar dan contoh resit derma.( Rujuk Lampiran 11 )
2.5 Surat pemberitahuan sekolah kepada ibubapa / penjaga berkaitan penglibatan murid dalam Kokurikulum. ( Lampiran 12 )
2.6 Surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum. ( Rujuk Lampiran 13 )
3. Kandungan Fail dan Buku Pelaporan
3.1 Kandungan Fail Pasukan Pakaian Seragam, Kelab / Persatuan, Kelab Sukan / Permainan. ( Rujuk Pengurusan Fail )
3.2 Kandungan dalam buku pelaporan . ( Rujuk Lampiran I dan J )
4. Lawatan
4.1 Prosedur-prosedur lawatan. ( Rujuk Lampiran H )
29
Contoh Surat Permohonan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Per satuan Dan Kelab Sukan/Permainan
SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan: Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami: Saujana Utama, Tarikh: 47000 Sungai Buloh,SELANGOR
Pengetua,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN PERGERAKAN PENGAKAP
Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, RAMLI BIN PUTIH berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan PERGERAKAN PENGAKAP SMK SAUJANA UTAMA mulai 3 hb.Januari , 2005.
2. Bersama-sama ini disertakan :
2.1 Draf Perlembagaan.2.2 Draf Aktiviti Asas.2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.
3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
30
……………………………………..( )Guru Pemimpin Pengakap,SMK Saujana Utama,47000 Sungai Buloh,SELANGOR.
s.k. PK KokurikulumS/U KokurikulumFail Pengakap
SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan: Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami : Saujana Utama. Tarikh: 3 Januari 200547000 Sungai Buloh, SELANGOR
Tuan,
KELULUSAN PENUBUHAN _______________________________________________
Merujuk surat tuan ............................... bertarikh 12 Disember 2004 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan ............................................... SMK SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH, SELANGOR adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai .......................................
2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………..( )Pengetua,SMK Saujana Utama,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
31
Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. GPK Kokurikulum3. S/U Kokurikulum4. Fail
SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan: Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami: 47000 Sungai Buloh , Tarikh: 2 Januari 2005SELANGOR.
Tuan,
PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PEMIMPIN PERGERAKAN PENGAKAP
Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting berkuatkuasa mulai 1 hb. Januari 2005 hingga 31hb. Disember 2005.
a. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan.
3. Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan pergerakan pengakap.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………….( )Pengetua,
32
SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh. SELANGOR.Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Fail Peribadi 2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah3. Fail Pengakap
Lampiran 4Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Passukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
33
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.
Contoh Surat Penurunan Kuasa Daripada Guru Penasihat/Pemimpin Kepada Ahli Jawatankuasa
SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan :Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami :Saujana Utama, Tarikh: 47000 Sungai Buloh,SELANGOR
Melalui dan salinan:
Pengetua,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
Saudara,
SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASA
Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, saudara telah dilantik sebagai Pengerusi Pergerakan Pengakap SMK Saujana Utama, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005 hingga 31 Disember 2005.
2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh saudara.
3. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
34
…………………………………………….( )Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
s.k. 1. Fail Pengakap2. Fail Guru Penasihat/Guru Pemimpin 3. S/U Kokurikulum
Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa
1. Pengerusi
1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan diambil tindakan sewajarnya.1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan
tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa
2. Naib Pengerusi
2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
3. Setiausaha
3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru
Pemimpin.3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
4. Penolong Setiausaha
4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.4.2 Berkerjasama dengan setiausaha.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
5. Bendahari
5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin.5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
35
5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.
6. Ahli Jawatankuasa
6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.
7. Pemeriksa Kira-Kira
7.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir tahun.
7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
Contoh Surat Pendaftaran Pergerakan Pengakap SekolahDaripada Guru Penasihat/Pemimpin Kepada Pesekutuan Pengakap Malaysia
SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan : Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami : 47000 Sungai Buloh, Tarikh:SELANGOR.
PesuruhjayaPersekutuan Pengakap Malaysia,Daerah Kuala Selangor,
, .
Melalui dan salinan:
Pengetua,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
Tuan,
PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP SEKOLAH
Berhubung perkara tersebut diatas, bersama-sama disertakan senarai ahli-ahli Kumpulan Pengakap SMK Saujana Utama, Kuala Selangor dan juga senarai guru-guru penasihat yang akan mengendalikan kumpulan pengakap tersebut.
2. Semoga dengan pendaftaran tersebut pihak sekolah akan memperolehi segala berita pengakap semasa agar dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
36
…………………………………………….( )Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
s.k. 1. Pengarah Pelajaran Selangor.2. Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor.3. Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor.4. Fail Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah5. Fail Pengakap
Contoh Perkara-Perkara Yang Perlu Ada Dalam Takwim/Rancangan Pengakap
Bulan Minggu/Tarikh
Aktiviti Catatan/Tindakan
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Pendaftaran Kelab/Persatuan
Pendaftaran Ahli
Suai Kenal Antara Ahli Pengakap
Penyusunan Organisasi
Tanggungjawab Ahli
Dasar Berpengakap
Peraturan dan Undang-Undang
Bendara
Pemakaian Lencana
Lagu Kebaangsaan
Lagu Negeri
Simpulan dan Ikatan
Pengurusan
Perjumpaan Pek/Terup
Istiadat Perlantikan
Kemahiran Berpengakap
Mesyuarat Agung
Pengetua/GuruBesar/ GPK KOKO/Guru Penasihat
37
Okotber
November
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Minggu 2
Minggu 4
Pertolongan Cemas
Membaca Peta
Pengembaraan
Kawad Kaki
Perkhemahan PerdanaHari Kokurikulum
Contoh Surat Permohonan Kebenaran Memungut Derma,
SMK Saujana Utama, Rujukan Tuan : Persiaran Saujana 3, Rujukan Kami : Saujana Utama, Tarikh : 47000 Sungai Buloh,SELANGOR
Pengetua,SMK Saujana Utama,Persiaran Saujana 3,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
Tuan,
PERMOHONAN MEMUNGUT DERMA PERGERAKAN PENGAKAP
Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, ..................... berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk memungut derma Pergerakan Pengakap SMK Saujana Utama, Kuala Selangor mulai 1 hb.Januari , 2005.
3. Bersama-sama ini disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai jumlah pungutan derma yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli.
3.1 Kutipan setiap minggu ialah RM ...........3.2 Kutipan setiap bulan ialah RM 1............3.3 Kutipan setahun ialah RM …………….
3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
38
……………………………………..( )Guru Pemimpin Pengakap,SMK Saujana Utama,Saujana Utama,47000 Sungai Buloh, SELANGOR.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Fail Pengakap
Lampiran 11
Contoh Surat Kelulusan Mengutip Derma, Pergerakan Pengakap SMK Bandar Baru Uda
SMK Bandar Banting, Rujukan Tuan : SMKBB/7/P/2005( 15 ) Jalan Telekom 2, Rujukan Kami : JEA2003/PKS/05/2005(10)42700 Banting, Tarikh : 25 Januari 2005SELANGOR.
Encik Ramli bin Putih,Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap,Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting,42700 Banting,SELANGOR.
Tuan,
KELULUSAN MEMUNGUT DERMA PERGERAKAN PENGAKAP
Merujuk surat tuan SMKBBU/7/P/2003(15) bertarikh 25 Januarri 2005 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk memungut derma Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai1 hb. Januari 2005.
2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
39
……………………………………..( )Pengetua,SMK Bandar Banting,42700 Banting,SELANGOR. Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Fail Pengakap3. Fail Guru Penasihat/Guru Pemimpin
Lampiran 12
Contoh Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga, Pengelibatan Anaknya Dalam Pergerakan Pengakap SMK Bandar Baru Uda
SMK Bandar Banting, Rujukan Tuan : Jalan Telekom, Rujukan Kami : JEA2003/PKS/05/2005(12) 42700 Banting, Tarikh : 28 Januari 2005SELANGOR.
Encik Putih bin Sulaiman,No. 21, Jalan Jelawat 3,Taman Sri Putra,42700 Banting,SELANGOR.
Tuan,
PENERIMAAN AHLI PERGERAKAN PENGAKAP
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, Putera bin Putih pelajar Tingkatan 1A2, telah diterima menjadi ahli Pergerakan Pengakap SMK Bandar Banting, Kuala Langat dan dikehendaki menjalani latihan/perjumpaan pada setiap hari Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi.
2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah telah meluluskan kutipan derma Pergerakan Pengakap Sekolah berjumlah RM 12.00 setahun. Oleh itu, pihak kami berbesar hati jika anak tuan dapat membuat pembayaran kepada bendahari samada pembayaran mengikut mingguan (RM 0.25), atau bulanan (RM 1.00) atau tahunan (RM 12.00) bermula dari bulan Januari 2005.
2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
40
……………………………………..( )Pengetua,SMK Bandar Banting,42700 Banting,SELANGOR. Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Fail Pengakap3. Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap
Lampiran 13Contoh Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga, Ketidakhadiran Anaknya Dalam Pergerakan Pengakap SMK Bandar Baru Uda
SMK Bandar Banting, Rujukan Tuan : Jalan Telekom 2, Rujukan Kami : JEA2003/PKS/05/2005(25)42700 Banting, Tarikh : 3 Mac 2005SELANGOR
Encik Putih bin Sulaiman,No. 21, Jalan Jelawat 3,Taman Sri Putra,42700 Banting,SELANGOR.
Tuan,
KETIDAKHADIRAN AHLI PERGERAKAN PENGAKAP
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, Putera bin Putih pelajar Tingkatan 1A2, seorang ahli Pergerakan Pengakap SMK Bandar Banting, Kuala Langat telah tidak hadir semasa latihan / perjumpaan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 hingga 11.00 pagi sepertimana tarikh-tarikh berikut:
Tarikh: 10 Januari, 17 Januari, 8 Februari 2005
2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah memohon kerjasama pihak tuan untuk mempastikan bahawa ketiidakhadiran anak tuan pada tarikh tersebut adalah dalam pengetahuan tuan. Pihak kami sangat berbangga jika pihak tuan dapat berjumpa Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap (En. Ramli bin Putih) untuk mendapat makluman selanjutnya.
2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
41
……………………………………..( )Pengetua,SMK Bandar Banting,42700 Banting, SELANGOR. Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Guru Pemimpin Pengerakan Pengakap.3. Fail Pengakap
42