Transcript
Page 1: Pendidikan Akidah Merupakan Asas Kepada Pembinaan Islam Pada Diri Seseorang

PENGENALAN

Dewasa ini aliran pemikiran barat sudah mendominasi pemikiran masyarakat dalam

pelbagai aspek. Peradaban barat kini telah menguasai dunia. Banyak perubahan-perubahan

peradaban yang dilihat pada remaja atau belia kini. Pemikiran barat merupakan petaka buruk

bagi masyarakat dan peradaban Timur. Masyarakat timur yang menonjolkan peradaban mulia,

telah luntur sedikit demi sedikit dan semakin terpengaruh dengan aliran pemikiran barat.

Dalam Susana dunia yang semakin mencabar, ramai manusia terpengaruh dengan

aliran pemikiran barat sehinggakan mereka berebut-rebut mengejar kekayaan , kemewahan

dan kesenangan duniawi tanpa memperdulikan lunas-lunas ajaran agama. Apa yang penting

bagi mereka, kekayaan, kemewahan dan kesenangan mesti diperolehi semaksimum yang

boleh. Akibatnya sesebuah organisasi masyarakat itu telah leka dari menjaga sikap-sikap

murni dan nilai keagamaan. Maka apa yang kita lihat sekarang, ramai golongan remaja yang

telah terpesong akidah dan pemikirannya dipengaruhi ideologi barat . Kini, saban hari kita

didengarkan dengan pengaruh negetif dari barat.Pelbagai isu seperti ajaran sesat, pelacuran,

rogol dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak sihat telah berlaku.

Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia

merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah

menyebabkan amalannya tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T dan mudah terperdaya

dengan ideologi barat. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi

Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah.

Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa

setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di

zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya

penyebaran ideologi barat yang tersebar melalui internet dan teknologi maklumat yang

berkembang dengan begitu pesat sekali. Jelaslah akidah memainkan peranan penting dalam

pembangunan ummah.


Top Related