Download - Pemanasan Global
|
Pengenalan
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi
berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walaupun pada waktu
malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti
penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka pelepasan asap
kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
Ahli-ahli sains dan geografi bersependapat bahawa punca utama pemanasan global ialah
penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon(CFC).Sebenarnya, isu
peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan
ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga
memberi galakan kepada isu pemanasan global.
Peningkatan suhu global akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan
permukaan air laut, meningkatnya fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan
populasi. Akibat-akibat pemanasan global yang lain adalah kemusnahan hasil pertanian,
hilangnya glester, dan pupusnya berbagai jenis hidupan. Aktiviti pemanasan global
meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia.
6
|
Rajah Menunjukkan pemanasan Global
Punca – Punca Berlakunya Pemanasan Global
Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran
bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah
mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida. Semakin banyak gas
karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu
meningkatkan suhu udara secara global.
perindustrian
Selain itu,kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan
pergerakan mereka di bumi ini.Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan
bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah
banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.
6
|
Pengangkutan
Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan
hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang
kepada pemanasan global.Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan oksigen dengan
karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan
global.Asap yang terbabas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas
karbon dioksida..
Pembakaran hutan
Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.
Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan
banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.Kegitatan perternakan juga menyebabkan
berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu
6
|
telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.
Pertanian dan perternakan
Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan
oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.Letupan gunung berapi yang banyak
mengeluarkan asap.Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang
mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas
sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.Contoh
gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa
di Selat Sunda.
Letupan Gunung Berapi
6
|
Kesan –Kesan Berlakunya Pemanasan Global
Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di
kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais
berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara
kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah
contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir
besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan
musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
Kutub Utara
Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai
bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya
mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan
hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus
mengancam bekalan makanan dunia.
6
|
Kemarau
Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai
wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan
berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering
memudahkanterbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global
mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim
dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat
Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan
kejadian ribut, banjir dan taufan.
6
|
Peran guru Prasekolah terhadap Pelestarian alam Sekitar
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini
perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup
yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran
tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.
Dalam mengekang permasalahan ini, guru sebagai pendidik perlulah turut sama
mengambil peranan menerapkan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran di
peringkat prasekolah lagi. Disinilah bermulanya peranan guru prasekolah terhadap pelestarian
alam sektar.
Lantaran itu, guru prasekolah haruslah mengadakan gotong-royong menghijaukan
kawasan sekolah. Program penghijauan ini boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok di
sekitar kawasan sekolah. Antara pokok-pokok yang boleh ditanam ialah pokok buah-buahan dan
pokok perhiasan, seperti pokok bunga.
Selain mencantikkan sekolah dan memberi hasil untuk dimakan, penanaman pokok ini
sebenarnya telah membantu penambahan pengeluaran gas oksigen yang diperlukan oleh tubuh
badan manusia. Program ini sebegini juga mampu mendidik kanak-kanak menyanyangi akan
alam sekitar sejak di bangku sekolah kerana melentur buluh “biarlah dari rebungnya.”
Disamping itu, kitar semula sangat penting pelestrian alam sekitar. Justeru itu,usaha untuk
meningkat kesedaran dan keprihatinan harus dipupuk sejak kanak-kanak lagi.Hal ini kerana
seumur sebegini kanak-kanak akan patuh pada arahan. Selain ,kanak-kanak turut diajar untuk
menanam tumbuhan istimewa dengan menggunakan botol plastik,tanah, dan serbuk kopi sebagai
6
|
baja.dengan bantuan pengasuh tadika,kanak-kanak tidak sekadar mampu membawa pulang
tumbuhan dalam botol tetapi yang lebih utama kesedaran untuk mengekalkan kehijauan alam
sekitar.
Disamping, memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang sedang membesar
tentang kepentingan alam sekitar adalah perlu untuk mendidik mereka supaya prihatin terhadap
alam sekitar. Bak peribahasa berkata “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh itu adalah
penting untuk guru sebagai insan yang paling rapat dengan anak-anak memberi pendidikan awal
dalam mendidik mereka supaya prihatin terhadap alam sekitar. Kanak –kanak yang sedang
membesar perlu dilatih supaya menguasai nilai-nilai murni dalam dirinya. Ini kerana dengan
adanya nilai-nilai murni ini, secara semula jadi ia akan memberi kesedaran pada seseorang tanpa
dipesan dan diberitahu. Contoh salah satu aktiviti yang boleh diberi kepada kanak-kanak ialah
mewarna lukisan alam sekitar dan menerangkan kepada mereka bahawa kepentingan alam
sekitar terhadap kehidupan manusia.
Di samping itu, guru -guru di sekolah juga perlu memainkan peranan dan menjadi contoh
yang baik kepada pelajar. Guru–guru perlu menanamkan sikap prihatin terhadap alam sekitar
supaya menjadi rujukan kepada pelajar. Selain itu, guru–guru perlu bertanggungjawab untuk
memberi ilmu pengetahuan tentang alam sekitar kepada pelajar supaya generasi itu peka dan
bertanggungjawab terhadap isu–isu alam sekitar. Contohnya aktiviti yang boleh diberikan
kepada pelajar ialah menanam pokok–pokok supaya pelajar mempunyai perasaan cintakan alam
sekitar
6
|
Kesimpulannya
Fenomena pemanasan global telah membawa perubahan tau gangguan terhadap kitaran
iklim, habitat dan ekosistem. Setiap dari kita berperanan untuk berganding bahu memberi
bantuan dalam meringankan isu pemanasan global ini dengan melakukan kitar semula,
menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan, gunakan tenaga elektrik dengan
berhemah serta menyokong pelaksanaan tenaga boleh baharu (TBB) lebih menyeluruh di
Malaysia.
Pelestarian alam sekitar sebenarnya bermula di bangku sekolah, sebaliknya harus
disemai, dibaja dan disiram agar ianya hidup dengan subur di kalangan kanak-kanak. apabila kita
menyayangi alam sekitar kita akan mempunyai alam sekitar yang selesa dan bersih manakala
kesihatan manusia akan terjamin. Selain itu, negara yang cantik dengan pembekalan udara yang
segar akan menarik perhatian pelancong asing. Masalah pencemaran alam sekitar mesti diatasi
dengan segera kerana masalah ini mendatangkan pelbagai implikasi kepada masyarakat dan
negara. Pada pandangan saya, semua pihak mesti bekerjasama dalam mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar mesti diatasi dengan segera kerana
masalah ini mendatangkan pelbagai implikasi kepada masyarakat dan negara.
6
|
Bibiografi
http://my-work-global-warming.blogspot.com/
http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/
6
|
KUIZ DI MOODLE
SOALAN 1
1)Sejauhmanakah anda faham tentang sains dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam.
Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph
Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi
mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi.
Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses
saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya
dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu,
pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa
tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami
secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti
kehidupan dalam jangka masa panjang.
Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep
pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang
mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan
pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada
pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik.
Antara tujuan pendidikan sains adalah :
•Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak.
•Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat
•Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan
6
|
sisitematik dalam membuat penakulan.
•Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.
6
|
SOALAN 2
2) Apakah yang dimaksudkan pengajaran dan pembelajaran sains yang bermakna dan menyeronokkan dalam pendidikan awal kanak-kanak?
Pada peringkat prasekolah,pengajaran sains adalah cara kanak-kanak menerokai
dunianya.Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan (saya fikir)pemerhatian(saya lihat)dan
kesimpulan saya tahu dan pelajari.Kanak-kanak diperingkat ini belajar dengan melakukan
aktiviti dan fikir dengan apa aktiviti yang dilakukan.Mereka perlulah melakukan aktiviti ii
sendiri supaya melihat sendiri kesan dan akibat daripada manipulasi yang dilakukan dalam
pelbagai keadaan.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan,
keupayaan dan minat perlu dirancang supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam
pembelajaran dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang bermakna,
berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu Pusat Perkembagan Kurikulum (2003,ms260)
mensyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi pendidikan
prasekolah iaitu :
i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain
ii. Pendekatan Bertema
iii. Pendekatan Bersepadu
iv. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran
Walau bagaimanapun semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
6
|
adalah digalakkan keempat-empat pendekatan ini disepadukan.
Pendidikan awal sains menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara persekitaran yang
selamat untuk diterokai. Menggalakan kanak-kanak memerhati ,mencuba bertanya soalan dan
menyelesaikan masalah,mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sama sebab dengan
munasabah.Kanak-kanak juga mendapat pembelajaran melalui pengalaman dan membuat
rumusan saintifik daripada pengalaman.
6
|
SOALAN 3
3) Kenal pastikan konsep sains yang kanak-kanak boleh belajar melalui air.
Aktiviti sains menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan mengenali dunia
sekeliling mereka. Sama seperti apa yang telah diperkatakan oleh Rousseau di dalam teori
naturalismenya. Setiap kanak-kanak mampu belajar secara semula jadi dan meninggalkan segala
pengaruh dan halangan dari masyarakat sekeliling.
Penekanan teori naturalisme Rousseau mempunyai perkaitan dengan pembelajaran
inkuiri dan secara penerokaan. Selain itu, teori ini juga merupakan asas bagi menggalakkan
kanak-kanak mendapat pembelajaran yang bermakna dalam hidup. Kanak-kanak juga diberi
peluang untuk meneroka persekitaran tanpa syarat, peraturan dan pengaruh dari orang dewasa.
Mereka dapat belajar secara semula jadi melalui pengalaman sebenar.
Manakala pembelajaran secara penerokaan pula memberi kanak-kanak idea-idea yang
menarik. Pembelajaran ini adalah hasil yang diperolehi daripada pembelajaran inkuiri. Ia
memerlukan kanak-kanak meneroka secara aktif dan membina idea bagi membentuk konsep-
konsep yang baru. Pembelajaran ini juga memerlukan penglibatan yang aktif dan pengalaman
sebenar dalam melakukan sebarang penerokaan.
AKTIVITI SAINS YANG SESUAI DENGAN TEORI NATURALISME
Contoh aktiviti sains yang menggunakan air :
· Memerhati air menyejat
· Membaca buku cerita tentang air
· Menyiram pokok : air diperlukan oleh tumbuhan
· Campurkan air dengan semua jenis cecair : susu, jus limau, minyak, sabun dan madu
6
|
· Perhatikan sama ada air diserap oleh semua bahan
· Perbincangan mengenai “ semasa hujan, ke mana air pergi?”
· Air dalam bekas yang berlainan bentuk
· Memerhatikan paras air setelah mendapat pengganti air
· Benda yang tenggelam dan timbul di dalam air
· Bermain dengan air
· Membandingkan paras air dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz
6
|
6
|
6