pemanasan global

24
KAK 3023 | SAINS AWAL KANAK-KANAK Pengenalan Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walaupun pada waktu malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain. Ahli-ahli sains dan geografi bersependapat bahawa punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon(CFC).Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Peningkatan suhu global akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan permukaan air laut, meningkatnya fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan populasi. Akibat-akibat pemanasan global yang lain adalah kemusnahan hasil pertanian, hilangnya glester, dan pupusnya berbagai jenis 6

Upload: malim-perman-bin-ramli

Post on 24-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pemanasan global

TRANSCRIPT

Page 1: Pemanasan Global

|

Pengenalan

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi

berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walaupun pada waktu

malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti

penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka pelepasan asap

kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain. 

Ahli-ahli sains dan geografi bersependapat bahawa punca utama pemanasan global ialah

penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon(CFC).Sebenarnya, isu

peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan

ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga

memberi galakan kepada isu pemanasan global.

 Peningkatan suhu global akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan

permukaan air laut, meningkatnya fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan

populasi. Akibat-akibat pemanasan global yang lain adalah kemusnahan hasil pertanian,

hilangnya glester, dan pupusnya berbagai jenis hidupan. Aktiviti pemanasan global

meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia. 

6

Page 2: Pemanasan Global

|

Rajah Menunjukkan pemanasan Global

Punca – Punca Berlakunya Pemanasan Global

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran

bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah

mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida. Semakin banyak gas

karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu

meningkatkan suhu udara secara global.

perindustrian

Selain itu,kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan

pergerakan mereka di bumi ini.Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan

bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah

banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.

6

Page 3: Pemanasan Global

|

Pengangkutan

Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan

hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang

kepada pemanasan global.Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan oksigen dengan

karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan

global.Asap yang terbabas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas

karbon dioksida..

Pembakaran hutan

Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.

Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan

banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.Kegitatan perternakan juga menyebabkan

berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu

6

Page 4: Pemanasan Global

|

telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.

Pertanian dan perternakan

Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan

oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.Letupan gunung berapi yang banyak

mengeluarkan asap.Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang

mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas

sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.Contoh

gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa

di Selat Sunda.

Letupan Gunung Berapi

6

Page 5: Pemanasan Global

|

Kesan –Kesan Berlakunya Pemanasan Global

Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di

kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais

berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara

kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah

contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir

besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan

musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.

Kutub Utara

Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai

bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya

mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan

hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus

mengancam bekalan makanan dunia.

6

Page 6: Pemanasan Global

|

Kemarau

Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai

wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan

berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering

memudahkanterbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global

mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim

dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat

Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan

kejadian ribut, banjir dan taufan.

6

Page 7: Pemanasan Global

|

Peran guru Prasekolah terhadap Pelestarian alam Sekitar

Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini

perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup

yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran

tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.

Dalam mengekang permasalahan ini, guru sebagai pendidik perlulah turut sama

mengambil peranan menerapkan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran di

peringkat prasekolah lagi. Disinilah bermulanya peranan guru prasekolah terhadap pelestarian

alam sektar.

Lantaran itu, guru prasekolah haruslah mengadakan gotong-royong menghijaukan

kawasan sekolah. Program penghijauan ini boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok di

sekitar kawasan sekolah. Antara pokok-pokok yang boleh ditanam ialah pokok buah-buahan dan

pokok perhiasan, seperti pokok bunga.

Selain mencantikkan sekolah dan memberi hasil untuk dimakan, penanaman pokok ini

sebenarnya telah membantu penambahan pengeluaran gas oksigen yang diperlukan oleh tubuh

badan manusia. Program ini sebegini juga mampu mendidik kanak-kanak menyanyangi akan

alam sekitar sejak di bangku sekolah kerana melentur buluh “biarlah dari rebungnya.”

Disamping itu, kitar semula sangat penting pelestrian alam sekitar. Justeru itu,usaha untuk

meningkat kesedaran dan keprihatinan harus dipupuk sejak kanak-kanak lagi.Hal ini kerana

seumur sebegini kanak-kanak akan patuh pada arahan. Selain ,kanak-kanak turut diajar untuk

menanam tumbuhan istimewa dengan menggunakan botol plastik,tanah, dan serbuk kopi sebagai

6

Page 8: Pemanasan Global

|

baja.dengan bantuan pengasuh tadika,kanak-kanak tidak sekadar mampu membawa pulang

tumbuhan dalam botol tetapi yang lebih utama kesedaran untuk mengekalkan kehijauan alam

sekitar.

Disamping, memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang sedang membesar

tentang kepentingan alam sekitar adalah perlu untuk mendidik mereka supaya prihatin terhadap

alam sekitar. Bak peribahasa berkata “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh itu adalah

penting untuk guru sebagai insan yang paling rapat dengan anak-anak memberi pendidikan awal

dalam mendidik mereka supaya prihatin terhadap alam sekitar. Kanak –kanak yang sedang

membesar perlu dilatih supaya menguasai nilai-nilai murni dalam dirinya. Ini kerana dengan

adanya nilai-nilai murni ini, secara semula jadi ia akan memberi kesedaran pada seseorang tanpa

dipesan dan diberitahu. Contoh salah satu aktiviti yang boleh diberi kepada kanak-kanak ialah

mewarna lukisan alam sekitar dan menerangkan kepada mereka bahawa kepentingan alam

sekitar terhadap kehidupan manusia.

Di samping itu, guru -guru di sekolah juga perlu memainkan peranan dan menjadi contoh

yang baik kepada pelajar. Guru–guru perlu menanamkan sikap prihatin terhadap alam sekitar

supaya menjadi rujukan kepada pelajar. Selain itu, guru–guru perlu bertanggungjawab untuk

memberi ilmu pengetahuan tentang alam sekitar kepada pelajar supaya generasi itu peka dan

bertanggungjawab terhadap isu–isu alam sekitar. Contohnya aktiviti yang boleh diberikan

kepada pelajar ialah menanam pokok–pokok supaya pelajar mempunyai perasaan cintakan alam

sekitar

6

Page 9: Pemanasan Global

|

Kesimpulannya

Fenomena pemanasan global telah membawa perubahan tau gangguan terhadap kitaran

iklim, habitat dan ekosistem. Setiap dari kita berperanan untuk berganding bahu memberi

bantuan dalam meringankan isu pemanasan global ini dengan melakukan kitar semula,

menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan, gunakan tenaga elektrik dengan

berhemah serta menyokong pelaksanaan tenaga boleh baharu (TBB) lebih menyeluruh di

Malaysia.

Pelestarian alam sekitar sebenarnya bermula di bangku sekolah, sebaliknya harus

disemai, dibaja dan disiram agar ianya hidup dengan subur di kalangan kanak-kanak. apabila kita

menyayangi alam sekitar kita akan mempunyai alam sekitar yang selesa dan bersih manakala

kesihatan manusia akan terjamin. Selain itu, negara yang cantik dengan pembekalan udara yang

segar akan menarik perhatian pelancong asing. Masalah pencemaran alam sekitar mesti diatasi

dengan segera kerana masalah ini mendatangkan pelbagai implikasi kepada masyarakat dan

negara. Pada pandangan saya, semua pihak mesti bekerjasama dalam mengatasi masalah

pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar mesti diatasi dengan segera kerana

masalah ini mendatangkan pelbagai implikasi kepada masyarakat dan negara.

6

Page 10: Pemanasan Global

|

Bibiografi

http://my-work-global-warming.blogspot.com/

http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-pemanasan-global-global-warming/

6

Page 11: Pemanasan Global

|

  KUIZ DI MOODLE

SOALAN 1

1)Sejauhmanakah anda faham tentang sains dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam.

Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph

Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi

mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi.

Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses

saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya

dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu,

pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa

tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami

secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti

kehidupan dalam jangka masa panjang.

Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep

pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang

mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan

pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada

pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. 

Antara tujuan pendidikan sains adalah :

•Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak.

•Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat

•Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan

6

Page 12: Pemanasan Global

|

sisitematik dalam membuat penakulan.

•Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

6

Page 13: Pemanasan Global

|

SOALAN 2

2)      Apakah yang dimaksudkan pengajaran dan pembelajaran sains yang bermakna dan menyeronokkan dalam pendidikan awal kanak-kanak?

Pada peringkat prasekolah,pengajaran sains adalah cara kanak-kanak menerokai

dunianya.Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan (saya fikir)pemerhatian(saya lihat)dan

kesimpulan saya tahu dan pelajari.Kanak-kanak diperingkat ini belajar dengan melakukan

aktiviti dan fikir dengan apa aktiviti yang dilakukan.Mereka perlulah melakukan aktiviti ii

sendiri supaya melihat sendiri kesan dan akibat daripada manipulasi yang dilakukan dalam

pelbagai keadaan.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan,

keupayaan dan minat perlu dirancang supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam

pembelajaran dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang bermakna,

berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu Pusat Perkembagan Kurikulum (2003,ms260)

mensyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi pendidikan

prasekolah iaitu :

i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain

ii. Pendekatan Bertema

iii. Pendekatan Bersepadu

iv. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran

Walau bagaimanapun semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

6

Page 14: Pemanasan Global

|

adalah digalakkan keempat-empat pendekatan ini disepadukan.

Pendidikan awal sains menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara persekitaran yang

selamat untuk diterokai. Menggalakan kanak-kanak memerhati ,mencuba bertanya soalan dan

menyelesaikan masalah,mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sama sebab dengan

munasabah.Kanak-kanak juga mendapat pembelajaran melalui pengalaman dan membuat

rumusan saintifik daripada pengalaman.

6

Page 15: Pemanasan Global

|

SOALAN 3

3)      Kenal pastikan konsep sains yang kanak-kanak boleh belajar melalui air.

Aktiviti sains menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan mengenali dunia

sekeliling mereka. Sama seperti apa yang telah diperkatakan oleh Rousseau di dalam teori

naturalismenya. Setiap kanak-kanak mampu belajar secara semula jadi dan meninggalkan segala

pengaruh dan halangan dari masyarakat sekeliling.

Penekanan teori naturalisme Rousseau mempunyai perkaitan dengan pembelajaran

inkuiri dan secara penerokaan. Selain itu, teori ini juga merupakan asas bagi menggalakkan

kanak-kanak mendapat pembelajaran yang bermakna dalam hidup. Kanak-kanak juga diberi

peluang untuk meneroka persekitaran tanpa syarat, peraturan dan pengaruh dari orang dewasa.

Mereka dapat belajar secara semula jadi melalui pengalaman sebenar.

Manakala pembelajaran secara penerokaan pula memberi kanak-kanak idea-idea yang

menarik. Pembelajaran ini adalah hasil yang diperolehi daripada pembelajaran inkuiri. Ia

memerlukan kanak-kanak meneroka secara aktif dan membina idea bagi membentuk konsep-

konsep yang baru. Pembelajaran ini juga memerlukan penglibatan yang aktif dan pengalaman

sebenar dalam melakukan sebarang penerokaan.

AKTIVITI SAINS YANG SESUAI DENGAN TEORI NATURALISME

Contoh aktiviti sains yang menggunakan air :

·         Memerhati air menyejat

·         Membaca buku cerita tentang air

·         Menyiram pokok : air diperlukan oleh tumbuhan

·         Campurkan air dengan semua jenis cecair : susu, jus limau, minyak, sabun dan madu

6

Page 16: Pemanasan Global

|

·         Perhatikan sama ada air diserap oleh semua bahan

·         Perbincangan mengenai “ semasa hujan, ke mana air pergi?”

·         Air dalam bekas yang berlainan bentuk

·         Memerhatikan paras air setelah mendapat pengganti air

·         Benda yang tenggelam dan timbul di dalam air

·         Bermain dengan air

·         Membandingkan paras air dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz

 

 

6

Page 17: Pemanasan Global

|

 

6

Page 18: Pemanasan Global

|

6