Download - Pemahaman Modul PT3 SM 209 - edubest.edu.my
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Pemahaman
Modul PT3
SM 209
Nama : _____________________________
Analisis Puisi
Genre PuisiTradisional
PantunSyair
ModenSajak
Tema
Persoalan
BentukTerikat
Rima akhir Pantun : ab / abab
Rima akhir Syair : aaaa
BebasRima akhir Sajak : abcdef
Unsur Bahasa
Pengulangan
Pengulangan baris Repitisi
Pengulangan Kata
Ulang kata depan Anafora
Ulang kata belakang Responsi
Ulang kata tengah Epifora
SinkopeSingkatan : ku, mu, nak
Inversiterbalik : akan kuambil
PerlambanganBunga : wanita
Personifikasibersifat manusia
HiperbolaMelebih-lebihkan
Unsur bunyi Pengulangan abjad
Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi
Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi
Nada
Romantiscinta, kasih sayang
Melankoliksedih
Protesmembantah
Sinismenyindir / mengejek
Nilai
Pengajaran
Analisis Puisi
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
1. Pemahaman Puisi Moden (10 markah)
Sajak – “Kucari Damai di Sini”
Kucari damai di sini
di tanah subur makmur dan merdeka
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan
mengikat naluri kemanusiaan.
Kucari damai di sini
cinta dan jati diri
bersemarak di laman sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.
Di sini damainya badai
moga gemilang sepanjang zaman
menjadi catatan sejarah kebanggaan
untuk generasi masa depan.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya yang makmur dan
merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada antara kenyataan dengan impian.
Hal ini demikian kerana wujudnya perasaan ketidakpuasan hati antara rakyat. Namun
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM209 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
demikian, penyajak menyatakan bahawa perasaan negatif itu perlu diubati dengan
bersangka baik, iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan sebagai dasar untuk
membina rasa kemanusiaan.
Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahawa kedamaian juga dicari dengan rasa kasih sayang dan
dengan keperibadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih mengasihi yang tulen
perlu disemai dalam sanubari.
Rangkap 3
Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita mempunyai masalah, kita masih
boleh berdamai dan hidup dengan aman. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang
dicapai akan berkekalan. Segala masalah perlulah diatasi dengan bijaksana supaya
kejayaan yang tercipta menjadi kebanggaan generasi akan datang.
Tema
Tema sajak ini ialah penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai kerana wujudnya kasih
sayang yang ikhlas dan tulen. Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah
tersebut masih dapat diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan rakyat hinggalah ke
generasi yang akan datang.
Persoalan
(a) Kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan
sendirinya.
(b) Negara kita ialah negara yang aman dan makmur.
(c) Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
(d) Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
(e) Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM209 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bentuk
(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Bilangan baris untuk setiap rangkap tidak sama. Contohnya,
• rangkap 1: enam baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: empat baris.
(c) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata.
Contohnya,
dengan sejarah persaudaraan (3 patah kata)
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi (8 patah kata)
(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan belas suku kata.
Contohnya,
dengan kasih sayang (6 suku kata)
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi (18 suku kata)
(e) Sajak ini berbentuk bebas.
Unsur bunyi
(a) Asonansi. Contohnya,
• mengikat naluri kemanusiaan (perulangan vokal a);
• membebat perasaan kehidupan (perulangan vokal e);
• cinta dan jati diri (perulangan vokal i).
(b) Aliterasi. Contohnya, Kucari damai di sini (perulangan konsonan d).
(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya,
• rangkap 1: abaccc;
• rangkap 2: aabca;
• rangkap 3: abbb.
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM209 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Gaya Bahasa
(a) Paradoks. Contohnya, antara realiti dan mimpi.
(b) Hiperbola. Contohnya, membebat perasaan kehidupan.
(c) Metafora. Contohnya, laman sukma.
(d) Repetisi. Contohnya, Kucari damai di sini (rangkap 1, baris 1; rangkap 2, baris 1).
Nada
Patriotik.
Nilai
(a) Kesyukuran. Contohnya, rakyat perlulah bersyukur kerana berada dalam negara
yang aman.
(b) Hormat-menghormati. Contohnya, rakyat di negara ini saling menghormati dan
berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
(c) Patriotisme. Contohnya, rakyat di negara ini mencintai negara yang merdeka.
(d) Keinsafan. Contohnya, rakyat insaf dan tidak mahu mengulangi perselisihan.
Pengajaran
(a) Kita mestilah berusaha untuk mendapatkan dan mengekalkan kedamaian.
(b) Kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara.
(c) Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan.
(d) Kita hendaklah menyelesaikan sebarang krisis dengan bijaksana.
(e) Kita perlulah menjaga negara kita dengan baik untuk diwariskan kepada generasi
akan datang.
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM209 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan
i. Berdasarkan sajak di atas, nyatakan dua harapan penyajak yang terdapat pada
rangkap terakhir sajak. [3 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
ii. Pelbagai pengajaran dapat diperoleh daripada sajak Kucari Damai di Sini.
Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
iii. Pada andaian anda, adakah generasi akan datang dapat hidup dengan aman dan
damai di negara kita? Mengapa? [KBAT] [4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM209 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Pemahaman Puisi Moden (10 markah)
Sajak – “Pada Sekuntum Mawar”
Sehelai kelopakmu gugur
adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia.
Merenung pada malam yang kematian angin
pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis
tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.
Rangkap 2
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM209 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan merasakan bahawa segala-
galanya telah musnah. Dia merasakan bahawa hidupnya sia-sia atau tidak bermakna
lagi. Dia juga merasakan bahawa segala-galanya telah musnah dan tidak ada lagi jalan
untuk memperbaiki keadaan tersebut.
Rangkap 3
Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak akan membiarkan diri mereka tercemar
dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga
diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.
Tema
Sajak ini menyampaikan tema anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat
mereka sebagai seorang gadis. Jika seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang
kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama keluarganya turut tercemar.
Persoalan
(a) Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
(b) Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan bahawa hidupnya
sudah tidak bermakna lagi.
(c) Kehilangan maruah seorang gadis merupakan suatu kemusnahan yang tidak
sanggup diterima oleh seseorang ibu.
(d) Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang
kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.
Bentuk
(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya,
• rangkap 1: tiga baris;
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM209 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
• rangkap 2: enam baris;
• rangkap 3: lima baris.
(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata.
Contohnya,
Sekuntum mawar (2 patah kata)
Merenung pada malam yang kematian angin (6 patah kata)
(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat belas suku kata.
Contohnya,
di hujung lembah (5 suku kata)
Merenung pada malam yang kematian angin (14 suku kata)
(e) Sajak ini berbentuk bebas.
Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya,
• adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a);
• seperti telah menutup (perulangan vokal e);
• pintu kehidupan ini (perulangan vokal i);
• bukan melontar harum indahmu (perulangan vokal u).
(b) Rima akhirnya bebas. Contohnya,
• rangkap 1: abb;
• rangkap 2: abcdee;
• rangkap 3: abcbd.
Gaya Bahasa
(a) Bahasa puitis. Contohnya, mengangkat seri mahkotamu.
(b) Metafora. Contohnya, lipatan usia; pintu kehidupan.
(c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, malam; angin; laut; ombak; mawar; lembah.
(d) Simile. Contohnya, seperti telah menutup.
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM209 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(e) Sinkope. Contohnya, pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
Nada
Melankolik.
Nilai
(a) Berhemah tinggi. Contohnya, kepentingan seorang gadis menjaga kesucian
dirinya.
(b) Kasih sayang. Contohnya, seorang ibu amat menyayangi anak gadisnya.
(c) Berwaspada. Contohnya, seorang gadis perlu menjaga tingkah lakunya dengan
baik.
(d) Kesedaran. Contohnya, seorang gadis perlu sedar untuk menjaga dirinya agar
tidak terlanjur.
(e) Rasional. Contohnya, seorang gadis perlulah berfikir sebelum melakukan sesuatu
agar tidak mudah terlibat dengan masalah sosial.
(f) Keimanan. Contohnya, nilai keimanan penting dalam diri seorang gadis agar
martabatnya terbela.
Pengajaran
(a) Kita haruslah menjaga maruah diri dengan baik agar tidak tercemar.
(b) Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.
(c) Kita hendaklah menjaga diri agar tidak menghadapi kemusnahan dalam
kehidupan.
(d) Kita hendaklah membina kehidupan agar beroleh kebahagiaan.
(e) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.
(f) Kita mestilah mengukuhkan iman dalam diri supaya maruah diri akan terjaga.
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM209 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan
i. Berdasarkan sajak tersebut, bagaimanakah keadaan bonda apabila mengetahui
bahawa maruah anak gadisnya telah tercemar? [3 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
ii. Pelbagai persoalan terdapat dalam sajak Pada Sekuntum Mawar.
Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
iii. Semakin hari semakin banyak gadis yang terlibat dengan masalah sosial.
Pada pendapat anda, apakah punca seseorang gadis itu terjerumus dalam
masalah sosial? [KBAT] [4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM209 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my