Download - Peka 1 2012
BAB 5 : AIR DAN LARUTAN
No. Eksperimen : 5.2
Tajuk : Kesan bendasing terhadap takat didih air
Tujuan : Mengkaji kesan bendasing terhadap takat didih air
Inferens : Kesan bendasing dapat mempengaruhi takat didih air
Hipotesis : Garam biasa akan meningkatkan takat didih air
Bahan : Air suling dan garam biasa
Radas : Penunu Bunsen, Tungku kaki tiga, Kasa dawai, Bikar 100ml, Spatula,
Termometer
KAEDAH :
1. Sediakan bahan dan radas. Kemudian, radas di susun seperti rajah 1 dibawah.
Rajah 1 : Susunan radas untuk mengkaji kesan bendasing terhadap takat didih air.
2. Bikar 100ml dimasukkan 50ml air suling, kemudian dididihkan.
3. Takat didih air suling tersebut direkodkan.
4. Kemudian, garam biasa sebanyak 6 spatula di tambahkan ke dalam bikar.
5. Bikar tersebut dididihkan semula. Kemudian, takat didih air disukat sekali lagi dan di
rekodkan di dalam jadual.
PEMERHATIAN :
1. Takat didih air ialah 100 ̊C.
2. Takat didih campuran air dan garam biasa telah meningkat ke 108 ̊C.
PERBINCANGAN :
1. Definisi secara operasi
a) Garam : Bendasing
b) Air suling : Air Tulen
c) Takat didih : Suhu apabila air (cecair) berubah menjadi stim (gas).
2. Suatu cecair yang tidak berwarna dan berbau mempunyai takat beku 0 ̊C. Apakah cecair itu?
Air tulen.
3. Apakah yang akan berlaku kepada takat didih air tulen, sekiranya garam di tambah dalam air
tulen? Takat didih air akan meningkatkan.
4. Apakah kesan bendasing terhadap takat beku air? Takat beku menurun.
KESIMPULAN :
Garam biasa mempengaruhi takat didih air yang mana hanya menyebabkan takat didih air
meningkat. Hipotesis di terima.