"PANTUN MO~ SEMASA UPACARABUNGAN DALAM MASYARAKAT PUNAN DI KUMAH PANJANG PUNAN BIAU"
Daisy Bato
HI Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 6110 (Muzik) !I) 20070134 2007
~us.u KlJldma[ Mruuumat AKaaem IYERSITI MALAYSIA SARAWAJ
Q4100 KOla SamarahiuJ
P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
1111111111111111111111111111 1000166999
"PANTUN MO'A SEMASA UPACARABUNGANDALAM MASYARAKAT
PUNAN DI RUMAH PANJANG PUNAN DIAU"
DAISY BATO
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
( Muzik)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2007
I
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN
JUDUL : "Pantun Mo'a Semasa Upacara Bungan Dalam Masyarakat Punan Di Rumah Panjang Punan Biau"
SESI PENGAJIAN 2006/2007
Saya DAISYBATO
mengaku membenarkan tesisl Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,
Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
I. Tesisl Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesisllaporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengaj ian tinggi
5. *sila tandakan m SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA
D RAHSIA 1972)
D TERHAD
o (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: 1 ~ Mel J..oo7 Tarikh: lit UIIW E ~ Alamat Tetap:
Lot 444,
Taman Bintang,
96500 Bintangor, Sarawak.
Catatan: • Tesisl Laporan dimaksudkan sebagai tcsis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda • lika Tesisl Laporan SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisllaporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
11
Projek bertajuk "Pantun Mo'a Semasa Upacara Bungan Oalam Masyarakat Punan Oi
Rumah Panjang Punan Biau" telah disediakan oleh Daisy Bato dan telah diserahkan
kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana
Muda Seni Gunaan dengan Kepujian dalam program Muzik.
Diterima untuk diperiksa oleh:
~~. Miss Ng Sie Ai
Tarikh:
111
PENGAKUAN
Penulis mengakui bahawa tidak terdapat bahagian penyelidikan, dihasilkan atau dilaporkan
dalam tesis ini yang telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk suatu Ijazah atau
kelulusan samada kepada Universiti ini atau Institusi pengajian tinggi lain.
( DAISY BATO )
No. Matrik : 11814
IV
,...
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana akhirnya saya
telah berjaya menyempurnakan penyelidikan tahun akhir ini walaupun banyak
dugaan dan cabaran sepanjang proses menyiapkannya. Setinggi-tinggi penghargaan
buat penyelia saya yang bersusah payah membimbing dan menolong saya untuk
menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga pensyarah-pensyarah program muzik yang
banyak membantu dalam pembelajaran saya dan say a amat menghargai jasa dan
pertolongan kalian. Khas buat mereka yang terlibat di dalam pengajian saya, terima
kasih saya ucapkan.
Buat keluarga tersayang iaitu Encik Mathew Bato, Puan Munti, Dennis dan
Dickens, sokongan dan kasih sayang kalian membuatkan saya terharu apabila
keseorangan di tempat orang demi mengejar sebuah impian. Terima kasih juga
kepada kawan saya Thomas, Ernest, Cecelia, Kara dan rakan-rakan sekelas yang
lain kerana sudi membantu dan memberi sokongan kepada saya sepanjang
membuat penyelidikan tahun akhir ini. Tidak ketinggalan juga kepada Nenek Telun
Tinggang dan Puan Rayu Jipun kerana sudi terlibat dalam temubual dan rakaman
pantun Mo 'a. Kerjasama anda semua amat saya hargai.
Buat kawan saya Goldie Gayah, Patricia Elyani, Sharon Stephanie dan Min
Padok, tak usah bersedih sekiranya kita bukan yang terbaik kerana banyak lagi
cabaran dunia luar yang belum kita tempuhi kerana itulah yang menguji sarna ada
kita berjaya atau tidak di dalam hidup. Akhir sekali, saya memohon maaf kepada
semua sekiranya berlaku kesilapan dari segi tingkah laku dan tutur bicara yang
menyinggung perasaan kalian sepanjang saya di Unimas.
v
lSI KANDUNGAN Muka Surat
Tajuk Tesis i
Borang Pengesahan Status Tesis I Laporan ii
Pengesahan dan Tandatangan Penyelia iii
Borang Pengakuan iv
Penghargaan v
lsi Kandungan vi
Abstrak ix
Abstract x
1. BAB1:PENDAHULUAN 1
1.1 Latar Belakang Kehidupan Kaum Punan 3
1.2 Permasalahan Kaj ian 15
1.3 MatIamat Kajian 17
1.4 Objektif Kaj ian 18
1.5 Skop Kajian Atau Batasan Kajian 19
1.6 Hipotesis Kajian 19
2. BAB 2 : KAJIAN LEPAS 21
VI
253. BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
253.1 Cara Pengumpulan Data
273.2 Instrumen Kajian
283.3 Lokasi Kajian
4. BAB 4: ANALISA KAJIAN 30
4.1 Sejarah Upacara Bungan 30
4.2 Sebelum Upacara Bungan 32
4.3 Semasa Upacara Bungan 37
4.4 Selepas Upacara Bungan 44
4.5 Aspek muzik Pantun Mo 'a 46
4.5.1 Aspek Melodi 46
4.5.2 Aspek Ritma 53
4.5.3 Aspek Teks 55
5. BAB 5 : RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN KAJIAN
5.1 Rumusan Kajian Tentang Pantun Mo 'a
Semasa Upacara Bungan 58
a. Langkah-Langkah Serta Cadangan
Yang Perlu Diambil Untuk Memelihara
Dan Memulihara Pantun Mo 'a
Di Kalangan Masyarakat Punan. 59
601. Kampung Budaya Negeri Sarawak
6211. Muzium Negeri Sarawak
VB
111.
IV.
v.
VI.
5.2
Rujukan
Lampiran A
Lampiran B
Kementerian Pembangunan Sosial Dan
Urbanisasi (KPSU) 63
Persatuan-Persatuan Dan Kelab-Kelab
yang Ditubuhkan Di Peringkat Pedalaman
Bagi Kaum Punan. 64
Menubuhkan Sebuah Muzium Khas
Untuk Orang Ulu 65
Cadangan-cadangan lain 66
Kesimpulan 66
68
70
73
V111
ABSTRAK
Kaj ian ini bertujuan untuk memperkenalkan pantun epik tradisional iaitu Mo 'a
yang merupakan salah satu struktur nyanyian yang unik dan dinyanyikan oleh
kaum wanita masyarakat Punan. Keunikan Mo 'a terletak pada aspek muzikal serta
persembahan khususnya yang berkaitan dengan upacara Bungan. Kajian ini telah
dilakukan di Rumah Panjang Punan Biau, Belaga.
IX
!
ABSTRACT
This research aims to introduce a traditional epic poem, Mo 'a, a unique form of
singing sung by the women in the Punan community. Mo 'a is unique because of its
significance musical and performance context related to Punan's Bungan festival.
This research was carried out in Belaga at Rumah Panjang Punan Biau.
x
BABI
PENDAHULUAN
Masyarakat di Sarawak khasnya dan Malaysia arnnya selalu dianggap
sebagai sebuah rnasyarakat yang berbilang kaurn. Antara kaurn yang terdapat di
Sarawak ialah Melayu, Cina, Kedayan, Melanau, ]ban, Kayan, Punan, Kelabit,
Kenyah, Penan, Bisaya dan kaurn-kaurn yang lain. Setiap kaurn rnernpunyai
keperi badian budaya yang tersendiri serta harus dikekalkan. Masyarakat Malaysia
juga mernpunyai budaya yang rnernbolehkan rnereka berinteraksi antara satu sarna
lain. Budaya rnerupakan perIakuan rnanusia yang dipelajari dan bersifat sirnbolis
yang rnerupakan suatu reaksi rnanusia terhadap penyesuaian hidup dengan alarn
sekeliLing.
Di Sarawak, rnasyarakat Orang Ulu rnerupakan sebuah rnasyarakat yang
rnernpunyai kehidupan dan kebudayaan hidup yang unik . Masyarakat Orang Ulu
adalah sebuah rnasyarakat yang hid up dalarn serba kesederhanaan dan kebanyakkan
rnereka rnasih rnenetap di Ulu Sungai Sarawak dan di Ulu Bararn Miri. Menurut
Buletin Perangkaan Bulanan Sarawak Mac 2007 rnengatakan bahawa anggaran
penduduk rnasyarakat Orang Ulu adalah serarnai 135.8 ribu penduduk di bahagian
Belaga. Jurnlah kaurn Punan rnengikut jantina dianggarkan serarnai 154 ribu
golongan lelaki dan 148 ribu bagi golongan wanita dan jumlah keseluruhannya
adalah serarnai 302 ribu penduduk.
1
Kebanyakan Orang Ulu pada mas a dahulu telah membina perkampungan
mereka di tebingan sungai serta kawasan yang berdekatan dengan anak sungai. Ini
bertujuan untuk memudahkan mereka bergerak dengan lebih· mudah kerana sungai
merupakan pengangkutan utama bagi Orang Ulu. Masyarakat Orang Ulu yang
pelbagai kaum seperti Kayan, Punan, Kelabit, Kenyah, Penan, Bisaya dan Kedayan
ini mempunyai corak kehidupan yang berbeza dari segi adat resam dan tradisi
nenek moyang mereka yang berkaitan dengan pemujaan, pantang larang, corak
kehidupan, motif dan perkahwinan.
Adat resam yang selalu diamalkan oleh masyarakat Orang Ulu ialah upacara
pemujaan kerana pada masa dulu mereka belum lagi terdedah dengan agama lain.
Orang Ulu juga turut berpegang teguh pada pantang-Iarang serta kepercayaan karut
yang diturunkan dari nenek moyang mereka. Kebanyakan Orang Ulu pada masa
dahulu mengamalkan motif yang hampir sarna iaitu membuat tatu di badan serta
bertelinga panjang. Namun begitu, fesyen terse but tidak diamalkan lagi oleh
generasi mud a Orang Ulu kerana mereka menganggap gaya tersebut kuno. Kaum
Punan merupakan salah satu kumpulan masyarakat Orang Ulu.
2
1.1 Latar Belakang Kehidupan Kaum Punan
Masyarakat Punan merupakan salah satu daripada kaum Orang Ulu yang
selalu dianggap sarna budaya dengan masyarakat Penan. Namun begitu, kedua-dua
masyarakat ini mempunyai perbezaan budaya yang tersendiri . Contohnya,
kediaman masyarakat Punan di daerah Belaga lebih dekat dengan daerah bandar
iaitu pekan Kapit dibandingkan dengan masyarakat Penan yang masih tinggal di
tempat yang terpencil serta jauh dari daerah bandar. Masyarakat Punan dikatakan
lebih dekat dengan daerah bandar kerana perjalanan dari rumah panjang masyarakat
Punan mengambil masa lebih kurang lapan jam sehari untuk sampai ke bandar
tersebut. Bagi masyarakat Penan pula mereka mengambil masa belasan jam kerana
mereka masih tinggal di dalam hutan.
Menurut Harrisson (1949), beliau mengatakan 'Punan ,I merupakan satu
kelompok masyarakat yang hidup secara nomad. Namun begitu, tidak semua bagi
masyarakat yang menjalani kehidupan nomad akan dikenali dengan gelaran
'Punan ' kerana perIu disedari bahawa perkataan 'Punan' hanya digunakan untuk
menghuraikan, mengenakan maksud dan pada kebiasaannya lebih kepada
penggunaan yang berdasarkan penemuan dialek di kawasan pedalaman 'Punan '
merupakan 'upriver or headmasters ofa river '. Punan dikenali sebagai kumpulan
pemburu berkelompok yang dijumpai di hutan yang jauh dan terpencil di Borneo.
Selain itu, masyarakat Punan juga mahir dalam pengembaraan dan pemburuan
I Kumpulan masyarakat orang ulu yang dikenali dengan hidup secara nomad.
3
dengan hanya bersenjatakan blow pipe 2 dan anak panah kecil yang mengandungi
racun untuk membunuh binatang.
Pada masa dahulu, masyarakat ini hidup secara berpindah-randah dan tidak
menetap di satu kawasan dalam tempoh yang lama. Ini kerana mereka mempunyai
alasan yang tertentu mengatakan bahawa mereka berpindah semata-mata untuk
mencari tanah yang baru dan subur untuk bercucuk tanam bagi menampung
kehidupan. Menurut Dr. Huehne W.H (1976), beliau mengatakan bahawa terdapat
empat kumpulan masyarakat Punan yang tinggal di Ulu Rejang iaitu pecahan ketiga
di Sarawak. Antaranya ialah Punan Lusong, Punan Apo dan Punan Musang
khasnya tinggal di Linau dan lembah Murum iaitu bahagian Timur Pasar Belaga.
Kumpulan masyarakat Punan yang keempat pula ialah Punan Gang yang
merupakan satu-satunya kumpulan masyarakat Punan yang tinggal di bahagian
Utara sungai 8elaga. Kawasan Linau hingga Murum dikenali dengan "Punan Area"
dan merupakan kawasan yang mempunyai penduduk yang padat dan terletak di
sudut Utara - Timur yang terletak diantara bahagian keempat Kalimantan pada garis
bujur 114' dan 115', garis lintang 2.3' dan 3' serta berada kira-kira 2,600 batu
persegi.
Namun begitu, masyarakat Punan sekarang telah menetap di daerah Belaga,
Kapit dan Bintulu. Antara rumah panjang masyarakat Punan yang terdapat di
Sarawak ialah Punan Sarna (Kapit), Punan Biau (Kapit), Punan Bah (Kapit), Punan
Lirung Belang (Bintulu), Punan Mina (Bintulu), Punan Pedan/Pandan (Bintulu),
2 Sejenis senjata yang diperbuat daripada kayu atau buluh yang diunakan untuk memburu.
4
Punan JelaJong (Bintulu) dan Punan Meluyou (Bintulu). Rumah Panjang Punan
Bah merupakan rumah panjang yang tertua sekali iaitu lebih dari 200 tahun.
Menurut Matusky (1986), beliau mengatakan bahawa masyarakat Punan percaya
mereka merupakan masyarakat yang terawal menetap dan membina kehidupan
sendiri di kepulauan Borneo. Hal ini kerana masih terdapat tanah perkuburan lama
dan kelirienl yang masih dijaga rapi sehingga kini oleh sesetengah rumah panjang.
Namun begitu, terdapat beberapa buah kelirieng masyarakat Punan yang telah
dipindahkan dari tempat asal untuk dipamerkan di tempat lain contohnya di
hadapan Muzium Sarawak, Kuching dan juga di Bandar Kapit.
Kewujudan masyarakat Punan menurut Nicolaisen (1976) bermula dari
seorang moyang yang dikenali Bua. Bua seorang yang berasal dari daerah Sekapan
dimana beliau telah berkahwin dengan Lapan atau juga dikenali sebagai Ja/i. Bua
juga dikenaJi sebagai etun oa4 yang turut mempunyai kuasa ghaib atau kuasa luar
biasa. Suatu ketika beliau telah pergi ke daerah Bah dan beliau telah mencipta
sungai Bah dan orang-orang Punan Bah. Namun begitu, beliau telah meninggalkan
kawasan tersebut untuk sementara waktu kerana beliau telah dihantar untuk
membalas baJik pertelingkahan yang dilakukan oleh kaum lain terhadap mereka.
Bua merasakan kawasan kawalan beliau tidak dapat dipertahankan lagi
seperti dahulu dan kuasa ghaib yang ada pada diri beliau telah memberikan satu
getaran yang hebat sehingga telah menghasilkan batu yang besar dan masih wujud
sehingga ke hari ini di Sungai Bah. Di atas batu itu juga terdapat kesan punggung
3 Tempat penyimpanan tulang manusia yang sudah meninggal dan dianggap sebagai keranda.
4 Orang yang mempunyai kuasa ghaib.
5
Bua yang membuktikan kepada Punan Bah bahawa Bua suatu ketika dahulu telah
berehat di atas batu terse but. Bua juga turut mempunyai dua orang anak iaitu Tadou
dan Taga yang merupakan keturunan etun oa. Namun begitu, semakin banyak
generasi yang dilahirkan maka kuasa ghaib terse but akan beransur-ansur hilang
sehingga mereka tidak mempunyai kuasa lagi.
Pada masa dahulu, Punan Bah dikenali sebagai panyin 5 iaitu keturunan Bua
sendiri dan begitu juga hamba abdi yang dikenali sebagai lipien6. Sewaktu di bawah
jagaan Bua, terdapat tujuh buah rumah panjang yang telah dibina iaitu Rumah
Panjang Kavu Oka di Sungai Sematai, Rumah Panjang Pajou di Sungai Ayo,
Rumah Panjang Kavo Oka di Sungai Punan, Rumah Panjang Gele di Sungai Punan,
Rumah Panjang Geleang di Sungai Punan, Rumah Panjang Beang di Sungai
Sematai dan Rumah Panjang Seriang di Sungai Sematai. Pada hari ini, rumah
panjang ini telah berubah kerana kaum Punan telah berpindah-randah ke daerah lain
seperti berpindah ke daerah Bintulu dan Baram. Mereka telah berfikiran terbuka
untuk memilih seorang pemimpin yang berwibawa dan berpendidikan untuk
membawa kemajuan dalam sesebuah kampung.
S Orang bawahan 6 Hamba abdi
6
Corak Kehidupan Kaum Punan
1. Corak Kehidupan Lama Masyarakat Punan
Kehidupan rnasyarakat Punan dikelilingi oleh alarn sernulajadi yang
memberikan mereka kehidupan yang tenang dan arnan. Mereka rnenjalani
kehidupan seharian rnereka dengan bercucuk tanarn seperti menan am ubi kayu, ubi
keledek, sayur-sayuran serta buah-buahan di atas tanah mereka sendiri yang terletak
berhampiran dengan kawasan rumah panjang mereka. Antara buah-buahan yang
selalu rnereka tanam ialah buah durian, rambutan, langsat dan terdapat juga buah
hutan yang boleh dimakan. Pokok sagu juga turut ditanam oleh mereka untuk
mendapatkan sagunya. Selain itu, pokok sirih, pinang dan tembakau sangat terkenal
bagi rnasyarakat ini kerana ia merupakan hidangan istimewa bagi kaum Punan
terutamanya golongan wanita tua masyarakat Punan. Mereka biasanya akan
membawa sirih dan rokok tembakau tersebut apabila mereka pergi ke kebun atau
hurna untuk menghilangkan rasa lapar.
Selain bercucuk tanam, kaum lelaki masyarakat Punan juga turut memburu
di dalam hutan, menjala ikan, memancing ikan, dan rnencari sayur di hutan sebagai
surnber makanan mereka. Manakala aktiviti harian kaum wanita pula ialah
menumbuk dan mengusar padi serta membuat tenunan. Ini kerana pada masa
dahulu duit bukan penghalang bagi mereka untuk meneruskan hidup tetapi mereka
mempunyai sumber kehidupan yang lebih bergantung terhadap alam semulajadi.
Oleh sebab mereka selalu melakukan aktiviti memburu di dalam hutan, maka
7
mereka telah memelihara anjing untuk membantu mereka semasa memburu
binatang. Selain memelihara anjing, mereka juga turut memelihara ayam, itik dan
khinzir. Kaum Punan juga turut berhuma dan ia merupakan satu kemestian bagi
mereka untuk mendapatkan bekalan beras dengan menanam padi bukit. Pada masa
dahulu, selesai sahaja musim menuai mereka akan meraikan upacara tradisional
iaitu upacara Bungan. Semasa upacara tersebut mereka ada menyanyikan pantun
Mo 'a bagi mengucapkan kesyukuran kepada roh nenek moyang mereka yang telah
memberikan mereka hasil tuaian yang baik pada tahun terse but.
Upacara ini merupakan upacara tradisional yang tidak pernah ditinggalkan
oleh masyarakat Punan selepas musim menuai. Selain itu, sungai merupakan
pengangkutan utama bagi masyarakat Punan untuk pergi ke kebun atau rumah
panjang yang berdekatan. Ini kerana mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman
serta tidak terdedah dengan pengangkutan darat dan pembangunan. Mereka hanya
menggunakan sampan dan pendayung hasil buatan mereka sendiri yang biasanya
menggunakan kayu keras seperti kayu benatu, ketapang, meranti, tebelian,
pengeris dan sebagainya.
Pad a masa dahulu, generasi muda kaum Punan tidak terdedah dengan
pendidikan serta pembangunan seperti kaum-kaum yang lain. Generasi muda ini
hanya terdedah dengan cara didikan kampung yang mengikut tradisi nenek moyang
mereka. Golongan muda ini akan disuruh bekerja menolong ibu bapa kerana sifat
ini amat dititikberatkan bagi keselesaan kehidupan mereka apabila sudah tiba
masanya untuk mereka hidup berdikari atau selepas mendirikan rumahtangga. Sifat
8
persefahaman serta perpaduan turut diamalkan oleh kaum Punan seperti kaum
kaum yang lain. Ini kerana, apabila sesuatu malapetaka menimpa sesebuah keluarga
maka penghuni rumah panjang akan mengutip derma tidak kira dalam bentuk duit
ataupun barangan makanan mengikut kemampuan keluarga tersebut. Selain dari
kesusahan, rnereka juga turut bergotong-royong dalarn rnelakukan aktiviti seperti
membersihkan kawasan persekitaran rurnah panjang dan rnernbersihkan kawasan
kebun. Sikap mereka yang sedia rnernbantu itu telah rnengeratkan lagi perhubungan
sesama sendiri derni rnenjaga kearnanan kehidupan rnereka.
Keakraban perhubungan telah rnenyebabkan rnereka selalu berkurnpul pada
sebelah malam untuk bersernbang bagi rnenghilangkan rasa bosan serta
rnenghilangkan rasa penat selepas bekerja keras pada waktu siang. Kebiasaanya,
kaum lelaki Punan akan bercerita tentang hasil buruan serta aktiviti yang rnereka
lakukan di hurna pada sebelah siang rnanakala kaurn wanita akan bercerita tentang
tanaman rnereka di hurna. Selain bersernbang diantara rnereka, kaurn wanita juga
ada yang mernbuat kraftangan seperti rnengayarn tikar, rnernbuat bakul rotan dan
mernbuat manik perhiasan. Bagi mereka kehidupan seperti ini tidak sia-sia kerana
ia boleh menghilangkan rasa keletihan serta rnengeratkan lagi persahabatan diantara
rnereka.
9
11. Corak Kehidupan Masyarakat Punan pada masa kini.
Perubahan zaman pada masa kini telah mengubah corak kehidupan kaum
Punan. Ini kerana generasi muda telah didedahkan dengan pendidikan dan mereka
telah disuruh menimba ilmu pengetahuan di sekolah-sekolah yang berdekatan
dengan perkampungan mereka. Mereka tidak lagi terperuk di rumah sahaja dan
tidak lagi membantu ibu bapa mereka di kampung tetapi mereka telah berhijrah ke
bandar untuk menyambung pelajaran serta ada yang telah mempunyai pekerjaan
yang lebih selesa. Seperti kaum-kaum yang lain, kaum Punan juga ada yang sudah
mempunyai rumah serta kenderaan sendiri seperti kereta dan motosikal di bandar.
Kehidupan mereka seperti berburu di hutan sudah berkurangan kerana
kepupusan binatang buas. Namun begitu, kegiatan mengumpul hasil hutan dan
menanam padi bukit masih dikekalkan oleh golongan tua yang masih tinggal di
rumah panjang. Mereka juga masih mengamalkan upacara Bungan dan nyanyian
pantun Mo 'a selesai sahaja musim menuai walaupun mereka telah dilanda arus
kemodenan. Kehidupan kaum Punan di rumah panjang telah diberi kemudahan
seperti telefon awam untuk menghu bungkan mereka dengan sanak saudara yang
tinggal di bandar. Walaupun mereka telah mempunyai alat penghibur seperti
televisyen serta alat permain cekera padat (VCD) namun mereka masih lagi
mengamalkan budaya bersembang sesama mereka pada sebelah malam.
10
Adat Resam Kaum Punan
Kaum Punan turut berpegang pada adat resam lama seperti kaum-kaum
yang lain tidak kira pada perkahwinan, keagamaan, perayaan, pan tang larang dan
motif yang ada pada kaum Punan.
i. Perayaan Masyarakat Punan
Perayaan yang menjadi ikutan masyarakat Punan dari dahulu sehingga kini
ialah perayaan Hari Gawai yang turut disambut oleh kaum Dayak yang lain Ini
kerana perayaan Hari Gawai ini diraikan selepas musim menuai pada bulan lun.
Mereka mengamaIkan perayaan ini kerana beranggapan perayaan Hari Gawai
hampir sarna dengan upacara Bungan yang sememangnya adat tradisi mereka.
11. Perkahwinan Dalam Masyarakat Punan
Kaum Punan melangsungkan perkahwinan mereka pada mas a dahulu
dengan adat tradisi mereka seperti kaum-kaum yang lain. lodoh anak-anak mereka
akan ditentukan oleh ibu bapa mereka sendiri tanpa meminta izin daripada anak
terlebih dahulu. Kedua ibu bapa daripada pihak lelaki akan datang merisik terlebih
dahulu sebelum meminang seorang gadis pilihan mereka. Sekiranya pinangan
tersebut disetujui oleh pihak perempuan maka tarikh perkahwinan akan ditetapkan.
Pada kebiasaanya, sebelum berlangsungnya perkahwinan maka kedua-dua pihak
11
lelaki dan perempuan akan menyediakan barang hantaran yang terdiri daripada
parang Ilanl, tempak sirih, kain sulaman, dulang tembaga, cincin,
luku/ 8dan gong.
Perubahan zaman pada masa kini tidak menghalang mereka untuk
mengamalkan adat tradisi terse but. Ini kerana mereka masih mengekalkan tradisi
perkahwinan tersebut cuma jodoh anak-anak mereka tidak lagi ditentukan oleh ibu
bapa dan mereka diberi kebebasan untuk memilih pasangan hidup sendiri.
Golongan muda kaum Punan juga lebih suka mengadakan perkahwinan mereka di
rumah panjang kerana mereka merasakan perkahwinan di rumah panjang lebih
meriah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
iii. Motif Dalam Masyarakat Punan
Kaum Punan juga turut mempunyai motif untuk kecantikan mereka sendiri
seperti kaum Kayan yang mempunyai tatu di badan seperti betis dan tangan. Tatu
yang terdapat pada tangan dan betis golongan wanita kaum Punan pada masa dulu
tidak mempunyai maksud tersirat. Corak tatu tersebut dilakukan mengikut citarasa
dan kemahuan masing-masing. Ia dilakukan untuk kecantikan dan merupakan adat
tradisi yang diikuti oleh mereka. Bagi kaum lelaki Punan, ukiran pada betis, tang an
dan leher adalah lambang kegagahan dan juga digunakan untuk memikat wanita.
lain itu, telinga golongan wanita juga dipakaikan imba9 sebagai barangan
1 Parang pahlawan • MIDik lama masyarakat Punan • Tembaga berat yang telah dibentuk dalam pelbagai bentuk dan digantungkan di telinga untuk
meqjadikan telinga panjang.
12
perhiasan manakala golongan lelaki ada mempunyai dua lubang pada bahagian atas
dan bawah cuping telinga. Lubang telinga pada bahagian atas cuping telinga akan
dipakaikan gigi taring engkuUIO manakala cuping bahagian bawah dipakaikan imba
keeil iaitu sebesar sebentuk cincin.
Pakaian tradisional golongan wanita kaum Punan dikenali sebagai Putong
Bodoni I dan mereka menggunakan kain batik nyonya. Perhiasan lain yang turnt
disertakan dengan pakaian tradisional mereka ialah Batok U 'leil2 dan manik yang
panjang. Bagi kaum lelaki Punan pada masa dulu, gaya rambut mereka digunting
paras dahi dan di bahagian belakang pula dinipiskan serta dibiarkan panjang sedikit.
Mereka berbuat demikian kerana mengikut gay a rambut kaum Orang Ulu yang lain
seperti Kayan, Kenyah dan sebagainya. Pakaian tradisional kaum lelaki pada masa
dahulu ialah sirat13, gagong14, baju lengan pendek dan batok ,15.
Selain motif perhiasan, keUriengl6 juga mernpakan motif bagi masyarakat
Punan dan sehingga kini masih lagi terdapat lima buah kelirieng yang masih dijaga
rapi oleh masyarakat Punan di Belaga iaitu Rumah Panjang Punan Bah. Tiang
ulirieng biasanya akan diukir oleh golongan tua kaum Punan yang berkemahiran
di dalam ukiran serta mereka akan diberi upah khas samada dalam bentuk duit atau
barangan lama. Tujuan mereka membuat ukiran tersebut adalah untuk membuatkan
ID Gigi harimau bintang II Baju kurung lama yang hampir sarna seperti kebaya lama. 12 Anyaman yang diperbuat daripada rotan yang mempunyai lebar Scm serta diletakkan di
babagian kepala. Kain panjang yang dilil it menjadi seluar dalam.
M Kulit binatang yang dibuat menjadi baju IS opi kaum lelaki masyarakat Punan yang mempunyai bulu burung kenyalang diatasnya. 16 Tempat penyimpanan tu)ang manusia yang sudah meninggal dan dianggap sebagai keranda
oleh masyarakat Punan pada masa dahulu.
13