Download - Open Distance Learning
AKTIVITI 1
PENDAHULUAN
Melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) merupakan satu impian
yang ingin dikecapi bagi golongan yang bekerja. Ini kerana, OUM lebih menumpukan kepada
pekerja yang ingin mendapatkan pendidikan pengajian tinggi secara separuh masa. Oleh
yang demikian, peluang untuk belajar yang diberikan kepada saya tidak akan saya lepaskan
begitu sahaja. Sejarah penubuhan OUM ialah pada bulan Ogos 2000 dan merupakan sebuah
Universiti Terbuka pertama yang ditubuhkan di Malaysia dengan menggunakan kaedah
pembelajaran Open Distance Learning (ODL) secara interaktif. OUM dimiliki oleh Multimedia
Technology Enhancement Operations (METEOR) Sdn.Bhd. iaitu satu konsortium yang
dianggotai oleh 11 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Oleh yang
demikian, OUM merupakan sebuah Universiti Swasta milik penuh kerajaan Malaysia.
Kampus utamanya terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Di samping itu, terdapat 37
pusat pengajian OUM di seluruh Malaysia. Bermula dengan pengambilan pertama seramai
800 orang pelajar pada bulan Ogos 2001, dan bilangan keseluruhan pelajar sekarang
menjangkau hampir 14000 orang pelajar kesemuanya. Setiap pusat pembelajaran di OUM
dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih serta sempurna. Diantaranya, OUM
mempunyai perpustakaan digital yang membolehkan para pelajar mengaksesnya dimana-
mana sahaja. Selain itu, kemasukan yang fleksibel merupakan keistimewaan yang dimiliki
oleh OUM.
Untuk mencapai kejayaan dan bergelar graduan di OUM, matlamat merupakan perkara
penting yang patut diperhalusi. Apa itu matlamat? Matlamat secara ringkasnya ialah sesuatu
yang ingin anda capai. Selalunya ia melibatkan penggunaan masa dan usaha yang
bersungguh - sungguh. Mengikut kajian, hanya 10 peratus manusia mengamalkan formula
kejayaan iaitu Kejayaan = Matlamat + Usaha. Terdapat hanya segelintir yang mempunyai
matlamat yang jelas sementara sebahagian besarnya pula tidak mempuyai matlamat
ataupun matlamat yang kabur. Hidup tanpa matlamat menyebabkan kita mudah hilang
fokus. Matlamat terbahagi kepada dua iaitu, matlamat jangka pendek dan matlamat jangka
panjang. Matlamat jangka pendek ialah satu matlamat yang kita tetapkan dalam tempoh
masa tertentu manakala matlamat jangka panjang pula ialah satu matlamat yang ditetapkan
serta memerlukan jangka masa yang panjang untuk dicapai.
OUMH1103
Saya sebagai pelajar baharu OUM juga tidak dapat lari untuk menetapkan matlamat
akademik saya. Matlamat jangka pendek saya yang pertama adalah, untuk mendapat
keputusan yang cemerlang pada setiap semester. Untuk mencapai matlamat saya itu, saya
telah menetapkan dalam diri untuk menghadiri keseluruhan tutorial yang dijalankan oleh
pihak OUM. Kehadiran pada setiap tutorial merupakan sesuatu yang penting dan wajib bagi
saya untuk berjaya. Ini kerana, dengan menghadiri tutorial, kita lebih memahami setiap
topik yang diajar oleh tutor kita. Kita juga, boleh bertanyakan secara terus kepada beliau
tentang permasalahan setiap topik yang dipelajari. Di dalam kelas juga, tutor ada memberi
tips- tips yang berguna untuk menjawab peperiksaan akhir yang akan kita hadapi nanti.
Selain itu, saya juga telah menetapkan waktu saya untuk belajar apabila pulang dari kerja.
Ini penting kerana, dengan adanya jadual, ia menunjukkan kita mempunyai sistem
pembelajaran yang sistematik ataupun tersusun. Saya juga telah menyediakan tempat yang
khusus untuk belajar ketika saya dirumah. Saya berpegang kepada, untuk mendapat input
yang banyak ketika mengulangkaji pelajaran, kita memerlukan ruang yang selesa untuk
belajar. Selain daripada itu, saya juga mengorbankan sedikit masa saya bersama keluarga
demi mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap semester. Mujurlah, isteri saya
memahami dan selalu memberikan sokongan kepada saya.
Meningkatkan ilmu pengetahuan dan yakin dengan kebolehan diri merupakan
matlamat jangka pendek saya yang kedua. Sebelum ini, tidak pernah terlintas dalam diri
saya untuk menyambung pelajaran setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini kerana
saya tidak yakin dengan kebolehan diri saya sendiri untuk sambung belajar. Sesudah saya
mendaftar di OUM, saya telah menetapkan pada diri saya untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan dan bukan hanya sekadar SPM sahaja. Untuk mencapai matlamat tersebut,
saya juga telah banyak menghadiri kursus-kursus softskills bagi membolehkan saya yakin
untuk membuat sebarang pembentangan tugasan di OUM nanti jika perlu.
Matlamat jangka panjang saya pula ialah, untuk memperbaiki kehidupan saya selepas
tamat belajar nanti ataupun dengan lebih tepat, untuk meningkatkan posisi pekerjaan saya
di tempat kerja. Ketika ini, saya merupakan seorang kerani di Jabatan Sumber Manusia (HR)
dan saya telah bekerja selama 5 tahun untuk skop tugasan tersebut. Dengan adanya
1
OUMH1103 Diploma ini nanti, saya mungkin akan diserapkan untuk menjadi pegawai di Jabatan HR dan
posisi ini lebih stabil bagi saya yang sudah berkeluarga. Ini merupakan cita-cita saya,
sebelum saya pergi belajar di OUM lagi. Setiap orang inginkan kehidupan yang meningkat
setiap tahun bukan? Jadi saya juga begitu. Untuk mencapai matlamat ini, saya mestilah
belajar besungguh-sungguh pada setiap semester dan menghantar setiap tugasan yang
diberikan tepat pada masanya. Selain itu, saya juga mestilah selalu membuat ulangkaji
pelajaran.
Selain itu, saya juga berazam untuk mendapatkan kepujian kelas pertama ketika
graduasi nanti. Ini kerana, apabila saya mendapat anugerah kepujian kelas pertama,
sekaligus, menjadikan saya seorang pelajar juga pekerja yang berilmu pengetahuan yang
tinggi. Ini juga disebabkan, untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin pada masa
sekarang perlu bersaing dengan ramai graduan yang lebih berkebolehan. Pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga akan ditukarkan kepada
biasiswa jika kita berjaya menamatkan pengajian dalam kelas pertama. Perkara ini tidak
patut dilepaskan oleh saya. Dengan adanya insentif ini, pihak kerajaan juga nampaknya
telah menggalakkan pelajar agar belajar bersungguh-sungguh.
Menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak merupakan matlamat jangka panjang
saya. Ini berikutan, ibubapa ibarat model yang akan diikuti oleh anak-anak. Jika kita berjaya
di dalam pelajaran, tidak mustahil anak kita akan berjaya juga, tapi kita haruslah memberi
panduan kepadanya untuk berjaya seperti kita.
Matlamat saya akan dicapai dengan mudah jika tiada halangan langsung. Namun di
dalam dunia sebenar, pasti ada halangan dalam setiap perkara yang ingin kita capai. Oleh itu
saya tidak perlu risau dengan halangan tersebut kerana semakin besar halangan yang akan
anda hadapi, semakin berharga matlamat yang anda ingin capai itu. Kejayaan bagi
merealisasikan apa yang sedang diusahakan itu bergantung kepada sejauhmana individu itu
mampu mengatasi halangan-halangan tersebut. Sebagai pelajar yang inginkan
kecemerlangan, terlebih dahulu mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang
menyekat mereka untuk mencapai cita-cita. Halangan utama bagi saya ialah masa untuk
belajar. Seperti golongan bekerja yang lain juga, masa untuk belajar merupakan faktor
2
OUMH1103 utama untuk sambung belajar. Ini berikutan, apabila pulang dari kerja, badan kita sudah
letih dengan rutin 8 jam bekerja, 5 kali seminggu. Sesudah sampai dirumah, ada yang
menolong isterinya mengemas rumah serta memasak kerana isterinya juga bekerja. Oleh
itu, ini menyebabkan kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji
pelajaran. Selain itu, waktu dengan keluarga juga terpaksa dikurangkan. Bagi yang telah
berkeluarga, mereka tahu apa pentingnya keluarga itu sendiri. Sementelahan juga saya,
keluarga merupakan tunjang diri saya. Jika tiada mereka, saya tidak boleh meneruskan
pembelajaran ini. Ini berikutan, jika sebelum ini saya bebas keluar bersiar-siar dihujung
minggu, tetapi kini dengan adanya kelas tutorial dihujung minggu, aktiviti ini semakin sukar
untuk dilaksanakan.
Malas belajar boleh meletakkan kegagalan lebih dekat menghampiri kita. Halangan
seterusnya mungkin datang dari diri kita sendiri iaitu sikap malas. Sikap buruk ini patut
dielakkan daripada menjadi tabiat dan amalan seseorang pelajar. Ini berikutan, sikap malas
belajar ini akan mengakibatkan kita akan ketinggalan dalam pelbagai aspek yang diceburi.
Didapati sikap malas belajar ini akan mengakibatkan kita sering kecundang dalam
peperiksaan.
Untuk mengatasi halangan saya itu, saya telah membuat jadual masa. Ini kerana,
dengan adanya jadual masa, saya akan menjadi lebih berdisiplin untuk mematuhinya.
Sebagai pelajar, saya mempunyi masa yang terhad kerana masa perlu dibahagikan kepada
tugasan kerja, tanggungjawab kepada keluarga dan belajar secara pendidikan jarah jauh.
Jadi penyelesaian untuk membahagikan masa dengan betul perlulah membuat jadual masa
untuk harian, mingguan dan bulanan. Dalam menyediakan jadual masa, saya perlulah
mencari keutamaan dalam kehidupan seharian.
Masalah malas belajar di kalangan para pelajar amatlah serius pada masa sekarang
tidak terkecuali pada diri saya. Oleh yang demikian, saya sentiasa ingat pada diri sendiri,
buat sesuatu kerana Allah s.w.t dan bukannya kerana orang lain ataupun terpaksa. Saya juga
selalu ingat masa depan dan kerjaya saya serta peluang yang terbuka di hadapan, jikalau
saya tidak buat dan malas, akan terlepaslah peluang tersebut. Tanamkan sikap positif juga
merupakan kunci untuk mengatasi masalah ini.
3
OUMH1103
KESIMPULAN
Dengan penubuhan OUM, ia memberi banyak makna bagi golongan pekerja.
Keseluruhannya OUM merupakan satu institusi pelajaran yang terbaik untuk saya
menggapai impian saya suatu hari nanti. Setiap matlamat yang saya huraikan diatas akan
saya pastikan tercapai semasa saya belajar di OUM. Ini merupakan peluang saya
untukmemperkembangkan karier saya. Untuk berjaya, saya perlu tahu bahawa kejayaan
hanya boleh dicapai jika saya sendiri yang mahu mencapainya. Kejayaan bermula dari diri
saya sendiri, bukan daripada orang lain. Ini bermaksud, jika saya gagal, tidak ada orang yang
patut disalahkan melainkan diri saya sendiri. Harapan saya ialah semoga saya berjaya
mengharungi semua susah payah untuk berjaya, agar kejayaan itu lebih dinikmati
dikemudian hari.
(1532 patah perkataan)
AKTIVITI 2
PENDAHULUAN
Sejak kemunculan teknologi internet pada tahun 1993, ianya telah mengubah corak
hidup komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,
ekonomi, sosial dan sebagainya. Penggunaan internet terus berkembang dari masa ke
semasa. Pembelajaran maya (virtual learning) merupakan antara bidang yang turut
berkembang dalam era internet ini. Di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), apabila saya
dapat menyambung pengajian dan telah mendaftarkan diri untuk belajar di OUM, nama
saya akan didaftarkan dalam MyVLE. Apa itu MyVLE? MyVLE merupakan satu portal untuk
semua pelajar OUM atau dalam bahasa inggerisnya My Virtual Learning Environment. Ianya
juga mudah dikenali sebagai Your Fastrack to OUM Services. MyVLE merupakan sistem
belajar diatas talian dan ia merupakan salah satu daripada tiga kaedah pembelajaran yang
diterapkan di OUM. Saya menganggap MyVLE ini ibarat jantung saya, serta penghubung
saya sepanjang saya belajar di OUM.
4
OUMH1103
MyVLE penuh dengan informasi untuk pelajar jarak jauh seperti saya. Setiap permulaan
pembelajaran, buku modul merupakan satu yang penting dan perlu ada bagi semua pelajar.
Bagi mereka yang mendaftar lambat dan tidak mendapat buku modul, di dalam MyVLE
mengandungi online modul yang sama dengan buku modul sebenar serta digunakan pelajar
sepanjang pembelajaran pada semester tersebut. Modul ini sangat berguna pada pelajar
yang tidak dapat hadir pada kelas hujung minggu ataupun face-to-face tutor. Jadi tidak akan
ada masalah bagi mereka yang tidak dapat modul untuk mengulangkaji pelajaran. Untuk
pengetahuan, online modul ini juga boleh dimuat turun di myVLE.
Selain daripada itu, MyVLE juga mempunyai perpustakaan digital yang diberi nama
Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi (TSDAS). Sebelum ini, perpustakaan ini
hanya dikenali sebagai Perpustakaan Digital sahaja sehinggalah pada 24 Februari 2004
apabila namanya diubah kepada Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi,
bersempena dengan nama pengasas dan juga Presiden pertama OUM, Allahyarham Tan Sri
Dr. Abdullah Sanusi Ahmad. Seiring dengan visinya untuk menjadi perintis perpustakaan
digital di Malaysia, Perpustakaan Digital TSDAS menyediakan maklumat tanpa sempadan
berkonsepkan 'Anytime, Anywhere'. Ini bersesuaian dengan konsep pengwujudan OUM
yang pelajarnya terdapat diseluruh Malaysia yang sentiasa memerlukan maklumat pada
bila-bila masa. Pelajar hanya memerlukan akses yang mudah kepada perpustakaan untuk
mendapatkan bahan rujukan bagi memenuhi keperluan kursus. Dengan adanya
perpustakaan ini, saya boleh mengakses berbagai sumber buku rujukan dengan hanya
dihujung jari tanpa perlu pergi ke perpustakaan sebenar. Perpustakaan digital ini
mempunyai berbagai sumber bahan rujukan contohnya daripada buku, jurnal, thesis dan
banyak lagi. Selain itu, perpustakaan ini juga boleh diakses dengan telefon pintar. Ia sangat
mudah digunakan untuk pengguna seperti saya.
Selain daripada perpustakaan digital, MyVLE membenarkan saya berinteraksi,
berkomunikasi serta mempelajari daripada tutor serta rakan - rakan sesubjek. Ianya
dinamakan sebagai E-Forum. E-Forum merupakan forum diatas talian yang dikendalikan
oleh seorang eTutor yang bertugas sebagai fasilitator atau pemudahcara. Di dalam forum
ini, disediakan berbagai topik daripada setiap bab dalam subjek tersebut untuk
5
OUMH1103 dibincangkan oleh para pelajar. Di sini saya ada mengetengahkan pelbagai topik yang keliru
serta perlukan jawapan segera daripada eTutor. ETutor memainkan peranan yang penting
untuk pelajar yang tidak dapat menghadiri kelas secara bersemuka pada hujung minggu.
Rakan sesubjek dengan saya saling bertukar pendapat dan pandangan didalam forum bagi
satu-satu topik serta tugasan. ETutor juga akan selalu bertanyakan tentang tugasan subjek
yang diberikan sebelum tarikh tutup penghantaran tugasan tersebut bagi memastikan
kesemua pelajar akan menyiapkan tugasan. Ini membolehkan saya bertanyakan setiap
langkah yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan kepada eTutor tersebut. OUM sedar
yang pelajarnya terdiri daripada pelbagai golongan, yang tidak semua mempunyai akses
email. Oleh itu di dalam MyVLE ada menyediakan akses untuk email yang menggunakan
fasiliti Gmail. Email juga merupakan satu alat komunikasi yang berguna untuk komunikasi
dengan tutor dan rakan sesubjek. Ini berikutan, dengan adanya email, membolehkan saya
melakukan tugasan dengan lebih sempurna contohnya ketika melakukan tugasan kaji selidik
dan saya memerlukan email sebagai medium untuk menghantar borang tersebut.
MyVLE juga banyak membantu saya untuk mengulangkaji pelajaran. Ini berikutan di
dalam perpustakaan TSDAS ada menyediakan pelbagai soalan-soalan peperiksaan akhir
tahun-tahun lepas. Dengan adanya kompilasi soalan - soalan tahun lepas ini, saya yang
sentiasa sibuk bekerja, akan menjadi lebih senang untuk mengulangkaji soalan-soalan tahun
lepas. Soalan-soalan ini penting bagi saya, kerana ia mungkin mengandungi solan-soalan
favourites yang akan keluar untuk setiap tahun. Di dalam MyVLE juga mempunyai sumber
rujukan tambahan sebagai rujukan untuk subjek saya. Ia termasuklah informasi tambahan
seperti Youtube dan iRadio. Pada era sekarang, Youtube merupakan salah satu sumber yang
akan ditonton oleh semua golongan manusia.
KESIMPULAN
Dengan adanya sistem pengurusan pembelajaran seperti MyVLE ini, ia akan memudahkan
lagi bagi pelajar jarak jauh seperti saya. Ini disebabkan, tatacara untuk menggunakannya
amat mudah dan mesra pengguna. Selain itu, MyVLE ini mempunyai banyak informasi dan
perpustakaan digitalnya yang telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000 pada tahun
2005. Ini merupakan salah satu usaha pihak Universiti yang patut diberi pujian. Dengan
6
OUMH1103 operasi MyVLE selama 24 jam, ia membolehkan saya belajar tanpa had sempadan. Saya
berharap agar pihak OUM, dapat meneruskan sistem pengurusan pembelajaran ini dan
dapat meningkatkan keberkesanannya dari semasa ke semasa.
(1039 patah perkataan)
AKTIVITI 3
a) JURNAL
Dunia siber bukan satu perkara asing bagi generasi masa sekarang. Dengan adanya
perkembangan ini, ia membawa peralihan maklumat analog kepada maklumat digital.
Perpustakaan yang dahulunya penuh dan berteraskan sumber bercetak yang memenuhi
ruang perpustakaan, kini beralih kepada kosep persekitaran digital yang diakses
menggunakan komputer. Ini bersangkut paut dengan teknologi maklumat yang telah
merevolusikan konsep perpustakaan itu sendiri. Terdapat berbagai definisi perpustakaan
digital termasuklah "koleksi bercetak yang telah didigitasikan". Secara amnya, perpustakaan
digital mempunyai semua entiti untuk membentuk sesuatu perpustakaan.
Konsep perpustakaan banyak perubahan mengikut keperluan zaman. Perpustakaan
konvesional banyak menyimpan koleksi yang bercetak dan memerlukan ruang untuk
menyimpannya. Konsep perpustakaan automatik mula merubah dengan memperkenalkan
Online Public Access Catalog (OPAC) bagi memudahkan pencarian di rak. Namun, jenis
bahan yang disimpan masih sama dengan perpustakaan digital. Perpustakaan Digital adalah
langsungan kepada perpustakaan elektronik yang mana memerlukan Local Area Networking
(LAN) dan pangkalan data CD-ROM yang bertindak sebagai storan penyimpanan maklumat
elektronik. Ianya boleh diakses secara global menerusi internet.
Universiti Terbuka Malaysia (OUM) merupakan sebuah Universiti yang mempunyai
perpustakaan digitalnya sendiri yang diberi nama Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah
Sanusi (TSDAS). Ia menyediakan maklumat dalam ruang maya berkonsepkan 'Anytime,
7
OUMH1103 Anywhere'. Perpustakaan Digital TSDAS bukan sahaja berfungsi sebagai nadi yang
menyediakan maklumat untuk pembelajaran, malahan untuk penyelidikan dan pengajaran
juga. Untuk memastikan bahan pembelajaran dan pengajaran yang relevan, Perpustakaan
Digital TSDAS mengaplikasikan beberapa strategi seperti berikut :
i) Membangunkan koleksi
ii) Menyediakan infrastruktur
iii) Mengendalikan pendidikan pengguna.
iv) Mengamalkan perkhimatan berkualiti.
v) Staf yang berkompetensi.
Keunikan perkhidmatan di Perpustakaan Digital TSDAS adalah tiada simpanan fizikal. Ini
berikutan koleksi digital yang disediakan oleh perpustakaan boleh diakses oleh semua
pengguna berdaftar secara global. Ketersediaan merupakan elemen yang penting, iaitu
boleh diakses 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Pengkalan datanya juga boleh diakses secara
serentak dan perpustakaan tidak menghadkan jumlah pengguna. Ianya juga boleh diakses
secara 'single sign-on' dengan hanya memasukkan kata laluan dan ID pelajar sekali sahaja
pada portal utama OUM.
Cabaran dan isu perpustakaan digital termasuklah, jurang digital. Berikutan OUM
memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk melanjutkan pelajaran tanpa
batasan umur, maka kemahiran menggunakan komputer generasi tua dan muda agak
ketara. Terdapat pelajar yang tidak pandai menggukan internet. Peningkatan kos langganan
pangkalan data merupakan cabaran perpustakaan digital juga. Ini berikutan, untuk
melanggan pangkalan data, sesebuah institusi memerlukan sumber kewangan yang kukuh
dan bersedia dengan peningkatan kosnya dari semasa ke semasa. Selain itu, kos
pembiayaan infrastruktur merupakan faktor atau isu perpustakaan digital juga. Untuk
menampung pengguna yang semakin meningkat, server dan rangkaian internet merupakan
faktor yang penting. OUM juga mempunyai dua 'bandwidth' internet yang cukup besar,
tetapi mungkin tidak mampu untuk menampung pelajar yang semakin berlipat kali ganda.
Pendigitasian melanggar undang-undang juga merupakan isu, dimana hak cipta isi
kandungan bahanyang dihasilkan oleh penulis boleh digunakan dan dihebajkan tanpa
pengesahan atau kebenarannya. Kos pendigitasian bahan juga semakin meningkat.
8
OUMH1103 Penyimpanannya memerlukan banyak ruang di dalam server kerana saiz fail yang besar.
Perpustakaan patut memikirkan jumlah kapasiti server jikalau ingin membuat pedigitasian
bagi semua dokumen milik perpustakaan.
Perpustakaan Digital TSDAS merupakan satu inisiatif yang patut diberi pujian dan
dicontohi oleh semua universiti di Malaysia. Perpustakaan Digital TSDAS, dalam usaha bagi
memperkayakan lagi koleksi digitalnya. Walaupun masalah-masalah seperti kos
pendigitasian yang tinggi dan hak cipta masih belum dapat diatasi sepenuhnya, tetapi usaha
kearahnya sedang giat dijalankan. Konsep perpustakaan digital tidak mungkin akan
melenyapkan kewujudan bahan bercetak, walaubagaimanapun Perpustakaan Digital TSDAS
memerlukan kedua-dua bahan elektronik dan bercetak bersama-sama.
(560 patah perkataan)
9
OUMH1103 b) SEMINAR
Open & Distance Learning (ODL) merupakan salah satu usaha bagi memastikan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dapat mendemokrasikan pendidikan, yang mana
bermaksud, persamaan hak yang sama rata dari segi peluang untuk mendapatkan
pendidikan yang bermutu. Lokasi fizikal dan masa pengajaran dan pembelajaran antara
pengajar dan pelajar merupakan perbezaan yang memainkan peranan penting dalam
mentakrifkan ODL. Peranan teknologi juga mempengaruhi dalam menjayakankonsep ODL
dalam pendidikan. ODL tidak lari daripada Pembelajaran Elektronik (e-Learning). Ini
merupakan satu medium untuk mengatasi masalah hubungan fizikal antara pengajar dan
pelajar seperti pengajar yang jauh, masa pembelajaran tidak sama dan banyak lagi.
ODL berusia lebih 100 tahun dan dimulakan pada pertengahan kurun ke 19. ODL telah
melalui 4 generasi iaitu :
Generasi 1 : bercetak melalui pos.
Generasi 2: Teknologi melalui siaran udara.
Generasi 3 : Teknologi berasaskan komputer.
Generasi 4 : Tenologi Interaktif.
ODL di Malaysia telah wujud sejak tahun 1960 lagi dan institusi terawal ialah Raffles College.
Pada tahun 2000, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah ditubuhkan dan merupakan
universiti pertama tempatan yang menjalankan konsep ODL sepenuhnya. Pada dasarnya,
pelajar ODL merupakan pelajar dewasa yang bekerja dan tujuan mereka menyambung
pelajaran adalah untuk pembangunan kerjaya mereka.
Disebabkan kaedah pembelajaran ODL berbeza, kaedah penyediaan perpustakaan juga
perlu berbeza. Online Forum (OD Library) merupakan salah satu ruangan yang dibangunkan
di bawah MyVirtual Learning (MyVLE). Forum ini memberi peluang kepada pelajar lain untuk
berinteraksi sesama mereka. Facebook juga merupakan medium yang paling banyak pelajar
ODL berinteraksi. Tidak hairanlah banyak entry yang direkodkan di dalam facebook setiap
hari.
10
OUMH1103
Perpustakaan OUM menggunakan Open source dan Drupal dalam menyediakan internal
datebase mereka. Mobile Library merupakan satu lagi teknologi yang diketengahkan oleh
OUM. Dengan adanya teknologi ini, pelajar boleh mengakses portal perpustakaan bila-bila
masa tanpa sempadan.
Selain menggunakan teknologi untuk menyampaikan maklumat, dan perkhidmatan
kepada pelajar, Perpustakaan Digital TSDAS juga menggunakan teknologi untuk
mempromosi perkhidmatan mereka antaranya i-Radio OUM dan Youtube. Antara cabaran
perpustakaan dalam memenuhi keinginan pelajar adalah perbezaan lokasi fizikal. Ini kerana
pelajar ODL berada di serata negara dan teknologi memainkan peranan yang besar bagi
pustakawan bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar. Selain itu, kemahiran IT juga
memainkan peranan yang penting. Ini disebabkan pelajar ODL tidak mengenal usia dan ini
menyebabkan pengetahuan dan kefahamam tentang IT berbeza-beza. Masalah buku
rujukan dalam perpustakaan berbahasa Malaysia juga merupakan masalah yang dihadapi
Perpustakaan untuk mendapatkannya, lebih-lebih lagi yang berbentuk elektronik. Ekspektasi
pelajar yang tinggi dalam mendapatkan maklumat dengan cepat , juga merupakan cabaran
perpustakaan. Ini berikutan pelajar yang bekerja hanya akan membuat tugasan atau
penyelidikan pada waktu malam, iaitu selepas pulang daripada kerja dan mereka
menjangkakan perkhidmatan rujukan dan perkhimatan perpustakaan sentiasa dibuka 24
jam seminggu. Ada juga para pelajar yang masih gemar menggunakan bahan bacaan
bercetak daripada perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak mempunyai tempat untuk
menyimpan bahan bercetak ini, jika ramai para pelajar lebh gemar menggunakan bahan
bacaan bercetak.
Kesimpulannya, teknologi merupakan faktor utama dalam pembangunan dan kemajuan
sesebuah institusi dan merupakan penghubung antara pelajar dan pengajar. ODL mengajar
untuk menjadi lebih berdikari sewaktu belajar. Kesemua servis yang disediakan oleh pihak
perpustakaan OUM, tidak menggunakan sebarang peruntukkan kewangan kecuali server
untuk dijadikan webserver. Perpustakaan OUM dalam usaha ke arah pembelajaran
11
OUMH1103 berhemah dan merupakan perpustakaan yang mesra pengguna.
(521 patah perkataan)
12
OUMH1103 AKTIVITI 4
PEMBELAJARAN SUBJEK OUMH1103
Abstrak
Belajar di Universiti Terbuka Malaysia (OUM ) merupakan peluang yang tidak dapat
dilepaskan begitu sahaja. Untuk belajar di OUM memerlukan banyak pengorbanan yang
perlu dilakukan, lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga. Matlamat merupakan elemen yang
penting dan patut diperhalusi tidak kira matlamat jangka panjang mahupun matlamat jangka
pendek. Cabaran - cabaran yang ditempuh lazimnya mempunyai solusi untuk
menghadapinya. Sistem pengurusan pembelajaran (MyVLE), merupakan nadi untuk semua
pelajar OUM. MyVLE mempunyai banyak maklumat yang dikehendaki atau diingini oleh
para pelajar di OUM. Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi mempunyai banyak
sumber bahan rujukan untuk pembelajaran. Membuat rumusan jurnal merupakan satu
tugasan yang mencabar.
PENDAHULUAN
Dewasa ini pelajaran merupakan satu elemen yang penting untuk manusia. Pelajaran
tidak pernah terbatas oleh usia. Pengalaman sepanjang membuat tugasan untuk subjek
OUMH1103 merupakan satu pengalaman yang amat mencabar. Ini disebabkan bagi
golongan pekerja amat susah untuk membahagikan masa, lebih-lebih lagi ketika di semester
pertama pengajian. Matlamat patut diketahui sebelum melangkah ataupun mengambil
keputusan untuk menyambung pelajaran di OUM. Ini berikutan OUM merupakan sebuah
Universiti yang mengamalkan konsep pembelajaran blended learning. Ini berikutan
perkembangan teknologi yang begitu pesat mewajibkan adanya inovasi dalam
pembelajaran.
13
OUMH1103
Blended Learning
Penetapan matlamat jangka pendek dan panjang merupakan nadi serta halatuju kita
suatu hari nanti. Matlamat jangka pendek merupakan matlamat yang kita ingini dalam masa
6 - 9 bulan, manakala matlamat jangka panjang merupakan matlamat yang ingin kita kecapi
dalam masa 18 - 36 bulan. Antara matlamat jangka pendek ialah, mendapat keputusan yang
cemerlang pada setiap semester pembelajaran. Untuk mendapatkannya, haruslah
mempunyai jadual yang bertindak sebagai pengunci masa dan haruslah mematuhinya jika
ingin berjaya. Contoh matlamat jangka panjang pula ialah meningkatkan posisi ditempat
kerja. Dengan pelajaran yang tinggi, akan membenarkan kita membuat keputusan untuk
satu - satu perkara yang diketengahkan ketika berada di tempat kerja. Halangan dan dugaan
berkait rapat semasa kita belajar. Ini memang tidak dapat dielakkan. Sebagai seorang
pelajar, cara mengatasinya patut difikirkan supaya tidak hanyut dikemudian hari.
My Virtual Learning Environment (MyVLE) merupakan salah satu perkara yang penting
jika menyambung pengajian di OUM. Ini berikutan di dalam MyVLE tersimpannya bermacam
- macam informasi yang kita patut ketahui. MyVLE merupakan penghubung bagi para
pelajar dengan pihak Universiti. Perkara pertama yang patut diketahui adalah
perpustakaanya. Ini kerana perpustakaannya merupakan sebuah perpustakaan digital yang
diberi nama Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi (TSDAS). Disini terdapat
berbagai sumber bahan rujukan untuk pembelajaran. Perpustakaan ini berkonsepkan
'Anytime, Anywhere', dimana para pelajar boleh mengaksesnya bila - bila masa dan di mana
jua.
Selain daripada perpustakaan digital, MyVLE juga menyediakan ruangan forum untuk
berkongsi masalah pembelajaran dengan panduan seorang etutor. Etutor ditugaskan untuk
menjadi pembimbing kepada para pelajar.
Mencari jurnal, persidangan dan buku di dalam Perpustakaan Digital TSDAS merupakan
satu tugasan yang mencabar. Ini berikutan, bahan rujukan berbahasa melayu amat terhad.
Selain itu, untuk membaca jurnal serta buku dan membuat rumusan daripadanya memakan
14
OUMH1103 masa yang panjang bagi golongan pekerja.
KESIMPULAN
Semester pertama merupakan semester yang paling mencabar bagi golongan pekerja
yang ingin menyambung pelajaran berikutan banyak faktor yang berubah iaitu dari seorang
pekerja kepada seorang pekerja yang belajar. Matlamat merupakan elemen yang penting
dan patut diperhalusi tidak kira matlamat jangka panjang mahupun matlamat jangka
pendek. Cabaran - cabaran yang ditempuh lazimnya mempunyai solusi untuk
menghadapinya. Sistem pengurusan pembelajaran (MyVLE), merupakan nadi untuk semua
pelajar OUM. MyVLE mempunyai banyak maklumat yang dikehendaki atau diingini oleh para
pelajar di OUM. Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi mempunyai banyak
sumber bahan rujukan untuk pembelajaran. Membuat rumusan jurnal merupakan satu
tugasan yang mencabar. Untuk berjaya dalam pelajaran, ia menuntut keazaman dan iltizam
yang tinggi.
15