Download - Nota ekonomi meliputi tajuk 2
Nota Ekonomi meliputi tajuk 2 (Ting 4) dan tajuk 7 (Ting 5) - Bagi Tatakerja 23 April hingga 26 April 2007
Tingkatan 4
PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU
Definisi PBg : Pendapatan bersih yang boleh digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan setelah ditolak potongan wajib
Komponen potongan terdiri dari CPP, KWSP, PERKESO, ZAKAT.
CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN
Sumbangan wajib individu kepada kerajaan yang melebihi satu tahap yang ditetapkan
KWSP, PERKESO
Caruman pekerja dalam bentuk kewangan kepada satu badan untuk kegunaan masa depan
ZAKAT
Sumbangan wajib individu Islam kepada satu badan yang ditetapkan selepas cukup ‘haul’ dan ‘nisab’nya.
Secara rumus
PBg = PI – CPP – KWSP – Perkeso – Zakat
________________________________________________________
Sebab Potongan Dibuat
CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN
Membiayai perbelanjaan awam
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
KWSP, PERKESO
Kegunaan masa depan - hari tua
Menambah modal untuk membeli rumah, komputer
ZAKAT
Tuntutan agama – Satu daripada Rukun Islam
Agihan sebahagian kekayaan kepada orang miskin
______________________________________________________
Pelepasan Jumlah
Pelepasan diri dan tanggungan... RM 8 000
.........................................................RM 3 000 (Isteri)
.........................................................RM 5 000 (Cacat)
Anak
--------------------------------RM 800 (tiada had)
........................................................RM 5 000 (cacat)
Rawatan Ibu Bapa .......................RM 5 000
Rawatan Penyakit Serius ...........RM 5 000
Peralatan Sokongan .....................RM 5 000
Premium Anuiti............................ RM 5 000
Pembelian Buku............................ RM 500
________________________________________________________
PENGIRAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA
Kaedah Mengira Cukai Pendapatan Perseorangan
Encik Abu ialah seorang doktor yang menerima pendapatan bulanan sebanyak RM 3 000. Isterinya tidak bekerja dan mempunyai 5 orang anak. Dia juga membayar zakat sebanyak RM 200.
Kirakan cukai yang perlu dibayarnya?
Butiran
Pelepasan diri :........ RM 8 000
Isteri : .......................RM 3 000
Anak : ........................RM 800
KWSP : .....................11%(Pekerja) 12%(Majikan)
Pendapatan bercukai (RM)____________ Kadar(%)
Atas yang pertama 2 500 .....................................0
Atas yang berikut 2 500 .......................................1
Atas yang pertama 5 000
Atas yang berikut 15 000 ....................................3
Atas yang pertama 20 000
Atas yang berikut 15 000.................................... 7
Atas yang pertama 35 000
Atas yang berikut 15 000 ..................................13
_____Butiran __________________Jumlah (RM)
Pendapatan Tahunan ..............................................RM 36 000
Pelepasan
Diri............................................................ RM 8 000
Isteri .........................................................RM 3 000
Anak .........................................................RM 4 000
Caruman KWSP ........................................................RM 3 960
Pendapatan Bercukai ...............................................RM 17 040
Atas yang pertama 2 500 X 0% ...............RM 0
Atas yang berikut 2 500 X 1% .................RM 25.00
Atas yang berikut 12 040 X 3% ...............RM 361.20
Jumlah cukai ..............................................RM 386.20
Tolak Zakat ...............................................RM 200.00
Cukai Yang Dibayar ......................RM 186.20
PENDAPATAN BOLEH GUNA
PBg = PI – CPP – KWSP – Z
= RM 36 000 – 186.20 – 3960 – 200
= RM 31 653.38
_________________________________________________________
PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA
KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Keperluan asas – Barang yang diperlukan oleh individu untuk terus hidup
Contoh : Makanan, Pakaian, Rumah
Kehendak lain – Barang yang dapat meningkatkan keselesaan individu
Contoh : Kereta, Telefon Bimbit
BELANJAWAN PERIBADI
Definisi : Anggaran hasil pendapatan dan perbelanjaan individu dalam satu jangka masa tertentu
Asas penyediaan belanjawan peribadi : Merancang perbelanjaan dan mengelak pembaziran berasaskan pendapatan mereka.
Komponen Perbelanjaan meliputi :
BARANG TAHAN LAMA
Barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan yang lama. Banyak melibatkan barang kehendak. Contoh : Television, Kereta, Rumah
BARANG MUDAH ROSAK (TIDAK TAHAN LAMA)
Barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan yang lama. Banyak melibatkan barang keperluan. Contoh : Makanan, Pakaian, Akhbar
PERKHIDMATAN
Barang yang tidak boleh dipegang tetapi boleh dinikmati.
Contoh : Gunting Rambut, Perubatan, Pendidikan
KEPENTINGAN BELANJAWAN PERIBADI
Merancang supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan
Mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan harian individu
Menyimpan sebahagian wang untuk tujuan kecemasan
Menyimpan sebahagian daripada pendapatan wang untuk tujuan tabungan
Memastikan individu mempunyai pengurusan wang yang baik dan cekap
Butiran___________________Jumlah (RM)
PENDAPATAN
Gaji dan Elaun ......................................................1 000.00
Sewa .........................................................................200.00
Jumlah ..................................................................1 200.00
POTONGAN WAJIB
KWSP.................................................. 100.00
Cukai Pendapatan............................... 20.00_______________
Jumlah .................................................120.00_______________
JENIS PERBELANJAAN
Makanan ..............................................300.00
Telefon Talian Tetap ............................30.00
Air ............................................................10.00
Telefon Bimbit .......................................40.00
Pakaian ...................................................50.00
Pinjaman Kenderaan ..........................300.00
Pinjaman Perumahan......................... 200.00_______________
Jumlah ...................................................930.00_______________
Jumlah Perbelanjaan .........................1 050.00_______________
Baki ...................................................................................150.00
Tabungan di bank ...........................................................100.00
Baki di tangan ..................................................................50.00
________________________________________________________
PENYEDIAAN BELANJAWAN PERIBADI
KENALPASTI PUNCA PENDAPATAN DAN POTONGAN WAJIB
Emolumen, pendapatan produktif, bayaran pindahan
SENARAIKAN SEMUA JENIS PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN
Barang Tahan Lama, Mudah rosak, Perkhidmatan
SENARAIKAN BARANGAN MENGIKUT KEUTAMAAN
Keperluan dan kehendak
SEIMBANGKAN PERBELANJAAN DENGAN PENDAPATAN
i) Lebihan ii) Seimbang iii) Defisit
________________________________________________________
TABUNGAN, PINJAMAN DAN PELABURAN
DEFINISI TABUNGAN
Sejumlah atau sebahagian daripada pendapatan yang tidak digunakan
KONSEP TABUNGAN
Menangguhkan perbelanjaan sekarang untuk kegunaan masa depan. Tabungan untuk pelbagai tujuan.
TUJUAN TABUNGAN
TUJUAN AWASAN
Menghadapi sakit, kecemasan, kematian, bencana
MEMBELI BARANG TAHAN LAMA
Individu yang ingin membeli barang yang mahal
Pembelian tunai yang lebih menguntungkan
TUJUAN PELABURAN
Menggunakan tabungan untuk pelaburan – membeli mesin, bangunan dsb
Pinjaman tidak membebankan pengeluar
JAMINAN MASA DEPAN
Kegunaan masa tua, susah dsb
Melanjutkan pelajaran
Membiayai diri (perkahwinan)
TUJUAN LAIN
Orang Islam : Menunaikan fardhu haji ke Makkah
Melancong ke destinasi tertentu
MENDAPATKAN FAEDAH ATAU DIVIDEN
Tabungan boleh menambahkan lagi punca kewangan seseorang individu
________________________________________________________
DEFINISI PINJAMAN
Sejumlah wang yang diterima daripada punca kewangan tertentu dan perlu dibayar semula pokok(prinsipal) berserta dengan faedahnya
Konsep pinjaman : Pinjaman merupakan aktiviti sebalik aktiviti tabungan.Pinjaman ialah aktiviti menggunakan lebih banyak barang kini dan menangguhkan pada masa depan
TUJUAN PINJAMAN
PERBELANJAAN KECEMASAN
Menampung kekurangan masa kini akibat masalah kecemasan
Pinjaman daripada keluarga
MENIKMATI BARANG PADA MASA KINI
Pembelian barang berharga seperti rumah boleh dibuat masa kini
Menambah modal perniagaan dan meningkatkan produktiviti
MEMULAKAN PERNIAGAAN
Modal merupakan elemen utama dalam memulakan perniagaan
Menampung kekurangan perbelanjaan suatu perniagaan
MENAMBAH MODAL
Menambah keperluan modal dalam perniagaan
MELANJUTKAN PELAJARAN
Melanjutkan perbelanjaan di peringkat lebih tinggi
Kos pengajian yang semakin meningkat
________________________________________________________
DEFINISI PELABURAN
Sejumlah wang yang digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan untuk menghasilkan lebih banyak barang dan perkhidmatan
Pembelian barang tahan lama untuk memperoleh keuntungan pada masa akan datang
Pembelian saham atau unit amanah tidak dikira sebagai pelaburan – lebih berbentuk tabungan
TUJUAN PELABURAN
MENDAPATKAN KEUNTUNGAN
Pulangan kepada pelaburan ialah keuntungan
Pulangan pelaburan tidak tetap seperti tabungan
MENGGANTI BARANG MODAL
Barang modal akan menjadi haus dan mengalami susut nilai
Penggantian akan meningkatkan daya produktiviti
MENJANA EKONOMI
Konsep pengganda – Setiap unit wang menggandakan pulangan
Kemajuan ekonomi boleh dinikmati kesan daripada pelaburan
JENIS / BENTUK PELABURAN
-Stok dan Inventori
-Mesin dan Jentera
-Bangunan
-Pembinaan
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tingkatan 5
EKONOMI MALAYSIA : STRUKTUR EKONOMI NEGARA
SEKTOR EKONOMI
Dalam sesebuah negara, sektor ekonomi meliputi :
Sektor Utama (Pertama) – Aktiviti ekstraktif
Sektor Kedua – Aktiviti Pemprosesan
Sektor Ketiga – Aktiviti Perkhidmatan
Pertama
Pertanian, Penternakan, Perikanan,
Perlombongan dan Kuari
Kedua
Perkilangan, Pembuatan, Pembinaan
Ketiga
Pendidikan, Kesihatan,Perbekalan Air,Letrik
dan Gas, Perhotelan, Pengangkutan
SEKTOR UTAMA
Biasanya di sebut juga sebagai Sektor Pertama
Menjalankan aktiviti ekstraktif – Aktiviti mengeluarkan barang daripada alam semulajadi
Penyumbang utama kepada KDNK sehingga kini (peratus sumbangan semakin berkurang)
Peluang pekerjaan khususnya penduduk luar bandar
Pertanian
Kelapa Sawit ,Getah, Lada Hitam, Koko. Pengeluaran untuk industri seperti tayar
Perlombongan dan Kuari
Petroleum, gas asli, bijih timah, besi, bauksait. Penyumbang semakin penting – petroleum & gas
Penternakan
Lembu, kambing, ayam, khinzir
Perikanan
Pantai dalam, persisiran pantai,air tawar
Perhutanan
Pembalakan. Kayu untuk kegunaan sektor kedua
SEKTOR KEDUA
Juga di sebut sebagai Sektor Sekunder
Menjalankan aktiviti pemprosesan – Aktiviti menukarkan barang daripada bahan mentah kepada barang separa siap atau barang akhir
Penting kepada KDNK mulai tahun 1970-an (Dasar Perindustrian Negara)
Peluang pekerjaan besar kerana insentif buruh
Perkilangan
Industri Berat, Industri Sederhana, Industri Ringan
Pembinaan
Rumah kediaman, kedai, kilang, ruang pejabat
Pembuatan
Indusri desa - kraftangan, makanan berasakan bahan pertanian
DASAR BERKAITAN SEKTOR KEDUA
Pelan Induk Perindustrian
-Dasar Perindustrian Negara
-Dasar Persyarikatan
-Dasar Penswastaan
-Dasar Perindustrian Berat
Ke arah Negara Perindustrian Baru (NIC)
-HICOM : Kereta Nasional
-Perwaja Steel : Industri Keluli
-Petronas, Petronas Dagangan, Petronas Gas, Petronas Penapisan
-MEC : Pengeluaran perlatan elektrik
Galakan & Program
-Taraf Perintis
-Elaun Cukai Pelaburan
-Infrastruktur
-MSC : Korridor Raya Multimedia
SEKTOR KETIGA
Juga di sebut sebagai Sektor Tertier
Menjalankan aktiviti perkhidmatan – Aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pengguna akhir
Society of Services : Pentingkan perkhidmatan
Mewujudkan peluang pekerjaan dalam kaedah baru
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
Perkhidmatan Pengeluaran
Perkhidmatan Awam
Perkhidmatan Lain
________________________________________________________
MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA
Di Malaysia, masalah pergantungan ekonomi akan mempengaruhi :
KETIDAKSTABILAN HARGA
Harga komoditi utama mengalami turun naik yang hebat. Oleh itu Pendapatan Negara juga tidak stabil.
PENDAPATAN PEKERJA TERJEJAS
Harga komoditi utama yang tidak stabil menyebabkan peluang pekerjaan terjejas. Ini akan menjejaskan pendapatan pekerja
KEUPAYAAN MENYERAP BURUH RENDAH
Berlaku pengangguran bermusim kerana keupayaan menyerap buruh terhad.
TINGKAT GUNATENAGA BERKURANG
Kemelesetan ekonomi berlaku akibat harga yang tidak stabil.Kesannya, tingkat gunatenaga akan jatuh.
KEPUPUSAN SUMBER
Komoditi utama yang semakin pupus/haus. Kekurangan sumber mengurangkan aktiviti sektor.
PEMBANGUNAN TAK SEIMBANG
Pembangunan yang tak seimbang dan lembab menyebabkan negara terpaksa mengimport hasil sektor dari luar negara.
MERUGIKAN IMBANGAN DAGANGAN
Jumlah nilai eksport sektor utama lebih rendah. Ini merugikan imbangan dagangan kerana indeks harga eksport lebih rendah daripada indeks harga import
_______________________________________________________
FAKTOR PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI
4 faktor yang mempengaruhi perubahan dalam struktur ekonomi negara (merujuk kepada mengapa kerajaan bertindak ke arah menjalankan aktiviti ekonomi lain) :
MEMPELBAGAIKAN EKONOMI
Tidak terlalu bergantung kepada sektor utama. Langkah diambil untuk membentuk dasar yang akan mempelbagaikan corak keluaran dalam ekonomi. Penegasan pada mulanya kepada sekotr perindustrian kemudian diikuti oleh sekot perkhidmatan
KEHAUSAN SUMBER ASLI
Kepupusan sumber asli seperti bijih timah, hasil hutan, petroleum dsb. Penggantungan yang lama akan menjejaskan ekonomi. Hasil berkurangan, pendapatan negara jatuh.
INDUSTRI PENGGANTIAN IMPORT
Galakan pengwujudan industri penggantian import akan mengurangkan aktiviti mengimport negara. Oleh itu imbangan dagangan dapat dibaiki.
PENINGKATAN PENDAPATAN PENDUDUK DAN TARAF HIDUP
Kepelbagaian sektor akan menjana pendapatan kepada rakyat. Kuasa beli rakyat meningkat dan menjurus kepada peningkatan taraf hidup.
_________________________________________________________
KESAN PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI
PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI AKAN MENYEBABKAN:
PENINGKATAN PELABURAN ASING
Pelaburan asing meningkat, peluang pekerjaan bertambah
PERKEMBANGAN SEKTOR PERINDUSTRIAN
Kepesatan sektor ini akibat daripada kemasukan teknologi baru
PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN
Pemingkatan pekerja/penduduk memerlukan banyak jenis perkhidmatan
PENDAPATAN NEGARA MENINGKAT
Peluang pekerjaan bertambah, pendapatan negara meningkat, taraf hidup semakin baik
_________________________________________________________