MOTIF TRADISIONAL MASYARAKAT KAYAN / KENYAH
Maureen Imang Jau
Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Seni Halus)
2004
MOTIF TRADISIONAL MASYARAKAT KAYAN I KENYAH
MAUREEN IMANG JAU
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Seni Halus)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2004
UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN
JUDUL: MOTIF TRADISIONAL MASYARAI~AT KAY AN f KENY AH
SESI PENGAJIAN: 2001-2004
Saya MAUREEN IMANG JAU
mengaku membenarkan tesis/llaporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesisf Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan
untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan
tesisflaporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan 0'
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMII972)TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
Tandatangan Penyelia Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap: DfA Grace Lahin, SMK Marudi, Marudi 98050 Baram, Sarawak
I
Projek bertajuk 'Motif Tradisional Masyarakat Kayan I Kenyah' telah disediakan oleh Maureen Imang Jau dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus.
Diterima untuk diperiksa oleh:
Prof. Madya Fauzan Omar
Tarikh:
11
PENGHARGAAN
Setinggi penghargaan dan terirna kasih dikaloogkan kepada kedua orang tua tersayang,
Encik Nelson Irnang Jau dan Puan Lahoog Belawan di atas berkat doa dan sokongan selama ini.
Penghargaan ini juga ditujukan istirnewa kepada Prof. Madya Fauzan Ornar, di atas
kesudian beliau rnernberi toojuk ajar serta birnbingan sepanjang ternpoh penyediaan Projek
Tahoo Akhir Seni Halus.
Kepada pensyarah-pensyarah serta staf-staf Fakulti Seni Gooaan dan Kreatif, tidak lupa
diucapkan jutaan terirna kasih di atas kesudian rnernbantu dan rnernberi sokongan, baik secara
langsoog rnahu poo secara tidak langsoog.
Kepada Encik Wan Jau Anyie, terirna kasih di atas kesudian Encik untuk bekerjasama
rnernberikan rnaklurnat terhadap penyelidikan kajian.
Encik Bryan, setinggi penghargaan di atas dorongan serta kernurahan hati kerana sanggup
meluangkan banyak waktu dan tenaga selama ini. Jasa baik Encik amat dihargai.
Ternan-ternan sekelas serta ternan-ternan serumah, banglo Sri Muara No. 52, terirna kasih
di atas segalanya. Tiada kata yang dapat dioogkap untuk menyatakan penghargaan serta rasa
berterirna kasih kepada kalian. Terirna kasih di atas rnernori persahabatan yang sangat indah.
Kepada semua yang terlibat secara langsoog rnahupun secara tidak lansung dalarn
menjayakan penghasilan Projek Tahun Akhir Seni Halus ini, sekali lagi setinggi penghargaan
diucapkan. Jasa baik kalian akan selalu dikenang.
Terirna kasih.
111
,.....
lsi Kandungan
PERKARA
BABI LA TAR BELAKANG KAJIAN
1.1 Pengenalan
1.2 Objektif Kajian
1.3 Rasional Kajian
1.4 Hipotesis Kaj ian
1.5 Kaedah Penyelidikan
DAB 2 ANALISA
2.1 Kajian Lepas
2.2 Penggunaan motif pada bangsa lain
2.2 Penggunaan motif - 'ikang' sebagai tujuan perhiasan
DAB 3 KARYAAKHIR
3.1 Artis Rujukan
3.2.1 Proses Awal
3.2.2 Pemilihan Bahan
3.3 Karya Peribadi
Kesimpulan
Bibliografi
IV
MUKASURAT
1-3
3-4
4-5
5-6
6-8
9-11
12-14
14-18
20-23
23
24
25-27
28
29-30
ABSTRAK
Reka corak motif masyarakat Kayan / Kenyah sangat menarik dan unik kerana mempunyai
kepelbagaian warna, kepadatan dari ruang serta gabungan corak yang bercantum antara satu sarna
lain.
Pada masa sekarang, keindahan seni tradisional ini kian pudar. Pengkarya muncul dengan karya
yang diolah dalam bentuk kontemporari dan mengetengahkan keindahan motif-motif ini melalui
teknik pencahayaan.
v
,...
ABSTRACT
The Kayan / Kenyah tendrils design is attractive and unique especially because of its varied of
colours and its compact and composite designs.
In present time, the true beauty of traditional art is fading. The artist presents a work of art in a
contemporary fonn to raise the issue of Kayan / Kenyah motives through the usage of colourful
lights.
VI
BABI
1.1 Pengenalan
Ramai masyarakat pada hari ini masih kurang peka serta kurang pengetahuan
terbadap makna serta perlambangan corak serta motif tradisional masyarakat Kayan /
Kenyah di kawasan Borneo. Ramai yang mengenepikan kepentingan serta keindahan yang
terdapat pada corak serta motif terse but. Oleh itu, adalah wajar jika nilai keunikan corak
dan motif tradisional masyarakat Kayan / Kenyah diketengahkan kepada masyarakat
umum sebagai suatu bentuk pengetahuan, khususnya kepada masyarakat pribumi Sarawak
sendiri.
Pada masa dahulu, corak-corak ini memainkan peranan yang penting khususnya
kepada masyarakat Kayan / Kenyah. Motif-motif ini berperanan untuk menakutkan musuh
terutamanya pada perisai yang digunakan semasa bertempur dengan pihak lawan. Motif
motif ini juga boleh mengganggu perhatian pihak musuh semasa sedang bertempur.
Motif atau corak ini juga dikatakan boleh melindungi keluarga kaum terse but dari
sebarang jenis bala penyakit. Motif ini juga mempakan pengganti kepada tulisan untuk
tujuan menghafal, menyanyi serta doa pemohonan pemberkatan. Motif-motif ini
dipercayai boleh membawa tuah dalam kegiatan perdagangan. Masyarakat Kayan /
Kenyah tumt mempercayai bahawa motif-motif yang ada boleh menyumbang kesuburan
kepada pasangan suami isteri untuk memperoleh zuriat.
Selain berperanan untuk menunjukkan keaslian motif kepada masyarakat itu
sendiri, ia juga sebagai satu lam bang kebanggaan untuk tujuan penghargaan serta puji
1
pujian daripada masyarakat sekeliling. Motif serta corak yang ada juga digunakan sebagai
simbol kekayaan serta keagungan sesebuah keluarga dalarn masyarakat terse but.
Motif serta corak yang ada, berasal daripada bentuk binatang seperti rusa, babi
hutan, anjing, monyet, harimau dan beruang. Motif burung pula berasal daripada bentuk
burung kenyalang.
Seni pada motif serta corak yang ada sebenarnya menggarnbarkan penghargaan
masyarakat tersebut kepada keindahan alarn sekeliling mereka. Selain itu, ia juga
menggarnbarkan kemesraan serta perbentukkan hubungan yang erat di antara alam
sekeliling dengan diri mereka sendiri di kala senang mahupun susah.
Motif serta corak yang ada juga memainkan peranan untuk menggarnbarkan identiti
sesebuah masyarakat tersebut. Mereka melukis motif serta corak yang unik pada bahagian
hulu parang, sarung parang, perisai, pendayung dan pada bahagian depan perahu layar.
Rekaan corak serta motif ini juga boleh didapati pada seni anyaman, tenunan dan pada
hasil-hasil kerja tangan mereka yang diperbuat daripada rotan, seperti bakul dan alat
menarnpi padi.
Rekaan motif serta corak istimewa akan dilukis pada rumah-rumah pemujaan atau
di tempat pengebumian masyarakat tersebut sebagai tanda penghormatan kepada nenek
moyang, yang dipercayai menjaga mereka selarna ini. Ia juga bertujuan untuk
menempatkan mereka yang telah mati, sebuah kehidupan lain yang sarna seperti kehidupan
mereka semasa mereka masih hidup.
Corak atau motif ini diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu, Jenis Corak Seimbang
dan Jenis Corak yang Tidak Seimbang. Jenis Corak Seimbang mempunyai keseimbangan
dan kesetaraan antara satu sarna lain terutamanya pada bahagian kiri dan kanan sesebuah
2
rekaan corak. Manakala Jenis Corak Tidak Seimbang pula tidak menunjukkan kesetaraan
antara kedua-dua bahagian.
Motif yang terdapat pada rekaan masyarakat Kayan / Kenyah tidak jauh berbeza
jika dibandingkan dengan motif-motif pada masyarakat Iban. Kebanyakan motif yang
ditonjolkan bercorak tumbuh-tumbuhan yang berlilit dan berpaut pada satu sokongan.
Rekaan motif ini juga boleh dimulakan dengan corak bentuk kepala manusia,
binatang, gambar mitos naga, burung kenyalang dan turut disertai dengan motif-motifbulat
sebagai pelengkap.
Rekaan motif masyarakat Kayan / Kenyah dikatakan menarik kerana gabungan
motif atau corak yang disertai dengan kepelbagaian warna yang kontra, seperti warna
merah dan kuning. Selain itu, susunan motif yang padat serta tersusun menampakkan
rekaan corak terse but kelihatan sangat menarik dan kelihatan bernilai tinggi.
1.2 Objektif kajian
Terdapat beberapa objektif yang ingin dilahirkan oleh pengkarya melalui hasil
kajian ini. Objektif-objektifnya adalah untuk mengetengahkan budaya serta tradisi
masyarakat Orang Vlu, khususnya masyarakat Kayan / Kenyah kepada masyarakat luar
terutamanya kepada masyarakat yang berada di luar kawasan Borneo.
Pengkaji juga secara peribadi ingin membuat kajian secara terperinci terhadap
makna corak serta motif tradisional yang terdapat pada rekaan motif masyarakat Kayan /
Kenyah di samping ingin mengenali dengan lebih dekat nilai tradisi masyarakat tersebut.
3
Objektif yang seterusnya adalah untuk dijadikan sebagai satu sumber informasi
kepada generasi barn mengenai rekaan corak dan motif tradisional masyarakat Kayan /
Kenyah, khususnya kepada masyarakat pribumi sendiri.
1.3 Rasional kajian
'Ikang' merupakan motif tradisi yang tidak asing lagi bagi masyarakat Orang Vlu
di kawasan Baram, Sarawak. Motif-motif yang dikenali sebagai 'ikang' ini biasanya
terdapat di rumah-rumah panjang seperti pada bahagian dinding-dinding rumah, tiang-tiang
rumah, pintu-pintu rumah dan turnt dihiasi pada barang-barang perhiasan di dalam rumah.
Pengkarya yang pemah tinggal di rumah panjang pada suatu ketika dahulu sering
menemani bapa saudara untuk melakar dan mengukir 'ikang' pada badan 'sape'- sejenis
alat muzik tradisional masyarakat Orang Vlu terutamanya kepada masyarakat Kayan
Kenyah, serta pada 'kelebit' yang dikenali sebagai perisai dalam Bahasa Melayu dan juga
pada badan perahu.
Pengalaman pengkarya pada satu masa dahulu menarik minat pengkarya untuk
mengetengahkan keindahan seni corak 'ikang' ini kepada generasi masa sekarang.
Keindahan serta keunikan yang terdapat pada seni tradisi ini seharnsnya dikagumi dan
terus dipelihara. Ramai generasi muda pada zaman sekarang, khususnya generasi muda
masyarakat Kayan / Kenyah sendiri tidak menghiraukan keindahan yang dimiliki oleh
4
kaum mereka. Oleh itu, pengkarya telah muncul dengan karya yang mengetengahkan
keindahan 'ikang' ini dalam bentuk seni kontemporari.
Rasional pengkarya memilih tajuk terse but adalah untuk mengetengahkan corak
serta motif tradisional masyarakat Kayan / Kenyah kepada masyarakat luar, terutamanya
kepada masyarakat Malaysia sendiri. Di samping itu, pengkarya juga ingin menyedarkan
masyarakat Kayan / Kenyah terhadap makna dan perlambangan corak tradisional mereka.
Pengkarya ingin menggalakkan masyarakat Kayan / Kenyah , untuk mencintai dan
berusaha untuk memelihara corak tradisi budaya mereka supaya tidak pudar di telan
zaman.
Pemodenan dalam era teknologi telah banyak mempengaruhi corak budaya
masyarakat setempat. Oleh itu, adalah digesa supaya masyarakat tempatan bijak
menggunakan teknologi untuk mengembangkan budaya serta tradisi mereka pada dunia
secara global tanpa mengubah nilai keaslian budaya itu sendiri.
1.4 Hipotesis Kajian
Terdapat beberapa andaian yang diperoleh oleh pengkarya semasa menjalankan
kajian terhadap tajuk. Pengkarya mendapati bahawa corak serta motif tradisional
masyarakat Kayan / Kenyah mempunyai perkaitan dengan adat serta pantang larang
masyarakat itu sendiri. Masyarakat Kayan / Kenyah mempercayai bahawa alam
sekeliling mempunyai perhubungan yang rapat dengan corak kehidupan seharian mereka.
5
Mereka mempercayai bahawa bala atau kecelakaan akan menimpa mereka jika mereka
tidak menghormati keadaan sekeliling mereka.
Corak serta motif tradisional masyarakat Kayan / Kenyah sangat berkait rapat
dengan pengaruh alam sekitar iaitu flora dan fauna. Ini kerana, motif-motif yang didapati
lebih menyerupai tumbuh-tumbuhan seperti paku - pakis dan binatang-binatang seperti
burung kenyalang dan harimau.
Corak serta motif tradisional masyarakat Kayan / Kenyah juga sangat berkait rapat
dengan corak kehidupan seharian masyarakat terse but. Pada masa lapang, mereka
gemar mengukir dan melukis corak serta motif pada hulu parang atau pada perisai mereka,
bagi tujuan bertempur dengan musuh.
Corak serta motif yang ada juga menunjukkan perkaitan yang rapat masyarakat
Kayan / Kenyah terhadap kepercayaan tahyul pada masa dahulu. Sesetengah motif
mengandungi motif kepala manusia atau berupa jin yang dipercayai tuhan mereka.
Mereka mempercayai bahawa tuhan-tuhan ini dapat melindungi mereka daripada
malapetaka atau boleh membawa tuah kepada mereka.
1.S Kaedah penyelidikan
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk melancarkan proses penyelidikan
terhadap tajuk kajian. Kaedah-kaedah yang digunakan adalah seperti kaedah temuramah,
kaedah perbincangan, kaedah rujukan perpustakaan seperti mendapatkan bahan-bahan
dari sumber perpustakaan, kaedah foto atau visual dan kaedah pemerhatian.
6
Kaedah temuramah dilakukan di antara pihak yang sememangnya arif serta
berpengetahuan terhadap tajuk kajian. Oleh itu, pengkarya telah menjalankan sesi
temuramah bersama seorang penggiat seni corak dan motif tradisional masyarakat Kayan
/ Kenyah iaitu Encik Wan Jau Anyie, yang bertempat di kediaman beliau di Pekan
Marudi, Bahagian Miri, Sarawak. Melalui sesi temuramah ini, beliau banyak menerangkan
mengenai rekaan motif yang terdapat dalam masyarakat Kayan / Kenyah itu sendiri.
Beliau turut memberi serba sedikit penjelasan herkaitan motif-motif yang sedia ada.
Beliau juga memberi pandangan terhadap perkembangan seni motif tradisional pada
masa sekarang. Banyak input yang telah diperoleh semasa sesi temuramah dijalankan.
Kaedah perbincangan menyumbang kepada sumber maklumat, sepanjang kajian
dilakukan. Pengkarya berbincang bersama rakan-rakan serta pensyarah-pensyarah bagi
mendapatkan idea dan maklumat tambahan. Melalui kaedah ini, pengkarya turut mendapat
pelbagai respon yang boleh digunakan untuk mengembangkan idea serta secara tidak
langsung dapat membantu menyelesaikan permasalahan kajian.
Kaedah rujukan di perpustakaan turnt membantu, terutamanya dari segi sumber
maklumat. Pengkarya merujuk buku-buku atau majalah-majalah yang berkaitan dengan
skop kajian. Pengkarya juga menambahkan pengetahuan terhadap tajuk kajian melalui
kenyataan-kenyataan atau artikel-artikel yang dibaca.
Kaedah foto dan visual memainkan peranan penting semasa menjalankan
penyelidikan terhadap tajuk kajian. Melalui foto dan visual yang dilihat, pengkarya dapat
melihat kepelbagaian idea terhadap kajian.
7
Kaedah pemerhatian pula memerlukan pengkarya membuat pemerhatian terhadap
karya-karya artis yang mempunyai perkaitan dengan tajuk kajian. Kaedah pemerhatian
dijalankan dengan mengadakan lawatan ke galeri-galeri atau ke muzium-muzium.
8
BAB2
ANALISA
2.1 Kajian lepas
Kajian Iepas menunjukkan bahawa tahap penerimaan terhadap corak serta motif
tradisional masyarakat Orang UIu, khususnya masyarakat Kayan / Kenyah pada hari ini ,
semakin kurang. Ini disebabkan oleh faktor-faktor yang mempengaruhi terhadap
perubahan tersebut seperti pemodenan dan perkembangan teknologi.
'Me Luhan mengatakan kita kini hidup dalam satu kampung global yang dirangkaikan
dengan media elektronik, televisyen umpamanya. Yang jauh telah didekatkan. Dunia
semakin kecil. '
'... ... seiring dengan keresahan ini, ada yang mengatakan bahawa kemuneulan teknologi
canggih (yang sehingga kini masi;J.f.. dibekalkan oleh barat ) bakal mengakhiri
lcemanusiaan, terutamanya apabila teknologi dianggap pemangkin kepupusan jitrah
semulajadi manusia secara jizikal mahupuYi spiritual. Ironisnya, ada yang memerlukan
'Blade runner' dan 'Terminator' dari Hollywood untuk mengingatkan tentang
lcemungkinan sebegini '.
9
Menurut Hasnul J Saidon melalui hasil penulisannya yang bertajuk 'Cabaran
Pembangunan Seni Ektronik Dalam Era Maklumat', beliau mengatakan bahawa generasi
yang dilahirkan serta dibesarkan dalam persekitaran media baru, bakal merubah profail
sumber manusia pada masa hadapan. Generasi ini akan menekankan konsep kebebasan
serta kemerdekaan diri, membuat pilihan sendiri dan lebih berdikari. Mereka turut
dikatakan bersifat multibudaya, bersifat terbuka, serta mahukan segal a sesuatu dengan
cepat dan suka mendesak.
Beliau juga bersetuju mengatakan bahawa jurang terbesar yang kritikal akan wujud
di antara generasi tua, yang lebih merujuk kepada generasi pra moden, dengan generasi
muda yang yang kini lebih selesa dengan kecanggihan teknologi dan prasarana-prasarana
moden.
Kurangnya kepercayaan serta penerimaan terhadap budaya asli menjadi kerisauan
kepada beliau khususnya kepada generasi baru.
Penggunaan motif 'ikang' ini bukan merupakan sesuatu yang baru dalam seni
tradisional masyarakat kita terutamanya kepada masyarakat Sarawak. Keindahan serta
keunikan yang ada pada corak yang ditonjolkan mampu memberi kelainan kepada motif
motif yang ada pada bangsa-bangsa serta negara-negara luar.
Penggunaan wama yang berwama-wami· menyumbang kepada keindahan rekaan
motiftersebut. Penggunaan motiftersebut pada ti~ng-tiang rurnah panjang, pada bahagian
dinding-dinding rurnah panjang, pada bahagian hulu parang, pada badan alat muzik 'sape',
pada badan perahu, pada barlan perisai, yang digunakan uotuk bertempur pada suatu ketika
dahulu, menjadikan motif-motif yang dilukis serta diukir bersifat tradisional dan
mempuoyai nilai estetika yang tinggi.
10
Pada hari ini, penggunaan motif ini bukan sahaja digunakan di rumah-rumah
panjang, malah kini diperluaskan lagi melalui aktiviti pengkomersialan. Penggunaan motif
pada barang-barang perhiasan rumah seperti pasu dan perabot mampu memberi nilai
estetika yang tinggi pada barang-barang tersebut. Selain itu, rekaan corak 'ikang ' juga
mampu mengekalkan nilai keaslian serta keunikan pada barang-barang terse but.
'Budaya kesukuan yang kaya, terdapat di Sabah dan Sarawak telah menghasilkan
beberapa buah artifak simbolik yang paling menarik yang pula terus digunakan hingga ke
masa kini. Motif-motif simbolik dan dekoratif kaum Dayak khususnya, dapat dilihat pada
objek-objek kegunaan, seperti pada tenunan perisai, senjata, anyam-menganyam bakul,
tiang to/em, rumah mayat, alat-alat muzik, mangkuk-mangkuk kayu dan tatu badan. Motif
motif yang berulang-ulang digunakan termasuklah pohon beringin, figura-figura nenek
moyang, burung enggang, anjing aso dan naga. Rupa dan bentuk bentuk ini mempunyai
kaitan langsung dengan mitologi dan kepercayaan kaum Dayak Figura nenek moyang
bergelar hampatong ( sama ada berdiri atau mengcangkung ) menampakkan kualiti
kearcaan. '
Maka itu, keindahan serta keunikan seni tradisi ini harus terus dipelihara kerana
mempunyai nilai khazanah yang tinggi. Kerisauan kita pada hari ini harus dibendung dan
harus mempunyai usaha untuk mengatasinya sebelum menjadi lebih parah pada masa
hadapan.
11
2.2 Penggunaan motif pad a bangsa lain
Semua bangsa / kaum mmpunyai ciri-ciri budaya tradisional yang berbeza. Ini
dapat dilihat dari segi cara gaya hidup, pemakaian, adat resam, kepercayaan, serta corak
corak atau motif-motif yang melambangkan keindahan serta keistimewaan sesebuah kaum
tersebut.
2.2.1 Contoh yang boleh diketengahkan ialah masyarakat Iban dan masyarakat Kayan /
Kenyah. Walaupun bertapak di sebuah kepulauan yang sarna tetapi mempunyai
kelainan dari segi motif dan corak yang ditonjolkan.
Berikut adalah gambarajah perbandingan motif serta corak di antara masyarakat
Iban dan masyarakat Kayan / Kenyah di Sarawak.
Gambarajah di bawah merupakan motif bagi suku kaum Iban di Sarawak.
12
Garnbarajah di bawah merupakan rekaan motif bagi masyarakat Kayan / Kenyah di
Sarawak. Lukisan ini bertajuk 'The Tree of Life' oleh Tusau Padan.
2.2.2 Kaum Moaris di New Zealand juga menonjolkan motif serta corak-corak yang
dipercayai mempunyai persamaan dengan masyarakat Kayan / Kenyah. Mereka
melakarkan motif-motif ini pada wajah mereka dan pada bahagian paba mereka.
Rumah-rumah mereka turut dihiasi dengan motif-motif ini.
Berikut merupakan contoh rekaan motif masyarakat Moari di New Zealand.
13
Puak Red Indian juga mempunyai rekaan motif tersendiri. Mereka lebih
menumpukan corak yang berbentuk geometri seperti bentuk bulat, segitiga dan
garisan yang bersahaja.
Berikut merupakan rekaan motif masyarakat puak Red Indian.
2.3 Penggunaan motif 'ikang' sebagai tujuan perhiasan
Pada masa dahulu, penggunaan motif 'ikang' ini bertujuan untuk aktiviti
pertempuran, kegiatan dalam adat resam, pantang larang dan hal -hal yang berkaitan
dengan soal keagamaan.
14
Namun pada hari ini, fungsi motif ini tidak lagi menitikberatkan hal-hal yang berbentuk
kuno seperti pada masa dahulu. Penggunaan motif ini telah dilihat sebagai satu seni
tampak yang mampu memberi daya tarikan kepada pemerhati. Oleh itu, rekaan motif ini
tidak terbad penggunaannya Penggunaan motif ini telah dipelbagaikan dalam bentuk yang
lebih komersial. Melalui kegiatan komersial ini, seni motif tradisional masyarakat Kayan /
Kenyah telah diperkenalkan sehingga ke seluruh negara dan peringkat antarabangsa.
Berikut merupakan gambarajah-gambarajah yang menunjukkan penggunaan motif pada
objek-objek tertentu.
Pada masa dahulu, motif naga memang terkenal diukir pada bahagian hulu perahu sebagai simbol semangat perahu agar dapat dikemudi dengan selamat.
Ukiran 'ikang' yang dilakar dan diukir pada pendayung perahu.
15
Ukiran motif digunakan untuk tujuan perhiasan kepala lelaki masyarakat Kayan / Kenyah.
Pada masa dahulu, ukiran pada perisai ini digunakan untuk tujuan menakutkan pihak lawan. Namun kini, ukiran ini sekadar untuk tujuan perhiasan.
Jkiran motifmasyarakat Orang U1u pada hasil-hasil tembikar untuk tujuan komersial.:.
16